Top Banner
1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan Kepada: DR. FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN
19

SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

Aug 15, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

1

SGDK4042

PENGAJARAN MIKRO DAN

MAKRO

TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS

(TINGKATAN 1)

Disediakan Oleh:

NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723)

Disediakan Kepada:

DR. FARAH BINTI MOHAMAD ZAIN

Page 2: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

2

1.0 CABARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Matematik merupakan antara mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar

di peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini amat penting bagi

melahirkan generasi yang berkeupayaan mengaplikasikan pengetahuan Matematik dalam

kehidupan seharian dan menyelesaikan masalah secara berkesan di samping menyediakan tenaga

kerja yang sesuai dengan keperluan negara. Sebagai contoh, pengetahuan Geometri yang

diaplikasikan secara meluas dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi seperti bentuk binaan

dan susunan bangunan. Namun begitu, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan

pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran, khasnya guru Matematik. Hal ini demikian, kerana

dalam situasi yang sebenar khusunya di sekolah, guru menghadapi kesukaran dalam

menyampaikan ilmu kepada pelajar yang berbeza-beza tahap kognitifnya. Pelbagai kaedah perlu

difikirkan oleh para guru untuk memudahkan pelajar menguasai konsep Matematik.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru ketika mengajar Matematik adalah

penggunaan kaedah tradisional yang hanya menggunakan buku teks dan papan putih. Hal ini

demikian, kerana kaedah ini menjadikan proses pdpc bertukar hambar dan kurang membantu

dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan visualisasi dalam kalangan pelajar. Maka, kaedah

tradisional ini perlu diubahsuai oleh semua guru kepada kaedah PAK21 yang merangkumi aktiviti-

aktiviti dan bahan mengajar kreatif, menarik serta sesuai dalam menyampaikan isi pelajaran yang

lebih bermakna kepada pelajar. Perkara ini diulas lebih lanjut oleh ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia pada tahun lalu yang mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di

sekolah memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri

pelajar. Justeru, pada masa ini, semua guru digesa untuk melakukan perubahan ke atas amalan

Page 3: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

3

pengajarannya secara intelektual dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut kreativiti dan

inovatif supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif.

Dalam pembelajaran matematik, murid-murid boleh memahami sesuatu konsep matematik

melalui aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat dan menganalisa maklumat menurut Mok Soon

Sang (dalam Ahmad, Sabri, dan Tengku Azwawi, 2006). Melalui pernyataan tersebut, untuk

menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik dan berkesan adalah dengan penggunaan

kaedah pembelajaran secara kaedah inkuiri penemuan dan kaedah kontekstual. Kaedah inkuiri

penemuan melibatkan beberapa aktiviti-aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui

jawapan ketika pelajar meneroka sendiri pengalamannya dalam proses pdpc yang disediakan oleh

guru manakala, guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator kepada pelajar. Di samping

itu, pembelajaran tersebut memerlukan kemahiran dalam membuat perbandingan dan mencari ciri-

ciri yang sama untuk proses generalisasi dalam konsep Matematik. Sebagai contoh, pelajar

dikehendaki melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti meneroka bentuk-bentuk 3D melalui

penggunaan bongkah dengan cara memegang, mengenalpasti nama dan ciri-ciri bongkah, dan

menyatakan nama bagi setiap bongkah.

Cabaran dalam penggunaan bahasa dan istilah juga dikatakan menimbulkan kesukaran

kepada pelajar kerana terdapat pelbagai terminologi khusus yang perlu difahami dan bahasa

Matematik bukanlah seperti bahasa pertuturan biasa. Radatz (dalam Salleh Mohd Salahuddin,

2006) mengatakan perwakilan menggunakan simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah

Matematik merupakan ‘bahasa asing’ kepada pelajar kerana mereka perlu menghafal dan

memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Hal ini demikian,

kerana terdapat banyak isi pelajaran yang abstrak di dalam mata pelajaran Matematik dan tidak

mudah sekiranya menggunakan kaedah penghafalan sahaja. Pelajar yang berada pada aras

Page 4: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

4

kebolehan yang rendah akan mengalami masalah kerana mereka merasakan Matematik ini adalah

sukar untuk dikuasai dan membosankan.

MacGregor & Moore (1991) berpendapat bahasa memainkan peranan yang penting dalam

memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar. Oleh yang demikian, membuat

kesilapan dalam penggunaan terminologi akan membawa kepada miskonsepsi dalam pengajaran

dan pembelajaran. Alternatifnya, semua guru harus bijak dalam menyampaikan semua istilah dan

bahasa matematik mengikut susunan yang mudah kepada kompleks selaras dengan peringkat

perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Sebagai contoh, antara terminologi yang menimbulkan

kekeliruan kepada pelajar ialah pepejal (bentuk 3D) dengan bahasa mudahnya ialah ‘bongkah’.

Cabaran-cabaran ini telah dilihat semasa pelajar tingkatan 1 Utarid menjalani proses P&P

untuk topik 9 dalam sukatan mata pelajaran Matematik iaitu Poligon Asas. Topik ini terkandung

di bawah bidang pembelajaran Sukatan dan Geometri. Nasional Consul of Supervisor of

Mathematics, NCTM mengesahkan bahawa kemahiran dalam bidang geometri adalah salah satu

kemahiran asas daripada sepuluh kemahiran asas Matematik dan kemahiran ini perlu disampaikan

kepada murid dengan cara yang betul. Maka, cabaran penggunaan tradisional dapat diatasi dengan

menggunakan bahan bantu belajar (BBM) konkrit mahupun maujud yang ada di sekeliling pelajar

yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bentuk-bentuk 2D, pembinaan

bentuk geometri dan mejawab soalan sambil bermain. Di samping itu, guru juga boleh

mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur seperti tayangan video, lagu, atau cerita menarik

supaya dapat mengukuhkan lagi ingatan pelajar. Selain itu, guru perlu mengatasi cabaran

penggunaan istilah dan bahasa Matematik dengan memilih dan menggunakan istilah dan bahasa

yang sesuai mengikut kematangan pelajar sewaktu mempelajari konsep geometri dengan berkesan.

Maka, guru perlu memperkenalkan istilah dan bahasa dengan bahasa yang mudah difahami pelajar.

Page 5: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

5

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN MATEMATIK BIL PELAJAR 16

KELAS 1 Utarid MASA 10.00 – 10.40 pagi

TARIKH 8 April 2019 HARI Isnin

TEMA Sukatan dan Geometri

TAJUK Poligon Asas

KOD STANDARD KANDUNGAN

9.1 Poligon Asas KOD STANDARD PEMBELAJARAN

9.1.1 Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon.

9.1.2 Melukis poligon, melabel bucu poligon dan menamakan poligon tersebut berdasarkan bucu yang telah dilabel.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu dan pepenjuru poligon.

ii. Melukis poligon, melabel bucu poligon dan menamakan poligon tersebut berdasarkan bucu yang telah dilabel.

KRITERIA KEJAYAAN

i. Mempamerkan pengetahuan asas tentang bentuk dan ciri-ciri poligon.

ii. Mempamerkan kefahaman tentang lapan jenis poligon beserta ciri-cirinya iaitu bilangan sisi, bilangan bucu, dan bilangan pepenjuru serta penggunaan rumus pepenjuru.

STRATEGI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

SET INDUKSI

5 minit

(KOTAK BERACUN)

1. Guru meletakkan 4 buah kotak di bahagian tengah setiap meja, murid diminta

mengedarkan kotak tersebut kepada rakan di sebelah dengan iringan muzik sehingga

muzik dihentikan. Pelajar-pelajar yang memegang kotak selepas muzik berhenti

dikehendaki mengeluarkan kepingan gambar dan mencantum dengan betul di papan

putih.

2. Guru menyoal pelajar tentang gambar tersebut.

3. Murid menyatakan gambar tersebut

4. Guru meninggalkan tanda tanya kepada pelajar dengan meminta pelajar memberi

perhatian sepenuhnya kepada sebuah tayangan video.

5. Guru menyoal pelajar perkaitan antara bentuk yang terdapat dalam video tadi dengan

tajuk yang akan dipelajari.

AKTIVITI UTAMA

20 minit

(TAMPAL BENTUK & EPIC-GEOMETRI BOARD)

1. Guru memberikan penerangan tentang poligon dan ciri-ciri poligon.

2. Guru meminta setiap murid untuk mengambil bentuk-bentuk poligon di atas meja masing-

masing dan menampal di papan putih mengikut pengkelasan poligon.

3. Guru menyemak bentuk-bentuk poligon tersebut.

RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

Page 6: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

6

4. Guru meneruskan penerangan tentang jenis-jenis poligon, bilangan sisi, bilangan bucu,

dan bilangan pepenjuru beserta rumus pepenjuru beserta contoh.

5. Guru meminta pelajar mengambil satu gulungan kertas kecil dalam sebuah balang.

6. Guru meminta murid mencari pasangan masing-masing untuk aktiviti pertama.

7. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

8. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan membentangkan jawapan yang dibuat di

atas papan geometri yang telah disediakan oleh guru.

9. Guru menyemak jawapan yang telah diberikan oleh murid.

AKTIVITI KEDUA

10 minit

(PERMAINAN MAPS MOBILE LEGEND)

1. Guru memberi arahan kepada setiap kumpulan untuk aktiviti kedua.

2. Guru menjelaskan peraturan-peraturan aktiviti “Permainan Maps Mobile Legend”.

3. Murid diminta menjawab 4 soalan yang diberikan.

4. Murid yang berjaya menjawab sehingga tangga “level 4” adalah pemenang. Sekiranya seri,

kumpulan tersebut akan diberikan soalan bonus. Kumpulan yang berjaya menjawab

dengan pantas adalah pemenang.

PENUTUP

5 minit

1. Guru merumuskan topik ini dengan bertanyakan kepada kumpulan yang menang apa yang

mereka telah pelajari.

2. Guru memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk persediaan pdpc yang akan

datang.

PEMBELAJARAN ALAF 21

P. Koperatif

PBL

P. Masteri

Inkuiri Pen.

PM. Masalah

Round

Table

Think, Pair

–Share

Hot Seat

Peta I-Think

Role

Play/Main

Peranan

Gallery walk

Three Stray, One

Stay

Pembentangan

Hasil Sendiri

Deklamasi Sajak /

Nyanyian

Lain – lain :

Epic-Geometri Board &

Permainan Maps Mobile

Legend

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Buku teks

Kad manila

Powerpoint

Internet

Eksperimen

Gambar

/cerita

Radio / TV

Bola

Field Marker

Lain-lain :

Epic-Geometri Board

KECERDASAN PELBAGAI Interpersonal

Intrapersonal

Muzikal

Verbal Linguistik

Kinestatik

Logik

Matematik

Naturalis

Visual Ruang

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)

Kreativiti & Inovasi

TMK

Keusahawanan

KEMAHIRAN BERFIKIR

Membanding

beza

Mengkategori

Menjana Idea

Menghubungkait

Menginterpretasi

Mencipta Analogi

Membuat Inferens

Membuat Ramalan

Mentafsir

Membuat

Keputusan

Membuat

Rumusan

Menilai

PENILAIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Lembaran Kerja

Pemerhatian

Kuiz

Projek

Hasil

Pembentangan

Tugasan individu

/ kumpulan

Ujian

Lisan

folio

Perbincangan

Senarai semak

Lain – lain :

______________

______

ELEMEN 6K Komunikasi

Kolaboratif Pemikiran Kritikal

Page 7: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

7

Karektor Kreativiti dan

inovatif

Kebangsaan

REFLEKSI

_____/____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan

pengayaan / pengukuhan.

____/____ orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan

pemulihan

Aktiviti pengajaran & pembelajaran ditangguhkan kerana ….

Mesyuarat /

Kursus

Program Sekolah

Mengiringi Murid

Keluar

Aktiviti Luar

Cuti Rehat / Cuti

Sakit

Cuti Bencana / Cuti

Khas

Cuti Peristiwa / Cuti

Aktiviti PdP dibawa ke :

KERJA SUSULAN UNTUK MURID

PEMULIHAN

PENGAYAAN

2.0 SEBELUM PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)

Setiap guru perlu melakukan persediaan rapi sebelum melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian, kerana persedian awal dapat membantu

guru menjalankan pengajaran makro dan sekaligus menghasilkan pengajaran yang berkesan

kepada pelajar. Maka, penelitian terhadap sukatan pelajaran haruslah dilakukan dengan baik

agar guru dapat menyampaikan isi pelajaran kepada semua pelajar dengan tepat dan betul.

2.1 PERANCANGAN PENDAHULUAN

Permulaan pengajaran selalunya dimulakan dengan melaksanakan pemilihan tajuk

yang terdapat dalam mata pelajaran Matematik untuk diajar semasa menjalani

macroteaching. Kebiasaannya, tajuk yang dipilih sebagai tajuk pengajaran makro

disebabkan oleh isi pelajaran yang menarik dan mudah untuk disampaikan serta sangat

Page 8: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

8

sesuai dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, guru perlu

memahami dan menguasai setiap isi kandungan yang ada dalam tajuk yang dipilih. Hal

ini penting, bagi membantu guru menyampaikan pengajaran secara berkesan

terutamanya yang melibatkan penggunaan konsep, istilah serta simbol Matematik.

Kemudian, guru perlu menyatakan semua objektif pengajaran yang khas untuk topik

yang akan diajar bagi membantu guru dalam sesi pengajaran dan di dalam kelas. Maka,

setelah meneliti keseluruhan objektif pengajaran, guru perlu menyesuaikan kaedah

pengajaran dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu, guru juga perlu

menerapkan pembelajaran abad ke-21 yang melibatkan pembelajaran berpusatkan

pelajar iaitu secara kolaboratif dan penekanan terhadap aspek berkomunikasi.

Tambahan lagi, guru perlu mengesan setiap kebolehan yang ada pada pelajar agar

dapat memudahkan proses merancang pengajaran mengikut tahap kognitif pelajar yang

berbeza-beza. Setelah mengesan kebolehan pelajar, guru boleh menyediakan alat bantu

mengajar yang sesuai untuk pelajar untuk digunakan di dalam bilik darjah.

Kepentingan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pembelajaran sebenarnya

dapat meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar supaya memberi

tumpuan terhadap mata pelajaran yang diajarkan.

2.2 PERANCANGAN PENYAMPAIAN

Keberkesanan proses penyampaian dalam pengajaran guru bergantung kepada

kemahiran intelektual seorang guru membuat perancangan dan persediaannya

menghadapi proses pdpc. Maka, guru disarankan memikirkan pelbagai strategi

berkesan dalam pengajarannya agar pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan

Page 9: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

9

bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar dan penerapan nilai murni. Kepelbagaian

strategi dalam pengajaran bermaksud bagaimana seorang guru dapat mengendalikan

sesuatu aktiviti pembelajaran dengan berkesan.

Stategi aktiviti pengajaran memfokuskan kepada berpusatkan pelajar bagi

menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pdpc misalnya aktiviti

berkumpulan, perbincangan, dan soal jawab sambil bermain. Hal ini penting, apabila

berlakunya komunikasi dan interaksi dua hala antara guru dan juga pelajar terutamanya

apabila guru sedang menggunakan kaedah penyoalan yang memerlukan pelajar berfikir

serta bertindak balas memberi jawapan. Selain itu, perancangan penyampaian yang

berjaya adalah apabila guru dapat menggunakan masa mengajar dengan baik selaras

dengan aktiviti yang disediakan dan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Maka, perancangan penyampaian sangat penting untuk disediakan dengan penuh

teliti seperti yang ditulis dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Hal ini

demikian, kerana guru perlu menepati sukatan dan standard pengajaran yang telah

ditetapkan agar tidak lari jauh daripada apa yang dirancang.

2.3 PERANCANGAN PENILAIAN

Penilaian merupakan proses terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

ianya sangat penting kepada guru untuk menilai tahap keberkesanan pengajarannya di

akhir kelas. Oleh itu, guru yang merancang penilaian perlu melihat kepada kriteria-

kriteria kejayaan yang ditetapkan supaya dapat dicapai oleh pelajar. Kriteria tersebut

dirancang mengikut aras ‘bloom taxonomy’ agar dapat membezakan tahap penguasaan

pelajar terhadap pengajaran guru pada hari itu.

Page 10: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

10

Penyediaan latihan ringkas ketika proses pengajaran dijalankan terutamanya bagi

setiap aktiviti dalam kelas sangat penting bagi memudahkan guru menguji tahap

kefahaman pelajar terhadap tajuk yang telah diajarkan. Secara ringkasnya, penilaian

yang dirancang adalah bagi membolehkan guru mengenalpasti tahap pencapaian

pelajar dan keberkesanan pengajaran yang disampaikan bagi membolehkan guru

melakukan pengubahsuaian kepada amalan pengajarannya serta guru dapat melihat

aspek pengukuhan pengetahuan pelajar apabila reaksi positif dan aktif daripada pelajar

semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 SEMASA PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)

Persediaan dan perancangan yang rapi telah dilakukan oleh guru sebelum memulakan

pengajaran makro bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi

pengajaran makro. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu guru menyampaikan

isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan

segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Sebelum memulakan pengajaran,

guru memberi salam dan bertanyakan tentang keadaan pelajar sama ada telah sarapan atau

belum sebagai pemulaan kata. Permulaan kata bertujuan untuk menenangkan dahulu keadaan

kelas sebelum memulakan sesi pengajaran.

3.1 PELAKSANAAN PENGAJARAN

Dalam pelaksanaan pengajaran, merangka dan merancang Rancangan pengajaran

harian (RPH) perlu dilakukan dengan diteliti bagi memastikan pelaksanaan pengajaran

berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu,

Page 11: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

11

penelitian secara mendalam terhadap RPH adalah untuk memastikan guru tidak tersasar

daripada aktiviti yang dirancang.

3.2 SET INDUKSI

Set induksi bermaksud satu tindakan untuk memulakan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran yang memerlukan apa sahaja idea kreatif dan sesuai bagi menarik minat

dan perhatian pelajar. Hal ini demikian, kerana set induksi ini untuk memberitahu

pelajar supaya lebih bersedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran yang akan

berlangsung. Sebagai guru, set induksi boleh dimulakan dengan menunjukkan aktiviti

kotak beracun dan tayangan video. Seterusnya, pelajar ditanya benda yang dilihat

berdasarkan tayangan video tadi. Tujuan set induksi ini dibuat adalah untuk

membentuk pengalaman baru kepada templat sedia ada pelajar ketika belajar semasa

sekolah rendah darjah 6. Hal ini demikian, kerana bagi memastikan smeua pelajar

mengingati pengetahuan lalu bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran

diteruskan berjalan lancar dan mudah.

3.3 LANGKAH-LANGKAH

Aktiviti pertama mengkehendaki pelajar untuk memahami konsep poligon. Guru

menggunakan teknik menggunakan pembentangan slaid. Penerangan dihuraikan secara

asas mengenai ciri-ciri, dan pengiraan pepenjuru bagi poligon. Hal ini demikian, kerana

pengetahuan sedia ada pelajar dapat diketahui melalui penerangan tersebut. Maka,

pelajar dapat menjawab segala pertanyaan mengenai poligon yang mereka ketahui.

Page 12: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

12

Aktiviti yang kedua, guru memberi pelajar meneroka bentuk-bentuk poligon

dnegan menggunakan papan epic-geometri agar pelajar dapat fahami lebih lagi tentang

ciri-ciri poligon. Hal ini demikian, kerana pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti di

luar kotak agar mereka dapat mengingati aktiviti yang mereka sendiri usahakan.

Aktiviti di akhir proses pdpc ialah permainan Maps Mobile Legends yang bertujuan

untuk mengenalpasti tahap pencapaian pelajar dalam objektif pembelajaran pada hari

tersebut. Pelajar secara berkumpulan dikehendaki menjawab soalan-soalan yang

diberikan dan menulis jawapan di belakang papan epic-geometri.

3.4 PENILAIAN

Seterusnya, penilaian dijalankan oleh guru dengan menyoal kembali pelajar tentang tiga

objektif yang dinyatakan oleh guru di awal sesi pembelajaran. Hal ini demikian, kerana

ingin memastikan semua pelajar faham apa yang telah diajar sepanjang proses pdpc.

Kefahaman pelajar dapat dinilai melalui reaksi positif yang diberikan oleh pelajar apabila

dapat menyatakan semula objektif pembelajaran dan merumuskan keseluruhan

pembelajaran pada hari tersebut.

3.5 BAHAN BANTU MENGAJAR

a) Pembentangan slaid (Appendix I)

Pembentangan slaid ini digunakan sebagai medium pengajaran menggantikan

kaedah tradisional. Ianya mengandungi penerangan ringkas serta pergerakan

animasi dan aktivit-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pdpc berjalan.

Page 13: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

13

b) Bentuk poligon dan bentuk bukan poligon (Lampiran II )

Bentuk-bentuk poligon dan bukan poligon ini telah dilukis berdasarkan skema

soalan dalam buku rujukan KSSM Matematik dan digunting mengikut bentuk-

bentuk dan ciri-ciri yang ada pada poligon semasa guru memberi penerangan di

awal pengajaran. Bahan ini membantu guru untuk mengenal pasti kefahaman

pelajar sebelum meneruskan ke langkah pengajaran yang seterusnya.

c) Epic-Geometri Board (Lampiran III )

Epic-Geometri Board ini digunakan diakhir penerangan kesemua pengajaran yang

terkandung dalam objektif pembelajaran. Hal ini demikian, kerana bagi membantu

pelajar meneroka semula bentuk-bentuk poligon seperti decagon, heptagon,

nonagon dan octagon.

d) Permainan Maps Mobile Legends (Lampiran IV )

Permainan Maps Mobile Legends adalah satu permainan untuk menentukan tahap

kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru di awal proses pdpc. Perbezaan dilihat

berdasarkan kedudukan setiap kumpulan (kumpulan 1-5) di tangga yang berbeza.

Sesi soal jawab adalah berdasarkan pembentangan slaid di hadapan kelas.

4.0 SELEPAS PENGAJARAN MAKRO (MACRO TEACHING)

Di akhir sesi pengajaran makro, guru perlu menjalankan penilaian kendiri atau refleksi

berkenaan pengajaran guru. Hal ini demikian, kerana untuk menenalpasti kekurangan dan

kekuatan pengajaran guru untuk dibaiki untuk pelajaran akan datang. Perkara yang ditekankan

dalam merefleksi adalah pencapaian objektif pembelajaran, keutamaan disiplin pelajar dan

penglibatan aktif pelajar bagi membaiki pengajaran.

Page 14: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

14

4.1 FUNGSI ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN

Dalam proses pengajaran, alat bantu mengajar sangat memainkan peranan yang penting

dan sangat membantu guru dalam kelas. Hal ini demikian, kerana ia membantu guru

dari aspek penerangan dan penyaampaian yang lebih berkesan. Penggunaan alat bantu

mengajar termasuklah slaid pembentangan, kepingan bentuk 2D yang berwarna warni,

papan epic-geometri, dan peralatan lain yang digunakan oleh guru dan pelajar ketika

proses pembelajaran.

Selain itu, ABM dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan tumpuan di

hadapan, maka ABM kreatif yang dipamerkan perlu jelas dan membantu penyampaian

guru kepada pelajar. Sebagai contoh, slaid pembentangan yang mengandungi

penerangan ringkas serta pergerakan animasi amat berkesan untuk menimbulkan minat

belajar dalam diri pelajar. Kemudian, penggunaan papan epic-geometri juga dapat

menimbulkan minat pelajar dengan mata pelajaran Matematik apabila pelajar dapat

meneroka bentuk-bentuk yang diterangkan dengan lebih dekat dan sebagai pengalaman

baru mereka. Penggunaan permainan Maps Mobile Legends yang dijadikan sebagai

medium pencapaian pelajar dalam sesi soal jawab turut membantu dalam pengajaran.

4.2 PENGALAMAN MENGAJAR DALAM PENGAJARAN MAKRO

Mengajar dalam pengajaran makro memberi satu pendedahan dan pengalaman yang

baru. Pengajaran yang diadakan adalah pada 8 April 2019 dan tajuk yang diajar adalah

Poligon Asas. Pengalaman mengajar dalam pengajaran makro membantu untuk

diaplikasikan semasa mengajar di dalam kelas sebenar. Pelajar-pelajar terdiri daripada

Page 15: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

15

rakan-rakan kelas yang turut membantu saya dalam membaiki mutu pengajaran apabila

berada di dalam keadaan yang sebenar. Selain itu, pengalaman yang menarik ketika

saya mengajar di dalam pengajaran makro adalah kawalan kelas dengan baik apabila

semua pelajar memberi tumpuan penuh kepada pengajaran. Perkara yang perlu

ditekankan adalah seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar jika ada pelajar

yang hilang perhatian ketika guru mengajar di hadapan dan pelru bergerak di setiap

sudut kelas untuk memantau pelajar yang tidak mendapat input atau arahan yang

sepatutnya.

4.3 PENAMBAHBAIKKAN DALAM KELAS SEBENAR

Beberapa penambahbaikkan yang boleh dibuat semasa bergelar guru yang sebenar

seperti berikut:

a) Menyediakan kaedah yang lebih berkesan untuk membantu pelajar mengingati

nama-nama poligon

b) Menentukan peruntukan dan perancangan masa yang tepat supaya proses

penyampaian dan aktiviti-aktiviti dapat dijalankan.

c) Memastikan kawalan kelas dan disiplin pelajar diberi penekanan bagi mengelakkan

kebisingan dalam kelas.

d) Soalan yang diberikan mengikut aras Bloom Taxonomy supaya pemeringkatan isi

menjadi jelas. Pelajar sentiasa berada pada arah yang betul dan tidak keliru dengan

pengisian yang disampaikan oleh guru.

4.4 CABARAN UTAMA SEMASA MENGAJAR

Page 16: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

16

Semasa pengajaran, semua guru sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran di

dalam kelas. Antara cabarannya, guru perlu memastikan semua pelajar dapat

memahami konsep yang telah disampaikan oleh guru. Sebagai guru matematik,

penerangan konsep berkaitan ciri-ciri poligon perlu jelas supaya pelajar dapat

memahami isi pelajaran sebelum mengajar ke peringkat seterusnya. Isi pelajaran pula

perlu diajar daripada konsep mudah ke susah supaya pelajar berminat untuk menjawab

soalan yang diberikan.

Selain itu, cabaran lainnya adalah pengajaran yang disediakan oleh guru perlu

mengikut perancangan RPH kerana ianya penting bagi memastikan perancangan yang

dirancang dapat dilaksanakan semasa pengajaran. Melalui RPH, guru dapat merujuk

setiap aktiviti dan langkah pengajaran yagn telah bagi memastikan pengajaran yang

disampaikan lebih teratur seperti yang dirancang di samping dapat memperuntukkan

masa yang telah ditetapkan.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengajaran makro ini merupakan salah satu latihan kemahiran mengajar

yang dijalankan dalam suasana proses pembelajaran sebenar. Pelajar atau bakal guru membuat

persediaan untuk mengajar dan menjalankan proses pembelajaran di hadapan pelajar yang

diwakili oleh rakan sebaya, mengikut rancangan yang telah dirancang. Manakal, bahan

pembelajaran dalam latihan pengajaran makro terdiri daripada kemahiran menyoal iaitu

perkara asas dan khusus, kemahiran pendahluan dan penilaina, kemahiran penerangn,

kemahiran bervariasi kaedah pengajaran, kemahiran mengukuhkan kefahaman, kemahiran

dalam memimpin perbincangan kumpulan kecil, kemahiran pengurusan kelas, dan kemahiran

Page 17: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

17

mengajar kumpulan kecil dan individu. Kemudian pada akhir pdpc, sebagai matlamat akhir,

kemahiran merefleksi dijalankan secara keseluruhan dalam pelan pembelajaran dalam satu

masa belajar iaitu selama 40 minit.

6.0 RUJUKAN

Ahmad, Sabri, and Tengku Azwawi. Isu-isu dalam pendidikan matematik. Utusan

Publications, 2006.

MacGregor, Mollie, and Robert Moore. "Teaching mathematics in the multicultural

classroom." Melbourne, Australia: University of Melbourne (1991).

Salleh, Mohd Salahuddin. Penyelesaian Masalah Matematik (ungkapan Dan Persamaan

Kuadratik). Diss. Universiti Teknologi Malaysia, 2006.

7.0 LAMPIRAN

Appendix 1 – Pembentangan slaid

Page 18: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

18

Appendix II – Bentuk poligon dan bukan poligon

Appendix III – Papan epic-geometri

Page 19: SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO...1 SGDK4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAJUK PENGAJARAN: POLIGON ASAS (TINGKATAN 1) Disediakan Oleh: NURHAZIQAH BINTI TUMIRAN (824723) Disediakan

19

Appenix IV – Permainan Maps Mobile Legends