Isi Kandungan 1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial 1.1 Dialek Daerah 1.2 Dialek Sosial 2.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia 3.0 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku 4.0 Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu 5.0 Transkripsi Bahan Rakaman 6.0 Transkripsi Dialek Kelantan 7.0 Transkripsi Bahasa Baku 8.0 Refleksi Kendiri 9.0 Lampiran 10.0 Bibliografi
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial
1.1 Dialek Daerah
1.2 Dialek Sosial
2.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia
3.0 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku
4.0 Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu
5.0 Transkripsi Bahan Rakaman
6.0 Transkripsi Dialek Kelantan
7.0 Transkripsi Bahasa Baku
8.0 Refleksi Kendiri
9.0 Lampiran
10.0 Bibliografi
1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial
Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan
oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah komuniti bahasa. Dialek memiliki
bentuk yang tertentu, serta dituturkan dalam sesuatu kawasan yang tertentu atau
dalam suatu kumpulan penutur yang tertentu. Keadaannya seakan berbeza
daripada bentuk bahasa yang standart dari segi sebutan, perbendaharaan kata
dan tatabahasa. Walaupunbegitu, perbezaan itu tidak besar sehingga ia boleh
dianggap sebagai suatu bahasa.
Dialek terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dialek daerah dan dialek
sosial. Halliday(1968) telah menjelaskan bahawa jenis bahasa berdasarkan dua
aspek, iaitu aspek penggunaandan pengguna. Pendekatan yang dilakukan
dengan menekankan penggunaan, lebih dikenali dengan sifat sosial manakala
pendekatan yang mementingkan pengguna dikatakan berdasarkan daerah
tertentu. Melalui pendekatan yang dilakukan ini, Halliday telah menghasilkan dua
bahagian atau jenis bahasa, iaitu dialek bagi pendekatan daerah dan laras atau
dialek sosial bagi pendekatan yang memiliki sifat sosial. Rajah 1 di bawh akan
menjelaskan kenyataan ini:
Rajah 1
Bahasa
Pengguna (dialek *berdasarkan
daerah*)
Penggunaan (laras/dialek
sosial*berdasarkan fakta sosial*)
1.1 Dialek Daerah
Perbezan dapat dilihat melalui satu dialek dengan dialek yang lain. Dalam
satu daerah yang luas, pendekatan dialek-dialek ini biasanya memiliki lebih
banyak persamaannya daripada yang terletak berjauhan. Dapat dilihat juga
perbezaan yang besar sehingga sukar bagi penutur untuk memahami
sesuatu dialek yang dituturkan antara satu sama lain, terutamanya bagi
dialek Kelantan dan Johor.
Perbezaan dialek ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang
wujud iaitu keadaan geografi, persekitaran pergaulan, dan faktor politik.
Faktor keadaan geografi dapat didefinisikan sebagai sesuatu selaan yang
mengganggu suatu dialek. Selaan yang dikatakan membawa maksud ciri-ciri
fotografi seperti prairan, bukit, gunung dan sebagainya. Bagi kawasan
Semenanjung Malaysia merupakan kawasan bahasa Melayu yang pada
amnya memperlihatkan kawasan-kawasan dialek Mleayu yang saling
berkatan antara satu sama lain. Terdapat juga pada tempat-tempat tertentu
yang memiliki kawasan selaan yang ditempati oleh bahasa-bahasa orang asli
dan ini kebanyakkannya terdapat dala kwasan pedalaman.
Manakala melalui faktor persekitaran pergaulan pula, mungkin seseorang
itu memiliki asas yang berbeza dengan dialek pertuturan di persekitaran
geografinya kerana ia ditentukan oleh faktor pergaulan sahaja. Contohnya,
dapat dilihat apabila seseorang itu menuturkan dialek Kelantan dan bukan
dialek Kedah yang menjadi dialek asas penutur itu disebabkan oleh
persekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Bagi faktor politik pula ia telah
membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik kepada yang lebih
kecil sehingga terjadinya negeri Terengganu, Johor, Kelantan, Pahang,
Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan, dan Melaka.
Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya
pertumbuhan dialek-dialek tempatan.
Kewujudan dialek-dialek tempatan di kawasan Semenanjung Malaysia
sebenarnya merupakan kepelbagaian daripada bahasa Melayu. Malah,
dalam satu-satu dialek tempatan, sebenarnya ia memiliki ideolak, iaitu
kelainan dari segi pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan
kelainan stilistik. Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan konteks.
Kesemua kelainan yang berlaku ini disebiut dialek tetapi penuturnya masih
dapat memahami pertuturan yang berlaku antara satu sama lain.
1.2 Dialek Sosial
Dialek sosial juga disebut sebagai “register” atau “laras bahasa”, iaitu
variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. Variasi-
variasi yang dipilih dalam laras bahasa digunakan di dalam situasi-situasi
tertentu dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa aspek yang
mempengaruhi pemilihan dan penggunaan sesuatu dilek sosial iaitu hubungan
sosial dan peribadi, gangguan, latar belakang keluarga dan tempat tinggal,
fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa, bahan yang diperkatakan, aspek-aspek
linguistik, taraf pendidikan, kedudukan sosial, cara penyampaian,dan sikap
penutur.
2.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia
2.1 Latar Belakang
Bahasa Melayu baku merupakan bahasa Melayu yang sempurna dari
segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu betul tatabahasnya, betul
ejaannya, betul istilahnya, penggunaan katanya, sebutannya dan bahasanya.
Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa
Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku
bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,
khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut :
i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1998.
ii. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1994.
iii. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1991.
Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi
salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu yang telah termaktub
dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978; Pindaan
dan Peluasan 1995). Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai
tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu “ untuk
membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebagsaan;”
2.2 Matlamat Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu.
Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan
penyeragaman. Secara khususnya, ia bertujuan :
i. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di
kalangan semua pengguna bahasa Melayu.
ii. Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu,
iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar
dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa,
sistem ejaan dan kosa kata.
iii. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa
Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi.
iv. Secara khususnya, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta
menghindarkan penggunaa dialek setempat dalam pembelajaran
dan pengajaran di peringkat sekolah.
2.3 Masalah Sebutan
Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Oleh
itu, perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas
memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain. Beberapa kegiatan yang
diperturunkan adalah :
i. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan
bahasa Melayu yang diadakan sejak tahun 1980-an lagi.
Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987.
ii. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa
Melayu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal antara DBP
dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, PLM, Kementerian
Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun
1987.
iii. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan
bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981.
iv. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik
Malaysia dan DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia serta
pakar-pakar bahasa.
Penggunaan sebutan baku di sector pendidikan di Malaysia telah
dilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. Ia dilaksanakan berdasarkan