BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU. NAMA PELAJAR : ALINA BINTI SARMAN NO. MATRIKS : D20112052789 NAMA KUMPULAN : UPSI NONBOR TELEFON : NAMA PENSYARAH : NAMA JABATAN : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TAJUK TUGASAN : ANALISIS AYAT BAHASA MELAYU.
NAMA PELAJAR : ALINA BINTI SARMAN
NO. MATRIKS : D20112052789
NAMA KUMPULAN : UPSI
NONBOR TELEFON :
NAMA PENSYARAH :
NAMA JABATAN : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
1.0 Pendahuluan
Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan
ayat. Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk
bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya
ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian
sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membina ayat.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang
linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan
sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan
kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat
merupakan inti terbesar. Manakala Asmah Hj. Omar (1968) pula mendefinisikan
sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang
mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat".
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ringkasnya, bidang sintaksis membincangkan tentang hal berkaitan ayat. Sebelum itu,
perlu kita fahami tentang konsep ayat terlebih dahulu.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk
ayat. Unit-unit asas yang membentuk ayat ini terdiri daripada unsur kata, subjek (pelaku)
dan predikat (perkara yang dilakukan).
Dalam tugasan kali ini ialah membuat kajian mengenai binaan ayat tunggal dan binaan
ayat majmuk berdasarkan teks yang telah dipilih. Bagi menyempurnakan tugasan ini
saya perlu mencari teks yang bertarikh . Saya juga perlu melakukan rujukan
buku-buku yang berkaitan dengan sintaksis.
2.0 Tujuan
Tujuan ialah untuk menganalisis jenis binaan ayat sama ada dari ayat tunggal, ayat
majmuk dan memahami fungsi serta jenis-jenis pola tersebut. Tujuannya agar mampu
meneguhkan ilmu linguistik yang merupakan satu cabang hukum tatabahasa yang pada
akhinya akan menentukan identiti bahasa itu sendiri.
3.0 Bidang
Bidang kajian ini memfokuskan kepada aspek analisis sintaksis di dalam teks
berdasarkan jenis binaan ayat tunggal, ayat majmuk dan subjenis yang terdapat di
dalamnya.
4.0 Bahan
5.0 Kaedah
Bahan kajian untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk telah diambil daripada
Utusan Online. Ayat akan dianalisis sepenuhnya dalam lampiran 1. Analisis meliputi
empat jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis Ayat Tunggal,
Jadual Analisis Ayat Majmuk, dan Jadual Jenis Ayat. Perincian jenis dan subjenis serta
peratusan masing-masing juga dilaksanakan.
Analisis akan dilaksanakan dengan menyaring keluar ayat-ayat tunggal dan ayat-ayat
majmuk dan mengenalpasti bentuknya dan melakukan analisis peratusan terhadap ayat-
ayat tersebut yang dijumpai di dalam teks analisis. Ayat akan dicerakin dan direkodkan
di dalam tiga jadual jadual iaitu Jadual Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk, Jadual Analisis
Ayat Tunggal dan Jadual Analisis Ayat Majmuk dan perincian subjenis serta peratusan
masing-masing.
6.0 Konsep
6.1 Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat yang lengkap mempunyai satu
subjek dan satu predikat. Ayat biasanya diakhiri dengan tanda noktah.
Ayat merupakan unit tatabahasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu
patah perkataan yang membawa hubungan sintaksis yang minimum dengan perkataan-
perkataan yang disusuli atau menyusulinya. Ayat boleh terdiri daripada perkataan-
perkataan yang dikumpulkan dengan penuh erti untuk mengungkapkan
kenyataan, soalan, seruan, permintaan, perintah, atau cadangan.
6.2 Ayat Dasar
Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber
bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai
jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam
sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan
rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan
berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis
subjek dan predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama,
sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN).
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi
binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang
disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain ,
sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif
atau ayat pasif dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh
dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek
dan predikatnya.
i. Frasa Nama + Frasa Nama
Encik Ahmad (FN) seorang guru (FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Aleya (FN) membaca buku (FK)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi
Saya (FN) dari Pulau Pinang (FS(.
v. Frasa Nama + Frasa Adjektif
Sekolah saya (FN) cantik FA).
6.3 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek
dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
6.4 Ayat majmuk
Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang
dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat
itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.
(b);
1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
(a) Ali sedang membaca buku.
(b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1 Ayat majmuk gabungan
2 Ayat majmuk pancangan
3 Ayat majmuk campuran
Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau
lebih. Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya
dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma
dan tambahan keterangan.
6.4.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan
satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata
hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.
Contoh:
i) Rokiah pandai menyanyi dan menari.
ii) Abu kurus tetapi kuat makan.
Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan
kata hubung tetapi.
Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan
kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. Ayat-ayat tunggalnya boleh
berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a. Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu
serta dan sambil digunakan. Contohnya:
i) Ia menjerit lalu menangis.
ii) Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.
b. Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi,
sebaliknya dan padahal, hendaklah digunakan. Contohnya:
i) Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
ii) Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya.
c. Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis
yang sama, misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat
penyata,ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya:
i. Dia sudah mandi dan berpakaian.
ii. Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta
nasihatnya?
d. Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang
terakhir. Contohnya:
i. Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap
hari.
e. Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa
menyebabkan perubahan makna ayat. Dalam hal ini, tanda koma
boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa
lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai
penentu. Contohnya:
i. Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung
lawannya.
Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada
subjek, predikat dan keterangan. Penggabungan boleh juga dilakukan pada
ayat dan objek. Contohnya:
i. Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat)
kakak ke pejabat ayah.
ii. Ibu membeli ikan dan sayur (penggabungan objek)
di pasar.
Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan
sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.
6.4.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu
atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat
utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika,
apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan
dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat
keterangan.
6.4.3 Ayat Majmuk Campuran
7.0 Analisis
Semua analisis dan dapatan telah dinyatakan di dalam lampiran 1. Daripada analisis
seperti dalam Jadual Analisis Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk di Lampiran 1,
KESIMPULAN:-
Rumusan boleh dibuat bahawa ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada
berbagai-bagai bentuk. Dalam bahasa Melayu sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat
tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif, komplemen,
keterangan atau ayat majmuk campuran. Ayat bahasa Melayu sebenarnya dibentuk melalui
proses pemajmukan, mengikut cara yang ingin dibincangkan atau disampaikan sesuatu
maklumat. Sebagai penutur atau penulis yang mahir berkarya dan dapat mengusai
12.
penggunaan bentuk ayat dalam penulisannya haruslah bijak memilih penggunaan jenis-jenis
ayat yang ingin digabungkan agar tidak terpesong, dan jelas maksudnya. Ayat majmuk yang
dibentuk haruslah bersesuaian penggunaan jenisnya dan kata hubungnya agar ayat nampak
gramatis. Di dalam keratan akhbar yang dipilih, banyak ayat yang dibina dan dibentuk
mengandungi pelbagai jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk campuran. Secara keseluruhannya,
penulis banyak menggunakan pelbagai jenis ayat majmuk bagi memaklumkan kepada pembaca
tentang maklumat-maklumat penting berkaitan tempat, benda, individu, badan-badan tertentu
menjadi isi utama serta pokok perbincangan dalam tulisannya. Penggunaan jenis ayat majmuk
yang dibina sangat bersesuaian dalam segala bidang fakta yang ingin disampaikan adalah
menjadi fokus utama sesebuah artikel yang ditulis.
Lampiran 1
Jadual Analisis AT
Bil Senarai Ayat Tunggal AT
1 2 3 4
1. Bot Air 10 milik ayah hilang !
2. Masih belum ada khabar ?"
3. Kami tiada harapan lain.
4. Kami hanya terus menanti."
5. Sudah tiga minggu Apis menanti ayahnya pulang.
6. Cerita-cerita itu pula hanya bersifat andaian tanpa dapat dibuktikan.
7. Semua cerita itu berbaur.
8. Bot itu laju membelah laut.
9. Dia terus laporkan perkara itu dengan penghulu.
10. Dia hanya menggunakan Bot Air 10.
11. Keuntungan pastinya akan bertambah.
12. Semuanya berkecamuk.
AT
1 ~2 ~3 ~4 ~
Jumlah Jenis Pembinaan AT :
Jadual Analisis Ayat Majmuk
Bil Senarai Ayat Majmuk AM
1 2 2.1 2.2 2.3 3
1. Hanya kata-kata itulah yang sering berpeleseran dalam mindanya.
Hanya soalan yang itu yang menjajahi mulut dan artikulasi fonetik lidah.
Hanya itu sahaja harapan yang ada.
Setiap pagi, tengah hari dan setiap petang Apis memasang pukat harapan di pinggir pantai.
Tiada senja yang indah buatnya biarpun dengan warna jingga yang berserakan di langit ditompoki awan yang membentuk pelbagai bentuk
Senja tetap memeluknya dalam kesepian hingga menerobos ke jendela rumahnya yang terbuka luas.
Namun yang pasti, senja itu tetap hanya menghantar sinar harapan yang belum bertukar menjadi cahaya kegembiraan.
Setiap petang, Apis akan berdiri, berpeluk tubuh, mengeluh - seperti menanti senja ditelan gelap kesedihan mengenangkan harapan yang belum kesampaian.
Sudah tiga minggu dia dan Tira hanya diulit kerinduan
Bot Air 10 milik ayahnya yang digunakannya ke laut untuk menangkap ikan tidak pulang-pulang dalam situasi badai menggulung tinggi pada musim tengkujuh.
Lebih melonglaikan sendi tubuh tatkala mendengar pelbagai cerita.
Hanya kedut dan kerut kebimbangan yang menghiasi wajah.
Apis sedar, laut adalah padang permainan ayahnya sejak kecil. Ayahnya seperti berlari di lautan.
Ibarat ayahnya hanya mengutip hasil tangkapan seperti
mengutip batu di jalanan. Tidak ada yang susah dalam rutin permainan itu.
Ayahnya sudah mengendalikan bot nelayan itu sejak usia belasan tahun lagi.
Dia kenal seluk-beluk di lautan - di mana selekohnya, di mana gunung ombak yang bergulung, jalan, simpang dan semuanya.
2. Asin laut sudah bersebati dengan peluh yang sememangnya masin.
3. Tapi bukan musim tengkujuh yang merisaukan Apis, biarpun kemungkinan cuaca turut dilambung ombak resah dalam segara minda.
4. Keadaan cuaca akan memungkinkan segalanya tapi Apis lebih risaukan dua orang pekerja yang menemani ayahnya menangkap ikan di laut.
5. Ayahnya tidak lagi berkongsi bot dengan Pak Cik Aibah.
6. Ayahnya telah membeli beberapa buah bot lain untuk disewa.
7. Setiap bot diberikan nama yang tersendiri.
8. Memang rezeki ayahnya agak murah sejak kebelakangan ini.
9. Harga hasil tangkapan juga agak memuaskan sejak mereka tidak lagi menggunakan peraih atau orang tengah untuk memasarkan hasil tangkapan.
10. Ayahnya jugalah yang menggerakkan usaha untuk menubuhkan koperasi nelayan di kampung itu.
11. Hasil tangkapan akan dibuat keropok yang akan diusahakan oleh golongan wanita.
12. Sememangnya hatinya dicolok rasa kurang senang tatkala ayahnya didatangi dua orang pemuda yang bukan berasal dari kampung tersebut.
13. Kelancaran berbahasa tempatan mereka juga menerbitkan syak wasangka.
14. Kelancaran berbahasa tempatan mereka juga
menerbitkan syak wasangka.
15. Jangan hanya melihat seseorang itu dari luar.
16. Apa yang tersimpan di dalam hati, kita tidak mampu untuk meneka.
17. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.
18. Kata-kata bujukan ayahnya tidak mampu menepis sejengkal pun prasangka yang mengusik. Apabila dikenang-kenang kata-kata itu, kebimbangan Apis memang berasas.
19. Bermacam-macam cerita yang Apis dengar hingga mengocak kolam ketenangan jiwanya hingga menjadi laut yang bergelora.
20. Cerita itu menjadi tali yang berselirat.
21. Ada beberapa orang nelayan yang melihat bot ayahnya belayar jauh daripada biasa.
AM
1
2
2.1
2.2
2.3
Jumlah AM2
Bibliografi
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006). Sintaksis
Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn Bhd.
Abdullah Hassan, (2002). Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis. Pahang : PTS
Publications & Distributer Sdn. Bhd.
Abdullah Hassan, (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn
Bhd.
Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Ayat Majmuk, Abdul Ghalib Yunus – Munsyi Dewan Rabu 31 Mac 2010 diperolehi pada 14
April 2013 daripada agy7500.blogspot.com/2010/03/siri-370-binaan-ayat.
Norliza Binti Hj. Jamaluddin dan Hj. Ahmad Khair Mohd. Nor (2011).BML 3063 Sintaksis.
Pusat Pendidikan Luar: Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim.
Ruhaiza Rusmin (2013). Jadi pakar si cilik, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak lahir
graduan berdaya saing. Edisi Sarawak: Harian Metro.
ARKIB : 06/04/2014
Bot Air 10
Oleh Abang Median Abang Said
Bot Air 10 milik ayah hilang� ! �Hanya kata-kata itulah yang sering berpeleseran dalam mindanya.�Masih belum ada khabar ?"Hanya soalan yang itu yang menjajahi mulut dan artikulasi fonetik lidah.
Kami hanya terus menanti."�
Hanya itu sahaja harapan yang ada. Kami tiada harapan lain.
Setiap pagi, tengah hari dan setiap petang Apis memasang pukat harapan di pinggir pantai. Tiada senja yang indah buatnya biarpun dengan warna jingga yang berserakan di langit ditompoki awan yang membentuk pelbagai bentuk. Senja tetap memeluknya dalam kesepian hingga menerobos ke jendela rumahnya yang terbuka luas. Namun yang pasti, senja itu tetap hanya menghantar sinar harapan yang belum bertukar menjadi cahaya kegembiraan. Setiap petang, Apis akan berdiri, berpeluk tubuh, mengeluh - seperti menanti senja ditelan gelap kesedihan mengenangkan harapan yang belum kesampaian. Sudah tiga minggu Apis menanti ayahnya pulang. Sudah tiga minggu dia dan Tira hanya diulit kerinduan.
Bot Air 10 milik ayahnya yang digunakannya ke laut untuk menangkap ikan tidak pulang-pulang dalam situasi badai menggulung tinggi pada musim tengkujuh. Lebih melonglaikan sendi tubuh tatkala mendengar pelbagai cerita. Cerita-cerita itu pula hanya bersifat andaian tanpa dapat dibuktikan. Hanya kedut dan kerut kebimbangan yang menghiasi wajah.
Apis sedar, laut adalah padang permainan ayahnya sejak kecil. Ayahnya seperti berlari di lautan. Ibarat ayahnya hanya mengutip hasil tangkapan seperti mengutip batu di jalanan. Tidak ada yang susah dalam rutin permainan itu. Ayahnya sudah mengendalikan bot nelayan itu sejak usia belasan tahun lagi. Dia kenal seluk-beluk di lautan - di mana selekohnya, di mana gunung ombak yang bergulung, jalan, simpang dan semuanya. Asin laut sudah menjadi udara dalam nafasnya. Asin laut sudah bersebati dengan peluh yang sememangnya masin.
Tapi bukan musim tengkujuh yang merisaukan Apis, biarpun kemungkinan cuaca turut dilambung ombak resah dalam segara minda. Keadaan cuaca akan memungkinkan segalanya tapi Apis lebih risaukan dua orang pekerja yang menemani ayahnya menangkap ikan di laut. Ayahnya tidak lagi berkongsi bot dengan Pak Cik Aibah. Ayahnya telah membeli beberapa buah bot lain untuk disewa. Dia hanya menggunakan Bot Air 10. Setiap bot diberikan nama yang tersendiri. Memang rezeki ayahnya agak murah sejak kebelakangan ini. Harga hasil tangkapan juga agak memuaskan sejak mereka tidak lagi menggunakan peraih atau orang tengah untuk memasarkan hasil tangkapan. Keuntungan pastinya akan bertambah. Ayahnya jugalah yang menggerakkan usaha untuk menubuhkan koperasi nelayan di kampung itu. Hasil tangkapan akan dibuat keropok yang akan diusahakan oleh golongan wanita.
Sememangnya hatinya dicolok rasa kurang senang tatkala ayahnya didatangi dua orang pemuda yang bukan berasal dari kampung tersebut. Kelancaran berbahasa tempatan mereka juga menerbitkan syak wasangka. Sorot mata dengan mulut yang sedikit herot begitu meresahkan Apis.
Jangan hanya melihat seseorang itu dari luar. Apa yang tersimpan di dalam hati, kita tidak� mampu untuk meneka. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui."
Kata-kata bujukan ayahnya tidak mampu menepis sejengkal pun prasangka yang mengusik. Apabila dikenang-kenang kata-kata itu, kebimbangan Apis memang berasas.
Bermacam-macam cerita yang Apis dengar hingga mengocak kolam ketenangan jiwanya hingga menjadi laut yang bergelora. Semua cerita itu berbaur. Cerita itu menjadi tali yang berselirat. Semuanya berkecamuk.
Ada beberapa orang nelayan yang melihat bot ayahnya belayar jauh daripada biasa. Bot itu laju membelah laut. Pecah cerita itu di warung Wak Dollah. Ayahnya memang jarang mengemudi botnya sejauh itu. Sungguh, tidak pernah begitu. Timbul andaian bahawa ayahnya ingin mencari lebih banyak tangkapan terutama untuk menampung upah pekerja baru. Argh! Lagi-lagi andaian hitam juga yang berarak di langit hatinya menyembunyikan gunung harapan.
Kemusykilan kian menyesak dalam dadanya tatkala ayahnya tidak pernah memberitahunya bahawa dia ingin menangkap ikan hingga ke kawasan laut dalam. Lagi pun, bot ayahnya tidak mempunyai kelengkapan yang canggih. Kelengkapan botnya biasa-biasa sahaja.
Setelah tiga hari ayahnya tak balik-balik, memang hati Apis terasa hendak pecah. Tenggelam segala kepositifan yang cuba diapungkan dalam fikiran. Yang tinggal hanya awan hitam yang berarak dalam jiwa.
Dia tidak tunggu lama. Dia terus laporkan perkara itu dengan penghulu. Lepas itu, dia laporkan pula perkara itu kepada pihak polis. Hatinya memang kuat menebak - ada sesuatu yang tidak baik berlaku pada ayahnya. Adiknya, Tira yang berusia empat tahun, asyik bertanyakan ayahnya. Semenjak kematian ibu dua tahun yang lalu, Tira memang sangat manja dengan ayahnya. Hari-hari dia bertanya. Naik muak dan berserabut Apis untuk mencari pelbagai alasan dan jawapan.
Abang kata ayah pergi tak lama. Setiap hari abang kata, hari ini ayah balik. Dah berminggu-�minggu tapi ayah tak balik-balik." Tira berleter seperti orang yang sudah dewasa biar pun dengan pelat pertuturan kanak-kanak.
Apis sudah tidak mahu menaburkan janji kosong. Dia hanya diam sahaja tatkala Tira mula ramah bertanya.
Beberapa buah bot penduduk kampung telah dikerah untuk mencari bot ayahnya. Usaha mencari itu agak sukar dengan keadaan laut yang bergelora dan keadaan langit yang berjerubu. Mereka mencarinya sampai ke kawasan pulau-pulau kecil. Tapi usaha mereka seperti mencari butiran garam di lautan. Hanya rasa asinnya diyakini tetapi butiran kemungkinan ada di mana-mana. Akhirnya mereka hanya membawa kerut wajah yang membawa riak hampa. Apis tidak mahu bertanya kerana mengetahui jawapannya.
Hari demi hari, pelbagai cerita berita yang disogokkan kepada Apis. Terasa sakit tekaknya menelan pahit cerita berita itu - lebih pahit daripada sayur peria kerana dia tidak pernah merasai hempedu.
Ada yang menyatakan kemungkinan ayahnya diculik oleh lanun. Tapi jika berlaku sebarang penculikan, tentu ada ugutan dan wang tebusan yang diminta. Ada juga yang menyatakan
bahawa keluarga ibunya suatu ketika dahulu juga daripada puak-puak yang berkenaan. Mereka memberontak di negara asal mereka hingga menjadi gelandangan di laut dan pulau-pulau kecil. Pasukan polis dan penyelamat juga telah lama berkampung di kawasan pantai. Beberapa bot yang dilengkapi dengan radar juga telah dikerah untuk mencari bot ayahnya, tetapi keputusannya tetap sama - mereka gagal menemui sebarang petunjuk. Skuad menyelam juga telah dikerah menyelam mengikut zon. Walaupun ada rasa letih dan putus asa pada wajah mereka tetapi Apis tidak akan berasa letih dan berputus asa menanti kelibat ayahnya muncul semula di pantai itu.
Yang lebih merentapkan jiwa Apis tatkala ada nelayan yang bercerita bahawa mereka terdengar bunyi tembakan pada hari ayahnya hilang. Apis ada mendengar tentang kekejaman lanun-lanun di situ. Mereka menjadikan pulau-pulau kecil sebagai kubu mereka untuk menyembunyikan diri. Sungguh. Lagak mereka seperti orang tempatan dengan kulit mereka yang juga sawo matang. Golongan ini tidak takut membunuh malah tidak segan-silu memenggalkan kepala musuh mereka. Darah adalah bahasa sengketa yang sudah sebati dalam diri. Ada kegerunan yang menyelit dan menyusup tatkala mendengar cerita itu. Puak-puak ini dikatakan mempunyai ilmu kebal yang tidak lut senjata.
Mungkinkah ayahnya turut menjadi mangsa ? Mungkinkah tersembunyi dendam ?
Kemungkinan itu tidak akan Apis biarkan tersimpan dalam balang rasa. Apis akan curah segala kemungkinan negatif yang bersisa. Dia tidak dapat bayangkan jika kemungkinan itu menjadi kenyataan yang akan mendera-parahkan perasaan terutama perasaan Tira yang belum memahami apa-apa. Tira yang sentiasa bertanya itu-ini tentang ayah. Sungguh, Apis kehabisan aksara untuk disusun menjadi kata-kata yang membentuk alasan. Ya, alasan yang goyah.
Apa lagi yang mampu menghentikan degup rasa tatkala mendengar berita cerita yang mengejutkan. Terasa luruh jantung. Setelah sembilan hari ayahnya hilang di lautan, Apis didatangi beberapa pegawai penyiasat. Mereka menunjukkan dua keping gambar yang memang dikenali oleh Apis. Wajah yang entah mengapa sering mengganggu lenanya semenjak ayahnya menyepikan diri di laut.
Ayah !
Bukankah sudah Apis luahkan !
Ayah !
Memang Apis yakin mereka bukan orang baik-baik !
Ayah !
Kita mesti simpan sedikit rasa curiga !
Apa lagi yang mampu dilakukan. Hanya bahasa kesedihan yang berbicara. Dua orang pemuda itu bukan rakyat tempatan. Sudah berbulan-bulan mereka bergerak dari kampung ke kampung untuk mencari mangsa. Ayahnya antara individu malang. Entah apa yang mereka mahukan daripada ayahnya. Mungkin wang. Tapi setelah ayahnya berkeras, mereka turut melakukan kekerasan kepada ayahnya. Aduh, mengapa kemungkinan itu yang meronda-ronda dalam mindanya. Hush ! Andaian itu perlu dihalau jauh untuk mengekalkan keoptimisan.
Jiwa Apis menggelegak hingga berasak-asak dan berontak di lebuh raya jiwa tatkala dia juga didatangi oleh pegawai insurans. Pelbagai soalan dikemukakan - kiri, kanan, atas, bawah hingga hampir Apis berteriak apabila mereka mengemukakan kemungkinan kehilangan ayah dirancang untuk memperoleh wang insurans nyawa ayah sebanyak dua ratus ribu ringgit. Aduh, bolehkah keresahan jiwa dan nyawa diperjudikan untuk senilai wang?
Macam-macam. Empat hari lepas, Apis masih ingat tatkala dia didatangi oleh seorang bomoh yang menawarkan khidmat untuk mencari ayahnya. Benar. Pada mula, dia tidak menjangka lelaki itu seorang bomoh. Penampilan lelaki itu seperti ahli korporat dengan kemeja bertali leher, siap lagi memakai blazer. Tapi dengar cerita, bomoh itu memang terkenal terutama dalam kalangan orang politik. Dia telah menyelesaikan banyak kes mistik yang berprofil tinggi.
Tapi Apis tolak secara baik pelawaan bomoh tersebut. Bukan Apis tidak ingin merungkaikan tali kekusutan yang berselirat dalam batok kepala, tetapi dia masih percaya dengan kekuasaan Allah. Dia tidak mahu terlontar dan terbelengu dalam amalan khurafat. Kalaulah ayahnya benar sudah dijemput kembali ke alam jauh, Apis tidak mahu ayahnya bersedih dengan perbuatannya yang menyekutukan Allah. Dia akan mempertahankan nasihat ayahnya sejak dia masih kecil lagi.
Apis gerakkan kariah kampung untuk mengadakan solat hajat di surau. Dia keluarkan sedikit simpanan wang ayahnya untuk membuat majlis doa selamat dan tolak bala. Tiga malam berturut-turut majlis itu dibuat di surau kampung antara waktu Maghrib dan Isyak. Tiga malam berturut-turut juga Apis beristikharah sendirian di rumah untuk memanggil petunjuk Ilahi agar bersatu dalam mimpi dan intuisi diri. Pada malam yang terakhir itulah dia menyatakan hajatnya kepada penghulu dan Tok Imam untuk mencari sendiri ayahnya.
Saya percaya dengan ketentuan takdir. Saya tidak pernah ragu dengan qada dan qadar� � Allah. Cuma saya hanya mencari jasadnya biar hanya sepotong kaki untuk dikebumikan. Tapi saya masih mengharapkan ayah masih hidup. �
Tok Imam dan Tok Penghulu hanya berpandangan sesama sendiri.
Apis masih muda lagi. Masih tunggu keputusan SPM. Apis juga tak pernah turun ke laut� sendirian. Hanya sekali-sekala ikut ayah Apis dulu. Tentu bahaya jika Apis pergi sendirian. Nanti Tok suruh seseorang temankan Apis."
Apis menekur lantai - mencari kata-kata di sebalik papan lantai yang renggang.
Tidak perlu Tok. Apis anak nelayan. Apis perlu kenal gelora dan cabarannya. Lagi pun, jika� benarlah ayah tidak akan kembali Apis memang perlu berdikari untuk mencari rezeki. Apis� berjanji dengan ayah untuk menjadi pilot biarlah apis menjadi pilot bot terlebih dahulu."�
Sengaja Apis berlelucon - menghalau segala resah dan ketegangan. Dia resah. Tok Penghulu dan Tok Imam juga pasti turut bimbang.
Pagi itu, Apis membelah ombak kecil untuk mencari ayahnya. Tira ditinggalkan di rumah Tok Imam. Sengaja dia pergi sendirian. Dia hanya mahu berbicara dengan jiwanya sendiri. Dia mahu mencari ayahnya dengan kelapangan jiwa. Biar dia berfikir dengan putih mata hati.
Masih selamatkah ayah ? Botnya sampai di sebuah pulau kecil setelah beberapa lama enjit bot mengaum ganas. Ngauman itu tidak akan menakutkan keperkasaan ombak.
Situasi di pulau itu agak aneh. Sunyi. Apis tidak pernah sampai ke situ. Tatkala dia mencelupkan tangannya di permukaan air, seolah-olah ada percampuran air sejuk dan panas. Mungkin kawasan itu juga merupakan sempadan antara air tawar dan air masin. Ada bayangan yang membumbun di udara yang entah apa. Ada gerak angin yang membisikkan pesan tapi tidak jelas. Tapi angin yang berhembus itu meresap ke hati hingga mengalunkan rasa sedih.
Apis berhenti sebentar di pulau itu. Dia bersembahyang Zohor di tepi pantai - di bawah sebatang pokok. Selepas itu dia bersembahyang hajat. Matanya diluyut rasa kantuk. Rasa tidak tertahan mata. Dia memisat-misatkan kelopak mata. Antara jaga dan lena. Dia sendiri tidak pasti. Pada waktu itulah, dia melihat bayangan ayahnya sedang tersenyum. Melambai ke arahnya dari tengah laut. Ada bisikan yang dilontar. Ayahnyakah yang berbicara atau suara hatinya sendiri ?
Allah timbulkan pelbagai persoalan yang kekadang tidak mampu ditafsir. Tak ditemui� jawapan. Kepada Allah kita kembali dan berserah."Selepas itu bayangan ayahnya lenyap berkepul seperti menjadi awan.Sungguh, ada air mata yang jatuh. Malam itu, Apis mengerjakan sembahyang jenayah ghaib biarpun dia meyakini ayahnya masih hidup kalau tidak pun hidup dalam hatinya dan Tira.�
http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140406/sa_01/Bot-Air-10
ARKIB : 06/04/2014
Bot Air 10
Oleh Abang Median Abang Said
Bot Air 10 milik ayah hilang ! � �Hanya kata-kata itulah yang sering berpeleseran dalam mindanya.
Masih belum ada khabar ?"�Hanya soalan yang itu yang menjajahi mulut dan artikulasi fonetik lidah.
Kami hanya terus menanti."�
Hanya itu sahaja harapan yang ada. Tiada lain.
Setiap pagi, tengah hari dan setiap petang Apis memasang pukat harapan di pinggir pantai.Tiada senja yang indah buatnya biarpun dengan warna jingga yang berserakan di langitditompoki awan yang membentuk pelbagai bentuk. Senja tetap memeluknya dalam kesepianhingga menerobos ke jendela rumahnya yang terbuka luas. Namun yang pasti, senja itu tetaphanya menghantar sinar harapan yang belum bertukar menjadi cahaya kegembiraan. Setiappetang, Apis akan berdiri, berpeluk tubuh, mengeluh - seperti menanti senja ditelan gelapkesedihan mengenangkan harapan yang belum kesampaian. Sudah tiga minggu Apis menantiayahnya pulang. Sudah tiga minggu dia dan Tira hanya diulit kerinduan.
Bot Air 10 milik ayahnya yang digunakannya ke laut untuk menangkap ikan tidak pulang-pulangdalam situasi badai menggulung tinggi pada musim tengkujuh. Lebih melonglaikan sendi tubuhtatkala mendengar pelbagai cerita. Cerita-cerita itu pula hanya bersifat andaian tanpa dapatdibuktikan. Hanya kedut dan kerut kebimbangan yang menghiasi wajah.
Apis sedar, laut adalah padang permainan ayahnya sejak kecil. Ayahnya seperti berlari dilautan. Ibarat ayahnya hanya mengutip hasil tangkapan seperti mengutip batu di jalanan. Tidakada yang susah dalam rutin permainan itu. Ayahnya sudah mengendalikan bot nelayan itu sejakusia belasan tahun lagi. Dia kenal seluk-beluk di lautan - di mana selekohnya, di mana gunungombak yang bergulung, jalan, simpang dan semuanya. Asin laut sudah menjadi udara dalamnafasnya. Asin laut sudah bersebati dengan peluh yang sememangnya masin.
Tapi bukan musim tengkujuh yang merisaukan Apis, biarpun kemungkinan cuaca turutdilambung ombak resah dalam segara minda. Keadaan cuaca akan memungkinkan segalanyatapi Apis lebih risaukan dua orang pekerja yang menemani ayahnya menangkap ikan di laut.Ayahnya tidak lagi berkongsi bot dengan Pak Cik Aibah. Ayahnya telah membeli beberapa buahbot lain untuk disewa. Dia hanya menggunakan Bot Air 10. Setiap bot diberikan nama yangtersendiri. Memang rezeki ayahnya agak murah sejak kebelakangan ini. Harga hasil tangkapanjuga agak memuaskan sejak mereka tidak lagi menggunakan peraih atau orang tengah untukmemasarkan hasil tangkapan. Keuntungan pastinya akan bertambah. Ayahnya jugalah yangmenggerakkan usaha untuk menubuhkan koperasi nelayan di kampung itu. Hasil tangkapanakan dibuat keropok yang akan diusahakan oleh golongan wanita.
ARKIB : 06/04/2014
Bot Air 10
Oleh Abang Median Abang Said
Bot Air 10 milik ayah hilang ! � �Hanya kata-kata itulah yang sering berpeleseran dalam mindanya.
Masih belum ada khabar ?"�Hanya soalan yang itu yang menjajahi mulut dan artikulasi fonetik lidah.
Kami hanya terus menanti."�
Hanya itu sahaja harapan yang ada. Tiada lain.
Setiap pagi, tengah hari dan setiap petang Apis memasang pukat harapan di pinggir pantai.Tiada senja yang indah buatnya biarpun dengan warna jingga yang berserakan di langitditompoki awan yang membentuk pelbagai bentuk. Senja tetap memeluknya dalam kesepianhingga menerobos ke jendela rumahnya yang terbuka luas. Namun yang pasti, senja itu tetaphanya menghantar sinar harapan yang belum bertukar menjadi cahaya kegembiraan. Setiappetang, Apis akan berdiri, berpeluk tubuh, mengeluh - seperti menanti senja ditelan gelapkesedihan mengenangkan harapan yang belum kesampaian. Sudah tiga minggu Apis menantiayahnya pulang. Sudah tiga minggu dia dan Tira hanya diulit kerinduan.
Bot Air 10 milik ayahnya yang digunakannya ke laut untuk menangkap ikan tidak pulang-pulangdalam situasi badai menggulung tinggi pada musim tengkujuh. Lebih melonglaikan sendi tubuhtatkala mendengar pelbagai cerita. Cerita-cerita itu pula hanya bersifat andaian tanpa dapatdibuktikan. Hanya kedut dan kerut kebimbangan yang menghiasi wajah.
Apis sedar, laut adalah padang permainan ayahnya sejak kecil. Ayahnya seperti berlari dilautan. Ibarat ayahnya hanya mengutip hasil tangkapan seperti mengutip batu di jalanan. Tidakada yang susah dalam rutin permainan itu. Ayahnya sudah mengendalikan bot nelayan itu sejakusia belasan tahun lagi. Dia kenal seluk-beluk di lautan - di mana selekohnya, di mana gunungombak yang bergulung, jalan, simpang dan semuanya. Asin laut sudah menjadi udara dalamnafasnya. Asin laut sudah bersebati dengan peluh yang sememangnya masin.
Tapi bukan musim tengkujuh yang merisaukan Apis, biarpun kemungkinan cuaca turutdilambung ombak resah dalam segara minda. Keadaan cuaca akan memungkinkan segalanyatapi Apis lebih risaukan dua orang pekerja yang menemani ayahnya menangkap ikan di laut.Ayahnya tidak lagi berkongsi bot dengan Pak Cik Aibah. Ayahnya telah membeli beberapa buahbot lain untuk disewa. Dia hanya menggunakan Bot Air 10. Setiap bot diberikan nama yangtersendiri. Memang rezeki ayahnya agak murah sejak kebelakangan ini. Harga hasil tangkapanjuga agak memuaskan sejak mereka tidak lagi menggunakan peraih atau orang tengah untukmemasarkan hasil tangkapan. Keuntungan pastinya akan bertambah. Ayahnya jugalah yangmenggerakkan usaha untuk menubuhkan koperasi nelayan di kampung itu. Hasil tangkapanakan dibuat keropok yang akan diusahakan oleh golongan wanita.