1 Sulalatus Salatin: Karya Agung Melayu di Institusi Simpanan Dunia Raslin Abu Bakar Effah Imtiaz Zainol Perpustakaan Negara Malaysia Sulalatus Salatin (SS) atau Sejarah Melayu(SM) tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Fakta dan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan pelbagai aspek kebudayaan dan kemasyarakatan Melayu yang digambarkan olehnya telah menarik perhatian golongan budayawan, sejarawan dan sasterawan seantero dunia Timur dan Barat. Di Barat, SS lebih dikenali dengan nama The Malay Annals. SS bukan hanya sebuah karya sejarah dan juga bukan hanya sebuah karya sastera tetapi merupakan suatu dokumen penting yang mengandungi lunas-lunas tradisi politik dan nilai sosial masyarakat Melayu khususnya yang wujud di semenanjung Malaysia. Di kalangan pengkaji dan peneliti sastera, teks ini dianggap begitu unggul sehingga ada yang mengatakan dalam kepustakaan Melayu SS merupakan sebuah teks sejarah dan hasil kesusasteraan yang terpenting dan terbaik. Sehingga kini tiada hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang dapat menandingi keunggulannya. Manakala di kalangan sejarawan pula teks ini unggul sebagai sumber sejarah kerana belum ada sebuah hasil sejarah peribumi yang dapat membekalkan maklumat dan fakta sejarah kesultanan Melayu yang tertua di negara ini, iaitu Kesultanan Melayu Melaka. Sulalatus Salatin: Pengenalan SS merupakan satu karya sastera-sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan juga kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu, namun SS telah disalin dan disusun semula oleh Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud atau Tun Sri Lanang pada hari Khamis 12 Rabiulawwal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 atas perintah Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’a yat Syah ibni
16
Embed
Sulalatus Salatin: Karya Agung Melayu di Institusi ...pemacudbp.dbp.gov.my/fm/fmDload.aspx?ti=ADA5E937583A5F05B1… · 1 Sulalatus Salatin: Karya Agung Melayu di Institusi Simpanan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Sulalatus Salatin: Karya Agung Melayu di Institusi Simpanan Dunia
Raslin Abu Bakar
Effah Imtiaz Zainol
Perpustakaan Negara Malaysia
Sulalatus Salatin (SS) atau Sejarah Melayu(SM) tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum.
Fakta dan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan pelbagai aspek kebudayaan dan
kemasyarakatan Melayu yang digambarkan olehnya telah menarik perhatian golongan
budayawan, sejarawan dan sasterawan seantero dunia Timur dan Barat. Di Barat, SS lebih
dikenali dengan nama The Malay Annals.
SS bukan hanya sebuah karya sejarah dan juga bukan hanya sebuah karya sastera tetapi
merupakan suatu dokumen penting yang mengandungi lunas-lunas tradisi politik dan nilai sosial
masyarakat Melayu khususnya yang wujud di semenanjung Malaysia. Di kalangan pengkaji dan
peneliti sastera, teks ini dianggap begitu unggul sehingga ada yang mengatakan dalam
kepustakaan Melayu SS merupakan sebuah teks sejarah dan hasil kesusasteraan yang terpenting
dan terbaik. Sehingga kini tiada hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang dapat menandingi
keunggulannya. Manakala di kalangan sejarawan pula teks ini unggul sebagai sumber sejarah
kerana belum ada sebuah hasil sejarah peribumi yang dapat membekalkan maklumat dan fakta
sejarah kesultanan Melayu yang tertua di negara ini, iaitu Kesultanan Melayu Melaka.
Sulalatus Salatin: Pengenalan
SS merupakan satu karya sastera-sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan juga
kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang
Melayu, namun SS telah disalin dan disusun semula oleh Bendahara Paduka Raja Tun
Muhammad@Mahmud atau Tun Sri Lanang pada hari Khamis 12 Rabiulawwal 1021 bersamaan
13 Mei 1612 atas perintah Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni
2
Sultan Abdul Jalil Syah. Baginda telah mengutuskan agar menyunting semula salinan SS yang
dibawa oleh Orang Kaya Suguh/Sogoh dari Goa/Gowa.
Istimewanya SS kerana ia sebuah karya yang masyhur dan menjadi asas kepada karya
pensejarahan Melayu yang lain. Karya ini juga telah memberi maklumat berguna terhadap sejarah
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan ke-16, di samping membuktikan kewujudan
kesultanan tersebut sebelum kejatuhannya serta menjadi dokumentasi sosial bercorak tempatan
yang boleh dibanggakan. Kandungannya turut memberi gambaran tentang hubungan pemerintah
dengan golongan bangsawan, paparan tentang salasilah atau geneologi raja-raja Melaka sejak
pemerintahan Raja Iskandar Syah hingga Sultan Mahmud Syah yang dihubungkan dengan
keturunan Iskandar Zukarnain dan kehidupan golongan istana termasuk adat istiadatnya.
Selain itu, SS juga turut memberi fokus mengenai masyarakat Melayu dan pembukaan
negeri Melaka oleh Raja Iskandar Syah, di samping perkembangan empayar Melaka dan Melaka
sebagai pusat perdagangan selepas kedatangan Islam. Unsur-unsur luar seperti hubungan Melaka
dengan Kampar, Siak, Inderagiri, Makasar, Siam, Majapahit dan China turut dimasukkan bagi
mengukuhkan lagi kedudukan dan keagungan raja yang memerintah sehingga menjadikan
Melaka sebagai sebuah kerajaan yang terkenal pada abad ke-15 di rantau Melayu.
SS menjadi popular di Alam Melayu kerana ia merupakan antara karya terawal dikarang
di rantau ini selepas Hikayat Raja-Raja Pasai . Oleh sebab itu, banyak karya yang lahir
selepasnya turut terpengaruh dengan kisah yang dipaparkan terutamanya di bahagian awal yang
memuatkan salasilah keturunan raja-raja Melaka. Pengaruh ini dapat dilihat melalui beberapa
persamaan kisah daripada SS yang terdapat sesetengah karya yang lahir kemudiannya.
Sesetengahnya bukan sekadar menyalin beberapa peristiwa yang dikisahkan oleh SS, malah turut
menyadur hampir seluruh bahagian awal karya tersebut.
Secara umunya, aspek yang disentuh oleh SS meliputi segenap bidang seperti politik,
ekonomi dan sosial dan ia dianggap R.Roolvink sebagai sebuah teks bangsa Melayu terpenting
dan salah satu hasil sastera terbaik .
3
Rentetan Sejarah
SS ditulis di Melaka dan dibawa bersama Sultan Mahmud Syah ketika baginda berundur dari
Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudiannya dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera
pada tahun 1528. Teks yang terkini merupakan teks yang dipercayai disalin sejak tahun 1356,
dan telah disunting semula pada tahun 1612. Portugis merampas naskhah SS pada tahun 1536
semasa menyerang Johor lama. Naskhah ini kemudiannya dibawa balik ke Johor oleh Orang
Kaya Suguh/Sogoh. Kemudian Portugis membawa salinan SS ke Goa, India (ada yang
berpendapat merujuk sebuah tempat bernama Gowa, Sulawesi).
Kesahihan (authenticity) dan Keaslian (originality) Teks
SS merupakan satu karya yang sukar di dalam menentukan kesahihan dan keaslian naskhahnya.
Ada berpendapat naskhah yang pendek itu merupakan naskhah yang lebih asli atau lebih
merupakan naskah yang tidak selesai ditulis atau mungkin juga naskhah yang telah dikorup.
Begitu juga sebaliknya dengan naskhah yang lebih panjang, ia mungkin merupakan perluasan
daripada naskhah asli atau memang merupakan naskhah yang asli. Juga terdapat percanggahan
dan persoalan mengenai penyataan Charles Bartlett Walls (1974: 49) yang mengatakan bahawa
naskhah yang sukar dibaca adalah naskhah yang lebih asli, kerana penyalin berikutnya akan
berusaha untuk mempermudahkannya.
Versi
Menurut Roolvink terdapat sekurang-kurangnya 29 versi atau manuskrip SS yang terdapat di
seluruh dunia termasuklah United Kingdom (10 London, 1 di Manchester), Belanda 12 (11 di
Leiden, 1 di Amsterdam), Indonesia (5 di Jakarta), dan 1 di Rusia (Leningrad) dan versi yang
paling mashyur adalah versi Shellabear kerana beliau telah membuat saringan dan olahan semula
daripada versi panjang dan versi pendek inilah lahirnya SM edisi Shellabear sekarang. Oleh itu
nyatalah SM edisi Shellabear ini merupakan sebuah teks hybrid (berpunca daripada adunan dan
sebatian beberapa sumber) sifatnya. Menurut pengenalan SM naskhah Shellebear, Yang
diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu’ayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah
4
mengutuskan Seri Nara Wangsa iaitu Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja
Tun Muhammad@Mahmud atau Tun Sri Lanang pada hari Khamis 12 Rabiulawwal 1021
bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan SM yang dibawa oleh Orang Kaya
Suguh/Sogoh dari Goa/Gowa.
“Bahawa karya ini diminta untuk ‘diperbaiki’ oleh Yang DiPertuan di Hilir
(Raja Abdullah) untuk dikarang semula, juga menyatakan betapa
pentingnya karya asalnya ini. Inilah karya yang dipenuhi maklumat tentang
berbagai-bagai hal daripada salasilah hinggalah kepada peperangan,
senibina, adat istiadat serta undang-undang.”
Peta Taburan Manuskrip Sulalatus Salatin di Repositori Dunia
(Sumber: R.Roolvink, 1967)
Indonesia
Malaysia
Perancis
United Kingdom
Belanda Jerman
Russia
5
Sejarah Penulisan Manuskrip Melayu dan Tebarannya di Seluruh Dunia
Penulisan merupakan kaedah utama cendekiawan pada zaman tradisional Melayu melontarkan
buah fikiran dan khazanah ilmu mereka supaya dapat dihayati oleh generasi-generasi seterusnya.
Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke-13, ramai pedagang berbangsa
Arab yang bukan sahaja membawa barangan dagangan malahan mereka juga memperkenalkan
kepada masyarakat Melayu nusantara selembar kertas buatan tangan (kertas Oriental) dan tinta
bagi menggantikan medium serta kaedah yang telah lama digunapakai. Seterusnya pada abad ke-
18 pula, orang-orang Inggeris pula membawa kertas yang lebih bermutu buatannya dan ia digelar
sebagai kertas Eropah atau laid Eropah. Kertas Eropah biasanya lebih tebal dan bertanda tera air
(watermark). Hasilnya lahirlah pelbagai bentuk manuskrip Melayu yang menjadi saluran perdana
maklumat, ilmu dan cerita, selain tradisi lisan yang mengandungi akal budi Melayu yang terawal
yang mendapat perhatian orang Inggeris dan Belanda demi kepentingan politik dan ekonomi
mereka. Keberadaan orang-orang Barat ini di Tanah Melayu dalam tempoh 200 ratus tahun telah
berusaha bersungguh-sungguh menjalankan pengumpulan dan penyalinan manuskrip Melayu
bermula daripada usaha perintis Valentijin dan G.H Wendly (Winstedt, 1920). Kesan daripada
itu lahirlah Pusat Pengajian Melayu yang pertama di Delft pada tahun 1842, di Leiden pada
tahun 1977 (Ismail, 1974) seterusnya di SOAS pada tahun 1916 (Jones 1982 & 1985).
Kebanyakan manuskrip tersebut di punggah dari Istana Raja Melayu oleh pengumpul Eropah ini
yang dibantu oleh orang-orang tempatan, kemudiannya dibuat penyalinannya untuk dijual
kepada pusat repositori penyimpanan seluruh dunia (Ding 2005).
Namun, sebelum proses migrasi manuskrip Melayu dari Dunia Melayu ke Eropah,
penyalinan manuskrip Melayu adalah perkara biasa (Voorhoeve: 1967). Daripada penyalinan
yang berulang kali dilakukan dari semasa ke semasa telah melahirkan 30 versi Hikayat
Indraputra, 21 versi Sirat al-Mustaqim, 26 versi Taj as-Salatin dan 18 versi Sejarah Melayu yang
disimpan di pusat repositori yang berbeza-beza (Ding 1987&2003). Dan pada awal abad ke-18,
kira-kira 6,000 manuskrip Melayu telah dibawa ke Belanda, United Kingdom, Perancis dan
Jerman. Sehingga kini manuskrip Melayu telah dikenalpasti tersebar di 151 buah institusi di 28
buah negara (Chambert-Loir& Oman:1999). Kebanyakan manuskrip Melayu yang terdapat di
negara Eropah telah diselenggara termasuk membina bibliografi yang dilakukan secara
profesional. Selain daripada diselenggara dengan baik, koleksi manuskrip Melayu juga telah
6
dibuat salinan mikro, faksimili, fotokopi dan kini dalam bentuk digital yang mana memberi
manfaat kepada seluruh dunia termasuk PNM.
Pusat Repositori Manuskrip Melayu seluruh Dunia.
1. Afrika Selatan-South African Cultural History Museum; South African Library;
University of South Africa Library; University of Durban-Westville, Documentation
Center.
2. Australia-National Library of Australia;Australian National University Library; Monash,
University Library;University of Sydney Library; State Library of New South Wales;
Dixion library (Sydney).
3. Austria-Museum fur Volkerkunde (Viena)
4. Belgium-Bibliotheque Royale Albert I (Brussel).
5. Brunei- Dewan Bahasa dan Pustaka (Bandar Seri Begawan);Muzium Brunei (Bandar Seri
Begawan); Pusat Da’wah Islamiah (Bandar Seri Begawan); pusat Sejarah (Bandar Seri
Begawan)
6. Chekoslovakia-Narodni Knihovna Ceske republiky (Prague).