BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
BMM 3033E PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PENDAHULUANKursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
merupakan mata pelajaran wajib untuk pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) kursus minor Bahasa Melayu. Setiap guru
pelatih diwajibkan untuk melaksanakan satu kerja kursus berasaskan
ilmu berdasarkan mata pelajaran ini. Pengisian maklumat yang
terdapat dalam kerja kursus ini meliputi beberapa subtopik yang
penting dalam mata pelajaran ini.Antara kandungan kerja kursus ini
ialah konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian serta huraian
mengenai teori Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Kami
diarahakan untuk melaksanakan tugasan dalam kumpulan untuk mencari
dan menggumpul maklumat tentang tajuk-tajuk kecil yang terdapat
dalam subjek ini. Selain itu, kerja kursus ini memerlukan guru
pelatih mengulas dan menganalisis kualiti soalan objektif Bahasa
Melayu tahun 5 yang diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan
buku yang terdapat di pasaran secara individu. Ulasan dan analisis
mestilah merangkumi jenis soalan, aras soalan, komponen soalan
(stimulus, stem, pilihan jawapan dan penganggu), dan cadangan
penambahbaikan terhadap soalanTujuan kerja kursus ini dilaksanakan
adalah untuk melatih pelajar melaksanakan proses untuk mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu
proses pendidikan. Penghakiman melibatkan aspek-aspek seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.Kesimpulannya,
pelaksanaan kerja kursus ini diharapkan mampu membantu guru pelatih
supaya lebih memahami subtopik yang perlu dipelajari dalam kursus
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kerja kursus ternyata
memberikan pelbagai impak positif kepada bakal guru agar menjadi
guru yang berintelek dan berkaliber.
TUGASAN INDIVIDU
Tugasan Individu :Ulasan Soalan Objektif Bahasa Melayu Tahun
5
Nama :Nellson Joumin
No Ic :920402-12-6143
ANALISISSOALAN 1
Ampunkan ____ tuanku, sembah patik harap diampun. Patik membawa
perkhabaran buruk daripada Panglima Tamin, kata Tun Nila Sakti.A
betaB hambaC patikD tuan hamba
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras Kefahaman Calon perlu memahami penggunaan kata
ganti nama dengan tepat
StimulusMaklumat khusus berbentuk perbualan
StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja
PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata
ganti nama
Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan yang
diambil daripada kata ganti nama yang berbeza
ANALISISSOALAN 2
2. Orang ramai yang datang ke jamuan makan malam itu
berbual-bual dengan _____.A sibukB rapatC mesraD meriah
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras pengetahuan Mencari perkataan yang sesuai dengan
sesuatu situasi
StimulusMaklumat khusus berbentuk gambar rajah yang sesuai
StemMaklumat soalan jelas iaitu memilih perkataan yang sesuai
pada jawapan yang disediakan
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja
PengangguTerdapat beberapa pilihan jawapan yang hampir sama
makna yang boleh menyebabkan calon keliru
Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan bagi
melatih calon untuk berfikir secara kritis sesuatu makna
perkataan
ANALISISSOALAN 3
3. Dua orang calon bakal ________ telah dihantar ke Rusia untuk
menjalani persediaan ke bulan.A peragawanB pramugariC angkasawanD
juruterbang
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan).
Aras soalanAras Pengetahuan Memahami makna bagi setiap bidang
pekerjaan yang disediakan dalam jawapan.
StimulusMaklumat tentang stimulus terdapat pada soalan iaitu
menjalani persediaan ke bulan .
StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan bidang
pekerjaan yang sesuai.
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja.
PengangguPernyataan jawapan yang salah jelas terdapat pada
pilihan jawapan menyebabkan soalan mudah untuk dijawab.
Cadangan PenambahbaikanSoalan aras pengetahuan seperti ini baik
untuk menguji sejauh mana pengetahuan seseorang murid.
ANALISISSOALAN 4
______ menjunjung segala titah perintah tuanku sekarang juga,
sembah bendahara kepada Sultan MelakaA HambaB PatikC BetaD Saya
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan).
Aras soalanAras kefahaman Calon perlu memahami penggunaan kata
ganti nama dengan tepat.
StimulusMaklumat khusus yang diberi berbentuk perbualan.
StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat.
Pilihan JawapanMelengkapkan ayat dengan memilih satu jawapan
yang betul sahaja.
PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata
ganti nama.
Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan yang terdiri daripada
distraktor yang berbeza maksudnya berupaya untuk menentukan tahap
penguasaan murid tentang kata ganti nama.
ANALISISSOALAN 5
Pilih ayat ayat yang betul.I Iwani menerima surat daripada
sahabatnyaII Najiha berasal dari Kampung Gelugor.III Di zaman
dahulu, kancil seekor binatang yang cerdikIV Bungkusan itu telah
dihantar pada abangnya yang berada di London.
A I dan IIB I dan IIIC II dan IVD III dan IV
Jenis SoalanItem aneka pelengkap (item aneka gabungan).
Aras soalanAras analisis Murid perlu menganalisis setiap
kesalahan yang terdapat pada pernyataan yang disediakan.
StimulusMaklumat yang diberi disediakan dalam bentuk ayat.
StemTugasan soalan jelas iaitu murid perlu menganalisis
kesalahan penggunaan perkataan pada mana-mana ayat yang
disediakan.
Pilihan JawapanTerdiri daripada beberapa kombinasi pilihan
jawapan.
PengangguTerdapat beberapa perkataan dalam sesuatu ayat yang
menjadi distraktor untuk memilih jawapan yang tepat berdasarkan
ayat yang telah disediakan.
Cadangan PenambahbaikanDistraktor dalam pilihan jawapan boleh
ditambah bagi menguji aras pemikiran murid.
ANALISISSOALAN 6
6. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.Setiap
malam Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya.A Kerja rumah Amirul
menyiapkan setiap malam.B Menyiapkan kerja rumah Amirul setiap
malam.C Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya bersama setiap
malam.D Amirul akan menyiapkan kerja rumahnya setiap malam.
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras penilaian Menilai ayat yang sama maksud dengan
ayat yang diberikan
StimulusRangsangan diberikan dalam bentuk ayat dan mempunyai
makna yang jelas dan mudah difahami.
StemTugasan soalan jelas iaitu mencari mencari ayat yang sama
maksud dengan ayat yang diberikan.
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja
PengangguKesederhanaan tahap distraktor menyebabkan murid mudah
untuk menentukan ayat yang tepat dijadikan jawapan.
Cadangan PenambahbaikanTahap distraktor perlu diubah dengan
mengubah bentuk ayat-ayat kepada ayat yang lebih sukar dan hampir
sama maksudnya bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan.
Soalan 7 berdasarkan puisi di bawah :
ANALISISSOALAN 7
Baca puisi di atas kemudian jawab soalan-soalanberikut.Siapakah
yang menyambut kedatangan penulis dan murid-murid yang lain ?A
Keluarga penulisB Guru-guruC Pekerja sekolah
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras pemahaman Memahami bahan rangsangan yang
disediakan iaitu puisi.
StimulusBahan rangsangan yang disediakan ialah bebentuk puisi
yang perlu difahami maksudnya dengan jelas.
StemTugasan soalan jelas iaitu menjawab soalan yang disediakan
berpandukan bahan rangsangan iaitu puisi yang disediakan.
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja berpandukan
maklumat yang terdapat dalam puisi
PengangguKata-kata kiasan yang terdapat pada puisi menjadi
distraktor dominan kepada murid untuk memahami maksud setiap baris
puisi itu.
Cadangan PenambahbaikanMurid perlu memahami setiap baris dan
perkataan penting dalam puisi ataupun bahan rangsangan yang sama
seperti ini sebelum menjawab soalan yang dikemukankan.
ANALISISSOALAN 8
8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betulI Buah nangka yang masak itu sudah gugur.II Matanya semakin
gugur kerana sudah mengantuk.III Dua orang tentera Jepun telah
gugur dalam pertempuran itu. IV Ibu bapa Wai Leong telah gugur
dalam kemalangan.
A I dan IIB I dan IIIC II dan IIID III dan IV
Jenis SoalanItem aneka pelengkap (item aneka gabungan).
Aras soalanAras analisis Menganalisis kesesuaian setiap
penggunaan perkataan bergaris dalam ayat yang diberikan dengan
betul.
StimulusSetiap ayat mempunyai perkataan yang sama iaitu gugur
sebagai panduan untuk menilai kesesuaian sesuatu ayat.
StemTugasan soalan jelas dengan perkataan yang bergaris iaitu
gugur.
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja
PengangguDistraktor mengelirukan pilihan jawapan yang ada.
Cadangan PenambahbaikanMaksud ayat dengan penggunaan perkataan
bergaris perlu lebih jelas dan tepat dengan konteks ayat.
ANALISISSOALAN 9
9. Rambut Nazrul ________ kerana tidak bersikat.A kucar-kacirB
kusutmasaiC serbah- serbihD Compang-camping
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras kefahaman Soalan memerlukan murid untuk menjawab
soalan dengan kefahaman mereka tentang kata ganda berirama.
StimulusStimulus yang terdapat pada soalan ini iaitu rambut
membantu murid untuk mencari jawapan yang tepat dengan kefahaman
mereka terhadap kata ganda yang disediakan dalam pilihan
jawapan.
StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan kata
ganda yang sesuai.
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul sahaja.
PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata
ganda.
Cadangan PenambahbaikanPilihan jawapan boleh dipelbagaikan yang
diambil daripada kata ganda yang hampir sama maksudnya untuk
menguji sejauh mana pengetahuan dan kefahaman murid terhadap
penggunaan kata ganda.
ANALISISSOALAN 10
10. Pasar itu _______ dengan suara peniaga dan pelanggan yang
sedang _______ harga.
A kucar-kacir.....kira-mengiraB hiruk-pikuk.....sebut-menyebutC
hingar-bingar.....tawar-menawarD riuh
rendah.....potong-memotong
Jenis SoalanItem respon tetap (item aneka pilihan)
Aras soalanAras kefahaman Soalan memerlukan murid untukmenjawab
soalan dengan kefahaman mereka tentang kata ganda berirama.
StimulusStimulus yang terdapat pada soalan ini iaitu situasi
yang berlaku di pasar membantu murid untuk mencari jawapan yang
tepat dengan kefahaman mereka terhadap kata ganda yang disediakan
dalam pilihan jawapan.
StemTugasan soalan jelas iaitu melengkapkan ayat dengan dua kata
ganda yang sesuai
Pilihan JawapanPilih satu jawapan yang betul dalam pilihan
jawapan yang mengandungi dua kata ganda yang berbeza-beza.
PengangguMenarik perhatian calon yang kurang menguasai kata
ganda.
Cadangan PenambahbaikanSoalan ini baik kerana mampu menguji
kefahaman murid tentang maksud kata ganda yang berbeza-beza.
RUMUSANSecara umumnya, pentaksiran tidak dapat dipisahkan
daripada tanggungjawab seorang guru. Tanpa pentaksiran,
keberkesanan pengajaran tidak mungkin dapat dinilai. Keputusan
tentang prestasi pelajar boleh mempertingkat pengajaran guru
melalui cara guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
pengajarannya berdasarkan objektif yang ditetapkan. Sekiranya guru
telah menjelaskan objektif pengajaran terlebih dahulu, guru akan
dapat mengenal pasti pelajar yang dapat mencapai objektif tersebut
atau yang sebaliknya. Hal ini akan membantu guru merancang
pengajaran dengan berkesan.Oleh itu, guru mestilah kreatif dari
segi penggunaan ujian tertentu untuk tujuan mempertingkatkan mutu
pengajaran. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai jenis ujian
yang boleh dilaksanakan di mana setiap ujian tersebut mempunyai
kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Peranan ujian sangatlah
penting kepada semua pihak khususnya guru dan pelajar. Ujian
merupakan komponen penggenap kepada aktiviti pengajaran kelas.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian, guru boleh
melihat keberkesanan pengajarannya seterusnya membuat
penambahbaikan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dikukuhkan lagi.Kesimpulannya, seorang guru mestilah menguasai
prosedur pelaksanaan penilaian dengan baik.Guru yang jahil dalam
prosuder penilaian akan cenderung membuat kesilapan ketika membuat
penilaian terhadap keberkesanan pengajaran guru. Hal ini disebabkan
ujian yang mutunya rendah tidak akan memberikan maklumat sebenar
tentang tahap kefahaman pelajar berdasarkan objektif yang
ditetapkan dan seterusnya memberikan gambaran yang slaah tentang
keberkesanan pengajaran. Oleh itu, guru mestilah bertanggungjawab
untuk memahami prosuder penilaian dan pentaksiran dalam kelas sama
pentingnya dengan memahami isi pelajaran serta mempelajari kaedah
mengajar sesuatu mata pelajaran.
REFLEKSINama: Nellson JouminNo. Kad Pengenalan:
920402-12-6143
Syukur kepada Tuhan kerana akhirnya kerja kursus Pentaksiran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini dapat disempurnakan pada masa yang
tepat serta sesuai dengan kehendak soalan. Sepanjang proses
menyelesaikan tugasan ini, saya dan rakan sekumpulan iaitu
Epredjolly Justin dan Azizi Ahmad telah menghadapi pelbagai cabaran
dan masalah yang sedikit memberi impak terhadap tugasan ini. Namun,
saya terus berusaha tanpa mengira rintangan tersebut. Bagi pendapat
saya, tugasan ini haruslah disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Ianya haruslah mempunyai objektif dan saya berharap
agar kerja kursus ini bukan sahaja tugasan wajib saya, bahkan
menjadi panduan kepada saya mengenai elemen-elemen pentaksiran yang
bakal saya hadapi ketika berada dalam profesion perguruan.Tugasan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengkehendakkan kami
untuk mencari maklumat mengenai tajuk-tajuk yang terdapat dalam
subjek ini dan menganalisis item yang dibina oleh mana-mana
penerbit khususnya soalan murid-murid tahun 5. Tugasan ini banyak
memberi faedah dan input-input terkini kepada guru pelatih seperti
saya. Tugasan ini banyak memberi pengalaman dan pendedahan kepada
saya kerana ianya sebagai satu langkah persediaan untuk
diaplikasikan semasa saya menjadi guru kelak. Hal ini demikian
kerana guru haruslah kreatif dalam pengajaran supaya dapat
mengelakkan murid daripada kebosanan.Sepanjang melaksanakan tugasan
ini, saya telah belajar sesuatu yang baru dan tidak pernah saya
pelajari sebelum ini. Antaranya ialah mengenai pentaksiran,
pengujian, penilaian, Taksonomi Bloom, jadual spesifikasi ujian dan
cara untuk menganalisis item soalan. Pada awalnya, saya amat teruja
untuk memulakan tugasan kerana saya tertarik dengan kehendak soalan
iaitu mengkehendakkan saya dan kumpulan saya untuk membuat nota dan
grafik tentang tajuk-tajuk yang terdapat dalam subjek ini. Tugasan
ini secara tidak langsung akan membantu saya untuk memahami lebih
dalam lagi tentang topik yang saya pelajari pada semester ini.
Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat
kajian tentang analisis soalan dari aspek jenis soalan, aras
soalan, komponen soalan yang terdiri daripada stimulus, stem,
pilihan jawapan dan penganggu dan seterusnya cadangan
penambahbaikan terhadap soalan yang dianalisis secara individu.
Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi hasil daripada bantuan
rakan-rakan dan pensyarah, saya telah memahami bagaimana untuk
menganalisis soalan dengan betul dan mengetahui banyak
perkataan-perkataan baru. Ini telah menjadi satu ilmu pengetahuan
dan pengalaman baru kepada diri saya terhadap subjek bahasa melayu
khususnya. Dari segi kerja kumpulan pula, kumpulan kami telah
membahagikan tugasan tersebut seadil-adilnya kerana tugasan ini
memerlukan kami untuk membuat tugasan yang sempurna. Kami telah
berusaha bersama-sama dari awal hingga ke akhir tugasan ini
disempurnakan. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama
dijinjing. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran perlu dijelmakan
sebagai satu proses yang bermakna dan bermanfaat untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi sebenar seseorang . Melalui tugasan BMM
3103 ini, kumpulan kami juga harus memastikan bahawa kami dapat
mempelajari banyak pengetahuan baharu tentang pentaksiran,
pengujian, penilaian, Taksonomi Bloom, jadual spesifikasi ujian dan
banyak lagi. Melalui perbincangan dan kerjasama yang wujud dalam
kumpulan kami, kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan
sempurna. Saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya
yang telah banyak membantu saya melaksanakan tugasan ini sehingga
selesai. Saya bersyukur kerana berkesempatan melibatkan diri dan
merasai sendiri pengalaman melaksanakan kerja kursus ini dengan
cara yang betul dan kreatif kerana ianya merupakan salah satu skop
dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti.
Pendedahan ini juga dapat membantu saya untuk menilai sejauh mana
pencapaian dan penguasaan seseorang murid ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Sebagai seorang bakal guru, kita
haruslah sentiasa menimba ilmu untuk memastikan kita dapat menjawab
soalan-soalan murid-murid di sekolah pada masa akan datang. Saya
amat beruntung kerana dapat mempelajari topik ini pada semester ini
kerana saya boleh menggunakan ilmu yang ada untuk praktikum yang
akan datang yang mengandungi subjek bahasa melayu. Hal ini secara
tidak langsung akan menjadikan saya lebih berkeyakinan dan mampu
memberikan sumbangan kepada kelas bahasa melayu yang akan saya akan
ajar kelak khususnya semasa praktikum. Sepanjang pelakasanaan
tugasan ini, kelemahan saya yang saya dapat kenalpasti ialah
pengurusan masa. Saya selalu menangguhkan masa sehingga kekurangan
masa untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi. Sikap seumpama
ini perlu saya kikis kerana ia menjadikan kerja saya menjadi
perlahan dan tidak berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya perlu
memperbaiki kemahiran pengurusan masa saya agar saya dapat
memanfaatkan setiap masa yang saya ada dengan baik. Sepanjang
menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa komitmen yang tinggi amat
diperlukan dalam menghasilkan tugasan yang cemerlang. Selain itu,
daya kreativiti telah membantu saya dalam pengolahan ayat agar
mudah difahami dan gramatis seterusnya meningkatkan ilmu
pengetahuan saya dalam jurusan yang saya ceburi ini. Pelaksanaan
kerja kursus ini juga telah mengeratkan lagi silaturahim antara
saya, pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Sekian, terima
kasih.
RUJUKAN
Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2008).Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam
Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut
Bahasa.Bahagian Pendidikan Guru.
Azman Wan Chik (1987),Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik (1994),Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lee Shok Mee dan Mok Soon Sang (1989).Pengujian dan Penilaian
dalam Pendidikan. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Raminah Hj. Sabran (1991),Penilaian dan Pengujian Bahasa
Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.
Tan Hui Leng (1996).Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas
Pendidikan 3 ,Shah Alam: Fajar Bakti
Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985).Siri
Maktab Perguruan:Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
LAMPIRANSEMESTER 6/2014 1
SEMESTER 6/201419