TAJUK 7 MENTAKSIR MATEMATIK 7.0 SINOPSIS Guru harus menyedari tentang kepentingan murid-murid pendidikan khas mempunyai pemikiran matematik kerana ianya tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan kita sendiri. Tujuan utama pentaksiran matematik dilakukan di dalam bilik darjah adalah untuk mengumpul maklumat bagi memudahkan proses membuat sesuatu keputusan. Di antara kepentingan pentaksiran matematik adalah, seseorang guru boleh mengetahui tentang kesilapan pengajaran yang lepas yang boleh mempengaruhi kefahaman murid dalam sesuatu topik matematik. Oleh itu, satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran sejajar dengan keperluan pelajar. Maklumat pentaksiran dapat dibuat dengan merujuk buku aktiviti dan latihan pelajar. Disamping itu juga kuiz, ujian bulanan dan polio matematik boleh digunakan untuk melihat kemajuan dan kebolehan pelajar. Maklum balas ini dapat mengubah dan meningkatkan pembelajaran matematik pelajar. Perbincangan tentang pentaksiran matematik dalam unit ini akan dimulakan dengan penerangan rengkas mengenai kemahiran matematik, masalah matematik, cara pentaksiran matematik dan matlamat pentaksiran dalam pembelajaran matematik bagi murid pendidikan khas. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat: 1. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran matematik 2. Membincangkan masalah-masalah pembelajaran matematik bagi murid pendidikan khas. 3. Membanding beza cara-cara pentaksiran dalam matemtik. 4. Menjelaskan matlamat pentaksiran dalam matematik.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAJUK 7 MENTAKSIR MATEMATIK
7.0 SINOPSIS
Guru harus menyedari tentang kepentingan murid-murid pendidikan khas
mempunyai pemikiran matematik kerana ianya tidak boleh dipisahkan di dalam
kehidupan kita sendiri.
Tujuan utama pentaksiran matematik dilakukan di dalam bilik darjah adalah untuk
mengumpul maklumat bagi memudahkan proses membuat sesuatu keputusan. Di antara
kepentingan pentaksiran matematik adalah, seseorang guru boleh mengetahui tentang
kesilapan pengajaran yang lepas yang boleh mempengaruhi kefahaman murid dalam
sesuatu topik matematik. Oleh itu, satu perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan
cara baru dapat diterapkan dalam pengajaran guru malah lebih berinformasi tentang
keperluan pembelajaran pelajar dan membolehkan guru membaiki kaedah pengajaran
sejajar dengan keperluan pelajar. Maklumat pentaksiran dapat dibuat dengan merujuk buku
aktiviti dan latihan pelajar. Disamping itu juga kuiz, ujian bulanan dan polio matematik boleh
digunakan untuk melihat kemajuan dan kebolehan pelajar. Maklum balas ini dapat mengubah
dan meningkatkan pembelajaran matematik pelajar.
Perbincangan tentang pentaksiran matematik dalam unit ini akan dimulakan dengan
penerangan rengkas mengenai kemahiran matematik, masalah matematik, cara pentaksiran
matematik dan matlamat pentaksiran dalam pembelajaran matematik bagi murid pendidikan
khas.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:
1. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran matematik2. Membincangkan masalah-masalah pembelajaran matematik bagi murid pendidikan
khas.3. Membanding beza cara-cara pentaksiran dalam matemtik.4. Menjelaskan matlamat pentaksiran dalam matematik.
7.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
7.3 KEMAHIRAN MATEMATIK
7.3.1 Pengenalan
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran
mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat
berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1988). Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan bagi memastikan matlamat pendidikan ini terlaksana. Salah satu cara
yang berkesan untuk melihat sejauh mana berjayanya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku ialah melalui penilaian. Oleh itu, sebagai seorang guru,
anda harus memahami peranan penilaian dalam pendidikan matematik dan
memberi perhatian tentang hal ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
1. Kemahiran Pranombor
MENTAKSIR MATEMATIK
KEMAHIRAN MATEMATIK CARA PENTAKSIRAN
MASALAH MATEMATIK MATLAMAT PENTAKSIRAN
Kemahiran pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum
memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran pranombor ini melibatkan
pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.
a. Pengkelasan
Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan
semi konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya seperti mengkelaskan
mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis.
i. Warna - mengenal warna- menamakan warna- mencantumkan kad warna- mengasingkan warna- mengasingkan warna dengan benda-benda- mewarna mengikut arahan yang diberi
ii. Saiz- membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan- mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek- menamakan saiz- mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz- memadankan saiz yang sama- mewarnakan saiz yang sama
iii. Bentuk- mengasingkan benda mengikut bentuk- menamakan bentuk- memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit- mewarnakan bentuk-bentuk yang sama
iv. Jenis- menamakan benda mengikut jenis- mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)- mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)- mewarna/melukis benda mengikut jenis
Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak
langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang
akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.
b. Turutan/ Seriasi
Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik.
Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar,
panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan
membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara
konsep matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang
mereka lalui akan lebih bermakna.
c. Perbandingan Kuantiti
Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan
iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
i. mengasingkan kumpulan- yang banyak atau lebih - yang sedikit atau kurang- yang sama banyak- yang tidak sama banyak
ii. mewarnakan kumpulan- yang banyak atau lebih - yang sedikit atau kurang- yang sama banyak- yang tidak sama banyak
iii. menamakan kumpulan- yang banyak atau lebih- yang sedikit atau kurang- yang sama banyak- yang tidak sama banyak
d. Konservasi
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau
penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain.
Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai
pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk
memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini
bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.
Contoh:
A
B
Dalam contoh di atas, seorang murid yang yang kurang kemahiran
konservasi akan menyatakan bahawa kiub dalam susunan B di atas adalah lebih
banyak
2. Kemahiran Komputasi
a. Mengenal Nombor
Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana
nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam topik-topik matematik
yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika dia
tidak menguasai kemahiran menulis nombor, membilang serta menulis nilai sesuatu nombor.
Pada peringkat awal pembelajaran, murid didapati boleh membilang tetapi sering
menghadapi masalah menulis nombor dengan betul danpada peringkat seterusnya mereka
sering menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.
b. Konsep Nombor
Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi penekanan kepada murid
sejak awal lagi. Ini dapat mengubah struktur pemikiran kanak-kanak yang sering menghafal
nombor tanpa mengenal makna nombor itu yang menjadi penghalang kepada mereka untuk
membuat pertalian antara nombor ordinal dan nombor kardinal. Nombor kardinal digunakan
untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor
kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti
sesuatu objek, murid akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi
matematik. Walaupun nombor kardinal perlu diberi lebih penekanan, murid juga perlu
diperkenalkan dengan cara kedua nombor digunakan iaitu penggunaan nombor ordinal.
Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu
objek atau peristiwa.
c. Menghafal Nombor
Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara berperingkat iaitu nombor dalam
lingkungan 10, nombor dalam lingkungan 18, nombor dalam lingkungan 50 dan nombor
dalam lingkungan 100. Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran menghafal nombor ini
adalah latih tubi. Kebolehan murid menghafal nombor akan membantu mereka
menyelesaikan masalah matematik yang lain dengan lebih cekap dan pantas.
d. Menunjuk Nombor
Aktiviti menunjuk nombor juga akan dapat mendekatkan murid dengan nombor dan
secara tidak langsung mereka dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal ini membantu
mereka untuk lebih mengenali nombor-nombor yang diperkenalkan. Guru boleh
menggunakan carta nombor dan meminta murid menunjuk nombor yang disebut oleh guru.
Latih tubi begini akan meningkatkan kecekapan murid dalam mengenali nombor. Di samping
itu juga, guru boleh menggunakan kad-kad nombor dan meminta murid
mengumpul(mengasingkan) angka yang sama atau menunjuk kad nombor yang guru sebut.
e. Menulis Nombor
Sebaik-baiknya murid mula diperkenalkan dengan kemahiran menulis nombor setelah
mereka dapat mengaitkan makna nombor dengan angka. Mereka juga boleh mula berlatih
menulis angka ketika masih dalam proses pemantapan kefahaman tentang nombor.
Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan bersama-sama perwakilan model
nombor, sama ada dalam bentuk konkrit atau gambar dengan tujuan untuk memperkukuhkan
makna nombor itu. Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka boleh bermula
dengan menggunakan pergerakan otot kasar seperti menulis di udara, kotak pasir dan
sebagainya. Aktiviti lain yang boleh dijalankan adalah menyurih nombor-nombor timbul
dengan jari mengikut urutan, menekap mengikut urutan nombor dengan pensel warna pada
acuan angka dan membentuk angka mengikut garisan titik-titik.
f. Nilai Nombor
Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran
kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Murid
diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka sudah boleh membaca dan
menulis angka bagi nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara
sepuluh-sepuluh. Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep
nilai tempat melalui pengumpulan bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji
kacang. Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid, guru boleh juga
menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.
g. Menyebut dan Menulis Nombor
“counting-on”, (urutan menaik)
Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah membilang dan menyusun pembilang dari nilai
kecil ke besar, meletakkan kad angka di bawah pembilang dan menyusun angka secara
menaik dari kad angka yang diselerakkan.
“counting-back” (urutan menurun)
Bagi kemahiran ini, aktiviti yang boleh dijalankan adalah membilang dan menyusun
pembilang dari nilai besar ke kecil, meletakkan kad angka di bawah pembilang, menyusun
angka secara menurun dari kad angka yang diselerakkan dan melengkapkan turutan nombor
secara menurun.
“skip counting (nombor di antara)
Pada peringkat ini, murid dilatih untuk mengisi nombor yang tepat diantara dua
nombor. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah meletakkan kad angka di antara kad-kad angka,
menamakan nombor diantara dan mengisi tempat kosong dengan angka yang sesuai.
3. Kemahiran Aplikasi dan Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah suatu situasi di mana masalah matematik tersebut dapat
deselesaikan melalui suatu pemilihan dan pelaksanaan operasi yang tepat. Untuk
mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid maka guru perlu bijak
menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid, disamping menimbulkan
minat mereka. Aktiviti-aktiviti yang dikelaskan sebagai penyelesaian masalah matematik
biasanya melibatkan masalah berbentuk perkataan yang terdapat dalam buku teks, teka-teki,
masalah yang melibatkan rutin dan penggunaan matematik kepada kehidupan sebenar.
Dalam pengajaran penyelesaian masalah, matlamat pendedahan adalah untuk menolong