KAJIAN KES WOMEN IN SOCIAL ENTERPRISE (WISE) TRANSFORMASI PENGELUARAN PRODUK “HARAPAN SI PENJUAL TAUHU DAN TEMPE” PENULIS SUHANA BINTI BAHARUDDIN Edisi 2018 i
KAJIAN KES WOMEN IN SOCIAL ENTERPRISE (WISE)
TRANSFORMASI PENGELUARAN
PRODUK
“HARAPAN SI PENJUAL TAUHU DAN TEMPE”
PENULIS
SUHANA BINTI BAHARUDDIN
Edisi 2018i
Cetakan pertama
Hak cipta terpelihara.
Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak dibenarkan ditiru, diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakamanan atau sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Port Dickson (PPD).
Diterbitkan oleh:
Politeknik Port Dickson (PPD).
KM 14, Jalan Pantai,
71050 SiRusa,
Negeri Sembilan
iii
SENARAI KANDUNGAN
iv v
1 - 3
4 - 5
39 - 41
41- 42
42
43
PENDAHULUAN
ABSTRAK
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
1.2 Perihal Perniagaan
BAB 2 PROSES PENGELUARAN
2.1 Pemprosesan untuk membuat Tempe
2.2 Pemprosesan untuk membuat Tauhu
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
BAB 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5.1 Cadangan Penambahbaikan
5.2 Saranan
5.3 Kesimpulan
5.4 Rujukan
SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA iiiii
BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Pengurusan Kewangan 35 – 36
4.3 Halangan dan Peluang 37 – 38
3.1 Kaedah Kajian
3.2 Kaedah Pengumpulan dan Penyusunan Data
3.3 Kaedah Menghurai
3.4 Kaedah Memasang
3.5 Kaedah Menafsirkan3.6 Kaedah Membuat Kesimpulan
6 – 10
10 - 13
14 - 15
15
16 – 23
23 – 26
27 – 29
30 - 33
Hubungan baik antara Politeknik dan komuniti dilihat sebagai satu proses
percambahan ilmu yang didokong oleh nilai intelektual para ahli akademik terhadap
persekitarannya. Aplikasi terhadap teori yang diajar ataupun yang dipelajari di pusat
pendidikan ke dalam persekitaran sebenar akan menghasilkan impak positif yang
maksima kepada seluruh masyarakat. Sehubungan dengan itu, satu program yang
diberi nama WISE, telah dilancarkan pada bulai Julai 2016. WISE adalah akronim
kepada Women in Social Enterprise iaitu satu program keusahawanan sosial di
peringkat Nasional hasil kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan
Amanah Iktihar Malaysia (AIM). Program ini merupakan salah satu wadah bagi
membantu meningkatkan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam
pembangunan sosio- ekonomi masyarakat.
Buku ini dibangunkan bagi menunjukkan mengenai perkongsian kajian kes program
WISE. Program ini adalah berkonsepkan pemindahan dan perkongsian ilmu
mengenai kemahiran perniagaan daripada IPT kepada kelompok usahawan mikro,
serta kepada sepuluh pelajar Politeknik yang terlibat sebagai anak angkat kepada
peserta program WISE ini. Usahawan ini merupakan peminjam daripada AIM atau
lebih dikenali sebagai SAHABAT dan dipilih berdasarkan prestasi perniagaan
mereka yang berpotensi untuk dimajukan. Setiap mentor perlu untuk menghantar satu
kajian kes dan akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Kandungan buku ini telah diolah dengan teliti bagi pensyarah dan pelajar yang
berminat untuk terlibat dengan program WISE. Di harap pensyarah dan pelajar
yang menggunakan buku ini dapat memanfaatkan sebaik-baiknya bagi tujuan
kajian kes WISE bagi keusahawanan sosial Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia.
iv
Kecemerlangan sesebuah institusi
khususnya wajar diukur dengan
kecemerlangan masyarakat di sekitarnya.
Institusi Pendidikan Tinggi khususnya
Politeknik adalah agen pencerah
masyarakat kerana ketinggian ilmu dan nilai
yang didokong oleh para ahli akademik
tidak kira sama ada ahli akademik,
pentadbiran atau pelajar sendiri.
Sesuai dengan peranan itu,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
dengan kerjasama Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) telah melancarkan satu
program anak angkat yang melibatkan 10
orang pelajar Politeknik Malaysia.
Mereka tinggal selama 30 hari bersama
keluarga angkat yang bergelar usahawan
mikro. Usahawan mikro ini
merupakan peminjam daripada AIM atau
lebih dikenali sebagai SAHABAT dan
dipilih berdasarkan prestasi perniagaan
mereka yang berpotensi untuk dimajukan.
Peranan pelajar sebagai anak angkat
adalah sebagai pemerhati dan perunding
tidak formal yang melihat sendiri
bagaimana sesebuah perniagaan
dijalankan. Penulis sebagai Pegawai
,
Pengajian Tinggi PPPT serta pensyarah
juga bertindak sebagai penyelia pelajar
telah melawat ke premis para usahawan
ini untuk turut sama memberi khidmat
rundingan terhadap potensi perniagaan
yang boleh diketengahkan. Pendekatan
keusahawanan sosial dengan kolaborasi
pintar antara pihak Politeknik, AIM dan
usahawan memperlihatkan keberhasilan
menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat.
Tujuan buku ini ditulis adalah bagi melaporkan hasil
dapatan daripada program WISE. Dengan
menggunakan kaedah kajian kes, Buku ini
mengilustrasikan pengalaman Sahabat yang terlibat
dalam program WISE dan bagaimana program
WISE membantu mereka dalam mengembangkan
perniagaan.
Secara kesimpulannya, program ini wajar diteruskan
supaya hubungan erat di antara Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dan komuniti diteruskan. Selain itu,
keunggulan ilmu yang didokong berupaya
ditransformasikan ke dalam komuniti dengan cara
yang lebih berhikmah dan praktikal.
Kata kunci: kajian kes, keusahawanan sosial,
usahawan mikro, transformasi
Kod untuk mengakses
:.1 sumber media elektronik.
v
PENGENALAN
Hisrich dan Peter (1998) menerangkan perkataan entrepreneur berasal daripada
perkataan Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud memikul tugas,
tanggungjawab atau mencuba. Manakala, Kuratko dan Hodgetts (1996)
menghuraikan definisi usahawan sebagai penciptaan usahaniaga baru melalui
empat dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses yang
dibantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan, pendidikan dan institusi.
Keusahawanan bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pendapatan per
kapita, malah bertindak sebagai pemangkin perubahan struktur sosial dan
masyarakat (Histrich & Peter, 2002). Ini bermakna, perkembangan keusahawanan
dan peningkatan bilangan usahawan di Malaysia menunjukkan
perkembangan yang positif terhadap ekonomi negara.
Pendekatan program WISE yang dijalankan mirip kepada konsep keusahawanan
sosial yang dipelopori oleh Nobel Laureate Prof. Muhammad Yunus dan Grameen
Bank yang terkenal dalam membantu golongan dan masyarakat Marhaen
(kelas bawahan) di Bangladesh. Pendekatan Keusahawanan sosial ini diakui
merupakan pendekatan terbaharu, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan
masalah sosial di kalangan masyarakat disamping memberikan sumbangan
yang bermakna khususnya kepada komuniti setempat. Keusahawanan Sosial
yang dilaksanakan adalah melibatkan kepada SAHABAT AIM iaitu Puan Siti Anita
atau lebih mesra dan dikenali sebagai Puan Ita di mana semasa sesi temubual dengan
beliau, beliau tersenyum memandang ke arah kilang kecil yang dibangunkan oleh
beliau sendiri semenjak tahun 2012. Berbagai kisah hidup yang telah dilalui oleh
beliau di mana pernah merasa hidup miskin, merana kemudian berakhir pada sebuah
kejayaan kecil dengan menjadi seorang usahawan yang mempunyai kilang membuat
tauhu dan tempe. Di Kampung Felda Keratong 6, bila sebut saja namanya Puan Ita,
rata-rata penduduk kampung di situ tahu mengenainya, Puan Ita mengimbau kenangan
lama di mana rezeki yang dicari dahulu adalah dengan penghasilan yang cukup-
cukup makan sahaja, bahkan kurang, untuk mencukupi hidup sehari-hari dia
bertekad untuk mengubah nasibnya. Puan Ita terus berusaha bagi menambah
pendapatan keluarga, sehinggalah pilihannya terarah untuk membuka kilang kecil
makanan berasaskan soya di kawasan kediamannya.
1
1.1 Pengenalan
berasaskan soya dan pergi mengikuti kursus membuat tempe dan tauhu serta,
bereksperimen sendiri, dan memberanikan diri membuka usaha kecil-kecilan, iaitu
dirumahnya dan seterusnya mempunyai kilang. Tidak mudah baginya dipermulaan. Ia
merasakan bagaimana pahitnya membuka perniagaan, termasuk dengan pembeli yang
tak berpuas hati dengan tauhu dan tempenya. Akan tetapi segala hambatan,
kekurangan dan aduan pembeli ia hadapi dengan bijak sebagai penambahbaikan bagi
dirinya, sambil terus mencari jalan keluar, memperbaiki diri dan kualiti produknya.
Lambat laun usahanya pun mulai menunjukkan hasil, sehingga beliau mampu
membangunkan kilangnya sendiri. Namun, Puan Ita merasakan beliau perlu
melakukan perubahan yang besar bagi memastikan kesinambungan prestasi
produknya berkekalan dan lebih maju serta memastikan strategi dalam
meningkatkan hasil jualan tauhu dan tempenya.
.
2
Puan Ita hanya bermodalkan keberanian dan semangat pantang menyerah
kalah perniagaannya itu. Dia memulai dan membuka usahanya ini dengan modal
RM5000 di mana modal yang cukup-cukup sahaja. Beliau sendiri pun tidak
mepunyai kepandaian dalam memasak tauhu dan tempe. Namun beliau tidak
berputus asa untuk mempelajari bidang masakan berasaskan soya itu. Justeru itu,
dengan bertekadkan semangatnya beliau bercita-cita untuk memperluaskan lagi
kilang serta promosi perniagaanya itu. Beliau amat bersemangat kerana beliau
sudah mempunyai tujuan hidup yang jelas, beserta target- target yang harus
diperolehi demi mengubah nasibnya. Mulailah beliau belajar sedikit demi sedikit
memasak produk
.
3
Sebenarnya saya ingin membesarkan serta menambah lagi bilangan tenaga kerja di
dalam kilang ini. Jadi, adalah sumber pendapatan penduduk kampung ni bila
berkembangnya kilang ini nanti. Saya terfikir untuk mengubah pempakejan produk
ini dan meluaskan promosi kilang saya ini hingga keluar dari daerah Muadzam
ini. Jadi saya perlu mendapatkan pengiktirafan oleh agensi kerajaan agar menepati
piawaian untuk produknya itu.memandangkan Tauhu dan Tempe ini banyak mendapat
sambutan oleh orang ramai. Tapi, kakitangan dan promosi yang terhad, maka
sambutan lebih tertumpu di kawasan Muadzam ini sahaja.”
.
Beliau amat gusar kerana pinjaman yang beliau telah ambil sebanyak RM34,000.00
masih tidak langsai dengan pihak AIM, maka pembelian mesin untuk membuat tempe
dan tauhu serta pembayaran gaji kepada kakitangan yang lain tidak mampu dibuat
kerana beliau sendiri tidak mengambil tahu sangat mengenai keadaan kewangan kilang
tersebut secara terperinci bagi produk yang beliau hasilkan meskipun beliau
mempunyai kilang membuat tauhu dan tempe.Namun ,beliau terus berusaha maju ke
hadapan untuk mengumpul segala pengalaman.
1.1 Perihal Perniagaan
Perniagaan beliau dinamakan SHAM ITA ENTERPRISE. Beliau mula
menjalankan perniagaan ini sejak 7 tahun yang lalu. Beliau memproses kesemua
produk-produknya di kilangnya yang beralamat No 391/ Blok 18, Keratong 6 dan
beroperasi setiap hari dari 5 pagi hingga 10 malam. Beliau menjadikan sebahagian
ruangan rumah beliau sebagai kilang pemprosesan pembuatan tauhu dan tempe.
Perniagaan tauhu dan tempe yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan yang
dibuat sejak turun termurun oleh ibu mertua beliau. Walaupun dijalankan secara turun
temurun, beliau tidak sempat untuk mempelajari kaedah yang betul dengan ibu mertua
beliau kerana ibu mertua beliau sudah meninggal dunia. Beliau telah memperluaskan
barangan produk menjual dan memproses barang yang diperbuat dari kacang soya
seperti tauhu, tempe dan air soya. Beliau juga sedang membesarkan perniagaan
beliau dengan menghasilkan kek, biskut raya, kerepek dan sambal pecal. Beliau
mempunyai dua orang pekerja wanita iaitu merupakan penduduk setempat yang
dikenali sebagai kak Angah dan kak Fisya dengan membayar gaji sebanyak RM900.00
seorang sebulan. Operasi perniagaannya adalah hanya dijalankan 6 hari
seminggu. Beliau seorang yang bersifat mesra dengan pelangan, seorang yang
menerima pendapat orang lain, bersikap positif , penyayang, bersikap lebih keibuan,
mengutamakan suami dalam semua perkara dan amat suka untuk mempelajari perkara
baru. Beliau adalah ibu kepada 6 orang anak dan suami beliau merupakan tiang
utama sebagai pendorong beliau untuk menjadi usahawan iaitu Mohd. Hisham bin Abd
Rahman yang kini berusia 46 tahun. Beliau memulakan perniagaan ini dengan modal
sendiri sebanyak RM 5000, dan meminjam dengan AIM RM 34 000
keseluruhannya dan pinjaman dari AIM adalah sebanyak lima kali.
4
Pinjaman Pertama yang diambil adalah sebanyak RM 3000 Modal perniagaan
pecal pada tahun 2012.
Pinjaman Kedua yang diambil adalah sebanyak RM 6000 iaitu digunakan bagi
modal tambahan untuk perniagaan kacang soya pada tahun 2013.
Pinjaman Ketiga yang diambil adalah sebanyak RM 10 000 iaitu digunakan
sebagai Modal biskut raya pada tahun 2014 .
Pinjaman Keempat yang diambil adalah sebanyak RM 12 000 iaitu
digunakansebagai Modal membeli dan membaiki Boiler pada tahun 2015.
Pinjaman Kelima yang diambil adalah sebanyak RM 3000 iaitu digunakan
sebagai Modal membaiki van pada Januari 2016.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
5
Keseluruhan Pinjaman Perniagaan adalah sebanyak
RM34,000.00. Perniagaan beliau pernah mengalami zaman
kemerosotan pada tahun 2010 berpunca dari ketidakcukupan
peralatan dan teknologi yang terkini pada tahun itu. Antara
cabaran lain adalah persekitaran perniagaan yang kurang
memuaskan dengan peralatan pemprosesan seperti mesin
kacang tempe, mesin air soya, jack cetak tauhu dan boiler
tidak mencukupi dan tidak menepati teknologi terkini.