1
RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRL 3033KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK :
BAB II KAJIANKEBERKESANAN TEKNIK SIMULASI DALAM PENULISAN
KARANGANMURID TAHAP DUA DI SEKOLAH KEBANGSAAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMANO. MATRIKPROGRAM
HARNIMIZAM BIN ABD HAMIDD20102042932UPSI145
PENSYARAH/PENYELIA: ENCIK RAZALI BIN AYOB
Tarikh: 26 APRIL 2014
KANDUNGAN 1
BAB II : TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan22.1 Sejarah Pengajaran Simulasi 22.2.1 Kaedah
Simulasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran32.2.1.1 Kepentingan
Simulasi32.2.1.2 Ciri-ciri Simulasi52.2.1.3 Strategi Perlaksanaan
Simulasi6 2.3 Model Teknik Simulasi Dalam Pengajaran Bahasa7 2.3.1
Model Simulasi Dalam Meningkatkan Penguasan Lisan8 2.3.2 Model
Simulasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca9 2.3.3 Model Simulasi
Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis10 2.3.4 Model Simulasi dan
Drama Dalam Pengajaran Bahasa melayu112.4 Dapatan Kajian Lepas13
2.4.1 Kajian-kajian Lepas 13 2.4.2 Kajian Luar Negara14 2.4.3
Kajian Dalam Negara162.5 Kesimpulan17 RUJUKAN19
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Tinjauan literatur ini akan mengungkap tentang penggunaan teknik
simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dunia
pendidikan. Di samping itu, penulis juga akan mengemukakan beberapa
dapatan yang menjelaskan tentang penggunaan teknik simulasi sebagai
sebahagaian daripada medium pendidikan yang sangat membantu
murid-murid dalam bidang pendidikan khususnya kemahiran menulis
karangan dan umumnya dalam pembelajaran bahasa. Literatur ini juga
akan membicarakan tentang sejarah pendidikan yang berkaitan
penggunaan teknik simulasi, model teori-teori pembelajaran yang
berkaitan dengan teknik simulasi serta kajian-kajian yang telah
dijalankan untuk menepati kehendak persoalan kajian.
2.1 SEJARAH PENGAJARAN SIMULASI
Dalam bidang pengajaran bahasa, teknik simulasi ini telah lama
digunakan, iaitu pada tahun 1970-an, di mana sebuah pergerakan di
Britain yang dikenali sebagai Gerakan Komunikatif telah
mempergiatkan penggunaan teknik ini dalam pengajaran bahasa.
Gerakan ini berpendapat bahawa sesuatu bahasa tu tidak seharusnya
diajar kerana kepentingannya sahaja, tetapi diajar supaya bahasa
berkenaan dapat digunakan dengan lebih berkesan. Dalam hal ini,
bahasa dianggap sebagai alat untuk berkomunikasi. Teknik simulasi
ini dapat mengubah kelas yang pasif kepada sebuah kelas yang aktif
dan menarik dari segi penglibatan pelajar berbanding sebuah kelas
yang didominasi oleh guru dalam proses pengajarannya (Jones
1987).
Di Malaysia, teknik simulasi juga digunakan sebagai salah satu
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaannya
telah disarankan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), terutama dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu. Melalui teknik
simulasi, pelbagai kemahiran dapat digabung jalinkan dan
dipertingkatkan terutama dalam kemahiran lisan, bacaan dan menulis.
Teknik simulasi dapat mewujudkan pelbagai aktiviti yang menarik
seperti memperkaya dan memperluas pengetahuan dan pengalaman
pelajar kerana mereka berpeluang menjalankan aktiviti seperti
mengumpul maklumat, berbincang, bertukar-tukar fikiran, main
peranan, membuat laporan dan sebagainya.
2.2.1Kaedah Simulasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
2.2.1.1Pengertian dan Kepentingan Simulasi
Kemeterian Pelajaran Malaysia (1990) menggariskan di antara
teknik-teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan
oleh guru ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi
yang menyerupai keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan
satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang terkawal. Murid
mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses
simulasi ini mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan
berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi sesuatu masalah
itu. Di samping itu juga murid dapat menguasai kemahiran seperti
soal jawab, pemerolehan dan penggunaan bahan sumber.
Mee (1993) menyebut bahawa, simulasi adalah suatu situasi
terkawal yang sengaja diwujudkan menyerupai situasi yang sebenar
dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan masalah. Marilyn
Friend & Willian Bursuck (1996) menyatakan simulasi ialah satu
aktiviti yang mana pelajar mendapat pengalaman daripada aktiviti
tersebut, setelah mereka berbincang bagaimana untuk melakukan
aktiviti dan memperolehi persefahaman. Daripada definisi di atas,
dapat dibuat rumusan bahawa simulasi adalah satu jenis kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar
melakukan aktiviti yang terancang dan terkawal. Bagi memastikan
aktiviti ini berjalan dengan baik, guru dan murid akan mengadakan
beberapa sesi latihan sebagai persediaan dan pengukuhan sebelum
aktiviti sebenar dijalankan.
Maddux et. al, (1992) telah menjelaskan sembilan kelebihan
program simulasi, antaranya ialah menyeronokkan, penggunaan kos
yang rendah, keselamatan lebih terjamin, pemindahan pengalaman dan
pembelajaran yang lebih baik, ancaman yang minima, melatih
pemikiran kritis, menggalakkan sosialisasi dan kolaborasi dan
memaksimumkan masa pembelajaran.
Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan murid menjadi
lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab
terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran
yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan
baik bersama rakan-rakan murid yang lain, mampu mewujudkan rasa
seronok murid terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Akan mampu
menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif
mata pelajaran.
Bruce Joyce dan Marsha Weil et. al, (1986) menegaskan bahawa
model simulasi memberi faedah kepada murid, seperti proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan. Ini
kerana murid akan merasai suasana sebenar bagi sesuatu
pembelajaran. Murid akan melibatkan diri dan menggunakan
pancaindera serta bahan bantu secara langsung. Maklum balas hasil
daripada aktiviti akan dapat dimanfaatkan oleh murid secara
mendalam. Dengan ini murid akan memperolehi pengalaman dan
meningkatan kefahaman disamping memupuk rasa seronok untuk
belajar.
2.2.1.2Ciri-ciri Simulasi
Bruce Joyce dan Marsha Weil et.al, (1986) menyebut, ciri-ciri
simulasi dapat dilihat daripada peranan guru dan murid. Guru akan
berperanan sebagai penerang yang akan memberi penerangan dan
penjelasan kepada setiap murid sebelum aktiviti simulasi
dijalankan. Seterusnya guru akan bertindak sebagai pengadil yang
akan mengadili dan mengawal aktiviti simulasi dan pergerakan murid.
Menurutnya lagi guru juga berperanan sebagi jurulatih yang sentiasa
menasihati, membimbing dan memberi semangat dan motivasi kepada
murid dan akhirnya guru akan bertindak sebagai rakan untuk
berbincang dengan murid sepanjang aktiviti simulasi berjalan.
Adapun ciri-ciri yang terdapat pada murid pula ialah, mereka akan
bekerja dalam satu kumpulan, mempunyai semangat bekerjasama,
pembelajaran akan berpusat kepada murid, murid akan mengeluarkan
idea, kreatif, murid menjaga disiplin diri dan murid akan
dihargai.
Daripada ciri-ciri di atas dapat dirumuskan bahawa simulasi
melibatkan murid untuk bertindak memainkan peranan dan
tanggungjawab secara terbuka, murid akan dapat berlatih dalam
kedaaan sebenar, boleh membuat keputusan sendiri dan merupakan satu
aktiviti yang tidak membosankan mereka. Peranan guru juga lebih
kepada sebagai fasilitator, membimbing aktiviti yang dijalankan
agar murid dapat memahami peristiwa yang mereka pelajari.
2.2.1.3 Strategi Pelaksanaan Simulasi
Simulasi adalah sebahagian daripada strategi pembelajaran aktif
yang memerlukan penglibatan aktif murid. Menurut Abdul Ghafar Md.
Din (2003) perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian sebelum
simulasi dijalankan :
Memilih Peristiwa Yang Sesuai
Bukan semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Peristiwa
yang benar-benar signifikan dan relevan boleh dipilih untuk
dijadikan isi pelajaran dalam kaedah simulasi. Di dalam kajian ini,
pengkaji telah memilih bidang penulisan bentuk naratif yang
dirasakan signifikan untuk aktiviti simulasi.
Pengenalan Kepada Pelajar
Guru sebagai fasilitator mesti menjelaskan kepada pelajar
tentang tujuan atau objektif aktiviti simulasi. Pelajar mesti
betul-betul memahami konsep dan perkara berkaitan simulasi dan
jelas tentang apa yang mereka akan lakukan berkaitan dengan tajuk
yang telah dipilih.Penyediaan Bahan
Bahan yang berkaitan dengan aktiviti mesti disediakan terlebih
dahulu, Jika seseorang guru memilih tajuk bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah, maka guru mesti menyediakan peralatan
gotong-royong seperti cangkul, parang, pongkes, sabit dan
sebagainya. Begitu juga pewujudan latar belakang yang sesuai dan
berkaitan dengan tajuk.
Pemilihan Peserta
Pelajar yang berperanan sebagai peserta boleh dipilih secara
sukarela atau dipilih oleh guru, murid tersebut mesti jelas akan
apa yang mereka lakukan.
Perbincangan Pada Akhir Simulasi
Guru dan murid perlu berbincang tentang peristiwa yang telah
mereka saksi dan lakukan. Hasil daripada sesi perbincangan ini akan
dapat membantu murid supaya lebih memahami peristiwa yang mereka
alami dalam situasi yang sebenar nanti.
2.3 MODEL TEKNIK SIMULASI DALAM PENGAJARAN BAHASA
Menurut Bruce Joyce dan Marsha Weil et. al, (1986), model
simulasi bukanlah berasal dari bidang pendidikan. Sebaliknya ia
banyak diaplikasi dalam pengajaran Cybernatics, iaitu satu cabang
ilmu psikologi yang melihat kepada perhubungan di antara manusia
dan jentera atau mesin, iaitu bagaimana ilmu ini mengkonsepsikan
murid yang bertindak sebagai pengatur sesuatu sistem.
2.3.1Model Simulasi Dalam Meningkatkan Penguasan Lisan
Aktiviti lisan iaitu mendengar dan bertutur adalah kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh murid. Dengan kemahiran lisan
seseorang akan memperoleh maklumat dan penerangan yang perlu untuk
bertindak balas, memahami persoalan baru dan menimbulkan komunikasi
yang berkesan. Teknik simulasi dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan kemahiran lisan kerana teknik ini mengkehendaki
murid-murid berkomunikasi dan melafazkan ujaran-ujaran yang sudah
dirancang mengikut situasi yang telah diberikan.
2.3.2Model Simulasi Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca
Aktiviti membaca merupakan aktiviti yang sama penting selepas
murid-murid menguasai kemahiran lisan. Kemahiran membaca sepatutnya
berjalan serentak dengan kebolehan lisan kerana pemerolehan
kemahiran itu saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain.
Oleh itu membaca tidak boleh dipisahkan daripada kemahiran
berbahasa yang lain seperti aktiviti mendengar, bertutur dan
menulis (Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong 1992).Teknik
simulasi dapat menyediakan murid dengan kemahiran membaca dengan
kefahaman kerana aktiviti simulasi menyediakan pengalaman deria
yang sebenar. Keadaan ini berlaku kerana dalam simulasi aktiviti
berasaskan main peranan, perbincangan, bertukar-tukar pendapat,
mengkehendaki murid-murid membaca arahan-arahan dan maklumat
tertentu sebelum menjalankan simulasi tersebut.
Jamaluddin Aziz (1996) dalam kajiannya terhadap keberkesanan
teknik simulasi dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam aktiviti
membaca mendapati bahawa simulasi telah meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap teks yang diberikan. Melalui teknik simulasi
pelajar lebih kreatif dalam mengemukakan pendapat dan pandangan
berdasarkan teks yang telah dibaca.
2.3.3Model Simulasi Dalam Meningkatkan Memahiran Menulis
Kebolehan seseorang memilih dan menyusun pengalaman yang berguna
untuk dikomunikasikan secara bertulis adalah peringkat tertinggi
dalam kemahiran berbahasa. (Loban, 1964). Dalam pendidikan formal
di sekolah, objektif pengajaran karangan adalah berbeza mengikut
peringkat umur pelajar. Matlamat dan objektif pengajaran menulis di
sekolah rendah adalah agar murid-murid dapat melahirkan buah
fikiran, pengalaman dan imaginasi melalui penggunaan bahasa yang
mereka pelajari sejak sekolah rendah lagi (Awang Mohd Amin
1983).
Meningkatkan kebolehan murid dalam melahirkan idea secara
bertulis memerlukan penyusunan fikiran dan gambaran yang jelas
tentang perkara-perkara yang hendak disampaikan. Oleh yang demikian
teknik simulasi dapat merealisasikan pemetaan dan penyusunan
idea-idea ini dengan lebih berkesan dan terancang. Teknik simulasi
telah memenuhi langkah-langkah atau persediaan-persediaan tertentu
dalam proses menulis karangan seperti yang telah disarankan oleh
Salleh Akib (1975) seperti yang berikut:-
i. Murid tahu apa yang dibuatii. Murid mengeluarkan idea-idea
yang bernas dan serasiiii. Perbendaharan kata bertambahiv. Memilih
perkataan yang betul dan tepatv. Kefasihan dan penggunaan struktur
perkataan dan ayat
Kelima-lima eleman yang disenaraikan di atas boleh dikuasai dan
dipertingkat dari semasa ke semasa ketika mengendalikan teknik
simulasi.
2.3.4Model Simulasi dan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Drama berasal daripada perkataan Dran (bahasa Greek kuno) yang
bermaksud lakon iaitu melakonkan atau melakukan aksi. Manakala
Shakespeare pula mengistilahkan drama sebagai kehidupan manusia itu
sendiri. Baginya dunia ini adalah pentas, dan manusia adalah
pelakonnya.
Hubungan drama dengan pendidikan bahasa adalah amat rapat. Pada
kebiasaannya kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan dan
pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran mereka. Drama
juga suatu peniruan daripada kejadian sebenar yang berlaku dan
dialami dalam hidup manusia sehari-hari lalu dipentaskan untuk
ditonton.
Drama dalam pengajaran bahasa adalah berbeza dengan drama
pendidikan kerana tujuan utama kegiatan drama pendidikan lebih
berfokus kepada aspek-aspek pertumbuhan personaliti dan kesedaran,
manakala tujuan drama dalam pengajaran bahasa pula memberi tumpuan
kepada aspek-aspek kemahiran dan kecekapan berbahasa (Sapie Damin
1987). ( Laman Web http//www.IB.com.my, 1997 ) ada menyenaraikan
beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran drama dalam
pengajaran bahasa Melayu iaitu:- Main peranan dan simulasi
Improvikasi Tetamu dalam aksi Teater pembaca Teater bercerita
Boneka Permainan drama Pengajaran bersepadu melalui drama
Ini bermakna teknik simulasi adalah salah satu daripada teknik
drama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rahmah Bujang (1982) dalam kajiannya tentang drama dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa mengatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran cara drama dikenali juga sebagai teknik sosiodrama.
Antara aktiviti-aktiviti dalam pengajaran bahasa itu ialah
berdialog, lakonan spontan atau improvikasi, teater pembaca, teater
bercerita, main peranan dan simulasi. Menurut beliau, terdapat
banyak sekali nilai-nilai pendidikan yang dapat dipelajari melalui
aktiviti sosiodrama yang antara lain meliputi aspek-aspek
pengertian hubungan dan sosial. Langkah atau prinsip bagi
menjayakan sosiodrama adalah:-
a) Guru atau murid mengemukakan suatu masalah berdasarkan
pengalaman yang sedia ada atau melalui sumber-sumber maklumat yang
lain, kemudian murid-murid akan berbincang dan membuat rumusan
tentang cara bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan,
b) Proses penyelesaian masalah itu dilakonkan semula dan situasi
sebenar di mana murid-murid akan mengambil bahagian berdasarkan
watak-watak yang telah ditentukan dan,
c) Setelah selesai menjayakan sesebuah lakonan, aktiviti susulan
dijalankan seperti membincangkan hasil dramatasi tersebut.
Seterusnya dalam proses penggabung jalinan kemahiran bahasa,
aktiviti lisan, bacaan luas atau penulisan boleh dijalankan untuk
mengakhiri sesi pengajaran itu.
Azman Wan Chik (1981:92) pula menyenaraikan antara lain
nilai-nilai pendidikan yang boleh didapati daripada drama dalam
pengajaran bahasa itu ialah:-
a. Murd-murid didedahkan kepada persoalan hidup sebenar.b.
Memberi kesempatan berdialog dan berinteraksi sesama rakan dan
individu tertentu.c. Dapat memperdebatkan nilai-nilai kehidupan
yang perlu bagi diri sendiri dan masyarakat.d. Menghargai dan
menghormati pendirian orang lain.e. Menghargai dan memahami
golongan atau pihak lain.f. Latihan menggunakan bahasa dengan
teratur dan berkesan dalam komunikasi.g. Menimbulkan perbincangan
yang hidup, berkesan dan bermakna.h. Berani mengemukakan pendapat,
hujah-hujah yang bernas dan bersifat luwes. i. Berlatih untuk
menguasai emosi atau perasaan dalam pelbagai situasi.j. Melatih
kerjasama yang erat dalam kalangan rakan sebaya.k. Melatih
pemikiran yang aktif, kreatif, kritis dan analitis.l. Membentuk
keyakinan diri dan percaya akan kebolehan dan bakat diri sendiri.m.
Melatih untuk melahirkan penyebutan yang jelas dan betul (speech
training).
Maka dengan itu, sosiodrama atau drama dalam pengajaran bahasa
sememangnya mempunyai hubungan yang erat. Teknik drama dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membina kecekapan
berbahasa, menginterpritasikan isi pelajaran yang diajar secara
jelas, menarik dan sistematik. Drama dalam pengajaran bahasa mampu
untuk memperkembangkan dan menyuburkan diri individu secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,
kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi (Brian Way
1980).Oleh hal yang demikian, teknik drama dalam pengajaran bahasa
Melayu amatlah sesuai dilaksanakan malah diamalkan oleh guru-guru
bahasa hari ini dan pada masa-masa yang akan datang kerana
ciri-ciri dan prinsip yang terdapat dalam teknik drama memenuhi
kehendak dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
2.4 DAPATAN KAJIAN LEPAS2.4.1 Kajian-kajian Lepas Yang
Berkaitan
Rozimah Jamaluddin (2003) menegaskan bahawa istilah permainan,
simulasi dan permainan simulasi sering digunakan secara bertukar
ganti, namun setiap istilah itu mempunyai maksud yang tersendiri.
Permainan merupakan aktiviti yang melibatkan murid mengikut satu
peraturan yang disediakan . Permainan semestinya berbeza dengan
realiti kehidupan sebenar. Permainan biasanya cuma untuk
menghiburkan sahaja, kadangkala menyebabkan murid cuai untuk
menumpukan perhatian kepada objektif yang sebenar. Simulasi pula
ialah satu aktiviti untuk memudahkan sebahagian situasi atau proses
kehidupan sebenar. Dalam simulasi, murid biasanya akan berinteraksi
dengan murid atau elemen lain. Jika aktiviti simulasi ini dirancang
dengan baik, maka ia akan memberi kesan yang baik kepada murid
untuk mengaplikasi sesuatu peristiwa dalam suasana pembelajaran
sebenar dan akan mampu sampai ke tahap realisme. Permainan simulasi
pula menggabungkan ciri-ciri simulasi dan permainan. Permainan
simulasi biasanya melibatkan pembelajaran secara holistik, iaitu
melalui model realiti dan interaksi murid untuk berusaha bagi
mencapai sesuatu kejayaan.Terdapat kajian-kajian tentang
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah
simulasi dijalankan oleh pengkaji sama ada di dalam negara atau
luar negara. Kajian Abu Bakar (1991) tentang pola-pola pengajaran
dan pembelajaran dan pengaruhnya terhadap pembelajaran mendapati
bahawa pengajaran masih berpusatkan guru, penglibatan proses
kognitif yang rendah dan tidak mencabar murid untuk bersifat lebih
aktif dan inquisitif. Pengajaran dan pembelajaran tidak produktif
kerana murid tidak mengambil bahagian dengan aktif. Hasil daripada
dua kajian di atas menunjukkan bahawa para pengkaji tempatan masih
lagi mengkaji tentang proses pengajaran dan pembelajaran serta
peranan guru dan penggunaan bahan bantu mengajar. Kajian-kajian
terperinci yang menjurus kepada penggunaan kaedah tertentu dan
kesannya kepada murid tidak banyak diketengahkan.
2.4.2 Kajian Luar Negara
Anderson & Milliren (1983) menyatakan bahawa, kaedah
tayangan filem, penggunaan buku, alat media dan demonstrasi serta
simulasi amat berkesan untuk mengajar murid yang kurang memahami
dan meminati sesuatu bidang pembelajaran di sekolah. Adapun Mc.
Donell, Horner, & Williams (1984) pula menyebut bahawa guru
boleh melatih murid dengan kaedah simulasi, bagaimana langkah
menguruskan barangan di sebuah kedai runcit dengan mewujudkan
suasana dan menyediakan beberapa peralatan yang biasa ada di sebuah
kedai runcit, seperti rak-rak untuk meletakkan majalah, buku dan
akhbar, senarai harga barangan dan barang-barang lain ke dalam
kelas.
Jika dilihat dari segi faedah, Shafer, Inge, & Hill (1986)
menjelaskan bahawa murid boleh dilatih dengan kaedah simulasi
bagaimana cara untuk mengeluarkan wang daripada akaun melalui mesin
pengeluaran wang (ATM), kajian ini disokong oleh Curvin &
Furnival (1994) dalam kajiannya ke atas peserta-peserta yang akan
bekerja di dalam bidang perniagaan mendapati, melalui latihan
simulasi dalam proses pelaksanaan perniagaan dapat meningkatkan
tahap kecergasan dan kecekapan ahli pekerja, terutamanya dalam
penyertaan dan penglibatan menjalankan tugas.
Pengajaran berasaskan simulasi juga merupakan satu pendekatan ke
arah melahirkan murid yang dapat menguasai sesuatu pengajaran,
Westling & Floyd (1990) dalam kajiannya menyebut bahawa
pelaksanaan simulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
lebih berkesan jika murid dapat mempelajari dan memahami proses
simulasi secara terperinci, merasai suasana sebenar dengan
penggunaan bahan dan peralatan yang berkaitan. Kajian Morse (1996)
juga menunjukkan dapatan yang sama, walaupun murid agak susah untuk
melakukan aktiviti simulasi pada tahap yang sebenar, namun kaedah
ini amat berfaedah dan berkesan jika ianya dapat dilaksanakan.
Kerr (1999) juga di dalam kajiannya menyebut bahawa di antara
pendekatan penggunaan teknologi dalam bilik darjah ialah simulasi.
Ia berpandangan bahawa simulasi bukanlah semestinya merupakan satu
suasana dan gambaran sebenar bagi sesuatu keadaan, kerana ianya
mungkin berbentuk satu permainan sahaja.
Kesimpulannya, hasil daripada kajian luar negara menunjukkan
aktiviti simulasi amat sesuai dilaksana dan didedahkan kepada
pelajar, begitu juga kepada pelatih-pelatih lain di dalam industri
atau perniagaan. Persediaan dan perancangan yang rapi, juga
pelaksanaan yang terkawal akan dapat mmemastikan kaedah ini
benar-benar berkesan kepada murid.
2.4.3Kajian Dalam Negara
Kajian Rosdi (2000) kepada 182 orang guru mata pelajaran sains
di sekolah rendah di daerah Kuantan melalui soal selidik mendapati,
kaedah simulasi kurang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Faktor-faktor penyebabnya ialah masalah masa,
peralatan, kos, pengalaman guru, saiz bilik darjah dan pihak
pengurusan sekolah. Kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai
kekangan dan masalah dari segi proses pelaksanaannya seperti guru
kurang memahami kaedah simulasi, peralatan yang tidak mencukupi dan
terpaksa disediakan sendiri oleh guru, peruntukkan masa yang
terhad, saiz bilik darjah yang tidak sesuai, aktiviti yang
melibatkan kos dan masalah daripada pihak pentadbir sekolah
sendiri.
Kajian oleh Lim (2001) mendapati bahawa pembelajaran lebih mudah
difahami dan lebih berkesan disamping dapat meningkatkan kemahiran
penggunaan komputer dan penyebaran maklumat kepada pelajar. Begitu
juga kajian oleh Juliana (2003) menunjukkan, program latihan yang
dirancang dan dilaksanakan melalui kaedah simulasi dalam amalan
saie untuk mengetahui sejauh mana ia memberi kesan kepada bakal
haji dalam mengerjakan ibadat haji, pada keseluruhannya telah
berjaya membantu dan meningkatkan tahap kecergasan bakal jamaah
haji.
Hasil kajian oleh Halizah (2003) menunjukkan bahawa, amalan
melakukan aktiviti kecergasan fizikal yang sistematik dan
berterusan, contohnya melalui kaedah simulasi akan memberikan kesan
yang positif kepada kehidupan. Kajian beliau adalah dalam amalan
melakukan tawaf di Kaabah bagi bakal jamaah haji. Begitu juga
kajian Zakiah (2003) menunjukkan, tahap kecergasan kumpulan
eksperimen dalam kalangan murid sebagai wakil jamaah haji mengalami
peningkatan yang banyak selepas mengikuti program simulasi
khususnya aktiviti melontar jamrah. Adapun kumpulan kawalan hanya
berlaku sedikit sahaja perubahan terhadap tahap kecergasan mereka.
Ini menunjukkan bahawa kaedah simulasi yang telah dijalankan mampu
meningkatan motivasi dan rasa seronok murid hingga mereka mampu
menunjukkan kesan positif terhadap tahap kecergasan diri
mereka.
Hyacinth Gaudart (1993) dalam Pendidikan Di Malaysia : Arah dan
Cabaran menyebut, terdapat dari kalangan guru-guru di Malaysia yang
mempunyai masalah dari segi pedagogi dalam menjalankan kaedah
simulasi di sekolah, iaitu guru mesti kreatif, kebimbangan
pentadbir, jika guru tidak dapat mengawal kelas, mengganggu bilik
darjah lain, kesukaran pelajar membawa watak atau tugas dan
aktiviti akan di dominasi oleh sekumpulan pelajar tertentu
sahaja.Di sini pengkaji berpendapat bahawa, sekiranya elemen-elemen
penting yang berkaitan dengan simulasi dirancang secara rapi dan
bijak, kesemua masalah tersebut akan dapat diatasi. Dalam dunia
pendidikan hari ini, guru mesti sentiasa kreatif dan melengkapkan
diri dengan ilmu serta kemahiran, agar segala tugas dan
tanggungjawab yang diberikan, dapat dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya.
2.5 KESIMPULAN
Hasil daripada tinjauan literature tersebut menunjukkan bahawa
kemahiran menulis kanak-kanak amat berkait rapat dengan cara dan
corak pengajaran. Kegagalan mereka memperolehi pembelajaran yang
benar-benar sesuai dan berkesan tentang kemahiran menulis karangan
dengan baik menyebabkan mereka sukar mengusai kemahiran tersebut.
Oleh itu, pembelajaran yang menggunakan kaedah atau pun teknik
simulasi sebenarnya turut memberi sumbangan yang besar dalam
mempengaruhi kebolehan dan penguasaan mereka terhadap kemahiran
menulis karangan di peringkat sekolah rendah khususnya untuk
murid-murid tahap dua.
Walaupun banyak kajian telah dijalankan tentang penggunaan
teknik simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid
sekolah rendah mahu pun sekolah menengah, namun kajian yang
mengaitkan keberkesanan teknik simulasi dalam penulisan karangan
murid-murid tahap dua kurang dijalankan. Persoalan yang timbul
ialah sama penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran bahasa
benar-benar berkesan membantu murid-murid tahap dua dalam kemahiran
menulis karangan atau pun tidak. Ini kerana matlamat penggunaan
teknik simulasi dalam pengajaran penulisan karangan adalah
membolehkan murid tahap dua, 100% menguasai kemahiran menulis
karangan dengan baik selepas mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bahasa yang menggunakan teknik simulasi. Hal ini
sangat penting untuk membantu murid-murid ini memperolehi markah
yang maksimum ketika menjawab soalan-soalan karangan yang
dikemukakan kepada mereka.
SENARAI RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib. 1987. Langkah-langkah permulaan dalam
mengajar kanak- kanak menulis karangan: satu pendekatan. Jurnal
Dewan Bahasa dan Pustaka.12(8): 718-726.
Abdullah Hassan. 1987. Isu-isu pengajaran dan pembelajaran
bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
28.
Alias Mohd. Yatim dan Darwis Harahap. 1990. Kegiatan belajar
mengajar bahasa Melayu berpedoman kurikulum bersepadu sekolah
menengah. Satu tinjauan ringkas. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan
Sastera Dalam Pendidikan IV Anjuran Persatuan Lingusitik Malaysia
dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ann Raimes. 1992. Exploring through writing. New York: St.
Martin Press.
Asmah Omar. 1984. Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. 186.
Atan Long.1977. Kedudukan kesusasteraan dalam sitem pelajaran
Malaysia ditinjau dari sudut kemudahan. Dlm. Mohd Taib Osman (ed).
Pengajaran bahasa dan kesusasteraan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Awang Mohd Amin. 1986. Kaedah pengajaran penulisan (karangan)
bagi sekolah rendah dan menengah. Dlm. Mengajar B. Malaysia. Azman
Wan Chik, ed., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka hlm.9.
Awang Mohd Amin. 1981. Beberapa aspek kelemahan penguasaan
Bahasa Malaysia di Kalangan pelajar Melayu menengah atas. Satu
tinjauan awal di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jurnal Bahasa,
23 (96): 90-95.
Awang Mohd Amin. 1981. Kaedah pengajaran penulisan. Kertas Kerja
Seminar Pengurusan Cabaran-Cabaran Dalam Latihan Perguruan anjuran
bersama Jabatan Pendidikan Bahasa Fakulti Pendidikan UM dengan DBP.
20-30 Dis.
Ayadirai Nallandran. 1995. Kaedah kumpulan perbincangan kecil
sebagai perintis dalam penguasaan kemahiran menulis karangan.
Kajian Ilmiah UKM.
Azman Wan Chik. 1981. Prinsip dan kaedah mengajar kesusasteraan
Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Dayang Ku Hajjah Jauyah Pengiran Hj. Damin. 1996. Kesan dua
pendekatan pengajaran kemahiran menulis terhadap markah pencapaian
penulisan karangan pelajar menengah tingkatan empat. Brunei.
Latihan Ilmiah UKM.
Faziah Sulaiman. 1994. Teknik bercerita dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu.
Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Haron.1979. Panduan mengajar bahasa Malaysia di sekolah
menengah. Pembinaan Satu conceptual framework dalam penulisan
karangan. Jurnal Dewan Bahasa, Februaria: 9.
Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Billy Chong. 1992. Kemahiran
membaca. Dlm. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR, Jilid 3. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamaluddin Aziz. 1996. The effectiveness as simulations as pre
and post reading activities in a Few selected form four classes.
Latihan Ilmiah. UKM.
Jones. 1987. Simulation : A handbook for teachers and trainers.
London: Kogan Page Ltd. Jones, K. 1992. Simulations in language
teaching. Cambridge: Cambridge University Press.
Kamaruddin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abd. Aziz. 1997.
Penguasaan kemahiran menulis. Petaling Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Kamaruddin Husin. 1988. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman
Sdn. Bhd.
Kaplan A.G. dan Saccurzzo. 1972. Psychologikal testing:
principles applicatioan and Issues California Books, Coleman
Publishing Compony.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Sukatan Pelajaran Sekolah
Menengah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia, Tingkatan Dua, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Siri Panduan KBSR:
Aktiviti Bahasa. Jilid 7. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Strategi Pendidikan
Bahasa Melayu, Institut Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Koh Boh Boon. 1987. Pengajaran bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon. (ed). 1989. Perspektif-perspektif dalam pengajaran
bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laman Web http//www.IB/Com.my. 1997. Pedagogi bahasa Melayu.
Menu rujukan: Drama Dalam Pengajaran.
Loban,W.1964. The language of elementary school children.
Champaign, Illilinos.
Mohd Dahalan Moh Ramli (1990). Teknik simulasi dan main peranan
dalam penjajaran dan pembelajaan Bahasa Malaysia. Kertas kerja
KONPEN III. Institut Bahasa.
Omar Mamat. 1984. Jurnal Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur.
Institut Bahasa.
Omar Mamat. 1984. Teknik simulasi dalam proses mengajar dan
belajar bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa hlm. 18-19.
Rahmah Bujang. 1982. Drama Melayu 25 tahun. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Raja Fatimah Raja Kamarul Zaman. 1994. Teknik sumbang saran
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dlm. Strategi
Pendidikan Bahasa Melayu. Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj. Sabran et al. 1985. Kajian Bahasa. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sameon Hj. Sidek. 1990. Kesan teknik simulasi dan main peranan
dalam pengajaran karangan tingkatan dua. Satu perbandingan. Projek
Khas. Kuala Lumpur: Institut Bahasa.
Safie Hj. Damin. 1987. Satu kajian tentang kaedah pendramaan
dalam pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah menengah rendah.
Latihan Ilmiah UPM.
Salleh Mohd Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood. 1975. Prinsip
dan kaedah Pengajaran bahasa. Kelantan: Pustaka Amin Press.
Teuku Iskandar. 1989. Kamus Dewan. Kuala Lumpur.
Way Brian. 1980. Development through drama. London: Longman.
Wong Kuek Seng dan Tan Peik Lee.1994. Persepsi guru bahasa
Melayu yang baik. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Oktober Jilid
38. Bil 10.
Yahya Othman. 1997. Kesan dua pendekatan mengajar karangan
terhadap markah pencapaian karangan bentuk imaginatif: Tingkatan 1.
Projek Penyelidik UKM.
1