Top Banner

of 53

Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

Jun 02, 2018

Download

Documents

Pena Minang
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    1/53

    1

    MagnumOpusMelayu, Sulalatus Salatin (Sejarah M elayu), Yang Tak Lapuk

    Dek Hujan dan Yang Tak Lekang Dek Panas

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    2/53

    2

    Dato Dr. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim

    Naib Canselor,

    Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

    Beberapa Aspek Filolog Sejarah Melayu

    Setakat ini diketahui, teks SEJARAH MELAYU yang sering dijudulkan juga sebagai

    SULALATUS-SALATIN, barangkali dapat dianggap sebagai sebuah hasil sastera sejarah dalam

    bahasa Melayu yang kedua tertua selepas penghasilan HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI. Namun,

    ini, bukanlah bererti bahawa antara periode kelahiran HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI pada abad

    ke-14 dengan periode (belum dapat dipastikan masa yang tepat) penghasilan SEJARAHMELAYU tidak lahir sebuah penghasilan genre sastera yang serupa. Oleh sebab setakat ini

    belum pernah ditemui lagi sebuah teks yang sedemikian coraknya, maka andaian di atas buat

    sementara dapatlah dipertahankan.

    Kajian mutakhir terhadap SEJARAH MELAYU ini menunjukkan bahawa di berbagai-

    bagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah

    SEJARAH MELAYU Literature tentang SEJARAH MELAYU hingga pada masa ini pula

    terdapat dalam berbagai-bagai bentuk, iaitu:

    a. Dalam bentuk naskhah (jawi), berbagai-bagai versi, resensi dan salinan.

    b. Dalam bentuk penyelenggaraan/penggarapan atau pengedisian yang masih dikira amat

    preliminary coraknya seperti,

    i) Edisi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, (Jawi), 1831.

    ii) Edisi Dulaurier, 1849-1856

    iii) Edisi W.G. Shellabear, 1986

    iv)

    Edisi R.O. Winstedt, 1938

    v) Edisi T.D. Situmorang dan A.E. Teeuw berasaskan kepada edisi Munsyi

    Abdullah, 1952.

    vi) Edisi Dato Madjoindo, (Jawi), Jakarta, 1959.

    vii) Edisi A. Samad bin Ahmad, Kuala Lumpur, 1979.

    http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&ved=0CFUQFjAI&url=http%3A%2F%2Fperhebatkan.blogspot.com%2F2013%2F05%2Fnaib-canselor-kuim-syor-martabatkan-tun.html&ei=OrxtUrvIE-rMyQGqg4G4AQ&usg=AFQjCNE2zJ-IkA97EboM2Myh00rCM2Xi-Qhttp://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=9&cad=rja&ved=0CFUQFjAI&url=http%3A%2F%2Fperhebatkan.blogspot.com%2F2013%2F05%2Fnaib-canselor-kuim-syor-martabatkan-tun.html&ei=OrxtUrvIE-rMyQGqg4G4AQ&usg=AFQjCNE2zJ-IkA97EboM2Myh00rCM2Xi-Q
  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    3/53

    3

    Di kalangan 29 buah naskhah tadi, terdapat:

    a) 12 buah naskhah di Netherlands

    b) 11 buah naskhah di United Kingdoms

    c)

    5 buah naskhah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta

    d)

    1 buah di Leningrad, Rusia.

    Penelitian terperinci terhadap semua naskhah ini menunjukkan bahawa naskhah ini

    adalah seperti berikut:

    a) Terdapat dua buah naskhah yang mewakili versi T.S. Raffles, iaitu di Perpustakaan

    Royal Asiatic Society, London, Raffles M.S. No. 18 dan sebuah Cod. Or 1704 di

    Perpustakaan Universitiet Lerden yang didapati kurang lengkap di bahagian

    hujungnya.

    b) Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetapi tidak lengkap, iaitu sebuah di

    Jakarta, KBG 11 Mal: sebuah di Leiden, Cod. Or. 1760: empat buah di London, iaitu

    Raffles MS No. 35, 39, 68 dan 76.

    c) Versi pendek yang diselenggarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap oleh T.

    D. Situmorang dan A. E. Teeuw. Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato

    Madjoindo, pada tahun 1831, 1952 dan 1959. Semuanya wujud dalam enam buah

    naskhah, iaitu sebuah di Jakarta. KBG 189 W: sebuah di Leningrad, Rusia; empat

    buah di Great Britain iaitu Raffles No. 80, Farquhar MS No. 5, Perpustakaan School

    of Oriental and African Studies No. 36495 dan 36499. Semua versi pendek ini

    berakhir setakat episod kematian Tun Ali Hati, di Johor.

    d) Dua buah naskhah salinan yang disalin dari versi pendek yang dicetak di Singapura,

    iaitu Klinkert No. 5, dan Cod. Or. 6669, kedua-duanya tersimpan di Leiden.

    e) Versi panjang yang dapat ditemui daripada sembilan buah naskhah, iaitu di Jakarta

    sebanyak dua buah naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall di

    Perpustakaan Koninklijk Institut Leiden, No. 631 senaskhah: dua buah naskahah di

    Great Britain, iaitu Maxwell No. 26 di Royal Asiatic Society dan di Manchester No.

    1; empat buah naskhah di Universiteit Bibliotheek, Leiden, aitu Cod. Or. 1703, 1716,

    1736 dan 3210. Maksud veris panjang di sini ialah kesemua naskhah ini berakhir

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    4/53

    4

    dengan penyebutan episod serangan jambi terhadap jambi terhadap Johor pada tahun

    1673 (menurut kolofon yang tercatat).

    f) Sebuah versi yang telah diperpanjang, iaitu penyalinan semula (dengan pengubahan

    dan penukaran di sana sini) teks SEJARAH MELAYU dari versi panjang, lalu

    diperlanjutkan lagi riwayatnya hingga kepertengahan abad ke-19, dilakukan oleh

    seorang perawi dari keturunan Siak. Pada masa ini, terdapat empat buah naskhah

    seperti ini, iaitu sebuah di Jakarta, KBG 191 W di Museum Pusat di Leiden dan diberi

    judul RAJA-RAJA MELAYU saja, dan dua buah lagi terdapat di Leiden dan diberi

    tajuk SEJARAH RAJA-RAJA MELAYU, iaitu Cod. Or. 6342 dan Cod. Or 7304.

    Ada pihak yang gemar memanggilnya sebagai HIKAYAT RAJA AKIL atau

    HIKAYAT SIAK. Sebuah naskhah lagi di Perpustakaan Royal Asiatic Society

    London, bertanda Mal. 138.

    g) Sebuah naskhah yang didakwa sebagai berasal dari Palembang, lalu dikatakan

    berversi Palembang. Ia tersimpan di Perpustakaan Koninklijk vor de Tropen,

    Amsterdam, dalam bentuk naskhah bertaip rumi, tetapi penyalinannya agak

    berkecamuk dan berbeza daripada sebarang naskhah yang tersebut di atas.

    Kewujudannya masih belum diketahui ramai dan belum pernah dikatalogkan.

    Daripada kenyataan di atas, nyatalah bahawa teks SEJARAH MELAYU mempunyai

    naskhah yang amat kompleks dan paling merumitkan dalam bidang filologi, walaupun

    kemasyhurannya memang jelas. Ini dapat dibuktikan daripada perhatian yang diberikan oleh para

    pengkaji tempatan dan luar negeri terhadap teks ini, sama ada dalam kerja penggarapan dan

    pengedisian, mahupun dalam tugas penterjemahan. Tujuan kerja penggarapan ialah untuk

    mencari sebuah naskhah dari SEJARAH MELAYU yang dapat memberikan pembacaan dan

    pemahaman filologi sedefinitif yang mungkin.

    Sejak diketahui munculnya SEJARAH MELAYU kira-kira dua setengah abad yang lalu,

    teks ini telah menarik minat ramai orang. Telah kerap benar ia diperkata dan diperbahaskan, sama

    ada oleh penyelidik tempatan ataupun oleh kalangan ilmiawan asing. Hal ini terjadi kerana dalam

    gedung kepustakaan Melayu, SEJARAH MELAYU sehingga kehari ini dianggap sebagai karya

    Melayu yang terpenting dan terbesar dalam deretan karya klasik Melayu lain, khasnya karya yang

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    5/53

    5

    sejenis dengannya seperti HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, HIKAYAT ACHEH,HIKAYAT

    PATANI, TURUNAN ASAL RAJA-RAJA GOWA dan TAUFAT AL-NAFIS.

    Kemasyhuran dan keunggulan kedudukannya sebagai sebuah hasil kreatif dibuktikan

    daripada kekerapan SEJARAH MELAYU disalin semula, hingga terhasil sebanyak 29 buah

    naskhah salinan daripada teks induknya. Kemasyhurannya juga dapat ditunjukkan apabila para

    penterjemah asing, menterjemahkan SEJARAH MELAYU ke bahasa Inggeris, Jerman, Belanda,

    Jepun, Perancis, Polish (sebenarnya terjemahan sebahagian dan bercorak cebisan saja). Tamil

    dan China. Ia menjadi sumber rujukan yang paling kerap digunakan oleh ahli sejarah sewaktu

    membahaskan sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal. Manakala, kaedah dan dari

    naskhah mana teks SEJARAH MELAYU yang digunakan, itu hanya menjadi persoalan sekunder

    buat para penyelidik seperti ini. SEJARAH MELAYU juga sangat diperlukan bag itujuan

    rujukan oleh berbagai-bagai disiplin ilmu dan penyelidikan tentang Melayu seperti bahasa,

    sosiologi-antropologi, filologi dan pemikiran Melayu, kebudayaan, politik dan ekonomi. Dari

    segi pengkajian terhadap SEJARAH MELAYU, suatu perspektif tentangnya dapat diberikan.

    Seawal kemunculannya (dari bukti-bukti dokumen tertulis yang diketahui) lantas

    kemudian digunakan sebagai suatu sumber rujukan, ialah di tahap pertama awal abad ke-18.

    Seorang penyelidik Barat bernama Petrus van der Vorm telah menulis sebuah buku yang berjudul

    COLLECTANIA MALAICA VOCABULARIA OF MALEICHE WOORDBOEKSAMELING

    (sebanyak 2 jilid),kemudian diterbitkan di Batavia, antara tahun 1707-1708. Beliau menyebut

    bahawa banyak hasil naskhah Melayu klasik yang dirujuk. Salah sebuah daripadanya ialah

    PENURUNAN SEGALA RAJA-RAJA.

    Bukan setakat penyebutan saja, malahan Petrus seterusnya memberi ikhtisar dan

    kandungan naskhah tersebut, Istilah Penurunan... yang dinyatakan oleh Petrus nampaknya

    bertentangan pula dengan istilah Peraturan sebagaimana yang pernah diberikan oleh R.O.

    Winstedt, yang merujuk SEJARAH MELAYU daripada sebuah naskhah, Raffles MS 18 pula.

    Rupa-rupanya, hampir tiga suku abad mendahului Petrus, diantara 1637 1641, SEJARAH

    MELAYU telah pun dirujuk sebagai salah sebuah sumber induk oleh ulama-penulis Nusantara

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    6/53

    6

    terkenal, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, apabila beliau menghasilkan magnum-opusnya, kitab

    BUSTANUS-SALATIN (Taman Raja-raja). Dalam Bab 2 (Fasal ke-12) daripada tujuh bab kitab

    besar ini, ketika mensusur-galurkan salasilah Sultan Iskandar Thani Acheh, yang berasal dari

    Pahang dan berketerunun daripada raja-raja Melaka, tidak dapat tiada Nuruddin tentunya

    mengutip salasilah raja-raja Melaka daripada SEJARAH MELAYU, malah ada sarjana yang

    menyebut beliau menyadur teks perihal Melaka ini, untuk menghasilkan teks ketatanegaraannya

    itu.

    Ini bererti, Nuruddin berjaya menggunakan salah sebuah naskhah SEJARAH MELAYU

    hanya lebih kurang 25 tahun sahaja selepas ia diselenggarakan semula tahun 1612 oleh Tun Seri

    Lanang, pembesar dari Johor itu. Bukan ini saja, malah Nuruddin mengenal secara peribadi

    siapakah pembesar Melayu ini. Selain menjadi ketua utusan empat orang hulubalang Johor ke

    istana Acheh, Nuruddin menyebutkannya sebagai telah mengarang SULALATUS-SALATIN.

    Fasal yang keduabelas pada menyatakan tawarikh segala raja-rajayang kerajaan di negeri Melaka dan pahang: Kata Bendahara Paduka

    Raja yang mengarang kitab masirat SULALATUS-SALATIN...

    Paduka Raja adalah gelaran kebesaran bagi Tun Muhammad bin Tun Ahmad, Bendahara

    Johor yang bergelar Tun Seri Lanang. Kenyataan ini tentunya dapat membantu pengungkaian

    persoalan filologi versi panjang dari teks SEJARAH MELAYU.

    Kira-kira dua puluh tahun selepas Petrus, seorang penulis lain, Francois Valentijn(seorang peminat naskhah-naskhah Melayu) menulis sebuah buku yang berjudul OUD EN

    NIEUWOOST-INDIEN tentang sejarakh ringkas Hindia Timur (dahulu dan sekarang). Buku

    yang diterbitkan pada tahun 1726 ini, menyenaraikan juga sumber rujukan Francois. Beliau

    menyebut bahawa salasilah raja-raja Melaka adalah dirujuk dari satu sumber, iaitu SOELALET

    ESSALATINA, OR THE GENEOLOGY OF THE KINGS OF THE MALAY COAST OF

    MALACCA. Yang menghairankan ialah bahawa kedua-dua naskhah SULALATUS-SALATIN

    yang disebu sebagai judul asal SEJARAH MELAYU dan digunakan oleh kedua-dua penulis

    Barat ini, hanya muncul sebagai satu daftar nama segala raja-raja saja,bukan seperti SEJARAH

    MELAYU yang wujud pada hari ini.

    Pada tahun 1811, sarjana lain bernama William Marsden pula menulis buku berjudul

    HISTORY OF SUMATERA. Dalam membincangkan tentang kesultanan Melayu awal, beliau

    merujuk sebuah naskhah Melayu, juga SULALATUS-SALATIN yang dalam bahasa Melayunya

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    7/53

    7

    diertikan Penurunan Segala Raja-raja. Besar kemungkinan bahawa naskhah SEJARAH

    MELAYU yang pernah digunakan oleh Petrus kira-kira seratus tahun sebelumnya,itulah yang

    dirujuknya. Buku Marsdenini diterbitkan di London.

    Selepas itu, kedudukan SEJARAH MELAYU makin bertambah kerap diperkatakan.Perbincangan yang berkaitan dengan disiplin terjemahan dan filologi tentang SEJARAH

    MELAYU tambah kerap diadakan, berbanding dengan karya lain yang sejenis dengannya.

    Sarjana dan penyelidik sastera mula memberikan perhatian terhadapnya. Ada yang

    memperkatakan SEJARAH MELAYU sebagai suatu hasil kreatif yang terbesar dirantau ini.

    Tidak kurang pula yang cuba menyingkap-nyingkap saja perihal masalah naskhah tentang

    SEJARAH MELAYU dengan harapan (barangkali) semoga permasalahan filologi SEJARAH

    MELAYU dapat diselesaikan dengan segera supaya boleh dipergunakan dengan cara yang lebih

    meluas.

    Peri berpengaruhnya SEJARAH MELAYU terhadap para penyelidik menyebabkan

    hingga ke masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam versi SEJARAH MELAYU yang telah

    diselenggarakan. Versi yang pertama lahir pada awal tahun 1938, apabila R.O.Winstedt

    mengambil dan menyelenggarakan naskhah Raffles MS 18, lalu lahirlah THE MALAYA

    ANNALS OR SEJARAH MELAYU. Winstedt mendakwa bahawa naskhah untuk

    penyelenggaraannya ini merupakan naskhah dari SEJARAH MELAYU resensi tertua tahun

    1536. Edisi Winstedt inilah kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh C.C. Brown

    yang dianggap terjemahan ke bahasa asing yang paling kemas kini.

    Tetapi rupanya terdahulu satu abad dari itu, iaitu pada tahun 1831, penyelenggaraan dan

    pengeditan SEJARAH MELAYU yang pertama sekali telah dilakukan oleh Abdullah Munsyi. Ia

    diterbitkan dalam tulisan jawi di Singapura, kira-kira 20 tahun saja selepas SEJARAH MELAYU

    dirujuk oleh William Marsden. Edisi Abdullah ini,kemudiannya diterbitkan semula oleh H.C.

    Klinkert di Leiden pada tahun 1884. Edisi Abdullah ini, kemudiannya diterbitkan semula oleh

    H.C. Klinkert di Leiden pada tahun 1884. Edisi inilah kemudiannya diselenggarakan semula

    (seperti perumian, anotasi, indeks dan pengenalan) oleh A.E. Teeuw dan T.D. Situmorang pada

    tahun 1952 di Jakarta dan Amsterdam.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    8/53

    8

    Selepas itu, antara tahun 1949-1856,kali kedua SEJARAH MELAYU diselenggarakan

    dan diterbitkan di Paris oleh Dulaurier dengan judul COLLECTIONS DES EDOUARD

    PRINCIPALES CHRONIQUES MALAYES, tetapi edisi ini tidak lengkap.

    Pada tahun 1896, muncullah SEJARAH MELAYU dari naskhah yang paling popularmasa ini, kali pertama dirumikan dengan pengenalan ringkas oleh Rev. W.G.Shellabear. Tiga

    belas tahun kemudian, iaitu pada tahun1909 teks Shellabear ini disemak semula menjadi Second

    Romanised Edition dan telah diulang cetak beberapa kali. Kini ia dijadikan teks rujukan sastera

    bagi para calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Selaras dengan ini maka lahirlah berbagai-

    bagai bentuk perbincangan, ulasan dan wacana tentang SEJARAH MELAYU, diterbitkan seperti

    cendawan tumbuh, kesemuanya bersandarkan kepada teks Shellabear.

    Di Jakarta, pada tahun 1959, terbit pula SEJARAH MELAYU, dihasilkan oleh Dato

    Madjoindo, sebanyak 2 jilid. Tetapi yang aneh ia diterbitkan dalam tulisan jawi, dan nampaknya

    mengandungi sebahagian SEJARAH MELAYU dan versi Munsyi Abdullah. Walaupun

    penyelenggaraannya menghadapi risiko penerbitan dan pemasaran, namun kesemuanya dapat di

    atasi oleh kemahuan dan cita-cita murni untuk menampilkan SEJARAH MELAYU tetapi

    daripada versi yang lain.

    Pada tahun 1821, muncullah pula sebelum itu John Leyden. Beliaulah orang yang pertama

    sekali menterjemahkan SEJARAH MELAYU ke bahasa Inggeris. Terjemahannya ini telah

    diterbitkan di London dengan judul MALAY ANNALS: TRANSLATED FROM THE MALAY

    LANGUAGE. Dengan penerbitan dalam bentuk terjemahan ke bahasa asing ini bererti pembaca

    SEJARAH MELAYU (yang tidak tahu berbahasa Melayu) bertambah ramai. Leyden nampaknya

    menterjemahkan SEJARAH MELAYU dari versi Munsyi Abdullah atau barangkali dan versi

    Dato Madjoindo. Ketiga-tiga versi ini diakhiri dengan kisah episod kematian atau pembunuhan

    Tun Ali Hati.

    Seorang penterjemah Perancis, Aristide Marre, mengambil langkah seterusnya untuk

    menterjemahkan pula SEJARAH MELAYU, ke bahasa Perancis dengan tajuk LE SADJARAH

    MALAYOU (LARBRE GENEALOGIQUE MALAIS). Terjemahan Marre ini, diterbitkan di

    Paris pada tahun 1986.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    9/53

    9

    Setelah Abdullah Munsyi, Edouard Dulaurier, W.G. Shellabear, R.O. Winstedt dan Dato

    Madjoindo mengusahakan SEJARAH MELAYU, lalu melahirkan 5 edisi dari teks SEJARAH

    MELAYU yang berlainan, pada tahun 1979, tokoh veteran sastera Melayu tanah air yang tidak

    asing lagi, A. Samad Ahmad mengetengahkan teksnya yang lain, lalu diterbitkan di Kuala

    Lumpur dengan tajuk SULALATUS-SALATIN SEJARAH MELAYU. Perkembangan mutakhir

    ini membuatkan SEJARAH MELAYU sekarang terdapat dalam enam edisi. Sepanjang yang

    diketahui, hal seperti ini tidak pernah terjadi terhadap sebarang teks Melayu klasik bercorak

    sejarah. Edisi daripada naskhah yang berbagai-bagai tadi menunjukkan kepelbagaian corak dan

    varians, tetapi masih bertumpu dan berwadahkan Kesultanan Melayu Melaka dengan berbagai-

    bagai episod serta naratif yang menjangkau dari zaman pra dan awal Melaka sehinggalah ke

    periode awal Johor.

    Perkembangan edisi ini belum termasuk edisi terkemudian yang diselenggarakan oleh

    penulis daripada bahagian kedua naskhah SEJARAH MELAYU atau dipanggil HIKAYAT SIAK

    berasaskan Cod. Or 7304. Edisi ini diselenggarakan tahun 1992.

    Persoalan sekarang ialah, apakah kita telah berpuas hati terhadap teks SEJARAH

    MELAYU setelah lahir enam penyelenggaraan tadi? Memandangkan begitu banyak naskhah

    salinan SEJARAH MELAYU, serta terangkum ke dalamnya berbagai-bagai-bagai versi, seperti

    versi yang bercorak serpihan (fragmentary character), versi yang diperpanjangkan (enlarged)

    daripada sebuah versi yang sedia lengkap (seperti yang muncul daripada SEJARAH MELAYU

    versi Siak, dikenali dengan judul HIKAYAT SIAK atau HIKAYAT RAJA AKIL), maka teks

    SEJARAH MELAYU telah menimbulkan permasalahan filologi yang amat kompleks. Oleh

    sebab hadirnya sifat kompleks ini, maka menjadi usaha dan tanggungjawab amat berat, sekiranya

    ada sarjana filologi yang cuba menyelenggarakan SEJARAH MELAYU dengan tujuan mencari

    suatu yang paling definitif; atau yang paling standard guna untuk rujukan semua pihak dan

    untuk penyesuaian semua disiplin penyelidikan.

    Dengan pengertian lain, setelah lebih kurang dua setengah abad SEJARAH MELAYU

    diketahui muncul, sehingga setakat ini, belum lagi terdapat sebarang penyelenggaraan SEJARAH

    Melayu yang benar-benar ilmiah, kritis dan memuaskan. Bidang filologinya (berkaitan dengan

    masalah teks, naskhah, versi, resensi dan asal usul) masih belum habis-habis lagi diperbahaskan

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    10/53

    10

    soal bahasanya belum begitu dalam diselidiki, manakala tentang isu kesejarahannya, masih ada

    kalangan penyelidik yang ragu-ragu. Bagaimana tidak?

    Sekiranya ahli bahasa, budaya dan kaji masyarakat lebih cenderung, mempelajari soal

    bahasa dan kebudayaan Melayu pada abad ke-15 dengan merujuk dan bergantung kepadaSEJARAH MELAYU daripada Resensi 1612 atau teks W.G. Shellabear (para penyelidik dari

    Indonesia pula nampaknya sering mengharapkan SEJARAH MELAYU daripada edisi Abdullah

    atau Teeuw-Situmorang), tidaklah begitu halnya dengan ahli sejarah. Ahli sejarah lebih

    mempercayai SEJARAH MELAYU daripada edisi Winstedt resensi 1536 (naskhah Raffles

    M.S. 18) untuk matlamat rujukan, dengan alasan termudah bahawa resensi ini dianggap tertua,

    paling hampir dengan naskhah asal, justeru itu si penyalin lebih berjaya mengekal dan

    mempertahankan isi dan identiti SEJARAH MELAYU yang asal tadi. Mereka juga beranggapan

    bahawa naskhah dan versi SEJARAH MELAYU yang lain, semuanya corrupt (akibat banyak

    perubahan, tokok tambah, pengguguran, sisipan atau apa saja istilah yang berkaitan, hasil

    perbuatan penyalin atau perawi terkemudian) dari segi kesahihan fakta.

    Sikap seperti ini sebenarnya bukan merupakan perkara baru. Seawal-awal dapat dirujuk

    daripada pandangan Abdullah Munsyi yang tellah menyelenggarakan naskhahnya. Abdullah

    tertarik kepada SEJARAH MELAYU kerana corak bahasa yang terdapat di dalamnya.

    Telitikanlah saja petikan pendapatnya berikut yang menjadi bahagian pengenalan teksnya itu.

    Arakian maka jikalau orang mendapat akan kitab SEJARAH Melayu ini, makakatanya, :Mengapakah maka hikayat-hikayat dan SEJARAH MELAYU yang

    tiada berguna dicapkan? Membuang belanja dan penat sahaja. Apakah

    faedahnya yang ada di dalamnya. Maka kami memberi jawab kepadamu.Bahawa, sungguhpun tiada banyak perkara yang berguna dalamnya seperti

    kata orang yang mengarang sesungguhnya ketahuilah olehmu adapun aku

    mengusahakan diriku mengecap kitab ini, sebab bahasanya.

    Jelaslah, selain nilai bahasa yang menarik hati Abdullah, beliau menganggap bahawa

    SEJARAH MELAYU sebagai tiada berguna, sama ada dari segi apa pun, kecuali bahasa. Tetapi,

    sumbangan Abdullah terhadap keilmuan SEJARAH MELAYU tidaklah juga kecil, iaitu apabila

    beliau menerbitkan teksnya pada tahun 1831 yang berjudul SULALATUS-SALATIN dikenali

    sebagai SEJARAH MELAYU dalam bahasa tempatan dan diketahui sebagai MALAY ANNALS

    dalam bahasa Inggeris.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    11/53

    11

    John Leyden dan T.S. Raffles (yang menuliskan pengenalan SEJARAH MELAYU untuk

    teks terjemahan Leyden), nampaknya menghargai SEJARAH MELAYU dari segi hasil kreatif,

    tetapi cuba menjauhkan diri dari memperbincangkan permasalahan filologi dan pernaskhahan

    SEJARAH MELAYU. Mereka tidak pernah mempersoalkan kandungan SEJARAH MELAYU

    dan nilainya dalam apa saja disiplin pengajian.

    Malahan, apa yang dikatakan sebagai terjemahan itu adalah terjemahan dari SEJARAH

    Melayu yang amat bebas coraknya.

    Walau bagaimanapun sebelum kemunculan edisi SEJARAH MELAYU yang lain, para

    sarjana pernah berpendapat bahawa naskhah SEJARAH MELAYU yang dipergunakan oleh

    Leyden dan Abdullah dapat dianggap sebagai naskhah (kemudiannya menjadi teks) yang

    standard.

    Tetapi, antara tahun 1849-1956, pendapat di atas kelihatan telah tercabar. Ia muncul

    secara tidak sengaja, iaitu apabila Edouard Dulaurier cuba menggunakan teks Abdullah (dan

    barangkali naskhah-naskhah lain juga, tetapi tidak dinyatakannya secara eksplisit) bagi

    penyelenggaraan yang didakwanya kritis itu. Malahan, dalam satu daripada nota bukunya, telah

    disebut satu versi SEJARAH MELAYU dari Cod. Or. 1716, (tersimpan di Perpustakaan

    Universiti Leiden) pula. Versi ini didapati berlainan daripada SEJARAH MELAYU dari edisi

    Abdullah yang dirujuknya itu. Sedangkan naskhah tersebut amat bererti untuk penelitian filologi

    SEJARAH MELAYU.

    Selepas itu, W.G. Shellabear mengusahakan SEJARAH MELAYU dengan menggunakan

    edisi Abdullah dan Dulaurier, tetapi yang lebih penting beliau juga menggunakan beberapa

    naskhah SEJARAH MELAYU lain yang belum pernah digunakan sebelum itu. Dalam edisi

    tahun 1896 Shellabear ini, dinyatakan secara eksplisit tentang versi lain yang digunakannya,

    kemudiannya lebih panjang daripada teks Abdullah dan Dulaurier (yang hanya setakat kisah

    kematian Tun Ali Hati). Sebenarnya bahagian selepas kematian Tun Ali Hati itu beliau ambil

    daripada versi campuran yang tidak serupa. Oleh itu, teks Abdullah dan Dulaurier tadi tidak lagi

    dapat dianggap standard.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    12/53

    12

    Berbalik kepada sumbangan yang diberikan oleh R.O. Winstedt. Pada tahun 1938,

    apabila beliau mengusahakan SEJARAH MELAYU, bukan berpandukan daripada edisi

    Abdullah, Dulaurier, mahupun Shellabear, malahan beliau merujuk kepada versi C.O. Blagden

    yang pernah memperkatakannya pada tahun 1925. Usaha Winstedt ini boleh dianggap sebagai

    satu penemuan baru tentang permasalahan asal-usul dan perkembangan atau penyebaran naskhah

    SEJARAH MELAYU. Beliau meneliti bahagian mukadimah yang terdapat dalam SEJARAH

    MELAYU versi Blagden tadi, lantas membuat suatu kesimpulan. Sebenarnya, beliau telah

    membandingkan antara SEJARAH MELAYU daripada kumpulan edisi yang pertama tadi dengan

    beberapa buah hasil kesusasteraan Melayu Islam dari Acheh dan mendapati bahawa mukadimah

    edisi tersebut diambil daripada mukadimah kitab BUSTANUS-SALATIN, hasil tulisan Syeikh

    Nuruddin ar-Raniri, pada tahun 1938. Tentunya dalam hal ini, si penyalin daripada kita-tiga edisi

    tadi telah tertarik hati dengan bahasa Nuruddin, lantas diterapkannya ke dalam naskhah

    salinannya itu.

    Mukadimah yang panjang lebar tadi amat berbeza daripada mukadimah versi Blagden

    yang lebih ringkas berbunyi;

    Bismillahi al-Rahman al-Rahim ... sudah memuji Allah dan mengucap

    salawat akan Rasullulah s.a.w. seribu dua puluh esa tahun dulal-awwal

    pada dua belas hari bulan rabiulawal pada hari Ahad pada waktu doha,pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alauddin riayat Syah,

    zulilLahu fi al-alam, sedang bernegeri di Pasir Raja.

    Begitulah juga, versi Blagden sama sekali tidak menyebutkan bahawa SEJARAH

    MELAYU tadi telah dibawa orang dari Goa. Winstedt juga telah menarik beberapa

    kesimpulan lain, antaranya ialah, (a) Bahawa teks SEJARAH MELAYU dari versi Blagden (atau

    dari Raffles M.S. 18) adalah suatu salinan paling hampir dengan SEJARAH MELAYU yang asli.

    Tetapi, sebenarnya selepas tahun 1612, seorang penyalin lain berpeluang menyalin semula

    daripada naskhah salinan yang pertama tadi dengan menyadur semula (seperti mengubah

    beberapa susunan bab, menyisip perkara-perkara baru, dan menghilangkan salasilah raja-raja

    Johor). Dengan perkataan lain, catatan mukadimah SEJARAH MELAYU versi Blagden tadi

    adalah sisipan baru oleh penyalin terkemudian, (b) Naskhah SEJARAH MELAYU yang asli

    dikarang oleh seorang Melaka yang dapat menyaksikan kedatangan dan penaklukan Portugis

    terhadap Melaka. Dengan demikian, SEJARAH MELAYU versi Blagen itulah yang sebenarnya

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    13/53

    13

    mengandungi teras SEJARAH MELAYU dari teks asli tadi. Tetapi pada tahun 1612, naskhah

    tersebut telah diselenggarakan semula oleh Tun Seri lanang, menyebut naskhah asalnya konon

    dibawa dari Goa, ditokok tambah, dibuang, akhirnya wujudlah naskhah baru yang hari ini muncul

    sebagai versi atau edisi Shellabear.

    Kesimpulan yang diberikan oleh Winstedt, nampaknya telah meruntun minat dua penulis

    lain pada tahun 1947 dan 1956, iaitu W. Linehan dan C.A, Gibson-Hill. Kedua-duanya kelihatan

    memberikan pandangan secara serius tentang masalah naskhah SEJARAH MELAYU yang mula

    menemui jalan buntu itu. Linehan barangkali didorong oleh pengetahuannya yang agak luas

    tentang Pahang (ketika menjadi pentadbir kolonial di situ), cuba mengandaikan, Goa (g-w-a)

    ialah nama satu tempat yang terdapat di Pahang. Winstedt memberikan reaksi yang segera

    dengan kenyataan Linehan tadi. Beliau menentangnya, dengan kenyataan bahawa sekiranya Goa

    terdapat di Pahang seperti yang dimaksudkan oleh Linehan, maka nama Goa yang lain, sama ada

    di India mahupun di Sulawesi Selatan, juga akan menimbulkan kekeliruan. Gibson-Hill yang

    memberikan alasan-alasan sejarahnya sendiri, tanpa memahami masalah naskhah dan filologi

    yang dihadapi oleh SEJARAH MELAYU, terus berpendapat bahawa Goa di sini ialah di India,

    memandangkan hubungan yang rapat antara Melaka dengan India pada masa pemerintahan

    Portugis, selepas tahun 1511.

    Perkara Goa yang ditimbulkan oleh Linehan, Gibson-Hill sebenarnya hanya merupakan

    isu yang remeh. Ini disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh SEJARAH MELAYU

    daripada edisi Shellabear itu sendiri. Edisi ini sebenarnya merupakan teks campuran/kacukan

    (hybrid menurut istilah R. Roolvink), banyak varians yang terjadi terhadap naskhah kacukan tadi

    telah ditinggalkan sama sekali oleh Shellabear; malahan untuk merujuk edisi Shellabear bagi

    mengkaji perkembangan dan masalah naskhah SEJARAH MELAYU adalah suatu yang mustahil

    sama sekali. Untuk memperkuatkan juah dakwaan bahawa SEJARAH MELAYU DARIPADA

    VERSI Blagden itu lebih asli, dan bahawa SEJARAH Melayu DARIPADA VERSI Blagden itu

    lebih asali, dan bahawa SEJARAH MELAYU daripada edisi-edisi yang diselenggara oleh

    Abdullah, Dulaurier dan Shellabear merupakan penyalinan terkemudian dengan berbagai-bagai

    tokok tambah, Winstedt telah memperbandingkan kedua-dua versi ini. Kesimpulan yang dapat

    dibuat ialah bahawa naskhah daripada versi Blagden telah dibawa ke India, lalu di Goa. Dan dari

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    14/53

    14

    situlah naskhah tersebut kemudian disalin semula (seperti diperbaiki dan disadur) pada tahun

    1612.

    Di tengah-tengah kemelut pendapat ini, timbul pula R. Roolvink. Dalam satu ceramahnya

    kepada siswa lanjutan di Koninklijk Instituut Leiden pada Januari 1981, beliau berpendapat

    bahawa hingga setakat ini SEJARAH MELAYU terbahagi kepada dua resensi yang berbeza

    antara sesamanya. Corak resensi 1, seperti berikut:

    a) Tidak terdapat mukadimah yang panjang lebar dalam bahasa Arab.

    b) Dimulakan dengan periode purba menjangkau hingga tahun 1550 (lebih kurang).

    c) Ada ciri dalam bahasa Sanskrit?

    d) Penyalinnya ialah Raja Bongsu (yang memperkitabkannya ialah Raja Bongsu).

    Corak resensi 2 pula, seperti berikut:

    a) Ada dua versi daripada (versi panjang dan versi pendek).

    b) Kedua-dua versi dan mukadimah yang lanjang lebar, menyebut HIKAYAT Melayu

    dibawa dari Goa, menyebut tahun diperbaiki, 1612.

    c) Versi pendek daripada resensi ini menamatkan episod setakat kematian Tun Ali Hati,

    selepas tahun 1511 dan tidak terdapat ciri.

    d) Versi panjangnya meliputi kisah dari periode purba hingga tahun 1612; berbagai-

    bagai sisipan di dalamnya seperti peristiwa yang terjadi pada tahun 1720; terdapat ciri

    di dalamnya; bahagian penghujungnya terdapat episod tentang serangan terhadap

    Johor oleh Jambi.

    Sebagai lanjutan, perbincangan tentang kedua-dua resensi tersebut adalah seperti berikut.

    Yang dimaksudkan dengan resensi 1 ialah naskhah daripada versi Blagden yang terdapat satu

    sahaja. Di dalamnya mengisahkan episod datuk nenek raja-raja Melaka yang berasal dari

    Sumatera (Bukit Seguntang Mahamiru?), diakhiri dengan episod sejarah yang terjadi sekitar

    pertengahan abad ke-16. Pencatatan tahun 1612 dalam mukadimah versi ini adalah suatu sisipan

    terkemudian setelah disalin lebih awal daripada itu, iaitu tahun 1536, daripada satu naskhah

    SEJARAH MELAYU yang asli.

    Kedudukan resensi 2 adalah kompleks. Versi panjang daripada resensi ini sekarang

    terdapat sekurang-kurangnya dalam sepuluh buah naskhah SEJARAH MELAYU. Ia

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    15/53

    15

    mengisahkan sejarah raja-raja Melayu dari zaman awal (sebagaimana juga terdapat dalam versi

    Blagden), tetapi kemudian dilanjutkan kisah itu sehingga tahun 1612, bukan tahun 1536. Banyak

    sisipan dan tambahan yang dilakukan terhadap versi panjang ini. Salah satunya ialah peristiwa

    serangan Jambi terhadap Johor, walhal peristiwa ini tidak ada kena-mengena langsung dengan

    pensejarahan SEJARAH MELAYU. Yang lebih menarik ialah tentang penghantaran suatu

    misi kerajaan Makasar dari Sulawesi ke Melaka. Bersama-sama dengan misi itu ialah suatu

    persembahan raja, iaitu seorang budak bernama Daing Mempawah, yang kemudiannya menjadi

    pahlawan besar di Melaka, iaitu Laksamana Hang Tuah.

    Tidak diragui bahawa ini merupakan sisipan terkemudian oleh seorang penyalin dari

    kalangan Bugis di istana Riau-Lingga, kerana selepas tahun 1700, pengaruh Bugis memang kuat

    di istana raja-raja Melayu Johor-Riau. Rupa-rupanya, versi inilah barangkali yang telah

    digunakan dan dirujuk oleh Raja Ali Haji apabila beliau menulis kitab besarnya TAUFAT AL-

    NAFIS pada tahun 1865 dengan tujuan utamanya untuk mengagung dan memperbesar-besarkan

    Bugis di kalangan raja-raja Melayu.

    Naskhah daripada versi panjang inilah diselenggarakan oleh A. Samad. Beliau memang

    menyedari hakikat ini. Tetapi beliau mempersepsikannya dengan cara sebaliknya, iaitu sebarang

    naskhah SEJARAH MELAYU daripada salah satu versi dan daripada kumpulan dua resensi yang

    tidak menyebut tentang Daing Mempawah Hang Tuah, adalah akibat pengguguran yang

    dilakukan dengan muslihat tertentu. Walau bagaimanapun, A. Samad pasti nama Goa dalam

    SEJARAH MELAYU versi panjang dan pendek daripada resensi 2 adalah Goa di Sulawesi

    Selatan, bukan di India ataupun di Pahang.

    Pada dasarnya, bentuk resensi 1 dan resensi 2 (panjang dan pendek) hampir serupa.

    Namun, jika diteliti lebih lanjut, perbezaan memang agak nyata, sama ada dari segi latar belakang

    kemunculan naskhah ataupun teks itu sendiri. Mukadimah resensi 2 diambil (diterapkan dari

    kitab BUSTANUS-SALATIN), dan ini tidak terjadi terhadap resensi 1. Mukadimah resensi 2,

    menurut kenyataan Linehan tadi, semestinyalah merupakan suatu mukadimah yang tersendiri dan

    langsung tidak serupa dengan mukadimah yang asli seperti yang wujud dalam resensi 1, akibat

    daripada tambahan dan pengubahan (sesuka hati?) yang dilakukan oleh penyalin terkemudian.

    Sedangkan senaskhah dari resensi 1 yang terdapat pada hari ini (tersimpan di Perpustakaan royal

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    16/53

    16

    Asiatic Society, London, kemudian diusahakan oleh Winstedt pada tahun 1938 itu), sebenarnya,

    merupakan sebuah naskhah yang disalin (beberapa kali disalin?) dari satu naskhah asal

    SEJARAH MELAYU hasil penulisan atau perawian Raja Bongsu atau Sultan Abdullah di Pasir

    Raja, Johor untuk T.S. Raffles pada tahun 1812.

    Begitu juga halnya dengan penyebutan nama Goa, iaitu dari mana sebuah daripada

    naskhah SEJARAH MELAYU itu dibawa. Sekiranya A. Samad Ahmad mengatakan bahawa

    Goa itu adalah Goa di Sulawesi Selatan (kulit buku edisi A. Samad Ahmad juga menampilkan

    peta Nusantara dengan penonjolan lokasi Goa), adakah ini suatu fakta sejarah? Tidak

    mungkinkah, seperti episod tentang missi dari Makasar dan asal usul Hang Tuah, yang dikatakan

    hanya merupakan sisipan semata-mata, oleh penyalin terkemudian, terjadi juga terhadap

    peyebutan kalimat. ...Hamba dengar ada HIKAYAT MELAYU dibawa oleh orang dari Goa.

    Barang kita perbaiki... Ada kemungkinan bahawa kalimat ini hanya sisipan sahaja, dengan

    matlamat, sekali lagi, untuk mengagungkan keluarga Bugis yang memang berpengaruh di alam

    Melayu ini sejak awal abad ke-18.

    Hal demikian bukan tiak beralasan. Kita mengetahui, melalui proses asimilasi dan

    persemendaan keluarga Bugis yang datang dari Ujung Pandang ke kawasan kerajaan Johor-

    Riau-Lingga (secara perkahwinan antara kerabat Bugis dengan kerabat Johor, menerusi

    penyerapan politik apabila diwujudkan tradisi pembesar-pemerintah serta yang Dipertuan Muda

    dan Raja Tua) telah berlaku satu pertalian yang erat dan melahirkan satu entiti masyarakat

    Melayu-Bugis yang jelas di Kesultanan Johor-Riau. Bugis barangkali tidak menganggap diri

    mereka sebagai orang asing lagi. Ini dibuktikan daripada hasil kesusasteraan sejarahnya.

    Kisah dan riwayat dalam teks HIKAYAT JOHOR bermula dari tahun 1673, walhal pada

    masa itu pengarah Bugis belum wujud. Tetapi, HIKAYAT JOHOR meneruskan lagi riwayatnya

    sehingga ke awal abad ke-19, apabila pengaruh politik-sosial Bugis telah pun amat berkesan,

    tidak wujud sebarang pemisahan fizikal di antara Melayu Johor dengan Bugis dalamnya. Oleh

    itulah, di bahagian hujung SEJARAH MELAYU daripada resensi 2 versi panjang, ditambah lagi

    tentang serangan Jambi terhadap Johor. Jadi, HIKAYAT JOHOR merupakan semacam

    penyambungan daripada tradisi SEJARAH MELAYU daripada resensi 2, versi panjang tadi.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    17/53

    17

    Unsur penggabungan Melayu-Bugis direalisasikan juga dalam dua buah tradisi hikayat-

    sejarah popular yang lain. SALASILAH Melayu DAN BUGIS DAN SEKALIAN RAJA-

    RAJANYA yang meriwayatkan episod sejarah kegiatan Bugis di Johor dari tahun 1700 hingga

    tahun 1740an dan sebuah lagi TUHFAT AL-NAFIS. Malahan dalam TUHFAT, riwayat tentang

    kekeluargaan dan kegiatan Bugis di Johor hingga pada bad ke-19 dimulakan terlebih dahulu

    dengan riwayat tentang Kesultanan dan Kerajaan Melaka hinggalah pada zaman kegiatan Bugis,

    seolah-olah (tanpa memahami latar belakang sejarah yang sebenarnya) antara Melayu Melaka

    dengan Melayu Johor-Bugis wujud penerusan dan kelangsungan rangkaian sejarah dan budaya,

    tanpa sebarang pemisahan.

    Hakikat seperti ini juga terlihat pada seorang perawi Melayu dari keturunan Siak, yang

    menyalin semula SEJARAH MELAYU daripada resensi 2 versi panjang dari awal hingga ke

    akhir, tetapi kemudian (barangkali tanpa disedari) meneruskan SEJARAH MELAYU dengan

    menyambung riwayat daripada episod terjadi di Siak pada zaman Raja Kecil dan putera-

    puteranya, lantas hingga pertengahan abad ke-19. Oleh itu, lahirlah HIKAYAT SIAK,

    sedangkan pada asalnya, ia merupakan satu daripada naskhah SEJARAH MELAYU daripada

    versi panjang, ditulis semula dari kaca mata seorang Melayu Siak, tetapi dengan menerapkan

    world-view penulisan dan pensejarahan yang kelihatannya amat bertentangan dengan TUHFAT.

    Dalam katalognya, naskhah ini diberi judul sama ada SEJARAH MELAYU atau RAJA-RAJA

    Melayu (oleh Museum Pusat Jakarta) dan HIKAYAT RAJA AKIL.

    Persoalan yang mungkin timbul ialah mengapakah dalam kedua-dua resensi dan daripada

    versi-versi yang sedemikian, Raja Bongsu dan Tun Seri Lanang menamatkan kisahnya sehingga

    tahun 1612? Sedangkan secara kebetulan juga, pada tarikh itulah SEJARAH MELAYU dikarang

    (disusun semula). Hal ini berkait dengan perkembangan sejarah yang berlaku di Johor ketika itu.

    Sebelum menghadapi ancaman dari Jambi (sebagaimana yang dimanifestasikan oleh bahagian

    tambahan hujung dalam resensi 2), Johor menghadapi persaingan dari kuasa Acheh pula.

    Serangan bertubi-tubi dilakukan terhadap Johor oleh Iskandar Muda Mahkota Alam Syah,

    termasuklah satu siri peperangan yang bermula pada tahun 1613. Besar kemungkinan peristiwa

    serangan ini telah menamatkan tugas perawian semula SEJARAH MELAYU yang hanya setakat

    tahun 1612 oleh kedua-dua perawi istana tadi.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    18/53

    18

    Begitulah hubungan naskhah-naskhah SEJARAH MELAYU antara dua resensi yang

    berbeza, iaitu resensi 1 daripada versi C.O. Balgden (raffles M.S. 18) yang mengandungi riwayat

    tua, berbanding dengan resensi 2 yang dianggap sebagai versi panjang (dengan berbagai-bagai-

    bagai sisipan terkemudian), yang popular, iaitu diselenggarakan oleh Shellabear dan A. Samad

    Ahmad. Walau bagaimanapun, masalah filologi SEJARAH MELAYU tidak berakhir setakat ini

    sahaja. Bagaimanakah pula tentang kedudukan versi pendek daripada resensi 2?

    Hingga setakat ini, dianggarkan jumlah naskhah daripada versi pendek ini ialah lima

    buah. Seperti yang telah disebutkan lebih awal bahawa versi ini telah pun diusahakan oleh

    Abdullah Munsyi dan kemudiannya, dengan berpandukan edisi Abdullah ini, tampil pula

    Dulaurier untuk melahirkan teksnya. Daripada versi ini jugalah, Leyden menterjemahkan

    SEJARAH MELAYU. R. Roolvink berpendapat bahawa walaupun terdapat banyak perbezaan

    antara versi pendek ini dengan versi panjang, namun semua naskhah daripada versi pendek ini

    dapatlah diletakkan di bawah resensi yang sama dengan versi panjang itu. Kenyataan Roolvink

    ini ada juga kebenarannya. Ini disebabkan semua versi tersebut mempunyai naskhah-naskhah di

    mana bahagian mukadimahnya adalah serupa (atau hampir-hampir sama). Perbezaan disana-sini

    hanya terdapat pada varians pembacaan dan ejaan atau perkataan: dan ini merupakan satu

    perkara yang amat lumrah terdapat di kalangan naskhah yang berlainan tetapi terletak di bawah

    satu kumpulan versi atau dalam satu kelompok resensi.

    Antara kandungan mukadimah yang sama tadi, termasuklah (a) doksologi mukadimah

    dengan penggunaan kalimah dan ayat-ayat Arab, (b) penyebutan nama Tun Seri Lanang, timang-

    timangannya, Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Nara Wangsa,

    piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani

    Purindamqaddasallahu-sirrahum! Bandingkanlah dengan versi panjang daripada edisi Shellabear

    yang terdapat dalam kumpulan resensi yang sama:

    ... Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangnya. Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang

    Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit

    Bendahara Tun Nara Wangsa, piut Bendahara Seri Maharaja,anak Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindam

    qaddasallahu-sirrahum...

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    19/53

    19

    (c) penyebutan tentang, Hamba dengar ada HIKMAT MELAYU dibawa oleh orang dari Goa...,

    (d) penerangan judul SEJARAH MELAYU sebagai, Sulalatus-Salatin yakni peraturan segala

    raja-raja..., (e) mukadimah semuanya diakhirkan dengan kalimat, ... yakni bicarakan olehmu

    pada segala kebesaran Allah, dan janganlah kamu fikirkan pada zat Allah.

    Perbezaan besar adalah seperti berikut, (a) Versi pendek diakhirkan setakat kematian Tun

    Ali Hati, dengan kalimat:

    melainkan Tun Ali Hati juga tiada mahu datang ... minta dibunuh juga.Maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak menghidupi Tun Ali Hati, tiada

    juga Tun Ali Hati mahu hidup, minta bunuh ia. Maka disuruh oleh Sultan

    Mahmud, Bunuhlah Tun Ali Hati itu, Wallahuaklam bissawab

    wailaihilmarjiu walmaab.

    Versi panjang (edisi W.G. Shellabear sebagai contoh) menerangkan episod yang sama,

    dengan bahasa yang benar-benar serupa. Tetapi, selepas itu, disambung lagi riwayatnya dengan

    bunyi: Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Kampar yang bernama Raja Abdullah, anak

    Raja Munawar, jadi saudara Mahmud Syah. Setelah ia mendengar negeri Melaka kalah oleh

    Feringgi, maka di dalam hati baginda...

    Sekiranya versi pendek tadi mengakhirkan riwayatnya dengan tiba-tiba saja, tetapi versi

    panjang meneruskannya dengan lebih lanjut lagi hingga tahun 1612; serta mempunyai struktur

    kepengarangan tamatul-kalam yang lengkap, dengan bunyi:

    Pada zaman itu hingga inilah yang dapat oleh pacal yang daif dibaca didalam hikayat ayahanda itu rahimullahi Taala ... tajalli dari Bukit

    Seguntang turun ke Palembang lalu ke Bentan, dari Bentan lalu ke

    Singapura, maka alah Singapura oleh Majapahit, lalu ke Melaka, alah keMelaka oleh Feringgi, berbalik pula ke Bentan, dari Bentan lalulah ke

    Johor. Had itulahyang terbaca oleh pacal datuk, Wallahuaklam.

    (b) Tidak terdapat langsung episod tentang penghantaran misi dan budak Bugis DaingMempawah dari Raja Makasar ke Melaka, walhal dalam beberapa naskhah daripada versi

    panjang (contohnya dari edisi A. Samad Ahmad), hal sedemikian memang jelas terdapat. (c)

    Bahawa hadirnya banyak varians pembacaan antara sesama naskhah tetapi daripada berlainan

    versi yang menjadi satu kelumrahan filologi, juga merupakan perbezaan pokok yang agak ketara.

    Sehingga pada masa ini, sebab-musabab versi pendek itu mengakhirkan hikayat secara tiba-tiba

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    20/53

    20

    masih lagi menjadi suatu persoalan yang agak misteri. Belum ada siapa yang cuba

    memecahkannya, walhal itulah satu-satunya versi dari SEJARAH MELAYU yang pertama dan

    julung-julung kali dicetak dalam jawi, menyebabkan pembaca SEJARAH MELAYU semakin

    bertambah ramai; dan versi itulah juga yang pertama diterjemahkan ke bahasa asing.

    Begitu juga tentang hubungan antara versi panjang dengan versi pendek yang dapat

    digolongkan ke dalam suatu resensi. Ia masih menjadi tanda tanya yang belum pernah terjawab.

    Walau bagaimanapun, sebarang penyelidikan tentangnya amat bergantung pada naskhah

    SEJARAH MELAYU yang lain, di samping kebolehan untuk memahami secara mendalam

    tentang permasalahan naskhah SEJARAH MELAYU, apatah lagi jika ada percubaan untuk

    memperbina suatu hipotesis tentang kedua-dua versi ini. Walaupun versi ini pendek, versi inilah

    yang awal sekali diketahui masyarakat tentang kehadiran SEJARAH MELAYU dalam bentuk

    sebuah teks yang lengkap, kerana sebelum tahun 1707-1708, ia hanya disebut dan dirujuk secara

    sepintas lalu. Ia hanya diketahui secara umum saja sebagai naskhah Melayu yang belum menentu

    coraknya bertajuk SULALATUS-SALATIN itu. Yang disebut oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri

    sebagai Kitab masirat SULALATUS-SALATIN itu. Apabila versi ini diedit oleh Abdullah

    Munsyi pada tahun 1831, ia terkenal selepas itu sebagai SEJARAH MELAYU.

    Selepas itu, ditemuilah pula naskhah SEJARAH MELAYU yang lebih panjang daripada

    versi pendek ini. Naskhah-naskhah dari versi inilah sebenarnya yang paling banyak diketahui

    wujud dalam sejarah kepustakaan SEJARAH MELAYU. Seperti mana pendapat Roolvink, ia

    sebenarnya lebih merupakan campuran atau kacukan daripada versi panjang dan versi pendek.

    Oleh itu, persoalan tentang naskhah SEJARAH MELAYU menjadi tambah kompleks hinggalah

    ke hari ini. Penyelesaiannya, jika ada pun, masih lagi terawang-awang. Belum ada sesiapa

    yang mengambil risiko untuk menyelidik mauduk itu bagi tujuan profesionalisme, contohnya

    untuk ijazah-ijazah universiti.

    Dalam hal ini, beberapa kemungkinan memang boleh diduga. Sekiranya pendapat di atas

    boleh digunakan, maka andaian yang berhubungan dengannya ialah bahawa naskhah daripada

    versi panjang terhasil apabila versi pendek tadi ditokok tambah ketika proses penyalinan

    SEJARAH MELAYU dilakukan; iaitu dimasukkan episod-episod lain selepas kematian Tun Ali

    Hati. Sekiranya andaian ini tidak mungkin diterima, naskhah daripada versi panjang itulah yang

    wujud dahulu. Kemudian, ketika mengalami proses penyalinan semula, si penyalin dengan

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    21/53

    21

    sesuatu sebab yang tidak diketahui menamatkan setakat yang diketahui yang wujud dalam versi

    pendek pada hari ini. Sejauh yang diketahui, dewasa ini terdapat sembilan buah naskhah

    SEJARAH MELAYU daripada versi panjang ini, iaitu empat naskhah di Perpustakaan

    Koninklijk Instituut Leiden (Cod.Or. 1716, 1736, 1703, 3210) di samping sebuah lagi, Cod Or,

    631, dua naskhah di Jakarta, KBG 188W dan 190W, sebuah naskhah di Manchester dan sebuah

    naskhah Maxwell 26 di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London.

    Di samping itu, perbezaan fizikal lain di antara kedua-duanya ialah Cetera ke-2 dan

    Cetera ke-3 tentang Melayu Minangkabau dalam versi panjang, dipadatkan hanya menjadi satu

    Cetera ke-2 dalam versi pendek dan selepas itu versi panjang melanjutkan lagi ke Cetera ke-4

    episod Citaram Syah yang tidak ada dalam edisi Shellabear dan dalam versi pendek. Yang

    menarik juga tentang episod penderhakaan hulubalang Melayu terhadap raja Melaka. Versi

    panjang menamainya sebagai Hang Kasturi; tetapi versi pendek pula menyebut tokoh penderhaka

    itu sebagai Hang Jebat. Sebenarnya, barangkali naskhah daripada versi pendek inilah yang

    dirujuk oleh pengarang HIKAYAT HANG TUAH untuk membina watak Hang Jebat dalam

    episod dramatik penderhakaan dan pertikaman Hang Tuah-Hang Jebat!

    Sekiranya kita bersetuju dengan ungkapan pendekatan diakronis seperti yang

    dinamakan oleh A.E. Teeuw dalam usaha mencari penyelesaian filologi melalui penelitian yang

    lengkap tentang naskhah SEJARAH MELAYU yang wujud pada hari ini, maka hubungan antara

    versi panjang dengan versi pendek dapat menentukan sebanyak sedikit tentang bagaimana

    naskhah SEJARAH MELAYU berkembang dari zaman awal hingga pada masa ini. Seandainya

    tepat jangkaan R. Roolvink tentang wujudnya sebuah naskhah tua SEJARAH MELAYU yang

    dijumpainya, Cod. Or. 3199 Bhg. (3) dan (4) di Universiti Leiden, yang di dalamnya tercatat

    senarai nama raja-raja Melaka (lengkap dengan tarikh dan lama pemerintahan seseorang raja)

    berjudul CERITERA ASAL RAJA-RAJA MELAYU PUNYA KETURUNAN dan dilapor

    olehnya sebagai mempunyai ciri persamaan dengan naskhah SULALATUS-SALATIN yang

    disebut dan dirujuk oleh Petrus van der Varm dan Francois Valentijn dahulu, maka pada asalnya

    teks SEJARAH MELAYU sebenarnya muncul dalam bentuk suatu senarai raja-raja saja.

    Pendapat Roolvink ini, disokongnya sendiri dengan menggunakan suatu sumber tentang senarai

    raja-raja Melayu oleh E. Netscher, Residen Belanda di Riau. Netscher mengaku bahawa senarai

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    22/53

    22

    raja-raja Melayu tadi, ... is based upon the Malay historical work Sulalatus -Salatin, milik

    seorang Sultan Lingga.

    Pendapat seperti ini pernah juga diketengahkan oleh Linehan, dalam rencananya

    menyebut, senarai yang berupa salasilah raja-raja Melayu Melaka yang merupakan, ... the firstwritten material (pedigree etc.) which formed the basic for the chronicle that ultimately emerged

    as the Malay Annals. Daripada bentuk seperti senarai raja-raja tadi, diperkembangkan dengan

    memasukkan cerita atau episod lain yang berkaitan, lalu kemudiannya menjadi SEJARAH

    MELAYU seperti yang terdapat pada bentuk SEJARAH MELAYU daripada naskhah Maxwell

    105 (di Perpustakaan Royal Asiatic Society).

    Peringkat ketiga perkembangannya ialah kemasukan isi-isi dan tambahan episod baru,

    lalu akhirnya, muncul SEJARAH MELAYU seperti yang ditunjukkan oleh naskhah SEJARAH

    MELAYU daripada Raffles MS. 18, versi C.O. Blagden, atau versi tahun 1536, yang merupakan

    versi tertua yang ditemui pada hari ini. Pengubahan dan tokok tambah terkemudian melahirkan

    SEJARAH MELAYU resensi 2 yang membentuk versi pendek (seperti yang dibuktikan oleh

    SEJARAH MELAYU edisi Abdullah dan Dulaurier, berepisodkan setakat kematian Tun Ali

    Hati) dan versi-versi panjang (sebagaimana yang dibuktikan oleh edisi Shellabear dan edisi A.

    Samad Ahmad). Peringkat akhir perkembangannya ialah manakala terjadi perpanjangan dan

    tokok tambah terkemudian serta kemasukan berbagai-bagai-bagai episod sehingga menjangkau

    abad ke-19, seperti yang diperlihatkan oleh SEJARAH MELAYU daripada naskhah KBG 191W

    (ada empat naskhah sekarang), dan dinamakan HIKAYAT SIAK.

    Naskhah inilah yang kita tampilkan dalam bentuk faksimile jawinya dalam penerbitan ini.

    Daripada keterangan di atas, maka suatu rangka bercorak diakronistik tentang bagaimana

    SEJARAH MELAYU berkembang dari peringkat awal kewujudannya hinggalah ia lahir dalam

    bentuk seperti hari ini, dapat digariskan seperti berikut:

    a) Pada asalnya SEJARAH MELAYU hanya lahir dalam bentuk suatu senarai raja-raja,

    iaitu tentang nama raja-raja Melayu Melaka daripada raja yang pertama hingga raja

    yang akhir sekali. Ini dibuktikan dengan kehadiran dan penemuan naskhah

    SEJARAH MELAYU (Cod. Or. 3199 (3) Bhg. 4) seperti yang pernah disebut dan

    dirujuk oleh Petrus van der. Vorm, F. Valentijn dan E. Netscher.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    23/53

    23

    b) Kemudian SEJARAH MELAYU berkembang lagi dengan kemasukan riwayat dan isi-

    isi baru yang lain. Ini dapat dibuktikan dari bahagian pertama SEJARAH MELAYU

    versi Maxwell No. 105, tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London

    sebuah naskhah yang diperolehi oleh Maxwell dari Raja Othman, Bendahara Perak,

    tentunya naskhah ini adalah lebih panjang daripada naskhah SEJARAH MELAYU

    (Cod. Or. 3199).

    c) Daripada SEJARAH MELAYU versi Maxwell No. 105, dimasukkan lagi isi sejarah

    dan bukan sejarah lain yang membentuk riwayat lebih terperinci. Ini dapat dibuktikan

    dengan kehadiran SEJARAH MELAYU naskhah Raffles MS. 18, yang kemudian

    diselenggarakan oleh R.O. Winstedt untuk versi tahun 1536. Tetapi rupanya naskhah

    ini tidak lengkap.

    d)

    Kemudian, terjadilah pula pembentukan SEJARAH MELAYU daripada versi pendek

    yang mengandungi sebanyak 34 bab. Ia pernah diusahakan oleh Abdullah Munsyi,

    Situmorang dan Teeuw, dan Dato Madjoindo yang mengisahkan setakat kematian

    Tun Ali Hati.

    e) Riwayat SEJARAH MELAYU yang mengandungi 34 bab itu dipanjangkan lagi

    sehingga ke episod-episod yang terjadi di Johor ketika Jambi menyerang Johor pada

    tahun 1673. Maka lahirlah SEJARAH MELAYU daripada versi panjang, seperti

    mana yang diselenggarakan oleh W.G. Shellabear dan A. Samad Ahmad.

    f) Setelah tamat riwayat tentang episod-episod di sekitar tahun 1670-an, seorang perawi

    keturunan Siak telah menyalin semula SEJARAH MELAYU, tetapi kemudian

    melanjutkan lagi episod untuk memasukkan pula riwayat lain tentang kekeluargaan

    raja-raja Siak, bermula daripada Raja Kecil bin Sultan Mahmud Syah II? Sehinggalah

    ke tahun 1850-an, dan selepas meletusnya peperangan di antara Belanda-Palembang

    antara tahun 1819 hingga tahun 1821. Inilah naskhah SEJARAH MELAYU yang

    terpanjang diketemui, tetapi dengan kemasukan isi dan riwayat baru. Ia juga dikenali

    sebagai HIKAYAT SIAK atau HIKAYAT RAJA AKIL. Ini dibuktikan oleh naskhah

    KBG 191W.

    g) Daripada tradisi tulisan jawi, ada penulis yang berminat untuk menaip naskhah

    SEJARAH MELAYU yang ditemuinya, tetapi penyalinan dan penaipan dibuat secara

    bebas dan diakhirkan secara mendadak saja tentang serangan Portugis terhadap

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    24/53

    24

    Melaka pada tahun 1511. Oleh itu lahirlah sebuah naskhah SEJARAH MELAYU

    dalam bentuk bertaip. Oleh sebab ia dipercayai berasal dari Palembang, lalu dianggap

    SEJARAH MELAYU daripada versi Palembang, masih tersimpan di Amsterdam.

    Saranan tentang perkembangan Pensejarahan naskhah-naskhah SEJARAH MELAYUini sama ada dapat diterima atau tidak, bergantung pada pandangan ahli filologi terhadap

    permasalahan naskhah yang wujud. Mungkin apabila naskhah lain daripada teks SEJARAH

    MELAYU ditemui, saranan di atas akan tercabar dan tidak boleh digunakan lagi.

    Walau bagaimanapun, satu hal adalah pasti. Setakat ini, belum wujud satu

    penyelenggaraan dan perbincangan filologi yang kritis dan yang difinitif tentang SEJARAH

    MELAYU. Perbincangan tentang naskhah dan penerbitan untuk sesuatu edisi (seperti

    penyelenggaraan, penterjemahan dan anotasi), kelihatannya masih di peringkat awalan,

    berbanding dengan kebesaran dan keagungan SEJARAH MELAYU sendiri yang diiktiraf

    sebagai. .. the most famous, distinctive and best of all Malay literary works.

    Sejarah Melayu dan Pensejarahan Melayu

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    25/53

    25

    Sebagai hasil sastera sejarah yang bercorak prosa-riwayat, SEJARAH Melayu menerangkan

    suatu kisah yang amat panjang tentang sejarah raja-raja Melaka dari Periode sebelum penubuhan

    Melaka (dianggarkan sekitar tahun 1400) sehinggalah ke periode selepas tahun 1511.

    Dalam SEJARAH MELAYU edisi W.G. Shellabear, riwayat tentang tradisi pensejarahan

    Melaka bermula pada Alkisah Cetera Yang Kesebelas lalu berlanjutan hingga ke awal Al -

    kisah Cetera yang Ketiga Puluh Empat, apabila disebutkan kesultanan Melaka dialahkan oleh

    Portugis melalui peperangan dan akhirnya dikatakan, Maka Feringgi pun diamlah di Melaka.

    Riwayat permulaan Melaka dibentangkan dengan unsur mitos, iaitu anjing perburuan,

    pelanduk putih dan pokok Melaka. Mitolisasi ketiga-tiga unsur ini, dicernakan dengan

    riwayat sejarah pengembaraan rombongan diraja Raja Iskandar yang berundur dari Singapura

    itulah yang membuka tirai untuk memulakan babak dan tradisi pensejarahan Melaka, hinggalah

    menjangkau periode lebih kurang selama 111 tahun.

    Periode Melaka ini didahulukan dengan suatu periode yang amat panjang tentang riwayat

    periode pra-Melaka yang bermula dari zaman Iskandar Zulkarnain dan berakhir dengan cereka

    tentang Raja Suran di benua India. Tradisi ini dilanjutkan lagi dengan riwayat tentang kerajaan

    Melayu Palembang, pertemuan dua tokoh lagenda Melayu yang tidak asing, iaitu Demang Lebar

    Daun, pembesar di Andalas, dengan Sang Sapurba, tokoh mitos dari kalangan raja. Kemudian

    disebut tentang penggabungan dua kelompok manusia yang berlainan tradisi, iaitu Nila

    Pahlawan dan krishna Pendeta dengan kelompok Melayu, Wan Empok dan Wan Malini. Hasil

    gabungan melalui perkahwinan inilah maka berkembang dan tersebarnya keturunan lelaki dan

    wanita di Palembang tadi, disimbolisasikan dengan panggilan istilah Awang dan Dara.

    Dari Palembang, tradisi kekeluargaan kerabat ini bergerak pula ke Bentan, kemudian

    memasuki Singapura, sebelum menjelajahi Muar dan Melaka.

    Semua tradisi ini memancarkan peranan dan pengaruh tradisi budaya Melayu pra Islam

    yang menjangkau periode yang amat panjang sebelum tahun 1400-an. Bagi menambah

    kerumitan hubungan kesukuan ini diterapkan pula unsur China apabila dikatakan bahawa eorang

    puteri raja Palembang dikahwini oleh seorang putera raja China lalu kemudiannya disebut,

    ...bersambunganlah raja Melayu dengan raja Melayu dengan raja China. Oleh itu, tercantumlah

    gabungan sukuan Melayu pra-Islam-China.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    26/53

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    27/53

    27

    sebanyak itu pula terjadi berbagai-bagai-bagai kekaburan terhadap fakta berkenaan. Fakta

    sejarah serta kekaburan yang berjalan seiring itulah yang sebenarnya menghubungkan antara

    realiti dengan mitos tadi.

    Dari segi realiti, hampir semua riwayat sejarah tentang Palembang, Minangkabau,

    Majapahit, Pasai-Perlak, Bentan, Singapura, Raja Suran (Chola), Iskandar Zulkarnain, Iskandar

    Syah dan Demang Lebar Daun, bukanlah dicipta dan diriwayatkan tanpa alasan sejarah. Malah,

    apa yang mungkin dapat dikatakan tentang bahagian-bahagian ini ialah ia merupakan usaha

    penulis SEJARAH MELAYU menciptakan suatu realisasi sejarah daripada rantaian peristiwa

    sejarah yang sebenarnya terjadi sebelum periode Melaka, tetapi secara tradisinya, penulisan

    tersebut dikomposisikan secara riwayat sejarah-cereka. Sejarah dan cereka dicampurbaurkan

    bagi membentuk seluruh riwayat.

    Komposisi kedua-dua unsur ini adalah akibat langsung daripada penggunaan sumber

    pada riwayat tersebut, iaitu sumber TERTULIS dan sumber LISAN. Antara kedua-dua jenis

    sumber, sumber yang bercorak lisan itulah yang sering menimbulkan masalah dalam

    penanggapan sejarah kita tentang kesejarahan SEJARAH MELAYU.

    Antara sumber tertulis paling utama digunakan oleh Tun Seri Lanang, yang barangkali

    dapat dipastikan ialah naskhah inti atau induk SEJARAH MELAYU itu sendiri, iaitu

    ...HIKAYAT Melayu dibawa oleh orang dari Goa, yang telah diguna, disunt ing semula dan

    diperbaiki oleh Tun Seri lanang dalam melahirkan sebuah teks induk itu sendiri, lalu dinamakan

    SULALATUS-SALATIN. Sumber-sumber lain yang digunakan ialah HIKAYAT ISKANDAR

    SULKARNAIN, iaitu tentang tradisi dan riwayat Iskandar Zulkarnain, HIKAYAT AMIR

    HAMZAH mengisahkan Raja Suran berbuat negeri di benua Keling, dan salah sebuah versi

    HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI tentang riwayat kerajaan tua Pasai. Selain tiga hikayat ini,

    rujukan yang membina seluruh riwayat SEJARAH MELAYU adalah berdasarkan lisan, mungkin

    sebahagian besar daripadanya diperoleh melalui mulut ke mulut, lalu menjadi budaya popular

    pada abad ke-16 dan ke-17.

    Dalam tradisi sejarah, kewujudan Empayar Melaka adalah selepas kewujudan empayar

    Melayu di Selat Melaka, iaitu Empayar Srivijaya yang dianggarkan wujud disepanjang abad ke 7

    hingga abad ke-13. George Coedes menganggap Shih-li-fo-shih yang disebut dalam sumber

    China itu sebagai Srivijaya, didakwa sebagai beribukan Palembang.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    28/53

    28

    Di antara era Srivijaya dengan era Melaka, maka telah wujud pula era Singapura pada

    abad ke-13 dan ke-14. Maklumat dan keterangan sejarah perihal kuasa Melayu pra-Islam ini

    memang terhad. Namun, sumber-sumber China daripada dinasti-dinasti dua boleh membekalkan

    keterangan mengenainya. Sumber daripada SEJARAH MELAYU juga boleh memberikan

    bayangan mengenai Singapura tua ini. Teks ini menyebut Singapura diperintah oleh lima

    generasi raja-raja yang di antaranya ialah Sang Nila Utama (Seri Teri Buana), Raja Kechil,

    Paduka Seri Pikrama Wira, Seri Rana Wira Karma, Paduka Seri Maharaja dan Raja Iskandar.

    Singapura juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kuasa Melayu-Islam serantau

    ketika itu, Pasai dan Perlak di Sumatera Utara dan Majapahit di tanah Jawa.

    Pada prinsipnya naratif periode Singapura ini bukanlah cereka. Ia adalah testimoni

    sejarah. SEJARAH MELAYU edisi A. Samad Ahmad (1979), contohnya mengambil sebanyak

    51 halaman surat bagi naratif ini. Sedangkan naratif perihal pasca Melaka dan Johor tua yang

    historis itu mengambil hanya 40 halaman surat. Setakat kerana adanya unsur-unsur yang

    dianggap non-historis itu, maka naratis bahagian pra periode Melayu ini paling diragukan

    kesejarahannya. Sepanjang periode Melaka Singapura yang menjangkau hampir dua abad

    itulah dikatakan terhasilnya beberapa karya klasik Melayu saduran tradisi Hindu, seperti

    HIKAYAT SERIRAMA, siri HIKAYAT PANDAWA, HIKAYAT INDERA PUTERA,

    HIKAYAT DEWA MANDHU, HIKAYAT PUSPA WIRAJA, dll.

    Tome Pires dalam rekodnya THE SUMA ORIENTAL pada awal abad ke-16 telah

    menggalurkan suatu hubungan salasilah secara langsung antara raja Melaka yang pertama,

    Paramesrara, yang disebutnya sebagai berasal dari Palembang. Beliau disebut sebagai seorang

    putera raja Palembang yang telah mengahwini seorang adik ratu Majapahit, Batara Tamarill.

    Tetapi, Paramesrara, setelah menggunakan nama Sam Agy Palimbao telah melancarkan agitasi

    politik menentang penguasaan kerabat Palembang, lalu ke Singapura (Temasik), membunuh

    penguasa Siam, bernama Sam Agy Symgapura atau dikenali dengan nama Temagi. Cuma

    beberapa tahun di situ, Parameswara dan pengikutnya kemudian dihambat keluar oleh tenteraSiam yang didatangkan dari Ayuthia. Paremeswara lantas ke Melaka, lalu membuka penempatan

    di situ.

    Sekiranya catatan Pires ini munasabah dan dapat diterima sebagai sahih, maka riwayat

    SEJARAH MELAYU sebenarnya adalah dibina dan digerakkan dengan mengikut lunas-lunas

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    29/53

    29

    dan perkembangan sejarah yang sebenarnya terjadi. Tradisi riwayat tentang Palembang-

    Minangkabau yang disimbolisasikan dengan kehadiran bukit suci Seguntang Mahamiru, di mana

    dipercayai turunnya maha dewa dari kayangan adalah lambang keberkesanan tradisi dan

    pengaruh Hindu-Buddha terhadap pemerintah tempatan. Para pedagang Hindu menyebut

    kawasan Melayu ini sebagai The Land of Gold. Maka urutan kronologi dan time-framenya

    adalah wajar. Ia dimulakan dengan era Srivijaya, iaitu Palembang, diikuti dengan era Temasik di

    Singapura dan berterusan ke era Melaka.

    Raja Melaka yang pertama sebanarnya berasal dari Palembang, yang merupakan warisan

    kelima dalam tradisi penggantian selepas Seri Teri Buana di Palembang. Oleh itu, memanglah

    tepat sekiranya tradisi dan salasila raja-raja Melaka dalam SEJARAH MELAYU secara langsung

    dihubungkan dengan tradisi dan salasilah raja-raja Palembang, Bentan dan Singapura, sesuai

    dengan kenyataan akhir SEJARAH MELAYU yang menyebut, raja-raja Melaka sebagai:

    ...tajali dari Bukit Seguntang, turun ke Palembang, lalu ke Bentan, dariBentan lalu ke Singapura, maka alah Singapura oleh Jawa Majapahit, lalu ke

    Melaka...

    Cuma agaknya, kerana terlampau kerap unsur ceraka yang diselang selikan dengan fakta

    sejarah dalam riwayat SEJARAH MELAYU pada periode pra-Melaka, maka sering kalilah fakta

    dan proses perkembangan sejarah yang sebenar telah menjadi kabur atau terlindung.

    Hanya pemahaman terhadap perkembangan dan proses pensejarahan masyarakat Melayu

    sebelum periode Melaka itu saja dapat membantu kita, memerhatikan kebenaran fakta dan

    kesahihan data yang diberikan oleh SEJARAH MELAYU ini, Tradisi Melaka sebenarnya,

    berkait erat dengan tradisi Srivijaya dan Palembang. Malah, Melaka sebenarnya adalah

    penerusan dan warisan daripada tradisi Melayu Palembang tadi.

    Apakah masalah sejarah yang muncul daripada keberkesanan tradisi lisan dalam riwayat

    SEJARAH MELAYU?

    Mengkaji dan menelusuri kesahihan fakta dalam riwayat yang terdapat pada bahagian

    periode pra-Melaka, bukanlah suatu hal yang mudah. Betapakah pula sekiranya terdapat

    terlampau banyak ciri-ciri yang dianggap bukan sejarah di dalamnya. Sejarawan China,

    Pfrosesor Hsu Yun-tsio, telah melihat masalah ini lalu mengatakan:

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    30/53

    30

    Sesungguhnya pokok atau inti cerita buku ini ialah sejarah kerajaan Melayu

    Melaka, akan tetapi apa yang tercatat di dalamnya adalah ceritadongeng

    atau sekurang-kurangnya bersifat dongeng, cerita dewa-dewa, peristiwa

    sejarah yang benar segala-galanya bercampur aduk dan begitu kacau-bilau

    dan kelam-kabut antara benar (sejarah) dan palsu (dongeng) dan cerita

    dewa-dewa.

    Walau bagaimanapun, Profesor Mohd. Taib Osman telah memberikan suatu pandangan

    yang adil tentang gejala pensejarahan dalam penulisan SEJARAH MELAYU seperti ini. Beliau

    melihat sifat-sifat penulisan yang terdapat antara penulisan SEJARAH MELAYU lama dengan

    sejarawan masa kini:

    Pada timbangan kita hari ini, penulisan sejarah mestilah berdasarkan

    kepada kebenaran, tetapi bagi penulisan sejarah Melayu lama kebenaran itu

    tidak bermakna bahawa apa yang dicatatkan itu adalah perkara-perkara dan

    peristiwa-peristiwa yang benar berlaku.

    A. H. Hill penggarap HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, cuba membuat suatu pemisahan

    antara kedua-dua kelompok sejarawan yang hidup berlainan masa dan masyarakat ini, dalam

    mencari kebenaran sejarah antara sesamanya. Kebenaran yang dimaksudkan oleh Hill ialah

    kebenaran subjektif yang cuba ditonjolkan oleh ahli Sejarah lama dan kebenaran objektif yang

    didakwa sering dan seharusnya ditunjukkan oleh sejarawan masa kini. Dalam konteks ini,

    pengarang SEJARAH MELAYU seperti juga penulis HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, sering

    menunjukkan sikap dan nilai yang tidak berbeza,

    Sekiranya dibandingkan tradisi asal-usul raja-raja Melaka antara riwayat SEJARAH

    MELAYU dengan laporan Tome Pires, nyatalah terdapat perbezaan yang agak jauh. Tome Pires

    tidak pernah mempersoalkan bagaimana Melaka memperoleh namanya, selain hanya menyebut

    Melaka sebagai Malaqa (hidden fugitive); jauh pula daripada membincangkan kaitan antara

    Paremeswara dengan tradisi lagenda Iskandar Zulkarnain, Raja Kida Hindi, Raja Suran, Demang

    Lebar Daun dan Sang Sapurba. Sedangkan sebaliknya, SEJARAH MELAYU pula amat

    menitikberatkan riwayat-anekdot tentang tokoh sejarah-cereka ini. Pires juga lebih meminati

    butir-butir sejarah yang berhubungan dengan ketokohan Paremeswara, yang disebutkannya

    sebagai PARAMJCURA dan didakwanya sebagai berasal dari Palembang.

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    31/53

    31

    Dari manakah Pires mendapat butiran sejarah itu? Beliau menjalankan sedikit

    penyelidikan lisan, lalu menyatakan secara tegas, seperti ...they say that, atau ...they say this.

    They maksud Pires di sini ialah orang Melaka sendiri. Pires tidak bertolak ansur pada butir-

    butiran yang diterimanya, malah, tidak memperhitungkan sama ada ia salah ataupun tepat.

    Dalam suasana yang serupa, pengarang SEJARAH MELAYU juga hampir menunjukkan

    sikap penulisan yang sama. Perihal hampir semua riwayat praperiode Melaka, ia amat

    bergantung pada penceritaan orang lain, ditunjukkannya dengan ungkapan seperti kata sahilbul -

    hikayat (yang empunya hikayat) ataupun menulis kenyataan, Sebermula, dihikayatkan oleh

    orang yang empunya hikayat, atau setidak-tidaknya menyebut punca rujukannya sebagai, Kata

    rawi. Sama ada Pires, mahupun Tun Seri Lanang, kebenaran butir dan fakta bukan menjadi satu

    soal hakiki. Pires hanya bertindak sebagai pelapor, Cuma mendengar daripada buah mulut

    penduduk Melaka. Tun Seri Lanang pula menjadi perawi atau penyunting teksnya. Kedua-dua

    pelapor dan perawi ini amat bergantung pada sumber dan tradisi lisan masing-masing.

    Persoalan tentang kebenaran sumber dan butiran seperti inilah, yang menjadi kekuatan

    laporan dan riwayat kedua-dua penulis yang berlainan bangsa ini. Tetapi sebenarnya kekuatan

    inilah juga menjadi masalah pensejarahan untuk penulis dan sejarawan masa ini, yang barangkali

    tidak disedari atau kurang diambil kira oleh kedua-dua penulis Melayu dan Portugis itu.

    Pires menulis kirah raja-raja awal Melaka, kira-kira seabad lebih dari masa terjadinya hal

    yang sebenarnya, iaitu beberapa tahun selepas tahun 1511, Tetapi, Tun Seri lanang

    menggunakan lisan riwayatnya yang berusia hampir sekali ganda daripada usia lisan riwayat

    yang digunakan oleh pires, iaitu menjelang tahun 1612. Ini menunjukkan bahawa umur sumber

    lisan Pires lebih muda, dan mungkin lebih hampir kepada kebenaran.

    Tiada siapa pun menduga bahawa ada kalangan para informan tempatan Melaka yang

    ditemui dan disumber lisankan oleh Pires itu, hidup sepanjang usia Kesultanan Melayu Melaka

    itu sendiri antara tahun 1400 hingga tahun 1511. Jangka masa sepanjang dua generasi ini tidak

    dapat menolak kemungkinan wujudnya sebarang individu tempatan yang hidup hampir semasa

    dengan zaman-zaman awal penubuhan dan kewujudan kesultanan Melayu itu sendiri. Tetapi,

    hal-hal seperti ini mungkin tidak dialami oleh Tun Seri Lanang.

    Walaupun wadah dan asas riwayat yang digunakan oleh bendahara Johor dalam

    SEJARAH MELAYU ini berteraskan sejarah, iaitu sejarah nenek moyang raja-raja Melayu Johor

    dan Melaka sejak dari zaman kerajaan Palembang, Bentan dan Singapura, namun dalam masa

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    32/53

    32

    selama selama 212 tahun (14001612), tentulah banyak tokok tambah yang diberikan terhadap

    riwayat-sejarah zaman praperiode Melaka ini. Tun Seri Lanang senditi tidak menyaksikan

    peristiwa yang terjadi lebih daripada dua abad sebelum hidupnya itu, tetapi telah menerimanya

    tanpa tolak ansur.

    Akibat pentingnya pengaruh lisan pada riwayat dalam periode ini maka mungkin

    banyaklah kekeliruan dalam susunan kronologi dan pembutiran sejarah yang terdapat di

    dalamnya. Oleh sebab terjadinya episod-episod yang dianggap oleh Tun Seri Lanang sebagai

    bersejarah itu adalah amat purba, maka ia pun menerapkannya tanpa memikirkan kesahihannya,

    sama ada dari segi kebenaran fakta, ketulusan kronologi, juga pada ketulenan urutan peristiwa.

    Seperti mana tradisi pengarangan hasil-hasil karya yang sejenis dengan SEJARAH

    MELAYU, apabila pengarang cuba menuliskan riwayat tentang zaman kehidupan moyang-

    moyang mereka tanpa mereka menyaksikannya sendiri, maka terpaksalah mereka bersandar

    kepada tradisi lisan. Ini berlaku apabila sumber daripada tradisi tertulis memang amat sukar

    diperoleh, dan jika adapun, terlampau banyak ciri-ciri bukan sejarahnya. Penggunaan riwayat

    seperti ini untuk tujuan pensejarahan, seharusnyalah dilakukan dengan amat berhati-hati.

    Terlampau banyak contoh yang dapat ditampilkan untuk memperkuatkan hujah ini.

    Sekadar untuk rujukan maka diperturunkan beberapa contoh riwayat tersebut.

    Pertama ialah tentang pengunduran Iskandar Syah dari Singapura setelah dihambat keluar

    oleh suatu kuasa asing yang menyerang pulau kecil ini. Tome Pires menyebutkan kuasa asing ini

    ialah angkatan Siam dari Ayuthia, setelah pemerintahan tempatan tersebut yang dinaungi oleh

    kuasa kerajaan Gajah Putih ini dibunuh oleh Parameswara. Kenyataan Pires memang amat

    beralasan. Sepanjang abad ke-14, kuasa besar tradisional inilah yang menguasai hampir seluruh

    bahagian utara alam Melayu dan Selat Melaka. Malah di sepanjang abad ke-15 pula, kuasa inilah

    yang dikatakan paling dikhuatiri oleh Melaka hingga ia mencari jalan bagi berbaik-baik dengan

    kuasa China tradisional.

    Pires juga mempunyai alasan secara sejarah bagi memperkuat hujah dan dakwaan

    SEJARAH MELAYU yang menyebut bahawa sepanjang awal abad ke-15, Siam didapati cuba

    menyerang Melaka sebanyak dua kali. Ini barangkali sebagai bukti untuk menunjukkan

    kemarahannya terhadap kesultanan yang baru tertubuh itu, atau masih ingin membalas dendam

    terhadap pemerintahan Paremeswara di Singapura dahulu. Kebenaran riwayat ini dapat

    dibuktikan dan disokong oleh sumber dari babad tradisional Siam yang tidak asing, iaitu

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    33/53

    33

    PRACHUM PHONGSAWADAN dari edisi Luang Prasoet yang menyebut ketua-ketua

    ketumbukan laut Siam yang menyerang Melaka sebagai Okpya Tejo dan Ekpya Chakra, bila

    mana SJEARH MELAYU pula membunyikannya secara folk-etimologi sebagai Awi Dicu dan

    Awi Chakri.

    SEJARAH MELAYU pula memberikan gambaran yang berlainan tentang episod yang

    serupa ini, iaitu menyebut Iskandar sebagai diserang oleh kuasa Jawa Majapahit, akibat

    pembelotan Sang Rajuna Tapa, seorang pembesar di istananya. Hal demikian barangkali

    beralasan juga sebab sejak dari masa Pelembang lagi, Iskandar memang dimusuhi oleh kuasa

    tradisional jawa ini seperti yang didakwa oleh Pires sendiri di dalam laporannya.

    Soalnya, sekiranya kita bersetuju dengan laporan sumber yang ditetapkan oleh Pires tadi

    nyatalah terdapat sedikit kekacauan dalam riwayat SEJARAH MELAYU tentang isu yang sama.

    Perawi SEJARAH MELAYU telah mencampuradukkan antara serangan Siam dengan serangan

    Majapahit. Besar kemungkinan memang terjadi serangan Jawa terhadap Singapura ketika

    Iskandar Syah sedang bertakhta di situ, tetapi bukanlah serangan yang membawa maut dan

    menyebabkan ketahanan Iskandar Syah tumpas.

    SEJARAH MELAYU sendiri menyebut, ketika Paduka Seri Pikrama Wira memerintah,

    Singapura diserang Majapahit, tetapi gagal. Malah pada tahun 1840-an, Munsyi Abdullah di

    dalam bukunya HIKAYAT ABDULLAH menyebut pada bulan Oktober 1822, beliau bersama

    Paderi Thomsen dibawa oleh T.S. Raffles menyaksikan sebuah inskripsi di muara Sungai

    Singapura. Inskripsi itu dipercayai pahatan tulisan lama mengenai kejayaan Majapahit

    mengalahkan dan menawan Singapura pada abad ke-14.

    Serangan yang dimaksudkan oleh SEJARAH MELAYU adalah serangan Siam. Tetapi,

    perawi SEJARAH MELAYU, sama ada amat terpengaruh dengan tradisi lisan tentang amusing

    anacdotes seperti anekdot anak Sang Rajuna Tapa yang terfitnah, Sang Rajuna Tapa yang

    menjadi batu barangkali akibat ketulahan dan Sang Rajuna Tapa yang menutup gedung

    menyimpan makanan, ataupun cuba melindungkan hakikat sejarah yang sebenarnya tentang

    keutusan suatu kuasa yang bukan Melayu dan bukan Islam. Terbukti, daripada tahap

    pengarangan semula SEJARAH MELAYU, alam Melayu telah disinari nur Islam, lalu menyebut

    tentera Majapahitlah yang menghambat keluar Iskandar dari Singapura.

    Perawi SEJARAH MELAYU mungkin lebih mengenali tradisi lisan tentang hubungan

    awal Palembang/Melaka-Majapahit daripada mengetahui tradisi permusuhan Melayu/Melaka-

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    34/53

    34

    Siam. Ini menyebabkan tradisi .lisan yang pertama itu menjadi lebih popular di kalangan

    masyarakatnya.

    Memanglah benar, dalam Cetera Yang Kelima SEJARAH MELAYU, ada dinyatakan

    bahawa sewaktu menuliskan kisah peperangan di antara Jawa Majapahit dengan Singapura,

    perawi teks ini merujuk sumber perihal peperangan tersebut, ...perkataan Singapura berperang

    dengan Jawa itu, terlalu lanjut perkataannya ...maka kami pendekkan perkataannya. Istilah

    perkataan disini kurang jelas. Apakah ia bermaksud perkataan lisan atau tradisi tulisan?

    Hal demikian dapat dibuktikan daripada penerapan yang amat berkesan tentang riwayat

    hubungan Melaka-Majapahit yang erat ke dalam penulisan SEJARAH MELAYU, walhal riwayat

    tersebut penuh dengan sifat-sifat anakronistik. Contohnya, hubungan Sultan Mansur Syah

    dengan Puteri Raden Galuh dari Jawa itu dikaitkan dengan kemasyhuran Patih Gajah Mada,

    tanah Jawa ini hidup berlainan masa. Seorang dalam abad ke-15 dan yang seorang lagi hidup

    dalam abad ke-14. Hubungan Melaka-Siam sepanjang abad ke-15 dinampakkan penuh dengan

    misteri dan permusuhan belaka.

    Dalam merujuk sumber daripada tradisi lisan (yang barangkali juga memang terdapat

    dalam naskhah atau teks hikayat yang asal), perawi SEJARAH MELAYU, akibat tidak

    dikongkong oleh akta hak cipta mungkin, berhak mewarnakan apa saja penulisannya. Perawi

    boleh menerapkan sama ada tradisi dari unsur Jawa, mahupun tradisi daripada unsur Siam. Ini

    mungkin juga menjadi masalah pokok baginya. Dalam konteks ini, tradisi unsur yang pertama

    itulah yang diminati dan ditetapkannya.

    Seperti penulis sejarah tradisional yang sejenis dengannya yang merawikan hal yang

    berlaku ratusan tahun sebelum hidupnya dan tidak pernah disaksikannya, soal ketepatan dan

    kebenaran kronologi, seperti yang harus ada pada penulisan sejarah masa kini, tidaklah penting.

    Yang perlu baginya ialah menulis sesuatu yang sesuai dengan citra dan selera pembaca dan amat

    cucuk dengan matlamat dan kehendak penulisan, sebagai karya didaktik, seperti kata B.L.

    Andaya:

    misunderstand its fundamental aims. Like other Malay court annals, the

    SEJARAH MELAYU should be regarded a particular genre of a Malay

    literature whose primary concern was the edification of future generation.

    Bagi pertimbangan pengkaji sejarah zaman awal tentang Selat Melaka masa kini, hal-hal

    tersebut mungkin dianggap remeh. Selagi belum diketahui suatu sumber yang paling sahih

    tentang mauduk tersebut, mereka bolehlah bergantung pada sama ada sumber daripada tradisi

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    35/53

    35

    SEJARAH MELAYU atau punca keterangan daripada rekod Tome Pires tentang Siam tadi;

    ataupun merujuk terus daripada tradisi babad Siam sebelum abad ke-15.

    Contoh yang kedua ialah tentang kedatangan Islam ke Melaka. Hal ini juga banyak

    berhubungan dengan masalah sumber dalam penulisan SEJARAH MELAYU, bentuk yang

    digunakan dan cara penerapan tersebut dilakukan.

    Telah kerap diperkatakan raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Iskandar Syah

    (putera Parameswara). Ini adalah pendapat Tome Pires yang menyebut Iskandar Syah sebagai

    Chaquem Darxa, setelah beliau mendengarnya secara lisan. Pendapat ini telah banyak dirujuk.

    Mungkin disebabkan Pires orang barat, laporannya memang benar (?), dan ia diterima tanpa

    banyak persoalan. Fakta ini menjadi amat popular. Pires menyebut pengislaman demikian

    terjadi selepas raja Melaka yang kedua itu menikahi seorang puteri raja Pasai yang beragama

    Islam. Selepas itu, agama Islam pun tersebarlah ke Melaka.

    Pengkaji terkemudian seperti C. Wake, Syed Naquib al-Attas dan S.Q. Fatimi, cuba

    melanjutkan lagi keterangan Pires tadi dengan melihat kepentingan politik-ekonomi Melaka

    kesan daripada perkahwinan tersebut. Perkahwinan politik ini memberikan kesan jangka

    panjang ekonomi dan politik yang amat besar bagi Melaka, iaitu meraih dan menarik minat para

    pedagang Islam dan bukan Islam dari Pasai untuk datang ke Melaka.

    Pada tahun 1968, Wang Gungwu meneliti emula soal pemelukan agama Islam ini. Beliau

    mendekati penelitiannya dengan merujuk sumber tradisional China tentang beberapa buah ... di

    Asia Tenggara pada abad ke-15, seperti YING YAI SHENG LAN oleh pembabad Ma.... .

    Daripada laporan sumber-sumber ini, Gungwu berpendapat bahawa raja Melaka yang pertama

    memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah, iaitu putera Paremesr=wara (atau Iskandar Syah) dan

    merupakan raja daripada keturunan Palembang yang kedua memerintah Melaka. Ini sumber

    China tradisional ini amat sezaman dalam erti kata bahawa Ma Huan, pembabad dan pelapor

    untuk Laksamana Cheng Ho, datang ke Melaka hampir serentak dan semasa dengan zaman

    pemerintahan awal raja-raja Melaka tadi. Oleh itu laporan China ini berangkali meyakinkan.

    Sekiranya laporan dari sumber China ini sahih, maka kenyataan Pires dan riwayat

    SEJARAH MELAYU yang sering kali dirujuk oleh sejarawan terkemudian seperti R.O.

    Winstedt dan J. S.Jursey adalah bercorak anakronistik. Pires menyebut raja Melaka yang kedua,

    Iskandar Syah (sewajarnya ini adalah nama lain Paremeswara), sebagai pemeluk Islam yang

    pertama di situ. SEJARAH MELAYU menyatakan raja Melaka yang mula-mula memeluk

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    36/53

    36

    Islam, adalah raja keempat, iaitu Raja Kecil Besar, selepas pemerintahan Raja Tengah, Raja

    Besar Muda dan Raja Iskandar. Ternyata bahawa susunan raja-raja awal Melaka dalam

    SEJARAH MELAYU berkecamuk.

    Kita tertanya-tanya, sama ada Raja besar muda dan Raja Tengah adalah seorang yang

    sama, lalu menjadikan Raja Kecil besar sebagai raja Melaka yang ketiga. Ini barangkali dapat

    saling melengkapi dengan susunan salasilah tentang raja-raja awal Melaka seperti yang

    digambarkan oleh sumber-sumber China semasa tadi. Dan, sekiranya catatan sumber China

    lebih meyakinkan maka riwayat SEJARAH MELAYU nyata ada kesilapan. Hal ini terjadi

    kerana seperti hasil penulisan sejarah yang lain, seperti HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI,

    HIKAYAT ACHEH, CERITERA PALEMBANG, HIKAYAT SERI Kelantan, SILSILAH

    MELAYU DAN BUGIS dan SILSILAH RAJA-RAJA SAMBAS, perawi SEJARAH MELAYU

    tidak menitikberatkan soal penyusunan salasilah yang tepat. Betapakah pula riwayat salasilah

    Asal-usul sesuatu kesultanan atau pemerintah yang barangkali berlaku beberapa ratus tahun atau

    berabad-abad sebelum hidup pengarang. Pergantungan yang amat besar kepada tradisi lisan juga

    menjadi sebab kepada kemunculan masalah seperti ini.

    Apa yang penting bagi perawi ialah menyenaraikan suatu deretan nama raja-raja awal

    yang memerintah, mungkin tanpa memperhitungkan kebenaran sejarahnya. Mencampur aduk

    dan mencernakan unsur bukan sejarah (seperti mitos, lagenda) secara kesusasteraan, adalah bagi

    membuktikan bahawa raja-raja dan kerabat mereka yang dituliskan itu memang bertradisi dan

    memang berasal daripada keturunan darah baik-baik.

    Semakin banyak dan hebar unsur bukan sejarah tadi diterapkan, mungkin semakin

    meyakinkanlah pembuktian tradisi tadi dapat diberikan, seperti hal yang terjadi tentang tradisi

    asal-usul raja-raja dalam HIKAYAT ACHEH, karya panegyric Melayu yang tidak asing lagi itu.

    Hal ini menyangkut seluruh komposisi riwayat tentang nenek moyang dan asal-usul raja-

    raja dalam tradisi salasilah pemerintahan pada bahagian periode pra-Melaka itu sendiri.

    Walaupun pokok riwayatnya mempunyai unsur dan cerminan sejarah yang sebenar, namun

    akibat terdapatnya riwayat yang ...non-historical and historical materials side by side di

    dalamnya, maka perawi SEJARAH MELAYU menciptakan karyanya prenant son bien ouil le

    trouve (tidak menghiraukan kesejarahan bahan-bahan yang digunakannya).

    Ia barangkali mengarang bahagian ini dengan motis untuk meletakkan tujuan dan fungsi-

    fungsi penciptaan sebuah penghasilan kreatif dalam sebuah karya so-called historical itu bagi

  • 8/10/2019 Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk Dek Hujan Dan Yang Tak Lekang Dek Panas

    37/53

    37

    seluruh riwayat dan penciptaan SEJARAH MELAYU umumnya. Dengan matlamat yang

    sedemikian, maka SEJARAH MELAYU, seperti juga karya