Koleksi Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKANKoleksi
Assignment: HBEF1403: SENI DALAM PENDIDIKAN (Contoh)
Jawapan:
1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata
pelajaran ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika
dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untukmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan.
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran
ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan
bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakanyang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami
kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas
kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan
ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan
imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang
dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami
dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan
menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang
sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu
kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria
ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan
sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam
subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual
menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan
grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud
yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi
subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik
seni dan berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak
membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap
dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif
budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai
dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan
guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang
kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses
individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk
lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu
untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan
penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh
disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang
terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan
dengan beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran,
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini
akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata
pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata PelajaranDengan
adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran
akan dapatmengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan
kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah
pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran
yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya
setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan
yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan
satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap
pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik
akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan
mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi,
kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan
keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.
Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan
yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar
belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai
sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
pelajar.Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik,
objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada
pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan
membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan
sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada
sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya
secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu
dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda
pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju
atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk
anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan
bertema.
Mata Pelajaran : Sains Tahun EmpatTajuk : 3.1 Basic needs of
PlantsTema Persekitaran : Pokok
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan
sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan
pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin
bertiup,(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza
tinggi, rendah, berterbangan.Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok
tumbang(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiupSeni
Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti
gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai
warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti
penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah
dibuat.
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan
dapat membantu,- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)-
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran
(muzik)- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna
yang berbeza-beza(seni visual)- melakukan pergerakan lokomotor
(pendidikan jasmani)
3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata
pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua
matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu
tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan
menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok
bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan
diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan
aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan.
Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan
peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat
memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang
akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah
didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti
dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih
mencabar.
3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh
dijalankan dalam P&P
a)PenggabungjalinanBermaksud sebagai proses mengintegrasikan
pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang
integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini
berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara
harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini
akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang
berkaitan dengan cara bersepadu.
2)PenyerapanPenyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi
kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu
pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar
akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3)PenerapanKonsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses
menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja
kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni,
nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar,
nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)PemulihanPemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus
bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.
Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan
dan kemahiran.
5)PengayaanAktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar
yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu
pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh
membantu murid dalam pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam
bidang-bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.
Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di
dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap
kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu
unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan
media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan
maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni
dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian
masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang
baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.
Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang
kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan
guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian
daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang
bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut
untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami
ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan
remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar,
sentuh, bergerak dan berfikir dengansetiap aktiviti
pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini
pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan
menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan
mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai
pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan
di dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang
benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh
melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat
eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara
kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri
melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi
dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk
merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia
mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan
mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami
dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan
satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah
disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan
dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar
telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan
emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya
boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
Rujukan
MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif
panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
http://www..school net.my
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang
bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta
memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering
dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada
maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan
biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air,
udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca
telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar.
Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada
masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu
dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana
tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar
kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila
mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal,
jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap
sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan
dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa
toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang
itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan
berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan
alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara.
Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari
pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak
sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang
untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan
secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama
yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan
yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air,
udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan
penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran
bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi
tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada
projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran
air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah
dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir
terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh
menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam
kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada
pencemaran alam sekitar.
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta,
motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari
penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti
pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap
kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus
meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut
meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan
pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka
sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding
beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan
menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem
pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang
terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama
dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan
bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca
berlakunya pencemaran alam sekitar.
Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar
ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat
berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan
untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu sudut,
penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak
sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di
samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya.
Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi
semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah
sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang
dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar
serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan
manusia.
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak
kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran
alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata
dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua
pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi
dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat
kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini
sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air,
tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat
dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat
yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang
memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan
masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada
masa kini.
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti
ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi
untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada
pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan
kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran
yang semestinya membahayakan dan mengancam kesihatan serta
kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang yang lebih
baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar.