3.07.1 Sumber Mineral1. Malaysia mempunyai pelbagai sumber
mineral.2. Sumber mineral terdiri daripadamineral logamdanmineral
bukan logam.3. Antara mineral logam termasuklah bijih timah, bijih
besi, emas, bauksit, dan kuprum (tembaga).4. Antara mineral bukan
logam ter- masuklah bahan bakar (bahan api/ fosil) seperti
petroleum, gas asli, dan arang batu serta pasir dan batu
permata.Taburan Sumber Petroleum dan Gas Asli1. Di Malaysia, semua
aktiviti penggerudian sumber petroleum dan gas asli dijalankan di
kawasan laut China Selatan, iaitu diluar pantai Terengganu,Sarawak,
danSabah.
Peta 3.07.1Taburan kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
di Malaysia
2. Kawasan perlombongan petroleum adalah seperti dalam Jadual
3.07.1.
NegeriLombong Petroleum
Luar pantai TerengganuDulang, Semangkok, Tapis, Guntong, Tiong,
Selidi, Duyong, Bekok, Sotong, Pilong, Pilai
Luar pantai SarawakTemana, Bokor, Baronia, Baram, Tukau, Lutong
Barat, Betty, Salbiah
Luar pantai SabahSt. Joseph, Erb West, Semarang, Ketam, Barton,
South Furious, Tembungo
Jadual 3.07.1Kawasan perlombongan petroleum di Malaysia
3. Sarawakmerupakanpengeluar utama gas aslidi Malaysia diikuti
oleh Terengganu dan Sabah.4. Jadual 3.07.2 menunjukkan kawasan
perlombongan gas asli di Malaysia.
NegeriLombong Petroleum
Luar pantai TerengganuPilong, Damar, Lawit, Noring, Jerneh,
Bujang, Tangga Barat, Angsi, Telok, Bintang, Inas, Resak,
Bedong
Luar pantai SarawakTLaila, Beryl, Telaga-telaga E11, E8, E6, E5,
M1, F6, F23, F13, B11, B12, M4, F18, F14
Luar pantai SabahKinarut, Glayer, Semarang Kecil
Jadual 3.07.2Kawasan perlombongan gas asli di Malaysia
5. Loji penapisan petroleumterletak diLutong,Kertih,Port
Dickson, danTangga Batu.6. Loji di Port Dickson dan Tangga Batu
menapis petroleum yang diimport.7. Loji mencairkan gas asliterletak
diBintulu, yang merupakan loji yang terbesar di Asia Tenggara.8. Di
Kertih terdapat loji memproses gas.Taburan Sumber Emas, Bijih Besi,
Kuprum, Bauksit, Kaolin, dan Batu Kapur1. Emas dan bijih besi
terdapat di kawasan beralun dan berbukit.2. Emasdilombong di:a.
sekitarPenjom,Kuala Lipis, danRaubdiPahang;b.
sekitarRusiladiTerengganu;c. Hulu Kelantan.3. Pahangmerupakan
negeripengeluar emas utamadi Malaysia.4. Malaysia mempunyai banyak
kawasan emas lain tetapi kebanyakannya tidak sesuai dilombong
kerana:a. kurang bermutu;b. kos yang tinggi diperlukan untuk
perlombongan;c. kurang menguntungkan.5. Terdapat lombong bijih besi
di Pahang, di Perak, dan di Terengganu.6. Di kawasan-kawasan
berikut, terdapat simpananbijih besiyang masih belum diusahakan
lagi, iaitu:a. di daerahKota Tinggi,Batu Pahat,
danMersingdiJohor;b. di sekitarBukit BesidiTerengganu;c. di
sekitarTemangandiKelantan;d. daerahYandiKedah;e.
sekitarTambundiPerak.7. Kuprumdilombong dalam jumlah yang kecil di
sekitarMamutdi Sabah.Peta 3.07.2Kawasan simpanan emas, bijih besi,
tembaga (kuprum), bauksit, batu kapur, dan kaolin di Malaysia
8. Bauksitdilombong diTeluk Ramunia, iaitu di tenggara Johor.9.
Terdapat lombongkaolindi daerahBidordanTapahdi Perak,MachapdanAir
Hitamdi Johor.10. Kawasanbatu kapurutama di Malaysia ialah:a. di
sekitarBatu Cavesdi Selangor;b. kawasantanah tinggi berhampiran
Dataran Hilir Perak;c. diPulau Langkawi, Kedah;d. Gua Niah, danGua
MuluSarawak;e. daerahTawau, Sabah.Taburan Sumber Bijih Timah dan
Arang Batu
Peta 3.07.3Taburan kawasan bijih timah dan arang batu di
Malaysia
1. Terdapat24 lombong bijih timahyang sedang beroperasi dan
kesemuanya terletak di Semenanjung Malaysia.2. Lombong-lombong ini
terletak di Selangor, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, dan Negeri
Sembilan.3. Contohnya,Lembah Kintadi Perak sertaDengkildanKuala
Langatdi Selangor.4. Perlombonganarang batudiBatu Arang,Selangor,
danBukit Arang di Perlisdijalankan secara berskala kecil.5. Di
Sarawak, arang batu dilombong di sekitarMukah,Merit-Pila,
danSilantek.6. Di Sabah, kawasan arang batu terdapat
diSilimpopon.
3.07.2 Sumber Hutan1. Terdapat empat jenis hutan di Malaysia,
iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan
gunung.2. Sarawak mempunyai keluasan hutan yang paling besar.3.
Hutan Malaysia kaya dengan banyak spesies tumbuhan dan hidupan
liar.Hutan Hujan Tropika1. Hutan hujan tropikaadalah hutan
yangpaling luasdi Malaysia.
Peta 3.07.3Taburan kawasan bijih timah dan arang batu di
Malaysia
2. Hutan hujan tropika terdapat dibahagian tengah Semenanjung
Malaysiadanbahagian pedalaman SabahdanSarawak.3. Hutan ini
ditumbuhi pokok kayu keras seperti meranti, cengal, keruing,
mersawa, merbau, nyatuh, dan jelutung.4. Tumbuhan yang lain adalah
seperti rotan, orkid, paku pakis, dan semak samun.5. Hidupan liar
dalam hutan ini ialah gajah, harimau, orang utan, kera, dan
kancil.Hutan Paya1. Terdapat dua jenis hutan paya, iaitu hutan paya
air tawar dan hutan paya air masin.2. Hutan paya air tawarterdapat
di kawasan:a. sekitarTasik ChinidanTasik Beradi negeriPahang;b.
sebahagian Sabak BernamdiSelangor;c. tenggara Pahang;d. muara
sungaiseperti diDelta Rajang,Sarawak.3. Contoh tumbuhan ini
ialah:a. Semenanjung Malaysia: mengkuang, meranti paya, mersawa
paya, dan kempas;b. Sarawak: pokok sepetir paya, meranti paya,
ramin, jongkong, semayur, dan kapur paya.4. Di hutan ini juga
terdapat palma, nipah, mengkuang, dan keladi air.5. Hutan ini
menjadi habitat hidupan liar seperti katak, burung, kera, ular, dan
ikan.6. Hutan paya air masin terdapat di kawasan:a. Larut
MatangdiPerak(kawasan pantai sepanjang 50 kilometer);b. sebahagian
pantai Kuala Selangor;c. Pantai Samarahan-SadongdiSarawak;d. Delta
Labuk-SugutdiSabah.7. Hutan ini ditumbuhi pokok bakau apiapi, bakau
kurap, dan bakau minyak, nipah, lenggadai, tumu merah, pakupakis,
gelam, ramin, jongkong, dan nibung.8. Hutan ini juga menjadi
habitat kepada hidupan liar seperti keluang, burung, kera, ular,
serangga, ikan, ketam, siput, dan udang.Hutan Pantai1. Hutan jenis
ini terdapat di kawasan:a. di sepanjangPantai Cahaya
BulandiKelantan;b. Pantai Tanjung RhudiPulau Langkawi;c. Desarudi
tenggaraJohor;d. Pantai Batu FeringghidiPulau Pinang;e. Pulau
SipadandiSabah;f. Pulau Talang-TalangdiSarawak.2. Antara
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan jenis ini ialah pokok ru,
kelapa, bintangor laut, jemerlang laut, bebaru, mengkuang laut, dan
tapak kuda.3. Hidupan liar yang terdapat di hutan ini adalah
seperti burung, tupai, ular, kera, biawak, dan serangga.Hutan
Gunung1. Antara beberapa tempat yang diliputi hutan gunung ialah
kawasan seperti:a. Gunung KinabaludiSabah;b. Gunung Tahan,Bukit
Fraser, danTanah Tinggi CamerondiPahang;c. Gunung JeraidiKedah.2.
Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di hutan gunung ialah rafflesia,
periuk kera, orkid, pain, paku pakis, lumut, dan kulampair.3.
Hidupan liar dalam hutan ini adalah seperti harimau dahan, beruang,
musang, tikus, katak, burung, dan serangga.
3.07.3 Sumber Tenaga di Negara Malaysia1. Sumber tenaga yang
terdapat di Malaysia termasuklahpetroleum,gas asli,tenaga
suria,arang batu, danbiomas/biojisim.2. Sebahagian besar sumber
tenaga Malaysia adalah bahan api fosil, iaitu petroleum, gas asli,
dan arang batu.3. Petroleum, gas asli, dan arang batu digunakan
sebagaibahan bakardan untukmenjana kuasa elektrikhaba atau
terma.Petroleum1. Sebelum dapat digunakan sebagai sumber tenaga,
petroleum terlebih dahulu ditapis melalui loji penapisan minyak.2.
Kaedah penapisan yang digunakan dikenal sebagaiproses penyulingan
berperingkat.
Rajah 3.07.1Proses penyulingan berperingkat
Peta 3.07.5Taburan gas asli, petroleum, arang batu, dan stesen
kuasa elektrik terma di Malaysia
3. Contoh beberapa kegunaan petroleum ialah:a. menjana tenaga
elektrik;b. petrol dan diesel untuk menggerakkan kenderaan
bermotor;c. gas petroleum cecair digunakan untuk kenderaan dan
memasak;d. minyak tar digunakan untuk menurap jalan raya;e. membuat
kosmetik;f. industri petrokimia untuk menghasilkan baja kimia,
plastik, dan cat.Gas Asli1. Gas asli adalah sumber tenaga penting
untuk menjana kuasa elektrik.2. Contohnya, diPaka, Terengganu.3.
Kira-kira 80% daripada penggunaan gas asli adalah untuk
menghasilkan kuasa elektrik.4. Contoh kegunaan gas asli adalah
seperti:a. membuatbaja ureadi Bintulu, Sarawak;b. sebagaibahan
apiuntukkegunaan domestikdankenderaan;c. industripetrokimiadan
membuatbarangan farmaseutikal(ubatubatan).5. Gas asli banyak
kelebihannya jika dibandingkan dengan bahan bakar yang lain
kerana:a. merupakan sumber tenaga yang bersih;b. dapat digunakan
terus selepas diproses;c. harganya lebih murah jika dibandingkan
dengan harga bahan bakar lain;d. gas asli tidak beracun kerana
tidak mempunyai karbon dioksida;e. merupakan jenis tenaga yang
selamat.Arang Batu1. Arang batu seperti petroleum dan gas asli
digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik terma.2. Terdapat
beberapa stesen tenaga elektrik yang menggunakan sumber arang batu,
iaitu:a. Perbadanan Pembekalan Elektrik SarawakdiSejingkat;b.
Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di
Kapar,Klang Selangor.c. Stesen Jana Kuasa Elektrik
ManjungdiPerak.3. Walau bagaimanapun, terdapat masalah pengeluaran
sumber ini, iaitu:a. deposit arang batuterletak di
pedalamanyangkurang kemudahan;b. penerokaan sumber tenagakurang
ekonomikkeranakos tinggi;c. mencemarkan alam sekitar.Tenaga Suria1.
Tenaga suria merupakan sumber tenaga yang mempunyai beberapa
kegunaan seperti:a. memanaskan airdi rumah;b. menyalakan rumah
apidi laut;c. membekalkantenaga elektrik;d. radar mengesan kelajuan
kenderaan di lebuh raya;e. membekalkan tenaga bagi lampu lintasan
kereta api,mesin tiket meletak kenderaan,kalkulator, danjam
tangan.Biomas/Biojisim1. Biomas atau biojisim diperoleh hasil
daripadasisa-sisa buanganhasilpertanian,industri, ataubuangan
haiwan.2. Contohnya,kayu api,najis ayam,najis lembu, dansisa
sawit.3. Gas metana dan gas etana diperoleh hasil daripada
pereputan sisa-sisa tersebut.4. Gas-gas ini digunakan sebagai bahan
api seperti sebagai bahan bakar untuk kegunaan domestik.5.
Contohnya, hampas dan tandan kelapa sawit menghasilkan tenaga
biogas seperti metana untuk digunakan sebagai bahan bakar untuk
memasak.6. Loji Jana Kuasa Landfill di Puchong,Selangormenggunakan
gas dari tapak pelupusan sampah sebagai bahan api.7. Tenaga biomas
juga digunakan untuk memasak air untuk perusahaan batik di
Kelantan, Terengganu, dan Perak.Tenaga Nuklear1. Malaysia masih
belum mempunyai loji jana kuasa tenaga nuklear kerana:a. kos
pembinaandanpengendalian yang tinggi;b. kekurangan tenaga
mahirdankepakaran;c. sisa radioaktifdankesan kebocoran nuklear
sangat berbahayakepada manusia, haiwan, dan alam sekitar.2.
Penyelidikan dan pembangunan teknologi nuklear dijalankan oleh
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) di Bangi,
Selangor.3. Tenaga nuklear digunakan dalam bidang pertanian,
perubatan, perindustrian, dan kawalan alam sekitar.Kuasa
Hidroelektrik1. Kuasa hidroelektrik merupakan kuasa yang paling
penting di Malaysia.2. Malaysia dapat menjana kuasa hidroelektrik
kerana:a. menerima hujan sepanjang tahun;b. mempunyaisungai-sungai
yang beraliran derasserta mempunyaiisipadu air yang
banyakdantetapsepanjang tahun;c. Empangan dibina di bahagian hulu
sungai kerana aliran deras;d. Air yang deras akan menggerakkan
turbin untuk menghasilkan kuasa elektrik;e. Contohnya, Empangan
Chenderoh di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu,
dan Empangan Pergau di Sungai Pergau.3. Kos pembinaan loji adalah
tinggi, tetapi kos penggendalian masa jangka panjang adalah murah
kerana menggunakan sumber air yang percuma.4. Tenaga hidro
berbanding dengan sumber tenaga lain seperti arang batu mempunyai
kelebihan kerana lebihbersih,mudah digunakan, danpenghantarannya
adalah cepat.
Peta 3.07.6Stesen jana kuasa hidroelektrik dan kuasa elektrik
terma utama di Malaysia
3.07.4Penggunaan Sumber Tenaga Di Negara Malaysia Pada Masa
Depan
Kemajuan Teknologi1. Penggunaan sumber tenaga suria dan biomas
adalah terhad di Malaysia kerana penggunaan sumber petroleum dan
gas asli yang meluas.2. Penggunaan tenaga alternatif ini di
Malaysia dan negara-negara membangun adalah terhad kerana:a.
kekurangan tenaga pakar;b. kos yang tinggi.3. Pusat Tenaga
Malaysiasertainstitusi pengajian tinggi awam (IPTA)daninstitusi
pengajian tinggi swasta (IPTS)meneruskan penyelidikan dan kajian
untuk mencipta kaedah memerangkap tenaga suria yang lebih murah dan
cekap.4. Pada masa depan, dijangkakan penggunaantenaga suriaakan
meningkat apabila:a. teknologi untuk memerangkap tenaga suria
semakin murah dan berkesan;b. sumber petroleum dan gas asli semakin
berkurangan dan mahal;c. teknik melupuskan biomas dimajukan dan
dapat menghasilkan tenaga elektrik dan haba yang maksimum.5.
Penggunaantenaga biomasakan meningkat kerana Malaysia mempunyai
sumber biomas yang banyak.Kitar Semula1. Tenaga biomas merupakan
sumber tenaga yang dapat diperoleh melalui proses kitar semula.2.
Kayu api merupakan sumber tenaga biomas utama.3. Tenaga biomas
mempunyai potensi tinggi sebagai sumber tenaga alternatif kerana:a.
dapat dikitar semula bagi menghasilkanminyak untuk kenderaan
(biobahan api);b. ditukarkan sebagai minyak atau gas bagi
menghasilkan tenagaelektrik (biotenaga);c. dijadikan bahan kimia
untuk membuatbarangan penggunayang asalnya dibuat daripada
petroleum(bioproduk)seperti barangan plastik, tekstil, dan fabrik
sintefik;d. dapat ditukarkan terus menjadietanoldanbiodiesel.4.
Etanol dan biodiesel dapat digunakan sebagai minyak untuk kegunaan
kereta, bas, trak, kapal terbang, dan kereta api. Penggunaan bahan
ini kurang mencemari alam sekitar.5. Di kilang biotenaga, sisa
tumbuhan ladang dibakar untuk menghasilkan wap.6. Wap ini
diperangkap dalam turbin dan ditukarkan oleh generator menjadi
kuasa elektrik.7. Wap ini digunakan juga untuk memanaskan bangunan
atau kegunaan pemprosesan.8. Pelbagai jenis barangan yang dibuat
daripada minyak fosil dapat dihasilkan daripada biomas.
3.07.5 Sumber Tenaga di Negara LainTenaga Suria di Jepun1. Jepun
adalah sebuah negara yang maju dalam penggunaan tenaga suria
sebagai tenaga alternatif.2. Tenaga ini dimajukan untuk pelbagai
kegunaan dan keperluan termasuklah:a. kegunaan domestik seperti
memanaskan rumah dan air;b. digunakan untuk menghasilkan tenaga
elektrik.3. Tenaga ini digunakan secara meluas di kawasan-kawasan
terpencil yang tidak mempunyai talian elektrik seperti tenaga untuk
stesen pemancar televisyen, radio, dan telefon.4. Di beberapa
kawasan, tenaga ini digunakan:a. untuk mengepam air ke rumah dan
kawasan pertanian;b. untuk kegiatan rekreasi;c. oleh bateri bot dan
kenderaan kecil di padang golf dan kawasan taman tema;d. pada alat
komunikasi dan pemberi amaran seperti rumah api, papan tanda di
tepi jalan raya dan lebuh raya;e. di kawasan pelancongan yang
terpencil untuk menjana kuasa elektrik.5. Masalah-masalah penjanaan
tenaga suria:a. kos penjanaan tinggi;b. tenaga yang dapat
diperangkapterhad pada waktu siang;c. penggunaan tenaga suria
terhad.Tenaga Ombak di Perancis
Rajah 3.07.2Satu sistem tenaga ombak
1. Perancis adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan
penjanaan tenaga ombak.2. Pada tahun 1799, tenaga ini diperoleh
untuk menggerakkan pam air, gergaji, dan mesin.3. Empangan yang
dibina di Sungai Rhine, St. Malo adalah untuk memerangkap ombak
untuk menjana elektrik.4. Penjanaan tenaga ini dapat dilakukan
melalui kaedah saluran terus, pelampung, kolam berayun, dan turbin
bawah air.Tenaga Pasang Surut di Negara China1. Negara China
mempunyai kawasan pantai yang mengalami arus pasang surut yang
deras dan berupaya untuk menggerakkan turbin kecil bagi
menghasilkan tenaga elektrik.2. Stesen-stesen utama penjana tenaga
ini di China ialah stesen Jiangxia, Baishakou, Xinfuyang, Yuepu,
Haishan, Shashan, Kuihe, dan Guozishan.3. Stesen Wenzhou di
Zhejiang adalah yang paling besar di Asia.4. Di negara China, kuasa
tenaga elektrik yang dijana daripada arus pasang surut digunakan
untuk lampu rumah, kilang kecil, dan kawasan pertanian secara
kecil-kecilan.5. Negara China merancang bagi menambahkan kegunaan
sumber pasang surut kerana:a. tenaga ini tidak mencemarkan alam
sekitar;b. penghasilannya tidak memerlukan petroleum.6. Masalah
penjanaan tenaga pasang surut ialah kos pembinaan tinggi.Tenaga
Angin di Belanda1. Sumber tenaga angin sesuai dimajukan di Belanda
kerana kedudukan pantainya yang menghadap Laut Utara dan terdedah
kepada tiupan angin yang kuat dan berterusan.2. Kincir angin
digunakan bagi memasukkan air ke kawasan ladang semasa ladang
kekurangan air.3. Kincir angin juga digunakan untuk menghasilkan
tenaga bagi mengisar bijirin dan memecahkan biji sawi.4. Di
Belanda, tenaga angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik
dengan memasang turbin angin di tempat lapang, luas, dan terdapat
angin yang kuat, stabil, dan berterusan.
Rajah 3.07.3Bmilah penjana tenaga angin
5. Di Belanda, turbin angin dipasang pada menara tiang yang
tinggi di kawasan lapang di tepi pantai dan di tengah laut.6.
Masalah-masalah penjanaan tenaga angin:a. terhadkepada kawasan
lapang;b. masalah mendapat kuasa yang stabil keranahalaju angin
tidak stabil;c. hanya sesuai untuk penghasilansecara
kecil-kecilan.Tenaga Biomas di India1. Di India,sisa
ladang,rumput,pokok,kulit tumbuhan,habuk kayu gergaji, dansisa
tanamanmenjadi sumber bahan mentah untuk memperoleh tenaga
biomas.2. Pereputan bahan biomas sepertinajis lembudigunakan untuk
menghasilkan gas metana yang digunakan untuk memasak.3. Secara
tradisi tumbuhan digunakan sebagai kayu api untuk memasak dan
sebagai bahan bakar dalam industri kecil seperti membuat batu-bata
dan peralatan porselin.4. Sumber tenaga mudah dihasilkan, murah,
dan banyak digunakan oleh penduduk berpendapatan rendah.5. Tenaga
ini luas digunakan di kawasan perumahan dan industri di
bandarbandar besar yang berpenduduk padat seperti Chennai, New
Delhi, dan Mumbai.6. Tenaga biomas digunakan juga secara meluas di
China, Filipina, dan Korea Selatan.7. Masalah-masalah penjanaan
tenaga biomas:a. memerlukan bekalanbahan mentahyangbanyak;b.
masalah pergudanganuntuk menyimpan bahan mentah;c. pengeluaranhaba
rendah;d. menyebabkanpencemaran baudanpencemaran udaraseperti asap
hitam dan jelaga.Tenaga Geoterma di Iceland1. Di Iceland, tenaga
geoterma merupakan sumber tenaga yang terpenting.2. Jenis tenaga
yang lain adalah petroleum, hidroelektrik, dan arang batu.3.
Iceland terkenal dengan penjanaan tenaga ini kerana terletak
dikawasan gunung berapi yang masih aktif.4. Tenaga ini diperoleh
daripada kolam geoterma, iaitu kolam air bawah tanah yang
dipanaskan oleh magma.
Rajah 3.07.4Tenaga geoterma
5. Wap panas dihasilkan apabila air kolam dipanaskan mencapai
takat didih.6. Wap panas ini akan meresap dan muncul di permukaan
bumi melalui rekahan dan membentuk perigi air panas (geiser).
Rajah 3.07.5Mata air panas dan geiser di kawasan gunung
berapi
7. Penggunaan tenaga geoterma bergantung kepada suhu kawasan
geoterma.8. Di kawasan kolam geoterma yang bersuhu kurang daripada
150C, tenaga ini digunakan bagimemanaskan rumah,membasuh,
danmemasakseperti di Reykjavik.9. Sumber tenaga yang dihasilkan
daripada kolam tenaga geoterma yang bersuhu lebih daripada 200C
digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.10. Jenis kolam
bersuhu tinggi terdapat di seluruh negara.11. Kini, sumber tenaga
geoterma digunakan di kilang, memanaskan kolam renang, rumah hijau,
dan mencairkan salji.12. Sumber tenaga ini juga dijanakan di Jepun,
China, Indonesia, Filipina, dan Daerah Rotorua di New Zealand yang
terletak di kawasan yang mengalami aktiviti gunung berapi.13.
Masalah-masalah penjanaan tenaga geoterma:a. penjanaan terhadkepada
kawasangempa bumidangunung berapi;b. air buangan dari stesen
geoterma yang mengandungi bahan seperti sulfur dioksidamengganggu
ekosistem;c. kos penjanaantinggi.