Siri PS JLG Telehandler www.jlg.com
Siri PS JLG Telehandler
www.jlg.com
Segala Kuasa dan Pengangkat Yang Anda Perlukan.Telehandler Siri PS JLG® direka bentuk bagi memberikan
produktiviti, kebolehharapan dan prestasi dipertingkatkan
yang optimum di dalam persekitaran tugas berat.
Dibina untuk memenuhi kegunaan paling sukar, transmisi
empat kelajuan yang bermanfaat untuk tarikan tambahan
pada lingkungan kelajuan dan pam omboh sesaran boleh
ubah yang terkemuka dalam industri untuk menghasilkan
prestasi yang luar biasa - telehandler Siri PS JLG akan
membolehkan anda mendahului penggunaan pembinaan
pada zaman moden ini.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®K u a L i T i D a n K e b o L e h G a n T u n G a n
Hidraulik BerkuasaDengan tekanan hidraulik 250 palang, telehandler Siri PS JLG mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengangkat dan memuatkan.
Boom Teramat KuatMengangkat lebih tinggi dan lebih jauh dengan lebih yakin serta boom cukup kuat untuk mengendalikan kerja penggunaan berat.
Ciri
alat tambahan kami menambahkan lagi ciri serba guna yang diperlukan untuk apa juga tugas yang perlu disiapkan seharian.
Telehandler kami dihasilkan dan direka bentuk mengikut piawaian kualiti yang tertinggi.
Peralatan Yang Anda Boleh Harapkan.Kami tahu apabila anda bekerja,
anda memerlukan mesin yang
direka bentuk bagi memberikan
produktiviti, kebolehharapan dan
prestasi yang optimum di dalam
persekitaran tugas berat. Sebab
itulah peralatan kami dihasilkan
dengan piawaian tertinggi di dalam
industri dan dibina untuk memenuhi
kegunaan paling sukar.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®K u a L i T i D a n K e b o L e h G a n T u n G a n
Enjin berkesan minyakTelehandler Siri PS JLG berciri berkesan minyak, enjin berkuasa dengan pengeluaran asap ekzos amat rendah dan sistem rawatan susul terbuka.
Transmisi Anjakan KuasaTransmisi anjakan Kuasa mempunyai julat kelajuan 4 maju dan 3 undur yang boleh dikawal dengan mudah menggunakan joystik. Ciri pilihan 6 kelajuan boleh didapati.
Capai Tahap Kawalan dan Keselesaan yang Baharu.Tugas anda menjadi lebih mudah apabila anda boleh
memandang dengan jelas ke sekeliling tapak kerja.
Kedudukan enjin, pangsi boom dan kedudukan ruang
pandu memberi penglihatan yang lebih jelas. Kawalan
dilekap pada ruang pandu, papan pemuka keliling dan
tolok yang mudah dibaca membolehkan anda tahu
dengan tepat perkara yang dilakukan dan ke mana
arah tuju. Direka dengan memikirkan sudut pandangan
pengendali, ruang pandu yang luas disertai tempat
duduk gantung membolehkan pengendali bekerja
dengan selesa. Penyaman udara sebagai ciri pilihan
tersedia untuk semua model.
Kawalan ruang PanduSemua kawalan mudah dibaca dan ditempatkan dengan betul.
Joystik tunggalJoystik mengendalikan boom, alat tambahan dan fungsi perjalanan
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®K e S e L e S a a n D a n K e T e R L i h a T a n P e n G e n D a L i
Kuasa Lebih Hebat untuk Prestasi Lebih Baik.enjin dan transmisi anjakan kuasa
JLG memberikan kuasa kuda, kelajuan
dan kawalan yang diperlukan untuk
memperoleh prestasi optimum.
Semua model anjakan Kuasa
mendapat faedah daripada pam
omboh sesaran boleh ubah penderia
muatan yang terkemuka dalam
industri, dengan output 150 l/min
maksimumnya, membolehkan anda
menambahkan prestasi pengangkatan,
menjimatkan penggunaan minyak dan
mengurangkan masa kitar.
Pungut, bawa dan letak
Prestasi optimumTarikan yang terkemuka dalam kelasnya membolehkan mesin merentas dengan lebih lancar melintasi rupa bumi yang sukar dilalui tanpa hilang kuasanya.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®R a n G K a i a n K u a S a D a n h i D R a u L i K
Tugas beratGandar tahan lama tugas berat dan pacuan 4 roda tetap dengan pembeza gelincir terhad pada gandar depan.
Diuji Pandu. Terbukti di Tapak Kerja.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®P e M b u K T i a n D a n P e M e R i K S a a n
Kesungguhan kami terhadap bidang
kejuruteraan dan pengujian bermakna
telehandler kami memberikan anda
prestasi tinggi pada saat anda paling
memerlukannya.
Kemudahan ujian kami bertujuan
memberikan keadaan kerja yang sebenar.
Teknologi jangkauan dan peletakan
muatan yang maju diuji dan diperhalusi
untuk meningkatkan keupayaan, kelajuan
dan ketepatan boom.
Prestasi pengemudian dan pacuan diuji
pada kursus pengemudian yang direka
khusus. Ketahanan lama dan pemanduan
lama diuji menggunakan bangku beroda
sebagaimana di lapangan.
Para jurutera dan juruteknik kami
menjalankan ujian ini, dan lagi, supaya
mereka memahami perkara yang anda
alami di tapak kerja.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®P e M b u K T i a n D a n P e M e R i K S a a n
10o
Semua Capaian untuk Semua rupa Bumi.Telehandler Siri PS JLG direka untuk mengendalikan hampir sebarang jenis kerja. Kelegaan tanah yang tinggi dengan pusat graviti yang rendah serta pacuan 4 roda memberi kelebihan khusus dalam merentasi rupa bumi yang sukar dilalui.
Perataan kerangka yang piawai pada model ini serta dilengkapi penstabil menambahkan tahap kecekapan anda, terutamanya apabila memuatkan objek pada cerun dan rupa bumi yang tidak rata. Rekaan boom pintar dengan pemanduan boom dan ciri apung memberikan keselesaan kepada pengendali semasa pengendalian.
Pilih mod Pengemudian andaBelokan PusinganJejari pusingan yang sempit membolehkan anda bergerak ke sana sini di kawasan tapak kerja yang sesak.
Kemudi sisi untuk pergerakan ke sisi dan peletakan yang tepat sebelum mengangkat.
Kemudi semua roda untuk mengurangkan jejari pusingan di dalam ruang yang terbatas.
Kemudi roda depan apabila memandu di jalan.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®K e b o L e h K e n D a L i a n
Perataan KerangkaGandar depan pada model 4014PS dan 4017PS membolehkan anda mendaki cerun sehingga 10 darjah.
Benar-benar Boleh Diharapkan.Telehandler Siri PS JLG dengan rekaan keseluruhan yang kukuh menghasilkan mesin yang boleh diharapkan, yang cukup berkuasa untuk mengendalikan beban kerja harian dan aktiviti membawa. Kestabilan yang lebih baik memberikan lebih keyakinan kepada pengendali. Walau apa pun tugas atau penggunaan, telehandler Siri PS JLG boleh membantu mencapai ketinggian dan prestasi yang lebih baik.
Tingkatkan produktiviti anda dengan ketinggian pengangkat daripada 6m kepada 17m.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®P R e S T a S i
Keserbagunaan Yang Anda Boleh Harapkan.barisan penuh pilihan dan aksesori kami
menambahkan lagi keserbagunaan dan prestasi
telehandler anda. Pilih dari pelbagai jenis alat
tambahan, seperti timba, pembawa dan pelantar
pintar, supaya anda boleh mengendalikan lebih
banyak jenis kerja dengan lebih pantas dan
lebih mudah.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®C i R i & P i L i h a n
ruang Pandu Tertutup Penyangkut Tempat Duduk Pemanduan Udara† Suar Berputar inklinometer (meter kecondongan) Pelindung matahari
Pelapik Lantai Teracu Kit Sedia radio Penunjuk kestabilan beban Dapra Pengadang Bata Penyaman Udara
Tempat Letak Tangan Lampu Jalan Belakang Lampu Jalan Depan Lampu Kerja Boom Lampu Kerja ruang Pandu Cermin
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®a L a T T a M b a h a n
Bukan semua pilihan dan alat tambah boleh didapati untuk semua model. Fotograf diberi sebagai contoh alat tambahan dan pilihan.
JLG berhak mengubah suai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Pembawa PiawaiFork yang terapung sepenuhnya dan boleh laras sisi ke sisi untuk keluar masuk beban dengan cekap.
Pembawa Peletakan Cabang AngkutMemberikan keupayaan melaraskan kedudukan setiap cabang angkut secara berasingan, membolehkan pengendali mengendalikan pelbagai beban berpalet tanpa perlu meninggalkan ruang pandu.
Pembawa Anjakan Sisianjakan pembawa kanan dan kiri 10sm membolehkan peletakan beban dengan lebih tepat.
Cabang angkut palet 2m Sesuai untuk bahan yang besar dan rata, membatasi kerosakan semasa pengangkutan seperti drywall atau plat keluli.
Cangkuk Pengangkat Dilekap Cabang SusunTambahkan keserbagunaan untuk sebarang pembawa piawai dengan mengangkat dan menurunkan objek tanpa perlu mengubah alat tambahan.
Centong konkritTambahkan kecekapan yang diperlukan untuk membawa bahan konkrit ke tapak di tempat tinggi.
Timba Bahan ringanMembersihkan tapak kerja, meratakan batu kerikil atau untuk memuatkan dan perataan.
Timba Bajabercirikan cabang gelut hidraulik untuk membantu membersihkan tapak kerja.
Timba 4 dalam satuMenjalankan berbilang kerja menggunakan timba 4 dalam satu (dikendalikan silinder).
Timba Pengorek Korek, cedok, bawa serpihan seperti batu kerikil atau kekotoran, turut digunakan untuk pembersihan tapak kerja.
Timba pintarLanjutkan lagi keupayaan telehandler anda dan selesaikan lebih banyak kerja dengan mengangkat bahan dan pekerja ke ketinggian bekerja.
Boom KekudaMembolehkan pengendali menetapkan bahagian kekuda dan dinding untuk pembinaan bangunan kayu dan keluli. boleh didapati dengan atau tanpa winc.
G r o u n d S u p p o r t J L G ®
Mengutamakan Kerja Anda Melebihi Segala-galanya.apabila menyebut tentang Ground Support JLG®, perkara ini berkaitan dengan anda. Produktiviti anda. Kebolehuntungan anda. Masa hidup anda. Daripada pembelian pertama sebuah peralatan, terus menjalani latihan, alat dan penyelenggaraan ekoran daripadanya.
Penyelesaian Kewangan Memaksimumkan keuntungan anda. Memelihara aliran tunai anda. Serahkan kepada pakar kewangan kami untuk membantu memilih program yang disusun khusus untuk keperluan anda.
Alat Ganti Selepas Pasaran Pastikan peralatan anda berfungsi dengan prestasi optimum dengan alat ganti, aksesori, alat tambahan, alat ganti bersaingan yang tulen, dari satu sumber iaitu JLG.
Latihanapabila anda mengetahui selok-belok peralatan anda, hasilnya produktiviti tugas anda lebih tinggi. Kursus bimbingan pengajar kami memberikan anda peluang menggunakan sendiri peralatan yang diperlukan demi kejayaan tugas.
Pusat Servis Keperluan anda. Masa hidup anda. JLG sentiasa bersedia untuk memenuhi setiap keperluan anda, daripada membaiki, membaharui semula, alat ganti hari yang sama dan bermacam-macam lagi. Kami bersedia membantu anda.
Disebabkan oleh penambahbaikan produk yang berterusan, JLG Industries berhak membuat perubahan spesifikasi dan/atau peralatan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Te l e h a n d l e r S i r i P S J L G ®S P e S i F i K a S i
B
E
F
D
A
C
3706PS 3707PS 4014PS 4017PS
A. Tinggi Pengangkat Maksimum 6.1 m 7.3 m 13.7 m (14.0 m*) 15.2 m (17.3 m*)
B. Panjang (Tanpa Fork) 4.62 m 5.15 m 6.33 m 6.67 m
C. Lebar 2.38 m 2.38 m 2.45 m (3.07 m*) 2.44 m (3.07 m*)
D. Tinggi 2.32 m 2.38 m 2.59 m 2.63 m
E. Dasar Roda 2.97 m 3.05 m 3.20 m 3.20 m
F. Kelegaan Tanah 430 mm 430 mm 458 mm 470 mm
Muatan Berkadar @ 1600RPM 420Nm 420Nm 420Nm 420Nm
Muatan Berkadar 3,700 kg 3,700 kg 4,000 kg 4,000 kg
Muatan @ Tinggi Pengangkat Maksimum 2,500 kg 2,000 kg 3,000 kg* 3,000 kg*
Jangkauan ke Depan Maksimum 3.11 m 3.80 m 9.23 m 12.70 m
Muatan @ Jangkauan Maksimum 1,500 kg 1,500 kg 1,150 kg* 500 kg*
Anggaran Berat Pengendalian 8,200 kg 8,600 kg 10,075 kg 12,310 kg
Jejari Pusingan Luar 3.70 m 3.75 m 3.81 m 3.92 m
Pacuan 4 x 4 4 x 4 4 x 4 4 x 4
Enjin Deutz TCD 3.6 L4 Deutz TCD 3.6 L4 Deutz TCD 3.6 L4 Deutz TCD 3.6 L4
Kuasa Kasar Enjin 74.4 kW / 100 hp 74.4 kW / 100 hp 74.4 kW/100 hp 74.4 kW/100 hp
Transmisi Anjakan Kuasa Anjakan Kuasa Anjakan Kuasa Anjakan Kuasa
Pengemudian Kemudi Dua Roda/Empat Roda/Sisi dengan penjajaran terbantu Roda Belakang
Tayar Mitas 5.5/80-24 16 lapis Mitas 5.5/80-24 16 lapis Mitas 5.5/80-24 16PR Mitas 14.00-24 TG02
Kelajuan Perjalanan Maksimum 32 kmj 32 kmj 32 kmj 32 kmj
Kecondongan Kerangka Kiri/Kanan tidak berkenaan tidak berkenaan 10 darjah 10 darjah
*Dengan penstabil turun untuk mencapai muatan yang dinyatakan.
JLG berterusan membuat penyelidikan dan membangunkan produk, serta berhak membuat pengubahsuaian tanpa notis terlebih dahulu. Semua data di dalam dokumen ini sebagai petunjuk. Pilihan tertentu atau piawaian
negara akan menambahkan beratnya. Spesifikasi mungkin berubah untuk memenuhi piawaian negara atau dengan tambahan peralatan pilihan.
South East Asia Office
Oshkosh-JLG (S) Technology Equipment Pte Ltd.
29 Tuas Avenue 4, Singapore 639379
Phone: +65 6591 9030
Fax: +65 6591 9031
www.jlg.com
Oshkosh-JLG (Tianjin) Equipment Technology Co., Ltd.
Shanghai Branch
Pudong Kerry Parkside, Room 3705
1155 Fang Dian Road, Pudong,
Shanghai 201204, China
DID: 800 819 0050
400 613 0050 (Mobile)
www.jlg.com
JLG Industries, Inc. ialah pereka dan pengilang bagi peralatan capaian dan perkhidmatan dan alat tambah pelengkap yang terkemuka.
JLG memiliki kemudahan pengilangan di Amerika Syarikat, Perancis, Romania, China dan Belgium. Para pelanggan di seluruh Eropah, Scandinavia, Afrika dan Timur Tengah mendapat manfaat daripada rangkaian operasi jualan dan servis yang khusus, dirancang untuk memberikan tahap sokongan yang meluas.
JLG ialah sebuah syarikat Oshkosh Corporation.