YOU ARE DOWNLOADING DOCUMENT

Please tick the box to continue:

Transcript
Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Daulat Tuanku.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada 8 Mac 2019. Lawatan Yang di-Pertuan Agong ini sangat memberi makna kepada warga MUIS dan agensi-agensinya kerana buat kali pertamanya lawatan Yang di-Pertuan Agong ke MUIS ini.

Al-Sultan Abdullah tiba di MUIS pada pukul 9.55 pagi dan turut mengiringi keberangkatan Baginda ialah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah telah disambut oleh warga MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sepanjang laluan masuk ke Bilik Madani, Tingkat 2, Wisma MUIS. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat MUIS yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah bin Haji Mohd. Taha, Yang Di-Pertua MUIS dan diikuti acara santapan yang dibuat di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS. Yang di-Pertuan Agong meluangkan masa selama sejam di MUIS dan selepas itu Baginda berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini adalah Yang di-Pertuan Agong yang ke-16 semenjak mencapai kemerdekaan 60 tahun yang lalu. Malaysia masih menjadi salah satu daripada 43 buah negara yang diiktiraf mengekalkan pengamalan Sistem Pemerintahan Beraja. Di Asia Tenggara, hanya terdapat empat buah negara yang tetap meneruskan Sistem Beraja iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja dan Thai land. Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan Sistem Monarki Berperlembagaan. Sistem ini membawa maksud bahawa, segala hak dan keistimewaan Raja-Raja telah diperuntukkan serta ditentukan dengan jelasnya dalam Perlembagaan. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong akan dipilih setiap lima tahun sekali dalam kalangan sembilan Raja Melayu.

Apa yang menariknya dalam pengurusan hal ehwal Islam di negeri ini, Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 3(3) Perlembagaan Malaysia adalah Ketua Agama bagi Negeri Sabah. Perkara 5(B) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah juga memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negeri ini. Semoga syiar Islam akan lebih pesat berkembang dengan kehadiran Baginda.

Daulat Tuanku.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz Mohd. arif Hairal([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik aldi althafTuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin HassanUstaz Mohd azlan bin Haji Bakri

Ustazah norlela bt. Lakibulencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

encik Mohd alwie noorbaki

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

hakikat kebenaran

Percaya hakikat kebenarankita sama-sama dari kepalan kerajaan tanahdipayungi bentangan pardu langitsesekali kepulan gemalai awan berarakmelitupi mendung kabut bermusimmutiara jernih berguruyanmencambah kehijauan pohon jati diri.

Walau duduk sama rendahpun berdiri sama tinggitidak serasi kedalaman pendiriantunduk khusyuk tidak akan sama keazaman.

Mari dongak ke bawahada semalu renek tersipu malusenyum cekal berbunga ungusedang kita digamit angin taufancabaran menggugat kestabilannur hikmah-Nya menaungi alamsedang kita terus menggaliilmu duniawi, ukhrawiwalau suatu saatderap langkah akan terhentipulang ke pangkuan takdir-Nya Ilahi.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

28 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

kesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam amat menitikberatkan kesopanan dalam konteks pemakaian wanita-wanita yang beragama Islam. Justeru itu, wanita Islam adalah dilarang dari mengikuti pertandingan ratu cantik kerana ianya mendedahkan tubuh wanita terbabit sekiranya mereka diminta untuk menggayakan pakaian renang dan pelbagai lagi fesyen pakaian yang tidak bersesuaian dengan tuntutan agama oleh pihak yang menganjurkan pertandingan tersebut.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba- hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang memelihara wanita agar terlindung dari bahana perzinaan atau menjadi mangsa kerakusan lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan mewajibkan pemakaian yang menutup aurat demi keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat.

Seksyen 91, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995, menyatakan:

(1) Sesiapa, kecuali kanak-kanak di bawah umur dua belas tahun, melibatkan diri dengan sebarang pertandingan ratu cantik atau ratu pakaian atau seumpamanya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang menganjurkan atau bersubahat kesalahan dalam subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Merujuk kes pada tahun 1997, dua orang peserta pertandingan Miss Malaysia Petite telah dikenakan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Mereka didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara maksimum atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Di Selangor, tiga orang peserta lain dari pertandingan ratu cantik yang sama telah dihadapkan ke mahkamah kerana melanggar fatwa yang sama. Mereka didakwa mengikut Sek. 2 (C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang juga membawa hukuman yang sama.

Fatwa bahawa ia adalah "haram" dan "berdosa" bagi seorang Islam untuk menyertai, menganjurkan, atau menyumbang dalam apa-apa cara untuk pertandingan ratu cantik telah dibuat pada 15 Januari 1996 dan diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam bagi (Wilayah Persekutuan).

Oleh yang demikian, wanita Islam hendaklah mematuhi dan memakai pakaian sebagaimana yang disyariatkan dan diperintahkan oleh Allah SWT kerana dengan mengikutinya wanita akan terpelihara dari sebarang musibah dan dapat menjaga maruah serta kehormatan diri.

Wallahu a'lam.

hukum meletakkan tapak tangandi tempat yang sakit

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

Bila kita mendatangi tempat-tempat rawatan atau meminta khidmat rawatan dengan perawat, perkara yang sering menjadi persoalan di minda kita ialah kaedah perawat meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit, malahan selepas itu meniup pada keseluruhan badan pesakit. Bolehkah?

Sheikh Abdullah al-Jabrain pernah ditanya persoalan tentang meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit, seperti pada kepala, anggota badan dan tempat-tempat lain sambil membacakan jampi yang dibenarkan oleh syarak. Tidak menjadi masalah untuk membacakan jampi (ruqyah) yang dibenarkan oleh syarak kerana sesungguhnya al-Quran itu menjadi penawar dan penyembuh kepada orang yang beriman.

(Surah Fussilat ayat 44).

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman).”

Meletakkan Tapak TanganDibolehkan untuk meletakkan tapak tangan pada tempat yang sakit dan menyapu tempat sakit itu setelah meniupkan jampi-jampi yang dibacakan. Harus hukumnya membaca ruqyah diikuti dengan tiupan pada keseluruhan tubuh badan atau tempat yang sakit berdasarkan beberapa amalan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aisyah RA:

Nabi SAW telah menziarahi salah seorang ahli keluarganya yang sedang sakit, maka Baginda mengusap-mengusap pesakit itu dengan tangan kanan Baginda sambil membaca doa berikut:

“Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkanlah segala sakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi.”

Uthman Ibn Al-‘As as-SaqafiHamba Allah SWT ini telah bertemu Rasulullah SAW dan telah mengadu bahawa beliau ditimpa suatu jenis penyakit yang terkena pada tubuh badannya

yang telah dideritai semenjak dia memeluk agama Islam. Rasulullah SAW bersabda:

“Letakkan tangan kamu pada tempat yang sakit di tubuh kamu dan sebutlah tiga kali kemudian diikuti dengan bacaan ayat berikut sebanyak tujuh kali:

Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan Kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti.”

Sebaiknya jika untuk merawat diri sendiri, sebaiknya mengikuti peraturan berikut, membaca:● Al-Fatihah.● Solawat Syifa.● Solawat Tafrijiyyah.● Ayat di atas.● Solawat kepada Nabi SAW.● Baca Tiga Qul (al-Mu’awwizat).

KesimpulanBagi perawat atau orang yang ingin merawat menggunakan jampi, perawat tersebut hendaklah:● Baik budi pekertinya.● Istiqamah dalam amalan.● Memelihara solat dan ibadatnya.● Selalu berzikir dan membaca al-Quran.● Melakukan amal soleh.● Menjauhi maksiat.● Menjauhi bid’ah.● Menghindari kemungkaran dan dosa-dosa besar/

kecil.● Memelihara pemakanan dan minuman dari sumber

yang haram.

Jelas, menjampi atau meruqyah sambil meletakkan tapak tangan di tempat yang sakit tidak menjadi kesalahan. Kesembuhan atau makbulnya doa perawat bergantung kepada amalan masing-masing di samping pengalaman luas perawat dalam bidang rawatan, terutamanya rawatan Islam atau rawatan alternatif.

rujuKAN:● Pengantar Pengubatan Islam, Dato Dr. Haron Din.● Rawatan Pesakit menurut Al-Quran dan As-Sunnah, Dr. Amran

Kasimin dan Dato Dr. Haron Din.● Al-Quran Terjemahan, Pustaka Darul Iman.

188 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

Penulis bersama Haji Sharom sempenaLawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong

Malam Ahad itu, sempat brainstorming dengan Haji Sharom, Pengarah Urusan SR Event, mengenai taklimat dalam bentuk video tentang Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Mufti Negeri Sabah sebelum esoknya ke Pulau Banggi, Kudat. Rasmin seorang juruhebah Radio Sabah, hadir sama membantu.

Story board secara kasar sudah ku sediakan, skrip yang lengkap saja yang belum. Masih memikirkan cara terbaik untuk mempersembahkan taklimat MUIS, JHEAINS dan Pejabat Mufti Negeri Sabah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam bentuk audio visual. Suatu yang tidak pernah terfikir bahawa Duli YangMaha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk mencemar duli ke Majlis Ugama Islam Sabah, seterusnya mendengar taklimat MUIS dan Agensi-agensinya. Pandangan awal Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha, Yang Di-Pertua MUIS sedikit sebanyak membantuku dalam penyediaan skrip video ini. Skrip ini sangat penting untuk disesuaikan dengan bahan shooting Haji Sharom. “Kalau boleh hari Isnin Ustaz skripnya.” Pesan Rasmin yang akan membantu Haji Sharom menyediakan visualnya. Sehari setengah masa yang ada untuk aku menyediakan skrip itu. Sama cabarannya untuk menyiapkan video taklimat yang berdurasi 10 minit ini dalam tempoh 5 hari sebelum kehadiran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke MUIS pada 8 Mac 2019.

Mengapa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat MUIS? Perkara 3(3) Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama bagi Negeri Sabah. Perkara 5(B) di bawah Perlembagaan Negeri Sabah juga memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negeri ini. Di bawah seksyen 6, Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004, MUIS hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam negeri Sabah, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak yang mana adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Mufti Negeri Sabah dan yang berkaitan dengan pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah. Majlis hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam negeri Sabah selepas Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari 2019. Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa 6 Januari lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Akhirnya video taklimat ini dipertonton untuk komen terakhir pada pagi Khamis, dan siap sepenuhnya pada malam Khamis setelah sedikit pengubahsuaian. Taklimat yang dihadiri sama oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, pemimpin dan pegawai lain ini, suatu sejarah MUIS dan Agensi-agensinya.

Dua hari selepas program ini, menerima pesanan ringkas daripada Pengarah JHEAINS yang memanjangkan mesej YB Datuk Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, yang mengandungi ucapan terima kasih Yang di-Pertuan Agong atas hospitaliti Kerajaan Negeri Sabah dan menzahirkan kekaguman Baginda dengan urusan MUIS dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Moga MUIS akan lebih berwibawa.

daulat tuankuOleh: Adi Pitang

Suatu ketika dahulu, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami siri-siri pemberontakan dalaman yang dilakukan oleh wazir-wazir yang telah dilantik oleh kerajaan. Sultan Murad IV adalah Putera dari Sultan Ahmet I dan Sultana Kosem dan Sultan Murad IV hanya berusia 11 tahun ketika ditabalkan menjadi Sultan kepada Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas Sultana Kosem membuat konfrontasi dan menggulingkan Sultan Mustafa I. Oleh kerana pada ketika itu Sultan Murad IV terlalu muda usianya, keadaan ini diambil kesempatan oleh wazir-wazir untuk memperluaskan pengaruh masing-masing untuk kepentingan peribadi. Dalam tempoh kehidupan beliau yang singkat iaitu bermula 1623M sehingga 1640M, beliau menulis dalam salah satu catatannya berkenaan seorang wali Allah SWT. Satu ketika beliau mengajak wazirnya untuk keluar istana yang kebiasaannya Sultan akan keluar di malam hari untuk meninjau kehidupan rakyatnya. Setibanya di salah satu lorong, Sultan Murad IV bersama wazirnya, terlihat sekujur tubuh seorang lelaki, kemudian beliau menggerak-gerakkan kaki lelaki itu, ternyata lelaki itu telah pun meninggal dunia. Sultan Murad IV berada dalam keadaan kebingungan kerana sekujur mayat itu dibiarkan sedang orang ramai hanya lalu-lalang tanpa mempedulikannya. Lalu Sultan bertanya sedang mereka tidak mengenali beliau itu seorang Sultan. “Kalian semua, mengapa kalian tidak mempedulikan mayat ini? Siapa mayat ini? Mana ahli keluarganya? Jawab orang yang lalu-lalang itu: “Dia seorang Zindiq.” Berkata Sultan Murad IV: “Bukankah ia juga adalah umat Nabi Muhammad SAW? Ayuh angkat ia ke tempat keluarganya.”

Ketika mayat itu tiba di hadapan keluarganya, maka berlinanganlah air mata seorang isteri. Kemudian si isteri berkata: “Semoga Allah SWT merahmatimu wahai Wali Allah...” Mendengar perkataan si isteri itu, Sultan Murad IV menjadi hairan dan beliau berkata: “Bagaimana ia dirahmati Allah SWT sedangkan orang berkata dia ini begitu dan begini, dan kematiannya pun tidak diendahkan lagi?” Kemudian ujar si isteri pemuda itu: “Setiap malam ia akan membeli semua dan sejauh yang dia mampu pergi kemudian ia kembali ke rumah dan menuangkan arak yang dibelinya itu ke dalam tandas, lalu ia keluar lagi dan memberikan wang kepada pelacur dan mengarahkan mereka menutup pintu rumah mereka sehingga pagi. kemudian lelaki itu berkata: “Alhamdulillah... malam ini aku telah meringankan dosa pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam.” Orang ramai pula menyaksikan bahawa lelaki itu melanggani pelacur dan hanya meminum khamar dan menjadikan ia tuduhan serta buah mulut mereka. Si Isteri tu memberitahu kepada Sultan bahawa dia telah menasihati suaminya ketika hidup tentang kesan perbuatannya itu hanya akan menjadikannya dibenci dan jika mati beliau tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Namun, lelaki itu berkata: “Jika aku mati, mayat ku ini akan dimandikan dan disolatkan oleh sultan, para ulama dan aulia.” Kemudian berkatalah Sultan Murad IV kepada si Isteri: “Benarlah kata lelaki itu, aku adalah Sultan Negeri ini, esok kami akan memandikan, mengkafankan, mensolatkan serta mengebumikan jenazah lelaki ini.” Demikianlah, akhirnya doa Wali Allah itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Kisah ini diceritakan kembali oleh Syaikh Al-Musnid Hamid Akram Al-Bukhari dari Mudzakkiraat Sultan Murad IV.

sultan murad iv bertemu wali yang penzina serta pemabuk

Oleh:Mohammad Fazli bin Haji Tikson

JHEAINS Lahad Datu

48 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

penghinaan kepada rasulullah saw adalahsuatu kebiadaban yang sukar dimaafkan

(bahagian 3)Oleh:

Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya seluruh alam ini membenci kepada orang yang menghina Rasulullah SAW.

Hal ini kerana Baginda Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam ini.

Keseluruhan alam ini pula termasuklah alam tumbuhan, alam haiwan, alam manusia dan juga alam jin.

Tercatat dalam sejarah bahawa alam haiwan juga marah kepada penghina-penghina Nabi ini.

Sejarah tersebut dicatatkan dan dinukilkan di dalam sebuah kitab Durarul Kaminah yang ditulis oleh seorang ulama besar Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dan juga terdapat dalam Kitab Mu’jamus Shuyukh oleh Imam Az-Zahabi pada kurun ke-12 dan ke-13.

Dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani bahawa suatu ketika benar-benar pernah terjadi bahawa sekumpulan dari kalangan pembesar Nasrani yang menghadiri suatu perayaan seorang pemimpin Kerajaan Mongol yang murtad dari agamanya (Nasraniyyah) pada ketika itu.

Dalam perayaan tersebut, terdapat salah seorang pendita yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Berhampiran tempat perayaan tersebut ada seekor anjing pemburu yang sedang terikat lalu cuba menerkam pendita yang menghina Nabi tersebut.

Namun pendita tersebut tidak mengendahkannya kerana baginya perlakuan anjing tersebut adalah biasa/normal apabila melihat orang yang tidak dikenalinya.

Namun kemudian pendita Nasrani ini mengulangi kembali celaan dan makiannya terhadap Nabi Muhammad SAW dengan perkataannya yang keji.

Lantas anjing pemburu itu terlepas dari ikatannya lalu menerkam leher pendita Nasrani itu dan menggigit hingga ke bahagian dadanya.

Peristiwa ini telah menyebabkan hampir 40 ribu orang Mongol memeluk Islam disebabkan mereka melihat secara langsung kejadian tersebut.

Hal ini kerana peristiwa tersebut telah membuka mata hati mereka tentang kesyumulan utusan Baginda Nabi Muhammad SAW ke keseluruhan alam termasuk alam haiwan dan tumbuhan.

Sejarah ini tercatat di dalam kitab Thurath yang menyatakan bahawa alam tumbuhan dan alam haiwan ini sebenarnya mempunyai deria yang sangat halus dan sensitif apabila berkaitan dengan gangguan yang cuba menghina Sayyidul Khalq Rasulullah SAW Penghulu Segala Makhluk yang ada di atas muka bumi ini.

sheikh muhammad nafis al-banjariOleh:

Mohd. Hailmi bin Misbah

Sheikh Muhammad Nafis al-Banjari merupakan seorang ulama Islam Banjar dari wilayah Kalimantan Selatan yang terkenal dalam bidang ilmu tasawuf pada kurun ke-13H/ 18M. Beliau dikatakan sebagai seorang ulama sufi yangberfahaman wahdat al-wujud. Justeru, kitab tasawuf beliau, al-Durr al-Nafis (MutiaraYang Indah) sentiasa diperdebatkan oleh para ulama dan cendekiawan Islam. Lantaran itu juga, beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada pelbagai pihak terutamanya bagi mereka yang tidak sependapat dengannya dalam bidang ilmu tasawuf ini.

Nama beliau sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya, al-Durr al-Nafis ialah Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Hussein al-Banjari (al-Banjari 1927: 2), dan al-Banjari itu nisbah kepada negeri Banjar. Beliau lahir sekitar tahun 1148H/1735M, di Kota Martapura, Kalimantan Selatan, Indonesia. Tahun kematiannya tidak diketahui secara tepat oleh sesiapa pun kecuali terdapat pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah dikebumikan di Kelua. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan atau kesultanan Banjar. Silsilah dan keturunannya dikatakan bersambung sehingga Sultan Suriansyah (1527M - 1545M) (Azyumardi 1992: 508). Justeru, ada yang mengatakan silsilah lengkapnya adalah Muhammad Nafis bin Idris binHusien bin Ratu Kasuma Yoeda bin Pangeran Kesuma Negara bin Pangeran Dipati bin Sultan Tahlillah bin Sultan Saidullah bin Sultan Inayatullah bin Sultan Mustain Billah bin Sultan Hidayatullah bin Sultan Rahmatullah bin Sultan Suriansyah. Beliau hidup semasa tiga pemerintahan Sultan Banjar, iaitu Sultan Tahlilullah XIV (1707M - 1745M), Sultan Tamjidullah XV (1745M - 1778M) dan Sultan Tahmidullah XVI (1778M - 1808M) (H. Ahmadi 2001: 23). Beliau dikatakan juga hidup sezaman dengan Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Ini disebabkan kerana kedua-duanya pernah belajar di Makkah dan Madinah.

Beliau juga ialah pengikut mazhab Syafie, berhaluan AhliSunnah wal Jamaah dengan mengikuti Imam Abu Hassan al-Ash‘ari dan bertarekat dengan pelbagai tarekat yang muktabar seperti Qadariyyah (disandarkan pada Sheikh Abd al-Qadir al-Jilani), Shatariyyah (Sheikh Abdullah al-Shatari), Naqshabandiyyah mengikuti aliran Baha’uddin al-Naqshabandi, al-Khalwatiyyah atau juga dikenali sebagai Anfasiyyah dan akhir sekali Samaniyyah yang dibawa oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Karim Saman al-Madani. Ia dapat dilihat pada kata-katanya:

"Di negeri Banjar tempatnya jadi. Makkah tempat diamnya. Syafie akan mazhabnya, iaitu pada fiqh. Ash‘ari i‘tiqadnya iaitu pada usuluddin. junayd ikutannya iaitu pada ilmu tasawuf. Qadariyyah tarekatnya, Shatariyyah pakaiannya. Naqshabandiyyah amalannya, Khalwatiyyah makanannya, Sammaniyyah minumannya." (al-Banjari 1347: 37).

Semenjak kecil, Sheikh Muhammad Nafis memang sudah menunjukkan bakat dan kecerdasan yang tinggi jika dibandingkan dengan teman-teman sebayanya. Bakat dan kecerdasan yang dimilikinya ini membuatkan Sultan Banjar

tertarik sehingga dihantar Nafis al-Banjari belajar dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam di Makkah. Nafisal-Banjari telah belajar dengan para ulama yang terkenal, baik yang menetap mahupun yang kadangkala menziarahi dan mengajar di al-Haramayn (Makkah dan Madinah) dalam pelbagai cabang ilmu keIslaman, seperti Tafsir, Fiqh, Hadis, Usuluddin, dan Tasawuf. Dalam semua bidang ilmu yang dipelajarinya tersebut, bidang tasawuf amat digemarinya. Justeru, beliau telah menghabiskan banyak masanya dengan mendalami kitab-kitab tasawuf dan berguru dengan guru-guru tasawuf. Antara guru sufinya ialah Sheikh Abdullah bin Hijazi al-Sharqawi (1150H - 1227H/ 1737M - 1812M), Sheikh Siddiq bin ‘Umar Khan, Sheikh Muhammad bin ‘Abd al-Karim Saman alm Madani, Sheikh ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-‘Aziz al-Maghribi dan Sheikh Muhammad bin Ahmad al-Jauhari (Hawash 1980: 107 - 109). Di samping itu, terdapat juga guru-guru lain yang menjadi guru kepada Nafis al-Banjari, iaitu Sheikh Yusuf al-Aruzi al-Misri dan Sheikh Yusuf Abu Dharrah al-Misri (Wan Muhammad 1973: 37). Selepas beliau begitu mahir dalam ilmu tasawuf dengan menyertai pelbagai tarekat tasawuf dan menguasai ilmu tasawuf, beliau telah diberi ijazah atau kebenaran daripada guru-gurunya untuk mengajar ajaran Islam dan membimbing ilmu tasawuf kepada masyarakat Islam. Kebenaran ini sekali gus melayakkan beliau digelar dengan gelaran ‘Sheikh’ dan murshid kerana kebolehannya dalam bidang tarekat sufi dan furu‘nya (Wan Muhammad Shaghir 2000: 48), serta telah diberi gelaran kehormat, iaitu Mawlana al-‘Allamah al-Fahhamah al-Murshid ila Tariqah Salamahs.

Nafis al-Banjari merupakan seorang ulama tasawuf yang pernah mencatat sejarahnya yang tersendiri di alam Melayu. Jasa dan baktinya pada dunia Islam secara amnya dan pada Indonesia khususnya telah menjadikan Islam bertapak kukuh di kawasan-kawasan pedalaman Kalimantan Selatan di mana ia adalah tempat yang kurang ingin dikunjungi oleh para pendakwah Islam ketika itu. Di samping itu, jasanya dalam menerapkan semangat juang yang tinggi pada orang-orang Islam Indonesia bagi menentang Belanda, dikatakan sebagai salah satu sebab pengunduran penjajah Belanda dari bumi Indonesia. Walaupun kitabnya al-Durrun Nafis dikatakan mengandungifahaman wahdatul wujud dan banyak pertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun, kitabnya pernah berada dalam kedudukan yang tersendiri di kaca mata ulama dan umat Islam dahulu. Kitabnya pernah menjadi rujukan, panduan dan bahan bacaan di pondok- pondok, ceramah-ceramah, kuliah-kuliah agama dan sebagainya lagi. Pendek kata, Nafis al-Banjari dan kitabnya,al-Durrun Nafis begitu sinonim dengan umat Islam seluruhNusantara secara khususnya dan seluruh dunia secara amnya pada satu waktu dahulu. Ini bermakna, ketokohan dan jasa beliau sebagai ulama Islam yang pernah berjasa kepada dunia Islam perlulah dikenang sentiasa oleh umat Islam walaupun kitabnya al-Durrun Nafis telah diharamkan untuk umat Islam di Malaysia khususnya.

168 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

Layakkah aku bergelar mahasiswa di kala hasil karyaku hanyalah hasil tuaian daripada kesungguhan orang lain?Itulahpersoalanyangseharusnyaberadadibenakfikiranmerekayangbergelarmahasiswa.

Kopi dan Pasta (Copy Paste) atau lebih dikenali sebagai plagiat bermaksud mengambil hasil orang lain secara bulat-bulat tanpa izin dan tanpa memberi kredit atau penghargaan kepada penulis asal. Ianya sering kali dilakukan oleh mahasiswa apabila diberikan sesuatu tugasan oleh pensyarah, mereka tidak mengolah ayat yang ditiru menjadi ayat sendiri. Mereka hanya mengambil mudah dengan hanya meniru bulat-bulat daripada idea orang lain dan seterusnya menjadikan karya ilmiah mereka tidak bernilai isinya walau setebal mana sekalipun halaman yang dihasilkan.Budaya ini adalah berpunca daripada sikap malas para mahasiswa dalam mencari sumber berbentuk ilmiah. Bahkan, ada juga yang menjadikan terhadnya masa sebagai alasan sehari-hari mereka. Ini kerana, mereka perlu membaca kemudian mengeluarkan isi penting hasil bacaan mereka, dan akhirnya perlu mengolah ayat sendiri. Akan tetapi, kadangkala ianya berpunca daripada kurangnya kepercayaan kepada diri sendiri. Ketakutan terjebak di dalam kesalahan dan kesilapan inilah yang membuatkan para mahasiswa lebih cenderung untuk memilih jalan pintas iaitu dengan mengambil hasil karya orang lain yang dianggapnya lebih mahir dan tinggi daripadanya.Budaya Copy Paste ini bukanlah tidak dibenarkan. Akan tetapi, kebanyakan mereka yang mengambil hasil orang lain ini tidak menyertakan sekali daripada mana sumber rujukan asli yang mereka rujuk. Sebagai contoh, kalian meniru artikel seseorang tanpa menyandarkan sekali link empunya artikel dan ini akan merugikan pemilik asal artikel dari segi SEO (Search Engine Optimization) walhal beliau berhak mendapatkan sedikit penghargaan hasil kesungguhannya menulis dan mengeluarkan idea tersebut.Dalam surah An-Nisaa’ ayat 29, Allah SWT memberi larangan dalam mencuri. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.”Melalui dalil ini, Mufti Dr. Rajab Abu Maleh, seorang konsultan syariah (Rajab Abu Maleh, 2010) telah mengeluarkan fatwa berkaitan kecurian melalui internet, di mana salah satu jenis kecurian adalah melibatkan pencurian maklumat ataupun dengan melakukan plagiat. Walau bagaimanapun, jenis kecurian yang sebegini iaitu dengan mencuri maklumat atau plagiat dianggap kesalahan yang lebih ringan berbanding kesalahan mencuri harta. Tambahan pula beberapa ulama melihat plagiat dibenarkan sebagai cara menyebarkan ilmu atau alasan bahawa hak-hak intelektual bukan harta. Namun kesalahan tersebut perlu diadili dengan hukuman tatatertib. Sebagai kesimpulannya, walaupun tidak ada hukuman khusus bagi mereka yang memplagiat, seharusnya kita mempunyai perasaan timbang rasa terhadap pemilik asal idea. Namun, tidaklah digalakkan mengambil idea orang lain secara bulat-bulat kerana bagi melahirkan mahasiswa yang berkualiti tinggi dan memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam, kita digalakkan untuk mencari bahan rujukan dan mengeluarkanideasendiri.Memetikkata-kataImamShafi’i,katanya:"jika kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka kamu harus sanggup menahan peritnya kebodohan."Wallahu a’lam.

mahasiswa kopi pasta!Oleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

aurat khunsa (pondan, mak nyah) dalam solatOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

soalanAda seorang hamba Allah SWT yang mempunyai satu kemusykilan agama. Dia bertanya: Ustaz, bagaimanakah kedudukan aurat khunsa atau dikenali juga sebagai pondan atau mak nyah dalam solat. Adakah boleh disamakan dengan aurat lelaki atau disamakan dengan aurat perempuan atau antara keduanya?

Harap dapat penjelasan dengan sewajarnya.

jawapanKhunsa adalah perkataan Bahasa Arab yang bererti pondan atau kita gelarkan mereka sebagai 'Mak Nyah’ yang mempunyai dua kelamin, iaitu alat laki-laki dan alat perempuan yang ada pada dirinya.

Memang khunsa atau pondan atau mak nyah ini ada sedikit perbezaan dalam cara solat berjemaah. Ianya hanya boleh berimam kepada laki-laki sahaja dan tidak boleh ianya berimam kepada khunsa atau kepada perempuan. Sedang perempuan ianya boleh berimam kepada laki-laki dan boleh juga berimam kepada perempuan dan boleh pula berimam kepada khunsa atau pondan.

Adapun laki-laki hanya boleh berimam kepada laki-laki sahaja, tidak boleh ianya berimam kepada perempuan atau kepada pondan atau khunsa.

Tentang aurat khunsa atau pondan atau mak nyah pula, maka menurut pendapat yang sahih ialah sama dengan aurat perempuan iaitu seluruh badannya kecuali muka dan dua telapak tangannya.

Berkata Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam kitabnya yang bermaksud:

”Adapun khunsa (pondan), maka ianya seperti perempuan. Maka wajib atasnya menutup seluruh badannya kecuali mukanya dan dua telapak tangannya. Maka jika ia meringkaskan atau menutup bahagian badan antara pusat dan lututnya saja, nescaya tidaklah sah sembahyangnya.” (Hasyiah Al-Bajuri, Jilid. 1, hal. 140).

Maka dapat difahami dari penjelasan Syeikh Ibrahim al-Bajuri ini bahawa aurat khunsa atau pondan atau mak nyah sama dengan aurat perempuan, dan pendapat ini sama dengan fatwa Imam Ramli dalam kitab Nihayahnya yang bermaksud:

“Dan khunsa (pondan) itu sama seperti perempuan sama ada ianya hamba atau merdeka. Maka jika ia meringkaskan menutup auratnya atas sesuatu antara pusat dan lututnya saja, nescaya tidak sah sembahyangnya atas pendapat yang ashahnya.”

Demikianlah penjelasan mengenai aurat khunsa (pondan) atau mak nyah dalam solat, semoga penjelasan ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada kita semua.

Wallahu a’lam.68 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

Pengiktirafan KOPEKS menerimaSijil Pematuhan Syariah

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab Seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mentafsirkan ayat di atas memiliki keistimewaannya tersendiri, mencakupi segala kemaslahatan manusia, di dunia mahupun akhirat, baik sesama mereka, apatah lagi dengan Allah SWT. Ini kerana seseorang tidak akan terlepas dari dua kewajiban; kewajiban individualnya terhadap Allah SWT dan kewajiban sosialnya sesama manusia.Berdasarkan pada ayat di atas dapatlah difahami bahawa tolong-menolong dalam kebajikan dan dalam ketakwaan amat dianjurkan oleh Allah SWT. Dengan bersandarkan Konsep serta Falsafah Koperasi yang menjurus kepada aktiviti tolong-menolong, kerjasama dan saling memenuhi keperluan kebajikan antara satu sama lain merupakan salah satu wasilah untuk mencapai ketakwaan. Penekanan Falsafah Koperasi yang mempraktikkan urusan perniagaan, sesuai dalam menjalankan aktiviti ekonominya yang tidak bercanggah dengan syarak, fatwa dan penetapan syariat.Menubuhkan sesebuah koperasi itu dibolehkan kerana pada dasarnya untuk menolong demi kemaslahatan manusia, di samping tidak ada agenda untuk merugikan apatah lagi menzalimi mana-mana pihak sebagaimana yang dibayangkan dalam ayat di atas.Koperasi berasal dari Bahasa Inggeris iaitu Cooperation yang ertinya bekerjasama. Sedangkan dari segi istilah koperasi ialah suatu perkumpulan atau organisasi yang beranggotakan individu manusia atau organisasi yang bekerjasama dengan penuh kesabaran untuk meningkatkan kesejahteraan anggota atas dasar sukarela secara kekeluargaan.Koperasi yang berteraskan Syariah merupakan sebuah proses perubahan yang lebih baik dari Koperasi Konvensional melalui pendekatan yang sesuai dengan syariat Islam dan peneladanan ekonomi yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabatnya.Konsep penubuhan Koperasi Syariah menggunakan konsep “Syirkah Mufawaadhoh” yakni sebuah usaha yang didirikan secara bersama- sama oleh dua orang atau lebih, masing-masing memberikan sumbangan dana dalam membawa hala tuju kejayaan dan pencapaian koperasi.Asas gerakan Koperasi Syariah adalah berdasarkan konsep gotong- royong dan tidak dimonopoli oleh salah seorang pemilik modal. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya: “Allah SWT berfirman: Aku ini ketiga dari dua orang yang bersyarikat, selama salah seorang mereka tidak mengkhianati temannya. Apabila salah seorang telah mengkhianati temannya Aku keluar dari antara mereka.” (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah).Adapun fungsi dan peranan Koperasi Syariah antara lainnya membangun dan mengembangkan potensi kemampuan anggota dan masyarakat dalam meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi, mengukuhkan kualiti sumber daya insani anggota, agar menjadi lebih amanah, profesional (fathonah) dan konsisten (istiqomah) di dalam menerapkan nilai-nilai prinsip ekonomi murni yang ditekankan dalam ajaran agama Islam sekali gus merancakkan perekonomian negara. Menyedari koperasi merupakan salah satu wadah perekonomian masyarakat, seharusnya kita menggalakkan masyarakat bergiat aktif dalam koperasi mulai dari saat ini. Banyak manfaat yang diperoleh dengan menggiatkan gerakan koperasi. Dengan berkoperasi tidak hanya bermanfaat bagi diri sendiri tetapi turut dinikmati oleh anggota keluarga dan masyarakat.

ayat al-Quran surah al-maidah: 2"memahami koperasi menerusi perspektif syariah"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

ghibah/mengumpatOleh: Mohammad Syafiq Ismail

Mengumpat adalah salah satu perbuatan yang terlarang dan tidak diredhai oleh Allah SWT.Firman Allah SWT di dalam surah Hujurat, ayat 12:

Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu ialah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesilapan orang (tajassus), dan janganlah kamu mengumpat salah seorang kamu kepada yang lain; Adakah suka seorang daripada kamu untuk memakan daging saudaranya yang mati maka (sudah tentu) kamu membencinya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa seorang sahabat telah bertanya, "Wahai Rasulullah, apa itu 'Ghibah'?"Baginda menjawab, "Engkau menyebutkan tentang saudaramu dengan apa yang dibencinya."Sahabat bertanya lagi, "Apakah termasuk daripada 'ghibah' itu, saya mengatakan sesuatu (yang buruk dan aib) yang memang ada pada saudaraku?"Baginda menjawab, "Sekiranya engkau mengatakan sesuatu (yang buruk) yang memang ada padanya, maka engkau telah mengghibahnya (mengumpatnya).Dan sekiranya engkau mengatakan sesuatu (yang buruk/aib) yang tidak ada padanya, maka engkau telah memfitnahnya.(RiwayatTirmidzi).RasulullahSAW telahmenjelaskandefinisimengumpat;memperkatakankeaibansaudarakita (yangsudahpasti tidakdisukainya).Perhatikan firman Allah SWT di atas, di mana perbuatan mengumpat yang keji lagi tercela ini, dimisalkan dengan perbuatan yang amat jijik dan amat dibenci hatta secara tabi'ie memakan daging bangkai saudara semanusia, apakah dalam perbuatan jahat sebegini kita berlumba-lumba untuk melaksanakannya? Tentu sekali TIDAK!!!Sesungguhnya mengumpat adalah perbuatan yang jahat yang dilarang di dalam kehidupan kita sebagai Muslim. Kerana ianya merupakan bibit-bibit kepada perpecahan dan permusuhan, di samping ianya mampu menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang itu (yang diumpat mahupun yang mengumpat).

Cara Bertaubat daripada Ghibah/MengumpatAllah SWT mengingatkan di akhir ayat, memerintahkan kita agar bertakwa kepadanya, dan sesungguhnya Dia itu Maha Penerima Taubat bagi sesiapa yang bertaubat dan Maha Pengasih ke atas mereka.Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?Takwa: Melaksanakan apa yang diperintahkan, dan menjauhi apa yang dilarang-Nya dan berjaga-jaga dalam segala tindak-tanduk dan takut kepada-Nya.Apakah yang dimaksudkan dengan taubat?Taubat: Kembali kepada Allah SWT, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak melakukannya pada masa akan datang.Kembali kepada kebenaran. Kembali kepada Islam, Iman dan Ihsan.Tidak disyaratkan untuk menerangkan dan meminta maaf secara terang-terangan kepada yang diumpat mengenai umpatan yang telah dilakukan. Kerana mungkin saja, apabila si yang diumpat itu tahu bahawa dia telah diumpat, maka dengan sebab itu dia turut membenci si pengumpat. Ini akan menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Namun yang diwajibkan bagi pengumpat, ialah untuk membersihkan nama yang diumpat dengan segenap kekuatan dan kemampuannya. Dengan menyebut kelebihannya, atau apa-apa cara saja yang membuat orang teralih, daripada menyebut tentang keburukan yang diumpat kepada kebaikannya.

148 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

haid, istihadah dan nifasOleh:

Azmalina Kamarul Jamal

HaID Dari segi bahasa, haid adalah sesuatu yang mengalir. Sedangkan dari segi istilah, darah haid adalah darah yang keluar dari wanita secara semula jadi, bukan kerana suatu sebab pada masa tertentu. Oleh sebab itu, haid merupakan darah normal dan bukanlah disebabkan oleh suatu penyakit, luka, keguguran atau melahirkan anak.

Darah haid seorang wanita merupakan darah yang keluar dari puncak pangkal rahim dan keluar pada masa tertentu (kitaran bulanan), serta berlaku secara berkala pada setiap bulan. Umumnya, wanita akan datang haid pertama kali semasa dia berusia sembilan tahun. Menurut pendapat kitab klasik, kebanyakan wanita akan datang haid semasa usia mencapai 20 tahun. Masa akhir haid wanita adalah semasa mengalami masa menopause (berhenti mengeluarkan darah haid). Masa ini berbeza-beza, lebih kurang antara usia 50, 60 atau pada usia 70 tahun.

Masa haid mempunyai selang masa antara kedatangan haid yang pertama dengan haid yang akan dialami. Istilah ini sering kali dipanggil masa antara dua haid. Sebahagian ulama berpendapat bahawa selang masa antara haid yang telah datang dengan haid yang akan datang, paling cepat adalah selama 13 - 15 hari sedangkan normalnya, biasanya mempunyai selang masa kedatangan haid selama 23 - 25 hari. Akan tetapi, kedatangan haid seorang wanita berbeza dengan yang lain. Ada yang datang haid hanya sekali dalam satu bulan dan ada yang datang haid 2 kali dalam satu bulan. Oleh sebab itu, tidak ada haid masa yang pasti, bergantung pada masa yang pasti, bergantung pada masa dia akan datang haid semula.

Selang masa seorang wanita dari masa datang haid terakhir sehingga dia benar-benar suci adalah 24 jam. Contohnya, jika seorang wanita datang haid selama 15 hari dan darah yang keluar hanya lebih kurang selama 1 jam (lebih kurang 7.00 - 8.00 pagi). Waktu satu jam tersebut dikali dengan 15 hari (1 x 15 hari) jumlahnya hanya 15 jam.

Daripada perkara ini, boleh dibuat kesimpulan bahawa darah yang keluar bukan dikatakan sebagai darah haid (tidak sampai 24 jam). Sebaliknya, apabila wanita tersebut tersebut mengalami haid selama 15 hari dengan tempoh masa selama 2 jam atau lebih, maka darah yang keluar boleh dipanggil sebagai darah haid.

Bagi wanita yang haidnya terputus-putus (tidak teratur), sedangkan selang masa antara darah yang keluar pertamanya dengan darah yang keluar kedua kalinya hanya satu atau dua hari, serta tidak sampai 15 hari, maka darah itu masih tetap dikatakan sebagai darah haid. Contohnya, ada seorang wanita datang haid pada hari Isnin pukul 1.00 tengah hari sehingga pukul 11.00 malam (darah yang keluar hanya 10 jam). Pada hari Selasa, dia tidak mengeluarkan darah haid sama sekali. Pada hari Rabu, dia kembali datang haid mulai dari pukul 7.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Begitulah seterusnya, oleh yang demikian, meskipun wanita itu haidnya terputus-putus (satu hari haid satu hari tidak), tetap dikatakan sebagai masa datang haid.

Bersambung...

rujuKAN:●Buku panduan lengkap ibadah wanita (disunting pada 10/3/2019 - hari Ahad).

agama itu adalah nasihatOleh: Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MaKsuD HaDIsDiriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Daari RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: maksudnya,"Agama itu nasihat. Kami bertanya: untuk siapa? Baginda menjawab, untuk Allah, Kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan bagi kaum muslimin umumnya." (Riwayat Muslim).HuRaIan HaDIsHadis ini menjelaskan kepada kita perihal pentingnya nasihat-menasihati di dalam perkara kebaikan. Agama itu nasihat bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang agama, maka wajib sesama individu muslim untuk saling nasihat-menasihati. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik. Menurut Imam Nawawi, nasihat itu adalah wajib sekadar yang mampu dengan syarat seseorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak diancam. Agama ini terletak pada nasihat-menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak- hak Allah SWT, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.nasihat untuk allah swT bermaksud beriman kepada Allah SWT dengan mentauhidkan Allah SWT, menunaikan hak-hak Allah SWT sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat.nasihat untuk Kitab-nya bermaksud menunaikan hak al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya.nasihat untuk para pemimpin Kaum Muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka di kala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah.nasihat untuk Kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat.pEnGajaRan HaDIs1. Seorang muslim dilarang melakukan sesuatu perkara yang boleh menyekutukan Allah Yang Maha Esa dan juga

dilarang melanggar segala perintah-Nya. 2. Wajib bagi kita untuk beriman kepada al-Quran yang mengandungi Kalamullah.3. Membenarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah menjadi kewajipan bagi kaum muslimin serta

wajib bagi kita mencontohi akhlak Baginda SAW.4. Menyeru manusia kepada jalan Allah SWT merupakan kerja kita sebagai hamba-Nya. Dalam masa yang sama

wajib bagi kita membina ukhuwah sesama Islam serta sentiasa menasihati antara satu sama lain.5. Antara etika dalam memberikan nasihat kepada seseorang adalah menasihati secara rahsia. 6. Wajib bagi seorang muslim menutup aib saudaranya.

rujuKAN:● Al-KafiSyarah40Hadis,DrZulkifliMohammadAl-Bakri,PustakaCahayaKasturiSdn.Bhd.,CetakanPertama,2016.● Al-WafiSyarahHadith40ImamNawawi,DrMustafaAl-Bugha,MuhyiddinMisto,Al-HidayahPublication,2016.

88 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

fiQh awlawiyyatOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Dr Yusuf al-Qaradawiy ketika menjelaskan pengertian fiqh al-Awlawiyyat menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan fiqh awlawiyyat ialah meletakkan sesuatu pada urutannya dengan adil, dari perkara hukum, nilai dan amalan, kemudian mendahulukan yang lebih utama berdasarkan kepada timbangan syarak yang tepat, maka tidaklah perkara remeh didahulukan dari perkara yang penting, tidak pula perkara penting mendahului perkara yang lebih penting, tidak juga perkara marjuh (lemah) mendahului perkara yang rajih, tidak juga perkara yang kecil keutamaannya mendahului perkara yang besar keutamaannya, bahkan hendaklah didahulukan yang berhak didahulukan serta dikemudiankan yang berhak dikemudiankan, tidak dibesarkan perkara yang kecil, tidak dipermudahkan perkara yang penting, hendaklah diletakkan setiap sesuatu ditempatnya dengan timbangan yang tepat tanpa tindakan yang melampau dan merugikan.

Fiqh awlawiyyat mempunyai kaitan yang sangat erat dengan fiqh lain. Antaranya ialah perkaitan fiqh awlawiyyatdanfiqhpertimbangan(muwazanah),prinsipterpentingyangdilakukanolehfiqhpertimbanganialah: (i) Memberikan pertimbangan antara pelbagai kemaslahatan dan faedah dari pelbagai kebaikan yang

disyariatkan. (ii) Memberikan pertimbangan antara pelbagai bentuk kerosakan, mudarat dan kejahatan yang dilarang oleh

agama. (iii) Memberikan pertimbangan antara maslahat dan kerosakan, antara kebaikan dan keburukan apabila dua hal

yang bertentangan ini bertemu satu sama lain.

Dalam perkara kemaslahatan para Ulama telah membahagikan kemaslahatan kepada tiga bahagian dengan urutan sebagai berikut: dharuriyyat, hajjiyyat dan tahsinat.

Dalam memberikan pertimbangan terhadap berbagai kepentingan, kaedah berikut boleh digunakan: Mendahulukan kepentingan yang sudah pasti atas kepentingan yang masih diragukan. Mendahulukan kepentingan yang besar atas kepentingan yang kecil. Mendahulukan kepentingan sosial atas kepentingan individu. Mendahulukan kepentingan yang banyak atas kepentingan yang sedikit. Mendahulukan kepentingan yang berpanjangan atas kepentingan yang sementara. Mendahulukan kepentingan masa depan yang kuat atas kepentingan kekinian yang lemah.

Dalam suatu perkara yang terdapat maslahat dan kerosakan, maka keduanya harus dipertimbangkan dengan betul. Kita perlu mengambil keputusan terhadap pertimbangan yang lebih berat dan lebih banyak, kerana sesungguhnya yang lebih banyak itu mengandung hukum yang menyeluruh. Contohnya kerosakan yang lebih banyak berbanding manfaat yang kecil terkandung di dalamnya, maka perkara ini mesti dicegah, kerana kerosakan yang lebih banyak.

Menunaikan haji dan umrah berulang kali, dan dalam masa yang sama mengabaikan sumbangan dan sedekah untuk kemajuan ilmu pengetahuan dan meringankan kesusahan orang fakir dan miskin adalah bercanggahdengankonsepfiqhal-Awlawiyyat.TelusurikisahAbdullahIbnMubarakmengenaikisahHalal untuk ku Haram untuk mu.

Dewasa ini terdapat golongan yang menentang dan menyokong vaksinasi pada kanak-kanak. Golongan menentang vaksinasi pada kanak-kanak berpendapat bahawa vaksinasi adalah ciptaan musuh-musuh Islam bagi merosakkan zuriat Islam. Oleh hal demikian, sebagai alternatif dari mengelak kanak-kanak divaksin, golongan ini mencadangkan agar ibu bapa memberi kanak-kanak makanan sunnah seperti kurma, kismis, zaitun dan banyak lagi. Manakala golongan yang menyokong vaksinasi adalah perlu supaya tubuh badan kanak-kanak mempunyai sistem imun badan yang kuat bagi mengelak serangan virus penyakit yang sering berubah bentuk (mutant). Kes kematian di kalangan kanak-kanak kerana tidak mengambil vaksin yang berkaitan boleh membawa kepada mudarat yang lebih besar. Justeru, umat Islam kena kembali menekuni fiqh yang telah dibincang dan dibahas secara panjang lebar oleh para ulama Islam. Rujukan kepada pakar yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing juga adalah amat penting.

al-bara' dan al-wala'Oleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Akidah Al-Bara’ ( ) dan Al-Wala’ ( ) ini berpegang teguh pada kalimah La Ilaha Illallah ( ) di mana sikap Al-Bara’ ( ) adalah merupakan manifestasi dari perkataan La Ilaha ( ) yang bermaksud “melepas diri”. Sikap ini kebiasaannya diiringi dengan sikap Al-Hadamu ( ) iaitu menghancurkan atau memerangi. Dalam satu erti kata yang ringkas, Al-Bara’( ) ini adalah sikap memerangi dan menghancurkan apa-apa yang dibenci Allah SWT secara berterusan tanpa mengira ikatan darah sekalipun.

Sedang perkataan Al-Wala’ ( ) pula berpegang pada kalimah Illallah ( ) yang bermaksud “kecuali Allah” (kesetiaan) di mana kita kena mencintai apa yang dicintai oleh Allah SWT secara berterusan.

Adapun bahagian kedua iaitu kalimah Muhammadur Rasulullah ( ) membawa maksud setiap kita harus merujuk kepada Rasulullah SAW dengan menjadikan Baginda sebagai pedoman dan ikutan dalam kehidupan harian.

Oleh itu, terdapat satu hadith Baginda SAW yang menyatakan akan perihal Al-Bara’ ( ) dan Al-Wala’ ( ) yang mana Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Ikatan iman yang paling kuat adalah kesetiaan kepada Allah dan permusuhan kerana Allah, mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (diriwayatkan At-Tabrani).

Melaluihadithini,dapatdifahamidefinisimenyeluruhmengenaiakidahAl-Bara’()danAl-Wala’()yang menyuruh kita cinta kerana Allah SWT dan benci kerana Allah SWT. Kecintaan kepada setiap Muslim, tapi permusuhan dengan orang kafir dan musyrik jika sekiranya mereka memerangi kamu kerana ada disebutkan di dalam al-Quran, firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ( ) ayat 8 yang bermaksud, “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu.......”

Jadi, apakah tindakan Rasulullah SAW terhadap mereka yang bukan Islam? Rasulullah SAW adalah orang yang paling memahami Al-Bara’ ( ) dan Al-Wala’ ( ). Sikap Al-Bara’ ( ) nya tidak menghalangi beliau untuk berbuat baik kepada yang bukan Muslim dan mengambil manfaat dari mereka yang kafir yang sukakan kedamaian dan sering mendukung kaum Muslimin dan bukan sebaliknya.

Sesungguhnya akidah ini telah kelihatan dengan jelas dalam masyarakat Madinah di zaman Rasulullah SAW ketika para sahabat memerangi sanak saudaranya sendiri dan hanya mengambil kira akidah yang dipegang. Sebagai contohnya, kisah Nabi Nuh AS ketika Baginda memohon pada Allah SWT agar diselamatkan anaknya daripadatenggelam,laluAllahSWTberfirmandalamsurahHudayat46yangbermaksud,“Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan) sesungguhnya itu perbuatan yang tidak baik.”

Sebagai kesimpulannya, hakikat ayat-ayat yang membicarakan soal Al-Bara’ ( ) dan Al-Wala’ ( ) ini adalah lagi banyak daripada ayat-ayat yang membicarakan mengenai rukun Islam yang lima. Jadi, pemahaman tentang konsep ini adalah perlu. Hendaklah diingat bahawa, pertolongan Allah SWT tidak akan dicapai kecuali dengan kecintaan kepada-Nya dan benci kerana-Nya.

Wallahu a’lam.

rujuKAN:●Bahaya Undang-Undang Manusia: Asy-Syahid Syeikh Abdullah Azam.

128 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam filekesalahan menyertai dan menganjurkan pertandingan ratu cantik Oleh: Puan Siti Imrah bte Lenas Malaysia sebagai salah sebuah negara

ke bawah duli yang maha mulia seri paduka baginda yang di-pertuan agong menunaikan solat jumaat di masjid negeri sabah, kota kinabalu dan menyampaikan

sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar kota kinabalupada 8 mac 2019

lawatan ke bawah duli yang maha mulia seri paduka baginda yang di-pertuan agongke majlis ugama islam sabah (muis) diiringi oleh tuan yang terutama yang di-pertua

negeri sabah dan ketua menteri sabah seterusnya mendengar taklimat yang disampaikan olehyang di-pertua muis pada 8 mac 2019 di bilik madani, wisma muis, kota kinabalu

Peristiwa

108 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Rejab 1440H/15 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa


Related Documents