1 OUM TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN PENGENALAN Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera , seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. OBJEKTIF Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan; 2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan 3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
25
Embed
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM · PDF fileSDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera , seni fotografi dan seni mempertahankan ... PETA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera ,
seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjana
muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
OBJEKTIF
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam
Pendidikan;
2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan
3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
PETA MINDA
1.1 PENGENALAN KONSEP
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga
jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?
Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan
memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada
tokoh-tokoh:
(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan
secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara
aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di
mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah
3OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah
untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.
(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinya
kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik
logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam
matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah
penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana
kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi
pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan
berkesan.
(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam
pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini
disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan
yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak
kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif
seseorang individu.
(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk
memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan
dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan
yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan
estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.
(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.
Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau
menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri
dalam kehidupannya.
Seni Dalam Pendidikan akan:
Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadi
lebih seronok
Membantu anda memahami diri sendiri
Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah
Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan profesional.
Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh
4OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1.1 Matlamat
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan
pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah
perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.
Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan
1.1.2 Objektif
Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:
menghargai keindahan ciptaan Tuhan
mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan
pembelajaran
5OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mengekspresikan hasilan kerja
membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang
dibuat
mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain
menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan
menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan
menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan
keselesaan hidup
membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa
mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang
diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,
seni muzik dan seni pergerakan
1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.
Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.
Teori Kecerdasan Manusia
Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori
pembelajaran.
Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang membentuk peranan otak
kanan dan otak kiri yang sama.
Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak
seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.
Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan
otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar
belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada
penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa
murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara
berperingkat atau “sequential”.
6OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Seni Pergerakan
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau
oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-
pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-
pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.
Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-
pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran
yang berbagai.
Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan
kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.
Seni Visual
Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon
emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni
kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan
penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan
dan otak kirinya difungsikan.
Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan
masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba
membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak
membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina
konsep.
Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran
kanak-kanak tenatng berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke
semasa.
Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap
objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan
kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan
pemikiran yang kritis.
7OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas seni dalam pendidikan
Latihan 1.1
Mengapa Seni Dalam Pendidikan?
1.2.1 Teori Pembelajaran
Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut:
(a) Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan
idea.
Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian
mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada
kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan
8OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya
proses inkuiri akan terhasil.
PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara
konstruktisme.
Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba
terapkan dalam proses pembelajaran anda.
Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997),
Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme
Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis
Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme
Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme
9OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru
2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar
6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengguna
7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid
8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea
9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang
didapati bermakna kepada dirinya
(actively construct knowledge that they find personally meaningful )
Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori
konstruktivisme?
Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
Menyusun atur maklumat dan pengetahuan
Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru
Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk
Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan
Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan
Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran
kanak-kanak melalui:
10OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
(b) Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dengan tajuk “seven ways of knowing, perceiving and understandingn life” beliau
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan
istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori
ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:
Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.
Jenis-jenis kecerdasan:
Verbal – linguistik
Logik – Matematik
Visual – ruang
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis
PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
11OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Latihan 1.2
Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .
Bil Aktiviti Murid Jenis TKP yang
Digunakan
1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini
yang dikutip di dusunnya
2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen
3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada
Tuhannya
4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam
sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya
5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan
skema ukuran dalam kerja melukis perspektif
6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu
selepas tamat sesi kuliahnya
7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru
dalam mata muridan Pendidikan Seninya.
8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki
Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru
12OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.4: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya “Frames of
Mind: Theory of Multiple Inlleigence
Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?
1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai
3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai
4. Wujudkan suasana kolaboratif
5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam
pengejaran dan pembelajaran
6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri
13OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid
(c) Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku
dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga
menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:
(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid
meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model
baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya,
kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga
murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.
(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan
merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak
sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan
atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut
14OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau
plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja
taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam
semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu
suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada
tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.
(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal
membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai
jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.
Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?
(i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan
responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba
mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi
idea yang sedia ada dalam minda murid.
(ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam
minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau
peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu
murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)
(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila
sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip
kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.
(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan
Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),
otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk
insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya
tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut
tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi
perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang
secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid.
Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan
penguasaan mata muridan disekolah. Pokok persoalanya, adakah mata muridan
yang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid?
15OUM
TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN
Rajah 1.6: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok)
(e) Teori Pemerosesan Maklumat
Teori ini dikemukakan olah Robert M. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana
manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan
dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan
akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang
adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru,
demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu Gagne telah
mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusia
dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa