Top Banner

Click here to load reader

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam

Aug 09, 2019

ReportDownload

Documents

lekhanh

  • Dicetak oleh pencetak kerajaan, politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

    Sabah, malaySia. 2019.

    Daulat Tuanku.

    Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 8 Mac 2019. Lawatan Yang di-Pertuan Agong ini sangat memberi makna kepada warga MUIS dan agensi-agensinya kerana buat kali pertamanya lawatan Yang di-Pertuan Agong ke MUIS ini.

    Al-Sultan Abdullah tiba di MUIS pada pukul 9.55 pagi dan turut mengiringi keberangkatan Baginda ialah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.

    Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah telah disambut oleh warga MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sepanjang laluan masuk ke Bilik Madani, Tingkat 2, Wisma MUIS. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat MUIS yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah bin Haji Mohd. Taha, Yang Di-Pertua MUIS dan diikuti acara santapan yang dibuat di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS. Yang di-Pertuan Agong meluangkan masa selama sejam di MUIS dan selepas itu Baginda berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

    Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini adalah Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 semenjak mencapai kemerdekaan 60 tahun yang lalu. Malaysia masih menjadi salah satu daripada 43 buah negara yang diiktiraf mengekalkan pengamalan Sistem Pemerintahan Beraja. Di Asia Tenggara, hanya terdapat empat buah negara yang tetap meneruskan Sistem Beraja iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja dan Thai land. Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan Sistem Monarki Berperlembagaan. Sistem ini membawa maksud bahawa, segala hak dan keistimewaan Raja-Raja telah diperuntukkan serta ditentukan dengan jelasnya dalam Perlembagaan. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong akan dipilih setiap lima tahun sekali dalam kalangan sembilan Raja Melayu.

    Apa yang menariknya dalam pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini, Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 3(3) Perlembagaan Malaysia adalah Ketua Agama bagi Negeri Sabah. Perkara 5(B) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah juga memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negeri ini. Semoga syiar Islam akan lebih pesat berkembang dengan kehadiran Baginda.

    Daulat Tuanku.

    MohaMad Sidik bin awang adi

    sidang redaksi PENAUNG

    Yang Berbahagia datuk seri Panglima dr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

    Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

    PENASIhAt YBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

    Pengarah Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

    kEtUA EDItor Ustaz Mohamad sidik Haji awang adi

    timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

    EDItor/kEtUA PENYElArAS Ustaz asmuni ali

    ([email protected])

    SIDANG PENGArANG adi Pitang

    ([email protected]) Ustaz asmuni ali

    ([email protected]) Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

    ([email protected]) Ustaz Mohd. arif Hairal ([email protected])

    Ustaz abdillah Haji nanun ([email protected])

    Puan siti imrah bte Lenas ([email protected]) Ustaz awang Juri ag. Tahir ([email protected])

    encik aldi althaf Tuan Haji nordin Lossin

    encik abdu khalil bin Hassan Ustaz Mohd azlan bin Haji Bakri

    Ustazah norlela bt. Lakibul encik Mohd azrul nizam bin Junaidi

    encik Mohd alwie noorbaki

    PENGUrUSAN encik daut Haji insun

    GrAfIk encik azmi bin Hashim

    JUrUtAIP Bahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

    JUrUfoto encik Jamiun Osman

    Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Beg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

    88737 kotA kINABAlU tel.: 088-522222

    faks: 088-253449

                  

    hakikat kebenaran

    Percaya hakikat kebenaran kita sama-sama dari kepalan kerajaan tanah dipayungi bentangan pardu langit sesekali kepulan gemalai awan berarak melitupi mendung kabut bermusim mutiara jernih berguruyan mencambah kehijauan pohon jati diri.

    Walau duduk sama rendah pun berdiri sama tinggi tidak serasi kedalaman pendirian tunduk khusyuk tidak akan sama keazaman.

    Mari dongak ke bawah ada semalu renek tersipu malu senyum cekal berbunga ungu sedang kita digamit angin taufan cabaran menggugat kestabilan nur hikmah-Nya menaungi alam sedang kita terus menggali ilmu duniawi, ukhrawi walau suatu saat derap langkah akan terhenti pulang ke pangkuan takdir-Nya Ilahi.

    Oleh: duliam suari kota kinabalu

    28 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

    Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

  • kesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik

    Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas

    Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam amat menitikberatkan kesopanan dalam konteks pemakaian wanita-wanita yang beragama Islam. Justeru itu, wanita Islam adalah dilarang dari mengikuti pertandingan ratu cantik kerana ianya mendedahkan tubuh wanita terbabit sekiranya mereka diminta untuk menggayakan pakaian renang dan pelbagai lagi fesyen pakaian yang tidak bersesuaian dengan tuntutan agama oleh pihak yang menganjurkan pertandingan tersebut.

    Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak- anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba- hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

    Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang memelihara wanita agar terlindung dari bahana perzinaan atau menjadi mangsa kerakusan lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan mewajibkan pemakaian yang menutup aurat demi keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

    Seksyen 91, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995, menyatakan:

    (1) Sesiapa, kecuali kanak-kanak di bawah umur dua belas tahun, melibatkan diri dengan sebarang pertandingan ratu cantik atau ratu pakaian atau seumpamanya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

    (2) Sesiapa yang menganjurkan atau bersubahat kesalahan dalam subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

    Merujuk kes pada tahun 1997, dua orang peserta pertandingan Miss Malaysia Petite telah dikenakan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Mereka didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara maksimum atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Di Selangor, tiga orang peserta lain dari pertandingan ratu cantik yang sama telah dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar fatwa yang sama. Mereka didakwa mengikut Sek. 2 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang juga membawa hukuman yang sama.

    Fatwa bahawa ia adalah "haram" dan "berdosa" bagi seorang Islam untuk menyertai, menganjurkan, atau menyumbang dalam apa-apa cara untuk pertandingan ratu cantik telah dibuat pada 15 Januari 1996 dan diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam bagi (Wilayah Persekutuan).

    Oleh yang demikian, wanita Islam hendaklah mematuhi dan memakai pakaian sebagaimana yang disyariatkan dan diperintahkan oleh Allah SWT kerana dengan mengikutinya wanita akan terpelihara dari sebarang musibah dan dapat menjaga maruah serta kehormatan diri.

    Wallahu a'lam.

    hukum meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit

    Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

    Bila kita mendatangi tempat-tempat rawatan atau meminta khidmat rawatan dengan perawat, perkara yang sering menjadi persoalan di minda kita ialah kaedah perawat meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit, malahan selepas itu meniup pada keseluruhan badan pesakit. Bolehkah?

    Sheikh Abdullah al-Jabrain pernah ditanya persoalan tentang meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit, seperti pada kepala, anggota badan dan tempat-tempat lain sambil membacakan jampi yang dibenarkan oleh syarak. Tidak menjadi masalah untuk membacakan jampi (ruqyah) yang dibenarkan oleh syarak kerana sesungguhnya al-Quran itu menjadi penawar dan penyembuh kepada orang yang beriman.

    (Sur

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.