FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALDAN VOKASIONAL KOD KURSUS : BBR 36803 KUMPULAN : EMPAT - 4 BIL : NAMA NO MATRIK 1. : ROSLINDA BINTI ABU SAMAH (K) DB110482 2. : SITI MASNIAH BINTI TAIB DB110681 3. : NORJEHAN BINTI NORDIN DB110931 4. : ONG LI GEOK DB100486 5. : SIDEK BIN DERAMAN DB110923 KURSUS : PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR NAMA PENSYARAH : DR HJ. JAMALUDDIN BIN HASHIM TAJUK : TUGASAN 3: ISU-ISU ALAM SEKITAR PERTUMBUHAN POPULASI KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA PENGURANGAN PAYA PEMBESARAN GURUN HAKISAN TANAH PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI DAN TANAH PENIPISAN LAPISAN OZON PEMANASAN SEJAGAT PENGURANGAN SUMBER AIR, MINERAL DAN BAHAN API PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALDAN VOKASIONAL
KOD KURSUS : BBR 36803
KUMPULAN : EMPAT - 4
BIL : NAMA NO MATRIK
1. : ROSLINDA BINTI ABU SAMAH (K) DB110482
2. : SITI MASNIAH BINTI TAIB DB110681
3. : NORJEHAN BINTI NORDIN DB110931
4. : ONG LI GEOK DB100486
5. : SIDEK BIN DERAMAN DB110923
KURSUS : PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR
NAMA PENSYARAH : DR HJ. JAMALUDDIN BIN HASHIM
TAJUK : TUGASAN 3:
ISU-ISU ALAM SEKITAR
PERTUMBUHAN POPULASI
KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
PENGURANGAN PAYA
PEMBESARAN GURUN
HAKISAN TANAH
PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI DAN TANAH
PENIPISAN LAPISAN OZON
PEMANASAN SEJAGAT
PENGURANGAN SUMBER AIR, MINERAL DAN
BAHAN API
PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI
1
ISU-ISU ALAM SEKITAR.
Alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan. Alam juga melibatkan
semua jenis hidupan, keadaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda yang tidak hidup.
Kedua adalah “Sekitar”. Maksud lain bagi sekitar ialah sekeliling, berdekatan. Jadi dua perkataan
ini membawa maksud Keadaan kawasan di sekelilig kita.British Environment Protection Act
1990 menyatakan bahawa alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air, udara
dan tanah. Penyataan ini juga disebut di dalam EU Economic Community 1967 di mana alam sekitar
ialah air, udara dan tanah dan perhubungan sesama komponen dan semua jenis
hidupan. Sadashiavan, 2012 menulis bahawa alam sekitar ialah alam sekitar merupakan keadaan di
dalam atmosfera atau keadaan untuk hidup.Daripada ketiga-ketiga penyataan tadi, alam sekitar
terdiri daripada tiga komponen penting iaitu air, udara dan tanah. Ketiga – tiga komponen ini saling
memerlukan satu sama lain, di mana sekiranya tiada air, maka hidupan air semua tidak wujud, dan
hidupan darat akan mati kerana tiada air manakala sekiranya tiada darat, tiada pula pokok untuk
menhasilkan udara dan tiada pula hidupan darat yang wujud dan sekiranya tiada udara, semua
hidupan di bumi akan mati.
Definisi alam sekitar tidak terhad kepada air, udara dan tanah sahaja. Sadashiavan, 2012
seterusnya menyambung bahawa alam sekitar juga terdiri kepada positif dan negatif . Contohnya,
hujan dilihat sebagai sesuatu yang negatif dan cahaya matahari dilihat sebagai sesuatu positif.
Kedua-dua saling berhubungan untuk mengimbangi satu sama lain. Terlalu banyak hujan akan
menghasilkan banjir manakala terlalu banyak cahaya matahari menyebabkan kemarau. Contoh yang
lain ialah cas positif dan negative juga adalah penting untuk menjanakan elektrik dan hujan.
Dengan ini, makna alam sekitar tidak terhad kepada satu-satu benda sahaja (contohnya;
kebanyakan kita menganggap alam sekitar ini pokok sahaja, manakala faktor – faktor lain seperti
air, udara tidak diambil kira). semoga kita semua memperluaskan lagi perspektif kita terhadap alam
sekitar untuk pencegahan ,pemulihan dan menjaga alam sekitar di masa hadapan.
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia
berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada
segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis)
contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Satu keseimbangan wujud antara
manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa
berubah.Kebanyakan isu-isu alam sekitar yang berlaku adalah disebabkan aktiviti-aktiviti manusia
antaranya ialah:-
Pertumbuhan populasi
Kepupusan flora dan fauna
Pengurangan paya
Pembesaran gurun
Hakisan tanah
Pencemaran air, udara, bunyi dan tanah
Penipisan lapisan ozon
Pemanasan sejagat
Pengurangan sumber air, mineral dan bahan api
Pemendapan asid pada permukaan bumi
2
TAJUK 1 : PERTUMBUHAN POPULASI
Apabila negara semakin pesat membangun, populasi manusia akan meningkat. Ini
menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Ini terjadi
apabila manusia memerlukan tempat tinggal, pekerjaan, bekalan air dan elektrik, pengangkutan,
makanan dan lain-lain dalam memastikan mereka memperolehi kehidupan yang lebih baik. Namun
permintaan ini terhasil disebabkan perbezaan ekonomi dan keadaan demografik.
Penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain secara haram atau melalui saluran
yang betul juga menyebabkan mereka berpindah bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan
mengubah gaya hidup mereka. Pengurusan sumber semulajadi yang tidak terancang seperti
penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan effluen yang tidak terkawal dan pembuangan sisa
toksik ke sungai serta pelepasan asap hitam ke atmosfera boleh menyebabkan pencemaran kepada
alam sekitar. Antara Kesan Kepada Alam Sekitar Adalah:-
a) Masalah Sumber Bekalan Air
Bekalan sumber air bersih akan tercemar dan berkurangan akibat penebangan pokok di kawasan
tadahan air dan pencemaran sungai akibat dari hakisan tanah dan pembuangan sisa toksik.
b) Pengurusan Sistem Pepejal
Penghasilan sampah sarap oleh manusia yang semakin banyak dan tapak pelupusan sampah yang
tidak bersistem boleh menyebabkan larut resap dari sampah sarap memasuki sungai yang
berdekatan atau meresap ke air bawah tanah dan mencemar bekalan air.
c) Haiwan Perosak
Bilangan haiwan perosak yang tinggi seperti tikus, lalat dan lipas yang mampu menyebarkan
penyakit kepada manusia semakin berleluasa.
d) Pencemaran Udara
Pelepasan karbon dioksida, chloro flurocarbon (CFC), sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan gas-
gas lain dari asap kenderaan dan kilang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mampu
menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
e) Masalah Kesihatan
Air yang tercemar mengandungi bahanbahan toksik atau mengandungi vektor yang membawa
penyakit kepada manusia dan haiwan seperti taun, kolera dan sebagainya.
f) Kepelbagaian Biodiversiti
Penebangan hutan yang tidak terkawal dan tidak terancang mampu menyebabkan spesis flora dan
fauna yang amat berharga akan pupus.
g) Perubahan iklim dunia
Gas rumah hijau yang terbebas ke udara hasil dari pembakaran bahan api fosil akan terperangkap di
dalam atmosfera dan menyebabkan bumi menjadi panas. Apabila suhu bumi meningkat, paras
lautan menjadi tinggi dan ini akan menyebabkan banjir. Masalah kepanasan bumi ini juga akan
menghasilkan kemarau yang berpanjangan.
Bagaimana Kita Mengatasinya?
Cara mengatasi masalah ini adalah melalui tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu
menstabilkan populasi, mengurangkan penggunaan sumber dan pengurusan sumber yang berkesan.
3
a) Menstabilkan populasi
Apabila kita mampu mengawal kadar pertumbuhan populasi, kita dapat mengurangkan kadar
permintaan populasi terhadap sumber semulajadi. Ini membolehkan sesebuah negara memfokuskan
kewangan negara ke bidang pendidikan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Dengan mengawal kadar
populasi juga, ia mampu meningkat produktiviti dan kualiti hidup apabila rakyat mampu untuk
menabung dan melabur kewangan dengan baik.
b) Mengamalkan Kitar Semula
Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan terpakai,
mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan amalan mesra
alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan sumber
semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk.
c) Pengurusan sumber yang berkesan
Menguruskan dan mengawal sumber alam semulajadi dengan efisien dan berkesan. Dengan ini
sumber tersebut boleh bertahan bagi jangkamasa panjang. Dengan mencari sumber alternatif yang
boleh menggantikan sumber yang sedia ada akan membantu dalam memelihara sumber semulajadi
daripada pupus.
d) Pembangunan Lestari
Untuk mencapai pembangunan lestari perkara-perkara yang perlu digabungkan dengan sebaiknya
ialah ekonomi, sosial, politik dan ekologi bagi mencapai kestabilan serta mewujudkan kualiti hidup
yang seimbang seiring dengan perkembangan pembangunan negara.
Kesimpulannya, pertumbuhan populasi dunia dan kesedaran dalam memelihara alam
sekitarmerupakan masalah global yang perlu dihadapi oleh masyarakat dunia masa kini demi untuk
memastikan pembangunan lestari dapat menjamin masyarakat dunia mendapat kualiti hidup yang
lebih baik.
TAJUK 2 : KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
Punca atau Faktor kepupusan flora dan fauna
2.1 Pembalakan Haram
Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
Operasi pembalakan haram ini telah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti
Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan
seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan
hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang tumbang memusnahkan tumbuhan kecil
disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan secara tidak langsung
tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak
dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan
suhu setempat. Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal kerana kemusnahan sesebuah
kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula.
2.2 Pembakaran hutan
Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis yang terancam
yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di
Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling
4
hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah
musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia.
Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.Sikap
sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti
mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan
lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api
merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada
faktor kepupusan flora dan fauna.
2.3 Pembukaan Tanah Baru.
Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga
turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah baru ini kerana jumlah
penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah,
kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan
seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing
Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat
dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian seperti kebun sayur. Bagi tujuan itu
maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan
itu akan mengalami kepupusan.
2.4 Pemburu Haram
Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa adalah merupakan salah satu faktor yang
menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Keadaan ini berlaku kerana pemintaan
binatang yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi
punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis yang kian
terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan
Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.
2.5 Aktiviti Perikanan
Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting terutama sekali di
kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan oleh nelayan
dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan.
Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan
juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik
sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut.
2.6 Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran
ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam
pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja
tempat berair. Oleh itu, pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora
dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisa-sisa
tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan
binatang laut terjejas.
5
2.7 Peningkatan Suhu Dunia
Faktor peningkatan suhu dunia adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor
perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor
kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinosour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia dan
menyebabkannya maut. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia
menyebabkan sesetengah speisis haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan
tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Selain itu, cuaca panas terjadi akibat daripada
pembakaran hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera
menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di atmosfera dan menghalang gelombang panjang sinar
suria daripada lepas daripada lingkungan ini.
Implikasi / Kesan kepupusan flora dan fauna
1 . Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok
Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh menyebabkan
kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keterlaluan menyebabkan
kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan balau dan binatang seperti gajah,
badak, harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan
untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah
runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia
kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula
jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu
menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.
2 . Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik
Tumpahan minyak dan serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan
kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan
yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini
boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air. Baja dan racun perosak kimia yang
digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan
ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air Pencemaran laut juga menyumbang kepada
kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran
bersama-samanya. Minyak yang tumpah kapal merebak di lautan lalu membunuh burung laut,
kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa-
sisa kilang seperti industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem
air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin
berleluasa mencemari laut
3 . Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan
tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan. Pembukaan tanah baru dari hutan kepada
pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada
mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga
turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di
Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
6
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air
bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
4. Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global
Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan
dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap
haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan
berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan
atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.Kesannya Suhu bumi yang tinggi
menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian.
Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil
pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,
ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan
dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan
berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas
5 Mecacatkan pemandangan alam
Kegiatan manusia yang berterusan dan tidak terancam menyebabkan pemandangan yang
indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pembuangan sampah sarap
ke dalam laut
Langkah-langkah mengatasi kepupusan flora dan fauna
1. Pemuliharaan dan pemeliharaan
Pemeliharaan ialah Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam
semulajadi supaya kekal dan berterusan.Manakala Pemuliharaan Usaha yang dilakukan untuk
memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal.
2. Penghutanan Semula
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh
Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan
pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak
pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat
fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan.
3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada
Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan bukan
kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada:
Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu
tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan
yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi
bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan
hutan ) mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman
negara dengan keluasan mencukupi.
7
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah
pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan
haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Menjalankan usaha
penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak
Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh
Malaysia)Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974
Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan
Alam Sekitar 1986.
TAJUK 3 : PENGURANGAN PAYA
Ekosistem paya bakau di Malaysia akan terus terancam dan mengalami kemusnahan oleh
kegiatan manusia jika langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindunginya tidak dijalankan.
Terdapat beberapa perjanjian antarabangsa yang memberikan strategi-strategi yang diperlukan
dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau
di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan tambahan
adalah penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pembangunan yang
lestari dapat dijalankan.
Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan.
Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah Avicennia
(Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu).Habitat bakau
menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah
kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui
ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin,
Berok dan Kelawar. Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air
pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak
perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau.
Hutan paya bakau berfungsi sebagai nilai ekologi, kepentingan fizikal, nilai ekonomi dan
nilai sosio-budaya. Tetapi hutan bakau ini semakin diancam kemusnahan kerana tebus guna tanah ,
pembalakan secara berleluasa , pencemaran dan penggunaan terlebih sumber-sumber hutan paya
bakau . Penghapusan paya ini mengakibatkan Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan
tumbuhan , kepupusan flora dan fauna, pengurangan kawasan sumber makanan dan menjejaskan
keseimbangan ekosistem kawasan paya . Oleh itu pemuliharaan hutan di kawasan paya perlulah
dijalankan dengan menjalankan aktiviti penanaman semula pokok bakau, mempelajari tentang
hutan bakau dan mengamalkan amalan 3r .
TAJUK 4 : PEMBESARAN KAWASAN GURUN
“Penggurunan” merujuk kepada pembesaran saiz gurun yang sedia ada hingga melampaui
kawasan pinggirnya, atau proses yang menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun
kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Kawasan pinggir gurun (Sub gurun) pada asalnya
merupakan kawasan yang lembab,subur dan banyak tumbuhan berbanding dengan kawasan gurun
8
sebenar. Kawasan marginal ini seterusnya berubah memiliki ciri-ciri gurun akibat kerakusan aktiviti
manusia. Akhirnya kawasan-kawasan sub gurun berkenaan bercantum dengan kawasan gurun asal
atau dengan lain perkataan kawasan gurun asal membesar dan semakin luas.Lebih 1/3 daripada
permukaan bumi diancam oleh proses penggurunan, iaitu proses untuk menjadi gurun.
Sebagai contoh yang baik ialah “Gurun Sahel”. Sahel pada asalnya ialah satu kawasan sub
gurun yang terletak di selatan gurun Sahara di Afrika Utara. Sebelum penggurunan berlaku Sahel
merupakan sebuah padang rumput savana yang subur, tetapi sejak 20 tahun yang lalu kawasan ini
telah bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan gurun Sahara. Ia kehilangan banyak tumbuhan,
kehilangan air dan tanih seterusnya menjadi gersang akibat aktiviti manusia yang keterlaluan di
kawasan tersebut seperti penyahutanan, ragutan berlebihan,pertanian yang terlalu intensif sehingga
proses pemuliharaan tidak sempat dilakukan. Sebenarnya pertumbuhan penduduk yang pesat telah
memaksa manusia di kawasan tersebut menggunakan sumber dan persekitarannya melebihi
keupayaan untuk menampungnya. Selain daripada Afrika, gurun-gurun di India dan China turut
sama mengalami pembesaran hasil teknologi petani yang mundur oleh penduduk primitif di
kawasan berkenaan yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan secara berpindah randah.
Walaupun proses penggurunan berlaku kerana faktor fizikal tetapi pengaruh dan tindakan
manusia telah mempercepatkan lagi fenomena ini. Ada dua cara bagaimana aktiviti manusia
menggurunkan sesuatu kawasan. Pertama, melalui kegiatan pindah ternak dan ragutan berlebihan.
Padang rumput savana yang subur di musim hujan akan diragut oleh ternakan hingga ke akar
umbinya (Over Grassing). Kesannya struktur tanah menjadi longgar. Pada musim kering pula
ternakan-ternakan ini dipindahkan ke kawasan padang ragut yang lain yang lebih subur. Aktiviti
pindah ternak mempercepatkan lagi hakisan tanah yang sudah longgar itu dan akhirnya pelindung
tanah (rumput) terhapus sama sekali. Hakisan angin akan mengambil alih, menerbangkan debu-
debu lalu meninggalkan kawasan yang tandus-gersang. Kedua, aktiviti penyahutanan oleh
penduduk asli di kawasan pinggir gurun untuk membina petempatan dan pembukaan kawasan
pertanian baru guna menampung penduduk yang semakin bertambah.
Sebagai contoh di Somalia dan Zaire. Tanah-tanah yang dahulunya tidak sesuai untuk pertanian
telah dibuka dan dieksploitasikan tanpa kawalan. Apabila tiba musim kemarau kawasan tanah ini
akan terdedah kepada hakisan angin. Angin akan menghakis-angkut lapisan atas tanih yang subur
lalu meninggalkan lapisan yang tidak subur. Apabila tanah hilang kesuburan petani akan
meninggalkannya lalu membuka kawasan hutan yang baru. Akhirnya proses yang sama berulang
dan penggurunan semakin pesat.
Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat seterusnya telah membawa kepada
pengeksploitasian alam yang membawa kepada pembesaran gurun . Antara sebabnya adalah seperti
berikut berikut Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian, Pengeksploitasian
sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan domestik dan perindustrian
dan Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pertanian dan
penternakan . pembesaran gurun ini member kesan mengurangkan kepelbagaian spesis organisma
(biodiversiti) dan semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir
kepupusan.Cara-cara mengatasi adalah seperti Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah
daripada terus terhakis, Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan
9
perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas dan Penyemburan petroleum untuk melindungi
biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup.
TAJUK 5 : HAKISAN TANAH
Jenis-jenis hakisan tanah.
Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan
kehilangan bahan fizikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur
untuk kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga
menyebabkan pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan
buruk yang tidak menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan
menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti
jalan raya, pelabuhan dan juga empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini
terdiri daripada beberapa jenis seperti yang berikut:-
Hakisan hujan.
Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau
tumbuhan asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air
hujan. Walau bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh
rimbunan tumbuhan. Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah
diusahakan untuk tujuan tertentu sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya
telah menyebabkan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka
panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan menjadi gondol. Bahan yang berbutir halus yang
berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan oleh air hujan ke kawasan
yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuh akan
membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruh
permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi
mengalir ke kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan
menghakis alur berkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan fenomena baru hasil
daripada fenomena hakisan air mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan
sebuah payung sementara.
Hakisan sungai.
Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah
tinggi yang kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis
serta mengangkut bahan yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar
seterusnya membentuk aliran sungai.Umumnya, sungai mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai satu
sistem pengairan dan kedua bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada
dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan sungai ini
banyak bergantung pada kuantiti air, halaju dan bahan yang diangkutnya. Dalam hal negara kita dan
negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantiti air sungai akan bertambah dengan
bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermakna pertambahan kuantiti air sungai
akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir akan mengangkut
bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang dihanyutkan atau
diseret di dasar sungai.
10
Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang mempunyai fungsi yang sangat besar
sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana puing tadi bertindak sebagai
bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan. Dalam proses hakisan
sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu pelarutan,
pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan.Bahan bumi yang telah mengalami
hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai
cara. Bahan yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan
dipindahkan secara ampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan
seretan dan kemampuan memindahkan bahan ini bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam
sungai. Semakin banyak kuantiti air maka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa
dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis.
Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan
sebahagian daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau
apabila tenaga mula berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan
akhirnya lumpur. Walau bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah
bersifat sementara kerana apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan
dipindahkan ke kawasan hilir sungai. Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin
kurang dan sungai mula berliku-liku. Di samping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari
lautan juga berupaya mengentalkan butiran lempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang
lebih besar.
Hakisan air bawah tanah.
Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi
juga berlaku di dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama
sekali di kawasan batu kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan
hakisan permukaan kerana penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sifat ketelapan dan
keporosan batu-batan termasuk rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai
atau kawasan kaki bukit sebagai mata air dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuifer yang
bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah. Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah
tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut khususnya di kawasan batu kapur.
Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding rekahan dan mengangkut
hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk gua dan sungai
bawah tanah.
Masalah dan kesan hakisan tanah oleh tindakan air terhadap alam sekitar dan ekonomi.
Tidak dapat dinafikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan terhadap alam
sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di Amerika
Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan,
pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak
dapat dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan
hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:-
Kekurangan tanah subur.
Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah
yang subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur
11
untuk ditanam. Kesan yang dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur
dan kurang menghasilkan buah dan kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran
bekalan makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang
terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan
atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan merugikan petani kerana kesuburan tanah
yang telah berkurangan di atas sawah .
Kejadian banjir kilat yang merugikan.
Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah terutama
sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di kawasan tanah
lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran dengan
sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air
melimpah keluar.Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan
sungai di kawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang
terdedah pada air hujan. Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan
aktiviti pertanian pindah.
Banjir kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang
semakin cetek tetapi juga dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan
para petani kerana kehilangan lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam
pada itu, kejadian hakisan di kawasan kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti
tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yang bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan
tetapi juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan perhubungan yang terganggu. Sebagai
contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting Highlands dan Cameroon Highlands
yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi terjejas apabila berlaku
kejadian tanah runtuh.
Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan memang banyak matangkan masalah
seperti berikut:-
Tanah runtuh yang membahayakan.
Kawasan kaki bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan
banyak kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh
kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkan pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan
dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh
bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan menyebabkan kehilangan nyawa dan juga
kepupusan hutan.
kejadian tanah runtuh seperti ini sangat merugikan kerana kerosakan permukaan fizikal yang
mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak semua kesan
hakisan ini tidak memberi faedah kepada ekonomi negara kerana dalam hal tertentu khususnya di
kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan
pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan ini meninggalkan formasi istimewa seperti
gua, stalaktit dan stalagmit seperti Gua Gomantong di Sabah dan Gua Mulu di Sarawak.
Pengurangan lapisan tanah subur.
12
Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus
mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada
aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih
rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan terus ke laut
dan hilang yang secara langsung tidak memberikan faedah kepada aktiviti pertanian.
Dasar sungai dan empangan menjadi cetek.
Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan peroi yang dihakis di
kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya
aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan
empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan
kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering
pada musim panas dan banjir pada musim tengkujuh.
TAJUK 6 : PENCEMARAN AIR, UDARA BUNYI DAN TANAH
PENCEMARAN AIR
Punca Pencemaran Air
Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.
Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak
sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini
berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos
pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai
atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat
dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak
kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak
sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Sikap individu itu
sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara kita. Pembuangan bahan-
bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu
sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar.
Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah
berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan
mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke
arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan
hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan
berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan
mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah
disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka
pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan
akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.
13
Kesan Pencemaran Air
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan
mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku
adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya
ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Kesan pencemaran air ini juga memberi
kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke
laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan
membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut
juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang
atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang
dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan
simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul.
Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.
PENCEMARAN BUNYI
Punca Bunyi Bising
Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu
kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. Kebisingan yang
berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal
terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di
bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah
laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.
Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan
lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan
operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan
tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang
melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi.
Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan
bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping
mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara,
namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan
oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan
bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan
juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan.
Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya
pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya
serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan
perumahan berkepadatan tinggi.
14
Kesan Pencemaran Bunyi
Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan
kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.
Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi.
Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan
komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah
dari segi nilai harta benda.
Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau
melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen,
waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh
mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan
pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi
bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir
menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.
Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan
pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan
kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising
mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya
kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh
memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang
memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang
berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya
banyak kesilapan.
Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang
terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya
adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak
kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih
dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang
dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai
kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan.
Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih
tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.
Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi
Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan
kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik
dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan
kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman
industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu
sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada
pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.
15
Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara
keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang
telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang ”tiga” mata iaitu
mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi.
Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah
diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong
dan mempraktikan saranan itu.
Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising
berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses
pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa
yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu
menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. Malaysia kerap
menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti
sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi
juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat
terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”.
PENCEMARAN UDARA
Jenis Pencemaran Udara
Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan
pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan
karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan
zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan
membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas
seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik.
Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksidasetil nitrat (PAN).
Punca Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan
pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain
itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti
yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran
seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran.
Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti
membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau
kayu, merokok dan sebagainya lagi.
16
Kesan Pencemaran Udara
Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita
misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun
1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor
telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan
alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh
membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh
terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang
sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.
PENCEMARAN TANAH
Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita. Tanah
turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosistem di bumi tercinta kita.
Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah di kawasan
tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.Pencemaran tanah
disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan buangan daripada kilang, (c)
kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian.
(a) Pembuangan sampah sesuka hati
Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan
masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada
pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan
menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus
yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dari sampah pula akan mengurangkan kualiti air
tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal seperti bau, warna, rasa
dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih dikenali sebagai plastik
dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah
menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi,
iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta-juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan
pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah
mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu, pencemaran
tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana kemudahan
yang tidak begitu lengkap.
(b) Bahan buangan daripada kilang
Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa
kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang
mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan
sebagainya. Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer
turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. Dengan ini, dapat kita bayangkan
sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini
kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau
bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.