STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 1 dari 15 STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA SP 1: Pengurusan Aktiviti Rutin PERMATA Standard Pematuhan 1 (SP1) menilai perkara-perkaran berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Aktiviti Rutin PERMATA telah ditetapkan dalam Kurikulum PERMATA Negara. SP1 terdiri daripada perkara-perkara berikut: 1.1 Menyambut Ketibaan 1.2 Circle time 1.3 Makan minum dan snek 1.4 Basuh tangan 1.5 Gosok gigi 1.6 Mandi 1.7 Rehat dan Tidur 1.8 Log Harian Anak PERMATA 1.9 Pulang Berikut diberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan setiap Aktiviti Rutin PERMATA yang perlu dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara. 1.1 Menyambut Ketibaan Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap salam dan bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak menbawa beg ke kelas dan berbual dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan memulangkan Buku Log Anak PERMATA. 1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana kanak-kanak diasuh untuk berkumpul dan menyanyi Negaraku, lagu kebangsaan negeri, lagu-lagu patriotik dan membaca ikrar. Pada masa ini nama kanak-kanak dipanggil seumpama mengambil kedatangan untuk membolehkan kanak-kanak saling mengenali satu sama lain apabila nama mereka dipanggil. Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak. Pendidik perlulah menunjukkan kemesraan dan perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi. Kanak-kanak diajar berdisiplin dan berdiri
15
Embed
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARApermataq.moe.gov.my/images/docs/docs_muat_turun/Standard-Pematuhan...Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 1 dari 15
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
SP 1: Pengurusan Aktiviti Rutin PERMATA
Standard Pematuhan 1 (SP1) menilai perkara-perkaran berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Aktiviti
Rutin PERMATA telah ditetapkan dalam Kurikulum PERMATA Negara.
SP1 terdiri daripada perkara-perkara berikut:
1.1 Menyambut Ketibaan
1.2 Circle time
1.3 Makan minum dan snek
1.4 Basuh tangan
1.5 Gosok gigi
1.6 Mandi
1.7 Rehat dan Tidur
1.8 Log Harian Anak PERMATA
1.9 Pulang
Berikut diberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan setiap Aktiviti Rutin PERMATA yang perlu
dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara.
1.1 Menyambut Ketibaan
Pendidik mesti menyambut ketibaan kanak-kanak dengan gembira, mengucap salam dan
bersalam dengan kanak-kanak, mengarah kanak-kanak menbawa beg ke kelas dan berbual
dengan ibu/bapa mengenai kanak-kanak sambil ibu bapa menandatangani Buku Kehadiran dan
memulangkan Buku Log Anak PERMATA.
1.2 Circle Time / Perjumpaan Pagi
Aktiviti ‘Circle Time’ adalah sangat penting di mana kanak-kanak diasuh untuk berkumpul dan
menyanyi Negaraku, lagu kebangsaan negeri, lagu-lagu patriotik dan membaca ikrar.
Pada masa ini nama kanak-kanak dipanggil seumpama mengambil kedatangan untuk
membolehkan kanak-kanak saling mengenali satu sama lain apabila nama mereka dipanggil.
Pendidik digalakkan bertanya khabar dengan kanak-kanak. Pendidik perlulah menunjukkan
kemesraan dan perasaan kasih sayang kepada kanak-kanak. Pujian dan dorongan akan
membantu kanak-kanak berasa dihargai dan dikasihi. Kanak-kanak diajar berdisiplin dan berdiri
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 2 dari 15
tegak untuk menghormati lagu kebangsaan dan jika ada bendera, dinaikkan bendera Jalur
Gemilang atau bendera Negeri.
Setiap pagi selepas bertanya khabar masa circle time ini, Pendidik mesti mengadakan senaman
atau pergerakan kreatif, sama ada di dalam atau di luar TASKA. Circle time dilaksanakan dalam
masa lebih kurang 40 minit sahaja.
1.3 Makan dan minum
Pendidik dikehendaki memastikan kanak-kanak mengikuti tata tertib semasa makan dan
menjadikan suasana makan sebagai waktu yang sangat ditunggu-tunggu, waktu yang sangat
gembira, wantu untuk bersyukur dan berterima kasih. Kanak-kanak mesti diajar berdikari dan
makan sendiri. Mereka diajar beratur, menunggu giliran untuk membasuh tangan sebelum
makan, mengambil makanan sendiri, duduk dengan tertib, menunggu rakan-rakan semua duduk,
membaca doa dan makan dengan cermat. Pada masa ini Pendidik boleh bercerita atau
menerangkan tentang zat makanan, atau sebagainya. Pendidik perlu prihatin bahawa kanak-
kanak telah makan dan minum secukupnya. Suasana makan mestilah ceria dan teratur, tidak
bising atau kelam kabut.
Selepas makan, kanak-kanak diajar mengangkat pinggan dan cawan sendiri untuk diletakkan
dalam bekas khas, beratur untuk basuh tangan dan kemudian duduk kembali di tempat masing-
masing sambil menunggu rakan-rakan lain selesai makan dan basuh tangan. Kanak-kanak diajar
bersabar. Selepas itu semua kanak-kanak diajar membaca doa lepas makan dan bersyukur.
Semua proses ini merupakan langkah-langkah pembelajaran yang mesti dilaksanakan bagi
memastikan kanak-kanak dididik menjadi individu berdisiplin, tertib dan mulia.
1.4 Basuh tangan
Semua kanak-kanak diwajibkan membasuh tangan sendiri sebelum makan. Semua kanak-kanak
hendaklah diajar makan sendiri dengan tertib. Kanak-kanak hendaklah dibimbing membaca doa
sebelum dan selepas makan. Setiap kanak-kanak perlu berdikari semasa makan. Pendidik wajib
tahu jika ada kanak-kanak mengalami alahan terhadap sesuatu jenis makanan. Selepas makan,
kanak-kanak dipastikan membasuh tangan menggunakan sabun dan mengelap tangan dengan
tuala.
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 3 dari 15
1.5 Gosok gigi
Sebelum mandi, semua kanak-kanak diwajibkan menggosok gigi. Mereka mestilah mempunyai
berus gigi sendiri dan mengosok gigi sendiri dengan dipantau oleh Pendidik supaya memberus
gigi dengan betul. Kanak-kanak diajar menunggu giliran untuk menggunakan sinki.
1.6 Mandi
Kanak-kanak dikehendaki mandi dua kali sehari, iaitu di sebelah pagi dan selepas bangun tidur.
Kanak-kanak hendaklah diajar mandi sendiri, menggunakan bilik mandi berasingan di antara
lelaki dan perempuan, menyalin pakaian sendiri, mengemas pakaian kotor dan memasukkan ke
dalam beg untuk dibawa pulang, memakai pakaian baru yang bersih dan mengemas diri sendiri
seperti menyikat rambut dan sebagainya. Pendidik membimbing secara konstruktif – menyuruh
kanak-kanak melakukan mengikut cara-cara yang betul.
1.7 Rehat dan tidur
Kanak-kanak perlu dipastikan berpakaian bersih sebelum tidur. Mereka perlu digalakkan
menyediakan tempat tidur sendiri, membaca doa sebelum tidur, memalapkan lampu bilik tidur,
memperdengarkan muzik atau zikir yang menenangkan dalam volume yang rendah. Kanak-kanak
perlu diasingkan di antara lelaki dan perempuan. Bagi kanak-kanak yang tidak mahu tidur,
Pendidik hendaklah membacakan buku cerita atau bermain games dengannya sehingga kanak-
kanak tertidur atau dapat berehat.
1.8 Log Harian Anak PERMATA dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak
Pendidik hendaklah menyediakan laporan aktiviti yang telah disertai oleh setiap kanak-kanak
dalam Log Harian Anak Permata dan mencatatkan perkembangan yang dicapai atau masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak pada hari itu. Log Harian hendaklah dibincang dan diserahkan kepada
ibu bapa semasa mereka mengambil anak-anak pulang dan dikembalikan kepada pendidik
semasa anak datang ke TASKA pada keesokan harinya.
Selain itu, pendidik juga perlu menyediakan rekod-rekod pemerhatian dan pentaksiran kanak-
kanak seperti berikut:
(i) Senarai Semak Perkembangan Anak PERMATA
(ii) Portfolio Anak PERMATA
(iii) Rekod Anekdot / Rekod Berterusan
(iv) Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 4 dari 15
Pelaporan hasil pentaksiran bagi empat rekod ini perlu dilengkapkan dan dibincangkan dengan
ibu bapa sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali. Pihak TASKA juga dikehendaki membuat
pengesanan awal untuk mengesan tren perkembangan kanak-kanak dan berbincang dengan ibu
bapa hasil pengesanan yang dibuat.
1.9 Pulang
Semasa hendak pulang, kanak-kanak diwajibkan bersalam dengan Pendidik dan dengan ibu bapa,
mengambil semua barang dan pakaian kotor untuk dibawa pulang. Ibu/bapa mengambil balik
buku LOG HARIAN ANAK PERMATA yang telah dilengkapkan oleh Pendidik.
Dalam SP1 ini terdapat 95 perkara yang dinilai. Skor maksimum ialah 100%. Skor kurang daripada 85%
dianggap tidak mematuhi SP1, dan pihak TASKA perlu memastikan aspek-aspek yang belum dipatuhi itu
diperbaiki untuk penilaian semula.
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 5 dari 15
SP 2: Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran PERMATA
Standard Pematuhan 2 (SP2) memberi fokus kepada aspek pelaksanaan Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
PERMATA seperti digariskan dalam Kurikulum PERMATA Negara (ed. 2013).
Aktiviti Pembelajaran PERMATA telah dirancang untuk membantu perkembangan kanak-kanak dalam
enam bidang, iaitu:
1. Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
2. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
3. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
4. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
5. Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Pematuhan kepada SP2 amat penting bagi memastikan kanak-kanak PERMATA menerima pembelajaran
yang diperlukan untuk perkembangan holistik dalam semua aspek yang tersebut di atas.
Aktiviti pembelajaran PERMATA telah disusun dalam bentuk modul mengikut umur kanak-kanak:-
Modul 1: Peringkat umur 0-6 bulan
Modul 2: Peringkat umur 6-12 bulan
Modul 3: Peringkat umur 1-2 tahun
Modul 4: Peringkat umur 2-3 tahun
Modul 5: Peringkat umur 3-4 tahun
Modul 6: Pengayaan untuk 4+ tahun
Dalam setiap modul ini terdapat aktiviti-aktiviti khusus yang sesuai dengan milestones perkembangan
kanak-kanak. TASKA hendaklah memastikan pelaksanaan aktiviti pembelajaran PERMATA dijalankan
mengikut prosedur yang telah dinyatakan dalam Kurikulum PERMATA Negara dan dokumen SOP Pusat
Anak PERMATA Negara. Aspek pembelajaran inilah yang menjadikan Program PERMATA Negara sebagai
sebuah program yang unik dan berbeza daripada program-program lain. TASKA hendaklah memastikan
SP2 dipatuhi sepenuhnya setiap masa.
Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, Pendidik hendaklah sentiasa berinteraksi dengan bayi dan
kanak-kanak, bercakap dengan mesra, menyoal dan merangsang mereka berfikir, mencabar mereka
untuk menyelesaikan masalah, mengeksperimen dan menyedari kewujudan elemen-elemen dalam
persekitaran mereka.
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 6 dari 15
Aktiviti-aktiviti pembelajaran PERMATA yang dinilai dalam SP2 ialah:
2.1 Main bebas (dalam atau luar)
2.2 Main pasir
2.3 Main air
2.4 Nature walk
2.5 Aktiviti manipulatif
2.6 Aktiviti seni dan kraf
2.7 Aktiviti fizikal (dalam dan luar)
2.8 Aktiviti bahasa dan literasi awal (membaca, menulis, bercerita, menyanyi, berlakon)
2.9 Aktiviti seni muzik dan nyanyian
2.10 Main peranan
Berikut ialah penerangan mengenai pelaksanaan setiap aktiviti pembelajaran PERMATA yang perlu
dipatuhi oleh TASKA yang menggunakan Kurikulum PERMATA Negara.
2.1 Main bebas (dalam atau luar)
Main bebas alah aktiviti wajib dalam Kurikulum PERMATA Negara. Semua kanak-kanak PERMATA
perlu diberi peluang untuk bermain bebas. Ia boleh dilakukan di waktu pagi semasa baru tiba ke
TASKA atau sebelah petang semasa menunggu untuk pulang. Kanak-kanak diberi peluang
memilih barang permainan dan sudut bermain yang mereka sukai. Mereka boleh bertukar alat
mainan apabila merasa jemu. Pendidik hendaklah menggalakkan kanak-kanak berfikir mengapa
mereka pilih permainan atau alat mainan tersebut dan membantunya membina pemahaman dan
perbendaharaan kata yang berkaitan. Pendidik hendaklah sentiasa peka apa yang dilakukan oleh
kanak-kanak kerana ini mungkin mencerminkan minat dan bakat yang ada padanya.
2.2 Main pasir
Main pasir juga adalah aktiviti wajib dalam Kurikulum PERMATA Negara. Aktiviti ini boleh
dijalankan dalam dua keadaan sama ada menggunakan pasir basah atau pasir kering. Pasir basah
boleh dipadatkan dan dibentukkan mengikut acuan, manakala pasir kering membolehkan kanak-
kanak merasai tekstur pasir tersebut.
Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main pasir ialah:
menggali, mencurah, menapis dan menceduk pasir;
membina istana pasir, menggali terowong, atau membina zoo, dan sebagainya;
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 7 dari 15
mengisi pasir ke dalam bekas, corong atau botol;
menulis dan melukis atas permukaan pasir;
membuat pelbagai bentuk, dengan tangan atau acuan seperti cawan, mangkuk, sudu dan
penutup botol; dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai mengikut kreativiti Pendidik.
2.3 Main air
Main air juga adalah aktiviti yang diwajibkan dalam Kurikulum PERMATA Negara. Ianya hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Permainan air yang dicadangkan dalam
Kurikulum PERMATA ialah main buih sabun, mencuci anak patung, menuang air dari bekas besar
ke bekas kecil, dll. Semua aktiviti ini adalah untuk membantu kanak-kanak mempelajari pelbagai
konsep sains seperti kosong, penuh, sebelum, selepas, cetek, dalam, berat dan ringan dan
kemahiran motor kasar dan halus dan koordinasi mata-tangan. Kanak-kanak juga mempelajari
perkataan-perkataan baru seperti corong, permukaan, apungan, tenggelam dan timbul semasa
akvtiviti main air.
Aktiviti penerokaan dan eksperimen semasa main air yang dicadangkan dalam Kurikulum
PERMATA ialah:
Menuang, menceduk, memerah air ke dalam pelbagai bekas
Menebuk beberapa lubang keliling botol dan masukkan air
Membasuh buah-buahan, pakaian, sayur-sayuran dan peralatan permainan yang telah
digunakan selepas aktiviti bermain
Eksperimen bahan tenggelam, timbul dan terapung
Eksperimen bahan larut dan tidak larut : gula, garam, tepung, pasir, dsb
Capan warna menggunakan bahan serap air dan yang tidak serap air
Menyediakan air minuman seperti sirap, susu, milo, teh dan kopi
Meneroka dan mengalami konsep mengenai air: berpusar, mengalir, berkocak, memercik,
melimpah, memenuhi bekas, bertukar warna, dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai
mengikut kreativiti Pendidik.
Nota:
1. Aktiviti main pasir adalah aktiviti yang berkecah dan kotor. Dalam hal ini, pendidik
hendaklah dapat bertolak ansur dan menerima keadaan tersebut. Kanak-kanak boleh
dilibatkan untuk mengemas dan membersihkan kawasan bermain pasir setelah selesai
bermain.
2. Pendidik hendaklah sentiasa mematuhi peraturan keselamatan semasa aktiviti main
pasir dijalankan.
STANDARD PEMATUHAN KURIKULUM PERMATA NEGARA
Standard Pematuhan Kurikulum PERMATA Negara Ver2.0 12032015 Mukasurat 8 dari 15
Pendidik hendaklah sentiasa berbual, bersoal jawab dan mendengar secara aktif semasa aktiviti
dijalankan. Kanak-kanak digalakan untuk memerhati, meramal, membuat keputusan, merumus
hasil dan bercerita tentang aktiviti yang mereka lakukan.
2.4 Nature Walk
Nature walk adalah kaedah pembelajaran yang ditekankan dalam Kurikulum PERMATA Negara.
Ia memberikan kanak-kanak pengalaman langsung dalam penggunaan semua deria iaitu
penglihatan, sentuhan, rasa, bau dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa nature walk
dapat memupuk daya imaginasi dan kreativiti mereka serta pemerhatian yang baik. Aktiviti ini
dapat menanamkan rasa cinta kanak-kanak kepada alam sekitar dan melatih mereka sebagai
pencinta alam sekitar. Ianya boleh dilakukan dengan berjalan di taman, di sekitar TASKA atau di
kawasan berdekatan.
Semasa aktiviti nature walk, kanak-kanak dapat meneroka, mengalami sendiri dan membuat
eksperimen dengan objek-objek yang terdapat di persekitaran. Aktiviti ini dapat menimbulkan
keseronokkan di mana kanak-kanak dapat membuat penemuan baru, membuat inferen dan
menggumpul koleksi bahan-bahan yang dijumpai di persekitaran.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa nature walk ialah: