1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), tahap boleh ditafsir sebagai peringkat atau tingkat. Dalam erti lain bermakna sesuatu perkara itu dilakukan secara sistematik dan teratur mengikut prosedur atau langkah langkah bagi menjamin kualiti dan kesahan sesuatu perkara. Manakala perkataan kompetensi dalam Kamus Dewan bermaksud kecekapan atau kursus untuk sesuatu latihan atau pengetahuan. Ia juga diertikan sebagai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya. Dalam anjakan gelombang pendidikan semasa, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program KSSR pada tahun 2011. Sehubungan dengan itu, guru-guru sekolah rendah menjadi rintis dalam menjalani latihan dan juga kemahiran dalam menyampaikan wadah perubahan kurikulum yang terkini. Setiap guru secara berperingkat telah menghadiri kursus penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah setiap tahun dalam pelbagai matapelajaran yang diajar.
60
Embed
Tahap Kompotensi Guru Sains Terhadap Pengajaran Tmk (Autosaved)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), tahap boleh ditafsir sebagai peringkat atau tingkat.
Dalam erti lain bermakna sesuatu perkara itu dilakukan secara sistematik dan teratur
mengikut prosedur atau langkah langkah bagi menjamin kualiti dan kesahan sesuatu
perkara. Manakala perkataan kompetensi dalam Kamus Dewan bermaksud
kecekapan atau kursus untuk sesuatu latihan atau pengetahuan. Ia juga diertikan
sebagai kebolehan, pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan
cekap atau dengan jayanya.
Dalam anjakan gelombang pendidikan semasa, Kementerian Pelajaran telah
melaksanakan program KSSR pada tahun 2011. Sehubungan dengan itu, guru-guru
sekolah rendah menjadi rintis dalam menjalani latihan dan juga kemahiran dalam
menyampaikan wadah perubahan kurikulum yang terkini. Setiap guru secara
berperingkat telah menghadiri kursus penyebaran Kurikulum Standard Sekolah
Rendah setiap tahun dalam pelbagai matapelajaran yang diajar.
Bagi matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi, guru dikehendaki mengajar
elemen sains dan juga elemen teknologi maklumat dalam sukatan tersebut.
Dalam penekanan dalam Tunjang Sains dan Teknologi, ia memberi penekanan
2
kepada penguasaan murid dalam pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
Selain itu juga, pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik dan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan teknologi ditekankan pada murid khususnya murid yang
berada di Tahap 1 iaitu Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Antara disiplin ilmu yang
terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Menurut Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer
diperlukan dalam pendidikan. Pertama, banyak maklumat yang boleh dicapai
daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kedua,
kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat
dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Ketiga, maklumat dan pengetahuan yang
menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu
sendiri.
Gabungan tema seperti Teknologi maklumat dan komunikasi ini dilihat
mempersiapkan murid bagi guna tenaga kerja bagi abad ke 21. Ini kerana
pembelajaran melalui komputer telah diperkenalkan melalui Program
Persekitaran Pembelajaran Maya- FROG VLE, 1 Murid 1 Komputer Riba dan juga
program kerjasama Kementerian Pelajaran dan syarikat komunikasi seperti YTL
Corporation dalam memastikan kelancaran dan kemudahan jalur lebar dalam
program 1Bestari.Net di sekolah dapat dimanafaatkan.
1.1 Latar Belakang masalah
Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah
dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kesedaran kepada kepentingan
teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut
sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana
selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran
asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik
komputer.
3
Celik komputer adalah apabila seseorang mempunyai kefahaman asas fungsi
komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas
harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap
dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan
aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet.
Elemen merentas kurikulum ini diharapkan dapat dinilai dan memberikan
pengetahuan secara langsung kepada murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi terdapat
dua komponen penting yang diajarkan kepada murid iaitu elemen sains dan elemen
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kegagalan penguasaan elemen
teknologi maklumat dan komunikasi memberi impak pada pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah ( PBS) Kedua elemen ini harus diseimbangkan dalam
peruntukan masa yang terhad iaitu enam puluh minit dalam pengajaran satu minggu.
Ekoran masalah demikian, guru Sains yang mengajar sekolah rendah ada
yang diberikan masa mengajar tambahan untuk mengajar pelbagai jenis
matapelajaran yang lain seperti Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik serta
Pendidikan Seni Visual. Jelas di sini masa yang diperuntukkan untuk matapelajaran
sains tidak dapat ditambah serta kekangan masa berlaku bagi mengajar ke dua dua
elemen tersebut. Malah dikatakan guru mengajar elemen sains lebih banyak dari
mengajar elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Namun, dalam beberapa keadaan, sikap guru sendiri dianggap sebagai
penyebab berlakunya kepincangan dalam melaksanakan matapelajaran TMK dalam
sukatan Dunia Sains Dan Teknolgi. Sebilangan besar guru yang mengajar
matapelajaran sains tidak mendapat pendidikan secara formal dan ramai lagi guru
yang bukan opsyen matapelajaran sains yang dipinjamkan sementara kerana masa
mengajar matapelajaran mereka tidak mencukupi. Oleh itu, ada yang mengambil
sikap tidak acuh serta tidak ambil peduli. Malah ada yang mengganggap
matapelajaran ini adalah sampingan yang mana ada yang diantara mereka mengajar
matapelajaran lain
4
Menurut Rashid ( 1996 ) kebanyakkan guru tidak mengambil berat mengenai
strategik, teknik dan kaedah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Justeru itu, hendak atau tidak guru hendaklah melaksanakan dan mengajar
sukatan Teknologi dan Komunikasi dengan mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran, selaras dengan hasrat KPM dalam meningkatkan daya saing serta
kreativiti dan inovasi di kalangan murid-murid.
1.2 Pernyataan Masalah
Hasil daripada perbincangan diatas, fokus utama kajian ini adalah bertumpu kepada
guru. Oleh yang demikian, kajian ini, dijalankan untuk mengenalpasti pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru yang mengajar TMK di sekolah rendah. Kajian ini diharap
dapat membantu guru dan pihak pentabdir dalam mengenalpasti masalah
melaksanakan pengajaran TMK di sekolah mereka
.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk membuat tinjauan sejauh mana tahap kompetensi
guru sains melaksanakan pengajaran TMK di sekolah rendah. Objektif kajian
tersebut adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru yang mengajar matapelajaran
TMK di sekolah rendah.
2. Mengenal pasti sikap guru yang mengajar matapelajaran TMK di sekolah
rendah.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran guru yang mengajar matapelajaran TMK
di sekolah rendah.
5
1.4 Persoalan kajian
Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan
bagi persoalan berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK?
2. Apakah sikap yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK ?
3. Apakah tahap kemahiran yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK?
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dengan pengajaran TMK di
sekolah rendah. Antara pihak-pihak yang terlibat ialah:
1.5.1 Guru Sains
i) Dapat mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengajar
TMK mengikut tahap kebolehan murid-muridnya
ii) Dapat memberi lebih fokus kepada murid-murid tertentu yang
agak sukar menguasai kemahiran TMK.
iii) Dapat sedikit sebanyak panduan dari cadangan kajian yang
diutarakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan mengikut kaedah yang bersesuaian.
iv) Dapat membantu dan membimbing murid-murid seterusnya
meningkatkan minat belajar dalam diri mereka
v) Membantu guru sains membuat refleksi terhadap kriteria-
kriteria yang perlu ada dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran TMK di dalam kelas.
1.5.2 Murid
i) Lebih bermotivasi untuk belajar
ii) Dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
6
iii) Memberi kesedaran kepada murid-murid kepentingan TMK
bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.
iv) Menanam sikap berdikari dalam diri murid-murid dan tidak
bergantung harap sepenuhnya pada guru dalam mencari
pengetahuan.
1.5.3 Pihak Pentadbir
Sebagai panduan dan memberi maklumat agar wujud kerjasama antara pihak
pentadbir sekolah dengan guru sekaligus membantu guru menangani masalah
yang ada di kalangan guru yang tiada pengalaman mengajar yang
matapelajaran ini.
1.6 Skop kajian
Kajian ini memberi fokus terhadap tahap komptensi guru sains terhadap pengjaran
TMK di sekolah. Ia bertumpu kepada pengetahuan, kemahiran dan juga sikap guru
yang mengajar TMK di sekolah rendah. Oleh itu, pengkaji akan mengedarkan borang
soal sedidik kepada guru guru yang mengajar TMK di enam (6) buah sekolah yang
terletak di Zon Pintas Puding, Batu Pahat, Johor. Dapatan hasil dari soal selidik
tersebut, ia kan menjadi garis panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi
menyelesaikan masalah yang wujud dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah.
1.7 Kerangka konsep
Dalam merangka konsep untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih teratur,
pengkaji menggunakan kerangka operasi dalam melaksanakan prosedur
mendapatkan jawapan dari persoalan kajian. Kerangka operasi adalah suatu aliran
hubungan atau kaitan antara konsep satu terhadap konsep yang lain. Kerangka
7
operasi ini gunanya untuk menghubungkan atau menjelaskan secara panjang lebar
tentang proses suatu topik yang akan dilaksanakan.
1.8 Definisi termalogi
1.8.1 Tahap Kompotensi
Menurut Kamus Dewan edisi 2005, tahap kompotensi adalah keupayaan
seseorang dalam menjalankan sesuatu kecekapan atau kebolehan dengan
jayanya.
1.8.2 Guru sains
Menurut Kamus Dewan Edisi ke Dua, guru adalah dimaksudkan sebagai
orang yang kerjanya mengajar, pengajar atau pendidik.Manakala perkataan
sains merujuk kepada ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yangg boleh
diuji atau dibuktikan kebenarannya. Ia adalah cabang ilmu pengetahuan yang
berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia,
biologi dan lain lain.
1.8.3 Pengajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pengajaran bermaksud mengajar dan
ia berkait dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara
atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan.
1.8.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK)
Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, teknologi adalah sesuatu yang
berkaitan dengan pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat secara elektronik;melalui penggunaan komputer dan dalam bidang
telekomunikasi. Manakala komunikasi bermaksud perhubungan (secara
langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain –lain.
8
1.8.5 Sekolah Rendah
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat, sekolah rendah adalah tempat
permulaan untuk kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun belajar dan
menimba pengetahuan.
1.9 Rumusan
Sebagai rumusan dapat disimpulkan bahawa kebolehan sesesorang guru itu amat
penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi
maklumat. Ini kerana bidang dan skop tugasan guru terutamanya guru matapelajaran
sains amat berbebeza dengan guru matapelajran yang lain. Terdapat faktor lain di
kalangan penerimaan murid belajar serta amalan yang dipraktikkan oleh pihak
atasan dalam pelaksanaan TMK di sekolah rendah . Dalam pada itu, faktor guru
terutamanya dalam pengetahuan, kemahiran dan juga sikap dikaji bagi mengenalpasti
tahap kompotensi guru dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah.
9
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini menjelaskan dan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai model
kajian serta isu yang terlibat dalam penulisan yang telah dijalankan oleh penyelidikan
terdahulu. Melalui sorotan kajian ini, maklumat tersebt dapat membantu penyelidik
dalam melaksanakan kajian sebenar. Dalam kajian ini, pengkaji membahagikan
kepada beberapa sub topik, iaitu:
i) Definisi tahap kompotensi
ii) Pelaksanaan pengajaran TMK di sekolah rendah.
iii) Masalah pembelajaran murid dalam TMK.
iv) Situasi dalam sistem pentadbiran
v) Masalah kompotensi guru
vi) Kajian lepas
vii) Rumusan
2.2. Definisi tahap kompotensi
Perkataan kompetensi dalam Kamus Dewan bermaksud kecekapan atau kursus untuk
sesuatu latihan atau pengetahuan. Ia juga diertikan sebagai kebolehan, pengetahuan
dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau dengan jayanya
Manakala menurut Kamus Dewan ( 2005 ), tahap boleh ditafsir sebagai peringkat
10
atau tingkat. Dalam erti lain bermakna sesuatu perkara itu dilakukan secara
sistematik dan teratur mengikut prosedur atau langkah langkah bagi menjamin kualiti
dan kesahan sesuatu perkara.
2.3 Pelaksanaan pengajaran TMK di sekolah rendah
Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus
globalisasi. Seluruh Negara maju di dunia sedang melaksanakan reformasi
pendidikan kearah pembinaan generasi baru yang akan berupaya menghadapi
cabaran-cabaran baru abad ke-21 Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam
kurikulum. Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil
inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikkan dalam kurikulum. Kurikulum
Standard Sekolah Rendah merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah.
Penggubalan standard kurikulum berpaksikan rukun negara, dasar pendidikan
kebangsaan dan falsafah kebangsaan. Pada asasnya pembinaan KSSR berdasarkan
prinsip KBSR. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan
pembelajaran secara didik libur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka
pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah
kerajaan bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah satu
transformasi pendidikan yang dianggap mencapai standard yang setaraf dengan
pendidikan di luar negara. Namun KSSR ini masih lagi dalam proses penyebaran
disamping pelaksanaan yang masih terlalu awal untuk dinilai standard tersebut
kerana baru dijalankan baru 3 tahun pada murid tahap 1. Walaupun terdapat pelbagai
respon secara lisan tentang keberkesanan KSSR daripada guru-guru yang terlibat
dalam KSSR namun ia tidak dapat diterima tanpa kajian secara saintifik . Oleh itu
pengkaji bercadang untuk mengkaji terutamanya elemen teknologi maklumat dan
komunikasi. Elemem-elemen ini merupakan elemen tambahan yang diterapkan
dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah yang terdiri daripada
11
elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi. Biasanya sesuatu perubahan sudah semestinya akan menghadapi
pelbagai implikasi sama ada pelaksanaan sesuatu yang baru adalah lebih baik atau
sebaliknya.
2.3.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya
dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk
memperoleh, ,memproses, menyimpan , menghantar, mendapatkan semula, menukar
dan melindungi maklumat di mana sahaja dan bila-bila masa.
Matlamat TMK merentas kurikulum adalah untuk memastikan murid dapat
mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
dipelajari , menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik
dan menyeronokkan serta menjana pemikiran kreatif dan kritis dan berinovatif serta
meningkatkan kualiti pembelajaran.
Objektif TMK adalah pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan
dapat:
i. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika;
ii. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian;
iii. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan
menggunakan maklumat;
iv. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat;
v. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.;
vi. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran;
dan
vii. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan
inovatif.
12
Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.
Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk
pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Multimedia Super Corridor
(MSC) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah
meningkatkan taraf ekonomi Negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan
teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih
bersistematik.
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal
pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pengalaman mereka dalam mata
pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan
PPBK yang secukupnya bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan
guru-guru pula adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan
pelajar.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu
alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalam merancang dan melaksanakan proses P
& P berbentukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk
menguasai atau memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh
sesuatu kurikulum atau mata pelajaran. Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan
keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan bercetak, bahan multimedia,
bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain dalam membantu pendidik
mencapai matlamatnya.
2.3.2 Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi pendidikan membawa erti yang besar dalam P & P. Antara
kepentingannya ialah bagi melicinkan proses P & P kerana ia berfokuskan kepada
isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Teknologi pendidikan juga dapat
menjimatkan masa, tenaga dan wang , mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya
13
mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan
dari berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,
mendengar atau menyentuh.
Teknologi pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah
tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu
konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai
deria pelajar dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan
deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan
meningkatkan daya ingatan pelajar.
Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar
dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan
menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid
yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat di saksikan sendiri dan seolah-
olah mengalaminya.
P & P akan memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan
meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan
komputer berasaskan kadar keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan
pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta. Komponan
perkakasan komputer adalah berdasarkan kandungan bahan yang disediakan agar
mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi
sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan yang menarik di kalangan
pelajar dan guru.
2.4 Masalah pembelajaran murid dalam TMK.
Antara masalah pembelajaran murid dalam mempelajari TMK adalah:
i. Murid tidak mempunyai peralatan ICT di rumah. Mereka hanya bergantung
harap pada guru yang mengajar sahaja;
14
ii. Tertarik kepada perisian permainan berbanding dengan isi pelajaran yang
diajar;
iii. Tiada pendedahan khusus dalam mempelajari TMK di rumah;
iv. Kurang galakan ibubapa khususnya yang tidak berkemampuan;
v. Tiada memberi perhatian semasa guru mengajar;dan
vi. Tidak mempraktikkan ilmu yang dipelajari di rumah.
2.5 Masalah kompotensi guru
Tambahan pula, menurut Abdul ( 2006), didapati terdapat beberapa kekangan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya kebimbangan
pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru. penguasaan
bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Sukumaran Nair.
M.P (2000) pula mendapati guru-guru memang sukar untuk menerima perubahan
kurikulum kerana perubahan tersebut di anggap mengusik keselesaan mereka.Jelas
menunjukkan akan terdapat masalah kepada guru semasa berlangsungnya proses
pengajaran dan pembelajaran jika menggunakan ICT
Daripada permasalahan yang telah dikenal pasti, penyelidik merasakan adalah
penting bagi penyelidik untuk membuat kajian berdasarkan permasalahan seperti
tahap kesediaan guru dari segi penguasaan pengetahuann dan keyakinan diri mereka
untuk mengajar subjek sains terutamanya TMK. Selain itu, tahap kompetensi guru
juga dapat dinilai dengan tahap pengetahuan, kaedah pengajaran dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang mereka gunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran TMK
Manakala Standard Guru Malaysia (SGM) diperkenalkan bagi menggariskan
kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai
tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan
rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam
usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Standard Guru Malaysia
adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh guru dalam
15
i. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard; dan
ii. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan
kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status
negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai
tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan
berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan
yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada
globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan
modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja
global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia
adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan
kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha
dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.
Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,
menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi
latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
16
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia
merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi
keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin
guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran.
2.6 Kajian lepas
Dalam bab ini, pengkaji ingin membincangkan beberapa kajian yang telah dijalankan
oleh penyelidik terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Tujuan tinjauan
literatur adalah untuk menyokong persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukakan. Di samping itu, kajian literatur juga dapat menunjukkan bukti-bukti
kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian ini sama ada kajian dalam negara
atau luar negara.
Kajian-kajian yang dijalankan jelas menunjukkan pentingnya tahap
kompetensi diberikan kepada murid-murid baik yang berpencapaian tinggi atau
rendah. Tahap kompotensi baik juga dapat membantu meningkatkan akademik
murid dan kecemerlangan sekolah. Walau bagaimanapun, masih belum terdapat satu
panduan khusus dalam penentusahkan tahap kompotensi guru terutamanya dalam
bidang sains
Perbincangan ini sudah lama berlaku di negara-negara barat. Buktinya
banyak kajian yang dijalankan menyentuh tahap kompotensi ada dari segi
pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang mengajar matapelajaran
TMK.Sokongan dari pihak atas perlu bagi guru bermotivasi dalam manjalanakan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
17
Kajian tentang kompetensi di Malaysia pula, masih kurang sama ada di
peringkat sekolah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi. Kebanyakkan
kajian tentang tahap kompotensi hanya disentuh sebagai salah satu aspek kajian dari
KPM sahaja. Jadi dengan adanya kajian ini, setidak-tidaknya kekurangan tersebut
dapat ditampung kerana tahap komptensi guru dapat menjadi faktor pembantu ke
arah peningkatan prestasi murid dan secara tidak langsung dapat menaikkan nama
sekolah di mata masyarakat umum.
2.7 Rumusan
Penambahan elemen TMK yang telah dilaksanakan membawa perubahan baru
dalam pendidikan negara. Dengan penambahbaikan dalam pembentukan kurikulum
ini maka ini menunjukkan bahawa pendidikan di Malaysia adalah pendidikan yang
dinamik yang mana sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan keperluan
persekitaran demi anak bangsa yang menjadi penerus perjuangan untuk mencapai
kecemerlangan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Diharapkan penerapan nilai
ini dapat mencapai hasrat pendidikan yang ingin melahirkan pekerja yang berilmu
iaitu inovatif, kreatif, dahagakan ilmu, menguasai teknologi maklumat dan
komunikasi, pencipta teknologi dan sedia belajar sepanjang hayat serta berdaya
saing. Sehubungan dengan itu kajian ini dapat mengenal pasti pengetahuan,
pelaksanaan dan refleksi guru sebagai pelaksana KSSR bagi menentukan
keberkesanan TMK yang dihasratkan.
18
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan tentang metadologi kajian iaitu bagaimana kajian
dilaksanakan dari segi reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian, instrumen
kajian, prosedur kajian, kajian rintis dan juga kaedah menganalisis data. Metadologi
memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu kajian kerana ia dapat
menerangkan secara terperinci corak yang digunakan. Kaedah yang teratur yang
digunakan ketika menjalankan kajian dapat memastikan kesahihan dan
kebolehpercayaan kajian tersebut.
3.1 Rekabentuk kajian
Cooper dan Schindler (1998) menyatakan bahawa rekabentuk kajian ialah satu
perancangan dan struktur penyiasatan yang disediakan bagi mendapatkan jawapan
bagi semua persoalan kajian. Mahdzan (2002) menegaskan bahawa rekabentuk
kajian ialah segala langkah atau prosedur yang diambil untuk mencapai semua
matlamat kajian.
Menurut Konting ( 1990 ), kajian dengan menggunakan kaedah soal selidik
sesuai bagi penyelidikan yang bermatlamatkan untuk melihat dan menerangkan
19
sesuatu fenomena yang telah berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa kajian
tinjauan sering dijalankan dalam kajian pendidikan. Dua jenis tinjauan yang penting
dan sering dilakukan dalam bidang pendidikan ialah tinjauan sekolah dan tinjauan
komuniti. Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai
pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal
mengapa pembolehubah itu wujud.
Pengkaji telah mengambil pendekatan tinjauan kuantitatif bagi menjalankan
kajian ini. Pengkaji menyediakan set soalan soal selidik yang perlu dijawab oleh
responden untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan
matapelajaran TMK di sekolah, tahap kemahiran guru dalam pelakasanaan
pengajaran dan pembelajaran TMK dan sikap guru TMK itu sendiri. Tujuan data
terkumpul kuantitatif adalah untuk membolehkan pengkaji mendapat hasil yang
lebih baik. Dalam kajian ini, pengkaji memilih sampel daripada beberapa populasi
sebagai responden untuk menjawab soalan-soalan kajian dan seterusnya membuat
analisa data yang terhadap hasil yang diperolehi. Data daripada soalan soal selidik ini
digunakan sebagai data kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan kajian tinjauan
ini.
3.2 Kerangka operasi
Rajah 3.1 Carta Aliran Rangka operasi
20
3.3 Lokasi kajian
Kajian ini dilakukn di enam ( 6) buah sekolah rendah di kawasan luar bandar dalam
zon Pintas Puding, Batu Pahat. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah
memilih sekolah sekolah berkenaan memandangkan ia terletak berdekatan dalam zon
yang sama. Memandang bilangan guru sains di sekolah pengkaji tidak mencukupi,
maka kesahan dan kebolehpercayaan kajian tidak dapat dianalisa. Oleh itu bilangan
guru yang dipilih amat sesuai untuk melihat tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru-guru dalam melaksanakan TMK di sekolah masing- masing.
3.4 Populasi dan sampel kajian
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti populasi kajian agar
segala maklumat yang diterima dapat menentukan sampel yang hendak dikaji.
Populasi yang berdekatan dapat menjimatkan kos penyelidikan yang mana mudah
maklumat dikumpulkan dalam jangka masa yang sama.
Populasi hendaklah dikenalpasti sebelum sesuatu kajian dimulakan. Menurut
Abdullah ( 2002 ), populasi merupakan objek yang dicerap yang mana mempunyai
ciri atau sifat yang sama serta boleh diukur Menurut Konting (1995) populasi boleh
didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang
tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Populasi kajian perlu dikenalpasti
bagi mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki. Creswell
(2003),menyatakan populasi adalah satu kumpulan individu yang mempunyai ciri-
ciri yang sama bersesuaian dengan tujuan kajian.
Persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap unit dalam
populasi yang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian
(Chua, 2006) Di dalam kajian ini, sasaran populasi adalah seramai 30 orang guru
yang mengajar matapelajaran TMK di sekolah rendah dari 6 buah sekolah dalam zon
Pintas Puding.
21
Jadual 3.1 senarai sekolah yang terlibat
Bil. Nama Sekolah Rendah Terpilih
1. Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal
2. Sekolah Kebangsaan Seri Gading
3. Sekolah Kebangsaan Tenaga Sepakat
4. Sekolah Kebangsaan Seri Teluk
5. Sekolah Kebangsaan Seri Idaman
6. Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat
3.5 Instrumen kajian
Jenis instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik.
Menurut Konting ( 1990 ) soal selidik merupakan alat pengukuran yang digunakan
dalam penyelidikan pendidikan. Kelebihan menggunakan borang soal selidik ini
adalah responden tidak rasa takut atau serba salah ketika memberikan jawapan
kerana nama responden tidak dinyatakan. Oleh dengan itu, pengkaji dapat hasil
dapatan dengan lebih telus dan asli. Di samping itu, penggunaan borang soal selidik
dapat menjimatkan masa pengkaji kerana pembahagian borang soal selidik secara
serentak. Ini dapat mengawal situasi dan keadaan ketika pengumpulan data
dijalankan.
Kelebihan soal selidik seperti boleh meliputi kawasan yang luas
walaupun responden tinggal di kawasan yang terperinci masih boleh dihubungi
dengan mudah (Izham 2000). Menurut Madzan (2002), soal selidik yang sekata
hendaklah digunakan dalam mana-mana tinjauan sosial. Faedah menggunakan soal
selidik yang sekata adalah nyata, antara lain:
a. Tiap-tiap responden disoal dengan soalan yang sama. Ini membolehkan
pengkaji membuat perbandingan atara seorang dengan seorang yang lain,
atau antara sekumpulan responden dengan sekumpulan yang lain.
b. Ia mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang
dikumpul.
22
c. Senang untuk diproses dengan menggunakan komputer.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih soal selidik berstruktur atau soal selidik tertutup
mempunyai beberapa kelebihan. Kelebihan tersebut adalah seperti berikut:
i. Soal selidik mudah ditadbir.
ii. Soalan-soalan yang dikemukakan serta cadangan jawapan yang diberi
memudahkan responden menjawab dengan tepat dan cepat.
iii. Kerjasama daripada responden untuk menjawab soalan juga adalah tinggi
kerana responden mudah memahami kehendak soalan, kurang menggunakan
ingatan, kurang berfikir dan boleh menjawab dengan cepat tanpa
memerlukan kemahiran menulis.
iv. Mengelakkan jawapan-jawapan responden yang melindungi kepincangan
responden, memenuhi kepentingan peribadi dan menyetujui kehendak.
v. Tidak memerlukan kemahiran responden untuk melahirkan idea-idea
secukupnya melalui tulisan.
vi. Digunakan untuk bilangan responden yang ramai kerana responden tidak
perlu mempunyai kemahiran membaca dan memahami soalan serta menulis
jawapan yang tinggi.
vii. Sesuai untuk populasi yang tidak gemar berfikir secara kritis untuk
menghasilkan jawapan.
viii. Memudahkan penganalisisan jawapan kerana jawapan yang dipilih lebih
teratur dan jelas.
Borang soal selidik dalam kajian ini mengandungi 30 soalan dimana ia
menggunakan pendekatan skala Likert 5 mata. Penunjuk aras dalam skala Likert ini
ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
23
Jadual 3.2 Nilai Skala Likert
Skor Tahap penerimaan / Amalan
1 Sangat tidak setuju ( STS )
2 Tidak Setuju ( TS )
3 Kurang Setuju ( KS )
4 Setuju ( S )
5 Sangat Setuju ( SS )
Soal selidik ini diberikan kepada responden setelah diberikan penerangan
oleh pengkaji. Responden dikehendaki memilih item dalam skala Likert bagi
menggambarkan situasi dan jawapan mereka yang terdekat. Maklumbalas mereka
akan digunakan dalam analisis data nanti. Bilangan responden minima adalah 30
orang bagi kajian rintis (Linacre, 2005 ). Item –item yang terdapat dalam borang
soal selidik adalah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Setiap
satu daripada bahagian tersebut terdiri daripada 10 soalan yang berkaitan.
Pembangunan soal selidik setiap bahagia adalah seperti dibawah.
Jadual 3.3 Pembangunan soalan selidik mengikut bahagian
Bahagian Perkara yang dikaji Bilangan Item
A Pengetahuan guru dalam melaksanakan
matapelajaran TMK
10
B kemahiran guru dalam pelakasanaan pengajaran dan
pembelajaran TMK
10
C sikap guru TMK 10
Pendekatan Rasch boleh digunakan untuk menentukan kesahan intrumen.
Keperluan pertama untuk menjadikan sesuatu ujian itu berkualiti ialah dengan
menentukan bahawa item- item yang digunakan dalam kajian adalah sah. Sesuatu
instrumen dianggap sah jika ia boleh mengukur apa yang hendak diukur.
24
3.6 Pengumpulan data
Selepas mendapat kebenaran daripada semua pihak yang terlibat, borang soal selidik
diedarkan kepada responden. Pada sesi awal pertemuan bersama responden, pengkaji
memperkenalkan diri serta menerangkan tujuan dan matlamat kajian kepada
responden. Selepas itu, setiap responden diberikan satu set borang soal selidik.
Responden kemudian diberi arahan supaya membaca soalan dengan teliti.
Penerangan diberikan berhubung dengan arahan dan cara untuk menjawab soalan
pada borang soal selidik yang dikemukakan. Mereka dikehendaki menjawab secara
bersendirian mengikut pendapat mereka sendiri.
Responden diingatkan supaya tidak ragu-ragu dan jujur semasa menjawab
soalan-soalan dalam borang soal selidik.Responden diberi masa selama 20 minit
untuk mengisi borang soal selidik tersebut. Borang soal selidik yang telah dijawab
akan dipungut dan disemak terlebih dahulu untuk memastikan sampel telah mengikut
arahan yang betul dan memberikan jawapan yang lengkap. Jawapan responden akan
dianalisis oleh penyelidik dan dijadikan sebagai data kajian.
Untuk kajian ini. , data primer adalah hasil soal selidik dilakukan oleh
pengkaji. Data ini telah digunakan bagi mendapatkan hasil kajian yang diinginkan
dan menepati persoalan serta objektif kajian.
3.7 Kajian rintis
Kajian rintis merupakan satu kajian mini yang diadakan sebelum kajian sebenar
dijalankan. Kajian rintis dijalankan bagi memastikan item –item yang terdapat
borang soal selidik yang diberikan kepada responden sesuai dan tidak keluar dari
tujuan asal kajian dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi. Ia juga menentukan
masalah berhubung dari stuktur item dalam soal selidik ini.Oleh itu, apabila kajian
rintis dijalankan ia dapt mengesan kelemahan dari segi pengurusan kajian dan juga
kesahan borang soal selidik. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dan penanda aras
pada masa akan datang.
25
3.8 Kaedah analisa data
Data yang diperolehi akan dianalisa secara manual. Ini kerana jumlah responden
tidak ramai. Data-data yang telah dipeoleh dianalisis dan ia bergantung pada jenis
soalan yang dikemukakan kepada responden dalam borang soal selidik.
Hasil dapatan dipersembahakan dalam bentuk jadual. Dapatan data disusun,
diringkaskan dan dibentangkan dalam bentuk yang mudah difahami. Kemudian,
kesimpulan dan cadangan dilakukan untuk membantu pengkaji yang akan datang
untuk meneruskan kajian ini dan memperbaiki setiap kekurangan yang ada.
Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Penggunaan data deskriptif
bertujuan untuk menerangkan taburan kekerapan, peratusan dan skor min. Ia
ditunjukkan dalam jadual 3.4 di bawah.
Jadual 3.4 Interprestasi Skor Min
Skor Min Interprestasi Tahap Kecendurangan
1.0 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Persoalan kajian pertama hingga ketiga, kaedah analisis nilai min telah dipilih
bagi menganalisis data dan seterusnya mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian
yang diutarakan. Keputusan analisi tahap pengetahuan guru, sikap dan tahap
kemahiran guru disiplin adalah berdasarkan pengukuran tahap persetujuan
responden menggunakan skala yang telah ditunjukkan dalam Jadual 3.5 di bawah.
Nilai min yang diperolehi digunakan sebagai kayu pengukur sama ada responden
pada tahap kecenderungan yang tinggi, sederhanaa mahupun rendah berdasarakan
skala pengukuran.
Jadual 3.5 Kaedah penganalisaan data
26
Bilangan Bentuk Persoalan Kaedah
Analisis Data
1
Soal Selidik
Apakah tahap pengetahuan yang
dimiliki oleh guru yang mengajar
TMK?
Skor min
Peratusan
Kekerapan
2
Apakah sikap yang dimiliki oleh guru
yang mengajar TMK ?
3
Apakah tahap kemahiran yang
dimiliki oleh guru yang mengajar
TMK?
3.9 Jangkaan dapatan kajian
Andaian yang dilakukan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bahawa responden
memberi jawapan yang ikhlas dan jujur. Semua data yang dianalisis adalah sahih
serta boleh dipercayai. Penyelidik juga mengandaikan bahawa responden benar-
benar faham tujuan kajian dijalankan dan sampel dapat mewakili populasi yang ada.
3.10 Rumusan
Bab ini menyentuh tentang reka bentuk kajian yang menggunakan kajian yang
berbentuk tinjauan. Data-data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik
memandangkan ia berpotensi untuk mendapatkan data daripada responden dengan
lebih cepat dan mudah. Borang soal selidik terdiri daripada 30 item yang
merangkumi tiga a persoalan yang ingin dikaji. Setiap pernyataan dalam borang soal
selidik dinyatakan dengan menggunakan skala Likert. Responden dalam kajian ini
adalah mewakili populasi sampel guru sains sekolah rendah di Daerah Batu Pahat,
Johor. Kesemua sampel terdiri daripada guru yang mengajar TMK disekolah rendah.
Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara manual.
27
BAB 4
ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan secara terperinci mengenai hasil analisis data yang telah
diperoleh daripada data-data yang dikumpulkan melalui soal selidik yang dilakukan
ke atas 30 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar
matapelajaraan TMK dari enam buah sekolah rendah dalam daerah Batu Pahat. Data
yang diperolehi telah dianalisis dalam bentuk peratusan, kekerapan dan skor min.
Data yang dianalisis terdiri daripada tiga bahagian bagi menjawab persoalan dalam
kajian ini.
4.2 Analisis dapatan kajian
Data-data dalam kajian ini telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal
selidik dan dianalisis secara manual kerana bilangan responden adalah kecil.
Bahagian demografi adalah soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden.
Data yang diperolehi dari bahagian demografi digunakan untuk melihat taburan
kekerapan dan peratusan responden dari segi jantina, umur, kelulusan ikhtisas serta
opsyen asal .
28
Manakala, bahagian kedua terdiri daripada 30 item yang digunakan dalam
analisis. Data yang diperolehi daripada bahagian kedua dianalisis dengan
menggunakan analisis deskriptif . Stastistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan
peratus telah digunakan untuk menjelaskan profil responden kajian dan menjawab
soalan kajian.
4.2.1 Dapatan berdasarkan ciri demografi
Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru sains yang mengajar matapelajaran
TMK yang terdiri daripada 30 orang dari enam sekolah yang terletak dalam daerah
Batu pahat.
Maklumat responden guru guru yang akan dibincangkan dalam bahagian ini
berdasarkan ciri demografi yang merangkumi jantina, umur, serta kelayakkan
akademik dan ikhtisas. Berdasarkan Jadual di bawah, daripada jumlah responden
seramai 30 orang, didapati 12 orang ( 40.0 %) ialah lelaki manakala 18 orang
(60.0%) adalah perempuan. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada responden
terdiri daripada perempuan.
Jadual 4.1 Bilangan responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuansi Peratus
Lelaki
Perempuan
12
18
40
60
Jumlah 30 100
29
Lelaki40%
Perempuan60%
Rajah 4.1 Bilangan responden mengikut jantina
Jadual 4.2 pula mempaparkan tentang umur responden guru yang telah dikaji.
Berdasarkan jadual, kategori umur yang paling banyak sekali ialah di antara 30
hingga 40 tahun iaitu seramai 15 orang ( 50%), diikuti di antara 40-50 tahun iaitu 13
orang ( 43.3%) dan umur di antara 20 hingga 30 (6.66%). Ini menunjukkan umur
sebahagian besar responden di antara 30 hingga 40.
Jadual 4.2 Bilangan responden Mengikut Umur
Umur Frekuansi Peratus
Antara 20 - 20
Antara 30-40
Antara 40- 50
Antara 51-60
2
15
13
0
7.0
50.0
43.0
0.0
Jumlah 30 100
30
Antara 20 - 20 Antara 30-40 Antara 40- 50 Antara 51-60
2
15
13
0
Rajah 4.2 Bilangan respoden mengikut umur
Jadual 4.3 pula mempaparkan tentang kelayakan tertinggi akademik guru
sains yang mengajar TMK. Peringkat diploma seramai 17 orang ( 56.7%), ijazah
seramai 13 (43.3%). Secara keseluruhannya kelayakan akademik tertinggi bagi
guru ialah diploma.
Jadual 4.1 Bilangan responden Mengikut Kelayakan tertinggi akademik
Kelayakan tertinggi
akademik
Frekuansi Peratus
Diploma
Ijazah
17
13
56.7
43.3
Jumlah 30 100
31
Diploma
Ijazah
17
13
Rajah 4.3 Kelayakan tertinggi akademik responden
Jadual 4.4 mempaparkan opsyen asal yang diambil oleh guru guru sains.
Berdasarkan paparan itu didapati hampir keseluruhan guru adalah mengambil opsyen
sains sebanyak 97 % manakala lagi 3.00 % bukan dari opsyen sains.
Jadual 4.4 Bilangan responden Mengikut Opsyen Asal
Opyen asal Frekuansi Peratus
Sains
Bukan sains
29
1
97.0
3.0
Jumlah 30 100
Opsyen sains97%
Bukan opsyen
sains3%
Rajah 4.4 Bilangan responden mengikut opsyen asal
32
4.2.2 Analisis tahap kompotensi dari segi pengetahuan guru
”Apakah tahap pengetahuan yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK?”
Bahagian ini membincangkan mengenai tahap pengetahuan guru dalam
melaksanakan TMK di sekolah. Terdapat sepuluh item yang dinilai dengan
mengambilkira kekerapan dan peratusan. Si antara sepuluh item ini soalan
bernombor 1 adalah mewakili peratusan terbesar iaitu 93.3 % dimana semua guru
telah menjalani latihan yang secukupnya yang disediakan oleh pihak PPD, JPN dan
KPM. Manakala bagi item no 7 (Saya boleh memberikan penerangan mengenai ICT
kepada rakan sekerja) kekerapan menjawab sangat setuju adalah rendah iaitu
sebanyak 6.6 % . Bagi item yang lain, kekerapan dan peratusan adalah seimbang. Ini
menunjukkan kebanyakkan respondan sangat bersetuju dengan penyataan yang
berkaitan dengan tahap pengetahuan guru TMK yang mengajar di sekolah rendah.
Secara keseluruhannya , tahap pengetahuan guru yang mengajar TMK di sekolah
rendah adalah tinggi dengan nilai skor min 4.42. Dapatan kajian yang dianalisis
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 4.5 Analisis tahap kompotensi tahap pengetahuan guru
33
No Item Frekuensi dan peratusan Skor
Min
Interprestasi
STS TS KS S SS
1. Saya telah mendapat latihan
secukupnya dari pihak
sekolah, PPD, JPN, KPM
- - 2 284.63 Tinggi7
%
93
%
2. Saya menguasai konsep KSSR
sepenuhnya.
- - - 15 15
4.57
Tinggi
50 50
3. Saya memahami sukatan
pelajaran KSSR TMK
sepenuhnya.
- - - 5 25
4.85
Tinggi
17 83
4. Saya boleh meranacang
pengajaran dengan berkesan
- - - 10 20
4.6
Tinggi
33 67
5. Saya boleh merancang aktiviti
yang berkaitan dengan ICT
- - - 14 16
4.72
Tinggi
47 53
6. Saya memberikan penerangan
secara terperinci mengenai
penggunaan ICT kepada
murid-murid
- - - 15 15
4.54
Tinggi
50 50
7. Saya boleh memberikan
penerangan mengenai ICT
kepada rakan sekerja.
- 5 3 20 2
3.50
Sederhana
17 10 67 6
8. Saya boleh menggunakan
kemahiran TMK di dalam
kerja seharian saya
- - 1 17 12
4.7
Tinggi
4 57 39
9. Saya dapat mengenalpasti
kelemahan saya dalam
penggunaan TMK
- - - 10 20
4.53
Tinggi
33 67
10. Saya dapat mengatasi
kelemahan saya dalam
penggunaan TMK
- - 1 11 18
4.63
Tinggi
4 37 59
34
4.2.3 Analisis tahap kompotensi dari segi sikap guru
”Apakah sikap yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK?”
Bahagian ini membincangkan sikap yang perlu ada dalam diri seorang guru TMK
dalam melaksanakan pengajaran di sekolah rendah. Terdapat sepuluh item yang
dianalisis dengan melihat kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian yang dianalisis
menunjukkan bahawa item nombor 1 adalah item yang mendapat pertatusan tertinggi
iaitu hampir semua guru sangat bersetuju bahawa mereka amat mesra dengan murid
mereka semasa mengajar. Terdapat hubungan komunikasi anatara guru dan murid.
Namun item nombor 10 mendapat peratusan sedikit dalam penyataan sangat setuju
iaitu 30% sahaja. Item ini menunjukkan guru tidak bersedia untuk memberi “in house
trainning” mengenai ICT kepada guru lain. Secara keseluruhannya, sikap guru
berada interprestasi tinggi iaitu skor min sebanyak 4.19. Dapatan kajian yang
dianalisis ditunjukkan dalam jadual di bawah.
35
Jadual 4.6 Analisis tahap kompetensi dari segi sikap guru
No Item Frekuensi dan peratusan Skor Min Interprestasi
STS TS KS S SS
1. Saya amat mesra dengan
murid ketika P& P
- - - 2 28
4.44 Tinggi7 93
2. Saya komited semasa
mengajar TMK di sekolah
- - - 2 28
4.23
Tinggi
7 93
3. Saya mudah memberi
kerjasama kepada pihak
pentadbir
- - - 2 28 4.31 Tinggi
7 93
4. Saya seorang yang penyabar
sekiranya peralatan komputer
tidak dapat digunakan/ rosak
- 2 3 5 22 4.23 Tinggi
7 3 17 73
5. Saya tidak akan berputus asa
sekiranya murid saya tidak
dapat menguasai apa ynag
dipelajari.
2 15 13
4.42
Tinggi
7 50 43
6. Saya pasti boleh menerima
teguran daripada rakan
sejawat.
2 28
4.33
Tinggi
7 93
7. Saya sentiasa bersedia
membantu rakan sejawat
apabila diperlukan.
5 25 4.53 Tinggi
17 83
8. Saya sentiasa bersedia
membantu pihak sekolah
dalam menyediakan laporan
keputusan murid bila bila
masa.
3 3 14 10
3.72
Sederhana
10 10 47 33
9. Saya sentiasa bersedia untuk
dihantar untuk meningkatkan
ilmu berkenaan TMK bila
diarahkan.
2 10 18
4.34
Tinggi
7 33 60
10. Saya boleh memberi ” in
house training ” kepada rakan
3 18 19 Tinggi
10 60 30
36
sejawat 4.22
4.2.4 Analisis tahap kompotensi dari segi kemahiran guru
”Apakah tahap kemahiran yang dimiliki oleh guru yang mengajar TMK?”
Bahagian ini membincangkan mengenai tahap kemahiran guru dalam melaksanakan
TMK di sekolah. Terdapat sepuluh item yang dinilai dengan mengambilkira
kekerapan dan peratusan. Si antara sepuluh item ini soalan bernombor 7 adalah
mewakili peratusan terbesar iaitu 83.3 % dimana semua guru boleh mengenalpasti
masalah yang dihadapi murid ketika melaksanakan matapelajaran TMK. Manakala
bagi item no 6 (Saya mahir dalam menangani kerosakan besar pada alatan ICT Saya
mahir dalam menangani kerosakan besar pada alatan ICT) kekerapan menjawab
sangat setuju adalah rendah iaitu sebanyak 3.3 % . Bagi item yang lain, kekerapan
dan peratusan adalah seimbang. Ini menunjukkan kebanyakkan respondan sangat
bersetuju dengan penyataan yang berkaitan dengan tahap kemahiran guru TMK yang
mengajar di sekolah rendah. Secara keseluruhannya , tahap kemahiran guru yang
mengajar TMK di sekolah rendah adalah tinggi dengan nilai skor min 4.42. Dapatan
kajian yang dianalisis ditunjukkan dalam jadual di bawah.
37
Jadual 4.7 Analisis tahap kompetensi dari segi tahap kemahiran guru
No Item Frekuensi dan peratusan Skor
Min
Interprestasi
STS TS KS S SS
1. Saya yakin apabila diminta
untuk memberi tunjuk ajar
kepada guru lain- 5 5 11 9 Tinggi
17 17 36 30
2. Saya yakin apabila
berkomunikasi dengan murid
- - 2 5 23 Tinggi
7 17 76
3. Saya yakin dan tahu
menggunakan semua peralatan
di bilik komputer.
- 2 4 24 Tinggi
7 13 80
4. Saya mahir dalam menerapkan
nilai murni ketika mengajar.
- - 3 5 22 Tinggi
10 16 73
5. Saya mahir dalam menangani
kerosakan kecil pada alatan
ICT.
1 2 2 15 10 Rendah
3 7 7 50 33
6. Saya mahir dalam menangani
kerosakan besar pada alatan
ICT
17 6 4 2 1 Rendah
56 20 13 7 4
7. Saya mahir mengenalpasti
murid yang bermasalah dalam
TMK
- - - 5 25 Tinggi
17 83
8. Saya mahir dalam
mengendalikan pengurusan
bilik komputer
- 3 3 14 10 Tinggi
10 10 46 33
9. Saya mahir dalam
mengendalikan pengurusan
fail serta dokumen berkaitan
dengan bilik komputer
- - 2 10 18 Tinggi
7 33 60
10. Saya mahir dalam
menyediakan data pelaporan
murid secara offline
- - 3 18 9 Tinggi
10 60 30
38
4.3 Rumusan
Bab ini menjawab persoalan –persoalan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji.
Secara keseluruhannya analisis dapat dilakukan mengikut perancangaan dan
menjurus terhadap jawapan setiap persoalan yang dikaji berdasarkan maklum balas
daripada responden. Kesemua responden yang terlibat telah memberikan komitmen
yang padu kepada pengkaji. Mereka memberikan jawapan yang telah memwnuhi
kriteria sebagai guru yang mengajar Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di
sekolah. Secara keseluruhannya dapatan dari hasil kajian menunjukkan bahawa
respon yang tinggi mempengaruhi sejauh mana tahap kompotensi guru dalam
melaksanakan matapelajaran ini di sekolah.
39
BAB 5
PERBINCANGAN , KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan secara komprehensif mengenai kesimpulan dan cadangan
yang dibuat berdasarkan analisis data dan dapatan kajian seperti yang dinyatakan
dalam bab 4. Secara keseluruhannya, kesemua dapatn tersebut telah menjawab
persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan. Namun begutu, perbincangan berfokus
kepada dapatan daripada Bahagian A, B dan C yang telah dianalisis dimasukkan. Di
samping itu, pandangan dari penyelidik lain juga dibincangkan dalam bab ini sebagai
sokongan bagi memperkukuhkan lagi hasil dapatan yang di perolehi. Rumusan
berkaitan dengan hasil dapatan dalam kajian ini dilakukan setelah perbincangan yang
sewajarnya selepas meneliti hasil kajian. Pada pennghujung kajian ini dapat menarik
perhatian yang sewajaranya oleh mana – mana pihak yang berkaitan menjadikan ia
sebagai rujukan dan panduan di masa hadapan.
5.2 Perbincangan
Bahaagian ini merupakan hasil dapatan kajian yang terdiri daripada tiga tahap
kompotensi guru yang mengajar TMK di sekolah rendah. Oleh yang demkian,
perbincangan ini dilakukan berdasarkan persoalan yang dinyatakan dalam bab 1.
40
5.2.1 Tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah.
Hasil daripada dapat kajian diperolehi, didapati bahawa pengetahuan guru berada
dalam peratusan tertinggi. Oleh yang demikian, maka dapat disimpulkan bahawa
guru mempunyai penetahuan menngenai latihan, sukatan matapelajaran dan visi dan
misi KPM dalam melaksanakan matapelajaran TMK di sekolah. Dapatan ini turut
menyokong penyataan , bahawa tahap pengetahuan guru yang mengajar TMK berada
dalam peratuasan yang tertinggi. Hasil kajian juga mendapati guru yng mempunyai
opsyen asal iaitu opsyen sains juga memyumbang peratus teringgi dalam dapat
demografi. Hubungan antara pengetahuan dan opsyen asal berkait rapat dalam
menentukan kejayaan sesebuah pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan guru
perempuan yang mengajar menjadikan pengajaran lebih seronok dan guru lebih
mudah didekati. Didapati juga kekerapan umur guru memberikan maklumat bahawa
ilmu yang disampaikan itu dapat dikembangkan dengan mudah.
5.2.2 Sikap guru dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah.
Dalam dapatan ini guru telah memberikan pendekatan yang baik semasa mengajar
TMK kepada murid. Strategik dan konsep yang dilaksanakan menarik minat murid
dalam mempelajari TMK. Murid berasa seronok bila guru memberi peluang kepada
murid untuk meneroka ilmu yang lebih luas kepada mereka. Guru mengalakkan
murid membuat kerja dan dalam masa yang sama mereka dibimbing secara tidak
langsung. Oleh itu, elemen sikap guru dalam melaksanakan TMK mencapai
peratusan tinggi.
5.2.3 Tahap kemahiran guru dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah.
Dalam dapatan ini, tahap kemahiran guru adalah tinggi. Bagaimana pun guru
haruslah mengambil berat mengenai kemahiran terutamanya dalam mengendalikan
peralatan dan kerosakan peralatan ICT di sekolah. Kemahiran tidak sahaja
ditanggung oleh pembnatu makmal semata. Namun seorang guru yang mempunyai
tahap kompetensi yang tinggi, maka guru juga harus mempelajari ilmu berkenaan.
41
5.3 Rumusan dapatan kajian
Dapatan hasil kajian dapat dirumuskan melalui persoaln kajian yang telah dibina oleh
pengkaji. Tahap pengetahuan, dan sikap guru matapelajaran TMK di sekolah rendah
adalah berada pada aras yang tinggi. Manakala kemahiran guru juga berada dalam
peratusan yang tinggi yang mana boleh ditingkatkan lagi.
5.4 Cadangan
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan, pengkaji mengemukaakan
beberapa cadangan untuk di pertimbagkan oleh pihak yang berkenaan bagi
melahirkan guru yang mempunyai tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran yang
untuk guru TMK di sekolah rendah.
Berikut cadangan yang boleh dipertimbangkan:
a) kebanyakkan guru sains mengajar matapelajaran yang berlainan memandang
masa mengjar untuk TMK adalah sedikit. Masa untuk elemen TMK adalah
terhad. Pihak sekolah haruslah mengatur masa yang sesuai untuk guru
bersedia mengjajar TMK di sekolah. Sekiranya masa guru amat padat
sebelum mengajar TMK, maka guru tersebut tidak dapat untuk
memperuntukkan masa bagi menyediakan diri untuk mengajar TMK selepas
itu.
b) Guru haruslah peka dan memberi perhatian pada perkembagan semasa
mengenai penggunaan ICT. Mereka seharusnya tidak mengharapkan latiahan
yang diberikan semata-mata. Ilmu dan kursus luar boleh dijadikan sebagai
penambah kemahiran sedia ada.
5.5 Cadangan kajian lanjutan
Dalam bahagian ini, pengkaji megutarakan beberapa cadangan kepada pengkaji lain
yang berminat untuk membuat kajian yang sama pada masa akan datang.
42
Memandangkan kajian pengkaji ini dilakukan dalam masa yang singkat, maka
mungkin terdapat beberapa kelemahan yang telah menjejaskan hasil kajian. Oleh itu,
berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan kajian dan hasil kajian yang diperolehi,
pengkaji telah menggariskan beberapa cadangan, iaitu:
a) Menggunakan saiz sampel yang lebih besar bagi mendapatkan gambaran
yang lebih nyata tentang tahap kompentesi di kalngan guru-guru TMK di
daerah lain
b) Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak lagi dimensi lain yang boleh
dikaji seperti pengurusan bilik komputer sebagainya.
c) Kajian ini hanya menggunakan guru sains sebagai sampel. Jadi,
dicadangkan agar pengkaji lain dapat menggunakan sampel-sampel lain
seperti guru kemahiran hidup dan Reka Bentuk Teknologi
d) Kajian ini hanya menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian. Oleh itu, dicadangkan agar pengkaji lain menggunakan kajian
kualitatif seperti menemuduga pelajar atau guru-guru.
5.6 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap
kompetensi guru dalam melaksanakan TMK di sekolah rendah. Dapatan kajian
keseluruhannya menunjukkan guru-guru TMK di sekolah rendah memberi komitmen
yang tinggi terhadap perlaksanaan nya di sekolah walaupun baru 4 tahun
matapeljaran itu diperkenalkan. Guru-guru mengambil langkah untuk mempelajari
ilmu ini dengan menghadiri kursus serta meneroka sendiri mengenai ICT. Justeru itu,
pengkaji berharap usaha murni ini dapat diteruskan bagi melahirkan anak-anak yang
berdaya maju dalam bidang ICT selaras dengan kehendak pasaran pada masa akan
datang.
43
RUJUKAN
Abdul W.I.G (2006) Penggunaan Komputer dalam Pengajaran- Pembelajaran
dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang.
Kajian Malaysia. XXIV(1&2): 203–225
Abdullah . J , ( 2002 ) Emerging Techology for Education, The World : The
Malaysian Experience; Cyberjaya, Penerbit Universiti Malaysia, Malaysia
Azzman . T ( 1998 ) IT Industry Development Strategies in Countries Around World,
Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
Chua Y. P ( 2006 ) Asas Statistik Penyelidikan, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka
Cooper D. R,.Schindler P S ( 1998 ) Innovative Learning Solautions, New York ,
United Blooms Publications
Creswell J W. ( 2003 ) Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed
Methods Approaches, New York Sage Publications
Ismail Z. (2000). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia Publications.
Izham M.M. (2000). Tahap Kesediaan Guru Sains dalam Penggunaan Teknologi
44
Komputer di Makmal Sains. Jurnal Teknologi. 48(E): 169–186.
Konting M.K ( 1990 ) Kaedah Penyelidikan, , Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mahzan A. C ( 2002 ) Authoring a dialogal Working Knowledge, Kuala Lumpur,
Penerbit Universiti Islam Antarabangsa.
Rashid A. R. A.( 2006) Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan
Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
.
Shahril S. (2008) . Sikap Guru Sains di Negeri Sembilan Terhadap Teknologi
Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E): 45–60.
Sukumaran Nair M.P ( 2000 ) Web Technologies : Sosial Impacts, India, Mumbai
Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
45
LAMPIRAN
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
TAHAP KOMPETENSI GURU SAINS TERHADAP PENGAJARAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI
DI SEKOLAH RENDAH
Soal selidik ini hanya untuk kegunaan penyelidik sahaja. Data akan disimpan untuk
rujukan dalaman
46
BUTIRAN DIRI
Sila tanda ( / ) pada yang berkenaan
Jantina : Lelaki Perempuan
Umur : 20-30 tahun 31-40 tahun
41-50 tahun 51- 60 tahun
Kelayakan iktisas : SPM/ STPM Diploma Sarjana Muda
Sarjana Doktor Falsafah
Opsyen Asal : Sains Bukan sains ............... (sila nyatakan)
Pengalaman mengajar : 1- 10 tahun
11-20 tahun
20-30 tahun
Pernah menghadiri kursus Penyebaran KSSR Sains anjuran PPD/JPN/KPM
Ya Tidak
47
Borang Soal Selidik
Bahagian A : Mengenalpasti tahap pengetahuan guru TMK di sekolah rendah.
Sila nyatakan anda bersetuju atau tidak dengan setiap pernyataan yang disenaraikan
di bawah dengan membulatkan nombor yang bersesuaian. Gunakan skala yang telah
diberi di bawah:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
1. Saya telah mendapat latihan secukupnya dari pihak
sekolah, PPD, JPN, KPM1 2 3 4 5
2. Saya menguasai konsep KSSR sepenuhnya. 1 2 3 4 5
3. Saya memahami sukatan pelajaran KSSR TMK
sepenuhnya.1 2 3 4 5
4. Saya boleh meranacang pengajaran dengan berkesan 1 2 3 4 5
5. Saya boleh merancang aktiviti yang berkaitan dengan ICT 1 2 3 4 5
6. Saya memberikan penerangan secara terperinci mengenai
penggunaan ICT kepada murid-murid1 2 3 4 5
7. Saya boleh memberikan penerangan mengenai ICT kepada
rakan sekerja.1 2 3 4 5
8. Saya boleh menggunakan kemahiran TMK di dalam kerja
seharian saya1 2 3 4 5
9. Saya dapat mengenalpasti kelemahan saya dalam
penggunaan TMK1 2 3 4 5
10. Saya dapat mengatasi kelemahan saya dalam penggunaan 1 2 3 4 5
48
TMK
Bahagian B : Mengenalpasti sikap guru TMK di sekolah rendah.
Sila nyatakan anda bersetuju atau tidak dengan setiap pernyataan yang disenaraikan
di bawah dengan membulatkan nombor yang bersesuaian. Gunakan skala yang telah
diberi di bawah:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
1. Saya amat mesra dengan murid ketika P& P 1 2 3 4 5
2. Saya komited semasa mengajar TMK di sekolah. 1 2 3 4 5
3. Saya mudah memberi kerjasama kepada pihak pentadbir. 1 2 3 4 5
4. Saya seorang yang penyabar sekiranya peralatan komputer
tidak dapat digunakan/ rosak1 2 3 4 5
5. Saya tidak akan berputus asa sekiranya murid saya tidak
dapat menguasai apa ynag dipelajari..1 2 3 4 5
6. Saya pasti boleh menerima teguran daripada rakan sejawat. 1 2 3 4 5
7. Saya sentiasa bersedia membantu rakan sejawat apabila
diperlukan.1 2 3 4 5
8. Saya sentiasa bersedia membantu pihak sekolah dalam
menyediakan laporan keputusan murid bila bila masa.1 2 3 4 5
9. Saya sentiasa bersedia untuk dihantar untuk meningkatkan
ilmu berkenaan TMK bila diarahkan.1 2 3 4 5
10. Saya boleh memberi ” in house training ” kepada rakan
sejawat1 2 3 4 5
49
Bahagian C : Mengenalpasti tahap kemahiran guru TMK di sekolah rendah.
Sila nyatakan anda bersetuju atau tidak dengan setiap pernyataan yang disenaraikan
di bawah dengan membulatkan nombor yang bersesuaian. Gunakan skala yang telah
diberi di bawah:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Sangat setuju
1. Saya yakin apabila diminta untuk memberi tunjuk ajar
kepada guru lain1 2 3 4 5
2. Saya yakin apabila berkomunikasi dengan murid 1 2 3 4 5
3. Saya yakin dan tahu menggunakan semua peralatan di bilik
komputer.1 2 3 4 5
4. Saya mahir dalam menerapkan nilai murni ketika mengajar. 1 2 3 4 5
5. Saya mahir dalam menangani kerosakan kecil pada alatan
ICT.1 2 3 4 5
6. Saya mahir dalam menangani kerosakan besarpada alatan
ICT1 2 3 4 5
7. Saya mahir mengenalpaaasti murid yang bermasalah dalam
TMK1 2 3 4 5
8. Saya mahir dalam mengendalikan pengurusan bilik
komputer1 2 3 4 5
9. Saya mahir dalam mengendalikan pengurusan fail serta
dokumen berkautan dengan bilik komputer1 2 3 4 5
10. Saya mahir dalam menyediakan data pelaporan murid
secara offline.
1 2 3 4 5
50
SEKIAN, TERIMA KASIH
VITA
Penulis dilahirkan pada 26 Ogos 1982 di Kampung Gelam,Tanjung Kling, Melaka.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Mohd Khir Johari, Johor Bahru selama
5 tahun dan menghabiskan Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam,
Melaka. Beliau mengikuti pembelajaran menengah di Sekolah Menengah Seri
Tanjung, Melaka. Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada 2000, beliau
ditawarkan belajar di Universiti Teknologi Mara, Kampus Kuala Pilah, Negeri
Sembilan dalam pengajian Pra Diploma Sains ( Sains Hayat ) selama 6 bulan.
Namun selepas 3 bulan, beliau telah di panggil pulang kerana ditawarkan
melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ipoh, Perak dalam bidang Diploma
Penguruan dalam bidang pengkhususan Sains dan Kajian Tempatan selama 3 tahun.
Pada tahun 2004, beliau telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling,
Johor Bahru selama 3 tahun. Seterusnya, pada tahun 2007 beliau mengajar di
Sekolah Saint Joseph, Johor Bahru selama setahun sebelum mengikuti suami ke Batu
Pahat pada 2008. Kini beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Batu
Pahat. Pada 2011, beliau ditawarkan mengikuti Program Pensiswazahan Guru di
bawah tajaan Kementeriaan Pelajaran Malaysia dalam bidang Sarjana Muda
Pendidikan Sains Sekolah Rendah di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat ,