Top Banner

of 29

Strategi Pengurusan Inovasi

Oct 16, 2015

Download

Documents

pengurusan inovasi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Strategi Pengurusan Inovasi & Perubahan Pendidikan

Strategi Pengurusan Inovasi & Perubahan PendidikanSTRATEGI PERUBAHAN1. Strategi KekuasaanPihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal & kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran sebagai peneguhan positif atau hukuman/ pengukuhan negatif untuk mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan.Strategi ini dapat dilihat apabila kerajaan mengenakan sistem kad perakam waktu (punch card) bagi memastikan kakitangan lebih berdisiplin.2. Strategi PujukanStrategi yang memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang agen perubahan.Strategi ini memerlukan logik & kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kebaikan & kepentingan perubahan yang dibawa.Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta mahir dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat diterima oleh fikiran waras mereka.

Contoh: Agen perubahan wajar mempengaruhi kumpulan sasaran dalam..Pembudayaan Penggunaan TMK dalam kalangan guru & murid.3. Strategi Pendidikan SemulaMerupakan strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan & menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan rancangan mereka sendiri.Agen perubahan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula tindakan yang diambil, sejauh mana tindakan itu berjaya & kenal pasti kekurangan yang ada.Dengan kenal pasti kekuatan & kekurangan, kumpulan sasaran akan didorong untuk merancang tindakan baharu.4. Strategi Memudah CaraKumpulan sasaran menentukan rancangan yang mereka pilih & agen perubahan akan menghantar sumber-sumber yang diperlukan oleh mereka.Contoh sumber: barang & perkhidmatan teknikal.Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan ini meneruskan perubahan yang telah dirancang.Berikut adalah antara tindakan-tindakan dalam membawa perkembangan inovasi & perubahan pendidikan yang perlu dihayati oleh setiap guru dalam merealisasikan apirasi negara.1.Pembinaan Negara Bangsa (PNB)PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah.TUJUAN:Menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa & lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik.Hasrat yang ingin dicapai melalui PNB:

Pembinaan rakyat yang mempunyai jati diri dan imej Malaysia (mampu bersaing di peringkat antarabangsa).Modal insan cemerlang atau modal insan berminda kelas pertama yang glokal.Sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020.Pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap (berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dll.)2. Pengurusan PendidikanPendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui beberapa aspek pendidikan seperti:

KepimpinanPengurusan bilik darjah yang kondusifLanskap maklumat2. Pengurusan PendidikanKEPIMPINAN:

Kepimpinan di sesebuah organisasi menentukan bentuk perubahan yang diperlukan serta menjadi penentu kejayaan sesuatu perubahan yang dijalankan.

Pengurusan terpimpin memainkan peranan utama dalam membentuk sekolah berkualiti.2. Pengurusan PendidikanCiri-ciri kepimpinan terpimpin adalah:

Pemimpin memimpin:Pemimpin memimpin menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli.

2) Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan:Agen perubahan perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapai pada akhirnya dan gambaran tersebut sepatutnya praktikal dan berkesan.Visi tersebut perlu difahamkan kepada ahli kumpulan yang turut sama terbabit dalam proses perubahan.2. Pengurusan Pendidikan3) Menubuhkan jawatankuasa pelaksana atau pasukan bertindak:Pemilihan ahli jawatankuasa hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira pengalaman, keupayaan & kebolehan ahli.Ahli yang dipilih akan membantu pemimpin dengan menawarkan bimbingan & latihan kepada kalangan junior.

4)Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat:Seorang pemimpin yang berkesan akan kerap bertemu dengan ahlinya untuk mengikuti perkembangan bagi setiap tindakan dan proses yang berjalan.Perjumpaan bertujuan untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang berbangkit ketika proses perubahan berlaku.2. Pengurusan Pendidikan5) Mengutamakan elemen kemanusiaan:Sebagai pemimpin, sikap memahami dan toleransi adalah sangat perlu bagi memastikan setiap perubahan akan diterima dengan senang hati oleh orang yang dipimpin.Pemimpin perlu mendengar apa sahaja masalah yang diluahkan oleh ahlinya.Kemahiran interpersonal perlu dikuasai oleh pemimpin dalam menguruskan perubahan yang hendak dibawa.2. Pengurusan PendidikanPENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF:

Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah:

Pendekatan berpusatkan murid:Guru perlu memilih pendekatan terkini yang sesuai dengan kehendak semasa.Ruang pembelajaran yang kondusif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat serta memilih aktiviti yang sesuai dengan minat mereka.2. Pengurusan PendidikanKemudahan Pengajaran dan Pembelajaran:

Kemudahan P&P perlu dipelbagaikan & ditambah serta bahan tersebut perlulah mampu memenuhi kepelbagaian kecerdasan murid.Kemudahan P&P juga perlulah mengambil kira pelbagai latar belakang dan sosiobudaya murid.Murid-murid berkeperluan khas juga tidak diabaikan.

2. Pengurusan PendidikanLANSKAP MAKLUMAT:

Beberapa perkara yang diberi perhatian dalam memastikan lansdkap maklumat yang sempurna adalah:

Pusat Sumber:Di pusat sumber, murid belajar untuk memperoleh kemahiran mengakses maklumat, membuat penelitian bahan, memahami bahan dan memilih & memproses bahan.Pusat sumber tempat melengkapkan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan seterusnya melengkapkan murid dengan elemen pembelajaran sepanjang hayat.

2. Pengurusan PendidikanPeranan Guru:

Setiap guru wajar menguasai kemahiran TMK dalam memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan.Bagi memastikan keberkesanan pembelajaran murid, peranan guru perlu saling melengkapi & guru perlu bekerja dalam satu pasukan.

3. Transformasi dalam KurikulumAntara strategi dalam perubahan pendidikan adalah melalui penambahbaikan kurikulum.Transformasi dalam pendekatan P&P yang lebih relevan dan terkini, antaranya yang berpusatkan murid perlu diberi perhatian.Kurikulum sekolah Malaysia telah mengalami beberapa siri perubahan demi menjamin keberkesanan pendidikan kepada generasi muda.3. Transformasi dalam KurikulumKBSR(1982)Dilaksanakan di 302 buah sekolah sahaja.KBSR(1983)Dilaksanakan di semua sekolah rendahKBSM(1988)Dilaksanakan di semua sekolah menengahTransformasi kurikulum dilakukan demi menjamin kesesuaian kurikulum bagi menghadapi cabaran dan perubahan semasa. Justeru, transformasi kurikulum dimulakan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010.4. Sekolah Bestari.Maksud: Pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.

Sekolah Bestari diadakan adalah untuk menyesuaikan sistem pendidikan dengan perubahan yang berlaku pada peringkat global.4. Sekolah Bestari. Penubuhan Sekolah Bestari telah dikemukakan oleh Dato Dr. Wan Zahid Wan Mohamed(Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)Direka semula secara sistematik dari segi amalan P&P dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi era teknologi maklumat.Semua murid diberi peluang belajar mengikut keperluan, kebolehan & pengalaman masing-masing.4. Sekolah Bestari.Semua bahan P&P disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum bersama dgn Teknologi Pendidikan (KPM).

Guru-guru yang dipilih akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti P&P melalui penggunaan teknologi terkini.4. Sekolah Bestari.Guru-guru diberi latihan semula dalam 5 kemahiran bagi memenuhi konsep Sekolah Bestari. Kemahiran tersebut adalah:Kemahiran BelajarKemahiran berfikir secara kreatif & kritisKemahiran MembimbingPenilaian & PentaksiranKemahiran Teknologi4. Sekolah Bestari.Guru-guru perlu melalui perubahan dalam mengendalikan P&P, mengubah pendekatan daripada mengajar kepada membimbing mengikut aktiviti yang berbeza.Teknologi yang diperlukan dalam P&P adalah pelbagai, malah guru mampu membimbing murid mereka cipta sesuatu menggunakan apa juga yang ada di persekitaran mereka.Justeru, murid yang kreatif dan inovatif bakal dihasilkan.Ciri-ciri Sekolah Bestari5. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.NKRA menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.NKRA yang ketiga ialah Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan yang merupakan NKRA bagi KPM.5. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Empat sub-NKRA adalah seperti berikut:5. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Objektif melaksanakan empat sub-NKRA bertujuan memastikan murid mendapat pembelajaran optimum mengikut kemampuan mereka.

Sub-NKRA merupakan antara pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah tinggi bagi menjayakan misi membangunkan ekonomi baharu