ISI KANDUNGAN
PERKARAMUKA SURATBAHAGIAN A: Baca artikel bertajuk Tingkah Laku
Emosi Kanak-Kanak dan Eskpresi Ibu Bapa oleh Norly Jamil,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
a..Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini2
b.Huraikan penemuan-penemnuan kajian ini 3
c. Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Prasekolah 5
BAHAGIAN B: Esei Penderaan Emosi dan Pengaruhnya Terhadap
Perkembangan DabPeranan Guru
1.Pendahuluan71.1 Definisi Penderaan Fizikal71.2Punca Utama
Gejala Penderaan Kanak-Kanak81.3Kesan Penderaaan112.Peranan
Guru12
BAHAGIAN C
TINGKAHLAKU SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1.
Pendahuluan171.1Kajian Tingkahlaku Sosio-Emosi Kanak Pra
Sekolah171.2Penaksiran Tingkah Laku Sasaran Kajian.181.3Analisa
Dapatan22
BIBLIOGRAFI
BAHAGIAN A: Baca artikel bertajuk Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak
dan Eskpresi Ibu Bapa oleh Norly Jamil, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
a..Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini
Tujuan kaedah ini adalah untuk menentukan hubungan tingkah laku
emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa iaitu melihat
hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpresi emosi
positif ibu bapa dan ekpsresi emosi negatif ibu bapa. Hubungan
tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpresi emosi positif ibu
bapa dan ekpsresi emosi negatif ibu bapa.
Kajian ini melibatkan seramai 101 sampel yang terdiri daripada
ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dari 11 buah
tadika KEMAS Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan dua soal
selidik yang telah diubah suai daripada soal selidik Expressiveness
Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik
Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani Abdullah ( 2001 ). Data
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah
diskriptif adalah untuk melihat kekerapan dan peratus bagi
data-data demografi. Pengujian hipotesis data dianalisis
menggunakan t test, ANOVA Satu Hala dan korelasi Pearson.Kajian
mendapati kanak-kanak yang berkebolehan meluahkan perasaan dan
keinginan lebih baik dalam bertingkah laku dan mendapat penerimaan
yang baik dalam pergaulan sosialnya. Sebaliknya jika mereka tidak
mempunyai kemahiran ini, peluang dan risiko untuk menunjukkan
tingkah laku bermasalah sangat tinggi ( Benedict et al, 2007 ).
Dalam permasalahan ini jelas kemahiran tingkah laku emosi
kanak-kanak ini berhubung kait dengan emosi ibu bapa mereka. Hal
ini kerana kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan ibu bapa dalam
mempertingkat kemahiran emosi mereka. Kajian ini juga melihat
sejauhmana tingkah laku emosi kanak-kanak berkaitan dengan ekspresi
emosi ibu bapa. Kajian perkembangan emosi ini sangat penting kerana
emosi merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial mereka.
Emosi kanak-kanak selalu dikaitkan dengan tingkah laku sosial
mereka yang boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada
kanak-kanak itu sendiri ( Carlos Valiente et al ). Dengan itu,
kanak-kanak dapat mengukur emosi sendiri dan mendapat garis panduan
tingkah laku yang baik dengan cara yang tersendiri bagi mencapai
perkembangan sosioemosi yang baik.
b) Huraikan penemuan-penemnuan kajian ini 3 halaman.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur mereka. Didapati umur
menjadi faktor yang dapat membezakan kemahiran kanak-kanak dalam
menunjukkan tingkah laku emosi mereka. Kajian juga menunjukkan
wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku emosi
kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa masing-masing. Dalam hal
ini boleh dikatakan bahawa bagaimana ibu bapa itu meluahkan dan
mempamerkan emosi mereka memberi kesan hubungan terhadap tingkah
laku emosi anak masing-masing. Beberapa aspek dapat diperolehi
dalam penilaian kerja ini.
i. Terdapat Perbezaan Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Mengikut
UmurDidapati terdapat perbezaan antara tingkah laku emosi
kanak-kanak dengan umur. Dengan kata lain, jelas menunjukkan bahawa
tahap umur kanak-kanak itu membezakan bagaimana kemahiran
kanak-kanak itu mengekspresikan tingkah laku emosi masing-masing.
kesan prososial terhadap perjalanan perkembangan tingkah laku dan
simptom emosi kanak-kanak telah menunjukkan dapatan kajian yang
hampir sama iaitu adanya perbezaan kesan emosi dalam kalangan
kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun. Kajian mendapati kanak-kanak umur 5
tahun menunjukkan simptom emosi lebih tinggi. Malah, diramalkan
kesan emosi ini ada kaitannya dengan tingkah laku hiperaktif mereka
apabila berumur 6 tahun ( Perren et al 2007 dalam Sonja et al
2007). Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua faktor asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan mengenai kedua-dua
faktor ini adalah asas kepada penentuan objektif pendidikan, kepada
perancangan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk
semua pelajar dalam pelbagai peringkat perkembangan. Perkembangan
jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana ciri-ciri
tingkah laku individu dibina. Di samping seseorang murid yang
membesar itu dibimbing melalui proses pembelajaran, ciri-ciri
tingkah laku tadi akhirnya menjadi tingkah laku yang menjadikan
orang itu sama dengan atau berlainan daripada orang lain.
ii. Terdapat Hubungan Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dengan
Ekspresi Emosi Ibu Bapa. Berdasarkan kajian ini kesan hubungan itu
sebenarnya berlaku antara tingkah emosi kanak-kanak dengan ekspresi
emosi negatif ibu bapa. Dengan kata lain, situasi keluarga yang ibu
bapanya selalu menunjukkan ekspresi negatif lebih baik memberi
kesan dalam tingkah laku emosi kanak-kanak berbanding dengan
kanak-kanak yang ibu bapanya selalu menunjukkan ekspresi positif.
Hal ini hampir sama dengan yang diutarakan oleh Halberstadt, 1984,
iaitu dapatan selalu menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada
keluarga yang kurang menunjukkan ekspresi emosi lebih baik dalam
memahami emosi berbanding dengan yang lain. hubungan tingkah laku
emosi kanak-kanak dengan ekpsresi emosi ibu bapa akan dibina. Model
ini menjelaskan bagaimana ekspresi emosi ibu bapa itu (unsur
persekitaran) memberi kesan terhadap perubahan dan pembentukan
tingkah laku emosi (unsur tindak balas tingkah laku kesan
interaksi) kanak-kanak (unsur intrinsic individu). Dengan model
hubungan ini maka dapatlah dijelaskan bahawa tingkah laku dan
peluahan emosi ibu bapa perlu dilakukan dengan positif dan memberi
satu model terbaik kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak
akan menjadikan menjadikan model ini sebagai satu permodelan
tingkah laku emosi mereka melalui pemerhatian dan peniruan
sepanjang mereka bersama-sama ibu bapa.
Dapatan ini agak kompleks dan sukar untuk dijelaskan.faktor
perbezaan budaya dan persekitaran sememangnya jelas hasil dapatan
kajian besar kemungkinan akan menunjukkan perbezaan bapa bertapa
besarnya peranan mereka dalam pembentukan tingkah laku dan
personaliti kanak-kanak sehingga menjadi dewasa kelak. Ibu bapa
harus sedar cara bagaimana mereka berkomunikasi hatta meluahkan dan
mempamerkan perasaan dan emosi mereka secara langsung atau tidak
langsung juga mampu mencorakkan tingkah laku emosi yang positif
atau negatif kepada anak-anak mereka. Dengan adanya kajian seumpama
ini ibu bapa lebih sedar dan prihatin dalam menunjukkan tingkah
laku dan luahan emosi mereka terutamanya di hadapan kanak-kanak
ini. Setiap item yang menilai kemahiran - kemahiran tingkah laku
emosi kanak-kanak boleh dijadikan garis panduan dalam membentuk dan
menilai kemahiran emosi kanak-kanak di samping mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangsang kepada perkembangan emosi
yang lebih sihat untuk kanak-kanak dalam tahun-tahun perkembangan
mereka.ii.
c.Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Prasekolah
Ibu bapa harus sedar cara bagaimana mereka berkomunikasi hatta
meluahkan dan mempamerkan perasaan dan emosi mereka secara langsung
atau tidak langsung juga mampu mencorakkan tingkah laku emosi yang
positif atau negatif kepada anak-anak mereka. Dengan adanya kajian
seumpama ini ibu bapa lebih sedar dan prihatin dalam menunjukkan
tingkah laku dan luahan emosi mereka terutamanya di hadapan
kanak-kanak ini. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan oleh
guru-guru di prasekolah atau tadika dalam membentuk tingkah laku
emosi mereka. Setiap item yang menilai kemahiran - kemahiran
tingkah laku emosi kanak-kanak boleh dijadikan garis panduan dalam
membentuk dan menilai kemahiran emosi kanak-kanak di samping
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang kepada
perkembangan emosi yang lebih sihat untuk kanak-kanak dalam
tahun-tahun perkembangan mereka. Guru prasekolah harus sedara
bahawa pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi
membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran
kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai
persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di
prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran
sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal,
kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian
adalah salah satu aspekyang harus diberi penekananoleh guru
prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang
kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di
prasekolah.
Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua
domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Namun
penglibatan ibu bapa dalam membentuk hubungan serta perkembangan
kanak-kanak merupakan indkatro yang amat bersar dalam menentukan
sikap murid prasekolah selain penglibatan mereka dalam pembelajaran
dalam kelas pra sekolah. berkebolehan meluahkan perasaan dan
keinginan lebih baik dalam bertingkah laku dan mendapat penerimaan
yang baik dalam pergaulan sosialnya. Sebaliknya jika mereka tidak
mempunyai kemahiran ini, peluang dan risiko untuk menunjukkan
tingkah laku bermasalah sangat tinggi ( Benedict et al, 2007 ).
Dalam permasalahan ini jelas kemahiran tingkah laku emosi
kanak-kanak ini berhubung kait dengan emosi ibu bapa mereka. Hal
ini kerana kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan ibu bapa dalam
mempertingkat kemahiran emosi mereka.Lagipun perkembangan
sosioemosi kanak-kanak sering kali dipengaruhi oleh ibu bapa (
Maccoby & Martin 1983 dalam Kimberly L. Eaton, 2001). Satu
domain yang selalu dikaitkan para pengkaji tentang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak dengan perspektif sosialisasi keibubapaan
ialah tentang ekspresi emosi atau expressiveness (Denham, 1993;
Dunn & Brow, 1994; Eisenberg, Cumberland & Spinrad, 1998;
Halberstadt , 1986; Malatesta & Haviland, 1982dan Saarni 1999
dalam Kimberly L. Eaton, 2001).
BAHAGIAN B: Penderaan Emosi dan Pengaruhnya Terhadap
Perkembangan dan Peranan Guru
1.PendahuluanBilangan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan
di Malaysia semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan
ini. Arah aliran ini membimbangkan, khususnya kerana bilangan kes
yang dilaporkan berkemungkinan hanya sebilangan kecil daripada
masalah yang jauh lebih besar. Sungguhpun statistik bagi kes
penderaan dilaporkan setiap tahun, namun statistik ini tidak
mencerminkan tahap sebenar penderaan dalam masyarakat atau mengapa
penderaan berlaku. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai
mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat
dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan
peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat
meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan
kanak-kanak. Pelbagai faktor dikaitkan dengan kes penderaan
kanak-kanak, namun tidak banyak yang diketahui bagaimana
faktor-faktor ini menyumbang kepada penderaan kanak-kanak dalam
konteks Malaysia. Berlandaskan senario ini, kajian yang tuntas
tentang penderaan kanak-kanak harus dijalankan bagi membantu kita
memahami skop dan keseriusan isu tersebut dalam masyarakat
umum.
1.1 Definisi Penderaan FizikalPenderaan fizikal adalah suatu
fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara
fizikal, tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang
teruk, kecacatan anggota tubuh, retak, patah tulang, lecur atau
terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Bahkan
penderaan ini boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak
iaitu cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat
daripada penderaan tersebut. Apakah di ertikan dengan penderaan dan
asuhan ini perlu di teliti dengan jelas seperti berikut:Penderaan
kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang
dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada
mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.Penderaan kanak-kanak
ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Penderaan fizikal kanak-kanak.Penderaan mental kanak-kanak.
Namun, penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana
tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat
antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk
bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini lima kategori
sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu penolakan,
pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah
fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke
atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke
atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima
sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap
perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara
perorangan. Kelimalima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa
berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam
suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan
emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini
telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran
yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran
mereka.
1.2Punca Utama Gejala Penderaan Kanak-KanakTeori-teori
psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji
bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu
dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality
yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi
tingkahlaku dalam keadaan social tertentu.Faktor Teori Psikologikal
Ibu BapaPertengkaranIni bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi
tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan
sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan
geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila
seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi,
maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka
dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsur
memberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah
terlibat.Masalah KewanganTekanan masalah ekonomi atau beban kerja
yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salah satu factor
berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi
kurang waras kerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan
tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek
ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga
yangsempurna.Kasihsayang yang utuh dan prihatin menggunung
sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Seseorang ketua
keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perlu
difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari
ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.Masalah
RumahtanggaPenderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa
berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk
meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru
kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup
mereka.Masalah Penagihan Dadah dan ArakIbu bapa yang ketagih dadah
atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan
kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan
dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa
mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan
sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan
tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak
yang tidak berdosa.Faktor Teori Psikologikal Pelaku Devian
JenayahKurang Didikan AgamaTerdapat segelintir individu luar selain
ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan agama.
Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat ini, mereka
seperti tidak ada haluan hidup. Tindakan devian yang dilakukan
terhadap kanak-kanak ini dianggap seperti tidak mempunyai
pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu mempunyai
didikan agama, mereka pasti akan memikirkan bahawa kelakuan atau
tindakan mendera kanak-kanak ini adalah satu kesalahan besar di
dalam agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang umatnya
berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat yang lain.Gagal Mengawal
Nafsu SeksKegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama
berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan
individu pelaku devian ini. Di Malaysia, banyak kes yang telah
timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin
Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual,
penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg
sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa
pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras, tidak dapat berfikir
dan seolah-olah otak mereka telah beku.Faktor Membalas DendamDari
sudut factor membalas dendam ini, ia tidak kurang peranannya. Dalam
factor ini, pelaku devian ini melakukan tindakan penderaan seksual
terhadap kanak-kanak akibat daripada rasa dendam terhadap bekas
kekasih. Kemungkinan pelaku devian pernah dikecewakan oleh kekasih
mereka. Akibat tekanan yang dialami, mereka menyimpan dendam dan
bagi melepaskan geram tersebut, kanak-kanak perempuan yang biasanya
menjadi sasaran mereka. Mereka seolah-olah akan merasa puas dengan
melakukan tidakan sedemikian.Faktor Ibu dan Ayah TiriFaktor ini
adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam
berlakunya penderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah
bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau
ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada
perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini
tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada
di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap
kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan,
dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut.
Pada kebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat
penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat
fizikal dan seksual.Kurang Perhatian Dari Ibu BapaBanyak juga
perlakunya penderaan kanak-kanak adalah akibat daripada kurangnya
perhatian ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak
menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin
dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang.
Jika kanak-kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah
dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak ini akan terdedah
kepada penculikan oleh individu yang mengambil kesempatan. Contoh
yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin.
Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar
bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan
perkara sedemikian seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan
baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga
mengabaikan anak-anak mereka.Masalah Penagihan Dadah dan ArakFaktor
penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus
berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh
berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut setelah
mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan
pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana arak dan dadah adalah
memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya tidak akan
dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan
bertindak di luar batasan atau mungkin lebih kepada batasan
kemanusiaan. Salah satu kes yang pernah kita dengar di Malaysia
dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak
di pondok kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal
keselamatan tersebut dibawah pengaruh Arak.
Faktor Pendidikan RendahPada aspek pendidikan rendah, factor ini
meliputi pencapaikan pelaku devian yang berpendidikan rendah.
Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan
jenayah akibat daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya
akan menculik kanak-kanak ini bagi menjadikan tebusan demi
mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa
melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki
kanak-kanak ini, maka individu tersebut mungkin berasa marah lalu
melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti mendera
kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual.Faktor Pengaruh
Kisah SilamTerdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh
individu yang mengalami tekanan emosi akibat kenangan silam dimana
semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Maka mereka
terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka
melakukan penderaan kepada kanak-kanak lain.1.3Kesan
PenderaaanKemerosotan dalam harga diri , reaksi emosi seperti
marah, rasa bersalah, sedih dan tiada sebarang perasaan,
kemurungan, masalah cemas, rasa terpinggir, gangguan fizikal,
gangguan makan, kecelaruan personaliti, kesukaran mempercayai org
lain, takut kepada lelaki, masalah seksual, pendera diri sendiri,
penyalahgunaan bahan terlarang serta kemerosotan dalam akademik dan
kerjaya.Remaja menunjukkan kesukaran dalam hubungan interpersonal
sesama jantina atau berlainan jantina, gangguan selera makan,
merasa kotor, malu, menyalahkan diri, dan suka menjalankan aktiviti
sekual.Mangsa sumbang mahram kesan rasa malu, bersalah, agresif,
sukar mempercayai individu lain dan sukar menjalinkan perhubungan
yang rapat. Tindakan yang biasa kita dengar mereka lakukan adalah
seperti melarikan diri pada usia muda, terlibat dengan dadah,
aktiviti seksual, jenayah serta pelacuran.
2.Peranan GuruPara guru dan para pendidik turut memainkan
peranan yang penting jika mengetahui ada pelajar yang menjadi
mangsa dera. Guru-guru turut bertanggungjawab untuk memberitahu dan
membimbing serta menasihati pelajar supaya mengetahui hak mereka
untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti
penderaan, rogol dan pencabulan. Menurut Akta Kanak-kanak 1991
(akta 468) pegawai perubatan diwajibkan untuk melaporkan kepada
pihak berkuasa sekiranya ada pesakit yang datang untuk mendapat
rawatan di klinik ataupun hospital dan dan mendapati wujudnya
sebarang kes penderaan. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian
akan didenda RM 1,000.00. walaubagaimanapun pada 1 Ogos 2002, pihak
kerajaan telah memanjangkan peranan ahli keluarga dan pengasuh
untuk melaporkan sebarang kejadian yang dicurigai terdapat
unsur-unsur penderaan. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan
denda ataupun penjara atau kedua-duanya sekali.Guru berperanan
penting dalam membentuk dan mengukuhkan jati diri di anak murid di
sekolah."Sikap guru yang lebih menumpukan perhatian kepada pelajar
cemerlang juga tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan membuatkan
pelajar yang lemah semakin rasa tersisih. Sepatutnya perhatian
harus diberikan kepada pelajar yang lemah dan bermasalah kerana
guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah.Sumber : Artikel Utusan
Malaysia Online, bertarikh 3/42012 Sehubungan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi mengariskan
beberapa cabaran yang perlu dimatapkan antaranya ialah melahirkan
sumber manusia yang berkualiti. Guru yang terlatih dan mempunyai
ciri-ciri yang dikehendaki akan dapat melahirkan budaya pendidikan
yang berkualiti. Tanggungjawab guru pada masa kini, bukan sahaja
untuk mengajar mengikut sukatan yang ditetapkan, tetapi guru perlu
mendidik dan peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam
dunia pendidikan masa kini. Sehubungan itu, sebagai seorang guru
yakni penjawat awam kementerian telah mengeluarkan arahan
perkhidmatan ( 1974 ) menghendaki seseorang pegawai awam sentiasa
bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka
layanan yang teratur dan memuaskan. Dalam satu etika profesion
perguruan, antaranya ialah guru mempunyai akuntabiliti kepada
murid. Dalam hal ini, akuntabiliti telah mengariskan panduan kepada
guru bahawa setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mengulas lanjut kenyataan
Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 )
berkaitan akuntabiliti guru untuk melahirkan murid yang seimbang
selaras dengan kehendak FPN, guru perlu bersikap adil terhadap
setiap orang murid tanpa mengira fakor jasmani, mental, emosi,
politik, eknomi, social, keturunan atau agama. Beck ( 1990 )
mebincangkan peranan penting sekolah termasuklah memupuk
nilai-nilai yang baik untuk mencorak perkembangan sosial, moral,
kerohanian dan perkembangan personal pelajar. Keadaan ini sejajar
dengan matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan kehidupan dan
pengamalan nilai-nilai yang sihat dalam diri pelajar. Mengulas hal
ini, cabaran guru pada masa kini ialah untuk mengenepikan
unsur-unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk
melahirkan generasi yang mempunyai jati diri untuk mengekang
masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini kerana,
guru yang memberikan layanan yang berbeza-beza akan menyebabkan
anak murid rasa tersisih. Perasaan ini akan mewujudkan jurang
antara pelajar yang diberikan sering diberikan perhatian dengan
pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Sehubungan itu,
guru perlu menjalankan pendekatan kepedulian guru apabila
berhadapan dengan masalah murid. Hal ini kerana, tugas utama guru
ialah untuk mendidik anak murid. Pendekatan kepedulian guru sangat
penting dalam mendapatkan kepercayaan anak murid dan mendekatkan
perhubungan antara guru dan murid. Kepedulian merupakan kesanggupan
seseorang untuk bekorban demi orang lain. Kepedulian didefinisikan
sebagai mengambil berat terhadap orang lain. Dalam konteks guru,
setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk menghadapi murid
dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan merasakan bahawa guru
sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli terhadap masalah
mereka. Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan
mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Malah, suasana
yang kondusif ini akan dapat membantu guru mencapai objektif
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Noddings dalam Syed Ismail
Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menjelaskan
pendidikan merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan
perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Melalui pendidikan, beliau
menjelaskan bahawa perjumpaan dirancang atau tidak dirancang
menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan,
kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Jelas Noddings, sekolah yang
merupakan tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Melalui ilmu
pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku melalui disiplin
dan matlamat diri yang jelas. Seterusnya, sikap kepedulian guru
ini, akan membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap
murid dengan adil dan saksama.Peranan guru di sekolah ialah untuk
membawa perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen perubahan, guru
perlu membawa ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada masyarakat.
Melalui ini, sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberikan
pelbagai pengetahuan yang dapat digunakan oleh masyarakat dalam
kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai
kecemerlangan hidup untuk menjadi agen perubahan. Omar Mohd Hashim
( 1999 ), menjelaskan perasaan puas hati untuk kekal berada pada
tahap yang rendah dan mediacore akan membawa natijah yang buruk.
Maka, dalam dunia yang kuat bersaing, tidak ada cara dan matlamat
lain, melainkan mengarah dan mengejar ke tahap kecemerlangan dalam
semua bidang, kerja dan tugas. Peranan guru sangat besar sebagai
agen perubahan sosial. Warga pendidik mempunyai tanggunghawab dan
tugas besar untuk melayan jangkaan masyarakat dunia. guru perlu
bersifat pragmatik, rajin berusaha, serba boleh, berilmu, rajin,
berdisiplin dan teratur. Tambahan itu, guru perlu mempunyai
hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi dan
membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah ini. Guru-guru yang
berpengaruh dan berkesan menjadi role-model kepada pelajar.
Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru
dalam pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat
guru menyampaikan ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah,
sekolah berperanan sebagai penyampai kebudayaan dan melahirkan
nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai merupakan unsur budaya yang
penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi perkembangan moral,
akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan murid.
Teori sosialisasi memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan
moral yang perlu dititikberatkan bagi membentuk individu yang dapat
mempertahankan cara hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia.
Oleh itu, guru berperanan untuk menjadi agen sosial kepada murid
dengan menerapkan nilai-nilai agama, baik dan bermoral dalam diri
pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru dapat
menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan
akhlak dan moral individu bagi menghadapi cabaran masa kini.Selain
itu, dalam menjadi agen sosial pendidik perlu berfikiran positif
sebagai mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak,
kerohanian dan tingkah laku yang baik serta mendidik golongan muda
supaya mereka dapat mempertahankan nilai-nilai yang mendorong
kemajuan dan kesejahteraan hidup. Satu istilah penting dalam tugas
guru sebagai agen sosialisasi ialah sebagai salah satu pembentuk
jati diri murid. Jati diri bermaksud membentuk dan membina diri
setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri
ialah membentuk ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan,
berpakaian, berbahasa, cara memberi maklum balas dan tindakan balas
secara positif serta mempunyai sifat murni dalam pergaulan seharian
( Ahmad Marzuki Ismail, 2006 ). Dalam pada itu, jati diri
membolehkan individu menerima dan menangani segala perubahan dan
perkembangan semasa dengan sebaik mungkin.
BAHAGIAN CKAJIAN TINGKAHLAKU SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK
PRASEKOLAH1. PendahuluanTingkah laku adalah satu proses psokologi
yang berlaku pada setiap individu apabila individu itu menerima
sesuatu rangsangan. Melalui tingkah laku maka wujud beberapa
perubahan pada kanak-kanak antaranya keyakinan diri, perubahan
sikap, sosiemosi, perkembangan kognitif, dan psikomotor. Terdapat
berbagai-bagai pendekatan yang digunakan dalam pendidikan
kanak-kanak prasekolah dalam melihat kaitannya dengan tingkah
laku.Kebolehan membentuk hubungans osial yang positif, memberi
tumpuan,menzahirkan emosi secara efektif dengan rakan sebaya dan
orang dewasa, mendengar dan mengikut arahan dan menyelesaikan
masalah sosial adalah merupakan sebahagian daripada kemahiran
sosio-emosi yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk berjaya dalam
proses transisi ke sekolah. Malahan semua kompetensi ini dianggap
kritikal sebagai persediaan ke alam persekolahan.Walaubagaimanapun
kajian menunjukkan hampir 10-15% kanak-kanak prasekolah mempunyai
masalah tingkahlaku dari tahap ringan ke tahap sederhana (Campbell,
1995), dan peratusan ini lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak
yang datang dari keluarga golongan miskin (Qi & Kaiser, 2003).
Dalam kalangan kanak-kanak yang berkeperluan khas pula, risiko
masalah tingkahlaku adalah lebih tinggi.Dengan terdapatnya masalah
tingkahlaku awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan potensi
kemungkinan besar kanak-kanak ini akan mempunyai masalah
tingkahlaku menjadi satu cabaran dalam usaha meningkatkan
kompetensi sosio-emosi dalam seting pendidikan awal kanak-kanak.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pembentukan
tingkahlaku bermasalah. Dari sudut kanak-kanak, antara faktor
penyumbang masalah tingkahlaku ialah degil, ganas, dan kurang
penguasaan bahasa(Stormont, 2002). Faktor keluarga yang dikaitkan
dengan tingkahlaku bermasalah ialah ibu yang murung, stress yang
tinggi dalam keluarga, kurang bantuan sosial, dan keluarga yang
kurang stabil (Harden et al., 2000; Spieker, Larson, Lewis, Keller,
& Gilchrist, 1999). Akhirnya banyak kajian menunjukkan
hubungkait antara seting pendidikan awal kanak-kanak yang rendah
kualiti dengan lemah perkembangan sosio-emosi dalam kalangan
kanak-kanak (Helburn et al., 1995; National Research Council,
2001).1.1Kajian Tingkahlaku Sosio-Emosi Kanak Pra SekolahTujuan
kertas kerja ini ialah untuk menghuraikan hubungkait antara
perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dan tingkahlaku bermasalah
dengan seting pendidikan prasekolah, ibu bapa dan keluarga, serta
persekitaran sosial. fokus kepada perkembangan sosio-emosi
kanak-kanak dan mengurangkan kemungkinan masalah tingkahlaku ini
berkembang.Untuk melakukan pemerhatian tingkah laku ke atas murid,
beberapa disediakan bagi meninjau tingkah laku dan emosi pra
sekolah imo. Ianya terdiri daripadatingkah laku agresifseperti
hiperaktif, suka memukul, mencubit, membaling benda, dan
sebagainya. Tingkah laku pasifseperti mengasingkan diri, tiada
keyakinan diri, memencilkan diri daripada aktiviti kumpulan dan
sebagainya.Masalah sosial dan emosiseperti kelihatan sugul, suka
berbohong, keluar daripada kelas tanpa izin guru, dan
sebagainya.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh
digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya
adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration
recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan
sekil kadar.Dimensi Kecerdasan Emosi Goleman (1999), membahagikan
kecerdasan emosi kepada dua kecekapan iaitu, kecekapan peribadi dan
kecekapan sosial. Kedua-dua kecekapan ini membenarkan seseorang
mengawal diri sendiri dan berinteraksi dengan baik di dalam
masyarakat. Beliau telah menentukan lima domain kecerdasan emosi
yang merangkumi 1) kesedaran kendiri; domain asas sebelum kewujudan
domain-domain lain, 2) regulasi kendiri; menentukan bentuk respon
atau tindak balas yang dizahirkan oleh seseorang, 3) motivasi
kendiri; pendorong seseorang untuk mencapai matlamat,4) empati;
kebolehan seseorang memahami emosi orang lain, dan 5) kemahiran
sosial;kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain.
Kelima-lima domain ini adalah salingberkaitan dan saling melengkapi
antara satu dengan yang lain. Tanpa satu kecekapan emosi,seseorang
individu akan mengalami masalah untuk mencapai matlamat dan
keberhasilan didalam hidupnya. Pernyataan sedemikian adalah
inteprerasi daripada justifikasi Goleman, (1999)terhadap penyebab
kegagalan dan keberhasilan seseorang dalam kehidupan peribadi
danprofesion individu.
1.2Penaksiran Tingkah Laku Sasaran Kajian.Nama Murid :Aidil
AdamTarikh Lahir : 9 Feb 2008Tinggi :135cmBerat:25 kgPendidikan
Ibu:Suri RumahPendidikan Bapa:MekanikBilangan Adik Beradik:5
OrangKedudukan Dalam Keluarga:3 dari 5 orang
Borang Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka
bersendirianTandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi
tidakSIKAPLOKASI
HARIBoleh berkongsibahanBoleh interaksi dengan rakanSuka
bersendirianAktiviti Dalam kelasAktiviti Luar kelas
ISNIN////
SELASA////
RABU x///
Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi A. AgresifPetunjuk1.
Selalu2. Tiada3. Kadang-kadang
BILJenis Tingkah Laku123
A. Agresif/
1.Hiperaktif/
2.Suka memukul/
3.Suka mencubit/
4.Cepat marah/
5.Suka berkelahi/
6.Suka bertumbuk/
7.Suka mencederakan diri sendiri/
8.Suka mencederakan orang lain/
9.Suka merosakkan harta sendiri/
10.Suka merosakkan harta orang lain/
11.Suka mengejek kawan atau orang lain/
12.Suka mengganggu kawan/
13.Suka menjerit-jerit/
14.Membaling benda-benda kepada kawan/
15.Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai/
16.Menggoyang-goyangkan badan/
17.Mengetuk-ngetuk di tempat duduk/
18.Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian/
19.Menggunakan bahasa kesat/
20.Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian/
BILJenis Tingkah Laku123
B. Pasif
1.Hipoaktif (berdiam diri)/
2.Mengasingkan diri / bersendirian/
3.Suka berkhayal/
4.Suka membebel / berleter seorang diri/
5.Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata saya tidak
boleh/
6.Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna/
7.Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah/
8.Mempunyai pergerakan yang lambat/
9.Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan/
10.Lambat dalam menjalankan tugas/
Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi B. Pasif
Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi C. Masalah EmosiBILJenis
Tingkah Laku123
C. Masalah Emosi dan Sosial
1.Suka menghisap jari/
2.Suka menggigit kuku/
3.Kelihatan sugul/
4.Merasa takut dan cemas/
5.Takut pada situasi baru/
6.Terlalu malu dan kurang bergaul/
7.Suka meminta perhatian/
8.Suka berbohong/
9.Suka mengambil barang orang/
10.Tidak suka berkawan/
11.Menyalahkan orang lain/
12.Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru/
13.Menggangu apabila guru bercakap/
14.Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah/
15.Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat/
16.Tidak memberi kerjasama pada orang lain/
17.Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan/
18.Tidak suka pada rancangan yang diatur/
19.Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin/
20.Tidak bertindakbalas apabila berbual/
1.3Analisa DapatanData yang dikumpulkan akan dinilai dengan
menggunakan soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot,
borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian yang telah
dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan
yang diperolehi melalui beberapa instrument.Hasil yang diperoleh
daripada intervensi awali. Perubahan dalam tingkah laku anak;
tingkah laku kanak-kanak yang tidak sesuai sebelum intervensi,
seperti mengganggu rakan, tidak mematuhi arahan, mengasingkan diri,
menjadi semakin berkurang selepas intervensi. Semasa intervensi
tingkah laku mengganggu berkurang selama lima hingga 15 minit pada
setiap sesi. Selain itu, intervensi awal juga memberi kesan kepada
masa penyertaan kanak-kanak dalam akademik, iaitu penyertaan mereka
meningkat sebanyak 90 peratus.ii. Perubahan dalam bahasa dan
komunikasi kanak-kanak; apabila ibu bapa lebih banyak memberi
respon yang bermakna terhadap ucapan kanak-kanak, kanak-kanak akan
memberi komen yang lebih spontan dan lebih banyak mengambil
bahagian atau giliran semasa berbual walaupun tiada prompt daripada
ibu bapa. Respon, ganjaran, pujian daripada ibu bapa berhasil
meningkatkan kekerapan interaksi anak dengan ibu bapa. iii.
Penglibatan ibu bapa; program intervensi mampu membantu ibu bapa
terlibat dalam pembangunan diri anak, dan membantu mereka untuk
mengajar kanak-kanak mengamalkan tingkah laku sesuai. Intervensi
mendedahkan ibu bapa ilmu tentang cara meneguhkan tingkahlaku dan
mengurangkan penggunaan hukuman dan kebencian di rumah.Menurut
Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran
kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang
relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan
yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran
pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran
Aidil dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian
sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat
umur.David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses
pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai
respon Aidil kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran
adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara
saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah
proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan
masalah Aidil dan membuat keputusan megenai Aidil. Perkembangan
sosio emosi kanak ini adalah salah satu domain perkembangan yang
sangat penting kepada murid tanpa mengira ketidakupayaan. Menurut
Goleman (1998) kecerdasan emosi adalah prasyarat untuk keberkesanan
kecerdasan intelek. Ini bermakna, kecerdasan Intelek tidak dapat
berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak rosak akibat
kecacatan emosi. Goleman (1998) mengaitkan kawalan emosi sebagai
master aptitude dan mencadangkan kebolehan mengawal emosi adalah
sesuatu yang kritikal bagi membolehkan proses kognitif berlaku.
Manakala, Mohd Azhar Abd Hamid (2005) mengaitkan unsur-unsur yang
berkaitan dengan kecerdasan emosi dengan kemahiran sosial
kanak-kanak. Emosi yang stabil menjadikan Aidil lebih berkeyakinan
dalam perhubungan dan interaksi sosial. Hasil daripada interaksi
sosial yang stabil, potensi akan lebih terserlah dalam kepimpinan,
pencapaian dalam kumpulan, pencapaian individu, perhubungan sosial,
dan pengurusan. Justeru, kanak-kanak memerlukan perkembangan emosi
yang sihat sebagai persediaan untuk belajar (Barbarin, 2002 &
Klein, 2002) kerana perkembangan emosi dan sosial mengiringi
perkembangan kognitif kanak-kanak (Boyd, Barnett, Bondrova, Leong,
& Gomby 2005) serta menjadi alat ukur kepada kejayaanindividu
kanak-kanak (Mohd Azhar Abd Hamid, 2005). Bagi kanak-kanak yang
dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian telah dan
dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut
secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya
kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah
untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi
tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat
semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti
bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti
secara berkumpulan dan sebagainya. Selepas pemerhatian dan
diagnosis dilakukan, Aidil didapati mempunyai pelbagai tingkah laku
negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan
dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Aidil iaitu dia suka
bersendirian atau mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran
dijalankan. Aidil tidak menunjukkan minat dalam masa pembelajaran .
Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan beberapa saat sahaja kemudian
dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian. Bermula dari
masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku.
Dia kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara
sendirian . Dia masih meneruskan tingkah laku tersebut walaupun
telah ditegur oleh guru. Kekerapan Aidil suka meyepikan diri boleh
dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah dikemukan dalam
laporan ini.Aidil tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan
luar kelas. Suka bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan
dari rakan dan guru serta menyorok ditempat-tempat yang susah
hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada
guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru
dan seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan
dan bahan pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk
bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri
seperti bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka
menjauhkan diri dari rakan.Tinjauan literatur menunjukkan kajian
berkenaan penghasilan tingkah laku oleh kanak-kanak yang mengalami
masalah sosial dan emosi telah banyak dilakukan. Kajian-kajian
tertumpu kepada cara untuk mencegah dan memulihkan tingkah laku
yang tidak sesuai seperti tingkahlaku mengganggu rakan,
mengasingkan diri, kurang bercakap, tidak patuh arahan dalam
kalangan rakanr Aidil, menerusi pendekatan intervensi awal yang
melibatkan guru mendedahkan strategi peneguhan positif yang
diamalkan secara kolaboratif oleh guru di bilik darjah dan ibu bapa
di rumah mampu mengubah tingkah laku tidak sesuai kanak-kanak.
Selain itu, pendekatan intervensi awal berhasil meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam membangunkan potensi dan hasil anak,
seterusnya meningkatkan kemahiran keibubapaan ibu bapa. Pembangunan
kecerdasan emosi kanak-kanak yang sihat sangat penting untuk
perkembangan peribadi kanak-kanak secara menyeluruh. Kecerdasan
emosi menentukan keupayaan kanakkanak membina estim kendiri dan
efikasi kendiri supaya dapat menyesuaikan dirinya dalam
persekitaran agar dapat diterima dan dihargai. Pembangunan
kecerdasan emosi dan sosial kanak-kanak tanpa mengira
ketidakupayaan sangat dipengaruhi oleh didikan dan dorongan ibu
bapa.Sejauhmana kejayaan didikan ibu bapa adalah bergantung kepada
sejauhmana penglibatan ibu bapa dalam menyediakan kanak-kanak
pembangunan sosio emosi yang sihat. Penglibatan ibu bapa dalam
intervensi dan aktiviti permainan bersama kanak-kanak prasekolah
adalah signifikan dengan perkembangan sosio emosi dan bahasa
kanak-kanak. Intervensi dan aktiviti permainan bersama kanak-kanak
memberikan ibu bapa strategi-strategi berkesan untuk menggalakkan
tingkah laku sesuai dan menghapuskan tingkah laku negatif
kanak-kanak, serta menambah ilmu keibubapaan. Justeru, ibu bapa
harus lebih bersikap prihatin terhadap penyertaan mereka dalam
setiap tindakan dan aktiviti kanak-kanak kerana hasil anak adalah
ditentukan oleh keberkesananpenglibatan ibu bapa.
BIBLIOGRAFI
Masitah Taib, Zalizan Jelas, & Manisah. 2009. Penglibatan
ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Dlm
Zalizan Jelas. (pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak Berkerluan Khas:
Konsep dan Amalan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn 52 95
Masitah Taib. 2009. Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Tesis Doktor Fals. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan meningkatkan kecerdasan
emosi. Cetakan kedua.Kuala Lumpur: PTS Profesional sdn bhd.
Noriah, M. I., Syed Najmuddin, S. H., & Syafrimen. 2004.
Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan guru dalam
menangani masalah sosial pelajar. Prosiding SeminarKebangsaan ke-3
Psikologi dan Masyarakat. Bangi: Pusat Penerbitan dan
TeknologiPendidikan, UKM.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/36.pdfhttp://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LAKU_EMOSI_KANAK-KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDFhttp://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/23/faktor-psikologikal-penyebab-penderaan-kanak-kanak/
1