Top Banner
NOLIA BT HAJI ABDUL KARIM (761124135940001) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2014 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 761124135940001 NO. KAD PENGENALAN : 761124-13-5940 NO. TELEFON : 019-8896698 E-MEL : [email protected]
27

Teknologi Maklumat

Feb 23, 2023

Download

Documents

Chua Hwee Khim
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Teknologi Maklumat

NOLIA BT HAJI ABDUL KARIM (761124135940001)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2014

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 761124135940001

NO. KAD PENGENALAN : 761124-13-5940

NO. TELEFON : 019-8896698

E-MEL : [email protected]

Page 2: Teknologi Maklumat

HBEF2303

PUSAT PEMBELAJARAN : PPW SARAWAK

Isi Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan 2

2 Metadologi Kajian 7

3 Hasil Dapatan 7

4 Kelebihan Penggunaan PPBK 14

5 Kelemahan Penggunaan PPBK 15

Rumusan 16

Rujukan 17

1

Page 3: Teknologi Maklumat

HBEF2303

1 PENGENALAN

1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK)

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

merupakan satu kaedah yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pada masa kini. Melalui proses pengajaran dan

pembelajaran ini, para pelajar dapat menjalankan aktiviti

pembelajaran secara aktif dan kendiri. Pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer ialah pengajaran atau

pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus

yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer atau disebut

sebagai Computer Based Instruction (CBI) adalah pengajaran

2

Page 4: Teknologi Maklumat

HBEF2303terancang berasaskan komputer. Terdapat beberapa jenis

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang popular,

antaranya ialah jenis tutorial, latih tubi, simulasi,

permainan, ujian dan penyelesaian masalah. Pengajaran

Pembelajaran Berbantukan Komputer membolehkan pelajar

berinteraksi dengan komputer pada keseluruhan atau sebahagian

daripada pelajaran berkenaan. Pelajar akan menggunakan bahan

pengajaran terancang melalui penggunaan perisian kursus

(courseware).

Alessi & Trollip (1991) mempercayai beberapa bidang

dalam teori kognitif sangat penting dalam merekabentuk bahan

pengajaran terancang berasaskan komputer. Bidang-bidang

tersebut ialah pengamatan dan penanggapan (perception and

attention), ingatan (memory), kefahaman (comprehension)

pembelajaran secara aktif (active learning), motivasi. Lokus

kawalan (locus of control), pemindahan pembelajaran (transfer

of learning) dan perbezaan individu (individual differences).

1.2 Sejarah Perkembangan PPBK

PPBK ini merupakan satu keadah pengajaran yang dilakukan

secara berperingkat iaitu para pelajar didedahkan kepada suatu

konsep atau fakta terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan

soalan-soalan yang berkaitan. Pada permulaannya, program ini

menggunakan bahan-bahan cetak. Namun pada masa kini iaitu

3

Page 5: Teknologi Maklumat

HBEF2303sesuai dengan kemajuan teknologi computer, ianya telah

digantikan dengan computer.

PPBK bermula secara terancang apabila projek PLATO iaitu

singkatan bagi Progammed Logic for Automatic Teaching

Operation dilaksanakan pada tahun 1960 di Universiti of

Illinois. Pada tahun 90-an, multimedia mula digunakan secara

meluas dan sekaligus member kesan yang mendalam terhadap

penggunaan PPBK. Perkembangan ini juga telah menghasilkan

jenis-jenis PPBK yang lebih kompleks seperti simulasi dan

permainan.

1.3 Jenis-jenis PPBK

Terdapat enam jenis pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer. Enam PPBK tersebut ialah:-

a) Latih Tubi

Ia dilaksanakan untuk menilai dan mengukuhkan pemahaman

pelajar serta dilaksanakan secara kendiri. Pelajar akan

diberikan beberapa soalan dan computer pula memainkan

peranan dengan memberikan maklum balas berdasarkan

jawapan mereka.

b) Tutorial

PBKK jenis ini bertindak sebagai tutor yang menyampaikan

pengajaran. Menurut pandangan Alessi & Trollip (1991),

4

Page 6: Teknologi Maklumat

HBEF2303tutorial ini digunakan untuk mempersembahkan bahan

pengajaran yang baru yang mempunyai langkah-langkah

penerangan yang tersusun.

c) Permainan

Teknik ini menggunakan pendekatan belajar sambil untuk

menarik minat pelajar dan untuk menjadikan pembelajaran

suatu pengalaman yang menyeronokkan dan juga bermakna.

d) Simulasi

PBKK jenis ini memberi peluang kepada pelajar untuk

menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami

kesan suatu tindakan terhadap suatu keadaan sebelum

menghadapi keadaan sebenar. Penggunaan teknik ini selepas

suatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar.

e) Tunjuk Cara

Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami

sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan

sebenar. Kaedah ini boleh menggunakan beberapa siri

gambar, simulasi atau animasi. PPBK ini sesuai digunakan

untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau

tidak sesuai dilaksanakan dalam kelas atas sebab

kekurangan peralatan, merbahaya atau terlalu kompleks.

f) Ujian

5

Page 7: Teknologi Maklumat

HBEF2303Kaedah ini membolehkan guru mengukur dan menilai

pencapaian pelajar dengan cepat. Antara yang sesuai

digunakan ialah soalan-soalan jenis objektif, isi tempat

kosong, padanan dan benar-salah. Kebaikan PPBK ini ialah

pelajar mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka

dengan serta-merta.

1.4 Kebaikan PPBK

Berikut adalah kebaikan atau kelebihan PPBK yang telah

disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam usaha

pihak berkenaan untuk menggalakkan penggunaan perisian kursus

PPBK di sekolah-sekolah:-

Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap

pelajaran.

Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

mencabar.

Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan

bahaya untuk dibuat.

Membentuk pembelajaran koperatif serta member peluang

kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan

yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.

Menurut Alessi & Trollip (1991), jika PPBK ini

dilaksanakan dengan betul ianya akan dapat meningkatkan

6

Page 8: Teknologi Maklumat

HBEF2303keberkesanan pembelajaran. PPBK ini membolehkan para palajar

menggunakan pelbagai media yang dapat merangsang deria-deria

mereka. Para pelajar juga dapat mengawal perjalanan perisian

kursus dan memilih bahagian-bahagian yang difikirkan perlu.

Jensen (1996) pula mengemukakan satu kajian yang telah

dibuat oleh beliau, telah membandingkan pencapaian pelajar

yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang

menggunakan kaedah konvesional. Jensen mendapati pencapaian

pelajar yang menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik

daripada pelajar yang menggunakan kaedah konvesional. Perisian

kursus yang digunakan oleh Jensen adalah tentang osmosis.

Menurut Lockard et al. (1989) pula, beliau mendapati

kanak-kanak yang menggunakan perisian kursus Berjaya

mengekalkan tumpuan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang

hanya menggunakan kaedah biasa.

1.5 Aplikasi Android da Apple Apps (iOS)

IPhone OS (iOS) adalah sistem operasi yang diperkenalkan

semasa pameran Macworld pada sekitar tahun 2007. Manakala iPad

adalah sebuah computer yang berbentuk tablet direka dan

dibangunkan oleh Apple Incooperated yang menggunakan system

pengendalian iOS. IPad mula berada di pasaran pada 3 April

2010 dan mula dijual di Malaysia pada 30 November 2010. IPad

mempunyai cirri sambungan WIFI dan juga selular. Ciri-ciri

istimewa yang terdapat pada iPad memudahkan pemiliknya

mengakseskan internet dari modem WIFI. iPad mempunyai empat

7

Page 9: Teknologi Maklumat

HBEF2303generasi dan yang terbaru adalah iPad 4 yang dilengkapi dengan

paparan retina dan cip Apple A6X serta sambungan lithning yang

diperkenalkan bersama iPhone5.

Android pula merupakan system pengendalian untuk peranti

bergerak seperti telefon selular, computer tablet dan

notebook. Android dibangunkan oleh pihak Google berdasarkan

system perisian Linux dan perisian GNU. Konsortium 34 syarikat

telekomunikasi termasuk Google, HTC, Motorola, T-Mobile,

Qualcomm dan Nvidia telah dibentuk bagi mengembangkan

penggunaan aplikasi android. Android mempunyai komuniti yang

besar dalam usaha untuk membangunkan serta menulis aplikasi

untuk pengembangan fungsi peralatan.

Satu tugasan berkaitan dengan PPBK telah diberikan kepada

saya, di mana diminta memilihkan satu aplikasi Android atau

iOS yang sesuai untuk digunakan dalam kelas. Bagi tugasan ini,

saya memilih satu permainan daripada aplikasi Android bagi

mata pelajaran matematik untuk kanak-kanak tadika yang berumur

3 hingga 5 tahun. Permainan awal matematik daripada aplikasi

Android ini bertajuk Numbers For Ducklings (Kidsopia Play That

Matters – http://www.kidsopia.com )

8

Page 10: Teknologi Maklumat

HBEF2303

Saya memilih perisian di atas kerana bagi saya ianya amat

sesuai untuk kanak-kanak tadika yang berumur antara 3 hingga 5

tahun. Aras yang terdapat dalam perisian permainan awal nombor

ini tidak sukar dan saya pasti kanak-kanak berasa seronok

apabila menggunakan perisian. Warna dan ilustrasi perisian ini

9

Page 11: Teknologi Maklumat

HBEF2303juga menarik. Cuma masalah yang akan timbul adalah pemahaman

kanak-kanak berkenaan arahan yang terdapat dalam perisian

tersebut. Masalah mungkin akan timbul kerana perisian ini

menggunakan Bahasa Inggeris dan sebilangan besar kanak-kanak

tadika yang berada luar bandar belum memahami bahasa tersebut

dengan sebaiknya. Namun yang pasti perisian kursus ini amat

menarik dan menyeronokkan bagi saya.

2 METADOLOGI KAJIAN

Bagi menyempurnakan tugasan saya ini, saya telah

menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif yang berbentuk soal

selidik. Soal selidik saya ini melibatkan guru-guru tadika

yang mengajar kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Seramai

lima orang guru tadika telah dipilih secara rawak sebagai

responden saya dalam kajian ini. Guru-guru tadika ini akan

menggunakan perisian kursus yang dipilih oleh saya dalam kelas

masing-masing bagi melihat

Kesesuaian perisian tersebut digunakan kepada kanak-kanak

tadika. Responden diminta untuk menilai kesesuaian perisian

yang disediakan berdasarkan kriteria yang terdapat dalam

borang soal selidik yang disediakan.

10

Page 12: Teknologi Maklumat

HBEF2303Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah menemui guru-

guru tadika SK Petra Jaya dan SK Matang Jaya. Responden diberi

masa selama satu minggu untuk menggunakan perisian dan menilai

perisian tersebut. Responden akan mengisi borang soal selidik.

Semua borang yang telah siap diisikan dikembalikan kepada

saya. Saya akan mengumpul semua data dan menyimpan kesemua

data tersebut dalam fail terlebih dahulu untuk disemak dan

dianalisis data tersebut. Analisis data dilakukan dengan

menggunakan sistem micsoft office excel.

3 HASIL DAPATAN

Berdasarkan respon-respon yang telah dikumpul dan

seterusnya dianalisis, saya mempunyai lima responden wanita

sepanjang soal selidik dijalankan. Kesemua responden saya

berada dalam lingkungan umur 25 hingga 40 tahun. Manakala dari

segi tahap pendidikan responden pula ialah berpendidikan

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Peratusan data yang

dikumpulkan berdasarkan skala likert.Perkara Nilai

Sangat tidak setuju 1Tidak setuju 2Tidak pasti 3Setuju 4Sangat setuju 5

Jadual Skala Likert

11

Page 13: Teknologi Maklumat

HBEF2303Berdasarkan data soal selidik tentang penggunaan perisian

yang bertajuk Numbers For Ducklings, hasil dapatan daripada

pihak responden dari segi mesra pengguna ialah 65% responden

bersetuju dan 35% responden sangat bersetuju.

Bagi segi interaktiviti pula, 76% responden bersetuju dan

peratus bagi responden yang sangat setuju ialah 24%

Merujuk kepada reka bentuk yang terdapat dalam perisian

pula, 40% responden bersetuju dan 60% responden sangat setuju.

Kegunaan instrument pula, peratus yang diperolehi ialah

49% responden setuju dan 51% responden sangat setuju.

Merujuk dari segi kesesuaian pula, 67% responden memilih

untuk setuju dan hanya 33% responden berpendapat sangat

setuju.

Secara keseluruhannya, responden yang saya minta untuk

menggunakan perisian permainan awal nombor amat menyukai

perisian tersebut dan berpendapat ianya sesuai untuk digunakan

kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Hasil dapatan

saya ini juga menunjukkan bahawa aplikasi yang terdapat dalam

android dapat digunakan oleh kanak-kanak berumur 3 hingga 5

tahun.

12

Page 14: Teknologi Maklumat

HBEF2303Walaupun menurut responden kanak-kanak mungkin sukar

memahami arahan yang terdapat dalam perisian tersebut, perkara

itu dapat diselesaikan apabila guru-guru tadika bertindak

sebagai pemudahcara kepada kanak-kanak tersebut. Responden

juga berpendapat bahawa permainan yang terdapat dalam perisian

tersebut sangat mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Kanak-

kanak hanya perlu memerhatikan untuk pertama kali dan

seterusnya responden yakin kanak-kanak tadika dapat melakukan

dengan sendiri.

Berikut adalah analisis data soal selidik responden:-

A. Mesra PenggunaPerkara Sangat

tidaksetuju

Tidaksetuju

Tidaksetuju

Setuju

Sangat

setuju

Laman web ini membolehkan andamula menggunakan kandungannyadengan mudah

4 1

Paparan penuh di dalam laman webini membolehkan anda melihatkandungan dengan mudah

3 2

Fail boleh dimuat turun denganmudah

4 1

Menu navigasi membantu andamenggunakan laman web denganmudah

3 2

Opsyen yang ada memudahkan 4 1

13

Page 15: Teknologi Maklumat

HBEF2303Pautan ke laman web utamamemudahkan pengendalian

3 2

Jumlah 0 0 0 84 45Peratusan 0 0 0 65 35

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

01020304050607080

Mesra Pengguna

Mesra Pengguna

B. Interaktiviti Perkara Sangat

tidaksetuju

Tidaksetuju

Tidaksetuju

Setuju

Sangat

setuju

Apabila diklik opsyen yangberkaitan di menu berfungsiseperti yang diharapkan

4 1

Apabila diklik kebanyakkan pautanyang diberikan berfungsi denganbaik

4 1

Elemen-elemen di dalam laman web 4 1

14

Page 16: Teknologi Maklumat

HBEF2303ini sangat interaktifJumlah 0 0 0 48 15Peratusan 76 24

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80Interaktiviti

Interaktiviti

C. Reka BentukPerkara Sangat Tidak Tidak Setuj Sanga

15

Page 17: Teknologi Maklumat

HBEF2303tidaksetuju

setuju

setuju u tsetuju

Saiz tulisan yang digunakanmembuat laman web ini kelihatanmenarik

2 3

Latar belakang yang digunakanadalah menarik perhatian

3 2

Grafik yang digunakan untukmembuat laman web ini kelihatanmenarik

2 3

Warna-warna yang menarik telahdigunakan

2 3

Jumlah 0 0 0 36 55Peratusan 0 0 0 40 60

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80Reka Bentuk

Reka Bentuk

16

Page 18: Teknologi Maklumat

HBEF2303

D. KegunaanPerkara Sangat

tidaksetuju

Tidaksetuju

Tidaksetuju

Setuju

Sangat

setuju

Informasi yang diberikan bolehmembantu guru tadika dalam prosespengajaran dan pembelajaran

3 2

Kanak-kanak mempunyai motivasiyang tinggi untuk menggunakanaplikasi ini

2 3

Kanak-kanak memilih aplikasi inisebagai pilihan pertama

3 2

Kanak-kanak akan menunjukkanperubahan prestasi dalam awalnombor

3 2

Jumlah 0 0 0 44 45Peratusan 0 0 0 49 51

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80Kegunaan

Kegunaan

17

Page 19: Teknologi Maklumat

HBEF2303

E.KesesuaianPerkara Sangat

tidaksetuju

Tidaksetuju

Tidaksetuju

Setuju

Sangat

setuju

Informasi yang diberikan sangatmudah difahami

4 1

Informasi yang diberikan sesuaiuntuk kegunaan guru-guru tadika

3 2

Bahasa yang digunakan jelas 4 1Arahan yang digunakan mudahdiikuti

3 2

Apps menawarkan fleksibilitilengkap untuk mengubah danmenetapkan keadaan pembelajaranuntuk memenuhi keperluan pelajar

4 1

Jumlah 0 0 0 72 35Peratusan 0 0 0 67 33

18

Page 20: Teknologi Maklumat

HBEF2303

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

Setuju Sangat setuju

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Kesesuaian

Kesesuaian

4. KELEBIHAN PENGGUNAAN PPBK

Kelebihan yang paling ketara adalah dapat mewujudkan

suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana pembelajaran

yang lebih seronok, selesa dan mencabar dapat diwujudkan.

Penggunaan perisian kursus dalam pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer berupaya meningkatkan motivasi pelajar

dalam sesi pembelajaran. Dalam sesi pembelajaran ini, guru

hanya memainkan peranan sebagai pemerhati kepada para pelajar.

19

Page 21: Teknologi Maklumat

HBEF2303

Ini terbukti apabila saya cuba gunakan perisian tersebut

dalam kelas tadika di sekolah saya sendiri. Ternyata kanak-

kanak tadika teruja dengan perisian tersebut dan tidak sabar

untuk belajar menggunakan perisian tersebut. Kanak-kanak

tadika yang mempunyai komputer sendiri di rumah dengan seronok

bertanyakan saya perisian tersebut dan bagaimana cara untuk

mendapat perisian tersebut. Saya sebagai guru juga merasa

sangat seronok dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak tadika tersebut.

Pembelajaran melalui PPBK juga dapat mewujudkan suasana

kelas yang seronok dan dapat melibatkan semua kanak-kanak. Ini

selaras dengan hasrat kementerian yang mahu semua pelajar

mendapat pendedahan dalam bidang ICT. Menurut pendapat Wayne

F. Viraj (1976), seseorang individu yang berada dalam suasana

pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan

pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian.

Suasana pembelajaran adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor

seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan

dalam suasana fizikal bilik darjah.

Bagi Jonassen (1996) pula menyatakan pelajar yang

mendapat bahan pengajaran daripada atau melalui komputer

mempunyai motivasi yang tinggi dan bersemangat untuk belajar.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat

membantu memudahkan pekerjaan seseorang guru dalam usaha untuk

20

Page 22: Teknologi Maklumat

HBEF2303menyampaikan maklumat terkini kepada pelajarnya. Penggunaan

aplikasi yang boleh dilihat dan menghasilkan bunyi serta suara

memberikan banyak faedah kepada pelajar dan juga guru bagi

melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT

ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga serta dapat

mengelakkan para pelajar cepat bosan.

5. KELEMAHAN PENGGUNAAN PPBK

Antara kelemahan jika terlalu bergantung dengan

penggunaan PPBK dalan bilik darjah ialah:

a) Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan komputer

memerlukan seseorang guru tersebut mempunyai kemahiran

dalam mengendalikan komputer, perisian dan juga bahan.

Mustahil untuk guru mengunakan perisian kursus jika

beliau sendiri tidak tahu cara untuk mendapatkan perisian

tersebut.

b) Guru perlukan tempat yang mempunyai komputer yang

mencukupi untuk para pelajar untuk merealisasikan impian

semua pelajar belajar menggunakan komputer. Jika sekolah

mempunyai komputer yang mencukupi maka semua pelajar

berpeluang untuk melaksanakan aktiviti atau perisian

berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar oleh guru.

21

Page 23: Teknologi Maklumat

HBEF2303c) Liputan internet di sekolah hendaklah dipastikan cukup

kuat untuk memuat turun aplikasi yang berkaitan dengan

subjek yang hendak dipelajari. Kebanyakan sekolah tidak

kira dalam atau luar bandar mengalami masalah sukar untuk

mendapat liputan internet yang jelas. Masalah ini

menyukarkan guru yang berhasrat untuk menggunakan

internet untuk mengajar.

d) Mungkin akan berlaku para pelajar menyalahgunakan

penggunaan internet sekolah. Ini boleh berlaku jika tiada

pemantauan daripada guru. Para pelajar mungkin mengambil

peluang mencari bahan maklumat yang luar daripada mata

pelajaran yang dipelajari. Para pelajar juga

berkemungkinan besar menggunakan peluang yang ada untuk

mengemaskini status facebook mereka.

RUMUSAN

22

Page 24: Teknologi Maklumat

HBEF2303Generasi masa sekarang amat beruntung kerana berada dalam

perkembangan teknologi yang pesat dan canggih. Para pelajar

sekarang berpeluang untuk mengakses maklumat walau di mana pun

berada. Perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet yang

mempunyai perisian iOS dan Android amat sesuai digunakan

sebagai salah satu bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini, maklumat tidak hanya dapat diperolehi melalui

komputer atau notebook sahaja. Individu yang mempunyai telefon

pintar boleh mengakseskan maklumat dengan cepat dan tepat. Apa

yang penting hendaklah pastikan telefon pintar yang dibeli

mempunyai liputan internet.

Kemajuan yang pesat ini memberi peluang kepada para

pelajar lebih berdikari dalam mengharungi masa depan yang

semakin sengit. Para pelajar yang didedahkan cara mencari

perisian yang sesuai dengan subjek yang dipelajari akan

berusaha untuk mencari perisian yang lain sebagai bahan

sampingan atau pengukuhan dalam subjek yang dipelajari di

sekolah. Sikap berdikari ini dapat meningkatkan lagi ilmu

dalam diri pelajar serta memperkembangkan lagi kemahiran-

kemahiran baru dalam diri mereka. Pelajar seperti ini nanti

tidak akan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan bersedia

untuk bersaing dengan rakan-rakan secara sihat.

(2540 patah perkataan)

23

Page 25: Teknologi Maklumat

HBEF2303

24

Page 26: Teknologi Maklumat

HBEF2303

RUJUKAN / REFERENSI

Alessi, S. M. & Trollip, S. R. (1991). Computer-based instruction

methods and

development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun &

Zaidatun Tasir. (2001).

Sistem Komputer & Aplikasinya. Kuala Lumpur : Venton

Publishing.

Fify Farisa Mohamad Firdaus, Norhayati Osman & Siti Zamriah

Mohd. Hussin. (2009).

Aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala

Lumpur :

Utusan Publications.

25

Page 27: Teknologi Maklumat

HBEF2303

Omar Zakaria, Shaifol Bahary Sulaiman, Hassan Ahmad, Azman

Abdullah. (2006) .

Teknologi maklumat dalam pendidikan. Selangor Darul Ehsan:

Meteor Doc.

26