OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan PENDAHULUAN Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson a data that has been “ processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions . ” Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama. Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah Azman Bin Salleh 750312025163 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
PENDAHULUAN
Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang
pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran
Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan
pembelajaran.
Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang
telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah
organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud
data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat
sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that
has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real
perceived value in current or perspective decisions”.
Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia
mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud
serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu
program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan
mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah
pangkalan data.
Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh
digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya
mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat
juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu
perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.
Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru
dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu
pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada
perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan
bersama.
Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang
pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke
Azman Bin Salleh750312025163
1
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah
objektif tercapai.
Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah
organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah
berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima
dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.
Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia
telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara
kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan
pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan
kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal
komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang
berasaskan teknologi maklumat.
Azman Bin Salleh750312025163
2
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
SOALAN 1
Penggunaan kaedah Pengajran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif
dan bermutu. Antara jenis atau teknik PPBK termasuklah:
Tutorial
Latih Tubi
Permainan
Simulasi
Tunjuk Cara
Ujian
Dihuraikan di bawah ini satu persatu kaedah dan teknik PPBK yang disebutkan
di atas.
TUTORIAL
Merujuk kepada Modul OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan, tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk
mempersembahkan bahan pengajaran yang beru dan mempunyai langkah –
langkah penerangan yang tersusun ( Alessi & Trollip, 1991). PPBK jenis ini
bertinfak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Tutorial yang
dibangunkan dengan baik membolehkan pelajar belajar mengikut kemampuan
dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.
Dapat dirumuskan di sini bahawa kaedah tutorial PPBK biasanya
digunakan untuk menyampai sesuatu fakta atau memberikan penerangan
kepada pelajar. Ianya sesuai untuk digunakan ketika menyampaikan maklumat
dan memulakan sesi atau topik pelajaran yang baru. Antara contoh – contoh alat
PPBK ialah slaid Power Point, Publisher, MS Word dan Authorware.
PERMAINAN
Telah kita ketahui masa kini, permainan komputer dapat menarik
golongan muda terutama pelajar untuk berada dan menghadap komputer berjam
– jam. Maka, ini secara tidak langsung mempengaruhi dan dapat memberi satu
kaedah kepada guru untuk mengajar melalui permainan di dalam komputer.
Azman Bin Salleh750312025163
3
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
Terdapat banyak perisian permainan yang telah dibina dan dijual di pasaran. Ini
kerana ia mampu menarik pelajar bermain sambil belajar.Terdapat banyak
permainan yang sering digunakan oleh guru di sekolah. Contohnya permainan
‘Hang Man’, ‘Tidy Up’ dan banyak lagi. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membelanjakan sejumlah wang membangunkan perisian interaktif untuk
pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris yang berasaskan
permainan yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid
untuk belajar.
SIMULASI
Merujuk kepada Modul OUM HBEF 2303 (2008), Teknologi Maklumat dalam
Pendidikan, dirujuk kepada Thomas & Miligan (2004), mendefinisikan simulasi
sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang
mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi.
Jelas di sini, dengan merujuk kepada apa yang didefinisikan oleh Thomas
& Miligan, PPBK melalui simulasi dapat memberi peluang kepada pelajar
menjalankan aktiviti – aktiviti seperti menguji sesuatu hipotesis dan dapat lebih
memahami sesuatu tindakan melalui simulasi sebelum melihat kepada keadaan
sebenar. Antara contoh perisian simulasi ialah Phoenix Simulation Software,
www.dmoz.org/science/software/simulation yang mana perisian ini berkaitan
dengan simulasi sains dan angkasa. Jelas di sini dapat dirumuskan bahawa,
melalui kaedah ini, pelajar dapat berhati – hati dan mengetahui dan mengenal
pasti masalah – masalah yang bakal timbul di waktu keadaan sebenar.
TUNJUK CARA
Modul OUM HBEF 2303 (2008), Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, ada
menyatakan bahawa tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk
menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan pelajar memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya
dalam keadaan sebenar. Ia juga sesuai digunakan untuk memahami sesuatu
prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan
Pelajar perlu mencari tempat atau kawasan kajian yang sesuai elajar juga perlu
mencari sumber-sumber rujukan yang bersesuaian.
Memilih
Ia membolehkan pelajar menumpukan pada bahan yang khusus dan menepikan
bahan- bahan yang kurang sesuai. Pelajar akan dapat lebih fokus pada bahan
yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.
Menggunakan / menguruskan
Ia melibatkan proses pelajar menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada
apa yang boleh digunakan. Proses ini menjadikan maklumat itu sebagai suatu
pengetahuan kepada pelajar
Menyampaikan
Maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi boleh disampaikan kepada
sesiapa sahaja dalam format yang sistematik seperti :
• folio
• buku skrap
• catatan nota
• dalam diskette
• transperensi dll
Menilai kembali
Satu refleksi ke atas apa yang telah dilakukan. Pelajar menilai kembali apa yang
telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahannya. Pelajar boleh
membaiki diri , kajian dan pengetahuan seterusny
Azman Bin Salleh750312025163
18
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
(b)
1.Menentukan : Murid harus memikir dan menentukan tajuk kajian yang ingin dipelajari dan dicapai.
2. Mencari : Murid perlu mencari tempat atau kawasan serta sumber rujukan yang sesuai dengan topik dan isi kajian.
3. Memilih : Murid perlu menumpukan kepada bahan yang khusus dan mengetepikan bahan-bahan yang kurang sesuai. Murid dapat fokus pada bahan yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.
4. Mengguna / mengurus : Murid perlu menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada apa yang bakal digunakan.
5. Menyampaikan : Maklumat dan pengetahuan yang diperolehi boleh disampaikan dalam format yang sistematik seperti, folio, buku skrap, catatan nota.
6. Menilai kembali : Murid menilai kembali apa yang telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya boleh membaiki diri.
Azman Bin Salleh750312025163
19
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
(c)
Model pengajaran Enam Kemahiran Besar merupakan satu model yang harus
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Dengan menggunakan
model Big6 secara sedar atau tidak, murid-murid mencari dan memperolehi dan
menggunakan maklumat itu untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Membuat keputusan secara pantas memerlukan masa yang agak lama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, kita perlu membantu murid
menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Big6 merupakan suatu alat bagi
murid memperkembangkan kemahiran dan memahami apa yang mereka perlu,
proses yang perlu diikuti dan menggunakan maklumat dengan berkesan.
Pada pendapat saya, dengan kemahiran Big6, pelajar dapat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan gigih. Oleh itu, guru-
guru harus digalakkan menjalankan pengajaran dan pempelarajan dengan
mengaplikasikan model ini.
Terdapat banyak kelebihan menjalankan pengajaran pembelajaran dengan
menggunakan model Big6. Diantaranya ialah :
Big6 merupakan satu alat yang membantu murid mencari apa yang yang
mereka perlukan untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Membantu murid membuat sesuatu projek dengan mudah.
Membantu murid merancang dan mengatur sesuatu projek.
Membantu murid membuat penyelidikan dengan lebih lanjut berkaitan
sesuatu projek.
Satu program yang membantu murid mendapatkan maklumat dengan
lebih mudah.
Kesimpulannya, model Big6 ini amat sesuai untuk digunakan oleh para guru
didalam memberi peluang kepada pelajarnya meneroka dan menyelesaikan
masalah berbantukan komputer dan internet. Ia juga amat bersesuaian denga
Azman Bin Salleh750312025163
20
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
mata pelajaran Kajian Tempatan yang mana memerlukan pelajar menyediakan
sekurang-kurangnya dua projek dalam setahun. Sesungguhnya setiap ilmu itu
ada gunanya. ‘Alah bisa, tegal biasa’, ‘Dimana ada kemahuan, di situ ada
jalan’.
Azman Bin Salleh750312025163
21
OUM HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
BIBLIOGRAFI
Jabatan Penerangan Malaysia, Bendera Negeri, di perolehi pada 11 Jun 2008
Dari http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=BenderaNegeri
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2003 ). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian
Tempatan Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omar Zakaria, Shaifol Bahari Sulaiman, Hassan Ahmad & Azman Abdullah
(2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Selangor :
Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail, Peta Malaysia, diperoleh pada 11 Jun 2008
http://www.gajahmas.com/skti/mapmalaysia.html
The Big6, What is The Big6, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari
http://www.big6.com/what-is-the-big6/
Tourism Malaysia Official Site, Malaysia Overview, diperoleh pada 11 Jun 2008
dari http://travel.tourism.gov.my/en/
Wikipedia, Perlis, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlis
Wikipedia, Kedah, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/kedah
Wikipedia, Pulau Pinang, diperolehi pada 10 Jun 2008 dari