Pengertian dan takrif tamadun:
BAB 1 : PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUNBahasa Arab : tamaddun,
Bahasa Inggeris: civilizationA. Pengertian tamaddun
Maddana1. Memperhaluskan budi bahasa dan memperelokan tingkah
laku (mengenai manusia)
2. Membuka atau membuat Bandar (menetap, tidak lagi
berhijrah)
Madinah: bandar/kota
Madani:1. peradaban dan kemakmuran hidup 2. Bersifat sopan dan
halus dalam tingkah laku
3. Mempunyai pencapaian material yang tinggi
Maddana, madani berasal dari perkataan al-din. (al-din bermaksud
agama)B. Pengertian civilizationCivitas: bandar atau kota
1. Kehidupan di bandar atau kota
2. Bandar tanda ketamadunan
3. Pencapaian material lambang ketamadunan sesuatu
masyarakat
4. Kehidupan civil atau sopan bertentangan dengan barbaric atau
tidak bersopan atau beradab
C. Takrifan lain:
Ibn Khaldun
Kehidupan beradab, berbudi bahasa dan bersifat halus serta maju
dan makmur dalam pencapaian material dan kebendaan
Albert Schweitzer:
Keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran dan
tindakan yang membawa kepada kesempurnaanCiri-ciri Utama
Tamadun
i. Penempatan kekal.
ii. Sistem pertanian atau pengeluaran makanan
iii. Sistem organisasi dan institusi sosial, politik,
pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain
iv. Sistem tulisan dan pengiraan (untuk mewarisi pengetahuan dan
pembinaan bandar)
v. Sistem perundangan teratur
vi. Sistem nilai dan moral berwibawa
vii. Kehidupan beragama
viii. Perkembangan daya kreativiti, falsafah, kesenian dan
kesusasteraan
ix. Pengkhususan kerja dan pengurusan teknologi
Hubungan Tamadun dengan Agama
i. Berkaitan rapat
ii. Kehidupan bertamadun: beradab atau bersopan dengan bermoral
tinggi (nilai agama)
iii. Agama membentuk pandangan semesta dan nilai-nilai kehidupan
terpuji individu dan masyarakat
iv. Kemunculan tamadun manusia adalah manifestasi kehidupan
beragama
v. Semua tamadun tradisional manusia berasaskan pandangan hidup,
prinsip dan nilai ajaran agamavi. Tamadun moden mengetepikan ajaran
agama dan menurkaganti asasnya dengan pemikiran dan penilaian
manusia atau humanisma (berbeza dengan tradisional)
Hubungan Tamadun dengan Budaya
i. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak
ke atas persekitaran fizikal, dan sosialnya atau pengurusan
kehidupan secara kolektif
ii. Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya masyarakat
yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamadun
iii. Sesetengah budaya dianggap tidak bertamadun, kerana tamadun
menekankan budi bahasa yang baik
iv. Tamadun berbeza daripada budaya kerana bukan semua unsur
budaya boleh dianggap sebagai tamadun
v. Kriteria tamadun: Bernilai tinggi dan terpuji
Kekal dan bertahan lama
Tidak terbatas kepada kawasan-kawasan, melampaui batasan
kenegaraan
Dibina dalam masa panjang
Hubungan Tamadun dengan Bangsa Bangsa mempuyai pertalian rapat
dengan sejarah, tradisi, budaya, dan kawasan geografi. Tamadun
merentasi batasan budaya dan geografi. Contoh: tamadun islam dan
tamadun barat moden (melalui penaklukan)
Tamadun jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya
dan Negara jepun
Tamadun jepun tidak dipengaruh oleh bangsa lain, dan tidak
mempengaruhi kawasan lain
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
Faktor geografi
i. Kedudukan strategik untuk penempatan masyarakat memperoleh
sumber-sumber semulajadi untuk kelangsungan kehidupan. Contoh:
tamadun Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates
Faktor agama
i. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan
berusaha untuk membangunkan kehidupan yang menuju kepada
kasempurnaan kemanusiaan dan ketinggian budaya
Faktor politik
i. Politik yang kukuh dan stabil adalah tulang belakang bagi
perkembangan sesuatu tamadun dan penentu jangka hayatnya
ii. Kestabilan politik membawa kepada kestabilan kehidupan,
kelangsungan pemerintahan dan pentadbiran
Faktor ekonomi
i. Aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan membawa kepada
penempatan kekal dan perkembangan sesebuah masyarakat akan menarik
aktiviti ekonomi lain seperti perdagangan, pengangkutan dan
pertikangan dan lain-lain.
ii. Penciptaan kekayaan membolehkan pembinaan dan perkembangan
tamadun manusia
Faktor sosiali. Nilai-nilai murni seperti kecintaan kepada ilmu
kerajinan, ketekunan dan kreativiti dan cinta kepada keindahan
memain peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan sesuatu
tamadun
ii. Contoh: perkembangan dalam ilmu matematik, geografi,
perubatan, astronomi, falsafah, persuratan, seni bina dan lain-lain
membawa kepada pencapaian cermelang dalam semua aspek kehidupan
manusia
Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun
i. Keruntuhan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat
khususnya di kalangan pemimpin. Contoh: tamadun yunani dan tamadun
romawi
ii. Ketidakadilan dan jurang perbezaan besar antara golongan
kaya dan miskin. Contoh: tamadun romawi
iii. Penindasan dan kezaliman yang mengenetepikan hak-hak
kemanusiaan. Contoh: tamadun barat di asia (Negara yang dijajah
mencapai kemerdekaan)
iv. Sikap yang tertutup dan tidak mahu menerima perubahan yang
membawa kepada keadaan beku dan jumud. Contoh: tamadun islam
uthmaniyyah
v. Malapetaka seperti wabak penyakit yang dasyat atau bencana
alam yang menyebabkan kematian penduduk atau kerosakan secara
besar-besaranInteraksi antara Tamadun
i. Tamadun tidak tertutup, dan boleh menerima pengaruh luar yang
membuka peluang untuk percambahan pemikiran, budaya, dan pengkayaan
tamadun
ii. Sifat terbuka, toleransi dan saling menghormati amat penting
untuk perhubungan baik antara tamadun (khususnya antara
pemimpin)
iii. Interaksi antara tamadun boleh berlaku pada peringkat
nilai, idea, institusi dan insan, kerana percampuran budaya berlaku
apabila individu dari tamadun berlainan bertemu
iv. Faktor utama yang boleh mempengaruhi hubungan antara tamadun
ialah sikap serta cara yang diambil semasa dua tamadun bertembungv.
Interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara:
Hidup bersama
Berjiran
Penyebaran agama
Perdagangan
Penjelajahan dan penerokaan
Pendidikan
Media
Penjajahan
Peperangan
Kesan Interaksi antara Tamadun
Terdapat perubahan yang baik atau buruk hasil dari interaksi
i. Asimilasi atau penyerapan yang membawa kepada kehilangan
identiti asal. Contoh: orang afrika yang dibawa ke amerika
ii. Akultrasi atau pembudayaan yang tidak menghapuskan identiti
satu kumpulan etnik itu. Contoh: orang cina dan India di
Malaysia
iii. Akomodasi atau bertolak-ansur. Menerima perbezaaan dan
mengekalkan identiti masing-masing (hidup bersama dan mempengaruhi
satu sama lain
iv. Amalgamasi atau bercampur atau bercantum sehingga
menghasilkan suatu yang baru seperti dalam perkahwinan campur atau
cultural melting pot
v. Pertentangan yang cuba untuk menghapuskan lawan secara
maksimun yang mungkin
vi. Konflik atau pertentangan atau perbalahan secara langsung
dan sedar sering berlaku tetapi tidak semestinya sampai
kemusnahan
Interaksi antara Tamadun India dan China di Asia Tenggara
i. Penyebaran dan perkembangan agama hindu dan budhis di
masyarakat Asia Tenggara.Contoh: penubuhan kerajaan di funan,
Angkor,majapahit dan kedahii. Penggunaan sistem devaraja di Asia
Tenggara
iii. Penggunaan bahasa Sanskrit dan pengaruh kesusasteraan
Sanskrit dalam bahasa dan kesusasteraan tempatan, contoh: bahasa
dan kesusasteraan melayu
iv. Hubungan diplomatik antara china dan kesultanan melaka dan
perkahwinan antara sultan mansur syah dan puteri china hang li
po
v. Melalui perdagangan sutera, porselin, tembikar dan makanan
telah diperkenalkan di Asia Tenggara
Interaksi Negatif i. Pembunuhan
ii. Peperangan
iii. Penaklukan
iv. Konflik dan ketegangan
Contoh-contoh Sejarah
i. Pemerintah Kristian di Eropah telah berperang dengan orang
Islam dalam siri Peperangan Salib di mana ramai orang Kristian,
Islam dan Yahudi terkorbanii. Ketegangan dan pembunuhan di antara
orang Hindu dan Islam di India
Contoh-contoh Semasa
i. Pembunuhan orang-orang islam bosnia di Yugoslavia oleh
pemerintahan Serbia
ii. Pembunuhan rakyat palestin oleh pemerintahan Israel
Dialog antara Tamadun (mengelakkan kesan negatif)
i. Mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam
tamadun islam dan asia
ii. Mengadakan dialog pada semua peringkat dan lapisan
masyarakat individu, masyarakat, institusi, nagara dan
antarabangsa
iii. Pengajian mengenai tamadun dimasukkan ke dalam kurikulum di
peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi
iv. Media massa memainkan peranan penting dalam menggalakkan dan
menghidupkan dialog antara tamadun pada peringkat kehidupan harian
individu melalui sikap saling menghormati, toleransi, pergaulan dan
memahami perbezaan dan persamaan antara budaya dan agama
manusia
Penilaian Terhadap Tamadun
Unsur-unsur Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun i. Persamaan
dan perbezaan terdapat pada kedua-dua aspek tamadun material dan
spiritual
ii. Agama (agama yang berlainan mempunyai konsep kesamaan)
iii. Etika dan nilai
iv. Pemikiran
v. Kebudayaan
vi. Kesenian
vii. Pencapaian tamadun
Yang lebih asas adalah kesamaan, iaitu kemanusiaan17.07.2007BAB
2 : MASYARAKAT MELAYU DAN KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU1. Konsep
Tamadun Melayu
Sesebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia di suatu
wilayah Asia Tenggara yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago) atau Gugusan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu,
dan Tanah Jawi
2. Latar Belakang
2 faktor yang mejadikan wilayah ini Melayu adalah:
Bahasa Melayu mejadi bahasa lingua franca atau bahasa
perantara
Agama islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di kepulauan
melayu ini. Peranan menyebarkan agama islam telah dijalankan oleh
beberapa golongan iaitu pedagang yang pada masa yang sama menjadi
pendakwah, golongan bangsawan tempatan yang memeluk islam dan
menyebar kepada rakyat jelata, dan juga para mubaligh, pendakwah,
ulama, dan ahli sufi.
Mereka menyampaikan ajaran islam secara hikmah rasional dan
bijaksana. Mereka sendiri memiliki akhlak yang mulia yang berupaya
memikat hati orang lain.
Melalui penyebaran ini, maka lahirlah kerajaan melayu islam
seperti:
Samundara-Pasai (1289-1400)
Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)
Aceh (1511-1650)
Johor-Riau-Lingga (1650-1800)
Antara faktor yang menyumbang kepada kemunculan kerajaan Melayu
Islam ini ialah peranan yang dimainkan oleh kerajaan-kerajaan
Melayu Islam yang tergolong dari raja dan pemerintah
Selain itu, cirri yang ada pada agama islam telah memudahkan
orang ramai menerimanya, antaranya:
Mudah difahami
Menekan kesamarataan antara lapisan masyarakat
Bersifat rasional dan logical
Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi perkerti
3. Pandangan semesta masyarakat melayu: sebelum dan selepas
kedatangan islam
Sebelum kedatangan islam, sistem kepercayaan masyarakat
berasaskan Animisme- kepercayaan bahawa setiap benda- objek ada
jiwa, roh dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri. Dari
kepercayaan ini lahirlah peraturan dan pantang larang tertentu
dalam sistem kepercayaan.
Dinamisme pula kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh,
jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan,
benda yang boleh mengakibatkan kesan baik dan kesan buruk kepada
manusia.
Dinamisme ini melahirkan magis iaitu penguasaan terhadap tenaga
ghaib dengan perbuatan atau upacara tertentu yang dilakukan oleh
bomoh dan pawang, sehingga tenaga ghaib itu dapat dipergunakan
untuk keuntungan sendiri atau kerugian orang lain.
Juga wujud kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dikenali
sebagai hyang. Roh ini dipercayai masih berada di kalangan mereka
dan mempunyai tenaga yang kuat dan boleh mempengaruhi kehidupan
mereka.
Kedatangan agama Hindu Buddha, upacara dan penyembahan menjadi
lebih tersusun dan berbentuk rasmi. Dalam aspek politik dan
pentadbiran, kedudukan raja-raja dari aspek spiritual dan peranan
fizikal diperkukuhkan
Kesan dari ajaran Hindu seperti sistem penglapisan masyarakat
(sistem kasta) yang memisahkan para bangsawan, golongan agama dan
rakyat jelata sedikit sebanyak telah menular ke dalam sistem sosial
kelompok melayu.
Dengan kedatangan islam, pandangan semesta telah berubah kepada
Tuhan sebagai segalanya (God-Centred) yang menjadikan Tawhid
sebagai paksi atau asasnya
Kedatangan Islam juga meletakkan ilmu sebagai faktor utama
kbaikan dunia dan akhirat.
4. Kemunculan Tamadun Melayu
Bermakna hasil pencapaian bangsa melayu dalam pelbagai bidang
utama kehidupan kemanusiaan dan kebendaan.
Telah dibangunkan oleh semua suku bangsa di kepulauan Melayu
yang kebanyakan beragama Islam dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perantaraan (lingua franca)
Dibina melalui ilmu persuratan (kesusasteraan)
Apa sumbangan ilmu persuratan (kesusasteraan) ini?
Kerana di dalamnya terkandung minda peribumi dan minda asli
melayu yang cuba menetakrifkan identity dan budaya bangsanya
melalui proses pemikikran kreatif, imaginative, empirical dan
rasional demi membentuk pandangan hidup melayu tentang alam, adat
dan budi bahasa, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu, konsep
kewujudan atau ontology, undang-undang, hubungan diplomasi dengan
kerajaan atau raja asing dan wira budaya melayu.
Mengenai wira budaya melayu misalnya, peranan budaya manusia
melayu seperti yang dilambangkan oleh watak hang tuah dalam Hikayat
Hang Tuah
Pengarang cuba untuk memperlihatkan keperkasaan, kebangkitan
semula dan ketahanan Negara-bangsa atau empayar Melayu. Untuk
mencapai tujuan ini, perlu ada seorang Melayu jati diri yang
mempunyai segala sifat, kebolehan dan kehandalan yang luar biasa
untuk membantu rajanya atau negerinya membina atau mengembangkan
semangat dan kesedaran jati diri bangsa melalui sebuah empayar
melayu yang besar, gagah perkasa dan dihormati dunia luar. Dan
dalam Hikayat Hang Tuah, watak Hang Tuah diberikan sifat
seperti:
beradat (berbudi pekerti luhur, bersopan santun, amanah, jujur),
berilmu (mengaji dan khatam al-Quran pada sejak kecil dan menguasai
12 bahasa. Mesej pengarang di sini menguasai banyak bahasa perlu
untuk membolehkan wira budaya melayu menjadi diplomat melayu yang
berjaya dan berkesan di luar negeri. Tutur bahasanya fasih, manis,
memikat dan sedap didengar, taat (pada raja dan Negara)
Zaman Kesultanan Melaka (1400- 1511)
Golongan pemerintah memainkan peranan penting kepentingan ilmu
pengetahuan.
Maka lahirlah karya agung iaitu Sejarah Melayu yang ditulis oleh
Tun Sri Lanang dan Hikayat Hang Tuah.
Sejarah Melayu- hasil tulisan berbentuk sejarah dan sastera
kenegaraan.
Karya sejarah yang ditulis dengan ciri-ciri kesusasteraan.
Isinya berkaitan dengan sejarah sebuah Negara Kota dan susr
galur keturunan raja
Hikayat Hang Tuah (epik Melayu) tentang keperwiraan pahlawan
Melayu.
Meskipun dalam kedua-dua karya ini ada unsur lagenda dan mitos,
namun terdapat jua fakta sejarah yang benar.
Melalui buku ini diceritakan tentang sistem pemerintahan
(politik), undang-undang yang dilaksanakan (perundangan), sistem
ekonomi (ekonomi) dan pelbagai sistem hidup (sosial).
Dalam Hikayat Hang Tuah, walaupun dipenuhi unsur mitos dalam
format penceritaannya, yang penting watak Hang Tuah yang
ditonjolkan bukan sahaja sebagai tokoh diplomat yang diutuskan untk
menjalinkan hubungan dengan dunia luar.
Di dalam karya ini Hang Tuah dihantar ke majapahit dan china dan
hal ini menunjukkan bahawa masyarakat melayu memahami kepentingan
hubungan diplomatik dengan Negara luar sejak dahulu lagi.
Falsafah yang ditekankan di sini, manusia tidak boleh hidup
sendirian.
Sebagai sebuah Negara kota, perlu mempunyai rakan dari Negara
lain untuk membantu membangunkan pemerintahannya.
Melalui 2 buah buku yng dianggp canon ini, masyarakat melayu
mula dibentuk dengan sistem nilai, ekonomi, diplomatik.
Di era 1800-1957 pula:
Banyak tulisan yang bertujuan untuk membuka minda melayu agar
menerima kemajuan dan pembangunan dihasilkan. Tulisan-tulisan agar
wujud perasaan cinta kepada pembangunan.
Antaranya ialah tulisan Abdullah Munsyi iaituHikayat Abdullah
dan Kisah Pelayaran Abdullah.
Dalam kisah Pelayaran Abdullah isu pembangunan telah dibicarakan
oleh Abdullah dan terus dibicarakan hingga ke hari ini.
Bagi Abdullah sekiranya masyarakat melayu ingin maju, pemikiran
mereka perlu lebih terbuka dan perlu meninggalkan pelbagai
kepercayaan dan adat resam yang sering dikatakan bodoh. Baginya
sesetengah adat resam dan kepercayaan karut yang menjadi pegangan
orang Melayu akan mengongkong mereka daripada melihat kehidupan
masa hadapan.
Pada zaman Munsyi Abdullah ini kerangka keilmuan Islam ini tidak
berpecah, walaupun tidak berkembang. Ini dapat dilihat daripada
kritikan Abdullah terhadap fahaman tahyul dan khurafat yang
bertentangan dengan Islam danakal yang sihat seperti amalan menjual
anak, menggunakan jin untuk menangkap gajah, percaya pada juasa
hantu, ifrit, mambang, pelesit, polong dan sebagainya.
Beliau juga mengkritik golongan yang suka menjual manuskrip
kepada Tuan Raffles, katanya dalam hikayat Abdullah, halaman
225-228 Tiada disadarkan orang-orang yang di belakang kelak menjadi
bodoh. Satu suratpun tiada hendak baca dalam bahasa sendiri, kerana
kitab-kitab itu semuanya tulisan tangan. Jikalau kitab dicap,
tiadamengapa. Maka tiadalah lagi benih-benihnya sampai
sekarang.
Adapun sebabnya fikiran itu datang kerana tiada mereka itu mahu
menurut adat orang, lagipun tiada ia mempunyai ilmu, menjadi
semakin hari semakin bodohnya bertambah, seperti katak di bawah
tempurung, adanya pada sangka katak itu tempurung itulah langit
(kisah pelayaran Abdullah, 15)
Beliau juga mengkritik sifat dan tabiat beberapa orang sultan
dan pembesar melayu yang antara lain kerana enggan menggalakkan
putera mereka belajar bidang seperti bahasa inggeris, ilmu
kira-kira dan sebagainya di luar Negara seperti India.
Sepanjang sejarah islam di Alam Melayu, jelas kelihatan setiap
kali seseorang pemimpin mencapai keagungan sebagai pemimpin melayu
yang besar, dia juga mempunyai hubungan yang akrab dengan ulama
besar di negeri berkenan.
Contoh-contohnya:
Syeikh Abdullah al-Ymani dengan sultan muzaffar di kedah
Syeikh Ismail dan sultan Malikul adil di Pasai
Syed abdul aziz dan sultan Muhammad shah di melaka.
5. Bahasa Melayu sebagai wahana kepada pertumbuhan tamadun
melayu
Tanpa bahasa baik tulisan ataupun lisan, manusia tidak mungkin
dapat merakamkan tamadun atau peradaban dan menurunkan tamadun itu
dari satu keturunan ke keturunan yang berikutnya.
Peradaban sering dikaitkan dengan kemajuan. Apabila kita
mengatakan mengatakan bahasa sebagai alat peradaban, ini tidak
bererti bahawa peradaban sesuatu bangsa dapat dibentuk oleh apa-apa
bahasa sahaja kerana ini ada kaitan dengan jati diri dan maruah
bangsa yang membentuk tamadun tersebut. Perlu diingatkan bahawa
mengetahui bahasa asing (bahasa Inggeris) penting untuk penguasaan
ilmu tetapi bukan untuk mengungkap hati dan jiwa, akal budi,nilai
dan adat resam yang membentuk atau mewakili pandangan hidup
(worldview) bangsa kita, iaitu pandangan hidup yang mencirikan
peradaban dalaman, bahkan ciri-ciri luarannya.
Pertembungan dua tamadun berlaku apabila orang luar ingin
memahami minda dan tamadun bangsa kita, maka mareka perlu memahami
bahasa kita, kalau tidak mereka terpaksa mempelajari melalui
terjemahan. Perkembagan bahasa berlaku apabila ada kemajuan akal
fikiran dan daya budaya bangsa yang menggunakan bahasa itu.
Sejak abad ke-7, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa yang
utama atau dominant di pusat-pusat kerajaan, sebagai alat
pengembangan agama, bahasa perdagangan dan bahasa kesusasteraan
serta ilmu.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan-kerajaan awal
di rantau Alam melayu.
Bukti-bukti yang ditemui tentang penggunaan bahasa melayu:
Di zaman empayar Srivijaya daripada bahasa Sanskrit yang
bermaksud kejayaan yang gilang gemilang ditemui batu-batu bersurat
atau prasasti di sekitar Palembang (ibu kota empayar melayu agung
ini)
Batu bersurat talang tuwo (684 masihi) di Palembang
Batu bersurat kota kapur (686 masihi) di pulau Bangka
Batu bersurat karang berahi (692 masihi) di JambiKandungan
inskripsi pada batu-batu ini dengan jelas menunjukkan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara
mudah bahasa wahana pembentukan sebuah tamadun melayu. Srivijaya
yang mengadakan dasar peluasan kuasa (imperialisme) dengan
menguasai keseluruhan Kepulauan Sumatera, kawasan segmenting Kra
dan Semenanjung Tanah Melayu, Barat Pulau Jawa
Sebagai bahasa pemerintahan Srivijaya, bahasa ini telah
berkembang dari segi kosa kata, istilah dan daya pengungkapannya
dengan penyerapan daripada bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa
agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran perundangan dan lain-lain
kegiatan yang dikaitkan denan urusan rasmi
Contoh kata pinjaman dari bahasa Sanskrit ialah :kunci, emas,
tembaga, permata, purnama, sutera, kurnia,penjara,merdeka, pujangga
dan lain-lain
Dalam abad ke-17 Aceh menjadi pusat perkembangan persuratan dan
kegiatan ilmu berbahasa Melayu yang sangat gemilang
Tradisi ini bersambung dan kekal sampai ke zaman Eropah
hinggalah kuasa Eropah meninggalkan Indonesia pada 1945 dan tanah
Melayu pada 1957
Perlu diingatkan bahawa sewaktu Barat menguasai di rantau ini,
mereka tidak meninggalkan tamadun ilmu mereka dalam Bahasa Melayu
sebagaimana yang dilakukan oleh mubaligh dan pedagang Islam sebelum
itu Orang Eropah datang atas nama Syarikat Hindia Timur semata-mata
bertujuan untuk menguasai pelabuhan-pelabuhan perdagangan daripada
kerajaan Melayu-Indonesia dari persisir Selat Melaka sampailah ke
Pulau Jawa dan Kepulauan Muluku.
Bangsa Portugis pula datang untuk memerangi Islam
Sebagai contoh bangsa Inggeris dan Belanda memang telah
memperkenalkan sistem pendidikan mereka di rantau ini, tetapi ini
tidak bererti mereka membawa tamadun ilmu ke dunia berbahasa
Melayu
Di England, standard Inggeris itu dituturkan oleh orang lulusan
universiti dari Cambridge dan Oxford, di Malaysia belum ada kelas
atasan yang menggunakan satu jenis bahasa Melayu kelas atasan
Malaysia juga tidak ada universiti yang menghasilkan siswazah yang
menuturkan bahasa Melayu kelas terpelajar . Kita tidak ada apa yang
dalam istilah ilmu bahasa dipanggil lead group. Di England,
Perancis lead group inilah merupakan mereka yang terdiri dari kelas
atasan dan orang terpelajar menuturkannya
Belajarlah bahasa inggeris untuk dunia global dan belajarlah
bahasa melayu untuk jati diri dan maruah bangsa (win-win
situation)
Dalam zaman kuasa Inggeris dan Belanda, lahir tamadun persuratan
dan kegiatan intelektual dalam Bahasa Melayu, di Melaka yang
diwakili oleh Abdullah Munshi dan di Riau diwakili oleh Raja Ali
Haji.
Sastera Inggeris dan kegiatan intelektual dalam bahasa Inggeris
tidak wujud di rantau ini. Buku-buku ilmu tinggi atau ilmu moden
Barat dalam bidang sains tidak ada yang diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu atau dipelajari oleh orang Melayu
Dasar Inggeris tidak mahu orang Melayu pandai do not overeducate
the natives, kerana takut nanti mereka akan memberontak terhadap
pemerintah Inggeris
Pemahaman dan penghayatan kerangka keilmuan dan pandangan Islam
berjaya mengangkat orang Melaayu dan bahasanya sebagai bahasa dan
bangsa yang dihormati walaupun terpaksa menghadapi tentangan
langsung daripada kuasa ketenteraan dan pentadbiran Barat Kejatuhan
umat Melayu di rantau ini bukanlah kerana kelemahan dalaman
kerangka keilmuan dan agama Islam, tetapi kerana kelemahan untuk
memahami dan lalai melaksanakan kerangka keilmuan dan akidah di
kalangan, bermula dengan pemimpin, yang menyebabkan akhlak mereka
rapuh, tidak bersedia mendengar naihat dan terlalu mementingkan
tututan duniawi. Faktor inilah yang banyak menyumbang kepada
perpecahan dikalangan orang Melayu dan memudahkan golongan
penjajah.6. Tradisi Keintelektualan Melayu
Apa itu keintelektualan?
Keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam
mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju kearah
kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur
dan tersusun.
Bagaimana ciri keintelektualan itu dapat dilihat? Pada proses
berfikir secara kreatif
Kerasionalan idea
Hujah yang dapat dipertanggungjwab alasan dalam mencari sesuatu
jawapan atau menyelesaikan masalah Bagaimana melihat tradisi
keintelektualan Melayu?
Pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk
lisan dan tulisan.
Apa yang berbentuk lisan?
cerita penglipur lara
cerita jenaka
cerita nasihat
cerita binatang
mitos
lagenda
pantun
peribahasa
simpulan bahasa
pepatah petitih
seloka
Perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan
Melayu bermula dengan: Srivijaya (650-1200)
Pusat kebudayaan Melayu tertua
Karya ditulis dalam bahasa Sanskrit
Pasai (1250-1524)
Kegiatan dikaitkan dengan kegiatan kerajaan Melayu yang pertama
menerima dan memeluk agama Islam di Alam Melayu
Di sinilah muncul bahasa Melayu persuratan yang merupakan wahana
atau alat untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam
Tulisan Jawi digunakan
Karya yang dihasilkan : Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad
Hanafiyah (tentang ketokohan pahlawan Islam)
Melaka (1400-1511)
Lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai
Kisah menegani nabi dan pahlawan Islam diMelayukan
Lahirlah sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka
(Undang-undang Melaka) Undang-undang laut Melaka (peraturan
mentadbir negeri dan menegakkan keadilan masyarakat umum
Aceh
Kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan
kebudayaan Melayu terpenting
Tumpuan alim ulama
Menjadi pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk empat
kurun
Perkebangan pesat untuk sama dan penulisan Sejarah
Mencapai zaman kemuncak paa kurun ke-17 dengan kemunculan
nama-nama seperti: Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra
Johor (1528-1779)
Setalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis
Terhasilnya:
Hikayat Hang Tuah
Adat Raja-raja Melayu
Sejarah Melayu
Sulalat la-salatin
Undang-undang Johor (dari Hukum Kanun Melaka)
29.7.2007BAB 3 :TAMADUN ISLAM: ISTILAH DAN DEFINISITerdapat 4
istilah :
Hadharah
Umran
Thaqafah
Tamaddun
Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan pegertian
tamadun ialah HADHARAH kerana istilah ini memberikan petunjuk yang
jelas tentang sifat-sifat hidup bertamadun
Istilah HADHARAH1. Pengertian objektif (penjelasan ingredient
kehidupan)
Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang
kehidupan seperti bidang ILMU, budaya, seni, falsafah, ekonomi,
teknikal, undang-undang dan lain-lain yang mempengaruhi kehidupan
dari generasi ke generais
2. Pengertian subjektif (lebih menunjukkan perubahan kehidupan)
Menggambarkan suatu perubahan perkembangan dan peningkatan
kehidupan kepada taraf yang lebih tinggi, maju dan makmur
Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM (pandangan dari
ILMUAN)
1. Ibnu Khaldun
Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan
kemewahan, keindahan suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang
industri yang meningkatkan kualiti kehidupan
2. Sayyid Qutb
Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang
dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial,
pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan ilmu pengetahuan yang
berasakan nilai-nilai ajaran Islam
3. Dr. Muhammad al-Bahiy
Keseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan yang
menggambarkan nilai kemajuan dalam keperibadian manusia, dari sudut
falsafah, pengetahuan , kesenian, politik, ekonomi, sosial dan
lain-lainTamadun Islam: Perspektif dan Pandangan Semesta
Perspektif Tamadun Islam:
Keyataan bukti-bukti dan rekod, sumbangan-sumbangan,
kejayaan-kejayaan dan pencapaian yang berasaskan ajaran Islam yang
menggabungkan unsur-unsur asas yang sepadu, meliputi:
Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan, dan ketulenan sumber
(wahyu)
Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan Rohaniah)
Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan manusia
seperti institusi keluarga, masjid, institusi pendidikan dan
lain-lain
Keunggulan ILMU dan kecermelangan sistem pendidikan
Identiti Tamadun Islam:
Berasaskan kepada sifat islam sebagai al-Din, iaitu sistem
kehidupan yang membentuk, membina, keseluruhan cara hidup dalam
semua bidang kehidupan Islam sebagai al-din, berasaskan kepada
asas-asas berikut: Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai, norma,
akhlak dan adab, untuk membina manusia mulia supaya manusia dapat
membina dan melindungi kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan
kehidupan dalam semua aspek kehidupan
Al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang positif,
berterusan, supaya jalinan hubungan sesama manusia, mewujudkan
asas-asas kemuliaan kehidupanEmpat Aspek Utama Interaksi Dalam
Islam:
Hubungan antara manusia dengan Allah (worship, loyalthy,
obedient)
Hubungan tanggungjawap manusia terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD
dan AKAL)
Hubungan sesama manusia (suami isteri, keluarga, kawan,
masyarakat, kepimpinan dan lain-lain)
Hubungan manusia dengan persekitaran (binatang, tumbuhan, udar,
air, tanah dan lain-lain)
Sasaran atau matlamat sistem hidup Islam (al-Din) adalah bahawa
semua manusia sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap
manusia mendapat peluang kehidupan berdasarkan keperluan dan
keupayaan
Semua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara
maksima, berterusan dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan,
kemajuan dan kebahagian di DUNIA dan AKHIRAT (al-Din diggunakan,
bukan agama)
Matlamat Tamadun Islam
Mengukuhkan sistem hubungan manusia dengan Allah (tuhan)
Pencipta, Pemilik dan Penguasa ke atas manusia dan Alam (sentiasa
diletakkan pertama)
Memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia Kesempurnaan
keyakinan Aqidah ketuhanan
Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan (mewujudkan
undang-undang)
Kesejahteraan Fakulti Akal
Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan Kesucian milikan
kebendaan
Mewujudkan sistem kehidupan yang lengkap, sempurna dan
universal
Menyediakan sistem kawalan dan perlindungan terhadap
kesejahteraan manusia dan Alam
Meyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral dan etika) yang mulia
untuk pembinaan sumber manusia yang berkualiti
Tamadun Islam: Pembentukan-pembentukan Asas
Teras Pembinaan Tamadun Islam
Rumusan Definisi Tamadun Islam
Berasaskan Ajaran Islam
Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan
Kehidupan bertamadun bermula di kawasan kota atau
perbandaran
Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik, sosial,
budaya dan teknologi
Menikmati atau mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian dan
kebendaan beraasaskan Iman, Syariat dan Akhlak
03.08.2007BAB 4 : ISLAM HADHARI1. Pengenalan
Zaman kegemilangan pemerintahan Islam
Rasulullah s.a.w
Khulafa al-Rashidin
Bani Umayyah
Bani Abbasiyyah
Benua Eropah-Andalusia
Zaman kejatuhan pemerintahan Islam (faktor negatif)
Militan Huru-hara
Kemiskinan dan kemunduran
Faktor-faktor kejatuhan
Kelemahan iman
Pemikiran Jumud
Penghyatan Islam yang lemah
Cintakan dunia
Kedangkalan ilmu
Ciri-ciri yang hilang
Syumul/sempurna
Progresif
Dinamik
Kesembangan hidup
Untuk megembalikan kecermelangan masyarakat islam, diperkenalkan
ISLAM HADHARI, iaitu satu pendekatan berdasarkan Siasah Syariyyah
Siasah Syariyyah:
Apa-apa tindakan yang diambil pemerintah yang bawa kebaikan dan
jauhkan keburukan demi menjaga kepentingan umun biarpun tiada dalam
al-Quran dan al-Sunnah
2. Islam Hadhari
Melayu : Islam hadhari
Arab : al-Islam al-Hadhari
Inggeris : civilizational Islam
Konsep:
Bukan satu ajaran baru
Bukan Mazhab baru
Bukan agama baru
Sebaliknya, ia satu pendekatan baru berasaskan Siasah Syariyyah
bertujuan mengembalikan umat Islam kepada asas-asas yang terkandung
dalam al-Quran dan al-Hadis yang merupakan teras kepada pembinaan
tamadun Islam3. Definisi istilah:
Hadhari: yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek
tamadun
4. Takrif lengkap: satu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat, dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam
5. Pendekatan
Menyeluruh dan lengkap (syumul)
Tidak terpisah-pisah (juzie)
Pembangunan hidup yang seimbang Peningkatan kualiti hidup dan
peradaban yang unggul dalam menghadapi cabaran alaf baru: Ledakan
maklumat
Globalisasi
Budaya materialisme Krisis identiti / jati diri
Penjajahan pemikiran
Selari dengan prinsip-prinsip syariah (maqasid al-syariah):
Agama
Akal
Nyawa
Harta
Keturunan
Maruah
Institusi keluarga
Alam sekitar
6. Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam, contoh iaitu
sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri Negara yang mempunyai
masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran,
berketrampilan, tergambar sebagai golongan berakhlak, berbudi dan
berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.
7. Misi
Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan
pendekatan Islam yang universal, maya, bertamadun, bertoleransi dan
berimbang8. Objektif
Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempuyai kekuatan
rohani, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya
saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani
cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan
damai
9. Sumber Islam Hadhari
Al-Quran
Al-Sunnah
Akal
Prinsip prinsip Islam Hadhari
Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
Kerajaan adil dan beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembagunan ekonomi seimbang dan komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
Keutuhan buduya dan moral
Pemuliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan1. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah
Keimanan dan ketaqwaan sebagai teras utama
Al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan Gabungan
akidah,syariah,akhlak,moral dan nilai-nilai murni, teras
perancangan pembangunan diri dan sistem Luar islam/bukan islam:
Tiada paksaan dalam agama
Kebebasan menganuti agama lain
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
Adil memberi hak kepada yang berhak mengikut kadar
masing-masing
Perlaksaanaan keadilan tidak melihat berturunan,warna kulit,
bangsa, kedudukan dan perbezaan agama.
Agama tunai segala tanggungjawap dan kewajiban yang dipikul
Penekanan kepada amalan tadbir (good government) dan adil serta
amanah kepada rakyat
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
Berfikiran kreatif dan inovatif Jiwa merdeka-fikiran dinamik dan
positif
Berani menghadapi cabaran atau bersikap terbuka4. Penguasaan
Ilmu Pengetahuan
Pengatahuan ilmu bersepadu- kekuatan pengetahuan yang
pelbagai
Ilmu Fardu Ain (wajib) dan ilmu Fardu Kifayah (ilmu khas)
Menghasilkan kecermelangan ilmu
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Amalan ekonomi
berakhlak
Kerjasama antara kerajaan dan swasta
Pembasmian kemiskinan, gunatenaga penuh, kestabilan paras harga,
pertumbuhan ekonomi mapan
Penekan seimbang sector pertanian, pembautan dan
perkhidmatan
Peningkatan mutu, sistem pendidikan dan institusi latihan
Negara
6. Kehidupan Berkualiti Pencapaian seimbang di dunia dan
akhirat
Tercapai melalui
Pelihara amalan beragama
Memajukan taraf pendidikan
Hidup aman
Hak miliki harta
Institusi keluarga
Persekitaran
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Tiada
diskriminasi
Hak asasi dijamin meliputi Maqasid al-syariah
Berhak meyertai arus perdana pembangunan Negara
SUHAKAM
UNDHR-deklarasi hak asassi manusia Bangsa-bangsa bersatu
8. Keutuhan Budaya dan Moral Mempertahankan budaya berasaskan
sistem nilai dan akhlak
Menjiwai budaya akhlak dan etika yang luhur
9. Pemuliharaan alam semula jadi
Pembanguan Negara secara lestari (cekap)
Pembangunan insan secara bistari (bijak)
Pembanguanan sains dan teknologi berteraskan agama dan nilai
budaya
Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii secara
berterusan
10. Kekuatan Pertahanan
Kekuatan pertahanan ketenteraan dan persenjataan
Kekuatan diri, fizikal dan spiritual
Isu-isu Cabaran Semasa Tamadun Islam
Ledakan maklumat
Globalisasi
Budaya maerialisme
Krisis identiti atau jati diri
Penjajahan pemikiran
Jihad
Militan Islamphobia
JIHAD
Ialah berusaha atau bersungguh-sungguh
Tidak memberi maksud peperangan semata-mata
Maknanya lebih luas mecakupi semua aspek kehidupan masyarakat
Apa sahaja usaha atau perjuangan dilakukan untuk menegakkan islam
dalam kehidupan dan mencari keredhaan Allah s.w.t
Pembahagian Jihad
Jihad melawan nafsu
Jihad bersenjata
Perlaksanaan Jihad
Berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah
s.w.t
Sentiasa meyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran
Berjuang untuk mencapai kemajuan nama, bangsa dan Negara
Pertahankan Negara dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam
mahupun dari luar
Worldview-pandangan Hidup Islam
1. **Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf bahawa
Tuhan Yang Esa ialah ALLAH yang berkuasa mencipta dan menentukan
segalanya. Dialah zat yang abadi dan Yang Maha Tinggi2. *Manusia
status pertamanya ialah ABD iaitu HAMBA ALLAH, ia tunduk meyembah
dan meyerah kepada Allah.Status keduanya ialah KKHALIFAH yang
bermaksud wakil yang menerima amanah ALLAH untuk mengurus dan
membangunkan kehidupan manusia dan alam semesta
3. Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan ALLAH dan
kemesraan hubungan sesama manusia dan makhluk
4. Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang terkandung di
dalam al-Quran. ( sumber kebenaran dan ilmu). Sumber kedua ialah
Hadith atau Sunnah (segala yang berkaitan Rasullulah)
5. Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan kematian,
kebahagiaan selepas kematian bergantung kepada jumlah kebaikan yang
bernilai PAHALA yang mendapat gajaran SYURGA. Kehinaan,
kesengsaraan adaalah akibat dari perbuatan jahat atau HINA yang
bernilai DOSA ynang mengakibatkan dibalas AZAB NERAKA. Pegangan ini
menjadi asas keyakinan konsep peranan.6. Mengajak KEBAIKAN,
mencegah KEJAHATAN7. Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN (TAUHID)
untuk membentuk INSAN8. Hubungan manusia dengan ALLAH melalui
IBADAT, dan hubungan sesama manusia dan makhluk melalui
perlindungan, pemeliharaan
9. Ukuran mulia/hina manusia diukur dari DARJAH KETAQWAAN,
KEPATUHAN dan KEBAIKAN yang dilakukan oleh manusia secara IKHLAS10.
Kehidupan merupakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang mesti ditunaikan
dengan sebaiknya
11. Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada KEMULIAAN
MANUSIA dari segi ILMU, IMAN dan ADAT SUSULA12. ANUGERAH kekayaan
alam mesti dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA, secara HALAL dan
MULIA13. Manusia mestilah bertanggungjawap terhadap kehidupannya.
Seluruh kehidupan manusia dalam PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan
PENDENGARAN ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan
ADIL.
Ciri-ciri Utama TAMADUN ISLAM
Rabbaniyah (Bersumberkan ketuhanan)
Akhlak murni (NILAI susila yang murni)
Nilai akhlak mulia dibahagikan dengan matlamat dan kaedah dalam
kehidupan
Insaniah: ciri Nilai Kemanusiaan
Premis kemanusiaan (nilai mulia) tetap sama selama-lamanya
Alamiyah (Bersifat universal/antarabangsa)
Ajaran Islam memenuhi citarasa semua manusia
Nilai islam menepati Fitrah atau Nature manusia
Tasamuh (Saling menghormati/keterbukaan)
Wasatiyah (Pertangahan/keserderhanaan)
Adalah: Keadialan /kesaksamaan
Salam (keamanan/kedamaian)
Jamalah (keindahan/kehalusan alam sekitar)
***ingat bahasa Arab***
PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM dan PEMBANGUNAN MASYARAKATIlmu
sebagai sumber pembinaan Tamadun IslamKonsep dan falsafah
ILMU:Konsep ilmu Sifat atau nilai kebenaran yang membolehkan
manusia mengenal dan mengetahui sesuatu secara pasti dan yakin
Falsafah ilmu
Jalan mencapai kebenaran, kepastian, keyakinan
Ilmu juga jalan kehidupan yang meningkatkan darjat pengetahuan
dan kebijaksanaan manusia
Ilmu merupakan asas utama yang menghuraikan sesuatu dari
definasi kepada matlamat secara pasti dan yakin
Sumber Ilmu dalam Islam
Daripada ALLAH dan dicipta ALLAH. Ilmu dilimpahkan kepada
hidupan oleh ALLAH
Ilmu boleh diterokai melalui dua sumber: Sumber primer (Utama):
wahyu
Terkandung dalam al-Quran, yang bersifat MATLU atau NAQLI
(diperoleh dengan membaca, memahami dan mengkaji)
Sumber Am- Alam sebagai ilmu
Diperolehi secara mempelajari dan meneroka. Sumber ini disebut
AQLI dan LOGIK atau saintifik Kombinasi dua sumber membentuk ILMU
yang meningkatkan darjat manusia dan keyakinan terhadap kebesaran
ALLAH
Klasifikasi Ilmu
Menurut Dr Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:
Berasaskan konsep Rabbaniyah (ketuhanan)
Teras kepada semua Ilmu, merangkumi Akidah (keimanan) dan ibadah
Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan manusia Disebut ilmu
al-AKHLAQ, yang bermatlamat membentuk manusia memiliki keperibadian
yang unggul sebagai asas utama pembangunan modal insan Berasaskan
konsep Amalan/Perlaksanaan kehidupan Ilmu ini membina kemudahan
kehidupan dan memenuhi keperluan kehidupan, dan menjelaskan
undang-undang
Berasaskan konsep Sains Ddan teknologi (kemahiran)
Diterokai oleh akal manusia dan terdapat dalam seluruh kejadian
alam. Manusia meneroka, mengkaji dan menganalisis untuk mencipta
sesuatu. Ilmu ini dikenali sains dan teknologi.
HIERAKI ILMU
Era Perkembangan Ilmu Ketuhanan1. Zaman Rasulullah (Nabi
Muhammad s.a.w)
Tumpuan kepada pengumpulan wahyu yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad
Perkembangan ilmu-ilmu akidah, keimanan dan ilmu-ilmu ibadat
Fokus kepada ilmu-ilmu perundangan, ilmu akhlak dan ilmu-ilmu
kemanusiaan
Sumber perkembangan ilmu al-Quran dan Hadith
2. Zaman Khalifah:
4 fokus perkembangan ilmu:i. Pengkhususan dalam bidang
perundangan islam
ii. Ilmu pentadbiran, pengurusan dan kenegaraan
iii. Ilmu perekonomian seperti perniagaaniv. Ilmu-ilmu bidang
kemasyarakatan
3. Zaman Umaniyah dan Abbasiyah (Zaman keemasan
perkembangan)
Fokus perkembangan ilmu
i. Ilmu sains dan teknologi
ii. Ilmu perakatan
iii. Ilmu falsafah
iv. Ilmu matematik
v. Ilmu penterjemahan
vi. Ilmu astronomi
vii. Ilmu kesusasteraan
viii. Ilmu geografi
****Pada zaman Abbasiyah, Khalifah al-Makmun membina sebuah
Institusi Ilmu, dinamakan dengan Baitul-Hikmah, yang merupakan
faktor pemangkin perkembangan ilmu pengetahuan. Institusi ini
merupakan Pusat kajian Sains yang mengandungi Perpustakaan, Pusat
Akademik dan Pusat PenterjemahanTokoh-tokoh ILMUAN ISLAM
1. Jabir bin Hayyan (Gabber)
Pakar kimia, digelar Father of Arabian Alchemy Antara buku yang
dikarang: i. Book of the Saventy (Disertasi)***ii. Book of the
Composition of Alchemy***iii. Book of Sum of Perfection***iv. Book
of Eastern Mercury***v. Kitab al-Rahimah***vi. Kitab al-Tajmik***2.
Ibu SIna Avicenna (980-1037M)
Ahli perubatan dan falsafah Oslam dalam dunia perubatan Eropah
Karya agungnya ialah al-Quran Fi al-Tibb
Digelar sebagai Bapa Doktor
Memperkenalkan Ilmu Psikologi Perubatan
Menemui penyakit peru-paru (Pulmonary tuboulosis) sebagai
penyakit berjangkit
116 daropada 250 karya beliau adalah buku perubatan
3. Al-Razi (RHAZES), 865-925M
Fokus dalam bidang perubatan klinikal
Karya beliau:
i. Kitab al-Hawi (Liber Continents)
ii. Ensiklopedia Perubatan Islamiii. Kitab al-Mansur
iv. Kitab al-Asrar
4. Al-Kindi (194-260H/809-837M)
Ahli falsafah yang masyur
24.8.2007Peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Budaya
Kebangsaan MalaysiaTamadun Melayu sebagai asas budaya kebangsaan
Malaysia
Apa itu kebudayaan?
Keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran (budi)
serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan
serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan
rohani
Dapat dilihat daripada segala hasil pemikiran atau perkara yang
berbentuk bukan kebendaan atau berbentuk kebendaan (fizikal)
Fikiran atau idea (seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah,
persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita
lisan). Kebendaan (seni bina, bangunan, alat mesin, objek dan
pakaian), ubat-ubatan, perabot.
Kesenian (seperti seni lakon, tarian, teater, muzik dan
nyanian)
Seni tampak (ukuran, lukisan, tenun, anyaman)
Nilai dan norma (peraturan, gaya dan perlakuan, pantang larang,
upacara dan nilai keagamaan)
***Paling mudah orang akan mengaitkan kebudayaan dengan
persembahan tarian dan kesenian, adat istiadat seperti malam
kebudayaan
Inilah satu takrifan yang salah atau sempit. Perkembangan
pengetahuan seseorang bergantung kepada perkembangan masyarakat
tersebut
Hubungan yang rapat dengan masyarakat (tiada kebudayaan,
sekiranya tiada masyarakat)
Pembanguanan kebudayaan kebangsaan bagi Negara yang baru 50
tahun merdeka seperti Malaysia amatlah perlu kerana dasar pembinaan
Negara dan bangsa tidak pernah menjadi dasar utama sewaktu
penjajahan, apalah dasar yang berkaitan dengan kebudayaan
Apakah tujuan disebalik perancangan dan kewujudan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan? Mengalakkan atau memberi penekanan terhadap
daya kreatif bebas dan dorongan pemupukan bakat dan pemikiran
budaya atau individu (seperti meningkatkan taraf dan mutu seni
muzik, lakon dan tarian) Mengetengahkan ciri-ciri dan nilai yang
terbaik adalah sesuatu bidang (etika kerja, disiplin, hormat pada
ibu bapa, budaya penyayang, nilai yang boleh dikongsi bersama)
Dalam masyarakat yang berbilang kaum, menonjolkan ciri-ciri
keperibadian nasional perlu diperkenalkan dan harus menjadi salah
satu matlamat utama supaya Negara dikenali melalui identiti
bangsanya bukan sesuatu kaum Di sinilah peranan tamadun Melayu
menjadi asas kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia
Prinsip utama yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat asal rantau ini
Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan
menjadi unsur kebudayaan kebangsaan
Islam sebagai unsur penting berasaskan rasional kedudukannya
yang diiktiraf sebagai agama rasmi menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan
(sebagaimana yang telah digubal dan diperlakukan melalui kongres
kebudayaan kebangsaan 1971, Tun Abdul Razak Hussen PM ke-2
merasmikan congress tersebut ada menyebut:
Nenek moyang bangsa kita yang mendiami pulau nusantara ini
meninggalkan
Maka, sudah wajarnya kita menerima gagasan bahawa kebudayaan
kebangsan yang sedang dibentuk dan dicorakan itu hendaklah
berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, bagaimanapun,
patutlah juga kita mengambil unsure kebudayaan yang datanag ke
rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama
supaya pengruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan
corak kebudayaan mesra di masa hadapan
Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat
MelayuPengertian seni:Aristotle
Peniruan bentuk alam di mana penciptaannya turut menceritakan
ideanya dalam peniruan tentang alam itu
Herbert Read
Keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk sebagai hasil
ekspresi yang mengutamakan 2 proses aktiviti, iaitu proses fizikal
dan psikologi
Rumusannya: seni adalah buatan mansia yang berkemampuan untuk
menimbulkan kesan atau effect psikologikal (seperti tanggapan
melalui pengamatan, imaginasi yang rasional dan emotional) ke atas
manusia lain yang melihat dan menikmatinya
Ungkapan tentang seni kehidupan kawalannya agama dan
tatacara
tatacara isinya membentukan wajah seni
Seni Persuratan hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu
dengan manusia lain. Hubungan manusia dengan alam semula jadi,
manusia dengan kepercayaan dan agamanya
kerbau di pegang talinya, manusia dipegang katanya
hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
bawa rasmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan bawa rasmi
jagung, makin berisi makin tegak
ada padi ada batas, ada budi ada balas
alam semula jadi sumber utama kreativiti orang melayu
i. seni ukir
ii. seni lukis
iii. seni muzik
iv. seni tarian
v. seni drama
seni mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang
melayu dangan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk
kegunaan tarian, upacara dan adapt istiadat
Proses sosialisasi
proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh
masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarkat
tersebut
pembudayaan proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan
seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai
(budaya) masyarakat yang dianggotai proses sosialisasi dan
pembudayaan ini bertuujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan
identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun
pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama,
berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi
dan pembudayaan kerjasama dan gotong-royong dalam masyarakat,
pertalian sosial dan ekonomi mereka khususnya melalui penyertaan
dalam kegiatan serupa itu bagi kepentingan komuniti
keluarga menjadi agen sosialisasi utama dan islam menjadi teras
dalam hal ini
proses sosialisasi formal dijalankan di institusi sosial
pendidikan seperti sekolah atau universiti
sekolah pula mesti diikuti dengan agama kerana kedua-dua ilmu ke
ilmu dunia dan akhirat perlu diperoleh secara seimbang
kalau dulu hal ehwal agama dikawal oleh pihak istana.. tamadun
melayu telah dimantapkan oleh Islam. Islam dan adat Melayu secara
khusus telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dan
saling lengkap melengkapi dan berintergrasi ke dalam waday
kemelayuan Islam
juga menjadi faktor definitive melayu (iaitu Melayu:mengawalkan
adat resam melayu, berbahasa melayu, beragama Islam)
Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu
Dalam fasal 3 perlembagaan Malaysia, islam adalah agama
Persekutuan dan setiap raja atau sultan adalah ketau agama bagi
negeri di persekutuan MelayuCabaran Mengamalkan ajaran Islam
Pentingnya ilmu
Menggunakan dunia demi kebaikan di sini dan di akhirat nanti
Mengawalkan budaya hidup melayu
Penggunaan bahasa melayu
Abad sopan dan budi bahasa7.9.2007BAB 5 : TAMADUN CINA
Asal-Usul Tamadun China
Dinasti Terawal: Dinasti Chia/Xia @ Dinasti Shang (1766-1122
SM)
Masyarakat terawal China bergantung kepada Sungai Kuning @
Sungai Huanghe
Sekitar 3950-1700 SM muncul kebudayaan Neolitik China iaitu
Kebudayaan Yangshao 3000 SM muncul kebudayaan LongshanTahap
Perkembangan Tamadun China
Tahap Permulaan/Pembinaan
Tahap Kegemilangan/Keagungan
Tahap Peralihan
Tahap Permulaan
Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700 SM) dan Shang (1700-1027
SM)
Diikuti dengan Dinasti Chou dan Chin/QinTahap Kegemilangan
Dinasti Han, Sui, Tang Kemuncak dinasti ini ialah di bawah
pemerintahan Han Wu Ti.
Keunggulan dinasti Anak cucu Han
Dinasti Sui (581-618 M)
Dinasti Tang (618-907 M)
Tahap Peralihan Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis
Terbahagi kepada dua tahap:
Tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan tahap kemasukan
kuasa Barat
Hubungan Dinasti Ching dengan Barat
Inggeris dan Belanda memperkenal perdagangan candu yang membawa
kepada peperangan Candu Perang Candu I berlaku pada 1839 M
Dr. Sun Yat Sen menerapkan ideologi demokrasi dan komunisme dan
akhirnya terdiri sistem republikUnsur-unsur Asas Tamadun Cina**
Unsur Pertama: Alam Sekitar
Unsur Kedua : Sistem Pertanian Purba
Unsur Ketiga : Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Unsur Keempat :
Pembentukan Bangsa Tionghua
Unsur Kelima : Pandangan Semesta dalam Tamadun China
Unsur Keenam: Falsafah dan Agama
Unsur Ketujuh: Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan
Unsur Kelapan : Keluarga dan Masyarakat Cina
Unsur Kesembilan : Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun
China
Pandangan Semesta, Pemikiran Cina, dan Nilai-nilai
PentingIndividu dalam Masyarakat
Individu unit asas yang membentuk masyarakat
Pertubuhan sosial iaitu keluarga diiktiraf
Nilai Kekeluargaan
Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga
Jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan)
Sistem Organisasi & Institusi Sosial
Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki
tangga teratas dalam susun lapis masyarakat Cina
Raja / maharaja diangaap sebagai wakil tuhan
Susun lapis masyarakat:*****
Sistem Masyarakat
Golongan cerdik pandai
Golongan petani
Golongan tukang
Golongan peniaga
Konsep Ren
Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina
Konsep Junzi
Junzi (Chun Tzu) adalah personaliti yang ideal dalam mazhab
Konfusianisme
Konsep Lima Hubungan
Antara suami dan isteri
Antara bapa dan anak
Antara adik beradik
Antara pemerintah serta rakyat
Antara kawan serta sahabat
SASTERA DAN SAINS DALAM TAMADUN CINA & TAMADUN CINA DI
MALAYSIA
Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik
Puisi
Prosa
Drama
Fiksyen
Kesenian Cina
Muzik klasik
Kaligrafi
Seni Lukis
Seni pembinaan
Seni Cina yang lain
Sains & Teknologi Cina
Bukti arkeologi Sains & Teknologi Cina wujud kurun ke-15 11
SM Teknologi kejuruteraan hidraulik diutamakan mengawal banjir
Sungai Kuning
Teknologi lain melebur & menuang besi ke dalam acuan,
porselin, pembuatan kertas & loyang.
Bidang Astronomi Zaman awal dinasti Chou (11-3 SM), orang Cina
telah cipta catalog bintang, mencatat rekod gerhana dan komet
Bidang Matematik
Perkembangan pesat sekitar abad 14 sebelum Eropah
Abad ke-2 M penggunaan sempoa, kajian kuantiti negatif, nilai
pai, sistem perpecahan, sistem perpuluhan telah dihasilkan oleh
pakar matematik CinaBidang Perubatan
Mula 10,000 tahun dahulu
Contoh: perubatan akupuntur Cina mengguna serpihan tulang yang
ditajamkan sebelum peralatan dicipta
Huang-ti Nei-Jing adalah dokumen terawal mengenai perubatan
tradisional Cina
Konsep asas perubatan Cina yang dinyatakan dalam dokumen terawal
adalah konsep Yin dan Yang
Yin adalah konsep pasif dan Yang adalah konsep aktif
Mengikut teori mikrokosmos, tubuh manusia mempuyai dua sistem
peredaran iaitu sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin
Bagi membetulkan peredaran angin, mereka menggunakan kaedah
akupuntur
Empat Penciptaan Agung
Teknik membuat kertas
Pencetakan
Bahan Letupan
Kompas
Sejarah Kedatangan Islam ke China
Hui-hui (gelaran kepada orang Islam)
Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan melalui dua jalan
pada kurun ke-8 M:
Pertama melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang
mendarat di selatan China (mereka mendirikan masjid) iaitu di
Guangzhou & Quanzhou
Kedua melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan
Sutera melalui kawasan Parsi & AfghanistanDampak Barat &
Respons China
Kurun ke-13, dinasti Monggol ramai penggembara & mubaligh
datang ke China
Sejak pertengahan hingga akhir kurun ke-19 M, China alami
kekalahan dalam empat peperangan dengan kuasa asing:
i. Perang Candu (1839-1842)
ii. Perang Anglo-China (1856-1860)
iii. Perang China-Perancis (1884-1885)
iv. Perang China-Jepun (1894-1895)
Antara langkah diambil:
Pelancaran Gerakan menguatkan Kendiri (Self-Strengthening
Movement)
Liang Qichao (1873-1929) melancar Gerakan Reformasi 100 Hari
(Hundred Days Reform) pada 1898
Penilaian Terhadap Tamadun
Globalisasi ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan (borderless
world), perkampungan dunia (global village) dan langit terbuka
(open sky)Kesan Globalisasi
Menguntungkan Barat
Menggugat keselamatan masyarakat dan Negara (fitnah di
internet)
Agenda Barat kekuatan ekonomi, ketenteraan Barat mendominasi
dunia
Penjajahan pemikiran Barat memindahkan nilai falsafah,
pemikiran, ekonomi kapitalis & budaya hedonisme
Dilema dunia ketiga (menolak globalisasi: terpinggir / menerima:
dijajah neokolonialisme)
Barat kuasai pasaran dunia
Eksplotasi ke atas Negara membangun
Kegawatan ekonomi
Cabaran Tamadun Dunia
Runtuhnya peradaban dunia akibat Imperialisme &
kolonialisme
Masyarakat terumbang ambing & hilang pedoman
Barat cuba halang masyarakat supaya tidak kembali mempercayai
agama
Cipta budaya negatif dan aliran yang menguntungkan mereka
Kapitalis
Menjadikan manusia bersifat individualistic
Secular
Menjuzukkan agama suku & politik suku
Athies
Buang terus agama dari kehidupan
Masa Depan Tamadun Islam & Asia
Asia menerima pengaruh Barat membuta tuli perlu saringan aspek
baik sahaja
Kesimpulan
Masyarakat dunia perlu:
i. Kembali kepada nilai dan etiktet dalam agama
ii. Ada penyatuaan & perkongsian ilmu
iii. Hapus sikap iri hati & permusuhan ethnic
BAB 6 : TAMADUN INDIA
Pengenalan Tamadun India : Satu-satunya tamadun silam terawal
yang masih wujud.
Muncul di sekitar 3000 SM di lembah Sungai Indus.
Tamadun Sumer dan Mesir yang wujud lebih awal sedikit telah
lenyap sama sekali
Tamadun India bersifat dinamik. Ia telah menerima idea-idea baru
dari luar dan menerap yang mempunyai kelebihan.
Di samping itu golongan yang menguasai dan memerintah India juga
telah mengkagumi kekayaan ilmu dan sastera India dan
mengasimilasikan diri dalam tamadun India.
Sejarah Tamadun India
Sejarah tamadun India boleh dibahagi kepada tahap-tahap:
1. Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500 SM)
2. Zaman Vedik (1500SM-1000 SM)3. Zaman serangan Iskandarr
Zulkarnain
Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500SM)
Tidak mengetahui banyak kerana simbol-simbol masih tidak dapat
ditafsir. Wujud dekat 3000 simbol. Rekod-rekod menceritakan soal
agama dan metafizika dan bukan sejarah sosial dan kehidupan
seharian.
Ciri-ciri utama Tamadun Lembah Indus:
Tamadun terawal di India
Perancangan bandar yang tersusun
Antara bandar-bandar terancang ialah Mohenjo Daro, Harappa dan
Kalibangan
Pembinaan rumah yang baik dan tersusun
Perdagangan luar dengan Mesopotamia Penggunaan alat buatan besi
dan gangsa
Kegiatan utama pertanian dan penternakan
Penyembahan dewa Siva
Menjelang 1500 SM Tamadun Lembah Indus mengalami kemerosotan.
Masyarakat di situ telah berpindah ke sebelah timur ke Lembah
Ganges dan ke India Selatan.
Teori serangan puak Aryan. Tetapi Lembah Indus telah mula
mengalami kemerosotan sebelum datangnya Aryan.
Teori kekurangan air dan tanah subur.
Zaman Vedik (1500SM-1000SM) Puak Aryan memasuki India dari Asia
Tengah (kawsan di antara Rusia dan Iran Utara) menjelang 1800 SM.
Ciri-ciri mereka adalah:
belum bertamadun
kehidupan nomad-berpindah randah
bahasa Sanskrit yang belum maju
memburu
membela binatang
menanam barley dan gandum
Mereka berasimilasi dengan pribumi dan mewujudkan kebudayaan
Indo-Aryan.
Sanskrit maju menjadi bahasa yang tinggi nilai kesusasteraan.
Tatabahasa yang saintifik dapat diwujudkan.
Epik Ramayana dan Mahabaratha ditulis pada zaman ini dalam
Sanskrit.
Banyak ilmu berkaitan metafizika dan agama muncul.
Veda-veda muncul. Semuanya empat veda. Rig, Sama, Yajur, Atharva
Veda. Yang paling tua sekali Rig.
Tamadun India mencapai tahap yang paling gemilang.
Bandar-bandar canggih dibina.
Teknik pertanian yang tinggi diguna.
Menjelang 1000 SM Aryan dapat menyatupadukan keseluruhan India
Utara.
Menjelang 500 SM banyak bandar-bandar muncul, jumlah penduduk
bertambah. Kerajaan-kerajaan kecil muncul.
Menjelang pertengahan kurun ke-4 Iskandar Zulkarnain menyerang
India.
Iskandar telah berusaha untuk memupuk penyatuan antara
kebudayaan barat dan timur.
Berkahwin dengan anak-anak raja India. Telah meminta askarnya
yang berjumlah 10 000 berkahwin dengan wanita India.
Telah mengasaskan kerajaan Yunani di India Barat-laut mewujudkan
sekutu-sekutu di India Utara. Ini telah mengeratkan hubungan dengan
Yunani. Perdagangan dan penukaran idea dan ilmu dengan Yunani telah
bermula.
Beliau sendiri telah mempelajari ilmu falsafah India, telah
adakan perdebatan dengan sarjana-sarjana falsafah dan agama di
India
Chandragupta Maurya adalah antara sekutu Iskandar.
Dinasti Maurya (326-185 SM)
Pengasas: Chandragupta Maurya. Berjaya menyatukan keseluruhan
India utara di bawah empayarnya dan memerintah dari
Pataliputra.
Politik kuasa (power politik) mula memainkan peranan
penting.
Buku panduan politik dan pentadbiran Aethashastera dihasilkan
oleh Kautilya, menteri Chandragupta.
Buku ini memberi nasihat kepada pemerintah tentang cara
merampas, mengekal dan memanipulasikan kuasa.
Ia juga menggariskan cara-cara menguruskan sistem kehakiman yang
adil dan saksama.
Megasthenes, seorang Yunani, yang bertugas di Istana
Chandragupta mencatat kebesaran empayar itu.
Pataliputra merupakan Bandar yang paling besar dan canggih
sekali dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bandar mahupun di
Yunani sendiri.
Wujud sebuah universiti dan perpustakaan yang dikunjungi oleh
sarjana-sarjana dari seluruh dunia yang bertamadun.
Wujud taman-taman bunga dan tempat-tempat menarik yang lain.
Wujud kuil-kuil dengan seni bina yang canggih.
Pentadbiran Negara yang kemas dan efisien.
Soal ekonomi, sosial dan politik diuruskan dengan baik.
Wujud pasukan perisik yang mengawasi musuh Negara, pihak
penentang kerajaan dan pegawai-pegawai yang korap.
Perdagangan aktif dengan Asia Tenggara
Pelabuhan di Benal
Jalan-jalan raya yang kemas yang menghubungi semua Bandar di
empayar itu.
Cucu Chandragupta, Asoka memperluaskan lagi empayar ke India
Selatan melewati Andhra.
Perang Kalinga telah mengubah kehidupan Asoka.
Memeluk agama Buddha
Membenci peperangan
Masih meneruskan pemerintahan sebagai maharaja, tetapi mentadbir
dengan adil dan saksama.
Menghantar rombongan ke Negara-negara luar untuk menyebar ajaran
Buddha.
Membina jalan-jalan raya dan tempat-tempat rehat di seluruh
jalan raya.
Zaman Kushan
Namun selepas Asoka Empayar Maurya menjadi lemah dan
kerajaan-kerajaan kecil muncul.
Menjelang 100 SM puak Kushan dari Asia Tengah berjaya menyatukan
India Utara sekali lagi.
Kushan memerintah dari Pataliputra dan berjaya mengembalikan
beberapa keistimewan Maurya untuk seketika waktu.
Pada kurun ke-3 M ia pun menjadi lemah dan lenyap.
Dinasti gupta (320 -550 M)
Gupta berjaya menyatupadukan India utara dan memerintah dari
Pataliputra.
Hubungan dengan barat berkurang tetapi dengan Asia Tenggara
meluas.
Menurut pengembara China, Fa Hsien, di Pataliputra terdapat:
rawatan percuma di hospital
hospital diuruskan oleh sumbangan dari penderma
tidak berlaku sebarang jenayah
boleh menggembara dari satu pelusuk empayar ke yang lain tanpa
sebarang gangguan atau bahaya
pemerintahan yang adil
golongan atas memakan makanan sayuran sahaja
golongan bawahan yang makan daging dianggap sebagai pencemar
Pada Zaman Gupta kesusasteraan Sanskrit mencapai kegemilangan.
Puisi, drama, seni ukir dan seni bina berkembang maju. Pujangga
terkenal Kalidasa hidup pada zaman ini.
Menjelang 550 M Empayar Gupta telah mengalami kemerosotan.
Harsha (608-648) cuba selamatkan tapi gagal
Zaman Pertengahan (1200-1750)
Tiga abad selepas kejatuhan Gupta puak-puak Islam dari Asia
Tengah menyerang India Utara.
Walaupun dapat menubuh kerajaan-krajaan kecil, gagal menyatukan
India.
Pada 1526 Babur mengasaskan Empayar Moghul. Cucunya Akhbar telah
memperluaskan empayar.
Akhbar merupakan pemerintah yang adil dan saksama. Telah
berusaha untuk menawan hati golongan majoriti, iaitu orang Hindu.
Mengahapuskan Jizya. Memberi jawatan tinggi kepada orang Hindu yang
layak.
Pengganti Akhbar tidak meneruskan dasar adil ini.
Mereka adalah lemah dan lebih suka beperang dan bersuka ria.
Ini telah melemahkan Empayar Moghul.
Kerajaan Hindu muncul dan mula mengancam Moghul.
Maratha telah menjadi kuat menjelang pertengahan kurun ke 18, ia
berjaya mengasaskan empayar yang besar.
Menjelang waktu ini Moghul telah berada diambang kehancuran.
British menyerang dan menakluki Bengal pada 1756.
Maratha telah menentang British sehingga pertengahan kurun
ke-19.
British berjaya menawan dan menyatukan sebahagian besar India
dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur di bawah Empayar
British.
AGAMA DAN FALSAFAH HINDU
Agama Hindu juga dikenali sebagai senatana dharma. Falsafah
Vedik menekankan lima konsep yang saling mempunyai perkaitan antara
satu sama lain, iaitu: Brahman, Atman, Karma, Moksha dan
Samsara.
Brahman Tuhan yang menyelubungi segalanya (roh duniawi).
Atman Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk
diserap ke dalam roh duniawi, iaitu Brahman.
Karma Jumlah tindakan yang dilakukan oleh individu dalam suatu
kehidupan dan akibatnya yang akan dialami dalam kehidupan yang akan
datang selepas kematian.
Samsara Lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman
bergantung pada Karmanya.
Moksha-Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan
Brahman.
Tujuan tiap-tiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada
karma dan mencapai moksha.
Pada asalnya, Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat
daripada nama Paramatman bagi Brahman dan Jivatman bagi roh
indivvidu. Tetapi perbuatan seseorang akan mengumpulkan karma.
Karma ini akan menjauhkan Atman daripada Brahman. Maksudnya, Atman
mestilah menjauhi semua karma untuk mendekati Brahman.
Samhita-Samhita (1500-1000 S.M.)
Rig veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda dikenali
sebagai sastera samhita, iaitu karya puisi berbentuk mantera atau
mazmur.
Rig Veda (1500 S.M.): Veda yang tertua. 10 buah buku.
Mengandungi mazmur dan puji tentang dewa-dewi, makhluk halus dan
soma.
Yajur Veda (1500-1000S.M): Mengandungi mazmur untuk digunakan
dalam upacara
Sama veda (1500-1000 S.M.): Merupakan antologi mazmur rig veda
untuk digunakan dalam upacara soma.
Atharva veda (1200 S.M): Merupakan koleksi mazmur untuk makhluk
halus supaya mengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian,
sihir dan lain-lain.
Sistem kasta/Varna********
Sistem kasta merupakan suatu institusi unik bagi India, namun,
tiada bukti tentang kewujudannya di India Selatan pada Zaman Sangam
awal. Hierarki sosial yang wujud di situ bukan berdasarkan konsep
kesucian dan kecemaran tetapi berdasarkan pelajaran, kemahiran dan
kebijaksanaan. Hanya apabila golongan Brahmin datang ke India
Selatan atas jemputan raja-raja Tamil untuk menjalankan upacara
agama, idea tentang kasta dan ketidaksentuhan mula berkembang di
India Selatan.
Masyarakat Hindu dibahagikan kepada beberapa kasta seperti
Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sudra. Dalam setiap kasta ini
terdapat pembahagian yang lebih kecil berdasarkan jenis pekerjaan
serta beberapa faktor lain. Sebabkan ini wujudlah banyak subkasta
dalam masyarakat Hindu.
Hukum Karma dikatakan menentukan kedudukan mereka kerana setiap
perbuatan dalam hehidupan lampau tetap meniggalkan kesan. Kedudukan
yang ditentukan melalui kelahiran tidak boleh ditukar dan mobility
hanya berlaku sekiranya seluruh kasta atau kumpulan kasta menukar
cara kehidupan, menukar nama dan memperkenalkan metodologi baharu
tentang asal usul. Golongan Brahmin mempunyai kedudukan tertinggi
kerana terlibat dengan tugas dalam bidang agama dan pelajaran.
Kshatriya adalah kasta kedua tinggi. Professionnya adalah
sebagai tentera dan pemerintah Yang ketiga adalah Vaisya yang
terlibat dalam perdagangan, perniagaan dan petanian.
Sudra merupakan kasta yang rendah sekali kerana tidak memiliki
sebarang kemahiran. Mereka menjadi buruh dan juga membuat semua
kerja lain yang tidak memerlukan kemahiran khas.
Upanishad
UPANISHAD BERBINCANG TENTANG JIWA(ROH), TUHAN dan alam
semulajadi. Atman merupakan sesuatu yang berlainan dengan badan,
anggota, pancaindera, pemikiran dan tidak boleh dimusnah atau
diwujudkan. Pengetahuan benar tentang Atman membantu mengatasi
masalah kematian.
REFORMASI DALAM AGAMA HINDU
Beberapa amalan agama Hindu tidak dipersetujui oleh selapisan
masyarakat. Pada kurun ke-6 SM munculnya tiga orang reformis agama.
Mereka menentang:
a) Amalan kasta yang rigid.
b) Pengaruh dan kuasa golongan Brahminc) Penekanan terlalu
banyak atas upacara1) Gosala Maskariputra mazhab Ajivika.
Keturunan hamba. Tidak puas hati dengan corak kehidupan yang
dinikmati. Masuk ke hutan. Bertapa. Menemui kebenaran
kehidupan.
Ajaran Ajivika:
Menekankan sembahyang dan pertapaan (meditation)
Percaya bahawa semua kejadian di dunia ini ditentukan oleh
Niyathi iaitu kuasa spiritual dan tiada siapa berupaya untuk
mengubahnya.
Menolak sistem kasta
2) Mahavira (540-467 SM) Jainisme
Nama asal Vardhamana. Kasta Kshatriya. Tidak puas hati dengan
corak kehidupan.
Ajaran Jainisme
Menekankan sembahyang dan pertapaan (mediatation)
Menekankan konsep karma dan samsara
Menekankan ahimsa iaitu elakkan kekejaman dan satya iaitu
mengamalkan kebenaran dan menolak segala keinginan akan kemewahan
kebendaan.
3) Gautama Buddha (562-483SM) Buddhisme
Dilahirkan di Kapilavastu di India Utara sebelah selatan Nepal.
Nama asal Siddhartha. Pada umur 29 meninggalkan rumah untuk mencari
kebenaran tentang maksud kehidupan. Mengembara untuk 6 tahun.
Sampai ke Bandar Gaya dan bertapa di bawah pokok papal. Selepas 49
hari Gautama menemui kebenaran tentang kehidupan dan dikenali
sebagai Buddha. Buddha bermaksud orang yang mencapai kesempurnaan.
Hari ini diraikan sebagai Hari Wesak.
Agama Buddha bertujuan membantu seseorang mencapai Nirwana iaitu
suatu keadaan apabila seseorang mengetahui kebenaran tentang maksud
kehidupan dan dengan itu berjaya membebaskan diri daripada segala
ikatan duniawi. Orang yang mencapai nirwana akan berada dalam
keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan.
Impian seseorang penganut agama Buddha.
Buddha juga mengasaskan segolongan sami-sami yang berpakaian
warna kuning yang dikenali sebagai Sangjha. Ajaran Buddha ditentang
oleh golongan Brahmin kerana:
i) Buddhisme tidak menekankan konsep ketuhanan
ii) Kemunculan Buddha dari kasta Kshatriya dipandang sebagai
cabaran terhadap kuasa kasta Brahmin
BUDDHA PERCAYA KEPADA HUKUM KARMA, IAITU:
a) roh seseorang dilahirkan semulab) kitaran kelahiran semula
dapat diatasi hanya dengan mengamalkan kehidupan perfek.
c) Kehidupan perfek dapat dicapai dengan mengikuti Lapan Marga
atau prinsip.
d) Dengan itu roh seseorang akan memasuki dunia roh dan mencapai
Nirvana dan akan rehat di situ.
e) Dengan cara ini penderitaan kehidupan dapat diatasi.
AJARAN BUDDHA
Ajaran Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Marga
atau Prinsip. Ajaran ini disusunkan dalam Pitaka. Wujudnya tiga
antologi ajaran Buddha yang dkenali sebagai Tripitaka yang
bermaksud tiga Pitaka. Iaitu:
i) Sutta-Pitaka yang mengandungi ajaran Buddha yang dikenali
sebagai Dhamma.
ii) Vinaya-Pitaka yang mengandungi peraturan yang harus dipatuhi
oleh ahli Sangha (sami)iii) Abhidhamma-Pitaka yang mengandungi
ajaran metafizika seperti tujuan hidup manusia, kesedaran
kerohanian dan pencapaian nirwana.
Ajaran Buddha menekankan konsep Anitya.
Nitya bermaksud berkekalan selama-lamanya. Menurut ajaran Buddha
segala yang terdapat di dunia ini bersifat aniya iaitu tidak akan
berkekal selama-lamanya. Begitu juga kehidupan manusia kelahiran
dan kematian terus berlaku.
EMPAT KEBENARAN MULIA (Dhamma)
i) kehidupan adalah penuh dengan penderitaan
ii) penderitaan adalah hasil keinginan yang tamak
iii) penderitaan boleh diatasi jika keinginan dikawaliv) ini
dapat dilakukan dengan mengikuti 8 marga.
LAPAN MARGA MULIA/PRINSIP MULIA
Lapan Marga Mulia ini adalah jalan untuk mengatasi api keinginan
dan mencapai Nirvana.
i) kepercayaan yang betul
ii) azam yang betul
iii) pertuturan yang betul
iv) perbuatan yang betul
v) kehidupan yang betul
vi) usaha yang betul
vii) fikiran yang betul
viii) renungan yang betul
SAINS INDIA KLASIK
Astronomi dan kalendar: kedudukan longitude matahari dan bulan
telah dikira bagi upacara brahmanik yang biasanya diadakan pada
hari purnama. Kedudukan ini dikira menggunakan asterisme (naksatra)
atau bumi (constellation) di mana sistem zodiak bertanda 27
dianggap tertua.
Apabila zodiak Yunani 12 tanda diperkenalkan pada abad pertama
Masihi ia tidak menggantikan sistem naksatra. Kedua-dua sistem ini
digunakan untuk membahagikan tiap-tiap lambang zodiak kepada
sembilan bahagian. Setiap unit dalam 27 asterisme dibahagikan
kepada empat bahgian untuk mendapatkan 108 bahagian. Manakala
setiap unit dalam 12 asterisme Yunani dibahagikan kepada sembilan
bahagian untuk mendapatkan 108 bahagian, dengan ini ia
menghubungkan kedua-dua sistem zodiak, iaitu India dengan Yunani
(12 x 9 = 4 x 27 = 108)
Nombor 108 telah menjadi nombor rohani di India. Tambahan pula,
masyarakat India mengira hari dari waktu seubuh hingga waktu subuh
berikutnya dan kekal dengan kalendar bulan-matahari.
Matematik: Orang India telah mengembangkan matematik untuk
menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi.
Geometri, algebra dan trigonometri adalah ciptaan Zaman Vedik.
Nombor yang kini dipanggil sebagai nombor Arab adalah ciptaan India
Zaman Vedik Orang Arab telah mempelajari sistem matematik dan
nombor India dan memperkenalkan di Eropah. Kerana itulah ia
dipanggil sebagai nombor Arab.
Sifar adalah ciptaan istimewa orang India. Mereka juga memahami
kuantiti positif dan negarif. Mereka telah mengira punca kuasa dua,
punca kuasa tiga dan telah menggunakan persamaan kuadratik.
Perubatan: perubatan bermula pada Zaman Vedik sebagai seni ilmu
sihir. Unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pernafasan melalui
amalan yoga, reproduksi manusia, pembedahan, farmakologi dan
perubatan binatang telah kembang sebelum tahun Masihi. Teks Ayur
Veda seperti Susrutu Samhita dan Cakara Samhita yang disusun pada
100 SM dianggap penting untuk bidang ini sehingga sekarang. Fizik
dan Kimia: Konsep jisim muncul berdasarkan intuisi dan logic
bukannya eksperimen. Percaya bahawa alam semesta dibuat daripada
lima elemen, iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Aliran
falsafah Vaisesika menjelaskan prinsip atom, tetapi konsep bunyi
ditentukan berdasarkan eksperimen. Kebolehan mendengar mendapat
latihan untuk memahami intonasi veda. Dalam bidang pertukangan
besi, kemahiran mereka jelas nampak pada Iron Pillar di Delhi yang
dibuat pada abad ke-5 M. ini adalah sebatang besi berukuran 7m
tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat
PENGARUH TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA.
Hubungan awal India dengan Asia Tenggara bermula sejak zaman SM.
Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme (Hindu) serta
pelayaran putera2 diraja India telah mepercepatkan hubungan
perdagangan serta kebudayaan antara India dengan Asia Tenggara.
Kebudayaan India juga tersebar luas sehingga ke China menerusi
jalan darat. Rekod China menunjukkan kewujudan jalan darat dari
Benggal ke China menerusi utara Burma. Jalan ini digunakan pada 2 M
dan merupakan jalan yang sukar dilalui. Ada pedagang yang sampai ke
Asia Tenggara dan berkahwin dengan orang tempatan dan menetap di
sana. Usaha mubaligh Hindu dan Buddha menegakkan pengaruh budaya
dan agama India di Negara Asia Tenggara. The Greater India merujuk
kawasan ini, telah menunjukkan pengaruh India begitu luas dan
kuat.
Penyebaran kebudayaan awal India serta pengaruhnya ke atas
penduduk Asia Tenggara sebelum tahun 1500 M
Hubungan awal pada umumnya tidak berbentuk penaklukan politik
kecuali ekspedisi ketenteraan Rajendra Chola yang menyerang
Sailendra di Sumatra serta menguasai empayar termasuk Kedah. Nama
seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan Suvarnadvipa (Semenanjung
keemasan) digunakan untuk merujuk rantau ini yang mengeluarkan
emas.PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA
Agama Hindu dan Buddha serta bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil
telah memperkayakan kebudayaan Negara di Asia Tenggara termasuk
Malaysia.
Penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh masyarakat
India terdapat di sekitar negeri Kedah. Kuala Merbok berperanan
sebagai pelabuhan bagi kapal India kerana ia merupakan tempat yang
paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu.
Setelah beberapa lama kawasan ini mula memainkan peranan sebagai
pusat perdagangan antara India dengan Tanah Melayu. Penyebaran
agama Buddha berlaku. Tinggalan yang membuktikan koloni Hindu
dengan kuil-kuil yang musnah di sepanjang lereng Gunung Jerai,
bersama dengan serpihan patung. Inskripsi Sanskrit pada abad ke-4 M
ditemui di Bukit Mertajam.
Di Gunung Jerai, ditemui patung suci Saivisme yang menjadi daya
penarik penganut agama ini. Penemuan patung Dewi Durga,
Mahishasura, kepala Nandi (kenderaan dewa Shiva) di Sungai Batu
Pahat, Kedah juga membuktikan bahawa penduduk kawasan itu telah
menganuti agama Hindu.
Di Candi Batu Pahat juga telah ditemui bukti pengaruh Hindu yang
kuat seperti patung singa, lembu, kura-kura dan bunga teratai yang
dikaitkan dengan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme.
Pengaruh India juga bertapak kuat di Alam Melayu dengan
perkembangan konsep Devaraja, iaitu anggapan bahawa raja adalah
pembayang Tuhan di muka bumi. Ini merupakan tradisi Hindu yang amat
berpengaruh di Alam Melayu.
Pengaruh Hindu juga jelas dalam kesusasteraan Melayu sehiggakan
terdapat zaman Hindu dalam sejarah kesusasteraan Melayu lama. Yang
paling popular ialah karya-karya saduran epik-epik agung Hindu
seperti Ramayana dan Mahabharata. Hikayat Seri Rama dan Hikayat
Pandawa Lima/Jaya merupakan contoh yang jelas. Adat istiadat
perkahwinan, pemikiran, kepercayaan, kesenian, makanan, aspek
ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh
corak Tamadun India.Ilmu
Wahyu(al-Quran)
Manusia
Aqidah Tauhid (Allah)
Sumber Alam
Teknologi
Dikuasai dan dipengaruhi oleh TAUHID
AQIDAH
(Tauhid / keimanan)
Sumber manusia
Syariat
Sumber Wahyu (al-Quran/Sunnah)
Teras Tamadun Islam
AKHLAK SYARAT
IBADAH-pengabadian penyembahan
(Worldship sistem)
Sumber Kebendaan
Ilmu
Kekayaan
Ilmu ibadat dan Ilmu akhlak
(Ilmu sepanjang hidup)
Ilmu ibadat dan Ilmu akhlak
(Ilmu sepanjang hidup)
Ilmu sains dan teknologi
Ilmu Syariat-muamalat,jinayat dan daulah
(Teras Ilmu)
ILMU TAUHID, KEIMANAN (foundation)
Raja
Aristokrat
Petani dan Artisan
Hamba, Askar dan Pedang