-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 1/38
Awal Sains Dan Kanak-Kanak
" we love science"stay updated via rss
EKSPERIMEN BOTOL MUZIK
Posted: July 14, 2013 in Uncategorized 0
assalamualaikum.
Hari ini saya nk ajak anda buat satu lagi eksperimen yang sgt
mudah iaitu eksperimen botol
muzik. Sgt2 sng Sy dah cuba buat dgn anak-anak didik saya di
Tadika IIUM EDUCAREGOMBAK . Hasilnya owesome !!!Semua kanak-kanak
sgt suka dan teruja.
Bahan-bahannya:
8 biji botol kaca
air putih
sudu
Cara-caranya:
1. Susun 8 biji botol sebaris.
2. Masukkan air kedalam botol dengan isipadu yg berbeza .( jika
botol 1 isipadu air byk, botol 2krgkn sedikit dan seterusnya)
3. Ketuk setiap botol dgn sudu. Pastikan bunyi setiap botol
berbeza .( sepatutnya boleh dapatbunyi seakan do re mi fa so la ti
do)
4. Cuba hasilkan lagu Mary Had A Little Lamb.
Saya telah cuba banyak kali dan saya dapat menghasilkan
lagu-lagu seperti London Brigde IsFallling Down, Happy Birthday, Do
Re Mi Fa, Tepuk Amai-Amai dan Ola Oli. Memang bunyinyasedikit
berbeza tetapi hampir sama.
Selamat Mencuba!!!
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 2/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/musical-2.jpg)
Assalamualaikum
Posted: July 12, 2013 in Uncategorized 0
Setelah dua tahun sy bercuti dr bloggingsy kembali dan ingin
berkongsi seberapa byk ilmu ygsy ade bersama kwn2 semua.sy dah
menimba lbh byk ilmu dlm bidang awal knk2 ini
Sy telah mempelajari byk subjek dlm course ini seperti pedagogi,
penilaian kanak-kanak,awalsains, kerohanian, perkembangn awal knk2,
kemahiran berfikir, literasi dan mcm2 lg.
Sy jg baru selesai praktikum di bhgn taska dan tadika di UIA
Gombak Jun lalu.Byk penglmn ygsy dapati dr praktikum ini.Anratanya
cara pengendalian taska tadika, cara penjagaan bayi danknk2, cara
pengajaran dan lain2 lg.
Sy akn cuba kongsi sebyk mana nota, cth soalan dan jwpn exam
serta petua2 penjagaan bayi dankanak-kanak serta cara2 memotivasi
dan menarik minat bayi dan kanak-kanak.
Jika ada sebarang pertanyaan sila emailInshaAllah sy akn jwb
secepat mungkin.
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/20130114_145206.jpg)
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 3/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2013/07/20130114_145206.jpg)
9
Assalamualaikum
Hai kawan-kawanhari ini saya nak cerita pasal aiskrim goyang. 2
minggu lepas, kawan saya Wan Suhana telah diberi tugasan membat
eksperimen berdasarkan air. Jadi, dia telah memiliheksperimen
aiskrim goyang. Saya tertarik dengan eksperimen ini, jadi saya
mencuba melakukandi taman asuhan saya iaitu Pusat Jagaan Senyum
Ceria pada 21/12/2011.
Saya telah menggunakan dua perisa pada hari ini iaitu strawberi
dan kopi.Kedua-duanya habisdimakan.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1 .Bahan-bahannya ialah:
1 kotak kecil susu (apa2 perisa pun boleh) bungkus garam1
bungkus ais batu ( kat 7 Eleven tu)Zip plastic ( palstik yg boleh
seal tu) satu kecik dan satu besarSuratkhabarTualaPita pelekat/
getah
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203217-copy2.jpg)2.
Tuangkan susu dalam zip plastic yang kecil. Pastikan seal
betul-betul supaya tidak tumpah.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 4/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032272.jpg)
3. Masukkan ais kedalam zip palstik yang besar sebanyak plastic
dan masukkan garam diatasais tersebut sebanyak separuh dari jumlah
garam tersebut.
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203229.jpg)
4. Letakkan zip plastic yang kecil dan yang berisi air susu
tadi. Tambahkan ais sehingga penuhzip palstik tadi dan masukkan
kesemua baki garam tadi kedaam zip plastic yang besar dan
selakannya. Pastikan seal dengan baik.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 5/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203216-copy.jpg)
5. Balutkan dengan suratkhabar dan lekatkannya supaya bungkusan
itu nampak benar-benarpadat.
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203220-copy1.jpg)
6. Balutkan dengan tuala dan bentukkan seperti pembalut
gula-gula.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 6/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203232.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203234.jpg)
7..Sekarang masanya untuk mengoyang suruh anak-anak murid anda
mengoyangkannyaselama 10 ke 15 minit.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 7/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032391.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc203230.jpg)
8.Buka dan lihat hasilnya.jadi tak?!!!!!!
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 8/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/12/pc2032312.jpg)
Ye ye.jadi..kata murid-murid sayayang strawberi rasanya manis
dan kopi rasa pahitsikit..jadi, hari ini sya telah berjaya
mengaplikasikan apa yang saya belajar dalam kelas ketaman asuhan
saya.. murid-murid saya memang gembira dan seronok ..kepada
kawan-kawan..selamat mencuba..
Aside Posted: December 21, 2011 in Uncategorized
SURPRISE.TELUR TERAPUNG !!!!!!
Posted: December 18, 2011 in Uncategorized 6
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya telah menceritakan tentang eksperimen dengan tumbuhan pada
post yang lalu. Pada kali inipula, saya akan menceritakan tentang
eksperimen kedua yang diarahkan oleh pensyarah saya.Topic pelajaran
adalah mengenai perbezaan air,udara dan tanah. Saya dan rakan-rakan
sekelastelah dibahagikan mengikut kumpulan air, udara dan tanah.
Setiap pelajar perlu membuat satueksperimen yang berbeza tetapi
mempunyai berkaitan dengan topic yang telah diberikan
olehpensyarah.
Saya telah mendapat topic udara. Pada mulanya saya ingin
melakukan eksperiment berkaitandengan udara dan buih sabun. Namun,
eksperiment itu tidak bersesuaian yang KSPK. Jadi sayatelah memilih
eksperimen TELUR TERAPUNG.
Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam
atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu didalam tanah, didalam air
dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukanudara untuk
bernafas dan meneruskan kehidupan.
Dalam eksperiment ini, saya ingin buktikan kepada rakan-rakan
sekelas saya bahawa udara ituwujud di dalam air dan udara bergerak
mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkaheksperiment ini:
Bahan-bahan:
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 9/38
2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
Air paip
Garam
2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
Cara-caranya:
a) Isikan air paip kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh
gelas.
b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa
bahan.
c) Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan
kacau sehingga larut.
d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.
e) Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang
terjadi.
Hasilnya:
Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelas
Gelas B : telur terapug dipermukaan gelas.
Mengapa fenomena ini terjadi?
Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana
banyak garam dilarutkan semakinmudah bagi objek melayang di
dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair ituperlahan,
telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut
ini mempunyai beratyang melebihi dari berat air dan ini menyebabkan
telur melayang dan terapung dipermukaan airgaram tersebut.
Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM
ARCHIMEDES
Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami
gaya ke atas
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 10/38
Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami
gaya ke atasyang besarnya sama dengan berat zat cair yang
dipindahkan.
Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati
yang berada diisrael, apa saja yang berada di atasnya pasti
terapung kerana di laut mati kadargaramnya sangat tinggi dan tepu.
Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidakdapat menembusi garam
tersebut.
Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi
telur itu tenggelam hingga kedasar gelas dengan senang dan cepat.
Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadiapa-apa
hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana
udara tidak bolehmenembusi ruang-ruang tanah yang terlalu
mampat.
Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu
mempengaruhi oleh pergerakan udaradan kemampatan udara dimana-mana
sahaja.
EKSPERIMEN OH EKSPERIMEN..
Posted: December 18, 2011 in eksperimen 0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Untuk post kali ini, saya ingin menceritakan tentang
eksperimen-eksperimen yang telah sayalakukan didalam kelas. Saya
telah ditugaskan oleh pensyarah saya untuk mencuba melakukan
2eksperimen yang berlainan. Topic pelajaran pada minggu tersebut
adalah berkaitan denganpemuliharaan dan pemeliharaan tumbuhan jadi
saya dan rakan sekelas telah diberi tugasanmencuba melakukan
eksperimen yang berkaitan dengan tumbuhan.
Saya dan rakan sekelas telah diberikan kepada 8 kumpulan kerana
pensyarah telah menyediakan8 eksperimen yang berbeza. Saya telah
ditugaskan untuk melakukan eksperimen yang keempatyang bertajuk
KEPERLUAN BIJI BENIH. Berikut adalah soalannya:
Apa yang membuat biji benih bercambah?Dengan mencambahkan biji
benih sendiri, kamu akan ketahui apakah perkara-perkara
yangdiperlukan untuk mencambahkan biji benih
Bahan-bahannya:
bekas tupperware/ penutup balangTuala kertas/ kapasBiji kacang
hijauAir
Cara-caranya:
Labelkan bekas dengan angka 1, 2 dan 3Rendam kacang dalam air
seketika
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 11/38
Letakkan tuala kertas/ kapas dalam setiap bekasTabur kacang ke
atas ketiga-tiga bekasLembapkan tuala kertas/ kapas pada piring 1
(tuang air sedikit setiap hari supaya biji benihsentiasa
lembap)Penuhkan bekas 2 dengan air. Pastikan kacang ditenggelami
air.Semasa menjalankan eksperimen ini, keadaan cuaca sepanjang
minggu adalah mendung danhujan. Susah untuk melihat cahaya matahari
yang benar-benar panas. Namun saya tetapmengikut setiap langkah
yang diarahkan.
Hasilnya, selepas 4 hari saya dapati:
1. Kacang hijau yang saya taburkan pada bekas pertama telah mula
bercambah denganmengeluarkan batang atau akar berwarna putih
.2. Manakala dalam bekas kedua pula, kelihatan kacang hijau
terapung-apung didalam air tanpasebarang perubahan.
3. Dalam bekas ketika pula, dapat dilihat kacang hijau mengecut
dan bertukar warna dari hijau kewarna perang.
Selepas 7 hari:
1. Pada bekas pertama saya dapati kacang hijau telah tumbuh
dengan baik tetapi tidaklah begitusubur.Saya rasa mungkin kerana
kekurangan cahaya matahari akibat cuaca mendung danhujan yang
dialami sepanjang minggu. Namun saya rasa eksperimen saya ini tetap
berjayakerana kacang hijau tadi telah berubah bentuk dari biji
berwarna hijua ke taugeh yangberwarna putih.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 12/38
2. Dalam bekas kedua pula, saya dapati kacang hijau tadi tetap
terapung-apung didalm air tanpasebarang perubahan dan air itu juga
mempunyai bau yang agak busuk.
3. Manakala dalam bekas ketiga saya dapati biji kacang hijau
telah mengecut dan bertukar kewarna hitam.
4. Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa
secara kesimpulannya tumbuhanmemerlukan cahaya, air dan cahaya
untuk hidup dan membesar. Tanpa ketiga-tiga sumbertersebut,
tumbuhan tidak dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh
tetapitumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya mati atau layu.
LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA23 -10-2011
Posted: November 26, 2011 in Uncategorized 0
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 13/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpg)
Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke
Pusat Sains Negara
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 14/38
Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke
Pusat Sains Negara(http://www.psn.gov.my/bm/default.htm
(http://www.psn.gov.my/bm/default.htm))
Tiket berharga RM3.00 boleh didapati di kaunter pintu masuk.
Waktu lawatan: Isnin Ahad (9:00pagi 5:00 petang); Pelawat
dibenarkan masuk hingga pukul 4:00 petang.SEKITAR LAWATAN KE PUSAT
SAINS NEGARA (PSN)
Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah
mengadakan lawatan sambil belajar kePusat Sains Negara (PSN). Kami
tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebutadalah
hari kelepasan am, ramai pengunjung berada disanasamada mereka
datang dengankeluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini
adalah sebahagian daripada tugasanmata pelajaran Awal Sains
Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran
berunsurkansains yang terdapat di sekitar Lembah Klang seperti
Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, tamanburung, rama-rama dan
sebagainya. Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta
danpengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan
ini, kami dapat menimbapengalaman dan memberi idea dalam pengajaran
dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanakkhasnya mata pelajaran
Awal Sains.
Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian
pameran sains yang dinamakanLaluan ke Alam Sains. Kami melihat
berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaanmanusia,
makanan, tumbuhan, percambahan biji benih, alam cakerawala, bumi,
bintang, cahaya,bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba
sendiri dengan objek yang dipamerkan.
Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:
Objek yang dinamakan Sejuta Putaran dimana ianya memiliki enam
(6) gear roda besardanlima(5) gear roda kecil. Tombol ataupun
engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabiladiputarkan roda
besar pertama akan bergerak sehingga menyentuh roda kecil pertama
danbegitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada
diputarkan. Bagi menjatuhkan gelasdi hujung roda, memerlukan
sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaranmengikut
arahan yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak
sejuta pusinganagak mustahil. Di satu sudut dipamerkan gambaran
Kitaran Bumi yang menceritakan keadaanmuka bumi yang terbentuk 200
juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis menyatakan bahawa
bumidibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua
kemudiannya terpisahperlahan-lahan dan benua terus bergerak dan
diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumipada hari ini.
Dinyatakan juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh
tektonik plat.Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan
kejadian yang dinamakan gempa bumi,selain itu terdapat kemungkinan
berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini jugamenceritakan
bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada
lapisanyang bergerak. Lapisan-lapisan tersebut terdiri daripada
lapisan pepejal dan juga cecair yangmempunyai suhu yang tinggi.
Terdapatlima(5) butang pada carta yang dipamerkan bagimengetahui
jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang
tersebut tidakberfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:
1) Teras dalam (The inner core)
2) Teras luar (The outer core)
3) Mantel (The mantle)
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 15/38
4) Zon peralihan (The transition zone)
5) Kerak (The crust)
Lebih menarik lagi, di satu sudut Bumi Dari Udara mempamerkan
pandangan Bumi yang dilihatdari angkasa lepas dan ianya dibina
seolah-olah Bumi sedang berputar.
Pada bahagian pameran yang dinamakan Bioteknologi dalam industri
makanan. Di siniditunjukkan rajah berkenaan penghibridan, kesihatan
dan faedah nutrisi dan bahan tambahandan bantuan pemprosesan. Di
sini dinyatakan kesan bioteknologi kepada industri makanandalam
menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan
yang dipamerkanseperti jagung, minyak canola, cuka putih, perasa
(flavourings), keju, garam, gula, emulsifier danbicarbonate of
soda.
Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka
burung yang sebenar. Akantetapi tiada fakta lanjut yang dinyatakan
berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu,ditunjukkan rupa
sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis katak yang bermula
telur,menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya
berubah secara berperingkatsehingga menjadi seekor katak
dewasa.
Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji
benih yang bercambah dankemudiannya menjadi pokok besar. Gambarajah
dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelasdan mudah difahami.
Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana
ianya dinamakan Tiub Kelikatan.Seperti dalam arahan, tombol ditolak
dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagimembezakan
kelikatan atau kepekatan bendalir di dalam tiub tersebut,
pemerhatian dibuatberdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak.
Dinyatakan juga semakin besar rintanganbermakna semakin likat
bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat
bendalirtersebut maka semakin perlahan pergerakannya.
Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan
Sinaran Cahaya. Di sinikami berpeluang bermain sambil membuat
eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akanmemantulkan
corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta cembung dan kanta leper
menghasilkanserakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut
kanta dialihkan kepada sudut darjahberbeza.
Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang Langit
yang sentiasa resah (Therestless sky), Kebijaksanaan zaman kuno
(Ancient Wisdom), Gambar-gambar di langit (Picturesin the sky)
berkenaan gambaran yang terbentuk oleh kumpulan bintang, Peralatan
ahli sainsIslam (Instruments of Islamic scientist), Jam cakerawala
(The celestial time clock), Mengukuralam semester (Measuring the
universe),
Hujan Asid menceritakan tentang kejadian hujan yang turun
bergabung dengan karbon dioksidadan gas-gas yang terdapat di
atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampurdengan air
hujan berpunca dari pencemaran udara yang dihasilkan oleh asap
kenderaan, kilangdan sebagainya.
Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan Arus Udara; apabila
butang ditekan udaraakan keluar melalui corong dan bola akan
terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akanterapung semakin
tinggi.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 16/38
Kids Dicovery Place adalah satu ruang pembelajaran sains bagi
kanak-kanak. Kami tertarik danteruja akan tempat ini. Saiz, bentuk,
warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan
saizkanak-kanak. Situasi di sini menarik minat kanak-kanak meneroka
dan bermain dengan peralatanyang disediakan. Setiap meja dan sudut
disediakan dengan set permainan atau aktiviti sains danmatematik.
Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap
perkara yangdilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan
planet yang terdapat di cakerawalamanakala salah satu dinding pula
menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruangdipenuhi dengan
informasi bergambar menarik yang bertemakan teknologi, planet
danangkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan
menarik.
Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat
KidzWorld dimana terdapat ruangbermain untuk kanak-kanak berumur 4
tahun ke bawah dinamakan Peneroka Comel (LittleExplorers).
Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan, ulat bulu, hidupan laut
dan sebagainyamengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak
kelihatan bebas bermain dan bergerak. Bagikanak-kanak yang matang
mereka boleh bermain di Foam Factory di mana mereka menembakbola
supaya mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan
di bahagian ini.
Kami berpeluang mengunjungi Pameran Dinasor yang julung kali
diadakan. Pameran tersebutdiadakan di tingkat dua bangunan PSN.
Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranyamengenal spesis
dinasor seperti Stegosaurus, Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus,
Triceratopsdan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan
diberikan penerangan lengkap contohnyasaiz, ketinggian, berat,
jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran
dinasorkami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna
membentuk dinasor.
Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian Alam Mesin Pintar
di mana kami dapat melihatteknologi komputer yang lama dipamerkan.
Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatanteknologi yang
dipamerkan.
Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke
Subterranean Journey untukmengalami sendiri suasana pengembaraan
maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kauntertiket pintu
masuk ke PSN. Pada mulanya kami sangkakan bangunan tersebut tutup
tetapi petugasyang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu
belakang memandangkan bahagian ruangpameran depan sedang
diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagimengalami
keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada
disana, filemyang dimainkan berdasarkan pengembaraan di dasar laut
kemudian melalui kawasan hutan dangunung berapi dan berdepan dengan
haiwan purba seperti dinasor dan burung yang besar.Suasana di dalam
kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan cerita
yangdimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami
menaiki kabin tersebut sehinggatiga (3) kali.
Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan
gambar-gambar berkenaancetusan gunung berapi. Memandangkan
kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapatmelihat dan
bereksperimen dengan bahan pameran berkenaan gunung berapi. Kami
hanyamengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.
Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai
sekitar pukul 4:30 petang.Pengalaman lawatan ini amat bermakna bagi
kami kerana banyak bahan yang didapati yangboleh diimplementasikan
dalam P&P awal sains kanak-kanak.
a) ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 17/38
1.Demonstrasi Sains
Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan
menakjubkan. Demonstrator akanmenunjukkan fenomena sains kepada
penonton yang boleh dikaitkan dengan
kehidupanseharian.AKTIVITI-AKTIVITI
ElektrostatikAis AjaibMatematik, Topologi, Berseronok dengan
NomborBuih SabunIlusi OptikCyrogenic FunTindakbalas KimiaAwesome
Experiments
WAKTU PROGRAM
Hari: Setiap hari kecuali Jumaat
Masa: 12.00 tengahari, 2.30 petang, dan 4.00 petang
2. Ekperiment
* Pusat Sains Negara telah menyediakan satu sudut yang dinamakan
sebagai Sudut EksperimenSains. Sudut ini adalah khas bagi pelajar
sekolah rendah, sekolah menengah dan juga bagikeluarga.
* Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang
bercorak hands-on dan minds-onyang dirangka untuk meningkatkan
pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaaningin
tahu mereka terhadap sains.
* Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat ujikaji dan
pemerhatian sains yang terdapat disudut Eksperimen Sainst. Pada
satu masa terdapat 3 atau lebih eksperimen mudah yang
bolehdijalankan.
* Sudut Eksperimen sains ini dibuka setiap hari KECUALI Jumaat
dari jam 9.00 pagi 5.00 petang.Ianya terletak di ruangan Atrium
Pusat Sains Negara dan penyertaan
3. Peneroka Comel (pra sekolah)
Merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak yang berumur 2 4
tahun mengenai sains
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 18/38
di sekeliling mereka melalui aktiviti sentuhan tangan secara
berpandu dan berselia.
Tajuk tajuk aktiviti :a) Mengenal warna dan saiz - mengasingkan
bola mengikut perbezaan warna dan saiz
b) Kesedaran kerjaya melalui bermain - alami pengalaman sebagai
seoran gdoktor, jurutera,angkasawan dan juruselam
c) Bermain dengan blok geometri - kesedaran tentang bentuk
geometri dalam kehidupanseharian
d) Aktiviti mengenali haiwan - mengenali corak jejak kaki dan
meneka bunyi haiwan
e) Aktiviti berat dan keseimbangan - bermain dengan burung dan
clown (mengimbangobjek)
f) Cahaya dan Bayang-bayang - Cahaya dan bayang-bayang mencipta
dan mengubah saizbayang-bayang
g) Bunyi menghasilkan pelbagai bunyi dan menentukan kelansingan
bunyi
h) Jejak dedaun - membuat pengkelasan daun mengikut saiz,
bentuk, warna dan corak uratdaun
i) Warna - melihat warna pelbagai objek dengan menggunakan
cermin mata berwarna
j) Pertumbuhan biji benih - memerhati dan mengasingkan biji
benih serta melihatpertumbuhannya
k) Penerokaan deria sentuh - mengenalpasti persamaan dan
perbezaan pelbagai jenis objek
b) AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG SECARA TAHUNAN
Kalendar aktiviti2011
Top of Form
Tahun 2011 Tahun 2010 Tahun 2009 Tahun 2008 Tahun 2007
Tahun2006
Bottom of Form
Bulan Program
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 19/38
JanuariPameran Dinos Alive !Hari Inovasi Malaysia
FebruariPameran Dinos Alive !MBBC Cheque Hand-over ceremony
Mac
Pameran Dinos Alive !Dinos FestivalDinos Science CampScience On
Wheels
April
Pameran Dinos Alive !Karnival Kimia Malaysia
Mei
Pameran Dinos Alive !1Malaysia Solar CompetitionPerasmian Tahun
Penggalakan Sains dan Matematik 2011The Ice Age Experience (Pusat
Sains Negara Caw. Wilayah Utara)Science On WheelsScience On The
MoveKelana Sains
Jun
Pameran Dinos Alive !Draw My Farm CarnivalScience On
WheelsKelana SainsKarnival Sains Udara (Pusat Sains Negara Caw.
Wilayah Utara)
JulaiSpecial Science Day
OgosScience On The Move
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 20/38
September
Robotic FestivalPertandingan Robotik Kebangsaan (Akhir)Science
On The Move
OktoberScience Kid
November First Malaysia Paper Plane Competition
Disember
Pelancaran Tahun Sains Negara 2012Sambutan Jubli Perak Pusat
Sains NegaraPesta Sains
Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah
berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya ingin
tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sainspada
peringkat awal kanak-kanak adalah memupuk dan membina minat dan
kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan
kepada fenomena yang diperhatikan dalamkehidupan mereka sehari
hari.
Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu teknik pengajaran
yang menggunakan kaedah lawatan.Bersesuaian dengan subjek yang di
ambil, program ini juga dilihat boleh meningkatkanpengetahuan sedia
kami,memberi idea baru kepada kami untuk mengajar kanak-kanak
kerana iadapat meningkatkan kemahiran kognitif
kanak-kanak,memperolehi ilmu baru dan sekali gusmemberi peluang
kepada kami mendalami ilmu sains dengan lebih dekat lagi.Diharapkan
denganpelaksanaan projek ini akan mendapat manfaat yang maksimum
sekaligus mencapai objektifprojek ini.
Lawatan tersebut adalah sebahagian dari tugasan yang berkaitan
dengan subjek Awal Sains bagisemester ini. Banyak perkara yang
boleh dilihat, diperhatikan, diaplikasikan untuk pengajaran
danpembelajan (P&P) dan memberi ruang terutamanya kepada
kanak-kanak mempelajari sertameneroka dunia Sains. Kami juga
berkesempatan menyaksikan pameran Dinasour. Dalam pada itu, saya
dan rakan kumpulan bagi tugasan Awal Sains, Hazlinadan Margaret
bercadang membuat projek sains berkenaan gunung berapi
(Volcano)Berikutadalah Rancangan Pengajaran yang telah kami buat
sebagai kesinambungan kepada lawatanyang telah kami lalui. 5.
RANCANGAN MENGAJAR
Kelas : Prasekolah Dahlia
Tarikh : 19.10.2011 (Selasa)
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 21/38
Masa : 10.00 pagi (25 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Umur : 6 tahun
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Kejadian Gunung Berapi
Tunjang Utama : Sains Dan Teknologi
Standard Kandungan : (ST 5.1) Meneroka fenomena alam iaitu
letusan gunung berapi.
Standard Pembelajaran : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti
membentuk letusan gunung berapi
Kesatuan Tunjang : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam
aktiviti.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid akan dapat :
1. Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi.2.
Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan
gunung berapi.
Pengetahuan sedia ada : Kanak kanak pernah melihat letusan
gunung berapi di televisyen.
Nilai-nilai murni : Menghargai alam sekitar
Mengetahui kejadian alam semesta
Alat bantuan mengajar : Model binaan gunung berapi, cuka, baking
, pewarna, pencucipinggan mangkuk
Langkah/Masa
IsiKandungan
Aktiviti Catatan/Bahan
Set Induksi
(3 minit)
Model GunungBerapi
Murid-murid memerhatikan gurumasuk ke kelas bersama Modelgunung
berapi.Guru bersoal jawap dengan murid.
Contoh soalan:
1.Apakah benda ini?
(gunung)
2.Siapa pernah mendaki gunung?
3.Apa warna gunung?
Guru memperkenalkan tema minggu
Model GunungBerapiBimbingan
Guru
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 22/38
ini.
Langkah 1
(7 minit)
-proses gunungberapi meletup
Muridmurid ditunjukkan gambar-gambar kejadian gunung
berapi.Murid-murid memerhati dan bersoaljawab dengan guru.
Contoh soalan:
1.Mengapa gunung berapi berlaku?
2.Bagaimana terjadinya letusan gunungberapi?
Gambargunung berapiBimbingan
guru
Langkah 2
(12 minit)
-Demonstrasiletupangunung berapi
Guru memperkenalkan bahan ataualatan untuk menghasilkan
letupangunung berapi.
Murid-murid memerhatikan tunjukcara guru dalam
menghasilkanletupan gunung berapi.
Murid murid menjalankan aktivitidengan bimbingan guru.
- Model gunungberapi.
- Cuka
- Pewarna
- Pabun
- Baking soda
Penutup
(3 minit)
-Cerita pendektentang kesangunung berapi
Murid-murid diminta bercerita tentang kesan selepas gunung
berapiterjadi.
Contoh:
binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain.
- Replika binatang,pokok dan lain-lain.
-Model gunungberapi yang telahdigunakan
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 23/38
Dari awal tugasan diberikan sehinggalah ke tahap ini, saya
berasa amat gembira denganpencapaian saya dan ahli kumpulan saya.
Segala kesukaran yang saya dan ahli kumpulan laintelah hadapi
akhirnya membuahkan hasil yang baik.Laporan yang telah dihasilkan
ini adalah hasil daripada lawatan yang telah diadakan pada
23Oktober 2011. Tujuan lawatan adalah untuk melihat dan
mengenalpasti subjek yang berkaitandengan pembelajaran dan
pengajaran diprasekolah berdasarkan Kurikulum Standard
Prasekolah.Saya dan ahli kumpulan perlu mencari subjek yang sesuai
untuk diajar kepada kanak-kanakdiperingkat prasekolah.
Saya dan ahli kumpulan telah tertarik dengan subjek kejadian
letusan gunung berapi keranasubjek ini boleh dilakukan secara amali
atau eksperimen bersama kanak-kanak. Jadi, saya dan ahlikumpulan
mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan gunung berapi di Pusat
Sains Negara.
Disamping mencari fakta tentang gunung berapi itu, saya berasa
amat kagum melihat beberapakejadian alam seperti putaran system
solar, kitaran benda hidup, proses tenaga hidrolik,putingbeliung,
system perkumuhan, system pernafasan, pasang surut air laut dan
macam-macam lagi.Saya amat tertarik untuk mengetahui punca-punca,
bagaimana,bila,kenapa dan mengapakejadian ini berlaku dimuka bumi
ini.
Pameran Dinosour juga menarik perhatian saya walaupun bilik
pamerannya tidak begitu besartetapi ada lebih kurang 10 jenis
dinosaur yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya.Ini
dapat menambahkan pengetahuan saya tentang haiwan alam purba yang
bersaiz besar ini.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati
dan gembira dengan lawatanini dan berasa amat bersyukur kerana
berjaya menyiapkan laporan ini bersama ahli kumpulansaya. Terima
kasih saya ucapkan kepada Puan Kamariah Bt Abu Bakar diatas tunjuk
ajar yang
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 24/38
diberikan. Jasa puan amat saya hargai. Terima kasih juga kepada
semua rakan-rakan sekelas danyang terlibat.
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpg)
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 25/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpg)
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpg)
KITAR SEMULA DAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Posted: November 20, 2011 in Uncategorized 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semalam 19/11/2011, pensyarah saya telah memberi tugasab
berkumpulan mengenai alam
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 26/38
Semalam 19/11/2011, pensyarah saya telah memberi tugasab
berkumpulan mengenai alamsekitar. Saya dan rakan-rakan disuruh
merekacipta suatu program yang bersesuaian dengankanak-kanak
prasekolah. Program ini perlu ada slogan, tempoh selama 4 minggu
danmengutarakan isu-isu yang positif dan membina untuk
kanak-kanak.
Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah sebulat suara memilih tema
KITAR SEMULA bagiprogram kami. Berikut adalah antara
rancangan-rancangan dalam program kami.
Nama Kumpulan: GO CLEAN
Ahli Kumpulan: 1. Syimar Hidawati Bt Sogimin 2. Hazlina Bt
Khiruddin 3. Roslizarina Bt Rasli 4. NorErliana Bt Hafizi
Slogan: KITA KITAR KITA SIHAT
Tempoh: 4 MINGGU ( SEBULAN)
Perancangan:
Minggu 1 PENGHASILAN
Menghasilkan bekas-bekas pembuangan bahan yang boleh diltar
semula. Saya dan rakan-rakantelah memilih tiga jenis bahan iaitu
tin aluminium, kertas dan kaca. Saya dan rakan-rakanmemfokuskan
kepada tiga jenis bahan ini kerana bagi kami ini adalah suatu
permulaan memupukkesedaran kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga
6 tahun tentang pemeliharaan danpemuliharaan alam sekitar.
Bekas-bekas dihasilkan daripada kotak-kotak yang diwarna dan
dilabelkan seperti berikut:
Coklat = untuk barangan kacaBiru = untuk barangan kertasOren =
untuk barangan tin aluminium
Pada minggu pertama ini , kanak-kanak akan diberi pendedahan
tentang ketiga-tiga bahan inidari segi penggunaan dan kesannya
kepada masyarakat dan alam sekitar. Disampingmendatangkan kesedaran
tentang bahayanya kesan ketiga-tiga bahan ini, sikap
tanggungjawabdapat dipupuk serta diterapkan dalam diri
kanak-kanak.
Kanak-kanak umpama span yang senang menyerap air, segala
informasi yang diberikan kepadakanak-kanak akan diingat dan
dilakukan jika diberi peluang dan latihan yang secukupnya.
Minggu 2 PENGUMPULAN
Selama lima hari dalam minggu ini, kanak-kanak diminta membawa
bahan buangan dari rumahmasing-masing. Kanak-kanak akan mengumpul
seberapa banyak bahan buangan yang bolehdikitar semula bersama
rakan-rakan. Bahan buangan yang perlu dikumpul ialah tin
aluminium,botol kaca dan kertas.
Guru memainkan peranan sebagai agen kitar semula iaitu setiap
hari mengingatkan murid-muridagar mengutip bahan buangan yang ingin
digunakan dalam program ini.
Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan
bahan buangan seperti
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 27/38
Dalam proses ini, kanak-kanak diajar untuk menjaga kebersihan
bahan buangan sepertimengemekkan tin-tin air, membuang air didalam
botol-botol kaca serta melipat kertas denganbaik dan mengikatnya
agar kelihatan kemas. Amalan ini akan mengelakkan kekotoron,bau
danjuga elakkan kehadiran serangga seperti semut dan juga
lalat.
Proses diminggu kedua ini dapat memupuk sikap displin dan amanah
di dalam diri kanak-kanak.Jika proses ini sering dilakukan oleh
kanak-kanak ianya akan menjadi rutin sehingga kanak-kanakdewasa
kelak.
Minggu 3 PENGELASAN
Pada peringkat ini, kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk
mengelaskan bahan-bahanbuangan ke dalam bekas-bekas yang telah
dihasilkan pada minggu pertama tadi.Kanak-kanakakan diberi peluang
meletakkan sendiri bahan-bahan yang telah dikumpul mengikut
pengelasanmasing-masing.
Aktiviti ini memupuk sifat kesabaran kepada kanak-kanak kerana
mereka akan memilih danmengelaskan bahan buangan tersebut.Kerjasama
antara kanak-kanak ini akan membantkelancaran program yang telah
dirancang ini.
MInggu 4 PENGHANTARAN
Setelah selesai melalui ketiga-tiga peringkat di atas, tibalah
masanya untuk menghantar semuabahan buangan yang telah dikelaskan
ke pusat kitar semula yang berdekatan.
Kesimpulan
Program ini banyak memberi manfaat kepada kanak-kanak dan alam
sekitar. Adalah lebih baikjika semua prasekolah kerajaan dan swasta
mengadakan program ini kerana akan dapatmembantu pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
Hasil daripada program kitar semula ini, kanak-kanak akan dapat
memahami konsep menjagaalam sekitar dan sedar tentang tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat dalam menyumbangkepada keindahan alam serta
persekitaran sihat. Kanak-kanak juga akan mengamalkan kitarsemula
sebagai amalan di dalam kehidupan mereka hingga dewasa kelak.
Akhirnya, masyarakatdapat hidup dalam persekitaran yang sihat dan
nyaman.
KITA KITAR.. KITA SIHAT
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 28/38
(http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/rm5.jpg)
KEMPEN SELAMATKAN HARIMAUDARIPADA KEPUPUSAN
Posted: November 12, 2011 in Uncategorized 2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kali ini saya telah diberi
tugas tentang kempen alamsekitarsetelah mengambil masa selama lebih
kurang seminggu, saya telah membuat keputusanuntuk memilih KEMPEN
SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSAN sebagai topikperbincangan
kali ini.
Kempen ini telah dianjurkan oleh WWF mulai November 201o dan
tiada tarikh luputnya. Kempanini dijalankan sepanjang hayat dan
dianggarkan dapat mencapai target pada tahun 2022.
ISU YANG BERKAITAN MASALAH KEPUPUSAN HARIMAUSaya masih ingat
lagi semasa umur saya 8 tahun sekitar tahun 1988 di kampung Bantal,
UluTembeling ramai orang kampung berkerumun di bawah pokok dekat
padang pada waktu petangmenyaksikan banyak harimau telah ditembak
oleh orang kampung. Semua orang berasa amatpuas melihat kesemua
harimau itu mati ditangan mereka.Harimau di seluruh dunia semakin
pupus. Daripada 100,000 ekor pada awal abad sekarang cumatinggal
3,200 ekor sahaja sebab pemburuan haram dan penebangan hutan. Jika
tidak ada usahabersama dunia kempen selamatkan harimau maka lagi 12
tahun harimau akan pupus. Amat sukarmembayangkan spesies haiwan
yang dipanggil Pak Belang dek kerangka badannya yang tegap
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 29/38
dan berbelang akan pupus daripada muka bumi ini.Walaupun pahit
untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan semua pihak
apabila DanaHidupan Liar Sedunia (WWF) menjangkakan hidupan liar
tersebut akan pupus dalam masa 12tahun lagi jika tiada inisiatif
pemuliharaan dilakukan dengan segera.
Senario buruk adalah harimau boleh menjadi pupus apabila tahun
harimau mengikut kalendarLunar tiba dalam masa 12 tahun lagi, kata
Ketua Program Pemuliharaan Alam Antarabangsa,Ola Jennersten pada
WWF Sweden. Organisasi berkenaan sedang giat melakukan kempen
globalpemuliharaan harimau dalam usaha melipat ganda jumlah haiwan
berkenaan sebelum tahun2022.
Sejak 70 tahun lalu, tiga sub spesies harimau iaitu Bali, Jawa
dan Caspian sudah pun pupus,manakala enam lagi sub spesies yang
masih kekal sehingga hari ini adalah Amur, Benggala,Indochina,
Malaya, China Selatan dan Sumatra.Bagaimanapun, keenam-enam sub
spesies tersebutberkemungkinan akan mengikuti jejak langkah tiga
spesies yang sudah pupus sebelum ini jikasesuatu tidak dilakukan
dalam pemuliharaan terhadap hidupan liar itu.
Sejak seabad lalu, WWF berkata, pemburuan haram, pengecutan
habitat dan perdaganganbahagian harimau yang digunakan untuk ubatan
tradisional memberi kesan mendalam terhadaphidupan liar
itu.Mengikut perangkaan, jumlah harimau seluruh dunia menurun
sebanyak 97peratus dan terdapat kira-kira 3,200 hidupan liar
berkenaan pada hari ini.
Walaupun angka-angka tersebut dilihat agak suram, keadaan
sekarang adalah lebih baikberbanding sebelum ini. Ia penuh dengan
harapan untuk menyelamatkan harimau-harimau ini,kata
Jennersten.Menurut WWF, sebanyak 1,800 harimau kini boleh dilihat
di India, Nepal, Bhutandan Bangladesh. Di Sumatera, Indonesia pula
terdapat 450 ekor manakala 400 berada diMalaysia.Sebanyak 350 ekor
lagi harimau itu berada di sekitar Asia Tenggara dan 450
hidupberada di Rusia.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL:
Pihak-pihak yang bertanggungjawab dari dalam dan luar negara
telah cuba mengambil beberapalangkah bagi memastikan haiwan ini
diipantau bagi mengelakkan kepupusannya. Kerjasamasemua pihak ini
telah mewujudkan kempen ini dan cuba memastikan kempen ini
berkesan.
Persidangan kemuncak empat hari tiger summit telah dihadiri oleh
13 negara diadakan di St.Petersburg, Rusia bermula pada 22 November
2010 adalah untuk merancang mengelakkankepupusan harimau. Usaha
yang baik dan mulia ini diketuai oleh PM Rusia, Vladimir Putin.
Pakarharimau ini berkata jika tiada tindakan drastik di ambil ,
harimau akan cepat pupus. 13 negarayang menghadiri persidangan
diharap komited mengandakan populasi harimau menjelang 2022.Justeru
itu 13 negara ini dan kumpulan konservasionis akan diberi dana
USD$330 juta dari BankDunia yang mengetuai inisiatif harimau
global. 13 negara yang menyertai itu ialah Bangladesh,Bhutan,
Cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal,
Rusia, Thailand danVietnam.Bagi Malaysia pula kawasan yang diberi
perhatian ialah hutan yang ada di Jerantut bersempadandengan
Kelantan dan Terengganu terutamanya daerah Tahan. Saya percaya
agensi-agensikerajaan Malaysia terlibat dengan penyaluran dana
tersebut dan benar-benar menyokong sertamemberi kerjasam dalam
kempen ini.Sebelum kempen ini dijalankan, di Gerik,Kempen Bergerak
Harimau MYCAT telah bergerak diMalaysia sejak 2007 dengan tujuan
dapat memberi kesedaran dan pemulihan tentang kepupusan
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 30/38
harimau yang semakin meruncing dinegara kita. Kempen MYCAT ini
melibatkan semuapenduduk kampung didaerah yang terlibat dan
pendedahan tentang kegiatan pemburu harimauharam yang menyalahi
undang-undang negara.MENGAPA HARIMAU DIBUNUH DAN SEMAKIN PUPUS
:
1.Pemburuan haram telah meningkat kerana permintaan tinggi
pasaran haram bagi harimauterutama di Asia seperti di China dan
Vietnam serta di seluruh dunia.2.Persepsi orang Cina, harimau baik
untuk nilai perubatan-produk, tulang, kulit, daging, hati,limpa,
jantung, perut dan juga persepsi status kerana memakan harimau.3.
Habitat dan makanan harimau juga semakin pupus kerana kerja-kerja
menarah bukit danhutan untuk aktiviti pembangunan yang semakin giat
dan meluas dijalankan diserata dunia.4. Akibat daripada kepupusan
habitat dan makanannya,harimau telah mula memasuki kampung yang
didiamipenduduk lalu membunuh manusia dan akhirnya
harimaudibunuhTUJUAN DAN FAEDAH KEMPEN INI DIJALANKANTujuan kempen
ini dujalankan adalah untuk:1. Memelihara dan meningkatkan
kesedaran rakyat untukmemastikan ikon Malaysia ini agar tidak pupus
supaya generasi akan datang dapat mengetahuitentang harimau dan
kegunaannya.2. Ianya adalah salah satu cara atau alternatif agar
masyarakat sedar bahawa harimua juga berhakmendapat habitat yang
aman, hukuman dan undang-undang antiperburuan liar menjadi lebih
ketat, dan mendidik masyarakat agar mereka faham tentang harimau.3.
Mengurangkan perdagangan organ-organ, kulit dan bahagian tubuh lain
harimau yangdijalankan secara haram.
4. Melindungi kawasan habitat, perlindungan jangka panjang
harimau dan pemakanannya sertamenggunakan sains untuk memantau
kecekapan aktiviti konservasi.
SARANAN YANG DITEKANKAN2 plan untuk menyelamatkan harimau
daripada pupus;
Plan TX2 (Tiger Times Two) oleh WWF sasaran untuk mengandakan
populasi harimauMalaysia menjelang 2020. Telah diusahakan oleh
Malaysia sejak 2 tahun dulu.
Plan Tindakan Harimau Kebangsaan Malaysia 2008-2020. Disokong
kuat oleh JabatanHidupan Liar dan Taman Negara, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar dan KerajaanMalaysia.
Lihat dan renungkanlah wajah-wajah anak-anak harimau ini.
Walaupun haiwan pemakan daging,mereka juga ingin hidup seperti
haiwan lain..mereka tidak dilahirkan untuk dibunuh..
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 31/38
SAYANGILAH HARIMAUjangan biarkanhaiwan ini pupus sebelum tiba
masanyaberilah peluang kepadanya untuk menikmati keindahankehidupan
dihutan hijau ciptaan yang Maha Esa.
HARGAI DAN SAYANGILAH HARIMAU KERANA HARIMAULAH HERO KITA
TEORI PELAZIMAN THORNDIKE
Posted: October 27, 2011 in Uncategorized 0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 22/10/2011 yang lepas,
saya telah belajar tentang TeoriBehaviorist. Dalam teori itu,
terdapat tiga orang tokoh yang terkenal dengan
eksperimen-eksperimen berkaitan rangsangan dan tindakbalas.
Eksperimen-eksperimen ini melibatkan haiwandan tindakbalas terhadap
rangsangan yang diberi. Kumpulan saya telah ditugaskan
menceritakantentang TEORI PELAZIMAN THORNDIKE. Disini saya akan
ceritakan sedikit tentang teori inikepada anda semua sebagai
panduan dan menambahkan pengetahuan. Maklumat yang sayaperolehi ini
juga didapati daripada beberapa blog dan web lain.
Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang
terikat iatu pembentukandan pengukuhan rangkaian saraf d antara
situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhiorganism maka itu
sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh
dianggapsama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan
yang wujud di antara satu situasitertentu dengan kebolehan individu
untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaranThorndike adalah
dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian
saraf.Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis
pembelajaran. Dalam erti katateori ini, beberapa faktor penting
dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa,
rasamilik dan memuaskan pengalaman.
Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang
difikirkan oleh Thorndike adalah padaumumnya dibahagiakan kepada
tiga iaitu:
i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang
dinyatakan oleh Thorndikesebagai:a) Apabila satu unit pengaliran
sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalahmemuaskan,
tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.b) Bagi
sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan
kalau tidak
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 32/38
mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas
yang disediakan oleh alamsemula jadi yang berkaitan dengan
kekurangan yang menyusahkan tadi.c) Apabila satu unit pengaliran
idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir,
makapengalirannya adalah menyusahkan.ii. Hukum latihan melibatkan
pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akanbertambah
kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang)
tidak dijalankan,maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas
akan bertambah lemah.iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa
pertalian antara ransangan dengan gerak balas akanbertambah kukuh
jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak
balas.Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara
ransangan dan gerak balas.Namun demikian, teori ini mempunyai
banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkarayang memuaskan
atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua, sukar
untukmenetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk
atau dihapuskan. Ciri-ciri setiapikatan perlu diketahui sejak awal
lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan
denganpengajaran perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi
atau keindahan bahasa.Eksperimen ThorndikeThorndike menjalankan
berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direkabentuk
dan dipanggil puzzle box. Manakala Pavlov menggunakan anjing,
Thorndike kerapmenggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang
lapar dalam puzzle box yangmempunyai kunci.Jika kucing itu akan
cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci
peti itu,pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke
arah makanan yang disediakan.Thorndike telah perhatikan behawa
kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan(proses
cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan
pintu terbuka. Masayang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu
puzzle box dicatat.Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu
dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini,haiwan itu berjaya
menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat berbanding
denganpercubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau
belajar. Iaitu, organisme itu telahmempelajari gerak balas yang
betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Secara kesimpulannya, eksperimen ini menggunakan kaedah Cuba
Jaya iaitu percubaan demipercubaan yang dilakukan sehingga menemui
kejayaan. Dalam pembelajaran, kaedah ini banyakdigunakan terutama
dalam matapelajaran Matematik dan Sains.Kanak-kanak belajar
memahamidan menyelesaikan masalah melalui kaedah ini. Kaedah ini
menggalakkan kanak-kanak mencubasesuatu dengan usaha sendiri
sebelum mencapai kejayaan.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 33/38
Bahan Bacaan Sains Kanak-Kanak
Posted: October 18, 2011 in Uncategorized 0
Minggu ini, saya akan ceritakan tentang bahan bacaan yang
berunsurkan sains yang diterbitkanseawal tahun 1980an. Bahan bacaan
berunsurkan sains adalah salah satu instrument yang amatbaik bagi
memperkenalkan ilmu sains kepada kanak-kanak secara dekat.
Kanak-kanakmempunyai minat yang cenderung kepada pembacaan
komik,majalah dan buku-buku cerita.Justeru itu, penerbitan
bahan-bahan bacaan yang menyelitkan tentang ilmu sains adalah
amatberguna dan penting kepada kanak-kanak. Bahan-bahan bacaan ini
boleh dibeli di kedai-kedairuncit dan pasaraya.
Bahan-bahan bacaan ini telah diterbitkan seawal tahun 1980 lagi.
Isi kandungan dan isu-isu yangdiketengahkan dalam setiap bahan
bacaan adalah mengikut peringkat umur dan peredaran masa.Berikut
adalah beberapa jenis bahan-bahan bacaan terawal yang diterbitkan
untuk mengisi masalapang kanak-kanak.
Bambino yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1972 sempena
sambutan kemerdekaanMalaysia yang ke-15, diilhamkan daripada
karakter Bambi ciptaan Disney. Majalah bulananterbitan Penerbitan
Suarasa yang diterajui oleh pelukis kartun terkenal seperti
Rizalman, Mishar,dan Rosdin ini dilihat sebagai wadah wacana
pengetahuan kepada kanak-kanak ketikaitu.Bambino memuatkan beberapa
siri komik, cerpen, cerita bersiri, penciptaan sains dan ruang
lainyang lazim terdapat dalam majalah kanak-kanak ketika itu
seperti mencari gambar tersembunyidan peraduan melukis (Bakat
Bambino) di samping bimbingan melukis untuk pembacanya diruangan
Mari Melukis Bersama Bambino yang dikelolakan oleh Abdul Halim Teh.
Selain itu,pembaca boleh memberikan maklum balas atau pandangan
kepada ketua pengarangnya yangdikenali sebagai Pakcik Bambino di
ruang Apa Kata Anda.
Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya
yang diterbitkan oleh RazStudio. Majalah ini agak popular dan
mendapat tempat dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak lelaki di
peringkat sekolah rendah yang membesar pada era 1980-an. Nama
majalah inimerujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat
dalam majalah berkenaan, iaitu Bujal,kanak-kanak lelaki nakal yang
sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut
boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat majalah
berkenaan. Sesuai denganmotonya atau tagline majalah ini, iaitu
Berhibur Sambil Belajar, semua siri kartun didalamnya seperti ,
termasuk Bujal yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak
dalamsuasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan
menerusi karakter-karakteryang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan,
dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah inijuga memuatkan
ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah
iamenjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa
Inggeris melalui ruangan StoryTime di samping menulis jawi kerana
memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.
Dewan Pelajar pula merupakan majalah bercorak pendidikan dan
sesuai dijadikan sebagai bahanbacaan untuk pelajar sekolah rendah.
Majalah terbitan DBP ini sejak tahun 1967 sehingga kiniditerbitkan
bagi menyebarluaskan ilmu untuk kanak-kanak dalam pelbagai lapangan
dengan
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 34/38
tujuan untuk menggalakkan minat membaca dalam bahasa Melayu.
Majalah ini juga mengasuhdan mengembangkan bakat serta daya
kreativiti kanak-kanak dalam bidang penulisan seperticerpen dan
puisi melalui ruangan yang disediakan. Dengan adanya ruangan
seperti Belajar Jawi,Peribahasa, Time for English, Dunia Sains,
Ensiklopedia, Pintar Bahasa, danMathematic Genius, jelas bahawa
kandungannya adalah pelbagai dan kerana itu ada guru
yangmenjadikannya sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran
disekolah.Majalah Kuntum yang diterbitkan oleh Star Publication (M)
Berhad sejak tahun Februari1980 masih kekal hingga kini. Majalah
bulanan berbahasa Melayu yang dijual pada harga RM2.00senaskhah ini
memang khusus disasarkan kepada golongan kanak-kanak berusia enam
hingga 12tahun. Sesuai dengan motonya Mendidik Sambil Menghibur,
banyak aktiviti yangmenyeronokkan dan percutian dianjurkan untuk
pembaca yang menjadi ahli Kelab Kuntum.Majalah ini juga sering
digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
SAINS DISEKELILING KITA
Posted: October 8, 2011 in Uncategorized 0
Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita
sedari, sains sentiasa bersama
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 35/38
Sains adalah suatu bidang yang amat unik dan luas. Tanpa kita
sedari, sains sentiasa bersamadalam kehidupan kita. Sains wujud
semasa kita makan, minum,menonton televisyen,menanamtumbuhan dan
macam-macam lagi. Kanak-kanak zaman kini telah didedahkan kepada
ilmu sainssejak dirahim ibu lagi. Bayi di dalam rahim
diperdengarkan lagu-lagu berbagai genre dengankecanggihan gadget
sains masa kini. Semakin membesar, lebih banyak lagi gadget-gadget
sainsdiperkenalkan kepada kanak-kanak. Jelas didapati, tiada
kanak-kanak masa kini yang buta sains malah boleh dikatakan amat
celik sains
Artikel yang ditulis oleh Rajiah Hassan dibawah menceritakan
serba-sedikit tentang kepentingansains kepada kanak-kanak masa
kini.
Pembacaan, imaginasi sains pada kanak-kanak - Oleh RAJIAH
HASAN
KANAK-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait
rapat. Mereka belajar menerusiimaginasi. Imaginasi kanak-kanak
kadang-kadang melangkaui jangkaan. Di antara individu yangpaling
memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang
paling rapatdengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.
Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap
penyelidik daripada University ofOregon in Eugene, kanak-kanak
menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.
Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada
beberapa perkara yang sukarmereka fahami dalam kehidupan, seperti
masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun duniakanak-kanak sebelum
kelahiran.
Kanak-kanak juga gemar berimaginasi bagi mengatasi kesakitan dan
kedukaan yang merekaalami.
Pakar psikologi Alison Gopnik dari University of California,
Berkeley pula mengatakan bahawakanak-kanak sudah boleh berimaginasi
seawal usia sembilan bulan.
Pada ketika inilah ibu bapa atau pengasuh sudah boleh memainkan
peranan untuk menggarapapa yang mereka mahukan untuk santapan
imaginasi anak-anak mereka. Tidak salah pada usiasemuda itu ilmu
sains boleh diperkenalkan, sama ada melalui perbuatan atau
pembacaan ibu bapakepada bayinya.
Mungkin ibu bapa boleh menunjukkan gambar-gambar planet dan
bintang-bintang yangbergemerlapan secara berulang kali bagi
mewujudkan imaginasi cakerawala kepada si bayi.
Sementara itu, kanak-kanak berusia setahun ke atas sudah mula
mengenal objek dan memahamigambar-gambar yang ditunjukkan.
Pada waktu ini pendekatan awal yang bersesuaian sudah boleh
digarap. Buku sains selalunyamempunyai gambar-gambar yang menarik
dan berkisar tentang kehidupan seharian, sepertianggota tubuh
badan, bagaimana makanan diproses di dalam perut, apa terjadi
sewaktu ibumengandungkan adik, mengapa hujan turun, mengapa lampu
menyala dan sebagainya.
Kanak-kanak akan cepat berimaginasi apabila diceritakan mengapa
sesuatu fenomena itu berlaku,terutama fenomena yang dekat dengan
mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu
itu dengan kaedah
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 36/38
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan sesuatu
itu dengan kaedahseringkas yang boleh, benar dan logik, kerana ini
adalah penerimaan pertama kanak-kanak.
Menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan
menjadi asas kepada pengetahuansedia ada yang bakal mereka ada
dalam minda bawah sedar.
Seandainya kanak-kanak itu didedahkan dengan konsep yang salah,
pengetahuan itu akan terusdibawa dan apabila lewat dikenal pasti,
adalah sukar untuk guru mengubah konsep atau persepsitersebut.
Seorang pakar kaji bintang yang bekerja dengan NASA di Amerika
Syarikat telah mengakuibahawa minat yang mendalam dalam bidang
astronomi telah wujud dalam dirinya sejak zamankanak-kanak
lagi.
Hasil dari sifat taksub dengan cerita Star Wars pada ketika
kanak-kanak menyebabkan beliauterus menerawang dalam imaginasi
bintang-bintang serta galaksi. Zaman kanak-kanaknyadipenuhi dengan
buku dan komik tentang galaksi.
Imaginasi ini terus membawanya pada cita-cita sebagai seorang
astronomi dan beliau akhirnyaberjaya. Ada banyak lagi kisah
saintis-saintis yang berjaya masa kini dan minat mereka
yangtertanam sejak zaman kanak-kanak.
Mereka menjadi individu yang berjaya dalam bidang sains bukan
kerana kebetulan, tetapikesinambungan daripada apa yang diterapkan
sejak awal kehidupannya, sama ada disedari atautidak.
Terdapat banyak buku, majalah mahupun komik kanak-kanak yang
berkisar tentang sains dankehidupan di pasaran masa kini. Ilustrasi
yang dibuat juga amat menarik dan konsep yang dibawacukup
dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak.
Bahan bacaan ini dipersembahkan dengan menggunakan warna-warna
yang terang dan watak-watak yang cukup menghiburkan. Harga bahan
bacaan tersebut juga terdapat dalam julat yangmampu dibeli oleh
pelbagai golongan.
Ada banyak tahap bahan bacaan yang boleh digunakan untuk
kanak-kanak mengikut peringkatumur. Kanak-kanak berusia 1 hingga 3
tahun selalunya lebih berminat kepada imej bergambaryang ringkas
dan berwarna-warni.
Lantaran itu bahan seperti kad imbasan amat sesuai digunakan.
Kanak-kanak berusia 4 hingga 6tahun pula berminat dengan proses
sains dan carta yang mudah. Tahap imaginasi mereka jugaamat tinggi
dan boleh dizahirkan semula dalam bentuk lukisan atau lakon
cara.
Sementara bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca, pendekatan
lebih kepada penerangandan cerita yang lebih jelas tentang apa yang
berlaku di sekeliling mereka.
Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang
amat tinggi serta akan mencarisesuatu yang mantap untuk
diimaginasikan.
Perasaan ingin tahu yang tinggi adalah sesuatu yang sihat di
dalam pembelajaran ilmu sains yanglebih kepada proses sains dan
eksperimentasi.
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 37/38
Namun demikian, kanak-kanak tidak akan dapat meneroka bahan
bacaan yang ada tanpabantuan daripada orang dewasa.
Ibu bapa bukan sekadar menyediakan bahan, mereka juga boleh
membantu anak-anak secaramembaca bersama-sama atau berbincang
tentang apa yang diperlihatkan oleh bahan bacaantersebut.
Menerapkan input ilmu ke dalam minda seseorang kanak-kanak
adalah seperti mencurahkan airke atas span yang sentiasa bersedia
untuk menyerap seberapa banyak air yang boleh.
Input yang positif akan membuahkan output yang juga positif.
Sememangnya fitrah manusia akan mencari sebab dan akibat tentang
sesuatu fenomena yangberlaku dalam kehidupan, dan ilmu sains
merupakan cabang ilmu yang sememangnya mencaribukti kukuh tentang
fenomena alam.
Tidak salah membiarkan kanak-kanak berimaginasi tentang sains,
dengan konsep dan pendekatanyang betul serta bersesuaian.
Hakikatnya, sains adalah fenomena dalam kehidupan. Sains
AdaDiSekeliling Kita
Blog at WordPress.com. | The Greyzed Theme.Follow
Follow Awal Sains Dan Kanak-Kanak
Powered by WordPress.com
-
4/11/2014 Awal Sains Dan Kanak-Kanak | " we love science"
http://syimarsogimin.wordpress.com/ 38/38