Tugasan (2): Penulisan AkademikBerdasarkan satu kes kaunseling
individu yang telah dikendalikan oleh guru kaunseling di sekolah,
bincangkan aspek-aspek: i. Jelaskan latar belakang klien.Selepas
kami berbincang dengan guru kaunseling di sekolah, kami mendapati
klien tersebut merupakan :Maklumat Penerangan
Gelaran A
Jantina Lelaki
Umur 12 tahun
Masalah Kegagalan Mengawal Emosi Kemarahan(Anger Management)
Tempoh masalah3 tahun
Anger Management boleh dikenali sebagai Pengurusan Kemarahan.
Kemarahan adalah sebenarnya sesuatu yang normal, salah satu
ekspresi emosi manusia. Namun sekiranya ia berlaku dalam situasi
yang tidak terkawal maka ia pasti akan merosakkan, malah boleh
menyebabkan masalah-masalah lain yang lebih kritikal. Mengikut
pakar psikologi, marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi
marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa,
kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu
keperluan tidak diselesai atau dicapai. Marah secara umumnya boleh
diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal. Ahli
psikologi Dr. Charles Spielberger mengatakan "kemarahan adalah
suatu keadaan emosional yang berbeza-beza dalam keamatan dari
kesengsaraan jiwa yang ringan sehinggalah peringkat kemarahan yang
terdedah secara melampau dan ganas. Menurut pandangan saya, marah
itu adalah satu emosi yang terbangkit apabila sesuatu yang kita
hargai atau sukai telah dibinasakan oleh orang lain. Marah,
sekiranya tidak dikawal akan membawa kepada perasaan dendam dan
lain-lain. Untuk menyiapkan tugasan, saya telah meminta Guru
Kaunseling untuk berkongsi pengalaman pengurusan kes-kes murid
dengan saya. Klien A merupakan seorang murid yang menghadapi
masalah pengurusan kemarahan. Guru Kaunseling telah menangani kes
ini selama 3 tahun sejak klien A belajar di Tahun 4. Pada masa itu,
klien A telah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal apabila
dicetus dengan faktor-faktor tertentu. Akibatnya, klien A akan
menjadi marah dan kehilangan waras serta menunjukan kelakuan yang
agressif. Guru Kaunseling mendapati klien A mempunyai kecenderungan
untuk berkelakuan agressif apabila kemarahan dicetuskan. Sudah
beberapa kali klien A memukul rakan-rakan sekelasnya yang cuma
ingin bergurau dengan dia. Tambahan, klien A mempunyai badan yang
bersaiz besar daripada rakan-rakannya dan sekiranya dia melakukan
kelakuan yang melampau, ini berkemungkinan besar akan menyebabkan
kecederaan berlaku. Selepas beberapa kali berlaku perkara tersebut,
rakan-rakan sekelasnya mula mengesan tingkah laku klien A. Mereka
telah mendapati bahawa klien A akan menjadi agressif apabila emosi
kemarahan tercetus. Akhirnya, keadaan berkembang sehingga
rakan-rakan sekelasnya mula berwaspada terhadap klien dan
mengelakkan untuk bersembang dengan klien. Mereka juga melaporkan
kes ini kepada pihak pentadbir sekolah. Akhirnya, masalah klien A
ini mula diperhatikan oleh pihak sekolah dan Guru Kaunseling.
Semasa klien A meneruskan pengajian ke Tahun 5, masalahnya telah
menjadi lebih serius. Dia mula memukul rakan yang mengganggu dan
menggurau dengan dia. Pada suatu hari semasa waktu rehat, kemarahan
klien tercetus dan ini menyebabkan dia telah memukul rakannya
dengan tidak terkawal. Selepas mengetahui insiden ini, Guru
Kaunseling dan Guru Disiplin telah pergi ke kelas klien untuk
memberhentikan tingkah laku ganas tersebut. Klien juga dibawa ke
biik guru untuk menjalankan penyiasatan punca berlakuya insiden
tersebut. Selepas penyiasatan, Guru Kaunseling mendapati bahawa
kemarahannya tercatus sebab rakanya lawak terhadap dia. Perbuatan
ini menyebabkan klien berasa sangat geram. Pada masa itu, klien
hanya boleh melepaskan geram terhadap rakannya dengan cara melawan
rakannya. Oleh sebab saiz badan klien agak besar dalam kalangan
rakan-rakannya, malah rakan tersebut tidak berani untuk melawan
balik. Rakan kelasnya pula serta merta untuk pergi melaporkan
insiden kepada pihak sekolah. Selepas dibawa ke bilik guru, Guru
Kaunseling mula mententeramkan emosi klien supaya boleh menjalankan
penyoalan yang lebih lanjut. Guru kaunseling menyoal tentang
perasaan dan pemikirannya semasa dia bertindak ganas. Guru
kaunseling juga mengajar klien cara untuk mengawal emosi marah
tersebut. Klien berjanji dengan Guru Kaunseling bahawa dia akan
cuba menangani masalah emosi kemarahannya. Mereka juga membuat temu
janji untuk tindakan susulan dari semasa ke semasa.Tetapi selepas
beberapa kali ditahan oleh guru, klien masih gagal untuk mengawal
emosi kemarahannya. Dia masih mengulangkan kesalahan yang sama
iaitu melakukan tingkah laku yang agressif semasa emosi kemarahan
tercetus walaupun diberi amaran. Akhirnya, Guru Kaunseling menyusul
perkara tersebut dan membuat kesimpulan bahawa klien A telah
mengalami masalah kegagalan menangani emosi kemarahan. Guru
Kaunseling telah menyusul perkara klien kepada ibu bapanya dan
menjemput mereka datang ke sekolah untuk berbincang kes klien.
Selepas perbincangan dan pemahaman yang lebih dalam tentang masalah
klien, Guru Kaunseling dapati walaupun klien berkecenderungan untuk
menunjukkan tingkah laku agressif, tetapi klien tidak memukul ahli
keluarganya malah sangat menyayangi dan melindungi ahli
keluarganya. Selepas perbincangan dengan ibu bapa, guru kaunseling
berpendapat bahawa klien mempunyai masalah pengurusan kemarahan.
Klien A meneruskan pelajarannya ke Tahun 6. Klien A masih tidak
suka orang lain menyatakan atau membincangkan tentang dia. Jika
berbuat demikian, klien akan berasa marah lalu melakukan tingkah
laku yang agressif. Sebab inilah rakan-rakan klien semakin menjauhi
dia. Walaupun klien menghadapi masalah kesukaran dalam pengurusan
kemarahan, tetapi dia seorang kanak, semua kanak perlu kawan untuk
bermain. Apabila klien rasa kebosanan, klien mula mencari rakan
untuk bermain. Sikap klien tersebut menyebabkan dia tidak digemari
oleh rakan. Apabila klien dapati rakan bersindir dia, dia pun mula
melakukan tingkah laku yang agresif terhadap rakannya. Masalah
klien semakin hari semakin serius. Pada suatu hari, klien melepas
geram dengan tanpa kawalan. Dia telah menjadi lebih agressif
sehingga tiada orang dapat mendekatinya. Guru Kaunseling cuba
mendekatinya dan cuba mengingatkan dia tentang perjanjian yang
mereka pernah buat, tetapi gagal akhirnya. Klien tidak dapat
berfikir secara rasional semasa kemarahan tercetus. Guru kaunseling
terpaksa meminta pertolongan tiga orang guru lelaki untuk cuba
memberhentikan perbuatan ganas klien. Selepas berjaya
memberhentikan tingkah laku yang agresif itu, Guru Kaunseling cuba
mententeramkan emosi klien. Guru kaunseling juga mengajar klien
menggunakan pernafasan untuk menenangkan fikiran. Selepas klien
menenangkan emosinya, barulah dia boleh berkomunikasi dengan biasa.
Perkara ini berulang berlaku walaupun susulan dijalankan. Guru
Kuanseling telah berbincang dengan ahli keluarga klien. Selepas
perbincangan, ahli keluarga klien bersetuju untuk merujuk masalah
klien kepada doktor kepakaran.
ii. Pilih salah satu teori kaunseling yang dipelajari, kaitkan
dan analisa faktor-faktor yang menyumbang kepada pemasalahan
klien.
Guru Kaunseling telah menyusulkan kes ini dengan menyatakan
punca-punca berlakunya. Punca peristiwa ini dijejaskan oleh dua
faktor utama, iaitu faktor kendiri dan faktor persekitaran.
Faktor pertama yang menjejas klien islah faktor kendiri. Faktor
kendiri seperti karakter klien dan respons klien kepada rangsangan
tingkah laku dan persekitaran telah menentukan sikap klien terhadap
rangsangan luar. Sikap klien sangat sensitif, maka dia sangat peka
terhadap tindakan orang lain terhadap diri sendiri. Jika dia
merasai orang lain sedang mengutuknya dan menjauhkan dia, dia akan
berasa sangat marah dan jika gagal mengawal emosi kemarahannya,
maka dia akan bertindak dengan agresif. Klien juga terjejas dengan
faktor persekitaran. Contoh faktor persekitaran datang daripada ibu
bapa, rakan sebaya dan media massa. Dalam perbincangan, saya dapati
klien sangat menyayangi dan melindungi ahli keluarganya. Jika
terdapat orang lain mengumpat tentang ahli keluarga, maka dia akan
kehilangan kesabaran dan bertindak ganas. Rakan sebaya juga
merupakan salah satu faktor yeng mengakibatkan kegagalan pengurusan
kemarahan klien. Interaksi antara klien dan murid akan merupakan
kunci utama. Hal ini kerana klien akan bertindak kasar terhadap
rakannya jika mereka menunjukkan sikap tidak bertolak ansur, tidak
menghormati dan mengurau terhadap klien. Faktor akhir ialah faktor
media massa. Pada zaman ini, television menjadi alat komunikasi
yang utama dalam kehidupan kita. Kita menerima maklumat terbaru
dari program television. Walaupun television memberi kita maklumat
terkini, tetapi unsur-unsur yang tidak sihat seperti keganasan juga
tersebar melalui program television yang tertentu terutamanya dari
wayang. Kanak-kanak tidak tahu membeza unsur-unsur yang positif dan
negatif. Jadi, kanak-kanak mungkin rasa menyelesaikan masalah
dengan keganasan adalah perbuatan seorang wira. Bagi kes ini,
mungkin klien terserap unsur keganasan semasa menonton
wayang-wayang dan ini menyebabkan dia cenderung terhadap penggunaan
keganasan untuk menyelesaikan masalahnya.Untuk menyelesai masalah
emosi klien, saya telah memilih Teori Terapi Tingkah Laku, atau
dikenali sebagai Behavioris. Behaviorisme melihat kecelaruan
psokologi sebagai akibat ketidakbolehan membuat pengubahsuaian
selepas pembelajaran. Behaviorisme mengandaikan bahawa semua
tingkah laku dipelajari dari persekitaran dan tanda-tanda yang
diperoleh adala melalui pelaziman klasik dan operan. Teori ini
dianggap sebagai kognitif kerana ia mengambil kira peristiwa yang
berkaitan dengan pemikiran dan perasaan. Kini, teori ini menjadi
asas kepada psikoterapi yang dikenali sebagai Cognitive-Behavioral
Therapy or CBT.Berdasarkan kepada teori yang dinyatakan di atas,
klien dipercayai telah mempelajari tingkah laku daripada sekitar
untuk bertindak kasar. Apabila klien berasa marah, klien hanya akan
dijejas oleh pemikirannya yang mendorong klien untuk bertindak
kasar. Sikap yang terbentuk akibat persekitarannya telah
mengannggukan dia untuk membuat keputusan semasa emosi kemarahan.
Saya tekah memilih teori ini untuk menangani kes ini sebab klien
selalu melakukan tingkah laku yang di luar dugaan semasa kegagalan
pengurusan kemarahannya. Jadi, tingkah laku yang positif ini
harusah diutamakan dan perlu dibentuk dalam karakter klien.
Mengikut teori kognitif tingkah laku, orang yang marah mempunyai
cara berfikir yang berbeza dari orang yang tidak marah. Klien
mungkin mengganggap bahawa marah merupakan cara yang menunjukkan
perasaannya. Klien juga mengganggap marah dan bertindak kasar
merupakan satu perlindungan bagi diri sendiri dan menjadikan diri
lebih hebat dan selamat. Tetapi, orang yang marah sering membuat
interpretasi yang salah dan negatif. Pemikiran ini telah
menjuruskan mereka untuk beranggapan bahawa sesuatu situasi itu
adalah lebih teruk daripada perkara yang sebenarnya. Selain itu,
interpretasi yang salah juga mungkin menyebabkan mereka melakukan
tindakan yang salah seperti gaduh.Selepas berbincang dengan klien,
saya dapati klien akan berasa kesal selepas bertindak kasar
terhadap rakannya, tetapi sampai masa dia berasa marah, dia tidak
dapat mengawal kemarahannya sehingga bertindak kasar. Klien akan
kehilangan kawal untuk memukul rakannya sehingga kemarahan dia
reda. Masalah ini telah menyebabkan klien sering pandang rendah
terhadap diri sendiri. Menurut ahli-ahli terapi, pemikiran dan
perasaan adalah sukar untuk diukur. Oleh itu, tumpuan seharusnya
ditumpukan kepada tingkah laku klien. Bandura telah menekankan
bahawa fokus ke atas rangsangan dan tindak balas adalah terlalu
mudah untuk menerangkan kerumitan pemikiran dan tingkah laku
manusia. Mereka juga percaya bahawa tingkah laku yang dysfunctional
adalah disebabkan oleh pemikiran yang dysfunctional dan pemikiran
dibentuk oleh kepercayaan individu. Merujuk ke atas, kita boleh
menyataka kepercayaan menentukan cara seorang individu bertindak.
Oleh itu, untuk membentuk kepercayaan yang positif dalam karakter
klien, klien boleh dipujuk untuk berfikir secara konstruktif dan
tidak berfikiran secara negatif. Bandura juga menyatakan peranan
kognisi ke atas pembelajaran. Proses kognisi akan terbentuk melalui
pemerhatian terhadap model-model tertentu. Selepas pemerhatian,
pemerhati boleh menggunakan simbol-simbol tertentu untuk mewakili
tingkah laku yang dilakukan oleh model. Pendapat Bandura ini
terkandung dalam konsep penentuan recipocal (recipocal
determinism). Bagi kes ini, klien telah menyatakan bahawa dia
ternampak guru merotankan murid-murid yang nakal apabila marah.
Jadi, dia tidak rasa salah untuk bertindak kasar. Tetapi selepas
analisa daripada Guru Kaunseling, klien telah memahami bahawa guru
merotan murid-murid yang nakal bertujuan untuk meneguh tingkah laku
yang tidak baik, bukanlah untuk melepaskan geram. Kesimpulannya,
klien yang mengalami kegagalan mengawal tingkah laku apabila marah
telah menunjukkan kecelaruan psikologi dia. Semasa klien berasa
marah, klien gagal membuat keputusan yang rasional untuk bertindak.
Dia hanya mahu bertindak ganas untuk melegakan kemarahannya. Jadi,
kecelaruan psikologi ini perlu bantuan guru untuk membimbing klien
menyelesaikan. Guru telah membuat beberapa senarai untuk menguji
perkara yang akan menyebabkan kemarahan klien dan menjadikan klien
bertindak ganas. Guru telah membuat rumusan tentang tingkah laku
dan kegagalan mengawal emosi adalah masalah klien yang perlu
ditangani dengan segara melalui bantuan kepakaran seperti doktor
psikologi. Jadi, berdasarkan kepada kenyataan di atas, saya
berpendapat bahawa terapi Tingkah laku ini adalah berguna dalam
mengubati kecelaruan dengan psikologi yang tidak terkawal
terutamanya seperti ketidakupayaan untuk mengawal kemarahan.
iii. Jika anda sebagai kaunselor yang mengurus kes tersebut,
bincangkan matlamat sesi dan beri justifikasi anda.
Jika saya sebagai kaunselor yang menguruskan kes ini, saya akan
mengadakan aktiviti berdialog dengan klien A. Matlamat aktiviti
berdialog ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Semasa
menjalankan dialog, saya akan memahami sebab klien A melakukan
perbuatan ganas tersebut. Selain itu, saya juga akan memberitahu
murid A terhadap tanggungjawab yang harus ditanggung terhadap
mangsa-mangsa yang dicederakan olehnya. Klien A bertindak ganas
sebab dia tidak sedar tentang tanggungjawabnya jikalau tercedera
orang lain. Bagi klien A, dia anggap jika melakukan sesuatu
perbuatan jahat, dia tidak perlu memikul sebarang tanggungjawab
sebab orang lain seperti ibu bapa dan guru-guru di sekolah akan
menolongnya untuk menguruskan hal tersebut. Sebaliknya jika klien A
sedar bahawa dia perlu menanggung kesalahan yang dibuat, maka dia
akan berfikir dahulu sebelum bertindak ganas. Apabila seseorang
klien melahirkan satu perasaan yang menyakitkan dirinya, maka dia
kelihatan akan cuba lari dari perasaan tersebut. Oleh itu,
kaunselor boleh menggalakkan kliennya untuk terus meneroka perasaan
yang menyakitinya supaya dapat terus merasai dan terus
mengalaminya. Dalam sesi ini, saya akan meminta klien A berani
untuk menghadapi masalah perasaan yang tidak diingini iaitu
kemarahan. Saya akan menjelaskan bahawa setiap orang memiliki
perasaan yang berbeza-beza dan tidak menjadi kesalahan jika
mempunyai perasaan marah, takut dan lain-lain lagi. jikalau klien
dapat menguruskan kemarahannya dengan baik, maka klien boleh
mempunyai kehidupan yang normal. Semasa proses klien merasa
kemarahannya, saya akan mewujudkan keadaan yang akan akan mencetus
kemarahan klien A. Saya akan membimbing klien mengurus emosinya
supaya dia boleh berfikir positif dan bertindak rational. Saya juga
akan memberitahu klien A jika dia gagal mengawal perasaan marahnya,
maka ia akan menghalang dia daripada mencapai kejayaan dalam
kehidupannya pada masa depan. Sekiranya murid A dapat menghadapi
perasaan marah dan dapat dikawal dengan baik, maka murid A dianggap
sebagai seorang yang sempurna dalam kehidupannya.Sebagai seorang
kaunselor, saya akan cuba mendekati klien A supaya dapat menjadi
kawan baik klien A. Mula-mulanya, saya akan mewujudkan perhubungan
yang mesra antara saya dengan klien. Kemudian, saya akan cuba
meminta klien A untuk mengatakan tentang masalah diri sendiri.
Sekiranya murid A sanggup berkongsi masalah dengan saya, saya akan
cuba menganalisasi masalahnya dengan klien untuk mendapat keyakinan
daripada klien. Kemudian, saya akan membimbing klien A untuk berani
menghadapi perasaan kemarahannya. Saya juga akan mengajar klien A
cara-cara yang betul dan berkesan untuk meluahkan perasaannya
seperti berbincang dengan guru kaunselor, menggongsi perasaan
dalaman dengan kawan baik, menenangkan hati dengan bernafas dalam
dan sebagainya. Saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati
klien A supaya tidak memendamkan perasaannya sepanjang masa sebab
sekiranya masalah dipendamkan dalam hati, kita akan terasa
ketidakselesaan dan lama kelamaan berkemungkinan besar akan
menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit sakit jiwa dan
penyakit mental. Selain itu, saya juga akan membimbing klien A
untuk memahami situasi orang lain dengan cara menukar peranan. Saya
akan mengarah klien A untuk menukar peranan dengan mangsa-mangsanya
yang tercedera sebab tindakan ganas klien. Melalui aktiviti tukar
peranan ini, klien A boleh memahami perasaan rakan-rakannya yang
dipukul oleh klien A. saya juga akan menyurug klien cuba merasa
kesakitan yang ditimpa oleh mangsa-mangsa pada bahagian badan yang
tercedera. Sekiranya murid A memahami perasaan tersebut, dia akan
insaf terhadap perbuatannya dan akan cuba memikir perasaan orang
lian sebelum bertindak ganas. Akhir sekali, saya akan meminta klien
A bersama-sama untuk membuat satu kontrak. Tujuan membuat kontrak
adalah untuk mendisiplinkan klien A supaya tidak menggulangi
tingkah laku yang ganas tersebut. Semasa menentukan syarat-syarat
kontrak, saya akan meminta pendapat klien A supaya syarat-syarat
yang dikuatkuasakan adalah adil dan tanpa paksaan. Selepas
penentuan syarat-syarat, saya akan menyenaraikan syarat-syarat
dalam kotrak dan disertai dengan dendaan yang akan dikenakan
jikalau klien A melanggar syarat-syarat tertentu. Kemudian, saya
akan menyediakan 2 set kontrak dan meminta klien A untuk
menandatangani di atas kontrak tersebut. 1 set kontrak akan diberi
kepada klien sebagai pengingatan, san 1 set lagi disimpan oleh saya
sebagai bukti. Malalui cara ini, saya bukan sahaja boleh
mendisiplinkan klien, tetapi juga dapat memupuk sifat
tanggungjawabnya. Sekiranya klien A melanggar mana-mana satu syarat
yang telah disenaraikan dalam kontrak, maka dia hendak menerima
dendaan seperti yang disertai bersama kontrak dan tidak boleh
melawannya. Dengan menggunakan cara ini, klien A akan berfikir
dahulu sebelum bertindak ganas.
4.0 PENUTUPPembangunan dan perkembangan yang sedang dialami oleh
Negara telah mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan
kepada masyarakat. Perkembangan dan kemajuan telah menimbulkan
pelbagai kesan sosiopsikologikal kepada masyarakat. Oleh itu,
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat
penting supaya dapat membantu kita dalam pengurusan kehidupan serta
mencari kesejahteraan dan keseimbangan dalam kehidupan.Pada zaman
terkini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan
dan diterapkan dalam sistem pendidikan Negara. Bimbingan dan
Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor
profesional. Proses menolong ini melibatkan interaksi
sekurang-kurangnya dua orang. Dalam terma kaunseling, orang yang
menolong digelar kaunselor dan orang yang ditolong digelar klien.
Kaunselor bertindak membantu klien meneroka aspek diri dan
kehidupannya yang menimbulkan masalah baginya. Menjadi seorang
kaunselor bukanlah satu kerja yang senang. Seorang kaunselor perlu
menguasai kemahiran-kemahiran yang tertentu dan tahu
mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang
sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai
digunakan, maka ia mengakibatkan kehilangan keyakinan dan
kepercayaan klien terhadap kaunselor.Selain menguasai
kemahiran-kemahiran, seorang kaunselor juga harus mempunyai
personaliti yang positif. Kaunselor perlu mempuyai personality yang
positif supaya klien boleh berasa mesra semasa proses bimbingan dan
kaunseling dijalankan. Contoh-contoh personaliti positif yang harus
dipegang oleh seorang kaunselor ialah mesra, jujur, prihatin,
berempati dan lain-lain lagi.Sebagai kesimpulannya, perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam
sekolah. Setiap guru haruslah menguasai kemahiran kaunseling yang
asas supaya guru boleh mengatasi masalah murid-murid sebelum
masalah tersebut berkembang besar.
13