PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014 SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014 1.0 PENGENALAN Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah. 2.0 OBJEKTIF Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk: i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian. ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru. iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
16
Embed
SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA · PDF file11.0 FORMAT KERTAS PROJEK PERKARA PENERANGAN Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, ... ilmu sains/matematik, kaunseling
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN
PROGRAM UPMKB AGROTECH EXHIBITION (UAE) 2014
1.0 PENGENALAN
Program UPMKB Agrotech Exhibition 2014 merupakan satu program pameran yang
dirangka khas untuk memberi pendedahan dan mengenengahkan penggunaan dan
aplikasi teknologi dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan dengan
tema Innovation for Sustaining Agriculture diharap dapat memberi input dan
pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam
bidang pertanian khususnya kepada pelajar sekolah.
2.0 OBJEKTIF
Pertandingan inovasi dan rekacipta pertanian ini diadakan untuk:
i. Meningkatkan kemahiran serta menggalakkan daya kreativiti dan inovasi
dalam kalangan peserta dalam teknologi pertanian.
ii. Menjadi platform kepada peserta sebagai penyumbang idea dan inovasi atau
pengetahuan dalam bidang pertanian untuk menunjukkan kemampuan
mereka mencipta dan menemui sesuatu yang baru.
iii. Mewujudkan pusat kecemerlangan serta menjadi titik fokus bagi
pembangunan dan penggalakan budaya rekacipta dan inovasi dalam usaha
membangunkan produk rekacipta yang kompetitif.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
iv. Menjadi jaringan strategik melalui pendekatan perkongsian bestari (smart
partnership) dengan kementerian/agensi kerajaan, badan-badan bukan
kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan usahawan dan orang
persendirian di dalam dan di luar negeri.
v. Menjadi penyelaras ke arah mempatenkan semua rekacipta dan inovasi yang
dihasilkan oleh peserta.
3.0 TEMA PERTANDINGAN
3.1 Tema pertandingan ialah Innovation for Sustaining Agriculture.
3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam kelestarian bidang
pertanian dan penghasilan produk yang mesra pengguna.
4.0 TEMPAT DAN MASA
4.1 Tarikh : 21 dan 22 Jun 2014 (Sabtu dan Ahad).
4.2 Tempat : Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.
4.3 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang.
5.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kategori utama:
i. Kategori Sekolah (Terbuka kepada pelajar – pelajar sekolah yang didaftarkan
di mana – mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)
ii. Kategori Utama (Terbuka kepada individu yang berumur 13 tahun dan
keatas)
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
6.0 KATEGORI BIDANG
Pertandingan ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyertai program
ini berdasarkan bidang kategori:
i. Pertanian
ii. Perikanan
iii. Penternakan
iv. Perhutanan tani
v. Industri asas tani
7.0 KATEGORI PRODUK YANG DIPERTANDINGKAN
Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014 menekankan kepada 3
kategori produk yang dipertandingkan:
i. Invention/Penciptaan – Penciptaan proses atau produk baru.
ii. Innovation/Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.
iii. Design/Rekabentuk – Rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.
8.0 SYARAT PENYERTAAN
i. Pertandingan ini TERBUKA kepada semua pelajar, staf UPMKB dan mana-
mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini.
ii. Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
bagi setiap pasukan yang bertanding.
iii. Setiap jabatan di Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB, PERLU
menghantar sekurang-kurangnya SATU (1) penyertaan bagi mewakili jabatan
tersebut dalam pertandingan ini.
iv. Setiap jabatan dihadkan kepada TIGA (3) penyertaan sahaja.
v. Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan
dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada
gabungan pelajar dan staf.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
vi. Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-
masing.
vii. Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan
menyertai pertandingan ini.
9.0 SYARAT PERTANDINGAN
Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Pertanian 2014
adalah seperti berikut:
i. Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema
pertandingan.
ii. Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan
plagiat.
iii. Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari
pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
iv. Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan
projek adalah sangat digalakkan.
v. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek
penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
vi. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau
dimajukan kepada sektor pembuatan.
vii. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana
pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah
TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia
Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang
bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan
penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.
viii. Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi
undang-undang pengkomputeran Malaysia.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
ix. Penggunaan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang
kemudaratan adalah tanggungjawabnya.
x. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
10.0 KOD ETIKA
i. Dalam semua langkah sebuah kajian ilmiah, penyelidik/peserta mestilah
menjaga integriti.
ii. Penyelidik/Peserta hendaklah menghindari kesalahan saintifik atau
penipuan, seperti memalsukan data atau nota, cetak rompak atau
plagiarisme, menggunakan karya penyelidik lain. Projek tersebut tidak layak
bertanding.
iii. Sebuah projek kajian mungkin menjadi sebahagian kajian yang lebih besar
dilakukan oleh para saintis profesional namun peserta hanya boleh
mempamerkan hasil kajian yang terlibat aktif sahaja.
PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI PERTANIAN 2014
11.0 FORMAT KERTAS PROJEK
PERKARA PENERANGAN
Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta, penasihat dan
institusi. Tajuk perlu ditulis dengan 'bold' dan mudah
dibaca.
Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian. (nyatakan