SIARAN AKHBAR HAFLAH ZIKIR PERDANA SEDUNIA 2017 (HZPS 2017) MAJLIS PELANCARAN HAFLAH ZIKIR PERDANA SEDUNIA 2017 KUALA LUMPUR 12 APRIL – Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) dan Y2G Ulul Albab Center Of Excellence (Y2G) bakal menganjurkan Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017 ( HZPS 2017) yang akan berlansung pada 26-30 julai 2017 di Putrajaya. Acara tahunan ini memfokuskan kepada kebangki- tan, kemakmuran, dan keutuhan peradaban Islam dalam pembangunan insan yang menjadi teras kepada kegemilangan masyarakat dan ekonomi mampan. HZPS 2017 tahun ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Wariseen, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Ta’lim Darul Murtadza, Pertubu- han Amanah Hawi Al-Khairat Malaysia (HAK), Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (Gabungan AMIN) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Penganjuran HZPS 2017 yang membawa tema ‘Islam itu Kedamaian’ ini menjanjikan satu lonjakan paradig- ma yang harus diperjuangkan secara konsisten selaras dengan kesinambungan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Malah ucapan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa Dialog Perdana TN50 Perspektif Islam yang membabitkan generasi muda Islam di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diangkat sebagai satu cabaran buat sekretariat HZPS 2017 untuk memastikan penganjuran kali ini menjadi bukti bahawa Malaysia mampu menganjurkan majlis agama bertaraf antarabang- sa dengan penuh berprestij. Selain itu, penganjuran kali ini telah menarik perhatian ulama-ulama dunia untuk turut serta dalam beberapa komponen HZPS 2017. Ulama-ulama dunia memuji semangat kesepaduan umat Islam di negara ini dan seka- ligus HZPS 2017 bakal menjadi pencetus kepada negara-negara Islam yang lain untuk menganjurkan program seumpama ini. Antara komponen HZPS 2017 yang akan dianjurkan adalah Simposium Tarekat Tasawuf Nusantara dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Persidangan Ulama Antarabangsa dengan kerjasama Center for Advanced Studies on Islam, Science, and Civilization (CASIS) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Zikir Perdana Sedunia 2017 (MZPS 2017). Dalam perkembangan lain, HZPS 2017 kali ini turut membawa kelainan dengan memperkenalkan beberapa kompenan baharu iaitu Majlis Tafaqquh Fiddin , World Sama’ Fest, Pertandingan Marhaban Piala YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Asnaf Foodtruck. Sempena HZPS 2017, PERTAMA turut melancarkan tabung PERTAMA INFAK ZIKIR PERDANA untuk menghidupkan budaya infak positif dan mengajak umat Islam di negara ini bersama-sama berganding bahu menuju ke arah membina satu peradaban Islam yang gemilang. Sekretariat HZPS 2017 berharap penganjuran kali ini mampu mengubah pandangan negatif negara barat terhadap agama Islam dan sekali gus menyatukan umat Islam dari seluruh dunia. Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) (PPM-016-14-11092015) Ulul Albab Centre Of Excellence IMAN ISLAM IHSAN