BAHAGIAN 1: ULASAN KRITIKAL Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-kanak. Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori tersebut. Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah empat buah. Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Esah Sulaiman, 2004). Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajina ahli-ahli psikologi pemeblajaran. Kesedaran sebagai bakal guru sains, adalah amat penting untuk memahami dengan lebih afdal dan terperinci tentang teori-teori pembelajaran sains kanak- kanak. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dalam pembelajaran sains, terdapat tiga kategori utama di bawah teori pembelajaran yang diterapkan bagi mengajar kanak-kanak tentang ilmu sains dan memahami konsep sains. iaitu teori pembelajaran Behaviorisme, teori Kognitivisme dan juga teori pembelajaran konstruktivisme. TEORI KOGNITIF Teori kognitif adalah berbeza dengan teori pembelajran behaviorisme. Di mana, ahli-ahli psikologi dan rasionalis yang berpendapat bahawa teori kognitif ini melibatkan pembelajaran suatu proses pemikiran di mana, mereka menumpukan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental sperti berfikir, menaakul, menganalisis, 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAHAGIAN 1: ULASAN KRITIKAL
Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku
mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-
kanak. Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori
tersebut. Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya
berjumlah empat buah.
Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman,
pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah
laku pelajar secara kekal (Esah Sulaiman, 2004). Teori pembelajaran merujuk kepada
prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajina ahli-
ahli psikologi pemeblajaran. Kesedaran sebagai bakal guru sains, adalah amat penting
untuk memahami dengan lebih afdal dan terperinci tentang teori-teori pembelajaran sains
kanak-kanak. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting
dalam menentukan kejayaan pelajar. Dalam pembelajaran sains, terdapat tiga kategori
utama di bawah teori pembelajaran yang diterapkan bagi mengajar kanak-kanak tentang
ilmu sains dan memahami konsep sains. iaitu teori pembelajaran Behaviorisme, teori
Kognitivisme dan juga teori pembelajaran konstruktivisme.
TEORI KOGNITIF
Teori kognitif adalah berbeza dengan teori pembelajran behaviorisme. Di mana, ahli-
ahli psikologi dan rasionalis yang berpendapat bahawa teori kognitif ini melibatkan
pembelajaran suatu proses pemikiran di mana, mereka menumpukan proses-proses
dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti
mental sperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah
dan sebagainya. Di dalam teori pembelajaran sains, teori kognitif yang utama ialah,
1
TEORI KOGNITIF
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
TEORI KOGNITIVISME BRUNER
TEORI KOGNITIVISME AUSUBELTEORI KOGNITIVISME
GAGNE
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET:
Teori perkembangan kognitif Piaget ini diasaskan oleh seorang ahli psikologi kanak-
kanak yang terkenal iaitu Jean Piaget yang lahir pada Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland.
Berasaskan pemerhatian beliau dalam mengkaji perkembangan manusia,beliau telah
menjalankan pemerhatian yang sistematik ke atas tiga orang anaknya di mana beliau
mengaplikasikan prinsip dan metode biologi dalam pemerhatiannya. Menurut piaget, kanak-
kanak yang aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap
perkembangan kognitif iaitu seperti pada rajah dibawah:
Piaget turut mengelaskan pengetahuan kepada pengetahuan fizikal,
logikomatematikal dan juga sosial. Piaget menyatakan bahawa asas untuk pembelajaran
ialah melalui aktiviti-aktiviti yang dialami oleh kanak-kanak itu sendiri ketika berinteraksi
dengan persekitarannya. Melalui pengalaman tersebut kanak-kanak akan memerhati
2
EKUILIBRASI DAN INKUIRI PENEMUAN
terhadap perubahan yang berlaku dan akan bertindak ke atas sesuatu tersebut. Manakala
bagi pengetahuan logikomatematikal pula ianya lebih sofistikated dibentuk ketika pelajar
membentuk perhubungan antara objek-objek dalam mindanya. Pengalaman
logikomatematikal yang diproseskan dalam minda dapat memantapkan lagi proses
operasional seperti pengekalan, pengelasan, penyusunan mengikut turutan, dan ketekalan
logik.
Piaget (1954) percaya bahawa proses adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu
melalui proses asimilasi dan proses akomodasi. Segala maklumat dan pengalaman bukan
sahaja diorganisasikan malahan juga pemikiran diadaptasikan dengan memasukkan idea-
idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Asimilasi
bermaksud menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia ada.
Manakala akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami
maklumat baru. Akomodasi membawa maksud mengubahsuai skemata sedia ada utuk
memahmi maklumat baru. Apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, maka terjadi
ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran kanak-kanak tersebut. Oleh yang
demikian, untuk mencapai semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu membuat
organisasi atau adaptasi pada skemata iaitu struktur kognitif yang mengorganisasikan dan
menginterprestasikan semua pengalaman yang dialami.
Jadi, melalui pengadaptasian ini, struktur pemikiran lama atau juga dikenali sebagai
pengetahuan sedia ada kanak-kanak yang memiliki kerangka alternatif akan ditinggalkan
dan kanak-kanak tersebut akan menerima struktur pemikiran baru yang seiring dan selaras
dengan konsep saintifik. Walau bagaimanapun, ramai pengkaji menyatakan bahawa
perubahan konsep ini tidak akan berlaku dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Hal
ini kerana, pengetahuan sedia ada yang mengalami miskonsepsi akan mengalami
penstrukturan yang baru sama ada dari segi penambahan atau penggantian. Manakala
proses penambahan merupakan pengembangan konsep sedia ada kepada suatu konsep
sains yang baru agar lebih bermakna (Gunstone dan Northfield, 1992) menerusi Kajian
Pembinaan Konsep Sains berdasarkan Model Generatif-Metakognitif di Kalangan Pelajar.
Menerusi teori Piaget ini juga, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang
menyampaikan jawapan yang salah daripada jawapan yang betul dalam mana-mana
pemahaman sains yang diajukan adalah lebih baik. Hal ini kerana, jawapan yang diberikan
oleh kanak-kanak yang berbeza peringkat umur memberikan jawapan yang berlainan bagi
suatu soalan sains yang sama. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Piaget juga, didapati
kanak-kanak yang sama umur akan memberikan jawapan yang salah dalam kekerapan
yang sama. Jadi tahap kognitif kanak-kanak dalam bidang sains adalah berbeza mengikut
3
peringkat umur mereka. Kanak-kanak akan lebih faham serta dapat mengaplikasikan
sesuatu konsep sains jika miskonsepsi yang ada dalam skematanya diasimilasikan untuk
mewujudkan skemata yang baru dan betul selaras dengan konsep yang dikemukan oleh ahli
sains.
Di samping itu,menurut Piaget, pengertian seseorang itu mengalami perkembangan
dari lahir sampailah menjadi dewasa. Oleh yang demikian, Piaget berpendapat bahawa
manusia mengalami empat tahap perkembangan dalam proses bagi memahami dunia
persekitaran di mana setiap tahap tersebut berkait rapat dengan peringkat umur dan
mengandungi perbezaan dari aspek pemikiran. Jadual di bawah menunjukkan dengan lebih
jelas lagi berkaitan dengan peringkat umur dan cara pemikiran manusia mengikut peringat
umurnya.
Umur Tahap Cara pemikiran
0 – 2 Deria motorKanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain
untuk meninjau dan memahami dunia mereka
2 – 7 Praoperasi
Kanak-kanak pra-sekolah menggunakan keupayaan mereka
berfikir secara simbolik untuk menyelasaikan masalah, tetapi
tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah
diperdaya oleh persepsi yang lain.
7 – 11 Operasi konkrit
Kanak-kanak mula zaman persekolahan.Mereka berfikir
secara logik dan konkrit. Mereka boleh menyelesaikan
masalah secara cuba-jaya (trial-and-error)
12 ke atas Operasi formalRemaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan
boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.
[SUMBER: HBEF2103 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN OUM]
Ketrampilan dan ketajaman dalam membuat pemerhatian suatu objek daripada
perubahan yang berlaku disekiling kanak-kanak itu sendiri dengan cara melihat, mendengar,
merasa dan menghidu yang disertai dengan perhitungan serta pengukuran merupakan
implikasi teori Piaget yang akan membawa kepada penemuan – inkuiri bagi membina
skemata serta pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi mengatasi miskonsepsi. Piaget,
(1975) berpendapat bahawa kegiatan eksplorasi atau juga dikenali sebagai
memanipulasikan masalah yang bersifat konkrit terutamanya bagi kanak-kanak yang berada
pada tahap praoperasi untuk memperolehi pengetahuan fizikal dan juga pengetahuan logik
sains kerana kedua-dua pengetahuan tersebut perlu dialami sendiri oleh kanak-kanak yang
sedang belajar jika dibandingakan dengan pengetahuan sosial (social knowledge) yang
4
dapat diperolehi daripada persekitaran kanak-kanak tersebut melalui pergaulan dengan
kanak-kanak yang lain serta melalui pembacaan tentang ilmu berkaitan sains.
Teori piaget ini secara langsungnya telah membantu guru sains untuk meningkatkan
minat dan kefahaman kanak-kanak untuk belajar sains walaupun menerusi pengalaman
seharian kanak-kanak dan juga persekitaran kanak-kanak itu sendiri. Implikasi teori Piaget
ini terhadap pengajaran dan pembelajaran sains kanak-knak ini meliputi empat aspek utama
iaitu:
Inkuiri-penemuan merupakan kegiatan belajar yang melibatkan secara maksimum
seluruh kemampuan pelajar untuk mencari dan menyelidiki secara sistematik, kritis, logik
dan analisis sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya dengan
kepercayaan pada diri sendiri (W.Gelly et.al.1984). Pendekatan inkuiri-penemuan dalam
sains merupakan alternatif yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman dan
perubahan yang berlaku disekeliling. Secara amnya, inkuiri merupakan aktiviti pencarian
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan
merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara pendekatan inkuiri-penemuan ini
berlaku ketika konsep dan prinsip utama sains dikaji dan ditemui oleh kanak-kanak itu
sendiri. Kajian yang dijalankan sememang akan lebih mudah jika kanak-kanak diberikan
penekanan terhadap aktiviti hands-on yang menggunakan bahan konkrit bagi membina
pengetahuan dalam minda mereka dan proses ini dinamakan sebagai minds-on. Maka
kanak-kanak akan lebih memahami konsep dan juga prinsip perubahan yang berlaku pada
sesuatu fenomena sekaligus mencapai kesimpulan sendiri. Namun demikian, guru
memainkan peranan sebagai pembimbing kanak-kanak untuk memahami konsep serta
menambahkan pengetahuan fizikal dan logikomatematikal mereka. Namun begitu,
pendekatan inkuiri in tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pembelajaran. Hal ini
5
IMPLIKASI
INKUIRI-PENEMUAN
KESESUAIAN PERINGKAT KOGNITIF
LATIHAN OPERASI MENTALMOTIVASI INSTRINSIK
kerana, guru haruslah mendedahkan beberapa konsep dan juga prinsip sains secara
langsung kepada kanak-kanak.
Aktiviti hands-on dan juga minds on yang dijalankan oleh kanak-kanak haruslah
bersesuaian dengan perkembangan kognitif mereka supaya dapat menerima, memahami
dan juga mengadaptasikan konsep yang dipelajari ke dalam skemanya. Sekiranya kanak-
kanak yang berada pada tahap operasi, praoperasi dan juga operasi konkrit, maka aktiviti
yang dijalankan perlulah menggunakan bahan-bahan eksperimen atau alat bantu mengajar
yang bersifat konkrit. Hal ini kerana, kanak-kanak akan lebih faham dan menerima ilmu
sains dengan menggunakan deria memerhati dan mengelaskan contoh-contoh sesuatu
perkara. Misalnya mengelas pemakanan haiwan-haiwan bagi membentuk konsep kumpulan
haiwan. Di samping itu, bagi kanak-kanak yang berada pada tahap operasi formal pula,
aktviti yang melibatkan hands-on dan minds-on ini tidak diperlukan kerana pelajar pada
tahap ini sudah boleh membentuk konsep abstrak dan berupaya untuk berfikri secara
formal. Pelajar yang berapada pada tahap ini juga akan mampu untuk memikirkan pelbagai
alternatif ketika menyelesaikan masalah dan turut mengenal pasti pembolehubah-
pembolehubah penting yang dapat mempengaruhi hasil eksperimen atau aktiviti sains.
Mereka turut mampu untuk berdikari dan berfikiran kreatif melalui kebolehan metakognitif
mereka.
Perkembangan operasi mental pelajar boleh diajar dengan mereka bentuk kegiatan
yang bersesuaian, contohnya penyusunan mengikut tertib, pengelasan dan pengekalan.
Permainan yang berkaitan dengan ilmu sains seperti pengelasan haiwan kepada jenis
pemakanannya. Ini secara tidak langsung akan menjadi satu latihan kepada operasi mental
kanak-kanak tersebut secara logik dan mewujudkan pengetahuan yang lebih meluas. Di
samping itu, guru perlu menyediakan peluang dan ruang yang banyak untuk pelajar berfikir
tentang proses pembelajaran mereka supaya dapat memupuk semangat ingin tahu dalam
sanubari pelajar. Menurut Luke dan Hardy, 1999; (Georghiades,2000) berpendapat bahawa
kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam mempelajari sains khususnya dalam
menyelasaikan masalah yang dihadapi dan membina pengkonsepan yng tepat seringkali
membantutkan motivasi pelajar untuk terus mempelajari disiplin ini. Oleh yang demikian,
strageti metakognitif yang efektif untuk merancang, mengatur dan menilai proses
pembelajaran dengan tersusun dan bersistematik memudahkan pelajar menyelesaikan
masalah yang timbul dan membina konsep dengan tepat. Secara tidak langsung kanak-
kanak juga akan mampu mengaplikasikan konsep dan prinsip yang mereka perhatiankan
untuk membina sesuatu yang baru dan mencetuskan pemikiran yang kreatif dan berinovatif.
6
Menurut Posner, et al (1982) yang menyatakan perubahan konsep hanya berlaku
sekiranya memenuhi empat syarat iaitu:
Kanak-kanak atau juga pelajar akan berasa ragu-ragu dan tidak puas hati dengan wujud
dalam diri mereka jika mendapati bahawa sesuatu tidak kena dengan kerangka altenatif
mereka. Jadi ini akan memotivasikan para pelajar untuk menilai kembali dan membuat
perbandingan dengan konsep baru yang dikemukan oleh guru yang bertindak sebagai
pemimpin mereka. Jadi disebabkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu konsep sains
dengan lebih terperinci, kanak-kanak akan membincangkan tentang konsep baru yang
diterima dengan pemikiran kendiri bagi memahami dan menemukan konsep baru yang lebih
wajar untuk dipegang bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam situasi yang baru.
Jadi pelajar tersebut akan dapat mencari keseimbangan. Namun demikian, skemata yang
baru haruslah munasabah, bermakna dan difahami dalam pertimbangan kognitif kanak-
kanak.
Menurut Suseela Balakrishnan, et.al (2008) ramai pakar pendidikan psikologi
beranggapan bahawa teori perkembangan kognitif Piaget ini hamper sempurna kepada
sistem perkembangan kognitif manusia. Hal ini kerana, banyak pandangan dan kajian beliau
bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model
pemprosesan maklumat Piaget yang menjelaskan bahawa penerimaan maklumat
bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan berupaya menukar
data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula ketika diperlukan.
Menerusi pembelajaran cara otak manusia memproses maklumat, kita akan dapat melihat
dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan
mempercayai. Menurut Jean Piaget, kecerdikan sebagai dasar kepada proses yang aktif di
mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea
dan pergaulan dengan orang lain disekelilingnya.
7
SYARAT
WUJUD KETIDAKPUASAN
TERHADAP KONSEP ASAL
MUNASABAHBERMAKNA
DIFAHAMI
Jadi, secara konklusinya, teori Piaget dalam pembelajaran sains sangat releven
dengan inkuiri pembelajaran penemuan dan aktif dengan pantas dan elaborasi. Guru tidak
perlu berceramah dan meminta pelajarnya untuk mengingat dan menghafal fakta serta
konsep sains ketika diuji menerusi pentafsiran secara sumatif ataupun formatif. juga dalam
menyampaikan ilmu ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, pelajar
diharapkan dapat belajar dan memecahkan masalah mereka sendiri dengan bantuan guru
dengan mencari masalah yang berkaitan dengan memahami konsep dan teori sains. Teori
piaget juga turut menekankan proses penyerapan dan proses pengubahsuaian dan beliau
juga menyatakan bahawa perkembangan kognitif ini berlaku berperingkat-peringkat.
TEORI KOGNITIVISME BRUNER:
Jerome Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli
psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Jika Piaget menghuraikan apa yang dapat
dipelajari oleh seorang kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan, Bruner pula
banyak menghuraikan bagaimana seorang kanak-kanak belajar. Menurut Bruner dalam
Frank Swetz & Liew Su Tim (1982), kunci kepada masalah pembelajaran ialah struktur iaitu
yang melibatkan struktur proses pemikiran murid-murid dan struktur tugas yang hendak
dipelajari. Bruner telah mengemukan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3
tahap iaitu:
8
Pada peringkat enaktif, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk memanipulasikan
objek yang menarik perhatian mereka. Di mana kanak-kanak pada peringkat umur 0-2 tahun
akan didedahkan dengan pengalaman yang lebih bersifat konkrit untuk memahami sesuatu
konsep. Tahap konkrit ini diaplikasikan dengan memegang objek dan aktiviti yang
menyeronokkan kanak-kanak seperti aktviti drag and drop.
Manakala pada peringkat ikonik pula, kanak-kanak akan mampu untuk menyimpan
maklumat yang bergambar atau penggunaan grafik. Jadi saranan pada peringkat ini ialah
lebih kepada pendekatan yang berkonsepkan gambar dan visual di mana suatu gambaran
kepada pengguna untuk meransang pemikiran logik kanak-kanak dalam pengetahuan sedia
ada mereka. Berkait rapat dengan pemprosesan maklumat, kanak-kanak akan dapat
menyimpan gambar atau visual yang mereka perhatikan melalui persekitaran ke dalam
ingatan jangka pendek mereka. Tetapi jika berlaku pengulangan seperti mereka melukis
atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan warna epal contohnya, kanak-kanak akan
menukarkan maklumat kepada ingatan jangka panjang iaitu warna epal ialah merah terang.
Ini membuktikan bahawa kanak-kanak mampu untuk menceritakan semula apa yang
berlaku dalam proses pembelajaran.
Seterusnya ialah peringkat simbolik memerlukan kanak-kanak untuk mengenali
simbol dan operasi yang lain ( Robert, 2004 dalam Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) ).
Ini akan dapat membantu kanak-kanak untuk mengembangkan fungsi skemata daripada
pengetahuan sedia ada kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian,( Bruner (1966) dalam
9
Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) ) menyatakan bahawa ketiga-tiga peringkat
perkembangan kognitif tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi akan terus
berkembang dalam kehidupan seseorang itu.
Jerome Bruner (1966) dalam Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) menyatakan bahawa
pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar akan membina
pengetahuannya sendiri atau konsep baru yang berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan
lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui.
Secara automatik, kanak-kanak akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah
serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003). Bruner (1960)
menggalakkan pemikiran logik dan cuba jaya oleh pelajar sendiri, dia juga mengutamakan
pembelajaran secara induksi, yakni dari sesuatu yang umum membawa kepada sesuatu yang
khusus dan mengutarakan pembelajaran konsep atau kategori dan hubungannya dengan konsep-
konsep yang lain.
KURIKULUM BERLINGKAR:
Bruner berpendapat bahawa kurikulum haruslah melibatkan penguasaan kemahiran
yang akan memudahkan penguasaan kemahiran yang lebih tinggi. Kemahiran dan
pengetahuan boleh diajarkan kepada pelajar setiap peringkat umur jika bersesuaian dengan
perkembangan kognitif pelajar tersebut. Bruner juga berpendapat bahawa guru dan pelajar
haruslah melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kerana proses sains adalah lebih
penting daripada hasil sains. Prinsip-prinsip dasar sesuatu ilmu sains akan membuat
pemindahan pengetahuan yang lebih mudah di mana kurikulumnya berpaksikan struktur
pengetahuan seperti fakta, konsep dan teori pembelajaran sains. Ini akan dapat membantu
10
PEMBELAJARAN BRUNER
KURIKULUM BERLINGKAR
PEMBELAJARAN INDUKTIFPEMBELAJARAN
PENEMUAN
pelajar untuk melihat, dapat menghubung kaitkan fakta-fakta yang dilihat dengan betul. Di
samping itu, kanak-kanak daripada peringkat umur yang berbeza juga dapat belajar jika
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk yang tepat dan
kurikulum mestilah bersifat mengimbas kembali dan membangunkan idea-idea yang
berulang (Spiral curriculum).
PEMBELAJARAN INDUKTIF:
Poh Swee Hiang (1997), pembelajaran induktif bermula dengan pengalaman pelajar
yang spesifik dan seterusnya akan menambahkan idea sehingga membentuk idea atau
konsep yang umum sekaligus mendorong pembelajaran yang aktif. Oleh yang demikian,
guru sains diharapkan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, perhubungan dan
pola dalam sains dengan melibatkan pelajar dalam aktiviti yang spesifik. Pembelajaran yang
berasaskan gaya induktif merupakan satu penglibatan proses penaakulan yang tinggi di
mana melibatkan aktviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian maklumat
tersebut akan digeneralisasikan atau diberikan kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar
Abdul Aziz, 2004).
Pembelajaran secara induktif ini akan mengasah kemahiran kognitif para pelajar
kerana mereka menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus atau
konsep-konsep untuk menjadikan sesuatu ayat atau aplikasi konsep dalam sesuatu konsep
sains.
11
PEMBELAJARAN
PENEMUAN
KEUPAYAAN INTELEK
GANJARAN INTRINSIK
HEURISTIK PENEMUAN
INGATAN
Bruner mengemukakan pembelajaran penemuan. Di mana kanak-kanak atau pelajar
akan dikemukakan dengan satu fenomena serta pelajar akan menyiasat bagaimana
fenomena tersebut berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak haruslah diberi
peluang dan ruang untuk menemui sesuatu konsep dengan diri sendiri. Contohnya,
mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Jadi
para pelajar dikenhendaki menyiasat mengapa dan bagaimana fenomena tersebut boleh
berlaku. Pelajar akan menyiasat fenomena tersebut menerusi pelbagai sumber maklumat
sama ada daripada buku-buku, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru
serta membuat eksperimen melalui pemerhatian dan uji kaji oleh pelajar sendiri.
Pembelajaran penemuan ini akan membantu kanak-kanak belajar cara untuk belajar. Di
mana mereka akan belajar kemahiran menyelesaikan masalah dan inkuiri serta
membolehkannya menyusun dan menggunakan apa yang dipelajari dalam sesuatu situasi
dan konsep yang baru.
Di samping itu, terdapat ganjaran daripada ekstinsik kepada ganjaran intrinsik. Di
mana pembelajaran penemuan telah menukarkan motivasi untuk belajar daripada demi
memuaskan orang lain kepada kepuasan ganjaran dalaman iaitu memuaskan diri sendiri.
Pembelajaran penemuan ini turut memberikan peluang kepada kanak-kanak atau pelajar
untuk mempelajari heuristik penemuan atau juga dikenali sebagai swikaji. Menurut Bruner,
heuristik ini bermakna kaedah seseorang untuk mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Di
mana, pembelajaran melalui latihan menyelesaikan masalah dan usaha penemuan untuk
mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Kaedah ini lebih berkesan daripada kaedah trial and
error di mana kanak-kanak cekap dalam heurisik penemuan yang membawa kepada
keberkesanan keputusan yang diambil dalam penyelesaian masalah serta keputusannya
turut dapat menyegerakan penyelesaian. Menerusi pembelajaran penemuan yang dipopulari
oleh Bruner juga turut dapat membantu proses ingatan kerana pengetahuan yang dihasilkan
melalui penemuan lebih senang diingati dan lebih senang diingat kembali apabila
diperlukan.
12
Teori Pembelajaran Behavioris
Teori pembelajaran behavioristik adalah satu teori yang mengatakan bahawa
perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman. Seseorang dianggap telah
belajar seuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan tingkah lakunya. Menurut teori ini, apa
yang penting dalam proses pembelajaran ialah input yang merupakan rangsangan (R) dan
output yang merupakan gerak balas (G). Rangsangan adalah segala yang disampaikan oleh
guru kepada murid manakala gerak balas pula adalah reaksi atau tanggapan murid terhadap
rangsangan yang diberikan oleh guru.
Pendekatan dalam teori pembelajaran behavioris menekankan pertalian di antara
rangsangan (R) dengan gerak balas (G). Pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya
pertalian di antara R-G terbentuk yang bermaksud tingkah laku manusia dikendalikan oleh
ganjaran atau penguatan dari persekitaran. Terdapat dua jenis teori behaviorisme iaitu
pelaziman klasik (tanpa peneguhan) dan pelaziman operan (dengan peneguhan).
Teori Pelaziman Klasik
Teori pelaziman klasik oleh Ivan P. Pavlov melalui kajian beliau menggunakan anjing,
lonceng dan makanan. Dalam kajian ini Pavlov memverikan makanan
kepada anjing. Pada mulanya, apabila anjing diberi makanan anjing itu
bergerak balas dengan mengeluarkan air liur kerana sudah terbiasa
mencium aroma makanan. Seterusnya, anjing dibunyikan lonceng tetapi
anjing tidak mengeluarkan air liur kerana belum terbiasa dengan bunyi
lonceng. Kemudian anjing diberikan makanan dan pada masa yang
sama lonceng dibunyikan. Didapati anjing itu bergerak balas dengan
mengeluarkan air liur. Pada mulanya penghasilan air liur anjing itu berlaku kerana ada
makanan. Apabila hal ini dilakukan secara berterusan maka jika hanya dibunyikan lonceng,
anjing itu akan mengeluarkan ar liur. Anjing itu menjadi terlazim atau terbiasa untuk
mengaitkan bunyi lonceng dengan kehadiran makanan, sama ada makanan diberikan atau
tidak.
13
Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai
implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh
berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan
Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah
diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu
gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas
mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kesimpulan yang dibuat daripada teori Pavlov ialah :
1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons
baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh
penguasaan berkenaan.
2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,
tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme
yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti
loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun
rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan
perkataan lain, organisma itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan
atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).
3) Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih
mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang
asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme
berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan
14
dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme
berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada
rangsangan yang lain.
4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak
terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak
balas berperingkat-peringkat terhapus.
Implikasi Teori Pavlov dalam Pengajaran-Pembelajaran
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak
balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali
murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja
yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru.Dalam proses
pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku
yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan
konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku
sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru
berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep
pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan
mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula
semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.
Menurut J.B. Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas
yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Beliau telah melaksanakan eksperimen
terhadap seorang bayi yang bernama Albert dimana bayi itu dibiarkan bermain dengan
seekor tikus putih. Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat.
Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh itu, Albert terkejut dan terus
menjadi takut kepada tikus putih. Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang
mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih yang
berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus.
15
Watson telah memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip
kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan
suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut.Prinsip ini
membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam
sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran
dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons
seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid
perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi
membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya
sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.
Implikasi Teori Watson dalam Pengajaran-Pembelahajaran
Seorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan
murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar
dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat
menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid
ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid
terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru
tersebut tidak menarik atau membosankan. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang
boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya
dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.
Teori Pelaziman Operan
Berbanding dengan teori pelaziman klasik di mana gerak balas hanya akan berlaku
selepas diberi rangsangan, teori pelaziman operan pula mengatakan bahawa gerak balas
berlaku sebelum rangsangan. Tokoh yang memperkenalkan teori pelaziman operan ialah
Edward. L. Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner.
16
Thorndike telah memperkenalkan teori beliau iaitu teori cuba-ralat di mana beliau
telah melaksanakan satu eksperimen untuk mengkaji perkaitan antara gerak balas dengan
rangsangan. Dalam kajian tentang perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike
melakukan eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan seekor kucing yang
lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya terletak satu tuil yang berfungsi sebagai
anak kunci untuk membuka pintu sangkar tersebut. Thorndike juga telah meletakkan
semangkuk makanan di luar sangkar yang digunakan untuk rangsangan terhadap kucing itu.
Berdasarkan pemerhatian Thordnike, kucing yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan
untuk melepaskan diri dalam sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka pintu
sangkar tersebut dan terus menuju ke arah makanan yang disediakan. Kucing tersebut
dimasukkan semula dan eskperimen ini diulang sehingga kucing telah berjaya mempelajari
cara membuka pintu sangkar.
Percubaan tersebut menghasilkan teori cuba-ralat (Trial dan Error). Beliau
mengatakan pembelajaran adalah proses cuba-ralat.Proses cuba-ralat ini juga dikenali
sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan
menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin
kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia
akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang
terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran
tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu
menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Perhubungan di
antara rangsangan dan gerak balas dapat berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan,
keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Terdapat tiga hukum pembelajaran
Thorndike iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihandan Hukum Kesan.
Hukum kesedian ialah keupayaan persiapan seseorang individu untuk memulakan
aktiviti pembelajaran. Dalam hukum ini, apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar,
maka pembelajarannya akan menghasilkan kepuasan. Misalnya, jika seorang kanak-kanak
berasa senang atau tertarik dengan kegiatan jahit-menjahit, maka dia akan cenderung
mengerjakannya. Apabila hal ini dilaksanakan, ia merasa puas dan belajar menjahit akan
menghasilkan prestasi memuaskan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul dalam
hukum kesediaan ini dimana apabila kecenderungan terjadi dan individu tersebut
17
melakukannya, maka ia akan merasa puas, tetapi tindakan lain tidak akan dilakukannya.
Masalah kedua ialah, jika seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat
melakukannya, maka timbullah perasaan ketidakpuasan. Akibatnya, ia akan melakukan
tindakan lain untuk mengurangi atau meniadakan ketidakpuasannya. Masalah ketiga ialah,
apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia
juga akan menghasilkan ketidakpuasan. Akibatnya ia akan melakukan tindakan lain untuk
mengurangkan atau meniadakan ketidakpuasannya.
Hukum latihan pula menyatakan bahawa semakin banyak latihan tertentu dijalankan,
semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas dengan rangsangan yang
berkaitan. Prinsip ini menunjukkan bahawa pinsip utama dalam pembelajaran adalah latihan
atau ulangan. Semakin sering diulangi, bahan pembelajaran akan semaki dikuasai.
Manakala Hukum Kesan menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan
selepas gerak balasnya dihasilkan. Sebaliknya, jika kesan pengalaman itu menyakitkan,
gerak balas tersebut akan lenyap. Oleh itu, Thorndike berpendapat pemberian ganjaran
merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan.
Implikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelahajaran
Untuk meningkatkan, tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi
yang sesuai. Guru juga harus memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta
pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan demi mengukuhkan pertalian antara
rangsangan dan gerak balas. Selain itu, guru boleh memberi ganjaran atau peneguhan
untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Guru harus memberi peluang
kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Juster itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan
dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk
semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan
yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan
puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu,
guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi
dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang
telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka
tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba utnuk mencapai kejayaan yang mereka
ingini.
18
B. F. Skinner menganggap reward dan reinforcement merupakan faktor penting
dalam belajar. Dalam teori pelaziman operan ini, suatu tingkah laku (gerak balas) akan
menghasilkan rangsangan sebagaimana eksperimen beliau ke atas seekor tikus yang
berada di dalam sebuah kotak. Tikus itu telah belajar bahawa gerak balas menekan tuas
akan menghasilkan makanan memperoleh makanan.
Menurut Skinner, apabila suatu gerak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang
mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Satu stimuli yang sesuai diberi sebaik
sahaja wujud tingkah laku operan itu. Stimuli tersebut dinamakan sebagai ‘peneguhan’.
Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Dalam
peneguhan positif. Frekuensi atau kekuatan gerak balas ditingkatkan dengan pemberian
suatu rangsangan yang menyeronokkan apabila gerak balas yang diingini dibuat.
Peneguhan negatif juga boleh meningkatkan kadar gerak balas, tetapi caranya ialah dengan
mengaitkan sesuatu gerak balas tertentu dengan penamatan atau pengelakan sesuatu
rangsangan yang tidak menyenangkan.
Hukuman atau denda dikenakan pula bertujuan untuk menghentikan suatu tingkah
laku yang tidak diingini. Manakala tujuan peneguhan positif dan peneguhan negative adalah
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau
tidak diingini, dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang
dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya. Penghapusan boleh berlaku sekiranya
rangsangan tidak ;agi mengikuti gerak balas yang dipelajari.
Implikasi terhadap pengajaran pembelajaran.
Peneguhan positif boleh dilakukan dengan pemberian ganjaran seperti hadiah atau
peneguh sosial seperti senyuman dan pujian kepada pelajar yang berkelakuan baik,
berprestasi baik dalam pelajaran atau menunjukkan kemajuan yang memuaskan.
Peneguhan negatif pula mebolehkan pelajar mengelakkan diri daripada akibat yang tidak
diingini seperti berasa malu (R), maka dia akan berusaha mengingati konsep sains sebelum
19
ke sekolah (G) supaya dapat menjawab soalan yang mungkin ditanya oleh guru nanti.
Pelajar yang menggangu kelas (G) boleh dihadapkan dengan hukuman ditahan selama satu
jam selepas kelas (R). Tujuannya adalah untuk mengurangkan atau menghentikan masalah
gangguan kelas. Akan tetapi, hukuman tidak digalakkan kerana hanya bersifat sementara
dan tingkah laku pelajar tersebut kerap kali akan menjadi punca gangguan dalam kelas
serta menyebabkan pelajar berasa benci dan dendam terhadap guru atau sekolah.
Teori Pembelajaran Ausubel
David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada
pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Pendedahan. Ausubel
berpendapat bahawa pembelajaran penemuan terlalu memakan masa kerana kanak-kanak
perlu belajar sains yang perlu mereka ketahui dalam masa singkat yang diperuntukkan
untuk pembelajaran sains dalam sekolah rendah. Ausubel juga mengemukakan
pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning). Konsep Penyusunan Awal.
Pembelajaran bermakna adalah suatu proses di mana maklumat baru dihubungkan dengan
struktur pengertian sedia ada pelajar. termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai Oleh hal yang demikian pembelajaran verbal
adalah sangat penting dan amat berkesan diterapkan untuk pelajar-pelajar berumur sebelas
hingga dua belas tahun. Teori yang dikemukan oleh Ausubel ini sesuai diaplikasikan kepada
pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini akan mendorong kepada
pembelajaran yang bermakna dimana ia terjadi apabila murid boleh menghubungkan
fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bermaksud, bahan subjek itu
mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang
sudah dimiliki murid, sehingga konsep-konsep baru benar-benar dapat diserap. Dengan
demikian faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran. Menurut
Ausubel, hafalan fakta perlu dielakkan kerana tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna sebaliknya pelajar perlu bersikap aktif dalam memanipulasikan idea-idea yang
diterima daripada guru.
Ausubel telah mengemukakan model pembelajaran pendedahan atau ekspoistori
dimana guru bertanggungjawab untuk mendedahkan bahan pembelajaran yang bermakna
untuk diikuti dan difahami oleh pelajar. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya
20
berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip
kepada contoh. Selanjutnya beliau mencadangkan supaya guru menggunakan pengelola
awal (advance organizer) sebagai langkah pertama untuk pelajaran pendedahan.
Pengelola awal merupakan maklumat pengenalan yang relevan tentang isi
kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran dan bertujuan untuk menyesuaikan
skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku.
Pengelola awal ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu Pengelola Awal Berjenis Pendedahan
dan Pengelola Awal Jenis Perbandingan. Pengelola Awal Berjenis Pendedahan digunakan
pada permulaan pembelajaran kerana ia menyampaikan beberapa generalisasi yang luas di
mana isi-isi terperinci akan ditambah. Sebagai contoh, guru memaparkan peta konsep
tentang kesluruhan tajuk yang ingin disampaikan. Itulah sebabnya, teori pembelajaran ini
bersifat deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik. Pengelola Awal Jenis Perbandingan
pula digunakan untuk membandingkan bahan baru dengan apa yang telah diketahui dengan
cara menitikberatkan persamaan di antara kedua-dua bahan dan menunjukkan maklumat
yang akan dipelajari.
Implikasi terhadap pengajaran pembelajaran.
Prinsip pengajaran dan pembelajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran
dimana guru menggunakan pembelajaran resepsi iaitu penerimaan atau model pengajaran
pendedahan kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan
yang teratur seperti dalam keadaan kuliah. Ia juga membolehkan pelajar mengikuti
pembelajaran secara berkesan. Selain itu, guru juga menggunakan pengelola awal dalam
pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan
mengaitkan dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatlan mereka tentang
perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran. Tambahan pula penggunaan
pengelola awal boleh menjadi motivasi pembelajaran kepada pelajar di peringkat permulaan.
21
Teori Pembelajaran Robert Gagne
Tokoh seterusnya iaitu Teori Pembelajaran Gagne dikenali sebagai teori
pemprosesan data atau maklumat. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat
paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Setiap individu menilai input dari
persekitarannya, mengenkod dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu. Gagne
mengasaskan satu hierarki pembelajaran berdasarkan peringkat-peringkat pembelajaran
yang spesifik iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian