SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU. Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU Huruf Simbol bunyi a [a] e (pepet) [e] e taling [ə] i [i] o [i] SIMBOL FONOLOGI V okal K onsonan D iftong K onsonan gandingan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur
sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam
bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini
tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.
SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU
Huruf Simbol bunyi
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
SIMBOL FONOLOGI
Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan
SIMBOL KONSONAN BAHASA MELAYU
Huruf Simbol bunyi
b [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
k [k], [/], [Q]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
SIMBOL DIFTONG BAHASA MELAYU
Huruf Gabungan Vokal Simbol bunyi
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
SIMBOL KONSONAN GANDINGAN BAHASA MELAYU
Konsonan Rangkap Simbol bunyi
gh [ ]
ny [ ɲ ]
ng [ ŋ ]
sy [ ∫ ]
th [ ]
dz [ ð ]
akh [ x ]
Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi
yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa
Melayu.
ARTIKULASI TAMBAHAN
Artikulasi tambahan atau ko-artikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat
daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu
bunyi tertentu terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam
proses penyebutan sesuatu bunyi tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat
misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan seumpamanya sehingga
berlakunya artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyegauan, penglelangit-
kerasan dan perengkungan.
Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan
pengaruh-mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu
seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini
disebut sebagai “artikulasi tambahan”.
ARTIKULASI TAMBAHAN
Pembibiran
Penyengauan
PenglelangitkerasanPerengkungan
Glotalisasi
Pembibiran
Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh
bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah
mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar.
Pembibiran atau dikenali sebgai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang
berlaku kerana semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya semasa
kita menyebut bunyi perkataan kuning. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut
bunyi konsonan k yang diikuti oleh vokal belakang u dalam perkataan kuning itu
berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi
vokal belakang u dalam perkataan kuning itu.
Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam
contoh berikut:
kʷucing
kʷuning
lʷubang
sʷulit
tʷolak
Penyengauan ( nasalisasi)
Unsur bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi
konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian
vokal-vokal sengau.
Penyegauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku
pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi
konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengan, misalnya
m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk, pengaruh bunyi
sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak
sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan
tersebut.
Lambang penyegauan atau nasalisasi ditanda dengan lambang seperti dalam
perkataan yang berikut:
makan
nangka
nyanyi
mengantuk
Pelelangitkerasan (palatalisasi)
Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal
rangkap [ai], [iu], [io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut
berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang
mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh
konsonan letusan.
Contoh : kencang, anjing dan anjung.
Penglelangitkerasan atau palatalisasi juga merupakan artikulasi tambahan
yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangit kerasan ini
terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras c dan j dan lambang yang digunakan
untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang
punca
manja
belanja
senja
belunjur
Perengkungan
Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan
bunyi rengkungan. Bunyi seperti ini banyak terdapat dalam bahasa Arab. Simbul
yang digunakan bagi melambangkan bunyi perengkungan ialah seperti yang terdapat
pada fonem yang berikut:
t
z
d
Glotalisasi
Glotalisasi merupakan cirri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi
vokal. Glatalisasi biasanya berlakju pada awal bunyi vokal yang hadir pada
perkataan yang disebut secara satu-satu. Sebelum bunyi vokal itu dilafazkan, alat
artikulasi mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut, dan ini
mengakibatkan udara terhenti sebentar pada glottis semasa menyebut bunyi vokal
dalam perkataan itu.
Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan
dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara
kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu
menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan
serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya.
.
Misalnya :
ʔadek, ʔabang, ʔalat
Contoh : taat, saat, jumaat, keadaan dan suun
FONEM
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi.
Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan,
2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-
fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan
sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu
dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif
daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada
konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada
satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem
daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila
kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula
membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem
tadi.
Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf
p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan
dua huruf, seperti fonem yang diberi lambang huruf ng. Ini
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali
konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka
huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63).
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis
segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24
fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras
fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah
perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara
fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral
atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem
konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/,, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula
ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,/j/, /m/, /n/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/.
Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter
Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.
FONEM SEGMENTAL
Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit
linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis
kewujudannya.
FONEM SEGMENTAL
VOKAL
KONSONANDIFTONG
FONEM
SEGMENTAL SUPRASEGMENTAL
Fonem vokal
Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu dapat dijadualkan dalam rajah berikut.
Ada tiga vokal depan, dua vokal belakang dan satu vokal tengah.
Semua fonem vokal dalam bahasa Melayu menjadi sengau apabila didahului
oleh konsonan sengau. Vokal yang disengaukan ini tidak berkontras dengan vokal
yang tidak disengaukan. Oleh itu yang demikian, vokal sengau hanya menjadi alofon
kepada fonem vokal yang tidak disengaukan.
FONEM VOKAL
VOKAL DEPAN VOKAL TENGAH VOKAL BELAKANG
Carta Fonem Vokal
Bahagian lidah
Cara sebutan
Depan Tengah Belakang
Hadapan Sempit atau Tinggi i
Hadapan Separuh Sempit
atau Separuh Tinggi
e
Hadapan Separuh Luas atau
Separuh Rendah
ε
Hadapan Luas atau Rendah A
Belakang Sempit atau
Tinggi
U
Belakang Separuh Sempit O
Belakang Separuh Luas atau
Separuh Rendah
כ
Bahagian tengah e
a) Vokal depan
Ada tiga fonem vokal depan / i, e, a /. Contohnya:
/i/: /itu/ ‘itu’, /kita/ ‘kita’, /laki/ ‘laki’
/e/: /eloʔ/ ‘elok’, /beta/ ‘beta’, /sate/ ‘sate’
/a/: /aku/ ‘aku’, /batu/ ‘batu’, /kita/ ‘kita’
Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam pasangan terkecil.