-
11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - SULTAN
MUHAMMAD V BERTITAH UMK PERLU JADI SEB…
1/3umk.edu.my/…/367-sultan-muhammad-v-bertitah-umk-perlu-jadi-sebuah-universiti-terunggul-dalam-…
Utama Berita Terkini SULTAN MUHAMMAD V BERTITAH UMK PERLU JADI
SEBUAH UNIVERSITI TERUNGGUL DALAM MELAHIRKANGRADUAN BERKUALITI
SULTAN MUHAMMAD V BERTITAH UMK PERLU JADI SEBUAH UNIVERSITI
TERUNGGULDALAM MELAHIRKAN GRADUAN BERKUALITI
KEJAYAAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melahirkan 292
graduan pada Majlis Konvokesyen Kedua merupakan satu pencapaian
amatmembanggakan kerana sebagai sebuah universiti muda yang sedang
berkembang maju, telah berjaya merintis kecemerlangan
pelajar,penyeliaan dan pengurusan pengajian siswazah,” titah Sultan
Kelantan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad
Vselaku Tuanku Canselor UMK.
Titah baginda, kejayaan para graduan pada majlis konvokesyen
kedua ini merupakan permulaan kepada pelengkap pembangunan
tamadunMalaysia yang maju, mempunyai nilai hidup yang berteraskan
kepada prinsip yang berkualiti tinggi, adil dan saksama.
Baginda bertitah, sebagai satu-satunya universiti di negara ini
yang berteraskan keusahawanan, baginda percaya, kekuatan kepakaran
dansumber kemudahan yang dimiliki oleh UMK akan menghasilkan impak
yang lebih besar kepada negara dan masyarakat.
“Dalam usaha menjayakan aspek keusahawanan itu, Universiti telah
mengadakan inisiatif awal dengan pihak industri bagi
meningkatkantahap ekonomi rakyat dengan mewujudkan pusat
penyelidikan keusahawanan dan inovasi yang dikenali sebagai Global
EntrepreneurResearch and Inovation Centre (GERIC).
“Beta berharap para penyelidik UMK akan berusaha
bersungguh-sungguh bagi menghasilkan penyelidikan yang memberi
manfaat kepadamasyarakat terutama dalam keadaan perubahan iklim dan
ekonomi semasa,” titah baginda.
Tuanku Sultan Muhammad V menyampaikan titah berkenaan ketika
merasmikan Majlis Konvokesyen Kedua UMK, di Dewan UtamaKompleks
Budaya Negeri, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan selaku Tuanku Pro Canselor
UMK, Yang Teramat Mulia, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra IbniSultan
Ismail Petra, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB. Dato’ Hj. Ahmad
bin Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. TanSri
Hamad Kama Piah bin Che Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Prof. Dato’
Lain-lain | Carian...
StafEmail StafPortal Staf
Direktori StafAplikasi Atas Talian
Aktiviti UMKPelawat
Peta & LokasiPenginapan
PengangkutanJawatan Kosong
Tender & SebuthargaGaleri
AlumniPortal Alumni
Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA
Pelajar
Pautan Pantas
Bahasa Melayu English
UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat
Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif
& WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas
TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat
Pengajian Siswazah
Kampus
http://www.umk.edu.my/version2012/http://www.umk.edu.my/version2012/latestnews.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/latestnews/367-sultan-muhammad-v-bertitah-umk-perlu-jadi-sebuah-universiti-terunggul-dalam-melahirkan-graduan-berkualiti.html#http://www.umk.edu.my/version2012/staf.htmlhttp://mail.umk.edu.my/http://ecomm.umk.edu.my/http://www.umk.edu.my/version2012/staf/direktori-staf.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/staf/aplikasi-atas-talian.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/kalendar-aktivitihttp://www.umk.edu.my/version2012/latestnews/367-sultan-muhammad-v-bertitah-umk-perlu-jadi-sebuah-universiti-terunggul-dalam-melahirkan-graduan-berkualiti.html#http://www.umk.edu.my/version2012/pelawat-top/peta-lokasi.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/pelawat-top/penginapan.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/pelawat-top/pengangkutan.htmlhttp://jobs.umk.edu.my/http://www.umk.edu.my/version2012/tender-a-sebuthargahttp://www.umk.edu.my/version2012/pelawat-top/galeri.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/http://ecomm.umk.edu.my/alumnihttps://www.facebook.com/AlumniUMKhttp://hepa.umk.edu.my/http://www.umk.edu.my/version2012/http://www.umk.edu.my/version2012/http://www.umk.edu.my/version2012/en/http://www.umk.edu.my/version2012/http://www.umk.edu.my/version2012/info-umk/mengenai-umk/sejarah-ringkas-umk.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/http://cps.umk.edu.my/http://www.umk.edu.my/version2012/http://fkp.umk.edu.my/v1/http://ftkw.umk.edu.my/http://fpv.umk.edu.my/http://fiat.umk.edu.my/http://fsb.umk.edu.my/http://ppbpi.umk.edu.my/http://cps.umk.edu.my/http://www.umk.edu.my/version2012/
-
11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - SULTAN
MUHAMMAD V BERTITAH UMK PERLU JADI SEB…
2/3umk.edu.my/…/367-sultan-muhammad-v-bertitah-umk-perlu-jadi-sebuah-universiti-terunggul-dalam-…
Dr. Rujhan bin Mustafa dan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof Dr.
Raduan bin Hj. Che Rose.
Baginda berharap,aspirasi untuk melihat supaya UMK ini menjadi
sebuah universiti yang terunggul yang mana pembelajaran yang
diberikankepada graduan-graduan itu mempunyai kualiti yang
tinggi.
“Setiap graduan yang keluar dari kampus ini menjadi rebutan
majikan dan industri kerana kelayakan yang diperolehi daripada
universiti ini.Dengan secara tidak langsung UMK akan menjadi sebuah
universiti yang berkualiti tinggi dan boleh dibanggakan bukan
sahaja di negarakita tetapi juga InsyaAllah dapat bersaing dengan
universiti-universiti lain di dunia ini,” titah Tuanku.
Justeru itu, baginda berharap segala pelan strategi UMK yang
dirangka selari dengan hala tuju kerajaan Negeri khususnya dalam
usahamembasmi kemiskinan tegar dan dalam masa yang sama
meningkatkan kualiti modal insan anak-anak jati negeri ini
khususnya dan rakyatMalaysia keseluruhannya.
“Selain itu UMK perlu memberikan fokus dalam pembangunan modal
insan yang berdaya maju, pemantapan penyelidikan dan
penyebarankhidmat profesional yang berkesan serta membawa manfaat
kepada masyarakat dan negara.
“Semua perkara itu perlu dilaksanakan secara profesional demi
kepentingan nasional dan tidak bersifat individu atau dipolitikkan
keranatanggungjawab universiti bukan sahaja untuk menghasilkan
graduan yang serba boleh tetapi negarawan ulung yang dihormati
bukan sahajadi dalam negara tetapi di peringkat global," titah
baginda.
Baginda turut bertitah, UMK hendaklah menjadi peneraju ilmu yang
relevan, unik dan berbeza berlandaskan ilmu keusahawanan
sebagaitunggak utama dalam mendidik dan melahirkan modal insan yang
kreatif, inovatif dan versatil.
"Antaranya ialah perubahan nilai dalam kalangan anak muda,
budaya hormat menghormati dan perubahan nilai masyarakat
yangmemerlukan pemikiran bersama secara kolektif,’’ titah
baginda.
Pada titah itu, Tuanku Canselor menyarankan supaya pelajar
sentiasa menjaga tingkah laku dan pekerti yang baik dalam
keghairahanterhadap sindrom idealisme yang biasa berlaku kepada
pelajar.
"Beta berharap para pelajar dapat mengendalikannya dengan
pemikiran yang waras dan memberi pertimbangan yang sewajarnya
sebelummengambil sesuatu tindakan,” titah baginda.
Sementara itu, seramai 289 graduan menerima ijazah Sarjana Muda
manakala tiga lagi adalah graduan Ijazah Sarjana. Graduan
UMKtersebut adalah daripada tiga fakulti iaitu Fakulti Industri
Asas Tani (76 orang); Fakulti Sains Bumi (25) Fakulti Keusahawanan
danPerniagaan (105 orang) dan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
(83 orang).
Manakala, tiga (3) pelajar pasca siswazah yang menerima anugerah
ialah Ijazah Sarjana Sains (Bioindustri), Sarjana Sains
(BioteknologiPertanian) dan Ijazah Sarjana Sains (Teknologi Alam
Sekitar).
Dalam pada itu, UMK turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor
Falsafah (Pengurusan Warisan) kepada Pesuruhjaya Warisan
JabatanWarisan Negara Dato’ Paduka Prof. Emeritus Siti Zuraina
Abdul Majid dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan)
kepadaPengarah Urusan Mydin Mohamad Holding Berhad, Datuk Ameer Ali
Mydin. UMK juga menganugerahkan Ijazah Sarjana Seni
(UsahawanIndustri Kreatif)kepada pelakon popular Rosyam Nor atau
nama sebenarnya Mohd Noor Shamsuddin.
-
11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - SULTAN
MUHAMMAD V BERTITAH UMK PERLU JADI SEB…
3/3umk.edu.my/…/367-sultan-muhammad-v-bertitah-umk-perlu-jadi-sebuah-universiti-terunggul-dalam-…
Bilangan Pelawat :297654
Penafian|
Dasar Privasi|
Dasar Keselamatan|
Soalan Lazim|
Hubungi Kami|
Bantuan|
Peta Laman
Hakcipta © 2012 Portal Rasmi Universiti Malaysia
Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera
Friendly
Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100
Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609
- 7717022
Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 05/11/2012,
00:33:29.
http://www.malaysia.gov.my/http://www.jpa.gov.my/http://www.mampu.gov.my/http://www.mdec.my/http://www.mscmalaysia.my/http://www.mof.gov.my/http://www.myideas.my/http://www.moe.gov.my/http://www.upu.my/http://www.myeg.com.my/http://www.umk.edu.my/version2012/penafian.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/dasar-privasi.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/dasar-keselamatan.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/faq-my.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/hubungi-kami-2.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/panduan-bantuan.htmlhttp://www.umk.edu.my/version2012/peta-laman-new.html