11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli p… 1/2 umk.edu.my/…/353-program-ihya-ramadan-umk-bantu-100-anak-yatim-beli-persiapan-aidilfitri.html Utama Berita Terkini Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri KEDATANGAN Syawal kali ini lebih memberi makna buat anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari di sekitar daerah di Bachok apabila di bawa untuk membeli-belah bagi persediaan menyambut hari raya Aidilfitri, di Mydin Mall, Kubang Kerian, Kelantan, di sini semalam. Mereka terdiri daripada 100 anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik daripada Sekolah Kebangsaan Bachok, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Kebangsaan Tawang, Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Sekolah Kebangsaan Tangok, Sekolah Kebangsaan Badak, Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, Sekolah Kebangsaan Perupok dan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Pengarah Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (PHKS), YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad, berkata, pada program kali ini setiap anak-anak ini diperuntukkan sebanyak RM100 untuk setiap seorang bagi membeli pakaian mereka dan turut diberi duit raya. Katanya, sumbangan duit raya itu diberikan pada majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa. “Sebelum itu, pada sebelah pagi setiap seorang anak yatim telah diberi peluang memilih sendiri baju raya di Mydin Mall untuk mereka merasai sendiri keseronokan membuat persediaan berhari raya bersama kawan-kawan," katanya. Lain-lain | Carian... Staf Email Staf Portal Staf Direktori Staf Aplikasi Atas Talian Aktiviti UMK Pelawat Peta & Lokasi Penginapan Pengangkutan Jawatan Kosong Tender & Sebutharga Galeri Alumni Portal Alumni Laman Facebook Alumni Laman Web HEPA Pelajar Pautan Pantas Bahasa Melayu English Utama Info UMK Pra-Siswazah Pascasiswazah Fakulti /Pusat Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi Pusat Bahasa dan Pembangunan Insaniah Pusat Pengajian Siswazah Kampus