TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2020 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DEWAN SERI LESTARI, KPLB 7 JANUARI 2020 | KETIBAAN YBM: 11.00 PAGI
TEKS UCAPAN
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
SEMPENA
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2020 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
DEWAN SERI LESTARI, KPLB
7 JANUARI 2020 | KETIBAAN YBM: 11.00 PAGI
2
Terima Kasih kepada saudara/saudari Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakaatuh, Salam Bahagia Salam Luar Bandar Sejahtera.
3
1. Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana
dengan izin dan limpah rahmat-Nya, kita dipanjangkan usia untuk
berada pada tahun 2020. Dan pada pagi ini, dapat kita bersama
berkumpul dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2020, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
2. Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun
Baharu 2020 kepada semua warga kerja KPLB. Semoga tahun
baharu ini memberi azam baru kepada kita semua untuk terus
mencurahkan khidmat bakti kepada Negara khususnya dalam
memajukan luar bandar di Negara kita.
4
3. Dalam pada itu, kita juga mencapai prestasi yang agak baik pada
tahun 2019 merujuk kepada pencapaian 66 KPI utama KPLB 2019
iaitu kita berjaya mencapai 95% sasaran ditetapkan.
4. Suka saya mengimbas kembali pencapaian yang boleh
dibanggakan untuk tahun 2019 seperti:
i. Penganjuran 4 Karnival Usahawan Desa dengan nilai jualan
RM46 juta;
ii. Pelancaran Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030;
5
iii. Pembangunan 73,668 usahawan dalam pelbagai aspek
seperti latihan, pembiayaan dan bimbingan;
iv. Sebanyak 10 program prasarana antaranya JALB, JPD,
BALB, BELB dan PAMS yang mencatatkan pencapaian KPI
utama 100% dengan peruntukan bernilai RM2.733 bilion;
v. 7 program daripada Teras Ekonomi berjaya dilaksanakan
dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM48.48 juta
antaranya Desa Lestari, Agropolitan, Pembangunan Belia,
Program Peningkatan Pendapatan, Rural Tourism@KPLB
dan PROSPEK;
6
vi. Sebanyak 14 program daripada Teras Keusahawanan
mendapat sambutan baik antaranya DesaMall@KPLB, Road
Map Pembangunan Usahawan Luar Bandar, Kursus dan
Latihan Keusahawanan, Integpreneur Belia dan Karnival
Usahawan Desa;
vii. KPLB juga berjaya mengadakan pelbagai program berimpak
tinggi menerusi penganjuran bengkel, ekspo, kursus mahupun
kewujudan TABIKA Transit;
viii. Sebanyak RM8.02 juta melibatkan 9 program berkaitan
wanita seperti Bengkel Kemahiran Keibubapaan, Botani
Desa, keanggotaan wanita dalam MPKK, kursus-kursus
7
kemahiran jangka pendek dan wacana ilmu. Seramai 16,797
wanita luar bandar telah mengikuti program Wacana Ilmu
Wanita Inspirasiku (WINS) di bawah KEMAS yang
menyasarkan penglibatan usahawan wanita, beliawanis, suri
rumah dan ibu tunggal; dan
ix. Program Desa Harapan, Kursus Induksi, Program Mesra
Rakyat, Program Sahabat KPLB, Dasar Latihan, Program
Perkasa Minda Masyarakat, Hari Integriti dan banyak lagi
turut mencatat kejayaan dan sambutan baik dari orang ramai.
8
5. Berdasarkan Laporan Survei Migrasi Malaysia, 2018 oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, kadar migrasi dari luar bandar ke bandar
bagi tahun 2018 adalah 4.8% berbanding 15.2% pada tahun 2016.
Dalam pada masa sama, migrasi dari bandar ke luar bandar
adalah 19.5% (2018) berbanding 4.2% (2016).
6. Statistik ini menunjukkan bahawa pola penghijrahan penduduk dari
bandar ke luar bandar adalah semakin meningkat. Faktor
persekitaran di luar bandar merupakan antara penyumbang
kepada peningkatan migrasi ini.
9
7. Situasi ini memberi petunjuk mengenai keadaan di luar bandar
yang semakin baik dan saya berharap Kementerian dapat
memainkan peranan yang lebih baik dalam menyediakan pelbagai
kemudahan asas selain kemudahan ekosistem perniagaan kepada
masyarakat diluar bandar sepertimana dinyatakan di dalam Teras
4: Prasarana iaitu untuk mewujudkan prasarana luar bandar
yang berkualiti dan mencukupi untuk menyokong pembangunan
ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan yang menarik
dan kondusif sebagai tempat tinggal, bekerja, melabur dan
destinasi pelancongan.
10
8. Perkara ini dapat dicapai dengan berlandaskan kepada kerjasama
dan komitmen daripada semua warga KPLB. Saya menyeru agar
penekanan elemen kebersamaan ini perlu diteruskan di masa-masa
akan datang bagi memastikan kejayaan program-program yang
dirancang untuk tahun-tahun yang mendatang .
11
HALATUJU PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2020
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,
9. Tahun 2020 penting diingati kerana Kerajaan Malaysia pada 28
Februari 1991 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad
ketika itu telah menyasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia
mencapai taraf Negara maju berpendapatan tinggi mengikut
acuannya sendiri. Walau bagaimanapun, sasaran berkenaan tidak
dapat dicapai sepenuhnya dan dilanjutkan ke tahun 2030 melalui
blueprint baharu yang dikenali sebagai Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 (WKB 2030) dilancarkan YAB Perdana Menteri pada
5 Oktober 2019 yang lalu.
12
10. Dalam amanat tahun baharu 2020 oleh YAB Perdana Menteri,
beliau menegaskan agar setiap Kementerian dan agensi-agensi di
bawah Kementerian memperkenalkan dasar-dasar yang lebih
menguntungkan terutamanya bagi industri baru yang lebih
menguntungkan dalam jangka masa yang panjang agar kesannya
nanti dapat dinikmati oleh seluruh rakyat khususnya dan negara
secara amnya.
13
11. Cabaran baru pastinya lebih mencabar kerana kemajuan teknologi
kian pesat membangun ditambah lagi dengan era Revolusi
Perindustrian 4.0. Kementerian perlu bersedia untuk membantu
kumpulan sasar dalam menghadapi cabaran ini menerusi program
yang bersesuaian agar mereka turut bersama di landasan yang
betul dalam mengharungi perubahan dan cabaran ini.
14
12. Tahun 2020 juga merupakan tahun terakhir pelaksanaan RMKe-11.
Bagi memastikan pertumbuhan seimbang merentasi geografi,
empat (4) fokus utama luar bandar digariskan dalam RMKe-11
seperti berikut:
i. Peningkatan pendapatan penduduk luar bandar;
ii. Pengukuhan modal insan luar bandar;
iii. Peningkatan infrastruktur asas, utiliti dan perkhidmatan
asas luar bandar yang mencukupi dan berkualiti; dan
iv. Penyelarasan dalam sistem penyampaian.
15
13. Dalam masa yang sama, jurang pendapatan antara kumpulan isi
rumah tertinggi 20% (T20) dengan kumpulan isi rumah terendah
40% (B40) masih perlu diberi perhatian. Berdasarkan Laporan
Penyiasatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 1989 dan 2016,
wujud jurang pendapatan penengah yang terus melebar antara
kumpulan T20 dan B40 daripada RM1,935 pada tahun 1989
kepada RM10,148 pada 2016.
16
14. Justeru, strategi merapatkan jurang pembangunan antara negeri
dan wilayah bagi memastikan kemakmuran dapat dikongsi bersama
serta ekonomi luar bandar dan pendapatan masyarakatnya
meningkat, perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang
lebih berkesan.
15. Keperluan untuk merapatkan jurang pembangunan ini telah banyak
kali disentuh oleh YAB Perdana Menteri antaranya semasa
pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-11; semasa
pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030);
dan baru-baru ini dalam perutusan beliau sempena sambutan tahun
baharu 2020.
17
16. Saya berharap bermula tahun 2020 ini, gerak kerja bagi
pembangunan sosioekonomi dan modal insan masyarakat luar
bandar dilaksanakan secara menyeluruh agar selepas tahun 2030,
masyarakat luar bandar tidak lagi dikaitkan dengan kemiskinan.
17. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada semua
warga kerja KPLB agar bersama-sama membantu mencapai
objektif yang ditetapkan dalam RMKe-11 yang melibatkan KPLB
seterusnya membantu kerajaan merealisasikan matlamat Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030.
18
KPI 2020
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,
18. Bagi tahun 2020 KPLB telah diperuntukkan sejumlah RM8.415
bilion melibatkan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.224
bilion dan peruntukan mengurus sebanyak RM3.192 bilion. Saya
difahamkan 77 program akan dijadikan KPI Kementerian pada
tahun ini, di mana 70 program adalah program KPLB dan agensi,
manakala 7 lagi KPI adalah daripada agensi rangkaian. Kesemua
77 program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM4.67 billion
dengan sasaran penerima manfaat seramai 1.158 juta orang
19
penerima manfaat.
19. Adalah menjadi tanggungjawab kita di KPLB untuk memastikan
program-program yang dirancang dilaksanakan dan peruntukan
dibelanjakan dengan sebaik-baiknya agar impak program yang
dilaksanakan dapat memenuhi visi Luar Bandar Sejahtera
sepertimana yang digariskan dalam DPLB 2030 serta matlamat
Kemakmuran Bersama 2030 direalisasikan.
20
RANCANGAN MALAYSIA KE-12
20. Seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, tahun ini merupakan
tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 dan kita
sedang giat membuat perancangan untuk Rancangan Malaysia
Ke-12. Untuk RMKe-12, saya mahukan KPLB memberi tumpuan
bukan sahaja untuk menyelesaikan pembangunan infrastruktur di
luar bandar tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan
ekonomi penduduk luar bandar.
21
21. Kawasan luar bandar perlu dilengkapi dengan infrastruktur digital
yang berkualiti tinggi bagi menjana pembangunan ekonomi digital
seperti perniagaan atas talian atau menjadi “pekerja digital” di
mana penduduk luar bandar boleh bekerja untuk syarikat
antarabangsa daripada rumah masing-masing.
22. Selain itu, kita juga perlu meningkat penggunaan teknologi dalam
bidang keusahawanan luar bandar dan juga pertanian supaya
lebih eifisien dan menguntungkan. Dalam pada itu, saya inginkan
Pusat Komuniti Desa terus diperkasakan memandangkan PKD ini
merupakan “agen” KPLB di peringkat akar umbi. Perkhidmatan
yang disediakan oleh PKD boleh memberi impak secara langsung
22
kepada penduduk setempat.
23. Saya juga mahukan tumpuan diberi untuk membangunkan sumber
ekonomi baharu di luar bandar yang mempunyai trickling effect
seperti pembangunan rural tourism. Terdapat banyak kawasan-
kawasan luar bandar menarik yang boleh dimajukan dan ini dapat
memberi faedah bukan sahaja kepada pengusaha rural tourism
tersebut teapi juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan
peluang perniagaan kepada penduduk setempat dan seterusnya
meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
23
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
24. Bagi memastikan matlamat wawasan Negara yang digariskan di
dalam WKB 2030 dan visi Luar Bandar Sejahtera dapat
direalisasikan, saya ingin menekankan tentang pentingnya
kerjasama dan aspek komunikasi diperkukuhkan terutamanya di
antara pegawai-pegawai kerajaan dan anggota pentadbiran. Ini
juga bagi memastikan wujud suasana kerja yang positif dan
harmoni seterusnya membantu kita melaksanakan amanah dan
tanggungjawab kepada Negara.
24
25. Saya berharap dari masa ke semasa, saya dan timbalan saya
dimaklumkan tentang status pelaksanaan proram-program yang
dilaksanakan di bawah kementerian ini dan agensi agar sebarang
isu dan permasalahan yang timbul dapat dicari jalan
penyelesaiannya dan dalam masa yang sama membolehkan saya
membangkitkan masalah-masalah yang berlaku di Mesyuarat
Jemaah Menteri.
25
CARA HIDUP SIHAT
Hadirin sekalian,
26. Menyedari betapa tiada nilainya nikmat kesihatan kepada kita, saya
mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua warga
KPLB tentang pentingnya penjagaan kesihatan bagi memastikan
kita dapat terus kekal aktif dalam menjalani kehidupan seharian.
Ianya juga dalam masa yang sama bagi membantu mengurangkan
risiko mendapat pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes,
serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok dan kanser.
26
27. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah dengan sentiasa
melakukan amalan kebaikan selain mengamalkan cara hidup sihat
melalui makan secara sihat, tidak merokok, melakukan aktiviti
fizikal dan belajar menangani tekanan.
27
28. Sehubungan itu, sebagai langkah bagi memulakan tahun 2020 ini,
saya ingin mengajak semua warga KPLB untuk sama-sama
menyahut cabaran amalan cara hidup sihat iaitu satu program yang
menjurus kepada aktiviti sihat yang akan diadakan di KPLB untuk
tempoh selama tiga (3) bulan bermula pada pertengahan Januari
2020 ini. Saya berharap program ini dapat disambut baik oleh
semua warga kerja KPLB.
28
Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan,
29. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan
kepada semua warga kerja KPLB dalam menjayakan pelaksanaan
program-program utama Kementerian sepanjang tahun 2019 bagi
mempertingkat penyampaian perkhidmatan KPLB kepada rakyat.
Adalah diharap agar kerjasama erat dan semangat perpaduan serta
kekeluargaan di kalangan warga kerja KPLB dalam menjayakan
pelaksanaan program-program Kementerian dapat diteruskan dan
diperkukuhkan di masa-masa akan datang.
29
30. Kita semua mempunyai matlamat yang sama, iaitu memastikan
perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada setiap rakyat dan
pelanggan, terutamanya kepada masyarakat luar bandar di mana
jua mereka berada secara cekap dan berkesan. Teruskan
kecemerlangan dan penambahbaikan sebarang kelemahan yang
ada dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan,
dengan penuh integriti dan dedikasi .
31. Tanamkan nilai rajin bekerja, berdisiplin, bertolak-ansur, hormat-
menghormati, berbudi bahasa dan berjiwa besar dalam kehidupan
seharian kita kerana dengan nilai murni tersebutlah mampu
mengangkat martabat bangsa dan negara tercinta.
30
32. Akhir kata, saya berharap semoga kita semua dapat memberikan
komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya.
Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
7 JANUARI 2020