Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2014/2015
KRM 3073 : PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
TAJUKTUGASAN 2 AKTIVITI PENGAJARAN BERASASKAN teori
konstruktivisme
DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKPROGRAM
MUHAMAD RIZAL BIN ARIFFIND20102041699Group UPSI02(A142PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR NOOR SHAH BIN SAAD
TARIKH SERAH: 18 APRIL 2015
TUGASAN 2: (Individu)Rancang SATU aktiviti pengajaran berasaskan
teori konstruktivisme bagi SETIAP kaedah atau strategi penyelesaian
yang tersenarai di bawah:
i. Kaedah induktif. ii. Kaedah koperatif JIGSAW.
1.0 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea
rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam
proses pembinaan bangsa yang maju dan membangun. Pendidikan
merupakan satu agensi terpenting dan mendapat perhatian semua
pihak. Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan pelbagai
kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat,
tingkah laku, kemahiran dan memudahkan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran
merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat dan
penglibatan pelajar terhadap pelajarannya (Moores, 1987).Bagi
mencapai kurikulum Matematik KBSR / KSSR yang dinayatakan dalam
sukatan pelajaran Matematik KBSR / KSSR, adalah menjadi
tanggungjawab semua pihak yang terlibat dengan pendidikan Matematik
iaitu guru Matematik, pensyarah Matematik institusi perguruan dan
institusi pengajian tinggi awam (IPTA), penggubal kurikulum dan
penggubal dasar pendidikan Matematik harus melakukan anjakan
paradigma dari melihat Matematik sebagai ilmu kira mengira kepada
Matematik sebagai ilmu menyelesaikan masalah, dari belajar dengan
menerima pengetahuan kepada belajar dengan membina pengetahuan,
dari mengajar sebagai pemberi pengetahuan dan maklumat kepada
mengajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti untuk pelajar membina
konsep dan kefahaman, dan dari peranan guru sebagai pemberi
maklumat kepada peranan guru sebagai fasilitator.Pembelajaran
merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia yang sentiasa
belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui
pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.
Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secara formal iaitu di
peringkat sekolah, kolej dan universiti dan pembelajaran secara
tidak formal adalah melalui persekitan seperti televisyen, asuhan
ibu bapa serta pergajulan dengan rakan-rakan. Pembelajaran secara
bukan formal pula boleh didapati melalui kursus-kursus dan
bengkel-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaran formal sebagai
tambahan.Teori merupakan antara asas kepada sesuatu bidang
termasuklah bidang psikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.
C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam buku Introduction
to
Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yang
dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku
pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010). Oleh yang demikian,
teori pembelajaran boleh definisikan sebagai huraian
prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung
dalam penguasaan ilmu dan maklumat.2.0 Pendekatan
Konstruktivisme
2.1 Definisi Fahaman Konstruktivisme
Pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang
pertumbuhan kognitif dan pembelajaran. Konstruktivisme merupakan
proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Tidak semua pengetahuan pelajar diperolehi
pengalaman panca indera ataupun terdapat pengetahuan sejati dalam
mental pelajar. Penekanan ditumpukan kepada keperluan pelajar utnuk
membina pemahaman mereka dalam setiap konsep. Peranan utama dalam
pengajaran bukanlah penyampaian pelajaran, penerangan ataupun
perpindahan pengetahuan kepada pelajar , tetapi merupakan
penciptaan situasi tertentu untuk membolehkan pelajar melalui
sendiri pengalaman, renangan dan pengabstrakan.Pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh pelajar yang mana pembelajaran
merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri untuk pembinaan
konsep atau pengetahuan sendiri. Guru hanya berperanan sebagai
fasilitator atau pembimbing.
2.2 Teori Kognitif Piaget
Satu daripada perspektif teori, fahaman konstruktivisme adalah
daripada aliran Neo-Piaget iaitu teori yang terbina berasaskan
perspektif Jean Piaget. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki
peringkat otak dan saraf yang tinggi. Dengan adanya otak, manusia
mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya,
proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannya proses
mekanis. Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak menyerap
menyerap atau meyesuaikan pengetahuan yang sedia ada dalam otak
dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran. Pembelajaran
sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila seseorang kanak-kanak
telah mencapai taraf kematangan yang tertentu.Teori Piaget telah
membantu para sarjana pendidikan untuk memhami cara tingkah laku
seseorang pelajar berkembang. Dalam teorinya, Piaget dapat
menjelaskan pemahamannyatentang pengetahuan. Dalam usaha memahami
mekanisme perkembangan intelektual, Piaget menggambarkan fungsinya
dalam tiga perspektif:(i)proses mendalam tentang cara berlakunya
perkembangan kognitif iaitu asimilasi, akomodasi dan
ekuilibrium(ii) cara pembentukan pengetahuan
(iii) tahap perkembangan intelektual
Menurut Piaget, tiga tahap proses perkembangan intelektual
berkenaan iaitu asimilasi, akomodasi dan ekuilibrium dapat
diperjelaskan seperti berikut: Asimilasi adalah proses perpaduan
antara informasi yang baharu dengan struktur kognitif yang telah
dimiliki. Dalam proses ini, seseorang pelajar menggunakan struktur
atau kemampuan yang sudah dimiliki untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang dihadapi dalam persekitarannya. Prasyarat penting
untuk wujudnya asimilasi ialah struktur dalaman yang menggunakan
informasi baharu. Namun, seseorang sering tidak mencantumkan
informasi kerana tiadanya struktur asimilasi yang sesuai. Akomodasi
pula ialah penyesuaian struktur dalaman dengan ciri-ciri tertentu
daripada situasi khusus yang berupa objek atau kejadian. Dalam
proses akomodasi, seseorang memerlukan modifikasi struktur dalaman
untuk menghadapi reaksi persekitaran. Asimilasi dan akomodasi
berfungsi sekali gus dalam menghadapi persekitaran berasaskan asas
intelek. Ekuilibrium ialah kesinambungan dalam pengaturan yang
memungkinkan seseorang berkembang serta berubah sementara untuk
menjadi lebih mantap dan seimbang. Ekuilibrium merupakan proses
dinamik yang secara terus menerus mengatur tingkah laku. Proses
ekuilibrium juga disebut sebagai penyeimbangan antara dunia luar
dengandunia dalam. Tanpa perkembangan intelektual, maka akan wujud
ketidakseimbangan dalam proses berfikir.
2.3 Kaedah konstruktisme
Pendekatan konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik yang bertujuan untuk membina
konsep atau pengetahuan baru di mana guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar. Apabila maklumat
barutelah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian
daripada pengangan kuat mereka, baharulah bentuk baharu tentang
sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada. Nik Azis Nik Pa
(1999) berpendapat bahawa konstruktivisme adalah tidak lebih
daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa menusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai
oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.Rutherford dan
Algren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah. Jika
kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau
kepercayaan asal mereka it uakan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan, mereka memberi jawapan yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengaktakan
bahawa pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan.. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar
di dalam pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran
individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan
sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah
konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada
pelajar. Justeru itu guru Matematik seharusnya mengambil kira apa
yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara
pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh
itu persekitaran pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bilik darjah
melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan Matematik
menerusi persekitaran pembelajaran kondusif.
2.4 Prinsip-prinsip konstruktivisme
Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara
kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat
semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri.
Ahli konstruktivis mengangap bahawa ilmu pengetahuan tidak
bolehwujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling
mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran
terbaru yang berkaitan. Secara keseluruhannya, prinsip pembelajaran
konstruktivisme dapat disimpulkan seperti berikut: Pembelajaran
adalah suatu proses aktif Manusia belajar semasa mereka belajar
Minda yang aktif bukan fizikal Pembelajaran adalah suatu aktiviti
sosial
Pembelajaran adalah konstektual
Lebih banyak yang telah dipelajari, lebih banyak yang boleh
dipelajari
Pembelajaran memerlukan masa
Motivasi dalam pembelajaran adalah penting
2.5 Perananpelajar dan guru serta cabaran dalam kelas
konstruktivisme
2.5.1 Peranan pelajar
Pelajar mengemukakan isu serta soalan-soalan, kemudian secara
individu, mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sendiri dan berupaya menyelesaikan masalah yang timbul.
Perbincangan dilakukan di antara guru dan pelajar. Melalui
perbincangan ini, pelajar akan dibantu untuk mengubah atau
mengukuhkan idea-idea mereka. Jika pelajar diberi peluang untuk
mengukuhkan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, pelajar
tersebut akan dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Pelajar mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Pelajar diberi banyak ruang untuk
menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
kumpulan. Pelajar menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,
manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan.2.5.2 Peranan guru
Menggalakkan guru menerangkan idea mereka serta menghargai
pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi
pelajar serta membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum
kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti
harian di kelas, bukan hanya dalam ujian bertulis. Menggalakkan
pelajar membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis,
meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan pelajar
menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Menggalakkan penemuan pelajar melalui pertanyaan soalan bercapah
dan menggalakkan pelajar menyoal pelajar yang lain. Memberi masa
secukupnya kepada pelajar untuk menjawab soalan setelah soalan
dikemukakan. Memberi masa secukupnya kepada pelajar untuk membuat
perkaitan antara idea- idea yang telah dijanakan. Menggalakkan
pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Membimbing pelajar mendapatkan jawapan yang tepat.
2.5.3 Cabaran Guru Konstruktivisme
Guru merasa mereka tidak mengajar.
Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme
dianggap tidak realistik Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak
penting lagi. Kawalan kelas agak merosot. Guru yang sedang menukar
kepada cara pengajaran berasaskan pendekatan konstruktisvisme
memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan
daripada pihak sekolah.2.5.4 Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Konstruktivisme
Pelaksanaan pengajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme ini
boleh berlaku dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam ha lini, satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan diketengahkan dengan
mengambil kira Nik Azis (1992 : 1996) dan Etchberger & Shaw
(1992). Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992)
berlaku secara berkumpulan melibatkan lima lungkah utama seperti
berikut: Pertama, pengalaman deria yang bermaksud pelajar akan
membina persepsi menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran,
penglihatan ( pengamatan dan membaca), sentuhan, merasa dengan
lidah dan deria bau) dengan meneroka pengalamannya. Kedua, refleksi
di mana pelajar akan memahami pengalamannya. Dalam ha lini, pelajar
akan membina perhubungan di antara maklumat yang baru ditemui
dengan pengetahuan sedia ada. Ketiga, kolaborasi di mana kefahaman
sendiri akan mengambil kira pendapat rakan yang lain sebelum
diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang boleh
diterima. Dalam ha lini, suatu tolak ansur antara pelajar akan
berlaku sehingga akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan
pembelajaran di sini adalah seperti menyelidiki, mencuba, menolak,
mempertahankan, membuat pertimbangan dan memberi penjelasan.
Keempat, persetujuan (consensus) di mana pelajar membina keyakinan
terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan
menyatakan persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di
mana pelajar berkeyakinan bahawa pengetahuan barunya berguna dan
boleh digunakan untuk mengatasi masalah. Kelima, berkongsi di mana
setiap kumpulan pelajar akan berkongsi dapatan masing-masing.
Setiap kumpulan akan cuba meyakini rakan daripada kumpulan lain
sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh diperoleh.2.5.6
Cara-cara Pelajar Mambina Konsep Konstruktivisme
Pelajar membuat penyelesaian Matematik dengan manipulatif.
Pelajar berbincang keputusan penyiasatan mereka. Pelajar menulis
hasil pengalaman mereka. Pelajar belajar cara penemuan mereka.
Pelajar berfikir secara mencapah.
Pelajar menyelesaikan masalah yang terbuka.
2.5.7 Keberkesanan Strategi Pengajaran Konstruktivisme
Pelajar berpeluang mengemukakan pandangan mereka terhadap
sesuatu konsep. Pelajar dapat berkongsi persepsi / pandangan / idea
antara satu sama lain. Pelajar dapat menerima serta menghormati
semua pandangan daripada rakan-rakan. Semua pandangan diterima dan
tidak dipandang rendah. Pelajar dapat mengaplikasikan idea baru
dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea
tersebut. Pelajar dapat merenung atau mengimbas kembali proses
pembelajaran yang telah dilaluinya. Pelajar dapat menghubungkaitkan
idea yang asal dengan idea yang baru.
2.5.8 Konstruktivisme Radikal
Proses penyesuaian dinamik yang menuju kea rah interpretasi yang
berguna untuk pengalaman. Pelajar tidak semestinya membina
pengetahuan dari dunia yang sebenar .
Tidak menafikan reality yang objektif tetapi dalam keadaan
tertentu. Ia menonjolkan keadaan manusia yang membina reality
mereka sendiri kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang
lain.3.0 Aktiviti Pengajaran Matematik Berasaskan
Konstruktivisme
Saya ingin berkongsi satu permainan Matematik melalui pembacaan
di internet
(http://www.my-rummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Guru_Matematik.html)
yang Menggunakan satu kaedah yang berpusat kepada murid
(konstruktivisme). Permainan ini dinamakan My Rummy yang merupakan
satu permainan yang dirumus khas untuk pembelajaran Matematik di
peringkat sekolah rendah yang telah disusun mengikut tahap
kebolehan kumpulan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran Matematik
dengan kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagaistrategi
iaitu amalan Kaedah koperatif JIGSAW. Pembelajaran Kaedah koperatif
JIGSAW adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar
belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan
kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan
rakan-rakan kumpulan belajar bersama-samauntuk mencapai matlamat
yang samadan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif
berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran
koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara
sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka.3.1
Aktiviti Permainan My Rummy (Menggunakan model sebahagian daripada
keseluruhan)
Tajuk : Tambah Dan Tolak
Tahun : 1 Taqwa Masa : 35 minit Bilangan murid : 30 orang murid
Pendekatan pengajaran konstruktivisme (Kaedah induktif)Pengetahuan
Sedia Ada : Murid boleh menambah dan menolak sama ada secara congak
atau bertulis.Standard Kandungan : 2.1 Mengenal pasti pasangan
nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.Standard
Pembelajaran : ii. Menyebut jumlah dua nombor.
Objektif Pembelajaran : Supaya murid berupaya menyebut jumlah
dua nombor.
Kreativiti dan Inovasi : Menghasilkan idea dari pemerhatian ,
menilai idea secara kritis dan mengubah suai idea.Langkah Permainan
: Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 6 orang).
Guru mengedarkan 6 keping kad My Rummy kepada setiap
kumpulan.
Rajah 1 : Kedudukan 6 orang murid dalam permainan
My Rummy.
Murid merahsiakan kad yang dipegang.
Pemain pertama menyebut nombor pada kad My Rummy diikuti dengan
ayat Matematik yang tertera pada kad dengan bacaan yang kuat.
Contoh : 4 adalah nombor saya. Apakah akan terjadi jika 3
ditambahkan kepada 4? Jawapan : 7 Murid lain mendengar dengan
teliti apa yang dibacakan oleh
pemain pertama. Murid lain akan menganalisis ayat Matematik dan
mengira secara mental tanpa menggunakan pensel dan kertas. Murid
membuat perbandingan dan membuat keputusan.
Murid yang memegang kad yang tertera nombor 7 memberikan maklum
balas yang merupakan pemain keenam (Sila rujukRajah .).
Melalui kad yang dipunyai oleh pemain keenam, operasi seterusnya
adalah operasi tolak. Pemain keenam akan menjawab : 7 adalah nombor
saya.
Apakah yang akan terjadi jika kita mengeluarkan 5 daripada 7?
Jawapan : nombor 2. Murid yang memegang kad yang tertera nombor 2
memberikan maklum balas yang merupakan pemain kelima (Sila rujuk
Rajah).
Pemain kelima mempunyai nombor 2. Operasi yang seterusnya adalah
tambah dan soalannya adalah : 2 adalah nombor saya. Berapakah
jumlah 2 tambah 1. Jawapan : nombor 3. Seterusnya pemain yang
mempunyai kad bernombor 3 akan
memberi respon iaitu pemain kedua (Sila rujuk Rajah 1).
Permainan diteruskan dengan pemain kedua memberi respon dan
membacakan arahan yang terdapat pada kad iaitu : 3 adalah nombor
saya. Apa akan terjadi apabila kita menambahkan 2 kepada 3? Jawapan
: nombor 5.
Pemain ketiga memegang kad bernombor 5 dan terus membacakan
arahan yang terdapat pada kad yang ada padanya. Arahannya : 5
adalah nombor saya. Berapakah nilai 1 dan 5?
Jawapan : nombor 6. Nombor 6 ada pada kad yang dipegang oleh
pemain keempat. (Sila rujuk Rajah 1).
Pemain keempat akan membacakan arahan yang terdapat pada kad
iaitu: 6 adalah nombor saya. Berapakah nilai 2 ditolak daripada 6?
Jawapan : nombor 4. Nombor 4 ada pada pemain pertama yang
memulakan
permainan tadi.
Permainan akan berakhir secara automatik apabila sampai ke
pemain pertama yang memulakannya tadi.Kesimpulannya, permainan
My Rummy mempunyai beberapa proses iaitu mendengar, menganalisis,
membuat perbandingan dan memberikan maklumbalas. Pelajar sentiasa
peka dan mengambil bahagian secara aktif dalam permainan dengan
memberikan tumpuan kepada soalan yang dikemukakan oleh setiap
pemain. Permainan ini amat sesuai digunakan di peringkat awal,
pertengahan ataupun di akhir waktu kelas atau semasa sesi
pembelajaran Matematik dijalankan. Ia membuatkan pelajar teruja
untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam membuat pengiran secara
mental. Pelajar yang dapat menjawab secara pantas adalah pelajar
yang tinggi tahap number sensenya.3.2 Aktiviti Pengajaran Kira
Tambah Wang Dalam Lingkungan RM 50 (Menggunakan model mengenal
pasti pola)Tajuk : Tambah wang dalam lingkungan RM50
Tahun : 2 Bijak Masa : 30 minit Bilangan murid : 30
orangPendekatan pengajaran teori konstruktivisme (Kaedah koperatif
JIGSAW)
Pengetahuan sedia ada:
i) Pengetahuan tentang wang dalam yang digunakan dalam kehidupan
seharian. ii) Pengetahuan tentang penambahan dua nombor.iii)
Pengetahuan tentang maksud symbol (+) dan prosedur menambah nombor
hingga 50. Langkah 1 : Pengalaman deria Murid dibahagikan kepada 5
kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 6 orang murid. Guru
memberikan beberapa helai wang kertas contoh yang mempunyai not
RM1, RM5 dan RM10. Setiap orang murid dikehendaki menyelesaikan
satu lembaran kerja yang mengandungi kira tambah wang hingga RM50.
Contoh:
i) RM 20 = keping not RM 10 + keping not RM5. ii) RM 40 = keping
not RM10 + keping not RM5 + keping not RM1
iii) RM 35 = keping not RM10 + keping not RM5 +
keping not RM10
iv) RM15 = keping not RM5 + keping not RM1 v) RM50 = keping not
RM10 + keping not RM5Langkah 2 : Refleksi
Setiap orang murid menilai jawapan yang diberi dalam Langkah
1.
Murid menggunakan pengetahuan sedia ada tentang penggunaan wang
dalam urusan seharian. Murid membuat refleksi kira tambah wang
hingga RM50.
Guru membimbing murid yang agak lambat dalam menyelesaikan
masalah tambah wang.Langkah 3 : Kolaborasi
Murid berbincang dalam kumpulan tentang jawapan yang
diperolehi.
Murid akan cuba meyakinkan rakan-rakan yang lain.
Murid yang lemah akan dibantu oleh guru dan ahli kumpulan.
Langkah 4 : Persetujuan Murid mencapai kata sepakat tentang
bagaimana operasi kira tambah wang dilaksanakan dan mengapa operasi
berkenaan dianggap tepat. Murid yang boleh menguasai kemahiran akan
memberi penjelasan kepada orang lain yang mengharapkan
penjelasan.
Langkah 5 : Berkongsi
Ketua kumpulan akan membentangkan kepada keseluruhan kelas
tentang operasi tambah wang yang telah dilaksanakan. Guru akan
menilai hasil yang diperolehi bersama-sama dengan murid.
Kumpulan yang membuat kesilapan akan membuat pembetulan manakala
kumpulan yang lain akan lebih meyakini bahawa operasi yang
dilakukanadalah benar. Soalan tambahan akan diberikan oleh guru
mengenai kemahiran yang berkaitan. Ia bertujuan untuk mengukuhkan
kenyataan bahawa operasi yang telah digunakan adalah benar.4.0
Kesimpulan
Kaedah konstruktivisme yang dijalankan di bilik darjah
menunjukkan perbezaan dengan prestasi pelajar yang menggunakan
kaedah tradisional. Penglibatan pelajar yang aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran menunjukkan bahawa minat terhadap mata pelajaran
Matematik yang selama ini dianggap susah, telah berjaya menarik
minat pelajar setelah aktiviti-aktiviti menggunakan kaedah ini
dijalankan di bilik darjah.Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan menggalakkan mereka agar lebih
berfikir, lebih yakin , lebih berkeyakinan sosial kerana proses
pembelajaran dijalankan secara dua hala serta membangkitakan rasa
seronok untuk belajar. Aktiviti-aktiviti pengajaran termasuk
permainan yang dilakukan akan menjadikan proses pembelajaran akan
berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Pelajar juga berpeluang
untuk membina soalan-soalan yang kreatif dan merasa dirinya
dihargai.Penggunaan kaedah konstruktivisme dalam pengajaran
Matematik di bilik darjah adalah sangat penting kerana teori ini
terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana
menyediakan perbahan paradigma kepada pendekatan yang lebih
berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih
kepada behaviourisme . Pendekatan ini juga menunjukkan bahawa
pelajar mendapat lebih manfaat serta memberi kesan yang positif
kepada pelajar dalam bidang akademik.5.0 Rujukan
5.1 Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu,
Shah Alam: Oxford Fajar.
5.2 Mohd. Nizam Lee Abdullah et. al (2013), KRM 3073Pengajaran
Matematik Sekolah
Rendah, Tanjung Malim: UPSI.
5.3
http://nengmadiah.blogspot.com/2012/11/konstruktivisme_5.html
5.4
http://skgemangpanitiasains.blogspot.com/2012/11/contoh-rancangan-pengajaran-
model.html
5.6 http://www.slideshare.net
5.7
http://group3pismp2g.blogspot.com/2010/09/definisi-konstruktivisme-pendekatan.html
5.8 http://worldconferences.net
5.9http://eprints.utm.my/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf