TUGASAN 1: PENDEKATAN INDUKTIFPPG
SEMESTER KHAS 2012/2013
1.0 PENGENALANDi dalam konteks pendidikan, konsep kaedah
bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Guru
perlu mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru
tersebut akan dapat memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai,
tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara efektif. Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson,
Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab/contoh dan
bergerak ke hadapan kepada sesuatu generalisasi. Kaedah ini sangat
sesuai untuk pelbagai matapelajaran, khususnya Matematik, Sains dan
Bahasa.
Rajah 1 Carta alir Pengajaran Induktif
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan
Islam,Falsafah,Pedagogi dan Metadologi pendekatan ialah wujud
berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan Falsafah agama
dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan
sifat mata pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,
falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak semestinya boleh
dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran, kita
membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi
prinsip amalan bilik darjah. Menurut pendapat Edward M.Anthony
(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait
dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa
pendekatan harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori
pembelajaran, contohnya :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui
Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap
benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini
bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya. 1.1 Takrif Pendekatan Induktif
Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan
Pengajaran) mengemukakan pengertian iaitu bermakna cara mendekati
sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk kepada cara
bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam
satu-satu mata pelajaran.Biasanya berasaskan teori. Melibatkan satu
proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan
pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung
hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. Seterusnya mereka
digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta
mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan.
Dalam tugasan kali ini, pendekatan dan kaedah yang ingin
dihuraikan di sini ialah Pendekatan Induktif dalam matapelajaran
matematik sekolah rendah. Kaedah Induktif ialah kaedah yang
melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-makumat
kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini
ialah guru menggunakan kaedah dengan mengemukakan contoh yang
khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir
seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang
berkaitan dengan contoh tersebut. Inilah yang dimaksudkan sebagai
pengajaran Induktif di mana guru memberi contoh dan menyoal murid
tentang kefahaman mereka dan cuba membuat persamaan dengan situasi
lain. Sebagai contoh dalam mata pelajaran matematik, guru
memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid cuba
bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian
masalah tersebut. Ringkasnya adalah seperti berikut:
2X1=2
3X1=3 nx 1 = n
4X 1= 4 n= 1 , 2 , 3
5X1=5
Di dalam pengajaran Induktif guru mengemukakan beberapa contoh
yang khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing
murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta
penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini
murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana
dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah
mengingati dan mudah mengaplikasikannya semasa menjawab
peperiksaan.
2.0 JENIS KAEDAH INDUKTIFKaedah induktif ini mempunyai 5 jenis
kaedah yang boleh digunakan oleh para guru semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kaedah yang pertama ialah
generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang
digunakan bagi mudah difahami dan mudah diaplikasikan pada contoh
lain. Sebagai contoh mencari ciri segiempat yang sama dengan
segiempat lain, iaitu persamaan segiempat mempunyai empat sisi,
panjang sisi yang sama pada setiap sisi dan bersudut tepat 90
darjah.
Kaedah kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu. Pendekatan
ini merupakan kaedah supaya murid membentuk satu prinsip hasil
daripada ujikaji tertentu yang dijalankan. Sebagai contoh mendapat
prinsip jisim daripada ujikaji. Setiap objek mempunyai jisim
tertentu. Setiap objek yang ditimbang pasti mempunyai jisim. Jisim
ini ditimbang dengan unit gram atau pun kilogram. Dengan kaedah ini
guru menjalankan ujikaji terhadap beberapa objek di mana tidak ada
satu objek yang ditimbang tidak memberikan bacaan jisim. Objek yang
ditimbang termasuklah dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jarum
timbang pasti akan memberikan bacaannya. Oleh itu, murid akan
memahami bahawa setiap objek mempunyai jisim.
Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan
tertentu. Maksudnya ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh
guru, murid dapat memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan
dalam contoh lain yang sesuai. Sebagai contohnya ialah semasa dalam
pengajaran matematik murid dapat mengaplikasikan formula untuk
mencari isipadu sebuah kotak dengan menggunakan rumusan seperti
berikut:Isipadu kotak = Panjang x Lebar x Tinggi
Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti
induktif daripada guru dan murid-murid dapat membuat kesimpulan
umum hasil daripada pemahaman mereka. Sebagai contoh mengukur dan
mencari hasil tambah panjang sisi sesuatu bentuk dua dimensi adalah
untuk mendapatkan perimeter atau ukur keliling bentuk dimensi
tersebut. Contoh adalah seperti berikut:
3 unit + 3 unit + 3 unit + 3 unit = Perimeter 12 unit =
PerimeterKelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu
urutan pemikiran. Guru memberi contoh penyelesaian masalah
matematik dan murid akan cuba mencari jalan penyelesaiannya seperti
contoh soalan berikut.
Di dalam sebuah kilang terdapat seramai 2055 pekerja lelaki.
Jika bilangan pekerja perempuan kurang 125 daripada jumlah bilangan
pekerja lelaki, Cari jumlah bilangan pekerja di kilang ini.
3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF
Bagi menjalankan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan,
guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan
strategi pengajaran induktif. Sebelum memulakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran secara induktif, guru sediakan contoh-contoh yang
sesuai bagi membantu murid membuat rumusan. Di samping itu
soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid-murid membuat
kesimpulan yang berkenaan.
Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi
pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan tetapi murid-murid
dibimbing melalui soal jawab antara guru dan murid untuk
mendapatkan kesimpulan diri sendiri. Jenis contoh khusus yang
diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama
dan mudah untuk membolehkan murid mengenalpastinya. Perlu diingat
bahawa contoh-contoh khusus yang diberikan mestilah sesuai dan
mencukupi.
Selepas contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru-guru,
murid-murid juga digalakkan untuk memberi contoh-contoh yang
serupa. Guru tidak harus mengemukakan semua contoh sekaligus,
tetapi seelok-eloknya mempersembahkannya satu demi satu. Cara ini
boleh menarik perhatian murid serta membolehkan mereka mengenal
pasti ciri contoh itu dengan lebih mudah lagi. Alat bantu mengajar
harus disediakan untuk membantu murid mendapat kesimpulan yang
berkenaan. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah
induktif harus mengikut urutan yang tepat iaitu daripada
contoh-contoh yang spesifik kepada kesimpulan umum.
4.0 KAEDAH-KAEDAH PENGAJARAN INDUKTIF
1) Kaedah Pemerolehan KonsepMenurut Dr. Jerome Bruner:- .....
Kemampuan manusia dalam membezakan, mengkategorikan dan menamakan
sesuatu yang menyebabkan munculnya sesuatu konsep. Maksud sebenar
pemerolehan konsep ialah pendekatan pembelajaran yang bertujuan
untuk membantu murdi memahami sesuatu konsep tertentu. Pendekatan
ini dapat diterapkan untuk semua peringkat usia, dari kanak-kanak
ke dewasa. Masa bagi sesi pengajaran juga adalah singkat dan
strategi pengajaran berpusatkan murid manakala guru adalah
fasilitator.
Tahap bagaimanana konsep diperoleh
2) Kaedah Inkuiri
Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan atau daripada
masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan
murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotisis,
merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat
rumusan. Antara contoh soalan bermasalah melalui kaedah inkuri:
Bagaimana pokok bernafas?
Mengapa buaya tidak boleh dikelaskan sebagai mamalia?
Apakah faktor-faktor mengakibatkan pelajar stress?
3) Kaedah Pembelajaran Penemuan
Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Jerome Bruner yang mana ia
mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas berpandu atau
latihan penyiasatan. Ciri khas dan berbeza dengan teori
pembelajaran yang lain iaitu berkaitan tentang Discovery Learning
iaitu belajar melalui penemuan sesuai dengan pencarian pengetahuan
secara aktif oleh manusia, dan dengan sendirinya memberikan hasil
yang terbaik. Contohnya dalam subjek Sains, guru memberikan
contoh-contoh mamalia, kemudian meminta murid menyatakan ciri-ciri
mamalia berdasarkan contoh yang diberikan itu tadi.
Ciri-ciri Kaedah Penemuan
4) Kaedah Berasaskan MasalahKaedah ini boleh didefinisikan
sebagai pembelajaran yang terhasil akibat daripada proses memahami
ataupun menyelesaikan masalah. Guru bertindak untuk memberi masalah
bukan kuliah atau latihan. Jalan penyelesaian diperbincangkan dalam
bentuk kumpulan bagi mendapatkan jawapan yang kreatif dan inovatif.
Terdapat 6 ciri Kaedah Berasaskan Masalah, iaitu: Murid mengambil
alih tanggungjawab dan merancang pembelajaran mereka sendiri.
Sesuatu masalah adalah titik mula pembelajaran pengetahuan
baru
Peranan guru adalah untuk memudahkan pemikiran pelajar untuk
mencapai hasil objektif
Murid terlibat secara aktif dalam pelajaran kolaboratif
Murid terlibat dalam pembelajaran reflektif
Murid belajar melalui proses penyelesaian masalah.
5.0CONTOH AKTIVITI- MENGECAM HURUF VOKAL YANG TERDAPAT DALAM
PERKATAAN
5.1Aktiviti 1
Pendekatan:-
Induktif
Kaedah:-
Terus Kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan
bahasa kedua kepada kanak-kanak.
Kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau
ayat dengan fikiran dan sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia
ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancangkan.
Mengutamakan bahasa lisan. Oral-Aural
Kaedah mendengar dan kemudian bertutur.
Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik
memberi perhatian kepada intonasi yang betul.
Linguistik & Fonetik
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.
Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut
pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). Teknik:-
Berbincang- teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia
dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan
guru. Brainstorming- teknik yang berbentuk perbincangan dan
murid-murid digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk
menghuraikan pendapatnya. Soal-Jawab- teknik yang kerap digunakan
oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan murid-murid.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan
kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut dan inanya mempunyai aras
kesukaran soalan.Kaedah Pengajaran:Mata Pelajaran: Bahasa
Melayu
Kelas 2 Gigih (30 orang murid)
BBM: Kad bergambar, kertas A4, Papan putihAktiviti:A. 3 kumpulan
kecil dibahagikan antara murid.
B. Guru menunjukkan kad-kad gambar beserta perkataan kepada
murid-murid.C. Guru meminta murid menyebut perkataan yang
ditunjukkan.
D. Guru meminta murid mencari dan menyebut huruf vokal yang
terdapat dalam perkataan tersebut dan seterusnya menulisnya pada
kertas A4 yang diberikan.
-R A M B U T A N-
-K O M P U T E R-
5.2Jadual Matriks Perbandingan
Pendekatan InduktifPendekatan Deduktif
Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak
menggunakan contoh Umum kepada khusus Pengajaran kepada hukum
Kemukakan genelisasi
Kaedah:1. Terus atau semulajadi2. Oral-aural3. Linguistik4.
FonetikKaedah:1. Linguistik
2. Semulajadi
3. Terus
Teknik: Berbincang Brainstorming SoaljawabTeknik: Main
peranan
Bercerita
Lakonan/drama
Tunjuk cara
6.0CATATAN REFLEKSI
Saya telah melaksanakan aktiviti ini dalam membentuk beberapa
kumpulan kecil. Ini memudahkan saya untuk memantau murid seterusnya
mengelakkan dari mereka bermain-main sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.Saya gembira dan berpuas hati kerana
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Murid
sentiasa pekadan pantas dalam menjawab semua soalan yang saya
ajukan.
Semua pelajar melibatkan diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan
tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Saya
memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada beberapa
kumpulan mengikut kebolehan.. Saya menjelaskan langkah-langkah dan
peraturan yang perlu dipatuhi. Namun saya rasa saya perlukan BBM
yang mungkin berkesan untuk merangsang murid menjawab dengan pantas
dan tepat.Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan
guru harus menggilap potensi mereka. Untuk pengajaran di masa
hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih
mencabar tetapi mengikut kemampuan mereka yang mampu merangsang
pemikiran pelajar seperti teka silang kata, penggunaan komputer dan
pertandingan. 7.0KESIMPULAN
Terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh
digunakan oleh guru semasa proses pengajaran & pembelajaran.
Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak
digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang
spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan ini
mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang
berguna. Menggunakan kaedah penemuan kerana melibatkan proses
memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat
generalisasi. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk
menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih
mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak
diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh
penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan
benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan
untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan,
terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya
diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu
setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam
aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka
jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang
baru.Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak
standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam
masyarakat moden dan demokratik. Kita harus melahirkan murid
sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam
dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.BIBLIOGRAFIMok Soon Sang. 2001.
Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan (Semester 1).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Pedagogi (Panduan
Ilmu Pendidikan untuk DPLI). Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi
pertama.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad. 2009. Siri pendidikan Guru (Murid dan Alam Belajar). Oxford
Fajar Sdn Bhd. Slavin, R.E. 2000. Educational Psychology: Theory
and Practice. Boston: Allyn & Bacon.Sumber internet
http://catatannota.blogspot.com/2011/08/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah.htmlMEMERHATI,
MENGKAJI, MENGENALPASTI, MENTAFSIR
CONTOH-CONTOH KHUSUS
MEMBUAT GENERALISASI
2 cm
10 cm
2 cm
1 unit