PENDAHULUAN
Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada
diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang.
Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak
mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang
diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah
menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan
penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah
berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang
kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia.
Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan
ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik.
Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau
berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas
bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan
muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam
lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran
dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat
yang berkembang dengan begitu pesat sekali.Dalam agama Islam,
keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada
sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak
akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan
oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Hal
yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada
Allah SWT ataupun orang yang kafir, tidak mahukan balasan pahala
daripada Tuhan mereka. Golongan ini juga mengerjakan amalan-amalan
dalam kehidupan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang
telah menjadikan mereka.Golongan yang tidak beriman ataupun
orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari
akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka
sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT
iaitu agama Islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti
firman-Nya :
Terjemahan : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT
hanyalah Islam.(Surah Ali-Imran 3 : 19)
Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, 25 : 23,Terjemahan: Dan
kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan
amal itu bagaikan debuyang berterbangan.
Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan
oleh orang-orang kafir di dunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat
debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain
perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah sia-sia sahaja.Hal
ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang
pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semase hidup di
atas muka bumi.
Firman Allah SWT lagi,Terjemahan :Orang-orang yang kafir kepada
Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin
dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak
dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka
usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.
(Surah Ibrahim, 14 : 18)
Ayat ini menerangkan bahawa segala amalan yang mereka usahakan
yang tidak berlandaskan keimanan dan aqidah yang benar dan tidak
mengikut jalan yang betul lagi benar. Maka kebaikan itu tidak akan
mendatangkan manfaat pun kepada mereka dan menjadi sia-sia. Allah
SWT juga tidak akan memberi apa-apa balasan untuk amalan-amalan
golongan ini.Aqidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan
dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu perkara yang
terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan
seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunia ini
tanpa aqidah diibaratkan jahil dalam aqidah dan adalah seperti
orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka
sendiri.Dalam aqidah Islam, mereka yang mengenali Allah SWT yang
mencipta alam dunia ini dan tidak mengetahui siapa yang telah
menjadikan diri mereka sendiri di dunia adalah orang yang hidup
tanpa tauhid dan aqidah. Golongan ini sentiasa hidup dalam
kekufuran yang nyata serta hidupnya hanya untuk duniawi sahaja.
Tempat bagi orang-orang di dalam golongan ini di akhirat kelak
adalah di dalam neraka jahanam.
Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, 47 : 12,Terjemahan :
Sesungguhnya Allah SWT memasukkan orang-orang mukmin dan beramal
soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan
orang-orang kafir bersenang-senang di dunia dan mereka makan
seperti makannya binatang. Dan neraka jahanam adalah tempat tinggal
mereka.
Ciri-ciri Akidah
Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul-rasulNya,
kitab-kitab Nya, hari akhirat, qadha dan qadar yang menjadi rukun
iman.Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan
al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.Amal ibadat seseorang itu
hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang
dari aqidah yang sahih.Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah
yang sahih adalah sia-sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa
balasan daripada Allah.
Ciri-ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu
mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu
Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah.
Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan
ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu,
rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas. Ciri- ciri aqidah
yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang
berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman
dan Islam tetap di atas dasar tauhid. Sikap tidak bertolak ansur
dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam
mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu. Rasulullah SAW
dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani
menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin
yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka. Aqidah yang sahih
adalah aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah dan
diistilahkanaqidah ahli al sunnah wal jamaah iaitu iktikad yang
mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai. Aqidah
Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas.
Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga:1.Ma
rifahtullah(Mengenali Allah)Mengenali dan mengetahui serta beriman
dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang mulia serta sifat-sifat Nya
yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita
meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan
bukti-bukti yang ada di alam ini.
2.Marifatur Rasul( Mengenali Kerasulan)Mengenali dan mempercayai
rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima wahyu dan
menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan memimpin
seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang
sebenar, iaitu agama Islam.
3.Marifahtul Bathi( Mengenali Hari Kebangkitan)Mengetahui dan
mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia
dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati),
dikumpulkan dan dihisab segala amalan adanyasirat al-mustaqim,
syurga dan neraka.
Kedudukan Akidah dalam Islam
-Islam adalah merangkumi akidah dan syariah. Akidah adalah
sebahagian daripada islam, bahkan tanpa salah satu daripada
keduanya akan pincanglah status seseorang itu dan tidak layak
bergelar muslim yang sempurna-Akidah merangkumi segala amalan yang
berbentuk kepercayaan yang bersemi di dalam hati dengan yakin dan
benar tentang wujudnya Allah, para Rasul, Kitab, Malaikat, Hari
Akhirat serta Qada dan Qadar.-Ciri yang paling penting dalam akidah
ialah Iman. Iman mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam dan
kedua-duanya sering digandingkan bersama untuk memenuhi Islam
seseorang.-Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang
sangat penting. Ibarat suatu bangunan, aqidah adalah pasaknya,
sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah
sesuatu yang dibangun di atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pasak
adalah suatu bangunan yang sangat rapuh.-aqidah yang benar
merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya
suatu amal. Allah swt berfirman, .Artinya:Maka barangsiapa
mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di akhirat), maka
hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang pun
dalam beribadah kepada Tuhannya.(Q.S. al-Kahfi: 110)
Allah swt juga berfirman, .Artinya:Dan sungguh telah diwahyukan
kepadamu dan kepada nabi-nabi sebelummu, bahwa jika engkau
betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh amalmu akan hancur,
dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang merugi.(Q.S.
az-Zumar: 65)
-Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi
dan Rasul mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek
aqidah, sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan
mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah dengan menanamkan
nilai-nilai aqidah atau keimanan,
Hampir setiap manusia percaya bahwa kehidupan setelah kematian
merupakan suatu hal yang nyata. Dalam kepercayaan agama yang ada di
Indonesia juga mempercayai hal tersebut sebagai salah satu kejadian
yang akan kita alami setelah kematian. Kepercayaan ini menjelaskan
berbagai kehidupan yang akan terjadi setelah kematian yang dapat
saja berbeda antara yang satu dengan yang lainnya.Dalam kepercayaan
Islam, Kristen, Buddha, Katolik, Hindu, dan Konghucu memiliki
perbezaan dalam membahas mengenai alam setelah kematian ini. Namun
dari berbagai perbezaan ini kita dapat mengambil hikmah bahwa
setelah kematian kita masih menjalani alam lain dan harus memupuk
kebaikan selama hidup di dunia.Ilmu kebatinanyang dalam akan
membuat kita lebih memahami mengenai hal ini.
Kehidupan Setelah KematianMisteri kehidupan setelah kematian
sebenarnya memang menjadi pertanyaan besar bagi manusia, secara
logika memang tidak boleh membuat sebuah pengalaman tertulis dari
peristiwa ini. Namun ajaran agama merupakan salah satu tuntunan
dalam menerjemahkan misteri ini.Kehidupan Setelah Kematian Menurut
IslamDalam Islam ketika roh manusia terpisah dari dalam badannya
maka orang tersebut akanmendiami badan mitsali di alam lain yang
dinamakan barzakh. Barzakh dikenal juga dengan sebutan lain yaitu
alam kubur atau alam arwah yang merupakan sebuah alam antara dunia
dan akhirat. Roh akan berada pada alam tersebut sampai hari kiamat
tiba.Tugas malaikattelah diatur untuk mengurusi berbagai urusan ini
dan mencatat segala perbuatan kita.
Kehidupan Setelah Kematian Menurut IslamDalam keristian, hidup
di percaya hanya satu kali saja, orang yang telah meninggal
dipercaya akan berada di alam surga atau alam penghukuman neraka
bagi mereka yang berbuat jahat. Keristian juga mengenal Neraka dan
surga, neraka bukan sebuah ilusi melainkan sebuah tempat nyata yang
menjadi penghukuman bagi orang yang berdosa dan akan mengalami
siksaan baik fisik, emosi, ataupun mental.Kehidupan Setelah
Kematian Menurut BuddhaDalam agama Buddha dikenal dengan istilah
Karma, karma merupakan penentu kehidupan setelah kematian
seseorang. Jika ia banyak memupuk karma baik maka ia akan memetik
hasilnya pada kehidupan berikutnya. Sebaliknya, jika ia sering
berbuat karma buruk maka ia akan terlahir di alam sengsara.
Kelahiran ini sering kita dengan dengan istilah reinkarnasi, namun
dalam agama Buddha, hal yang menentukan kelahiran kembali ini
adalahhukum karmayang diperbuat dalam kehidupan masa lalunya. Karma
ini boleh saja tidak berbuah pada kehidupan mendatang, dan baru
berbuah pada kehidupan selanjutnya. Jika ia sering berbuat buruk
maka ia boleh terlahir menjadi binatang, setan, atau manusia yang
mengalami penderitaan pada masa yang akan datang. Sebaliknya jika
ia berbuat baik, maka ia boleh terlahir di alam dewa, atau di alam
manusia yang penuh dengan kebahagiaan.Kehidupan Setelah Kematian
Menurut HinduHindu juga mempercayai bahwa kehidupan setelah
kematian akan terjadi, hal ini dikenal dengan istilah reinkarnasi,
Hindu juga mempercayai hukum karma. Mereka mempercayai bahwa ketika
kematian hanya badan saja yang mati, namun tidak dengan jiwa atau
roh. Roh akan hidup kembali dalam tubuh atau bentuk lain dalam
proses reinkarnasi sesuai dengan alam perbuatan pada
kehidupannya.Kehidupan Setelah Kematian MenurutKonghucuAgama
Konghucu mempercayai bahwa roh orang yang telah meninggal akan
tetap ada dan harus tetap dilayani. Oleh karena itu dalam agama
konghucu dikenal dengan acara persembahan pada roh nenek moyang
atau leluhur seperticheng beng, yang merupakan sembahyang pada
kuburan leluhur yang telah mendahului. Roh yang telah meninggal
dipercaya dapat menikmati sesajian tersebut dan masih tetap
berhubungan dengan mereka.Makna Kehidupan Setelah KematianBerbagai
ajaran di Dunia mengenai kehidupan setelah kematian baik Islam,
Kristen, Katolik, Hindu, Buddha, dan Konghucu pada umumnya mengenal
surga dan neraka atau karma.Arti hidupsesungguhnya adalah bagaimana
kita berbuat baik, terlepas dari apapun agamanya. Makna dari hal
ini adalah bagaimana kita memupuk kebaikan sebanyak mungkin dalam
kehidupan ini untuk menjadi bekal pada saat kita meninggal. Seluruh
ajaran agama mengajarkan perbuatan baik dan mulia, saat ini
pengalaman ajaran tersebutlah yang menjadi pegangan kita dalam
menghadapi kematian.
FAHAMAN PLURALISME AGAMAPluralisme agama ditakrifkan sebagai
keadaan hidup bersama antara agama yang berbeza-beza dalam satu
masyarakat dengan tetap mempertahankan ciri-ciri khusus atau ajaran
masing-masing. John Hick, tokoh yang banyak mencanang faham ini
menjelaskan maknanya sebagai satu kefahaman bahawa agama-agama
besar dunia mempunyai pandangan dan gambaran yang berbeza tentang
Yang Benar dan Yang Agung dalam tataran budaya manusiawi yang
berbeza-beza. Walaupun penjelmaannya dalam bentuk falsafah atau
aliran pemikiran datang dalam bentuk yang pelbagai merangkumi
dimensi teologi, ruhaniah dan sosio-politik, intipati umum kepada
faham pluralisme agama ini dapat diringkaskan seperti berikut:Semua
agama secara asasnya adalah sama kerana terbit dari sumber yang
sama iaitu dari Yang Mutlak (The Absolute, The Ultimate and the
Real One). Tujuan akhir kewujudan agama-agama juga ialah untuk
menuju dan menyerah diri kepada hakikat yang sama iaituthe
Ultimate, the Truth walaupun diungkapkan oleh pelbagai agama yang
berbeza dengan nama-nama yang berbeza. Justeru itu kewujudan agama
yang pelbagai adalah bentuk-bentuk luahan keimanan dan ketundukan
manusia terhadap Hakikat yang satu. Kepelbagaian agama adalah
ibarat jari-jari roda yang banyak namun kesemuanya menuju kepada
pusat roda yang melambangkan Hakikat yang Kekal. Kepelbagaian agama
juga adalah ibarat lampu-lampu yang pelbagai namun hakikat
cahayanya adalah sama The lamps are different, but the Light is the
same. (Ungkapan yang diambil dari kata-kata Jalal al-Din al-Rumi
dalam karya agungnya al-Mathnawi).Setiap agama bersifat nisbi
(relative), terbatas dan tidak sempurna dan merupakan satu proses
pencarian terhadap kebenaran yang berterusan. Justeru itu, di
samping kekurangannya, semua agama adalah jalan yang sah menuju
kebenaran. Maka tidak ada agama yang boleh mendakwa mempunyai
kebenaran yang lebih benar dan tinggi dari agama lain. Pandangan
manusia terhadap agama adalah ibarat sekumpulan buta yang memegang
bahagian-bahagian seekor gajah yang berbeza dan menyimpulkan
hakikat gajah dari sudut pandangan masing-masing. Objek pengalaman
keagamaan manusia terutama yang berkaitan dengan ketuhanan secara
dasarnya terbahagi dua; yang pertama adalah hakikat yang dipanggil
yang Kekal (the Eternal One) dan tidak terbatas (infinite) di luar
dari jangkauan pengalaman, pemikiran dan bahasa manusia yang
terbatas. Yang kedua ialah Tuhan yang di alami oleh manusia
berdasarkan pengalaman, pemikiran dan bahasa mereka yang terbatas.
Tuhan dalam aspek kedua ini lebih personal dan merupakan
penterjemahan hakikat yang pertama dalam bentuk yang berbeza-beza
berdasarkan budaya, geografi, dan iklim berbeza yang melingkungi
manusia. Dengan meminjam kata-kata ahli teologi Kristian terkenal,
St. Thomas Aquinas bahawa the thing known is in the knower
according to the mode of the knower, maka penganut agama yang
berbeza-beza telah mengungkapkan pengetahuan mereka tentang
ketuhanan berdasarkan pengalaman dan bentuk pengetahuan mereka yang
subjektif. Justeru terdapat perbezaan di kalangan agama-agama dalam
menzahirkan pengalaman keagamaan mereka terhadap Hakikat yang Kekal
tersebut dengan nama-nama yang berbeza seperti Allah, Jesus,
Yahweh, Krishna dan lain-lain. Dalam pentafsiran yang lebih
menekankan dimensi ruhaniah dan transcendent, hakikat agama
terbahagi kepada dua aspek iaitu aspekexotericdanesoteric, zahir
dan batin,accidentdansubtance,formdanessence. Di peringkat pertama,
hakikat agama adalah berbeza dan tidak mempunyai kebenaran yang
mutlak, sementara di peringkat kedua iaitu peringkat ruhaniah dan
metafizik, kesemua kefahaman agama lebih hampir dan akan bertemu di
satu titik kesatuan yangmunazzahyang merujuk kepada Tuhan yang
Mutlak. Kesatuan agama, dari sudut pandangan ini akan berlaku di
peringkat ruhaniah yang tinggi melalui pengalaman kerohanian yang
wujud dalam setiap agama.Pakar-pakar agama yang fundamental yang
bersifat eksklusif dan hanya membenarkan satu agama sahaja haruslah
dilihat dari sudut majazi (metaphorical) dan harus ditawil
bersesuaian dengan sikap dan sifat pluralisme agama yang inklusif.
Adalah tidak boleh diterima akal sekiranya Tuhan menciptakan begitu
ramai manusia tetapi hanya sedikit sahaja yang benar dan yang
dimasukkan ke dalam syurga. Ini sama sekali bertentangan dengan
prinsip kasih sayang Tuhan.
PLURALISME AGAMA DARI SUDUT AKIDAH ISLAMSememangnya kalau
dilihat dari sudut akidah dan tamadun Islam, faham pluralisme agama
adalah amat asing sekali. Sepanjang sejarah, walaupun terdapat
aliran-aliran yang dianggap liberal dalam tradisi falsafah dan
teologi Islam seperti golongan ahli-ahli falsafah dan Mutazilah
dalam Ilmu Kalam, mereka tidak pernah mengetengahkan pandangan
pluralisme agama. Dr. Anis Thoha menyatakan bahawa dalam kajiannya
istilahal-taaddudiyyahyang melambangkan pluralisme agama tidak
dikenali secara popular dan tidak banyak dipakai di kalangan
ilmuwan Islam kecuali sejak lebih kurang dua dekad terakhir abad ke
20 yang lalu. Ini tidak bermakna sepanjang sejarahnya Islam tidak
mengiktiraf keperluan untuk umat Islam hidup dalam keadaan aman
bersama dengan penganut agama-agama lain. Adalah penting untuk kita
membezakan antara pluralisme agama sebagai satu faham falsafah
(seperti yang sedang kita bicarakan) yang mengandaikan kebenaran
nisbi semua agama dengan seperkara lain iaitu suasana kehidupan
antara pelbagai agama (yang secara teknikal disebutreligious
plurality) yang mengisbatkan kewujudan pelbagai agama yang
penganutnya hidup secara bersama dalam daerah yang sama. Kekeliruan
dalam membezakan antara kedua-dua perkara ini dan kadangkala
menyebabkan seseorang mencampur adukkan dalam menghujahkan
keperluan pluralisme agama. Islam sama sekali tidak pernah menolak
aspek kedua iaitu hakikat kewujudan pelbagai agama dan hak untuk
penganut agama-agama selain Islam untuk mempercayai agama mereka.
Dalam banyak ayat al-Quran Islam mengiktiraf kewujudan agama-agama
kepelbagaian agama seperti yang terakam dalamSurah al-Kafirundan
ayat al-Quran al-Hujurat:13. Akan tetapi Islam sebaliknya tidak
menerima kebenaran relatif semua agama seperti yang dianjurkan oleh
aliran pluralisme agama atau anggapan bahawa Islam, seperti
agama-agama lain hanya mempunyai separuh dari kebenaran (partial
truth). Ini kerana faham kebenaran relatif atau spara-kebenaran ini
mengandaikan bahawa agama-agama ini tidak sempurna dan masih dalam
proses kemenjadian (becoming) atau kematangan (maturization)
sebagaimana yang dianjurkan oleh sebahagian ahli teologi Kristian
terhadap agama Kristian.
Kesempurnaan Islam Sejak Asal Tanzilan Faham bahawa kesemua
agama adalah tidak sempurna dan masih dalam proses pencarian,
kemenjadian dan kematangan adalah sama sekali tidak selari dengan
hakikat agama Islam. Islam, seperti yang dihujahkan oleh prof. Syed
Muhammad Naquib al-Attas, memang sejak awal merupakan agama yang
sempurna sejak mula tanzilannya dan tidak memerlukan usaha
pembangunan, kematangan atau evolusi di pentas sejarah sebagaimana
yang terjadi dalam tradisi agama lain.[14]Hakikat kesempurnaan ini
tergambar jelas dalam ayat al-Quran Surah al-Maidah: 3, bahawa pada
hari telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah
Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredai Islam itu menjadi
agama bagimu. Segala-galanya dari aspek sistem kepercayaan, amalan
dan peribadatan dan sistem nilai dan akhlak telah disempurnakan
sejak awal dalam bentuk yang mutlak tanpa memerlukanrevisionatau
tambahan. Malah nama agama Islam sendiri telah sempurna diberikan
sejak awal oleh Tuhan melalui tanzilannya dan tidak memerlukan
pertukaran sebagaimana yang cuba dipaksakan oleh sebahagian
Orientalis.[15]Kebenaran yang terdapat dalam agama yang bernama
al-Islam ini juga merupakan pengisbatan melalui kata-kata Tuhan
sendiri melalui tanzilannya dan bukan diungkap dan direka oleh
ahli-ahli teologi Islam.Agama, dalam Islam menayangkan hakikat
kebenaran secara menyeluruh dan mutlak, meliputi semua aspek
kehidupan samaada ruhaniah dan jasmaniah, akli dan amali, alam
ghaib dan alam shahadah, justeru ia bukan sisi pandang dari
pengalaman subjektif manusiawi. Berasaskan wahyu yang mutlak,
kebenaran agama juga bersifat mutlak secara hakiki dan tetap tanpa
menerima perubahan. Ia datang dari sumber yang mutlak, dari Tuhan
yang Kekal, maka ia nilai-nilai yang dibawa juga kekal tanpa
perubahan.Tauhid sebagai Asas kebenaran IslamIslam melalui
akidahnya meletakkan asas tauhid sebagai dasar kebenaran agama. Ini
jelas melalui ketegasan al-Quran menentang keshirikan orang-orang
kafir dan penetapan al-Quran tentang besarnya dosa shirik
berbanding dengan dosa-dosa yang lain. Ayat-ayat mengenai tauhid
dalam al-Quran juga merupakan ayat-ayat yangmuhkamat, menggunakan
nas yang jelas maknanya dan tidak terbuka kepadatawildan
pentafsiran yang subjektif. Hakikat tauhid, menurut penjelasan
al-Quran, bukan sekadar menekankan keesaan Allah tanpa berbilang,
tetapi juga penegasan bahawa Allah adalah Zat yang tidak menyerupai
segala sesuatu, di luar jangkauan inderawi insani dan Zat penuh
dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kekuasaan. Faham tauhid
sebeginilah yang menjadi asas kepada kebenaran agama Islam. Oleh
kerana itulah keseluruhan para Rasul dihantar dengan risalah yang
sama iaitu untuk mengisbatkan tentang keesaan Allah dan mengajak
manusia semua untuk tunduk menghambakan diri kepada Allah dengan
tulus. (al-Anbiya:25). Maka, seluruh kelompok manusia yang menyahut
seruan tauhid dan mengikuti saranan yang di bawa oleh para pesuruh
Allah semenjak dari permulaan kejadian manusia adalah termasuk
dalam kelompok agama yang benar. Dari segi itu, konsep kebenaran
agama dalam Islam juga bersifat inklusif namun mempunyai asas dan
hadnya yang jelas iaitu sejauh mana ia menuruti risalah tauhid yang
perintahkan sendiri oleh Allah.Oleh yang demikian, adalah amat
sukar sekali, berdasarkan prinsip ini untuk kita menerima kebenaran
agama-agama lain terutama yang secara jelas bertentangan dengan
neraca tauhid yang telah diberikan oleh Islam secara jelas. Bukan
juga termasuk dalam hak orang-orang Islam untuk merubah prinsip dan
had yang telah ditetapkan ini walaupun atas alasan-alasan yang
sosio-politik yang praktikal dan pragmatik. Segala keperluan
kemasyarakatan dan siyasah mestilah diselesaikan di dalam
lingkungan prinsip dan had tauhid. Islam tidak memerlukanCopernican
Revolutiondalam akidah seperti yang dianjur oleh John Hick untuk
menyelesaikan persoalan umat kerana prinsip-prinsip yang mendasari
agama ini adalah prinsip yang mutlak dan tidak berubah.Pluralisme
Agama Satu Bentuk Kekeliruan Ilmu (Sufastaiyyah)Disebabkan Islam
merupakan agama yang berasaskan kepercayaan dan ilmu yang yakin
sebagaimana yang dihuraikan dalam disiplin akidah, faham pluralisme
agama yang menganjurkan kebenaran yang nisbi adalah sesuatu yang
bertentangan dengan akidah Islam. Ia termasuk bentuk kekeliruan
ilmu atausufastaiyyah(sophism) yang ditolak oleh akidah Islam. Para
mutakallimun sejak awal telah mengenalpasti bahaya faham kenisbian
ini yang bakal menghancurkan kebenaran ilmu pengetahuan dengan
menamakan mereka sebagai golonganal-indiyyah[16]iaitu golongan yang
menerima kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang
berbeza dan kadangkala bertentangan.[17]Pendekatan epistemologi ini
akan menafikan wujudnya kebenaran yang objektif dan mutlak yang
boleh diterima oleh semua sepertimana yang dibawa oleh akidah
Islam. Berlawanan dengan pendekatan ini, akidah Islam, seperti yang
dihuraikan oleh Imam al-Nasafi mengisbatkan kemampuan manusia untuk
mencapai ilmu dan hakikat yang benar bertentangan dengan pandangan
nisbi golongan sufastaiyyah.[18]Dalam menghuraikan penegasan Imam
al-Nasafi ini, Prof. al-Attas menjelaskan bahawa penyangkalan
terhadap kemungkinan dan objektiviti ilmu pengetahuan akan
mengakibatkan hancurnya dasar yang tidak hanya menjadi akar bagi
agama, tetapi juga bagi semua jenis sains.[19]Sekiranya kita
menerima faham pluralisme agama, ia bukan sahaja bertentangan
dengan prinsip akidah Islam, malah juga bertentangan dengan prinsip
akal yang sihat. Ini kerana akal tidak boleh menerima dua hakikat
yang sama-sama benar akan tetapi saling bertentangan untuk wujud di
satu masa. Ini bertentangan dengan prinsip asas dalam logik
iaituthe principle of non-contradiction. Mana mungkin kefahaman
tentang Tuhan yang Maha Esa sama benar dengan faham ketuhanan yang
pelbagai? Mana mungkin kepercayaan bahawa Nabi Isa tidak disalib
sama benar dengan kepercayaan Nabi Isa wafat di pengsaliban, bangun
semula dan menjadi sebahagian dari ketuhanan? Mana mungkin
kepercayaan Tuhan yang tidak menyamai segala sesuatu adalah sama
benar dengan kepercayaan bahawa Tuhan yang bersatu dengan makhluk
dan menyerupai sebahagian besar makhluk yang diciptanya sendiri?
Kefahaman begini hanya dipegang sama ada oleh seseorang yang
menerima kenisbian hakikat (relative truth) yang menolak kebenaran
yang mutlak, satu faham yang ditolak oleh Islam, atau mereka yang
mempercayai bahawa faham keagamaan hanyalah khayalan manusia yang
serba subjektif dan tidak benar, atau oleh mereka yang atheist yang
langsung tidak menerima kewujudan Tuhan, lantaran itu melihat
kepelbagai agama sebagai manifestasi rasa takut manusia kepada alam
ghaib ciptaan akal mereka. Atau mereka yang percaya kepadatwofold
truthuntuk menjustifikasi fahaman gereja yang banyak bertentangan
dengan pandangan akal dan pengalaman inderawi manusia. Kesemua ini
ternyata bertentangan dengan ajaran Islam yang menegaskan kebenaran
mutlak yang satu dan tiada pertentangan antara kebenaran akal dan
wahyu. Ironisnya, bagaimana faham yang tidak serasi dengan prinsip
akal yang sihat dipelopori oleh ilmuwan dan intelektual dari
tamadun yang amat mengagungkan akal?Seperkara yang menarik untuk
diketengahkan ialah dalam Akidah Islam dan juga penjelmaannya dalam
sejarah dan tamadun Islam, berbanding dalam tradisi agama lain,
tidak berlaku pertentangan antara prinsip-prinsip yang
diketengahkan oleh akidah Islam dengan prinsip-prinsip akal.
Al-Quran sendiri banyak menegaskan kepentingan akal melalui
ayat-ayat yang mencela mereka yang tidak menggunakan akal. Al-Quran
juga menggunakan dalil-dalil akli dalam berhujah dengan kafir dan
juga mencabar orang-orang kafir dengan meminta dalil (burhan) bagi
membuktikan kebenaran pegangan mereka.[20]Justeru itu ulama-ulama
akidah tidak teragak-agak untuk menyokong prinsip-prinsip akidah
yang datang dalam al-Quran dengan hujah-hujah akliyah.Islam dan
Hubungan Antara AgamaKepercayaan mutlak terhadap kebenaran umat
Islam bukan bermakna Islam tidak memberi ruang kepada toleransi
terhadap agama lain.Surah al-Kafirunmerupakan antara surah yang
definitif meletakkan sikap dan cara masyarakat Islam untuk
berinteraksi dengan penganut agama lain. Ayat-ayat dalam surah
tersebut di samping mengiktiraf kewujudan agama lain (lakum dinukum
wa liya din) juga dengan tegas dan berulang menggariskan secara
definitif perbezaan antara apa yang disembah oleh Rasulullah dan
orang Islam dan apa yang disembah oleh orang-orang Kafir. Maka
dalam persoalan akidah, prinsip yang harus melandasi hubungan
antara agama islam dan agama lain ialah prinsip perbezaan dan
bukannya persamaan. Justeru itu, bagi mengelakkan permasalahan
dalam hubungan tersebut ialah pengiktirafan dan berlapang dada
kepada perbezaan-perbezaan yang wujud dan bekerjasama pada
perkara-perkara yang ada persamaan. Inilah bentuk kebebasan
beragama yang dianjurkan oleh Islam dan sikap tasamuh yang
ditanamkan kepada umat Islam terhadap masyarakat lain.Di samping
bersikap tegas dengan kebenaran dan perbezaan teologis antara agama
Islam dengan agama lain, Islam juga sama sekali tidak memaksa
kebenarannya kepada penganut agama lain. Pendekatan yang dianjurkan
oleh Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada masyarakat
bukan Islam adalah melalui dakwah dan bukan paksaan. Dalam
ruanglingkup tersebut, al-Quran menyarankan tiga bentuk dakwah
iaitu dengan kebijaksanaan (al-hikmah), nasihat yang baik (mawizah
hasanah) dan perdebatan yang baik (mujadalah hasanah).Zahir dan
Batin AgamaMengenai dakwaan golongan pluralisme agama bahawa
perbezaan agama hanya berlaku di peringkat zahir (exoteric) sahaja
perlu ditegaskan bahawa Islam merupakan agama yang menggabungkan
antara dimensi zahir dan batin agama. Oleh kerana itulah aspek
ibadat yang menekankan amalan, walaupun dari segi keutamaan, berada
selepas aspek akidah yang mewakili keimanan, namun ia tetap penting
dan menjadi sebahagian dari rukun agama. Islam juga menekankan
tentang amalan yang benar sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan.
Aspek amalan adalah sebahagian dari agama dan menjadi prasyarat
kebenaran agama. Aspek amalan ini juga dijelaskan oleh agama dengan
lengkap melalui pengutusan Rasul.Adalah satu yang ganjil sekiranya
kesatuan dan kebenaran agama yang mutlak hanya berlaku di peringkat
ruhaniah dan metafizik sahaja sedangkan tujuan agama ialah untuk
dilaksanakan di dalam kehidupan dunia yang meliputi zahir dan
batin. Pandangan begini hanya akan menafikan kebenaran aspek
lahiriyah agama Islam seperti peribadatan dan shariah sedangkan
kesemua ini merupakan sebahagian dari tanzilan dari Tuhan dan
merupakan bahagian utama dari struktur agama itu sendiri.
Sehubungan dengan ini, perlu ditegaskan bahawa istilah Islam
walaupun secara harfi bermaksud penyerahan diri namun bentuk
penyerahan itu juga dijelaskan oleh agama melalui sistem
peribadatan yang diturunkan oleh wahyu dan dijelaskan oleh para
Rasul, bukan dengan cara-cara yang mengikut pemikiran subjektif
manusia dan yang lebih buruk, mengikuti hawa nafsu manusia
semata-mata.PENUTUPTanpa menafikan bahawa terdapat keperluan untuk
penganut setiap agama mengurangkan ketegangan yang berlaku
disebabkan salah faham dan sikap ekstrem sekelompok kecil
masyarakat, pendekatan dialog antara agama terutamanya yang
diwarnai dengan faham pluralisme agama harus ditanggap secara
berhati-hati oleh umat Islam. Yang paling penting dalam memahami
faham pluralisme agama ialah persoalan dimana kita bermula. Dalam
Islam, kita perlu bermula dari kebenaran agama kemudiannya barulah
disesuaikan dengan keperluan sosial dan siyasah. Kita juga tidak
harus terlalu cepat untuk mengambil pengalaman sejarah agama lain
untuk disesuaikan dengan agama Islam apabila kita tidak berkongsi
sejarah yang sama dan dan agama Islam sendiri mempunyai perbezaan
yang mendasar dengan agama tersebut.
[1]Dibentangkan dalamWacana Fahaman Pluralisme Agama dan
Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam, anjuran Muafakat, Himpunan
Keilmuan Muda (HAKIM) dan JAIS pada 1 hb Mei 2010 bertempat
Kuliyyah Ekonomi, UIAM.[2]Anis Malik Thoha,Trend Pluralisme Agama:
Tinjauan Kritis(Jakarta:Gema Insani, 2005),14.[3]Ibid.,15.[4]Anis
Thoha misalnya membahagikan bentuk aliran (trend) pluralisme agama
kepada empat iaitu Humanisme Sekular, Teologi Global (Global
Theology), Sinkretisme dan Hikmah Abadi (Perennial Philosophy),
ibid.,51-121.[5]Adian Husaini,Pluralisme Agama: Musuh
Agama-Agama(Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia: 2010), 4.[6]John
Hick,God Has Many Names(Philadelphia: The Westminster Press, 1982),
24.[7]Ibid., 24-56.[8]Adian Husaini, 6.[9]Anis Thoha,
24-40.[10]Lihat huraian pengalaman beliau dan juga pandangan
teologi beliau dalam karya-karyanya sepertiThe Rainbow of
Faiths(London: SCM Press Ltd, 1995);God Has Many
Names(Philadelphia: The Westminster Press, 1982);Problems of
Religious Pluralism(London: Macmillan Press Ltd., 1985);Dialogues
in the Philosophy of Religion(New York: Palgrave, 2001)[11]John
Hick, 33.[12]Anis Thoha, 180.[13]Lihat huraian mendalam tentang
kemelut sekularisasi dalam agama Kristian dalam Syed Muhammad
naquib al-Attas,Islam and Secularism(Kuala Lumpur:ISTAC,1993),
1-49.[14]Ib
Ramai umat Islam terikut-ikut dengan pandangan sedemikian kerana
mereka yakin bahawa semua agama itu sama taraf dan kedudukannya.
Mereka jahil bahawa agama selain Islam adalah agama ciptaan
manusia, walhal agama Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w).
Mungkinkah sama manusia dengan Tuhan? Mereka yang berpandangan
bahawa semua agama itu sama, telah jatuh kafir, malah jatuh syirik.
Kerana mereka menyamalkan Allah (a.w) dengan manusia!Allah (a.w)
memberitahu kita, seperti yang telah kita rujuk beberapa firman
Allah (a.w) sebelum ini bahawa:Pertama,agama yang diridai (yakni,
yang diterima) Allah (a.w) hanyalah agama Islam[Ayat 19, Surah
ali-Imran];Kedua,mereka yang memilih agama lain tidak akan diterima
sebarang amalan dan ibadah mereka walau baik bagaimana sekalipun;
segala amalan dan ibadah mereka seumpama debu di atas batu, yang
akan bertaburan apakala ditiup angina tau dilanda banjir;Ketiga,
orang yang kafir (dan termasuk yang Islam tetapi kufur) yang mati
dalam kekafiran (atau kekufuran)mereka itulah orang yang dilaknat
oleh Allah (a.w) dan oleh para malaikat dan manusia (yang Islam dan
iman)[Ayat 161, Surah al-Baqarah];Keempat,hanya orang Islam dan
iman sahaja yang akan mendapat syurga, orang yang tidak Islam, dan
orang Islam tetapi tidak beriman, pasti masuk neraka;Kelima,orang
munafiq, yakni orang yang mengakui dirinya Islam tetapi hatinya
tidak Islam dan beriman, tidak akan masuk syurga; malah diletakkan
di dasar neraka terkebawah dari tempat orang-orang kafir[Ayat 145,
Surah an-Nisa];Keenam,taubat mereka (yang syirik) dan hanya taubat
orang yang kafir yang masuk Islam, maka segala kebaikan yang
dilakukannya semasa kafir akan dikira dan diberi pahala, manakala
dosa-dosanya ketika kafir dahulu dihapus kikis apabila masuk
Islam;Ketujuh,mentaati Rasulallah (s.a.w) berjaya mendapat
kerahmatan Allah (a.w) (dan hanya kerahmatan Allah (a.w)
membolehkan kita mendapat syurga)[Ayat 132, Surah
ali-Imran];Kedelapan,jika orang kafir memiliki harta berupa emas
dan perak sebanyak dunia dan segala isinya untuk menebus dosanya
supaya dikeluarkan dari neraka di akhirat kelak, tidak akan
diterima Allah (a.w)[Ayat 91 & Ayat 116, Surah ali-Imran];
danKesembilan,jika kita tolak Rasulallah (s.a.w) (yakni, tolak atau
tidak terima as-Sunnah) setelah jelas padanya petunjuk ari
as-Sunnah dan dia tidak mau terima ajakan orang yang beriman (i.e.
orang yang ikuti as-Sunnah), maka dia akan dimasukkan ke dalam
neraka[Ayat 115, Surah an-Nisa];Kesepuluh,sesiapa yang taatkan
Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dia pasti mendapat
hidayah (atau petunjuk)[Ayat 54, Surah an-Nur].Adalah suatu dosa
yang besar bagi seseorang yang Islam mengakui bahawa Islam itu
setaraf dengan agama-agama ciptaan manusia.Maka dengan itulah Allah
(a.w) mengingatkan manusia bahawa Islam adalah agama yang tidak
boleh disamakan dengan lain-lain agama. Islam tetapiterkeatas
kedudukannya, masakan manusia, terutama mereka yang mengakui diri
mereka Islam, sanggup menjatuhkan mertabat Islam kerana kesenangan
dunia yang sedikit?Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu
bil-huda, wadinil haqqi liyuzhirahu alad-dini kulihi walau karihal
kafiruna)[Maksud: Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus RasulNya
membawa hidayah (i.e. petunjuk) dan agama yang haq (i.e yang benar)
(iaitu agama Islam), supaya memenangkannya (yakni, meletakkannya)
di atas segala agama di bumi ini meskipun orang-orang musyrik (i.e.
orang yang tidak mahu akui Allah (a.w) itu tuhan mereka, yakni
kafir) tidak menyukainya][Ayat 9, Surah as-Sof]Malangnya di akhr
zaman ini manusia tidak lagi yakin dengan Islam kerana dipengaruhi
oleh pelbagai factor. Antaranya, pengajaran agama Islam itu tidak
diutamakan oleh alim ulama dan para ilmuan Islam. Alim ulama hanya
bersedia menyampaikan ilmu mereka dengan bayaran lumayan. Alim
ulama mengutamakan kedudukan dan sanjungan serta kesenangan dunia.
Maka dengan itu mereka tidak mahu melawan arus. Alim ulama sendiri
jahil dengan agamanya, atau mereka kurang yakin dengan agama Islam
kerana materialism dan kesenagan keduniaan.Sejak akhir-akhir ini,
ramai di kalangan kita umat Islam dalam menzahirkan sikap toleransi
terhadap kehidupan yang berlainan agama, sering mengungkapkan
kata-kata bahawa semua agama adalah sama. Semua agama mempunyai
Tuhan. Semuanya mengajak kepada kebaikan dan semuanya mahukan
kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat seolah-olah mengiktiraf
bahawa agama-agama lain adalah setaraf dengan Islam..Sebenarnya
fahaman yang menganggap bahawa semua agama (Kristian, Yahudi,
Buddha dan sebagainya) termasuk Islam adalah sama dikenali sebagai
Pluralisma agama, adalah suatu yang merbahaya, boleh menjejaskan
aqidah umat Islam dan tidak menepati nas al-Quran.Firman Allah swt
yang bermaksud;" Sesunguhnya Al-Deen yang diredhai di sisi Allah
adalah Islam."(Ali Imran 3 : 19)Di dalam ayat lain Allah swt
berfirman yang maksudnya;" Dan sesiapa yang mencari selain Islam
sebagai Al Deen maka tidak diterima daripadanya dan dia termasuk
golongan orang-orang yang rugi di akhirat nanti."(Ali Imran 3 :
85)Sebenarnya fahaman Pluralisma agama ini sudah pun wujud sejak
zaman Nabi saw dalam misi awal dakwahnya di Mekah. Antara tawaran
yang diajukan kepada Nabi saw ialah tawaran supaya beribadat
mengikut giliran. Mungkin hari ini menyembah Allah, esok pula
menyembah berhala dan seterusnya. Atau boleh beribadat secara
mingguan atau bulanan iaitu semingu atau sebulan untuk berhala dan
seminggu atau sebulan menyembah Allah.Imam Ibnu Hajar ketika
mentafsirkan surah Al Kafirun menyebut bahawa golongan Quraisy
mengajak Nabi saw agar menyembah tuhan mereka selama setahun dan
mereka pula menyembah Tuhan Muhammad saw selama setahun. Tawaran
ini dijawab secara langsung melalui Firman Allah swt
bermaksud;"Katakanlah hai orang-orang yang kafir aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang
aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu
sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku
sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."(Kafirun 1-6)Dalam
Islam, tuhan dipanggil Allah. Dalam Kristian ada konsep trinity,
tetapi masih merujuk kepada keesaan dan kekuasaan Tuhan. Dalam
Islam Allah mestilah disifatkan sepertimana yang termaktub dalam
nas. Oleh sebab itu Islam menolak trinity yang membawa maksud Tuhan
mempunyai isteri dan anak.Oleh itu berhati-hatilah terhadap fahaman
pluralisma agama kerana ianya boleh menjejaskan aqidah kita sebagai
seorang Muslim. Kita menyakini bahawa Islam sahajalah agama yang
diredhai Allah swt. Namun ini tidak bererti bahawa kita memusuhi
agama lain bahkan kita ingin supaya rahmat Islam tersebar ke
seluruh alam dan hati setiap insan.Firman Allah swt
bermaksud;"Sesungguhnya orang yang beriman, golongan Yahudi,
golongan Nasrani dan golongan Shabiin (iaitu golongan bukan Yahudi,
Nasrani atau majusi), siapa sahaja antara mereka yang benar-benar
beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal soleh, mereka akan
menerima pahala daripada Tuhan mereka"(Albaqarah 2 : 62)Ibnu Kathir
mengulas mengenai ayat ini bahawa Salman Al Farisi berkata kepada
Rasulullah saw bahawa sahabat-sahabat Salman melakukan solat, puasa
dan beriman kepada Nabi saw. Ketika Salman selesai memuji
sahabat-sahabatnya, Rasulullah saw berkata kepada Salman bahawa
mereka adalah ahli neraka.Salman terkejut mendengan penjelasan Nabi
saw lalu Allah swt menurunkan ayat tersebut yang menjelaskan bahawa
Iman Yahudi adalah orang yang berpegang kepada Taurat dan sunnah
Musa as sampai datangnya Isa as. Ketika datangnya Isa as sesiapa
yang yang masih beriman dan berpegang kepada Taurat dan sunah Musa
as, tidak meninggalkannya dan tidak mengikut ajaran Isa as, maka
dia adalah orang yang celaka. Dan Iman Nasrani ialah sesiapa yang
berpegang kepada Injil dan Syariat Isa as, maka dia menjadi seorang
yang beriman dan diterima imannya sehingga Muhammad saw diutuskan.
Maka barangsiapa yang tidak mengikut Muhammad saw dan meninggalkan
sunah Isa dan Injil maka dia tergolong dalam golongan yang Celaka
(ahli neraka). Wallahu A'lam