BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012 1 KOD DAN NAMA KURSUS BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU KUMPULAN : UPSI06 ( A121PJJ ) DISEDIAKAN OLEH : NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.ADENAN B. AYOB TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2012 PEMARKAHAN 1 TUGASAN ( B ) 2 FORUM JUMLAH NAMA NO. ID NO.TELEFON AMINAH BTE MOHD.AFANDI D 20111049946 012-7519176 TUGASAN B Dalam bidang kajian ilmu semantik, terdapat kepelbagaian jenis makna yang perlu dipelajari oleh mahasiswa bagi mendalami bidang kajian ilmu makna. Kepelbagaian jenis-jenis makna ini dapat menjelaskan kepada mahasiswa bahawa wujudnya kepelbagaian makna yang digunakan dalam mengintepretasi makna sesuatu perkataan, ayat dan sebagainya.Antara jenis-jenis makna tersebut ialah; a) makna konseptual b) makna konotatif c) makna afektif d) makna asosiatif e) makna denotatif Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i.Perjelaskan setiap satu jenis makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
1
KOD DAN NAMA KURSUS
BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH
KUMPULAN :
UPSI06 ( A121PJJ )
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.ADENAN B. AYOB
TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2012
PEMARKAHAN
1
TUGASAN ( B )
2
FORUM
JUMLAH
NAMA NO. ID NO.TELEFON
AMINAH BTE MOHD.AFANDI D 20111049946 012-7519176
TUGASAN B
Dalam bidang kajian ilmu semantik, terdapat kepelbagaian jenis makna yang perlu dipelajari oleh mahasiswa bagi
mendalami bidang kajian ilmu makna. Kepelbagaian jenis-jenis makna ini dapat menjelaskan kepada mahasiswa
bahawa wujudnya kepelbagaian makna yang digunakan dalam mengintepretasi makna sesuatu perkataan, ayat dan
sebagainya.Antara jenis-jenis makna tersebut ialah;
a) makna konseptual
b) makna konotatif
c) makna afektif
d) makna asosiatif
e) makna denotatif
Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut:
i.Perjelaskan setiap satu jenis makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
.
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
2
PENDAHULUAN
Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos
yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat
dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.
Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga
semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan,
ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur
semantik dalam nahu.
Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini
merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus
Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu
perkataan.
Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti
“tanda” dan “lambang”. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang
menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa
serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan
oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique.
Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya
semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif).
Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna
lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (O’Grady, 200, 224,
Fromin et al 2003.173)
Dapatlh disimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang
membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik
yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang
mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna
kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,
hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
3
hubungan semantik. Sebagai contoh, perkataan dia boleh membawa pelbagai makna , iaitu
seorang lelaki, perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, remaja, orang tua,
pembuat roti dan sebagainya. Hal ini bermakna perkataan dia mempunyai nilai makna yang
berhubung dengan jantina, usia dan taraf sosial. Oleh itu, untuk memudahkan kita melihat makna
tersebut, ia perlu dilihat dalam struktur tatabahasa.
Konsep dan makna dalam semantik dapat dianalisis dalam 3 komponen sepertimana di
bawah ini.
1.Komponen kata ialah aspek-aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan.
2. Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia
3.. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat.
Terdapat dua pendapat mengaitkan hubungan kata dengan rujukan iaitu:
i. Kata yang diertikan
ii. Kata yang dimengertikan.
Hubungan Makna
1. Sinonim - Sinonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
Komponen kata
Komponen Makna
Komponen Rujukan
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
4
Rujuk graf di atas
2. Antonim
3.Homonim
4.Homograf
5.Homofon
6.Polisem
Menurut Djajasudarma (1993: 5), makna adalah perkaitan yang ada di antara unsur-unsur bahasa itu
sendiri (terutama kata-kata), sedangkan menurut Palmer (1976: 30), makna hanya menyangkut unsur
intrabahasa. Sementara, Lyons (1977: 204) menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna
suatu kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna
yang membuat kata tersebut berbeda dari kata-kata lain. Dalam hal ini, menyangkut makna leksikal
dari kata-kata itu sendiri yang cenderung terdapat di dalam kamus, sebagai leksem (dalam
Djajasudarma,1993).
. Hubungan antara kata dengan konsep adalah bersifat langsung dan demikian juga konsep
dengan rujukan. Namun, hubungan antara kata dengan rujukan adalah tidak langsung.
Sinonim
Sama makna
sudah - telah
sebab - kerana
mewah - kaya
hampir sama makna
untuk -beri - buat
cinta - kasih - sayang
.Antonim
•besar x kecil
•tanya x jawab
Homonim ( ejaan sama tapi makna berbeza )
•bisa - racun / boleh
•kopi - minuman / salinan
Homograf
•tahu - makanan /faham
Homofon
•masa - massa
Polisem - Kata banyak makna
•. alamat - tempat tinggal
• alamat - randa
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
5
Hubungan antara kata dan makna dengan rujukan adalah bersifat obitrasi (sewenang-
wenangnya) iaitu tidak mutlak. Dalam bidang semantik juga, terdapat beberapa makna yang
perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang mendokong
makna tertentu dan terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa makna lain. Selain itu
terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga makna sampingan. Oleh itu,
dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan didedahkan dengan makna-makna
tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks
penggunaannya.Jenis-jenis makna adalah sepertimana di bawah ini:
Jenis-Jenis Makna
1 Makna konseptual
Melihat pada makna konseptual, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu
konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan sesuatu makna yang paling
penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentaksif makna, memahami
ujaran, ataupun membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini
bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya maka sebarang
analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal yang demikian
Jenis-Jenis
Makna
Konseptual
Afektif
Asosiatif Denotatif
Konotatif
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
6
pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakupi komponen seperti benda,
tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya ( Abdul Chaer, 1990). Menurut ( Leech, 1974),
pula di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu asas kerana pokok atau konsep
itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula
menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu menghubungkan kata dan benda melalui
perantaraan konsep pemikiran.Contohnya:
Berdasarkan dua perkataan di atas,ia membawa makna yang sama iaitu ‘manusia dewasa yang bukan
laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974), mengaitkan ‘konsep’ dengan dua prinsip iaitu, prinsip
konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antara‘wanita’ dan ‘betina’ adalah
berbeza. Contohnya ‘wanita’ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita
dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan ‘betina’, ia menjadi kurang sesuai untuk
diucapkan.Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui
pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan
linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap
ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod
makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir
dengan bunyi.
Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan
interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan
representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik.Representasi bermaksud
betina •jalang
•kurang berakhlak
wanita
•solehah
•lemah lembut
•baik
•berbudi pekerti
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
7
sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan,
gambaran, atau pernyataan. (KamusDewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada
manusia untuk mentakrif,memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin
berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering
bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya.
2. Makna Konotatif
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik
Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin
tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan betina dan wanita mempunyai makna denotatif
yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan betina
mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi.
Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga dengan perkataan jahat dan nakal
dimana perkataan ‘jahat’ lebih luas maknanya dan ia biasa ditujukan kepada manusia dewasa
manakala ‘nakal’ untuk perangai kanak-kanak yang bukan bersikap kekal dan ia akan berubah
mengikut kedewasaannya.
Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu.
Contohnya perkataan alamat iaitu sesuatu yang dianggap sebagai menandakan bahawa sesuatu
kejadian yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu
memberinya sesuatu .Maksud lain bagi perkataan’ alamat ‘iaitu. butir keterangan (seperti nombor
rumah, nama jalan, nama bandar, dan sebagainya ) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang:
pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat;
MaknaKonotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada
bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual danmuzik. Contohnya,
barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan.
Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal.Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut
budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba
ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan
pendapat.Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan.Penggunaan
kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh
masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan
makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti
minuman kopi dan kuih-muihyang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara
waktu minum pagi dantengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam).
(Kamus Dewan,2004).
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
8
Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang
Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Contoh lain seperti di bawah ini:
Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan!
Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak!
Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering
Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan…
Wanita korporat / Wanita pisau cukur
3. Makna Denotatif
Denotatif bersamaan makna referensial @ makna selapis kerana boleh dilihat secara nyata.
Disebut juga sebagai makna sebenar. Contohnya: lelaki, wanita, perempuan.
Makna kata secara wajar, secara apa adanya, atau disebut juga makna leksikal, iaitu
makna seperti yang terdapat dalam kamus. Dengan kata lain, makna denotasi itu adalah
makna yang lebih dekat dengan bendanya. Kata gigi, misalnya, bermakna 'tulang keras dan
kecil-kecil berwarna putih yang tumbuh tersusun berakar di dalam gusi dan kegunaannya
untuk mengunyah atau menggigit'. Makna kata seperti itu adalah makna denotasi atau
makna sebenarnya. Agar lebih jelas, hal itu dapat dilihat pada ayat berikut:
Kata berbuah, putih, makan hati, dan berbasikal pada ayat di atas mengandung makna
denotatif, makna sebenamya, atau makna lugas.Makna konotatif ialah makna lain yang
ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang
menggunakan kata itu.
Pokok mangga yang ditanamnya sudah mula
berbuah.
Warna kulitnya sangat putih
Doktor menyarankan agar dia banyak makan hati ayam .
Sukan berbasikal amat popular di negara kita.
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
9
Bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas disini diberikan perbezaan antara makna
denotative dan konotatif merujuk rajah di bawah.
Bil Denotatif Konotatif
1 babi = binatang menyusui yang bermuncung
panjang, berkulit tebal, dan berbulu
kasar, serta diharamkan bagi orang
Islam
babi = jijik dan kotor, rasa marah dan
menyampah.
2 perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan
anak dan menyusui
Perempuan = unsur negatif
4. Makna Asosiatif
Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata
lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna refleksi dan
makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan
dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif
merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan
tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur
perasaan,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam
bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama
dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai persamaan
dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut.
Contohnya, perkataan ‘buaya’ dikaitkan dengan ‘jahat’ atau ‘ganas’atau membawa erti
seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu jugadengan kata ‘mawar’
yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum
dinyatakan untuk perlambangan ‘bersih’ dan ‘suci’. Hal ini bermakna sesuatu yang
berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik,afektif, reflektif dan kolokatif.
Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah
berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Maknaafektif pula lebih terasa dalam
komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaanatau emosi pembicara terhadap
lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dandisampaikan dengan penuh semangat,
nada dan intonansi.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat
bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna
asosiatif turutmemainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
10
maknareferensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang
penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-
makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi
5. Makna Afektif
Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
14
Self post(s)
|< << >> >| Page 1/4
Author Message
Topic : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :1 Views : 12
General Forum : Forum 5 Posted On : 06 Nov 2012 12:59:47 PM Subject : Re : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.
Salam buat cikgu Zainal.
Tidak dinafikan peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata. Selain itu kamus juga berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna perkataan. Bidang leksikografi bukan sahaja menghasilkan kerja-kerja perkamusan , tetapi juga merupakan suatu bidang yang memerlukan pemahaman tentang bidang ilmu lain seperti semantik, sintaksis, fonologi dan morfologi. Ini adalah kerana bidang-bidang tersebut terlibat dalam proses penghasilan kamus.
Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris.. Jelaslah bahawa fungsi bidang leksikografi sungguh luas dan dapat memberi penjelasan dan pengertian yang berguna tentang makna perkataan kepada pengguna.
Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :5 Views : 23
General Forum : Forum 2 Posted On : 04 Nov 2012 11:59:52 AM Subject : Re : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.
Salam sejahtera cikgu Noraizah.Sedikit perkongsian daripada saya.Ketaksaan atau ambiguiti berpunca daripada ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka, namun mungkin ayat itu memberi makna yang lain daripada maksud yang sebenarnya. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.
Menurut Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Dalam bahasa Melayu Tinggi, ayat yang taksa perlulah dielakkan supaya tidak mengelirukan pembaca kerana ayat ini tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca seperti contoh ayat, “Buku cerita baru.Para pembaca akan mentafsirkan kepada dua maksud yang berlainan
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
15
iaitu:
Buku cerita itu baru diterbitkan.
Buku itu memuatkan cerita baru
Topic : Forum 3
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :3 Views : 18
General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:48:20 AM Subject : Re : Forum 3
Salam 1 Malaysia.Saya turut bersependapat dengan cikgu.Di sini saya juga ingin membat sedikit penambahan idea.Sebenarnya, pihak guru boleh memainkan peranan penting dalam menpertingkatkan penggunakan peribahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan yang menggabungkan perkataan dan lukisan yang menggambarkan maksud sesuatu peribahasa. Dengan mengguna gambar murid-murid lebih berminat dan mudah memahami maksud peribahasa tanpa perlu menghafal ayat yang panjang. Selain itu, guru perlu menggunakan peribahasa yang biasa diucapkan dalam perbualan seharian sepanjang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi suatu kelaziman dalam kehidupan murid-murid. Guru juga perlu mewajibkan setiap murid menggunakan sekurang-kurang satu peribahasa dalam setiap penulisan atau karangan yang dihasilkan oleh murid sebagai usaha agar murid berminat dan dapat mempertingkatkan penggunaan peribahasa dalam pembelajaran di sekolah dan digunakan kehidupan mereka.
Galakkan murid-murid menggunakan peribahasa dalam perbualan seharian.Melalui program KSSR Didik Hibur,guru boleh menyelitkan nyanyian yang mengandungi unsure-unsur peribahasa kepada murid-murid kecil ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Topic : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dala
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :3 Views : 17
General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:32:40 AM Subject : Re : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda
Salam cikgu Zauyah
Sedikit penambahan daripada saya.Guru boleh menggunakan kemahiran bercerita untuk mengaitkan dengan peribahasa yang sesuai. Contohnya, murid dikehendaki bercerita mengenai satu kisah yang sukar dilupakan. Guru boleh meminta murid untuk bercerita secara ringkas mengenai kisah yang dikehendaki. Guru akan memfokuskan pada unsur-unsur peribahasa yang ada atau hampir-hampir dan guru akan mencatat ayat tersebut. Guru akan meminta murid membaca ayat yang ditulis bagi mengesan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut. Guru perlu menayangkan contoh-contoh peribahasa melalui skrin dan lakukan soaljawab. Pengajaran secara berkumpulan juga perlu diterapkan untuk menilai pemahaman murid. Para guru boleh memberikan soalan -soalan berkaitan peribahasa untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan. Apabila kesemua ahli bersetuju dengan jawapan yang sesuai, mereka bersedia mengemukakan jawapan mereka. Selain itu, teknik pengajaran yang boleh dijalankan untuk meningkatkan penguasaan di sekolah adalah dengan teknik kuiz, latih tubi dan permainan. Teknik pengajaran berbentuk parallel juga adalah penting untuk meningkatkan mutu penggunaan peribahasa di peringkat sekolah rendah. Sebagai contoh. murid-murid diberikan ayat
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
16
contoh yang menggunakan peribahasa. Kemudian, murid-murid perlu membina ayat menggunakan peribahasa yang sama. Selain itu, guru juga boleh memaparkan contoh karangan menggunakan peribahasa dan murid-murid harus menulis karangan bermula dengan satu perenggan, dua dan seterusnya.
Topic : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual.
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :2 Views : 14
General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:55:32 AM Subject : Re : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual.
Selamat sejahtera cikgu Ah Moy.
Sedikit penambahan.Menurut dalam buku linguistik umum,
Chaer mengungkapkan lagi bahawa makna kontekstual adalah
makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam konteks.
Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya yakni
tempat, waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut
(1994:290).Maka dapatlah kita katakan di sini bahawa sesuatu
perkataan tersebut akan membawa maksud yang berlainan
bergantung pada ayat yang disebut seperti dalam penggolongan
kata banyak makna.
Makna ini muncul sebagai akibat antara ujaran dan konteks.
Banyak faktor yang mempengaruhi konteks ini seperti konteks
pembicara, kebahasaan, waktu, tujuan, situasi atau suasana hati
si pembicara/pendengar, objek pembicaraan dan lain-lain.
Makna kontekstual ini berkaitan erat dengan hubungan
kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang
lain dalam satu susunan misalnya dalam ayat.
|< << >> >| Page 1/4
Self post(s)
|< << >> >| Page 4/4
Author Message
Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :1 Views : 8
General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 10:54:23 PM Subject : Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna
Salam sejahtera.
Ketaksaan makna boleh didefinasikan sebagai sesuatu kekeliruan,kekaburan atau perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan wacana samada melalui bacaan ataupun ujaran.Seterusnya kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat atau perkataan itu mengalami ketaksaan.Jadi, ini menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh penutur menjadi sukar difahami. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatimdan Mohd Ra’in Shaari (2009 ), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
17
struktur makna berdasarkan teori semantik. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan oleh penutur. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Darwis Harahap (1994), menyatakan taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya.
Ini berlaku kerana sifat binaan bagi perkara-perkara yang dinyatakan itu dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan .
Terdapat empat jenis ketaksaan makna yang diberikan menurut Ruth (1991 ) iaitu :
1. Kekaburan rujukan - contoh angin dan bayu. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam
ayat berbeza.
2. Ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris.
3. Kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja.
4. Pertentangan pada makna item. - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. -
Ketaksaan makna disebabkan oleh hubungan makna dengan alam.Lantaran alam kita tidak terbahagi kepada batas-batas yang jelas. Banyak kekaburan yang terdapat pada batas-batas antara suatu konsep dengan konsep yang lain.
Selain itu, kekaburan makna disebabkan oleh ketaksaan leksibel iaitu hormonim dan akibat polisemi. Ketaksaan leksibel hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku apabila sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam sesebuah ayat. Contohnya perkataan kumbang dalam ayat di bawah ini:
Contoh 1 ;
Kumbang-kumbang itu berterbangan mencari bunga.
Pendengar ayat ini akan membayangkan antara dua maksud penutur samada kumbang yang mewakili serangga atau kumbang yang membawa maksud jejaka.
Contoh 2 :
1.Saya makan biskut marie di ruang tamu.
2.Saya makan biskut,Marie di ruang tamu.
Ayat 1 dan 2 di atas membawa maksud yang berbeza. Ayat ini menyatakan bahawa saya makan biskut Marie di ruang tamu. Biskut marie ialah nama sejenis biskut yang mempunyai pelbagai rasa dan
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
18
sangat digemari. Sebaliknya, Jika dalam ucapan berlaku hentian selepas perkataan biskut, kemudian disambungkan ujaran dengan ayat Marie di ruang tamu, maka ayat ini menghasilkan dua ayat yang berbeza ceritanya. Cerita pertama mengisahkan saya makan biskut marie dan ayat yang kedua pula menyatakan Marie berada di ruang tamu.
Kesimpulannya, ayat-ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan, pernyataan makna yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai tanggapan kepada pembaca menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut mempunyai ketaksaan makna. Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran. Kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat mahupun perkataan itu mengalami ketaksaan menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan penulis atau penutur menjadi pelahan dan sulit.
Topic : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam mempert
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :3 Views : 22
General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:13:14 PM Subject : Re : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam me
Salam buat cikgu Susiah.
Benar seperti pendapat dan pandangan cikgu itu.Pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya kaedah hafalan,latih tubi,penggunaan bahan ICT ,lakaran gambar dan penggunaan bahan maujud.Idea sudah cukup menarik.Tapi kita jangan lupa guru sebagai role model perlu tunjukkan contoh terbaik.Guru adalah bahan bantu mengajar terbaik kepada murid-murid.Maksud saya kita sebagai guru harus kerap menggunakan istilah peribahasa dalam berkomunikasi bersama murid.Secara tidak langsung murid lebih mudah mengingat makna sesuatu peribahasa kerana pengulangan yang kerap dilakukan oleh guru mereka.Selain itu mereka juga tidak akan rasa kekok untuk menggunakannya sebagai perbualan sesame arakan sebaya.Itulah yang berlaku di zaman lampau dimana peribahasa ini telah menjadi bahasa basahan kepada masyarakat pada waktu itu.Guru boleh mewujudkan kembali kegemilangan itu dengan penggunaan yang kerap bersama anak-anak didik mereka.
Topic : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :5
General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:04:38 PM Subject : Re : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda d
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
19
Views : 34 Salam sejahtera buat cikgu Norhayati.
Pendapat saudari sememangnya benar.Dewasa ini peribahasa kian dilupakan sedangkan peribahasa adalah salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa.Murid-generasi masa kini menganggap pelajaran peribahasa ini membosankan dan sukar dihafal.Selain itu mereka mengangap peribahasa adalah milik generasi lampau Selain itu mereka menganggap peribahasa terlalu panjang dan mempunyai banyak makna.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1965 ) peribahasa membawa maksud segala susuanan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan-sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.
Benar sepertimana pendapat saudari.Memandangkan kepada scenario semasa sebagai seorang pendidik adalah berperanan penti ng dalam memastikan khazanah lama ini tidan berkubur. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan pelbagai sumber kombinasi audio, grafik, animasi, , dan video secara interaktif bagi merangsang tumpuan dan minat murid.Gunakan pelbagai kemudahan ini seoptimum mungkin. Wujudkan pelbagai bentuk pertandingan sama ada dalam atau luar bagi menarik minat di kalangan generasi masa kini.Janganlah jadikan peribahasa kita lapok dek hujan,lekang dek panas.
Topic : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat menghurai
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :4 Views : 24
General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 10:27:56 PM Subject : Re : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat meng
Salam 1 Malaysia buat cikgu Noraizah.
Sebagai kesimpulannya, bidang semantik lebih kepada
pengkajian makna manakala pragmatik lebih menyentuh bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai .Sebagaimana
menurut kamus dewan edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan
dalam mencari makna yang sebenar. Semantik hanya dapat menjelaskan makna secara luaran sahaja
berbanding pragmatik di mana melalui bidang pragmatik penafsir dapat membuat telahan atau andaian yang tepat apabila berlaku satu interaksi sosial
Oleh itu bidang semantik adalah mengkaji atau menghuraikan tentang makna manakala prgmatik pula
BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946 2012
20
memperjelaskan maksud makna dengan lebih lengkap
kepada kita.
Topic : Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me
d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI
Replies :1 Views : 11
General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 09:59:07 PM Subject : Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me
Dalam bidang linguastik, semantik adalah bidang yang
mengkaji makna atau erti bahasa (Nik Safiah Karim, 2001).
Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang
mengcakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa
dan juga masaalah dalam kajianpsaikologi, falsafah dan
Antrapologi. Dengan kata lain semantik ialah kajian tentang
makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat
dalam bahasa manusia (Lyo Menurut Abdullah Hassan (1992:
1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna.
Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula semantik
ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna
kata. ns, 1997). Eliss (1996) pula mentarifkan semantik sebagai
penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu.
Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan
bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis
seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Hashim, 2006:
79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan
pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam
persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dan alam fizikal.
Perbedaan antara pragmatik dengan semantik iaitu
Semantik mempelajari makna, iaitu makna kata sedangkan
pragmatik mempelajari maksud ayat, iaitu untuk apa ujaran itu
dilakukan. Ia menitikberatkan kajian tentang makna dan
penggunaan bahasa secara praktikal .
- Kalau semantik bertanya “Apa makna X?
-- maka pragmatik bertanya “Apa yang anda maksudkan
dengan X?”
Makna di dalam semantik ditentukan oleh konteks, sedangkan
makna di dalam pragmatik ditentukan oleh konteks, iaitu siapa
yang bercakap, kepada siapa, di mana, bilamana, bagaimana,
dan apa fungsi ujaran itu. Berkaitan dengan perbezaan .
Kaswanti Purwo (1990: 16) merumuskan secara singkat
“semantik bersifat bebas konteks (context independent),
sedangkan pragmatik bersifat terikat konteks (context