RIS
KOD & NAMUS
KBC6024MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM UNTUK INDIVIDU
PINTAR
TAJUK TUGASAN Tugasan 2: RANCANGAN PROGRAM INTERVENSI
DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON
KALAI A/P THANGAVELUM2013200176701126543189
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.MADYA. DR.MD NASIR A/L MASRAN
TARIKH SERAH: 06 MEI 2015
ISI KANDUNGAN
BilIsi KandunganM/s
1.0PENGENALAN3
2.0TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER4
3.03.1KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDASKriteria
Pemilihan Responden(A) Kaedah Temubual(B) Kaedah Pemerhatian(C)
Ujian Pengesanan Kecerdasan Online(D) Kaedah Senarai Semak5-16
4.04.14.24.3PROGRAM INTERVENSIProgram Mentor-menteeAktiviti
Perkhemahan di SekolahProgram Kaunseling Kelompok17-19
5.0KESAN INTERVENSI TERHADAP RESPONDEN20
6.0KESIMPULAN21
7.0BIBLIOGRAFI22
LAMPIRAN23
1.0PENGENALAN
Pintar cerdas boleh dimaksudkan juga sebagai kanak-kanak yang
mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari pelbagai jenis
bidang. Antaranya adalah bidang kreativiti, intelektual, artistic,
kebolehan kepimpnan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni
yang mengkagumkan. Secara umumnya kanak-kanak pintar cerdas ini
mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Kebolehan dan
kelebihan mereka boleh dikenalpasti sejak awal lagi oleh ibu bapa,
saudara-mara atau kawan-kawan yang terdekat. Kanak kanak ini
mempunyai potensi dan dan bakat yang tinggi dalam pelbagai bidang
mengikut kecenderungan masing-masing. Kanak-kanak pintar cerdas
juga mempunyai keupayaan yang jauh beza dan ketara jika
dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dengn mereka dan dipercayai
kanka-kanak pintar cerdas ini dapat mengatasi kepintaran atau
kebolehan yang dimiliki oleh orang yang lebih dewasa daripadanya.
Kanak-kanak yang pintar cerdas ini juga sering dikaitkan dengan
seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi
iaitu berada pada taap IQ 130 dan ke atas.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermaksud
cekap, pandai,banyak bercakap, cerdik licin dan mahir dalam membuat
sesuatu pekerjaan. Manakala, pandai pula didefinisikan sebagai
sempurna akal. Selain itu, Persekutuan memberi maksud kanak-kanak
pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang dikenalpasti sercara
semulajadi kemampuan luar biasa danberkebolehan yang tinggi dalam
melakukan sesuatu. Kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan
yang berbeza. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai
kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasisegala cabaran
persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanford Binet (1916),
merupakan orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang
dikenali sebagai The Stanford -Binet Test telah memberikan definisi
pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami,
membuat pertimbangan serta penaakulan yang baik.
2.0TEORI KECERDASAN PELBAGAI: HOWARD GARDNER
Teori pelbagai kecerdasan telahdiperkenalkan oleh Howard Gardner
(1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat
dipertingkatkan sepanjang jangka hayat. Menurut Gardner, setiap
manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat
kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak biasa dan
istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa
kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa
dikategorikan mempunyai IQ rendah tidak semestinya anak-anak mereka
juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak
istimewa mendapati bahawa ada di antara murid-murid yang lemah daya
ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah
profesional.
Teori kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat releven
dengan pengesanan terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai
pelbagai kebolehan mengikut domain-domain tertentu. Menurut Gardner
dalam teorinya, perkembangan tidak sekata dari segi intelek adalah
salah satu ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar
cerdas menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza dalam perkembangan
mengikut domain. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan yang luar
biasa dalam satu domain dari kelapan-lapan domain yang dikemukakan,
maka di situ sudah jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar
cerdas dalam diri kanak-kanak tersebut.
Menurut Howard Gardner berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai,
terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu; kecerdasan logic-matematik,
kecerdasan bahasa / linguistic, kecerdasan muzik, kecerdasan
visual/spatial/ruang, kecerdasan kinestetik / sukan, kecerdasan
interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan akhir sekali kecerdasan
naturalis.
3.0KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Proses mengenalpasti individu pelajar pintar cerdas dan
kecenderungan spesifik mereka sebenarnya sesuatu perkara yang sukar
dan mencabar. Di sebabkan ada sesetengah bentuk prosedur ataupun
pendekatan yang digunakan tidak mebuat pengujian secara holistik ke
atas kriteria-kriteria yang sepatutnya, maka telah berlaku situasi
terlepas pandang ke atas segelintir pelajar yang sepatutnya
tergolong dalam kumpulan pelajar pintar cerdas. Bagi mengenalpasti
kecenderungan pelajar di dalam sesuatu bidang secara spesifik
Feldhusen ( 1999 ), mencadangkan kebolehan dan kepintaran individu
pelajar adalah menerusi akademik, seni, vokasional dan aktiviti
sosial. Antara beberapa set diagnostik pengenalpastian dan
pentasiran yang boleh digunakan adalah : Scale For Rating The
Behavioral Characteristics Of Superior Students oleh Renzulli
Terdapat 10 kemahiran yang dinilai di dalam set ini. Penilaiannya
merangkumi kecenderungan di dalam seni, muzik, drama, pembelajaran,
kepimpinan, motivasi, ketepatan di dalam komunikasi, kreativiti,
perancangan dan kebolehan ekspresi.
Academic Rating Scale Menilai keseluruhan kepintaran bagi
akademik, sebagai contoh kepintaran di dalam matapelajaran
matemati, sains, bahasa dan lain-lain matapelajaran
The Vocational Technical Rating Scale oleh Feldhusen Set ini
menilai kecenderungan pelajar di bidang agrikultur, perniagaan dan
aktiviti interpersonal
d ) Gardner,s Multiple Intelligence Framework e ) Multiple
Intelligence Assesment Technique oleh Udall dan Passe
3.1Kriteria Pemilihan Responden
(A) Kaedah Temu Bual
Saya telah melakukan kaedah temubual dengan ibu bapa serta guru
responden bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan
responden. Temu bual merupakan salah satu akedah yang mudah untuk
mendapatkan maklumat tentang responden secara santai. Ibu responden
Pn. Kavita telah memberitahu segala aspek yang saya kehendaki
tentang responden yang saya kaji. Di samping itu, ibu bapa
responden telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang saya
menjalankan temu bual ini. Melalui kaedah temubual bersama ibu dan
bapa responden saya dapat klasifikasikan kelebihan dan minat
responden.
Saya juga telah menemubual guru serta jurulatih responden.
Melalui temu bual bersama guru dan jurulatih responden saya dapat
mengukuhkan lagi pendapat saya tentang minat dan kecenderungan
responden terhadap kelebihan yang dimilikinya. Selain itu, melalui
temu bual yang saya laksanakan saya dapat mengetahui sedikit
sebanyak tentang tingkah laku positif dan tingkah laku negative
yang terdapat pada diri pelajar. Hal ini dapat membantu saya untuk
merancang program intevensi untuk responden.
Melalui temubual ini saya mendapati responden lebih cenderung
dan minat pada permainan bola sepak serta selalu menunjukkan minat
yang tidak terhingga pada permainan yang melibatkan aktiviti
fizikal. Hal ini demikian kerana responden memang cemerlang dan
bagus dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama, responden turut
mendapat pencapaian yang amat baik dalam setiap pertandingan bola
sepak yang disertainya. Hal ini amat membanggakan pihak sekolah
serta ibu bapa responden.
Berikut merupakan temubual bersama ibu bapa responden:-
Soalan:Bilakah anda mendapati Viswa (responden) mempunyai
kelebihan?
Jawapan:Kami tidak pernah perasaan kelebihan yang ada pada
dirinya sehingga Viswa melibatkan diri secara aktif dalam aktivti
sukan yang melibatkan bola sepak.
UlasanKanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan pencapaian yang
luar biasa pada domain yang dikuasai olehnya. Pencapaian responden
dalam bidang yang diceburi menarik perhatian kedua ibu bapanya dan
menyedarkan mereka bahawa minat yang ada pada permainan bola sepak
bukan minat semata-mata.
Soalan:Adakah Viswa aktif sejak kecil lagi?
Jawapan:Ya, Viswa memang sangat aktif berbanding dengan abang
dan kakak-kakaknya. Semasa dia masih bayi dia tidak merangkak
tetapi terus berjalan. Viswa juga didapati mula bercakap serta
berkomunikasi pada usia yang muda.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas dapat menunjukkan perbezaan
yang ketara diantara adik beradiknya pada usia yang muda. Responden
didapati berjalan terlebih dahulu sebelum merangkak. Kebolehan
berkomunikasi pada usia yang muda berbanding adik-beradiknya juga
merupakan salah satu ciri kanak-kanak pintar cerdas.
Soalan:Bagaimanakah tingkah laku Viswa di rumah?
Jawapan:Viswa merupakan seorang anak yang baik dan menurut kata.
Viswa pandai menjaga adik kecilnya bila tiada orang dalam rumah.
Dia berfikiran matang berbanding usianya dan mampu melaksanakan
tanggungjawab yang diberi.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas dapat berfikir secara matang
pada usia yang muda. Responden didapati mempunyai pemikiran yang
matang dan dapat menerima arahan dari orang yang lebih dewasa
dengan sikap yang terbuka.
Soalan:Apakah tingkah laku Viswa yang kurang digemari oleh
anda?
Jawapan:Viswa merupakan seorang yang suka menyampuk perbualan
orang dewasa. Dia sangat kurang bergaul dengan rakan-rakan atau
adik beradik yang hampir sama usia dengannya. Selain itu, Viswa
juga di lihat sebagai seorang yang obsess dengan permainan bola
sepak. Jika juru latihnya mengajar sesuatu kemahiran pergerakan
yang baru, dia akan berlatih bersungguh-sungguh sehingga dia
mendapat menguasai kemahiran baru yang dipelajari sampaikan lupa
untuk makan dan minum .
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas kurang bersosialisasi dengan
rakan-rakan sebayanya dan selalu mengambil bahagian dalam perbualan
orang yang lebih dewasa. Hal ini demikian pemikiran matang dalam
diri kanak-kanak pintar cerdas menyebabkan mereka merasakan
perbualan rakan-rakan sebaya adalah remeh dan tidak bermakna. Viswa
didapati menyertai perbualan ibu bapanya berbanding komunikasi
antara rakan sebayanya. Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas juga
merupakan individu yang mementingkan kesempurnaan. Hal ini dapat
dilihat pada responden yang dikatakan sangat obsess pada kemahiran
baru yang dipelajari sehingga lupa untuk makan dan minum supaya
dapat menguasai kemahiran baru yang dipelajari dengan baik.
Soalan:Adakah Viswa mempunyai sifat ingin tahu yang sangat
tinggi?
Jawapan:Ya, Viswa mempunyai sifat ingin tahu tetapi ianya adalah
bergantung pada topic yang dibincangkan. Jika ianya tidak menarik
minat, contohnya kalau membincangkan tentang ekonomi Negara, dia
tidak akan ambil kisah. Tetapi kalau ianya ada kaitan tentang
dirinya, contohnya, sekolah atau perlawanan bola sepak yang
terkini, dia akan berusaha untuk mengetahui semua perkara yang
berkaitan dengannya.
UlasanKanak-kanak pintar cerdas mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi. Ini menyebabkan mereka sentiasa berfikir berkaitan
pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab-musabab
kejadian sesuatu perkara.
Berikut merupakan temubual bersama guru dan jurulatih
responden:
Soalan:Bagaimanakah tingkah laku responden dalam kelas?
Jawapan:Merupakan murid yang baik mendengar kata. Tetapi mudah
bosan dengan arahan yang mudah dan berulang. Menghabiskan kerja
dengan awal dan mengacau rakannya yang belum menghabiskan tugasan
yang diberi.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas mudah jemu dengan arahan yang
mudah dan berulang. Mereka menganggap arahan yang diberi adalah
amat remeh kerana kanak-kanak pintar cerdas mengemari arahan yang
kompleks dan mencabar minda. Arahan yang mudah menyebabkan mereka
menghabiskan kerja dengan awal dan mengacau rakannya. Responden
juga didapati seorang yang sering jemu dengan arahan yang
mudah.
Soalan:Bagaimanakan pencapaian akademik responden?
Jawapan:Responden didapati mengekalkan peratus markah yang
konsisten sejak dari Darjah 4. Responden memerlukan masa untuk
memahami soalan / kerja baru yang diberikan oleh guru, tetapi
apabila responden menguasainya, didapati dia menghabiskan kerja
yang diberikan dengan awal, Responden menghadapi masalah dalam
mengingat teori dalam Sains dan matapelajaran Penulisan. Responden
sering mendapat markah yang sederhana dalam kedua-dua matapelajaran
tersebut. Responden kini berada dalam golongan pelajar yang
berpencapaian sederhana atas.
UlasanKanak-kanak pintar cerdas mampu memahami isi pelajaran
dalam masa yang singkat. responden didapati menyelesaikan latihan
yang diberikan oleh guru. Walaupun pada beberapa minit yang pertama
responden menggunakan masa untuk memahami soalan yang diberikan
oleh guru, tetapi apabila memahami soalan tersebut, responden dapat
menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan cepat. Hal ini
mungkin kerana ayah responden prihatin dengan pencapaian
akademik.
Soalan:Adakah murid menunjukkan sifat kepimpinan semasa berada
didalam sekolah?
Jawapan:Responden memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang
bertanggungjawab. Sebab itu responden di pilih sebagai Ketua
pengawas perpustakaan. Responden dapat mengawal keadaan didalam
perpustakaan dengan seorang diri tanpa kehadiran guru. Selain itu,
semasa latihan bola sepak dijalankan, didapati responden dapat
mengetuai kumpulan bola sepak untuk bermain dengan displin.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya
kepimpinan yang tinggi dalam diri mereka. Kanak-kanak pintar cerdas
juga dikatakan bersikap lebip superior dan dominan di dalam
kumpulan. Hal ini dapat dilihat pada tingkah laku responden yang
boleh mengawal kumpulan bola sepak serta keadaan dalam perpustakaan
tanpa bimbingan orang yang lebih dewasa.
Soalan:Apakah tingkah laku yang kurang digemari pada diri
responden?
Jawapan:Responden selalu menganggap dirinya tidak tergolong
dalam golongan kanak-kanak / seusia dengannya. Ini kerana responden
selalu merasakan dirinya cukup hebat dan boleh menyertai perlawanan
pelajar senior. Selain itu, responden juga didapati kurang
bersosialisasi dengan rakan sebaya dan sering masuk campur dalam
perbualan orang dewasa.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran berfikir
yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua.
Kelebihan ini membolehkan kanak-kanak pintar cerdas menyesuaikan
diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Hal ini
juga boleh dikaitan dengan diri responden dimana responden lebih
meminati perbualan orang yang lebih tua berbandin dengan perbualan
golongan kanak-kanak yang seusia dengannya
Soalan:Bagaimanakan pencapaian ko-kurikulum responden setakat
ini.
Jawapan:Responden merupakan murid harapan sekolah ini dari segi
kokurikulum. Responden juga merupakan tokoh kourikulum sejak dua
tahun berturut-turut. Responden mempunyai kecerdasan fizikal yang
luar biasa berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Responden dapat
mengimbangi koordinasi setiap tubuh badan dengan cekap. Setiap
perkara ini dapat diperhatikan pada murid ini semasa murid bermain
bola sepak. Selain itu, pencapaian responden juga menjelaskan
bahawa murid ini dapat mengunakan koordinasi dan keseimbangan badan
secara lebih mahir berbanding murid-murid yang sebaya dengannya.
Responden merupakan murid yang sangat aktif dalam aktiviti
kokurikulum didalam dan diluar sekolah.
Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan
kinestatik mempunyai kapasiti untuk mengendali objek dengan mahir.
Hal ini kerana kecerdasan yang terdapat dalam dirinya mampu
meliputi kemampuan fizikal dirinya seperti koordinasi, kesimbangan,
ketrampilan, kekuatan dan kelenturan, kecepatan serta kemampuan
untuk menerima rangsangan. Hal ini dapat dilihat pada responden
setiap kali responden bermain , bertanding atau berlatih permainan
bola sepak.
(B)Kaedah Pemerhatian
Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian secara jarak
dekat iaitu responden berhadapan dengan saya sendiri ketika saya
menemubual ibu bapanya. Dalam masa yang sama saya mendapati
responden petah bercakap ketika saya ajukan soalan kepada ibunya
dan responden sendiri. Saya tidak kekok untuk bertanyakan lebih
banyak soalan yang peribadi kepada responden. Di samping itu, saya
mendapat tindak balas yang positif bagi mendapatkan segala maklumat
mengenai responden melalui dirinya. Responden didapati beria-ia
meminta saya berjumpa dengan ibunya untuk menemubual. Ibu bapa
responden amat baik dan bersikap terbuka terhadap temu bual yang
telah saya jalankan. Hal ini dapat diketahui melalui cara layanan
mereka terhadap saya serta jawapan yang positif yang saya terima.
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap responden saya
mendapati responden merupakan seorang yang aktif dan pandai menjaga
adik. Saya juga mendapati responden seorang yang tidak kalah
bercakap tetapi juga menurut kata ibu ayahnya. Responden juga
didapati amat meminati bola sepak dan dapat menceritakan tentang
perlawanan bola sepak dari awal hingga akhir secara terperinci.
Saya juga mendapati responden mengetahui tentang acara-acara serta
agenda terkini tentang bola sepak.
Selain itu saya juga telah menjalankan pemerhatian jarak jauh
terhadap responden semasa responden berada di dalam sekolah dan
menjalani latihan bola sepak. Melalui pemerhatian ini, saya
mendapati responden mempunyai ciri-ciri kepimimpinan yang tinggi.
Tidak dapat dinafikan yang beliau memang boleh mengetuai pasukan
bola sepak sekolahnya. Melalui pemerhatian saya mendapati beliau
dapat memberi arahan yang jelas serta terperinci pada rakan-rakan
sekumpulannya untuk bermain bola sepak dengan baik. Selain itu saya
mendapati responden juga tidak lokek ilmu dan sanggup mengajar
rakannya untuk bermain dengan baik. Selain daripada pemerhatian
yang saya lakukan di padang sekolah saya juga melakukan pemerhatian
dalam kelas dan saya mendapati responden memang seorang yang
mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Akan tetapi saya juga
mendapati bahawa responden cuba sedaya upaya untuk menghabiskan
tugasan yang diberikan oleh guru.( C ) Ujian Pengesanan Kecerdasan
Online
Ujian merupakan satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk
membuat perancangan yang lebih berkesan. Ujian juga dilakukakan
untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. Ujian pengesanan
didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang
dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian
atau senarai semak ke atas kanak-kanak. Dalam menjalankan ujian
pengesanan ini tiada latihan khas yang dijalankan ke atas
kanakkanak. Maklumat hasil dari ujian ini juga bertujuan membantu
ibubapa menjalankan ujian ke atas kanakkanak seterusnya bagi
merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti
yang boleh meningkatkan keupayaan kanakkanak tersebut.
Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal
pasti kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika
kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran
kognitifnya yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal
yang lain. Pelaksanaan ujian pengesanan bukan perkara yang dianggap
mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang
membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian
pengesanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara
bagi mengumpul maklumat berkaitan kanak-kanak.
Saya telah melaksanakan ujian pengesanan kecerdasan secara
online terhadap responden. Saya telah memilih ujian pengesanan
secara talian kerana keputusan ujian tersebut dapat diterima dalam
jangka masa yang sangat cepat dan analisa dilakukan secara
automatic. Ujian ini diperolehi daripada laman web
http://www.edutopia.org/multiple-intelligences-assessment Melalui
ujian pengesanan ini saya dapat mengetahui domain yang dikuasai
oleh responden. Melalui ujian yang telah saya laksanakan terhadap
responden saya juga dapat mengukuhkan pendapat saya tentang
kelebihan yang ada pada responden. Berikut merupakan keputusan
analisis bagi ujian pengesanan kecerdasan yang telah diambil oleh
responden:
Berdasarkan keputusan ujian pengesanan kecerdasan, didapati
responden lebih cenderung kepada Bodily-Kinesthetic, hal ini dapat
diketahui melalui markah yang diperolehi pada domain tersebut
adalah lebih banyank berbanding domain-domain yang lain. Domain
kinestetik merupakan kecerdasan kinestetik dalam mengawal
pergerakan badan dan kapasiti seseorang dalam mengendalikan objek
dengan mahir. Orang-orang yang cenderung dalam domain ini didapati
mempunyai ketrampilan yang luar biasa dalam mengendalikan aktiviti
yang melibatkan pergerakan otot. Hal ini dapat dilihat pada
responden, di mana responden merupakan seorang pemain bola sepak
yang hebat. Responden juga didapati mempunyai keseibangan dan tahap
kelenturan badan yang luar biasa. Melalui kecekapan responden dalam
mengendalikan bola semasa perlawanan responden selalu meraih pngat
dalam setiap pertandingan yang disertai olehnya.
Responden mendapat markah yang sangat kurang dalam domain
Interpersonal. Kecerdasan interpersonal merupakan domain yang
menekankan pergaulan social di antara diri sendiri dan orang lain,
mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang
menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Orang yang tidak menguasai domain ini merupakan oang yang kurang
bersosial. Melalui temubual saya mendapati responden merupakan
seorang yang kurang bersosial dengan rakan sebayanya. Hal ini
dibuktikan lagi melalui ujian pengesanan kecerdasan yang telah
dilakukan teradap responden.Responden juga didapati mendapat markah
yang sederhana dalam domain Linguistics. Kecerdasan linguistik
merupakan domain yang mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau
bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi dapat
memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka
berkemampuan berbahasa dengan menggunakan kata secara efektif, baik
lisan dan bertulis Individu yang mempunyai kecerdasan ini sensitif
terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
Responden di lihat memperoleh markah yang sederhana dalam domain
ini. Hal ini dapat dibuktikan bahawa responden memang menguasai
linguistic secara sederhana melalui temu bual yang telah dijalankan
dengan guru responden. Menurut guru responden, responden memang
memperoleh markah yang sederhana dalam matapelajaran Penulisan.
Responden didapati tidak pandai bermain kata-kata dalam Penulisan.
Walaupun demikian responden didapati mendapat peratusan markah yang
baik dalan matapelajaran Pemahaman serta Bahasa Inggeris. Hal ini
mungkin kerana responden mendapati Bahasa Inggeris lebih mudah
difahami kerana bahasa kedua yang digunakan dalam rumah responden
merupakan Bahasa Inggeris.
( D )Senarai Semak
Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang
boleh digunakan untuk mengesan damain kecerdasan yang terdapat pada
pelajar. Saya telah menggunakan senarai semak Multiple Intelligence
Checklist for Students daripada kanselor sekolah saya. Melalui
senarai semak ini saya dapat mengesan kecerdasan yang terdapat pada
individu. Saya telah menggunkan senarai semak ini terhadap
responden untuk mengukuhkan lagi bahawa responden memang cenderung
terhadap kecerdasan kinestetik.
Senarai semak yang saya perolehi terbahagi kepada beberapa
bahagian kecil. Setiap bahagian dalam senarai semak tersebut
menguji setiap kecerdasan yang terdapat pada murid. Struktur ini
akan membantu saya untuk mentadbir pengesanan dengan lebih memahami
responden berdasarkan kebolehan mereka. Menurut kaunselor sekolah,
senarai semak yang saya perolehi sesuai digunakan untuk kanak-kanak
berusia dari 4 hingga 18 tahun. Senarai semak yang dihasilkan untuk
menguji kecerdasan pelbagai adalah amat spesifik dan mudah
difahami. Responden juga boleh mengira markahnya sendiri dan
mengetahui keputusan tentang domain yang dikuasai olehnya pada
setelah selesai menjawab senarai semak tersebut. Melalui senarai
semak ini saya mendapati responden mendapat hasil keputusan yang
sama seperti ujian pengesanan kecerdasan yang telah responden
lakukan. Keputusan senarai semak ini menunjukkan responden
cendurung kearah domain kinestetik. Iaitu kecerdasan kinestetik
yang melibatkan pergerakan fizikal. Melalui instrument-instrumen
yang digunakan iaitu; ujian, temubual, pemerhatian serta senarai
semak, dapat diketahui bahawa responden memang seorang individu
pintar cerdas yang cenderung kearah domain kinestetik.
4.0PROGRAM INTERVENSI
Berdasarkan instrument yang teah digunakan pada responden
didapati, responden merupakan seorang individu yang kurang
bersosialisasi dengan rakan sebaya. Walaupun responden merupakan
ketua pasukan bola sepak sekolah tetapi responden hanya
berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya atas alasan
perlawanan bola sepak dan hanyalah perbualan yang professional dan
tidak ramah. Selain itu didapati responden menganggap dirinya
sebagai seorang yang superior dan ianya merupakan salah satu factor
dimana responden kurang bergaul dengan rakan sebayanya. Hal ini
dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden yang sering
menganggap dirinya layak untuk menyertai perlawanan bola sepak
dalam golongan dewasa dan permainan bola sepak antara
rakan-rakannya dianggap sebagai terlalu mudah dan tidak
mencabar.
Oleh itu, saya bercadang untuk memperkembangan kemahiran social
diantara responden dan rakan-rakan responden. Saya telah berbincang
dengan kauselor sekolah responden dan melalui perbincangan yang
dilakukan saya telah melaksanakan beberapa program intervensi untuk
responden. Antara program intervensi yang dicadangkan adalah,
program mentor-mentee, program kaunseling kelompok dan aktiviti
perkhemahan di sekolah. Melalui program program ini diharapkan
responden dapat bergaul dengan ramah serta mengembangkan kecerdasan
interpersonal pada dirinya.
Program-program ini di rancang dengan teliti bersama kaunselor
sekolah agar resoponden dapat mencapai objektifnya. Selain itu,
program intervensi ini juga dirancang agar ianya tidak menganggu
domain kecerdasan yang lain dan dirancang sepenuhnya untuk
mengembangkan domain kecerdasan interpersonal responden.
Program-program ini terdiri daripada objektif jangka masa pendek
dan objektif jangka masa yang panjang. Melalui program intervensi
yang dijalankan responden dapat membaiki dirinya dan diharapkan
mempunyai keinsafan dalam dirinya untuk bergaul dengan rakan sebaya
dan tidak menganggap dirinya terlalu hebat.4.1Program Mentor Mentee
Program Mentor mentee merupakan kaedah yang paling sesuai dilakukan
terhadap responden. Hal ini demikian kerana kanak kanak atau
pelajar pintar yang selalu memerlukan sokongan serta dorongan
daripada orang yang mereka sukai. Selain itu, mereka boleh
berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa sahaja
dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka
menjalani kehidupan dengan lebih baik. Menurut Albert Bandura dalam
teori pembelajaran social, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak
belajar melalui pengamatan selektif terhadap tingkah laku orang
lain. Melalui program ini responden dapat mendapatkan contoh serta
inspirasi dari guru yang digemarinya untuk bergaul dan
bersosialisasi dengan rakan sebaya. Hal ini kerana kanak-kanak
mengikut perbuatan orang yang digemarinya.
4.2Aktiviti Perkhemahan di Sekolah
Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada responden supaya dapat
mengatasi masalah kekurangan kawan dan masalah kurang
bersosialisasi. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai
kawan rapat (chumship) yang mana perhubungan ini membantu
kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpendapat,
mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat
sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan
kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan
sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Aktiviti perkhemahan ini
memerlukan responden bekerja secara berkumpulan dalam melakukan
pelbagai aktiviti seperti semasa aktiviti memasang khemah, memasak,
kawad kaki, ice breaking dan sebagainya. Aktiviti aktiviti seperti
ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan ikatan
persahabtan diantara rakan-rakan sebaya dan responden, sama ada
rakan-rakan sebaya responden mempunyai minat yang sama ataupun
berlainan minat.
4.3Program Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok merupakan sesi kaunseling yang terdiri
daripada lima hingga lapan individu dalam satu kumpulan. Ianya
dibimbing oleh kaunselor yang akhirnya menjadi pemerhati sahaja
dalam sesi kaunseling tersebut. Melalui sesi kaunseling ini
responden dapat bertemu secara konsisten dengan rakan-rakan sebaya
untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Melalui
kauseling kelompok responden juga dapat memupuk perasaan pecaya
mempercayai serta saling hormat menghormati terhadap rakan sebaya
dan dirinya. Kaunseling kelompok juga dipercayai membuka jalan
kepada responden untuk mengubah sikapnya yang introvert kepada
seseorang yang lebih berfikiran terbuka dan pandai
bersosialisasi.
Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu
pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi
individu yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program
pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di
antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan
suasana yang lebih seronok di sekolah. Kaunseling berkumpulan ini
mampu dipercayai dapat menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan
belajar untuk mengurangkan perasaan jual mahal atau tarik diri
dalam diri responden. Melalui kaunseling kelompok ini dipercayai
dapat memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri
responden.
5.0KESAN PROGRAM INTERVENSI
Melalui program intervensi yang dijalankan dalam jangka masa
yang terdekat ini, iaitu program mentor-mentee ( 3 sesi ) dan
program kaunseling berkelompok ( 2 sesi ), didapati responden mula
bergaul dengan ramah dengan rakan sebayanya. Hal ini dapat
diperhatikan melalu tingak laku responden yang mula bertegur sapa
di luar bilik darjah dengan rakan-rakan yang menyertai kauseling
kelompok dengannya. Selain itu, saya juga mendapati responden mula
mesra dengan rakan-rakan sebayanya dan berkongsi minat iaitu bola
sepak. Hal ini dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden
yang mula mengajar kemahiran yang dipelajarinya dengan rakan-rakan
sebayanya yang bukan berada dalam pasukan bola sepak sekolah.
Saya juga telah menemubual semula juru latih responden serta ibu
bapa responden. Menurut juru latih responden, didapati responden
kini kurang bersikap superior dan mula bergaul rapat dengan rakan
sepasukannya. Walaubagaimanapun keinginan untuk menyertai pasukan
bola sepak yang terdiri daripada golongan dewasa masih ada pada
diri responden. Selain itu, menurut ibu responden, didapati
responden kini mula bergaul rapat dan memahami perasaan adik
beradiknya dan didapati prihatin terhadap perasaan adik beradiknya.
Walaupun begitu sikap menyampuk perbualan orang dewasa masih ada
pada diri responden. Melalui intervensi yang dilaksanakan
diharapkan responden dapat mengubah tingkah laku serta sikapnya ke
arah lebih baik.
6.0KESIMPULAN
Kesimpulannya, kanak-kanak pintar cerdas merupakan salah satu
golongan atau kelompok yang mempunyai kelebihan yang tidak ternilai
di dunia. Mereka mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang bidang
tertentu sama ada muzik, tarian mahupun, matapelajaran yang khusus.
Kanak-kanak ini mempunyai sifat yang boleh dikatakan berlainan
iaitu seperti mempunyai penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara,
mempunyai ciri kepimpinan, mempunyai matlamat yang tinggi serta
boleh mengingati nama, tempat dan nombor dengan baik.
Walaubagaimanapun, kecerdasan yang dimiliki meraka haruslah
dikekalkan atau ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada masa
akan datang. Sekiranya, meraka mengalami kegagalan, maka kelebihan
mereka adalah sia- sia sahaja. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah
berusaha dan berganding bahu untuk membaiki kesilapan dan membantu
meningkatkan kelebihan yang dimilki mereka supaya mereka boleh
menerajui masa depan negara dengan cemerlang.
Pelajar pintar cerdas merupakan aset yang bernilai bagi sesebuah
negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi
memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang
besar kepada Negara dan masyarakat. Sekiranya penekanan sebegini
tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar
cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru
yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat
berasajemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar.
Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya
pembelajaran mereka perlu difahami olehguru bagi merancang strategi
pengjaran yang sesuai.
7.0BIBLIOGRAFI
Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam
mengenalpasti kanakkanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc.
Sci Hum 2(1): 63-68. Abdul Rahim M. Ali. (1991). Personaliti dan
Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid-Murid Sekolah Rendah
Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti
pelajar pintar dan hubungannya dengan pencapaian akademik.
Prosiding konferensi kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc.),
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan
pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian
akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di
kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Pulau Pinang. Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti
tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal Kebajikan, 16(2), 87112,
Disember 1994. Ng Seng Fa. (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas
dan Masalah Mereka. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terman,
Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical
traits of a thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA:
Standford University Press
LAMPIRANA Multiple Intelligences ChecklistMichael Berman is a
leading authority on Multiple Intelligences and English Language
Teaching. Michael believes that our intelligences can be developed
and are not fixed. Michael also believes that we can all improve
our learning if we (and our teachers!) know how we learn. The
checklist which follows is taken from Michaels book A Multiple
Intelligences Road To An ELT Classroom and is based in ideas
developed by Howard Gardner, the educational psychologist. Use the
checklist to find about more about how you learn best. At the end
of the questionnaire you will find some ideas about how to learn
based on your Multiple Intelligences profile.The following Multiple
Intelligences Checklist for EFL students is adapted from an article
by Mary Ann Christison published in the MEXTESOL (Mexican branch of
the American Teachers Of English To Speakers Of Other Languages)
Journal. When the original article was published, only seven
intelligence types had been identified. More recently, the
naturalist intelligence has been added to the list and the
checklist has been rewritten to take this into account. Rank each
statement 0, 1, or 2. Write 0 if you disagree with the statement
and write 2 if you strongly agree. Write 1 if you are somewhere in
between. Then calculate your score for each intelligence
type.Interpersonal Intelligencea. ___Im often the leader in
activitiesb. ___I enjoy talking to my friendsc. ___I often help my
friendsd. ___My friends often talk to me about their problemse.
___Ive got a lot of friendsf. ___Im a member of several clubs
___TOTAL FOR INTERPERSONAL INTELLIGENCE
Intrapersonal Intelligencea. ___I go to the cinema aloneb. ___I
go to the library alone to studyc. ___I can tell you some things Im
good at doingd. ___I like to spend time alonee. ___My friends find
some of my actions strange sometimesf. ___I learn from my
mistakes
___TOTAL FOR INTRAPERSONAL INTELLIGENCELogical - Mathematical
Intelligencea. ___I often do calculations in my headb. ___I like to
put things into categoriesc. ___I'm good at chess and/or draughtsd.
___I like to play number gamese. ___I love to play around with
Computersf. ___I ask lots of questions about how things work
___TOTAL FOR LOGICO-MATHEMATICAL INTELLIGENCE
Linguistic Intelligencea. ___I like to read books, magazines and
newspapersb. ___I consider myself a good readerc. ___I like to tell
jokes and Storiesd. ___I can remember people's names easilye. ___I
like to recite tongue twistersf. ___I have a good vocabulary in my
native language
___TOTAL FOR LINGUISTIC INTELLIGENCE
Bodily - Kinaesthetic Intelligencea. ___It's hard for me to sit
quietly for a long timeb. ___It's easy for me to copy exactly what
other people doc. ___I'm good at sewing, woodwork, building or
mechanicsd. ___I'm good at Sportse. ___I enjoy working with my
hands - working with clay or model making, for examplef. ___I enjoy
physical exercise
___TOTAL FOR BODILY-KINAESTHETIC INTELLIGENCE
Spatial Intelligencea. ___I can read maps easilyb. ___I enjoy
art activitiesc. ___I can draw welld. ___Videos and slides really
help me to learn new Informatione. ___I love books with picturesf.
___I enjoy putting puzzles together
___TOTAL FOR SPATIAL INTELLIGENCEMusical Intelligence
a. ___I can hum the tunes to lots of songsb. ___Im a good
singerc. ___I play a musical instrument or sing in a choird. ___I
can tell when music sounds off-keye. ___I often tap rhythmically on
the table or deskf. ___I often sing songs
___TOTAL FOR MUSICAL INTELLIGENCE
Naturalist Intelligence
a. ___I spend a lot of time outdoorsb. ___I enjoy listening to
the sounds created in the natural worldbirdsong, for examplec. ___I
can identify plant life and animal speciesd. ___I can distinguish
between poisonous and non-poisonous snakes and/or between poisonous
and edible mushroomse. ___I enjoy observing plants and/or
collecting rocksf. ___Ive got green fingers - I keep pot plants at
home and have an interest in gardening, for example
___TOTAL FOR NATURALIST INTELLIGENCE
NOW READ ON TO FIND OUT HOW YOU CAN USE YOUR SCORES TO DEVELOP
AS A LEARNER.
According to Gardner, your intelligences profile is not fixed,
which means that you can develop both your stronger and weaker
areas. Knowing your multiple intelligences profile can also help
you because you can identify the kinds of learning activities which
can help you to learn well.
Interpersonal IntelligenceIf you scored highly in this area, you
probably enjoy working with other people and have a good
understanding of how other people are feeling. In class you
probably enjoy working in pairs and groups more than working on
your own. When learning vocabulary, you will probably benefit from
studying with a friend.
Intrapersonal IntelligenceIf you scored highly in this area, you
probably have a very strong sense of self-awareness and enjoy
working on your own. In English lessons, your teacher might ask you
to work with other students at times you might want to ask
(politely!) if you can work alone by saying I work better when I
study alone, if that s OK! Writing a private diary in English, may
be a good way of developing your writing skills.
Logical-Mathematical IntelligenceIf you scored highly in this
area, you probably have a very logical mind which analyses
processes in steps. You like clear, logical grammatical
explanations: sometimes we just have to accept that language
learning isnt always logical. To understand grammar, (word order
for questions for example), it might help if you analyse how
sometimes we add new words (ie do/does/did) to make a question and
how on other occasions we change the words order (with the verb to
be).
Linguistic IntelligenceIf you scored highly in this area, you
probably love words and learning languages. This is obviously very
helpful if you are learning English, but dont worry if your score
in this area is not your best. Many good speakers of English dont
have highly developed linguistic intelligence and your Anglolang
teacher will help you find other ways to make learning enjoyable!
You may find comparing your language with English an interesting
and useful activity to help you learn.
Bodily-Kinaesthetic IntelligenceIf you scored highly in this
area, you probably use your body to express your emotions and you
might find sitting still in the same seat quite difficult. If you
scored highly in this area, you might want to improve your
vocabulary by working with cut-up slips of paper which you move
around to create word partnerships (collocations). You may also
find that your learning improves if you try to move at the same
time; you could try learning word stress by making a small jump for
an unstressed syllable and a big jump for a stressed syllable.
Spatial IntelligenceIf you scored highly in this area, you
probably have good spatial and visual awareness. You may find chess
or parking your car in a small parking place easy when others find
this really difficult. When you are learning vocabulary, you could
try drawing a picture of the word you are learning. Using different
colour ink (blue, red, black and green pens for example) will make
your notes much more colourful and memorable.
Musical IntelligenceIf you scored highly in this area, listening
to and even playing music are probably important in your life. Try
listening to music when you are studying (some people recommend
Mozart) and listen to songs in English as a way of accessing the
language. You may even want to write your own memorable tune (a
jingle) to help you remember some difficult language.
Naturalist Intelligence If you scored highly in this area, you
probably enjoy being outside and nature in general. You are
probably also good at classifying and categorising things into
groups so when you are learning vocabulary, think of ways of
grouping new words in ways which make sense to you.
1 | Page