Top Banner

of 25

Teknik Pengutipan Dan Pengumpulan Data Kualitatif

Nov 04, 2015

Download

Documents

Rafiha Samsudin

Kualitatif
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK AWAL 2-6 TAHUN1.0 PendahuluanPerkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.2.0 Pertumbuhan FizikalPertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.2.1 Berat badanBerat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya meningkat beransur-ansur sebelum mencapai usia remaja. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.2.2 Ketinggian badanKadar penambahan ketinggian kanak-kanak yang ketika berusia 2 tahun menjadi semakin berkurang iaitu antara 11 hingga 12.5sm (4.5 hingga 5 inci) atau 24% jika dibandingkan dengan ketinggian badan ketika lahir yang bertambah ketinggian dari lahir hingga berumur 5 bulan dengan pertambahan sebanyak 30%. Namun untuk pengetahuan, kebanyakan kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian ketika dewasa kelak.Purata berat badan dan ketinggian bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki dari umur 2 tahun hingga 5 tahun:Perempuan Lelaki

UmurBerat badan (kg)Ketinggian (sm)Berat badan (kg)Ketinggian (sm)

2 tahun3 tahun4 tahun5 tahun12.3214.4516.4518.4185.2592.75101.50107.2512.5914.6416.5518.4186.0094.75101.75107.00

2.3 Kadar Pertumbuhan Fizikal :2.3.1 Lilitan KepalaPeningkatan lilitan kepala kanak-kanak berlaku 2 hingga 6 tahun selepas lahir seiring dengan perkembangan otak.Peringkat perubahan lilitan kepala mengikut perubahan umur adalah seperti berikut:0-2 tahun : Peningkatan lilitan kepala kerana perkembangan otak2 tahun : Nisbah ukuran kepala 1:5 daripada panjang tubuh3 tahun : Apabila kanak-kanak mencapai 50% daripada tinggi remaja, pertumbuhan kepalanya juga mencapai 50% daripada saiz dewasanyaApabila umur meningkat remaja, ukuran kepalanya ialah 1:10 daripada panjang tubuhnyaNamun, jika sekiranya berlaku lilitan kepala yang tidak membesar, ianya mungkin disebabkan oleh pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.2.3.2 Lilitan LenganBagi mengukur lilitan lengan, pengukuran hanya tertumpu kepada bahagian pertengahan lengan atas sahaja. Ukuran mesti dilakukan dengan menggunakan pita ukur jenis kain atau plastik. Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesat pada awal kelahiran iaitu dengan lilitan lengan yang berukuran daripada 11sm kepada 16sm. Namun, kadar lilitan ini kekal pada nilai yang sama antara 16sm hingga 17sm walaupun umur bayi meningkat dari 1 tahun hingga 5 tahun. Kadar perubahan fizikal ini juga bergantung kepada kesihatan yang baik dan penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Ukuran lilitan lengan yang menandakan taraf kekurangan zat pemakanan yang sederhana adalah antara 12.5sm hingga 13.5sm. Manakala, nilai yang kurang daripada 80% jangkaannormaliaitu 12.5sm, menunjukkan taraf kekurangan zat pemakanan teruk.2.4 Nisbah Badan : KakiNisbah badan : kaki adalah perbandingan pertumbuhan fizikal antara kaki dengan badan kanak-kanak. Nisbah ini berubah mengikut tempoh perkembangannya yang tertentu. Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh adalah seperti yang berikut :Tempoh pralahir 1:4Lahir 1:3Dewasa 1:2Ini jelas menunjukkan bahawa pada peringkat awal bayi, saiz kaki lebih pendek berbanding badan. Walaupun begitu, keadaan ini berubah menjadi semakin seimbang dengan badan apabila kanak-kanak membesar.2.5 Kandungan Lemak BadanLemak badan mula meningkat pada minggu terakhir sebelum kelahiran dan terus bertambah selepas kelahiran. Seterusnya keadaan tersebut memuncak pada usia 9 bulan. Namun, kanak-kanak akan berubah menjadi kurus pada usia 1 tahun hingga pertengahan awal kanak-kanak kerana lemak dalam badannya semakin berkurangan. Lemak badan lebih banyak terdapat pada bayi perempuan berbanding bayi lelaki pada waktu lahir. Selain itu, otot akan bertambah secara perlahan pada peringkat bayi dan kanak-kanak dan bertambah dengan pesat pada peringkat remaja. Jenis bentuk badan manusia dari peringkat kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan kandungan lemak badan dan otot iaitu :Ektomorf : saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi ; kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjangMesomorf : tubuh badan pejal dan berisi ; penambahan otot, berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umurEndomorf : tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak2.6 Pertumbuhan GigiDari segi pertumbuhan gigi pula perlu diketahui bahawa manusia mempunyai 2 set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Set pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai gigi susu atau gigi sementara atau gigi bayi. Gigi ini gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi kekal atau gigi dewasa yang berjumlah 32 batang. Bayi semestinya dilahirkan tanpa gigi. Gigi kacip (gigi depan dan tengah gigi) mempunyai ciri sebagai gigi sulung yang berfungsi untuk memotong. Ianya muncul dalam jangka masa usia 6 hingga 12 bulan. Pada masa ini kelenjar air liur mula mengeluarkan air liur yang banyak. Terdapat juga sesetengah bayi yang mengalami demam sebelum tumbuh gigi. Gigi susu pula muncul apabila bayi baru mula memakan makanan separuh pejal. Ianya adalah untuk membantu bayi belajar mengunyah.Jadual pertumbuhan gigi adalah seperti berikut :Gigi kacip tumbuh dalam jangka masa umur 6 hingga 12 bulanGigi geraham pertama tumbuh dalam jangka masa umur 12 hingga 16 bulanGigi taring tumbuh dalam jangka masa umur 16-20 bulanGigi susu mula tanggal ketika kanak-kanak berumur 7 tahun. Pertukaran dari gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanakNamun, apabila mencapai peringkat akhir tatih, maka, jumlah gigi susu yang lengkap tumbuh sebanyak 20 batang, iaitu 10 batang di rahang atas dan 10 batang di bahagian bawah. Dan kemudiannya, gigi susu akan mula tanggal ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun. Ia akan mengambil masa yang lama untuk menukarkan gigi susu kepada gigi kekal iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira 12 tahun.2.7 Rangka TulangPertumbuhan rangka tulang berlaku dalam 3 cara iaitu:Pertambahan Saiz TulangPertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lenganTulang akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanak-kanakPembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti pembesaran pinggul, dada, bahu, dan akhir sekali badanPertumbuhan khas iaitu epifisis, yang merupakan bahagian lembut pada hujung tulang , mula muncul sebelum bayi dilahirkanEpifisis membenarkan tulang tumbuh dan bertambah panjangApabila tulang mencapai peringkat matang, epifisis menjadi semakin nipis dan terus hilang dan tulang tidak akan bertambah panjang lagi dan kanak-kanak tersebut telah mencapai ketinggian yang maksimum (Malina & Bouchard, 1991)Tulang Mengeras (Osifikasi)Bagi bayi, sesetengah tulang masih rawan dan semua tulangnya lebih lembut, dengan kandungan air yang lebih tinggiKetika berlaku pengerasan, tulang kalsium akan menggantikan tulang lembut kepada tulang kerasOsifikasi bermula sebelum lahir dan berterusan sehingga bayi matangOsifikasi rangka amat memerlukan zat pemakanan seperti kalsium, fosforus, dan vitamin yang mencukupiBentuk tulang belakang mesti berubah dengan baik untuk membolehkan kita berdiri di atas dua belah kakiSemasa di dalam uterus, tulang belakang berbentuk huruf cSelepas kelahiran, kanak-kanak mula bernafas, mengangkat kepala, berbaring di atas permukaan rata, tulang belakang menjadi rataTulang belakang mula membentuk seperti huruf s sebagaimana bayi belajar duduk, berdiri dan mula berjalanTulang pada tangan, pergelangan tangan dan kepala mengeras lebihJumlah TulangBahagian tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan kaki (yang memerlukan banyak pergerakan halus) merupakan bahagian badan yang mengalami pertambahan dalam jumlah tulang yang paling besarPada umur 1 tahun hanya terdapat 3 tulang di bahagian pergelangan tangan daripada 9 apabila menjadi dewasaBahagian lain seperti tengkorak pula, akan mengalami pengurangan dalam bilangan tulangBayi mempunyai beberapa tulang yang dipisahkan oleh ruang yang dinamakan fontanel atau ubun-ubun di bahagian tengkorakFontanel merupakan bahagian lembut pada bahagian kepala, yang diliputi oleh lapisan yang berserabut2.8 Pengkhususan Oleh : Kawalan Tangan atau KirioKorteks serebral merupakan bahagian terbesar dalam otak manusia, iaitu lingkungan 85% daripada berat otak dan bertanggungjawab pada kecerdasan unik spesies manusiaoKorteks serebral adalah bahagian otak terakhir berhenti tahap perkembangannyaoDua hemisfera korteks serebral :-Hemisfera otak kiri yang merupakan bahagian yang mengawal kebolehan verbal seperti bahasa oral dan tulisan dan mengawal emosi positif seperti keriangan-Hemisfera otak kanan pula merupakan bahagian yang mengawal kebolehan spatial iaitu hal jangkaan jarak, bacaan peta, pengesanan bentuk geometrik dan kawalan emosi negatif seperti kesedihan dan kemurungan.3.0 Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Motor HalusPerkembangan motor kasar dan halus merangkumi kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi pergerakan kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan (Hopkins & Butterworth, 1997; Thelen & Smith, 1998).3.1 Kemahiran Motor KasarKemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Contohnya, berjalan, berdiri, merangkak dan sebagainya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.3.2 Kemahiran Motor HalusKemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Contohnya, menggunting, menggentel, memicit, memegang dan lain-lain pergerakan yang melibatkan jari. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir. Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka :UmurPerkembangan Fizikal

2 tahunPerkembangan motor kasar-Berjalan dengan mahir ; mula berlari.-Naik turun tangga-Menaiki kereta atau basikal tolak-Melompat dan berlari berulang alik-Menunjukkan tahap aktiviti paling tinggiPerkembangan motor halus-Dapat mengezip zip yang besar-Menggunakan sudu dengan berkesan-Membuka pintu dengan memusing knob/pintu-Menangkap bola besar-Melukis dengan krayon bentuk lurus-Melukis orang yang tidak lengkap, misalnya mata dan mulut yang di luar dari kepala atau bentuk yang mewakili (contoh : titik di atas kertas mewakili arnab yang sedang melompat)-Suka menconteng mendiskriminasi objek objek tetapi tidak pandai melukis objek

3 tahunPerkembangan motor kasar-Berlari dengan laju tanpa jatuh-Berjalan di atas beam balance-Menendang bola-Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan-Berjalan dalam garis lurus-Berlari dengan lebih lancar-Lompat dan loncat dengan sebelah kaki-Menunggang basikal roda tiga-Naik turun tangga-Menaiki alat memanjat-Meloncat di atas dua belah kaki-Bergayut dan bergerak di atas monkey bar-Meloncat pada sebelah kaki 7-9 kali dengan laju dan terkawal-Melompat dengan menggunakan kaki secara berselang-seli-Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh.Perkembangan motor halus-Dapat mengezip zip yang besar-Menggunakan sudu dengan berkesan-Membuka pintu dengan memusing knob/pintu-Mengancing dan menanggalkan butang yang besar-Makan sendiri tanpa bantuan-Menggunting kertas dengan gunting-Melukis garis lurus dan bentuk bulat-Menangkap bola besar-Melukis dengan krayon bentuk lurus-Melukis orang yang tidak lengkap, misalnya mata dan mulut yang di luar dari kepala atau bentuk yang mewakili (contoh : titik di atas kertas mewakili arnab yang sedang melompat)-Membaling bola sambil bergerak-Menyambut bola dengan tangan (atau menangkap bola dengan bantuan dada)-Menyesuaikan gerak badan semasa membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil-Memegang krayon kecil-Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya, dalam bentuk berudu (tadpole figures)

4 tahunPerkembangan motor kasar-Berlari dengan laju tanpa jatuh-Berjalan di atas beam balance-Menendang bola-Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan-Berjalan dalam garis lurus-Berlari dengan lebih lancar-Lompat dan loncat dengan sebelah kaki-Menunggang basikal roda tiga-Menaiki alat memanjat-Meloncat di atas dua belah kaki-Bergayut dan bergerak di atas monkey bar-Meloncat pada sebelah kaki 7-9 kali dengan laju dan terkawal-Melompat dengan menggunakan kaki secara berselang-seli-Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh.Perkembangan motor halus-Mengancing dan menanggalkan butang yang besar-Makan sendiri tanpa bantuan-Menggunting kertas dengan gunting-Melukis garis lurus dan bentuk bulat-Menukar baju tanpa bantuan-Menggunakan garpu dengan berkesan-Menggunting mengikut garis-Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf-Membaling bola sambil bergerak-Menyambut bola dengan tangan (atau menangkap bola dengan bantuan dada)-Menyesuaikan gerak badan semasa membaling, melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil-Memegang krayon kecil-Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya, dalam bentuk berudu (tadpole figures)

5 tahunPerkembangan motor kasar-Berlari dengan laju tanpa jatuh-Berjalan di atas beam balance-Menendang bola-Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan-Berjalan dalam garis lurus-Berlari dengan lebih lancar-Lompat dan loncat dengan sebelah kaki-Berlari sambil menendang bola-Menyesuaikan badan semasa menyambut bola-Menunggang basikal roda tiga-Menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju-Menunggang basikal dua rodaPerkembangan motor halus-Menukar baju tanpa bantuan-Menggunakan garpu dengan berkesan-Menggunting mengikut garis-Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf-Mahir memakai baju sendiri-Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut-Melukis orang dengan 6 bahagian-Menulis perkataan yang ringkas-Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)-Meniru lukisan segi empat-Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistik-Dapat menulis huruf-huruf seperti o-Dapat mewarna dalam garisan-Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah-Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

6 tahunPerkembangan motor kasar-Berlari sambil menendang bola-Menyesuaikan badan semasa menyambut bola-Menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju-Menunggang basikal dua rodaPerkembangan motor halus-Mahir memakai baju sendiri-Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut-Melukis orang dengan 6 bahagian-Menulis perkataan yang ringkas-Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-ubah)-Meniru lukisan segi empat-Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistik-Dapat menulis huruf-huruf seperti o-Dapat mewarna dalam garisan-Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah-Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

4.0 RumusanKesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan perkembangan otak seorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi. Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dan kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .PertumbuhanPertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi.

1. Perkembangan FizikalPerubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.

2. Perkembangan BahasaPerubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.

3. Perkembangan KognitifKeupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.

4. Perkembangan Sosio-EmosiKeupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0PENDAHULUAN

Peristiwa ketika kanak-kanak dan aliran perkembangan pada tahun-tahun yang awal memberikan kesan yang banyak terhadap masa depan kanak-kanak. Guru, tidak kira berapa umur murid-muridnya, akan mendapat faedah sekiranya dia mengkaji kanak-kanak itu pada peringkat formatifnya. Pertama, dia harus berbuat demikian kerana dia akan memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan yang akan datang. Kedua, guru akan hanya dapat memahami seseoarang itu dengan lebih sekiranya dia mengetahui apa yang berlaku sebelumnya dan akhir sekali kerana guru akan pasti bekerja dengan kanak-kanak yang telah terjejas perkembangan awal mereka dan mereka akan memerlukan bantuan mahir dan bimbingan untuk mengatasi masalah mereka.

Zaman kanak-kanak boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu peringkat bayi merah atau neonatal, bayi, peringkat prasekolah, pertengahan kanak-kanak dan praremaja yang sememangnya membawa kepada remaja. Dalam tugasan ini, pengenalan konsep asas kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan dibincangkan. Selain itu, tugasan ini juga akan menghuraikan pengertian pertumbuhan dan perkembangan serta ciri-cirinya. Kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhinya juga turut dihuraikan dalam tugasan ini.2.0 KONSEP ASAS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGANPertumbuhan dan perkembangan merupakan dua faktor asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan mengenai kedua-dua faktor ini adalah asas kepada penentuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua pelajar dalam pelbagai peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. Di samping seseorang murid yang membesar itu dibimbing melalui proses pembelajaran, ciri-ciri tingkah laku tadi akhirnya menjadi tingkah laku yang menjadikan orang itu sama dengan atau berlainan daripada orang lain.Pada masa silam, ramai ahli psikologi telah mempercayai bahawa baka dan alam sekitar itu merupakan faktor yang berasingan, di mana tiap-tiap satunya mempengaruhi personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk mencapai sesuatu dengan caranya tersendiri. Pada masa kini, kita semakin sedar bahawa apa yang difikirkan, dibuat atau dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanak-kanak, seorang remaja atau seorang dewasa dalam hasil dari saling hubungan yang wujud di antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar.Menurut Crow dan Crow (1983), pertumbuhan merupakan satu kejadian semula jadi manakala arah yang diambil oleh pertumbuhan hasil dari faktor luaran dikatakan sebagai perkembangan. Ini bermakna, pertumbuhan adalah satu proses semula jadi dan perkembangan pula sebagai hasil dari pengaruh keadaan alam sekitar ke atas kanak-kanak semasa ia membesar. Jelaslah bahawa pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang penting kepada individu. Beberapa fakta asas yang telah didapati dan ditafsirkan secara saintifik mengenai pertumbuhan dan perkembangan perlu diketahui dan difahami oleh sesiapa sahaja yang merancang hendak memasuki profesion perguruan.2.1 PENGERTIAN PERTUMBUHANPertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai atau diukur dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain. Ia sebenarnya merupakan suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif, iaitu pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. Contoh yang paling nyata ialah perubahan sifat-sifat jasmani seperti saiz, tinggi dan berat badan. Pertumbuhan melibatkan perubahan-perubahan dari aspek fizikal serta mental dan akan mencapai puncaknya sebaik sahaja seseorang individu itu mencapai kematangan. Dalam kehidupan seseorang, terdapat perubahan yang progresif pada struktur tulang, otot, saraf dan kelenjar. Proses pertumbuhan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.Karl Garrison berpendapat bahawa pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan, iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula, pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat kepada peringkat yang lain. Kuantiti perubahan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat ke atas organisma hidup dari semasa ke semasa. Proses pertumbuhan sesuatu organisma itu sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh keturunan. sebagai contoh, ibu bapa yang besar struktur badan biasanya akan mendapat anak-anak yang berstruktur badan besar juga.

2.2 CIRI-CIRI PERTUMBUHANPertumbuhan manusia menonjolkan beberapa ciri yang nyata. Di antara ciri-ciri pertumbuhan yang utama adalah seperti berikut : a)Pertumbuhan ialah suatu proses yang lengkap dan sempurna.Fenomena pertumbuhan adalah sesuatu keadaan yang bersifat berterusan dan kuantitatif. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam proses pertumbuhan ini dapat diukur dan dilihat dengan nyata.

b)Pertumbuhan manusia mengikut corak tertentu iaitu berdasarkan proses kematangan yang dialami.Contohnya, apabila seorang bayi dilahirkan, ia tidak boleh duduk. Apabila kematangannya telah tercapai pada bulan yang ketujuh, bayi itu berkeupayaan untuk duduk.c c)Struktur mendahului fungsiStruktur sesuatu kumpulan otot akan menjadi lengkap sebelum digunakan dengan sepenuhnya. Sebagai contoh yang sama, bayi yang berumur tujuh bulan tadi, sudah mempunyai otot-otot yang kuat yang membolehkannya duduk selesa.d) Pertumbuhan manusia mempunyai arah tertentu.Arah pertumbuhan ini biasanya berdasarkan kepada satu urutan perkembangan umum dan sifat khusus untuk sistem tubuh badan. Contohnya, kanak-kanak akan menjalani sendiri latihan merangkak sebelum ia boleh berjalan. e)Setiap kanak-kanak melalui peringkat pertumbuhan yang sama tetapi pada kadar yang berlainan.Pada dasarnya, corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada dasarnya adalah sama.

f)Pertumbuhan juga ditentukan oleh baka.Contohnya, tinggi seseorang individu adalah ditentukan oleh bakanya. Walaupun makanan yang dimakan adalah baik dan seimbang, tetapi tinggi seseorang itu tidak dapat ditingkatkan lagi.

h)Kita dapat melihatpertumbuhan pada kanak-kanak melalui pembesaran saiz fizikalnya.Graf 2.2 menunjukkan perubahan tinggi dan berat mebgikut umur dan Rajah 2.2 pula menunjukkan perubahan pertumbuhan tubuh manusia lelaki dan perempuan mengikut peringkat umur tertentu.

Graf 2.2: Perubahan tinggi dan berat mengikut umur

Rajah 2.2: Perubahan pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia lelaki dan perempuan mengikut umur2.3 PENGERTIAN PERKEMBANGANPerkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan kualitatif ini walaupun tidak dapat diukur tetapi jelas menunjukkan ciri yang berbeza daripada peringkat perkembangan yang lebih awal. Sebagai contoh, bayi yang baru lahir hanya menangis untuk menyuarakan kelaparannya. Apabila ia berumur tiga tahun pula, kanak-kanak itu berupaya menggunakan beberapa perkataan untuk membawa maksud makanan. Jelas bahawa kanak-kanak itu tadi telah mengalami perkembangan.Karl Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan itu adalah hasil daripada tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi. Secara ringkasnya, perkembangan bolehlah disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kuantitatif dan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.Secara keseluruhannya, perkembangan dapat dirumuskan sebagai satu proses di mana individu itu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ternyata perubahan telah berlaku dengan mekihat kepada sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Ia berbeza dengan pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawakan sesuatu organisma itu ke peringkat matang, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan.2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN a)Perkembangan fizikal adalah berperaturan dan dapat diramal,baik di dalam peringkat sebelum lahir mahupun pada peringkat sesudah dilahirkan. Ia mempunyai tiga arah tertentu. Arah pertama adalah dari kepala ke kaki yang dikenali sebagai perkembangan cephalocaudal. Perkembangan ini berlaku pada peringkat awal umur bayi selepas ia dilahirkan. Ia berlaku terlebih dahulu di bahagian kepala dan menyusur ke bahagian belakang tubuh sehingga ke kaki. Arah kedua adalah dari tengah tubuh ke tepi yang dikenali sebagai perkembangan proximodistal. Perkembangan ini berlaku semasa bayi berada di dalam kandungan ibu. Ia mula di bahagian tengah tubuh, membesar ke bahagian luar dan ke penghujung anggota. Dalam masa yang sama ia menjadi memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Arah perkembangan yang ketiga ialah mass to specific. Ia berlaku secara menyeluruh iaitu dari arah yang tidak menetu ke arah yang tertentu. Arah perkembangan ini berlaku pada peringkat bayi sahaja di mana sesetengahnya di dalam sesuatu tindakan.

Rajah 2.3: Arahan pertumbuhan dan perkembangan fizikalb)Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang samaiaitu daripada satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula menyebut sesuatu perkataan dengan ringkas sebelum boleh menyebut perkataan tersebut dengan tepat.

c)Perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat bayi, peringkat kanak-kanak, peringkat pertengahan kanak-kanak, peringkat awal remaja, peringkat remaja dan sehinggalah peringkat dewasa. d)Proses perkembangan bersifat berterusan, bermulanya dari kejadian bayi dalam kandungan sehinggalah ke ajhir hayat iaitu melebihi had kematangan.Bagaimanapun, kadar perkembangan kanak-kanak mungkin tidak sama seperti kadar perkembangan orang dewasa. e)Perkembangan banyak mempengaruhi oleh faktor-faktor baka dan juga persekitaran.Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu tidak bersarapan pagi semasa hendak ke sekolah akan menyebabkan tahap perkembangan mental, emosi serta sosial akan terjejas. Selain faktor makanan, faktor ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak.f f)Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.Perkembangan intelektual kanak-kanak adalah pada kadar yang lebih cepat jika dibandingkan dengan perkembangan fizikal. g)Perkembangan bahagian-bahagian anggota tubuh adalah organisma antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan organisma. Ia berlaku secara serentak dan seimbang.3.0 KOMPONEN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAKKonsep tumbesaran dan perkembangan boleh dikaji daripada seorang kanak-kanak yang membesar secara fizikal yang juga akan membina kualiti kelakuan dan personalitinya. Ini dapat dikategorikan kepada empat komponen, iaitu : a) Perkembangan FizikalIni merujuk kepada tumbesaran saiz badan dan organ-organ fungsi sistem fizikal dan kordinasi kemahiran motor yang halus dan kompleks. Seseorang individu membesar dari keadaan bayi hingga ke keadaan saiz dewasa sebelum mengecut kembali apabila badan mula nelalui proses penuaan.

b)Perkembangan KognitifIni merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku semasa otak manusia berfungsi. Ini termasuklah persepsi, pembentukan konsep, pemerolehan bahasa, daya ingatan, kebolehan ruang dan kebolehan matematik. Lain-lain aspek perkembangan kognitif ialah kebolehan penghujahan, penaakulan secara rasional untuk penggunaan dalam penyelesaian masalah-masalah logik.

c) Perkembangan Afektif dan PsikologiIni merujuk kepada perkembangan perasan, emosi dan kelakuan individu. Ia melibatkan kebolehan untuk mengetahui diri sendiri dan kebolehan untuk mengurus emosi serta ketrampilan diri. d)Perkembangan SosialIa merujuk kepada kebolehan individu untuk menjalin hubungan dengan orang lain, membentuk persahabatan dan ikatan. Ia melibatkan perubahan-perubahan dan perkembangan yang berlaku pada personaliti dan kemahiran berhubung sesama manusia supaya individu dapat menyesuaikan dan menerima persekitaran sosial di sekelilingnya.

Pemahaman yang jelas tentang definisi tumbesaran dan perkembangan akan membantu guru-guru menyumbang secara positif kepada kemajuan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Dua faktor utama yang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan adalah keturunan dan persekitaran. Faktor-faktor tersebut diistilahkan sebagai faktor semula jadi dan pemeliharaan. Kedua-duanya iaitu keturunan dan persekitaran adalah penting dalam tumbesaran dan perkembangan seseorang individu. Adalah sukar untuk menentukan yang manakah lebih berpengaruh dan ini terus diperdebatkan ahli-ahli sarjana dan cendekiawan hingga ke hari ini.Faktor keturunanmerupakan faktor semula jadi yang merangkumi pengaruh baka, perbezaan individu, perbezaan mental dan perbezaan emosi.Pengaruh baka(genetik)dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Selain itu,perbezaan setiap individu,kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu dan bapa.Perbezaan mental (kognitif) pula menurut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheild (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Manakala,perbezaan emosiseseorang individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ibu bapanya mempunyai sikap yang pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Faktor kedua pula dalahfaktor persekitaranyang merupakan faktor pemeliharaan di mana selain daripada keluarga, faktor rakan sebaya, jiran, guru sekolah, atau kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangannya.Keluargaadalahinstitusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu. Selain itu,guru dan sekolahturut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab. Tambahan lagi,kebudayaan dan kepercayaan masyarakatyang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan.Sehubungan dengan itu, murid-murid hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Bagi murid yang lemah mereka hendaklah diberi pendidikan pemulihan, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.5.0 KESIMPULANZaman kanak-kanak merupakan suatu zaman pertumbuhan dan pembelajaran yang cepat. Dalam beberapa tahun sahaja seseorang individu itu membentuk satu set tingkah laku yang paling kompleks. Dia belajar bercakap, membaca, menulis, bekerjasama, dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah dan membuat beribu penyesuaian lain kepada masyarakatnya sendiri. Sememangnya tidak semua kanak-kanak sama kejayaanya dalam menguasai tugas-tugas perkembangan yang diharapkan. Ada kanak-kanak maju dengan cepat dalam sesetengah bidang tetapi lambat dalam bidang yang lain. Guru yang bijak akan menyedari bahawa kanak-kanak biasa tidak sama dari segi kebolehannya dan akan berikhtiar untuk mengubah aktiviti-aktiviti pengajaran bukan hanya kepada setiap kanak-kanak tetapi juga kepada beberapa perkembangannya.Dari sudut pandangan pendidikan, tidak ada masa yang lebih penting dalam kehidupan seseorang selain zaman kanak-kanak. Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada peringkat ini haruslah memahami kanak-kanak akan keperluan asas mereka, masalah mereka serta kuasa yang mengubah dan menghasilkan perubahan tingkah laku. Pernyataan yang menyatakan bahawa kanak-kanak ialah bapa kepada manusia mempunyai keesahan psikologi. Corak pertumbuhan, pembelajaran dan penyesuaian yang ditetapkan pada masa kanak-kanak menjangkau ke masa hadapan dan mempengaruhi aliran hidup.