-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ
MAKRO PENGAJARAN
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk Satu
Sesi Makro pengajaran Selama 30-40 Minit Dan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) Serta Soalan-Soalan Penilaian.
DISEDIAKAN OLEH
NAMA No.MATRIK NO. TELEFON
CHE NOOR ASMAH BINTI YA D20102046069 0133882122
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI07
NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH
TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013
PEMARKAHAN
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 2
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pendahuluan 03
2.0 Rancangan Pengajaran Harian,Strategi Pengajaran Dan Bahan
Bantu Mengajar 04
2.1 Rancangan Pengajaran Harian 04
2.2 Strategi Pengajaran 06
2.3 Bahan Bantu Mengajar/ Penilaian 08
3.0 Aktiviti Pengajaran 13
4.0 Halangan Dan Isu-Isu Pembelajaran 14
5.0 Penilaian 15
6.0 Rumusan 20
7.0 Rujukan 21
8.0 Lampiran 22
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 3
1.0 PENDAHULUAN
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah satu perancangan
awal dalam guru
menyusun aktiviti dan tindakan yang akan dijalankan di dalam
kelas.Rancangan
Pengajaran Harian yang disusun oleh guru kearah mencapai
objektif pembelajaran pada
hari tersebut.Guru perlu merancang strategi tertentu untuk
mencapai objektif pengajaran
yang dirancang.Semua aktiviti murid yang dicadangkan hendaklah
dinyatakan dalam
bentuk yang mudah dan tepat.
Persedian Pengajaran hendaklah dibuat berdasarkan standard
pengajaran yang telah
ditetapkan oleh bahagian kurikulum sekolah.Setiap rancangan
pengajaran perlulah
menentukan objektif pengajaran,isi pelajaran dan aktiviti
murid.Perkaitan Antara
aktiviti,isi pelajaran dan objektif pelajaran hendaklah jelas
dan sesuai.
Dalam penulisan pengajaran juga mempunyai format-format
tertentu.Dalam format
penulisan pengajaran guru perlu menulis dua maklumat.Pertama
,maklumat tentang murid
dan pekara yang akan diajar.Maklumat yang kedua ialah tentang
aktiviti murid dalam
proses pengajaran.Selain itu maklumat objektif pengajaran adalah
eleman yang penting
dalam penulisan Rancangan pengajaran harian ini.Guru perlu
menulis objektif
pembelajaran dengan lebih jelas dan eksplisit.
Jelaslah bahawa kejayaan seseorang guru semasa di dalam kelas
banyak bergantung
kepada rancangan pengajaran yang telah dirancang.Guru perlu
bijak merancang dalam
proses menyampaikan maklumat secara lebih sistematik
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 4
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN,STRATEGI PENGAJARAN DAN
BAHAN
BANTU MENGAJAR
2.1 Rancangan Pengajaran
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA
TAHUN : 3 BAKAWALI
BILANGAN MURID : 38 ORANG
HARI : SELASA
TARIKH : 21 OGOS 2013
MASA : 1.15-2.55 PETANG ( 40 minit )
TEMA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAJUK Kemudahan Internet
FOKUS Standard
Kandungan
3.3 Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat
dengan betul
Standard
pembelajaran
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman
berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.
OBJAKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
Domain Kognitif
i. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan petikan dengan
betul.
ii. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu
dengan betul.
Domain Psikomotor
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 5
i. Murid dapat menulis jawapan pemahaman dengan betul
menggunakan tulisan yang cantik dan kemas.
Domain Afektif
i. Murid dapat menerapkan nilai kerjasama dan berdikari
semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
PENGISIAN
KURIKULUM/
ELEMAN
MERENTAS
KURIKULUM
Ilmu : Sains dan Teknologi
Nilai Murni : Berdikari, kerjasama ,rasional
Teknologi Maklumat dan Komunikasi,kreativiti dan inovasi
SISTEM
BAHASA
Tatabahasa :Frasa Nama
Sistem Bacaan : Ayat / Kata imbuhan awalan
Bahan Bantu
Belajar
Bahan Maujud (Komputer Riba) teks ,lembaran kerja.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 6
2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH
PENGAJARAN
/ISI
PELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN
KURIKULUM
/ELEMEN
MERENTAS
KURIKULUM
CATATAN
SET
INDUKSI
(3 minit )
Lirik lagu
1Malaysia
(Rujuk
lampiran )
1. Guru menayangkan tayangan vedio
klip dan mendengar lagu Satu
Malaysia.
2. Guru mengaitkan antara aktiviti
pengajaran dengan tajuk pelajaran
hari ini.
3. Guru akan menerangkan tentang
bagaimana lagu `Satu Malaysia`
dapat digunakan di dalam kelas.
4. Guru menerangkan tentang
penggunaan internet.
5. Murid dapat menyanyikan lagu
dengan lirik lagu yang diberikan.
Vedio lagu
1Malaysia
LANGKAH 1
( 15 minit )
Isi pelajaran
1.Internet
adalah saluran
maklumat dan
komunikasi
yang penting.
2.Internet
mempunyai
1. Guru mengedarkan lembaran 1
Petikan yang bertajuk Kepentingan
Internet.
2. Guru meminta murid secara
individu,berkumpulan atau kelas
membaca petikan dengan sebutan
intonasi yang betul.
3. Guru dan murid bersoal jawab
tentang petikan yang dibaca.
Nilai Murni:
Keyakinan
Kerjasama
EMK
Menganalisis
Menjana idea
Lampiran 1
KP:Verbal
Linguistik
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 7
banyak
manfaat.
3.e-mel adalah
komunikasi
yang popular
masa kini.
4.Internet
memberi
peluang
pendidikan
melalui e-
pendidikan.
Apakah internet ?
Apakah Kemudahan internet?
Mengapakah e-mel sangat penting
sekarang?
Apakah persamaan posmen dalam
internet?
4. Guru meminta murid melengkapkan
maklumat ringkas berdasarkan
soalan yang diberikan dalam peta
minda.
5. Murid dapat menjawab soalan yang
diberikan secara lisan.
Lambaran
kerja 1
LANGKAH 2
(5 minit )
Imbuhan
Awalan
1.memberi
2.pelbagai
3.menghantar
4.memuat
5.bersembang
6.menekan
7.memperoleh
8.berkomunik
asi
9.dihantar
10.berbanding
1. Guru memberi penerangan tentang
kata imbuhan awalan.
2. Guru meminta murid memberi contoh
imbuhan awalan yang difahami daripada
penerangan guru tadi.
3. Guru meminta murid mengariskan
dan menulis imbuhan awalan yang
terdapat dalam teks.
4. Murid dapat menyatakan 8 daripada
10 kata imbuhan awalan yang terdapat di
dalam teks.
Nilai Murni:
Rajin
Elemen
keusahwanan
Gigih
Berdikari
Lembaran
kerja 2
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 8
LANGKAH 3
(5 minit )
1. Apakah
Internet ?
2.Mengapakah internet amat penting pada masa kini ? 3.Apakah
penggunaan internet yang paling popular? 4.Apakah yang dimaksudkan
dengan e-pendidikan ?
1. Guru meminta murid menjawab
soalan pemahaman secara berpandu
dengan merujuk teks yang telah
dibaca.
2. Murid menulis jawapan berdasarkan
soalan yang diberikan .
3. Murid dapat menulis jawapan
pemahaman 3daripada 4 soalan yang
diberi.
Nilai Murni:
Rajin
Bekerjasama
KB :menjana
idea
Lembaran
kerja 3
LANGKAH 4
(PENILAIAN)
(10 minit )
Aktiviti
Pengayaan
1.Bagaimanak
ah kita boleh
berkomunikasi
dengan rakan
yang tinggal
berjauhan ?
2.Di manakah
kita boleh
melayari
internet ?
1. Guru menyediakan aktiviti
pengayaan bagi murid yang telah
menguasai objektif pengajaran.
2. Guru menyedikan aktiviti pemulihan
bagi murid yang belum mencapai
objektif pengajaran.
3. Murid dapat menjawab soalan
pengayaan sekurang-kurangnya
empat daripada lima soalan.
4. Murid dapat melengkapkan ayat lima
daripada enam isi tempat kosong.
Penilaian
Pengayaan
Pemulihan
Nilai Murni
Rajin
Berkeyakinan
Kerjasama
EMK
1.menjana
idea
2.menganalisi
s
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 9
3.Bilakah
pengguna
boleh
menjelaskan
bil-bil
mereka?
4.Apakah
manafaat
Internet
kepada
pelajar?
5.Mengapakah
e-mel sangat
popular pada
masa kini ?
Aktiviti
Pemulihan
Melengkapkan
ayat.(Rujuk
lampiran 5)
PENUTUP
(2 minit)
1. Guru meminta murid menyatakan
semula kepentingan internet.
2. Guru memperdengarkan semula lagu
Satu Malaysia dan murid
menyanyikan bersama-sama.
3. Guru meminta murid menyanyi
bersama-sama dengan iringan vedio
lagu 1Malaysia.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 10
2.3 BAHAN BANTU BELAJAR
LAMPIRAN 1
Kepentingan Internet
Internet adalah alat komunikasi dan saluran maklumat sangat
meluas
dan pantas pada masa kini. Rangkaian yang menggabungkan
ratusan
ribu sistem komputer di seluruh dunia.
Internet memberi pelbagai manfaat kepada kita. Selain
mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat, kita juga boleh
menghantar e-mel, memuat turun bahan, perbankan elektronik
dan
bersembang siber. Kita hanya perlu menekan kekunci pada
papan
kekunci untuk memperoleh maklumat terkini dari serata dunia
dengan
serta-merta.
Kini, e-mel merupakan cara berkomunikasi yang paling popular
dalam kalangan masyarakat kita. E-mel ibarat pejabat pos,
manakala
jaringan telekomunikasi pula ialah posmen. Surat-menyurat
dan
maklumat dapat dihantar ke seluruh dunia dengan sekelip mata.
Kos
perkhidmatan ini lebih murah berbanding cara surat-menyurat
biasa.
Selain itu, Internet juga memberi pelbagai kemudahan dalam
bidang pendidikan yang dikenali sebagai e-pendidikan.
Program
Pendidikan Jarak Jauh dan pengambilan kursus-kursus dari
institusi
pengajian tinggi boleh dilaksanakan melalui jaringan Internet.
Cara ini
dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.
Oleh itu, kita haruslah mengambil peluang ini supaya tidak
ketinggalan dalam era perkembangan teknologi maklumat.
Lampiran 1
Mari kita membaca.
Mari kita baca
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 11
LAMPIRAN KERJA 1
TULIS MAKLUMAT YANG RINGKAS TENTANG PETIKAN YANG TELAH
DIBACA
KEPENTINGAN INTERNET
---------------------------------
---------------------------------
---------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
------------------------------------
-------------------------------------
-------------------------------------
-------------------------------------
---------------------------------
---------------------------------
--------------------------------
SEMBANG SIBER e-PENDIDIKAN
E-MEL INTERNET
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 12
Lembaran kerja 2
Bil Kata Imbuhan Awalan Kata Dasar Imbuhan Awalan
1. meluas luas Me
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Tulis kata dasar dan kata imbuhan awalan yang terdapat di dalam
teks
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 13
LEMBARAN KERJA 3
Jawab Soalan Kefahaman di bawah dengan betul
2. Mengapakah internet amat penting pada masa kini ?
Internet amat penting pada masa kini kerana digunakan untuk
menghantar______
_______________________________________________________________________
1. Apakah Internet ?
Internet merupakan
_____________________________________________________
_______________________________________________________________________
3. Apakah penggunaan internet yang paling popular?
Penggunaan internet yang paling popular ialah
______________________________
_______________________________________________________________________
4. Apakah yang dimaksudkan dengan e-pendidikan ?
Internet merupakan
_____________________________________________________
_______________________________________________________________________
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 14
(PENGAYAAN)Lembaran kerja 4
1. Bagaimanakah kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang
tinggal berjauhan ?
____________________________________________________________
2. Di manakah kita boleh melayari internet ?
____________________________________________________________
3. Bilakah pengguna boleh menjelaskan bil-bil mereka ?
____________________________________________________________
4. Apakah manafaat Internet kepada pelajar ?
____________________________________________________________
5. Mengapakah e-mel sangat popular pada masa kini ?
____________________________________________________________
Jawab soalan berdasarkan jawapan yang disediakan.
E-mel sangat popular pada masa kini kerana dapat menjimatkan
masa dan
perbelanjaan.
Kita boleh melayari internet di kafe siber.
Pelajar mendapat banyak maklumat daripada internet.
Kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang tinggal berjauhan
melalui internet.
Pengguna boleh menjelaskan bil pada bila-bila masa sahaja.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 15
(PEMULIHAN) Lembaran kerja 5
1. Apakah alatan yang kita gunakan untuk melayari internet ?
Kita boleh menggunakan ___________________untuk melayari
internet.
2. Apakah faedah kegunaan e-mel kepada kita ?
Faedah e-mel kepada kita dapat ____________________ masa dan
pembelanjaan.
3. Di manakah kita boleh melayari internet ?
Kita boleh melayari internet di ________________ atau di
rumah..
4. Bagaimanakah pengguna boleh melayari internet ?
Pengguna Komputer hanya perlu ____________________ papan
kekunci
untuk melayari internet.
5. Apakah yang memudahkan kita berhubung dengan orang lain?
_________________ memudahkan kita berhubung dengan orang
lain.
6. Apakah kegunaan internet kepada pelajar ?
Pelajar boleh mencari ______________________daripada
internet.
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai
maklumat menjimatkan
komputer Kafe siber
E-mel
menekan
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 16
3.0 AKTIVITI PENGAJARAN
Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang berfokuskan Standard
Pembelajaran dalam
menekankan aspek kemahiran menulis.Mengikut Modul Kemahiran
menulis KSSR ,kemahiran
menulis adalah merujuk kearah melahirkan murid yang berkeupayaan
menulis perkataan dan dapat
mengeluarkan idea-idea daripada pelbagai jenis bentuk penulisan
mereka. Hasil pembelajaran yang
dipilih adalah murid dapat membina dan menulis jawapan pemahaman
berdasarkan soalan bertumpu
dengan betul.
Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini ,aktiviti yang
dirancang adalah bermula dengan bacaan
petikan yang bertajuk Internet.Murid membaca secara bacaan
mekanis atau bacaan kuat dalam
bentuk berkumpulan dan individu .Tujuan bacaan ini adalah untuk
melatih murid-murid membaca
dengan sebutan yang betul dan jelas menggunakan intonasi bacaan
yang betul. Selepas bacaan kuat
,murid dan guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan teknik bersoal-
jawab dan perbincangan isi-isi penting untuk menguji tahap
kefahaman murid.Guru menggunakan
teknik Brainstorming untuk mengemukakan pendapat.Murid akan
mengeluarkan pendapat tentang
tajuk yang dibaca melalui ransangan soalan yang diujarkan oleh
guru.Guru menggunakan teknik soal
jawab semasa sesi pengajaran.Teknik ini akan mampu menggalakkan
murid berfikir dengan aktif untuk
menjawab soalan yang diberikan.
Selain itu, guru juga menggunakan kaedah peta minda atau mind
mapping.Kaedah ini akan mampu
memberi pendedahan kepada murid untuk mencatat nota berdasarkan
prinsip penggunaanya.Konsep
peta minda ini akan mengajar murid mencatat isi-isi penting dan
menjimatkan masa mereka.Pelajar
juga dapat menghubungkait data dan menulis maklumat baru.Hal ini
akan mampu menjana idea dan
pembentukan isi-isi pembelajaran yang baik dan mampu mencapai
objektif pengajaran menulis kearah
melahirkan murid. yangdapat menyatakan idea dan pendapat dengan
betul.Peta minda menurut Abdul
Fatah Hassan (1994) antaranya mengorganisasi maklumat,membantu
kepada pengukuhan
ingatan,membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan
pengetahuan sedia ada
murid.Penggunaan peta minda ini akan mampu murid menulis
kepentingan internet mengikut isi-isi
penting yang terdapat didalam teks. Selepas itu ,untuk langkah
pengukuhan dan penilaian guru
menyediakan soalan penilaian iaitu untuk aktiviti pengayaan dan
pemulihan. Aspek penilaian ini ,guru
memberi soalan-soalan yang bertumpu ke arah mencapai objektif
pengajaran pada hari tersebut.
Dalam pempelajaran ini ,guru perlu merancangan pengajaran yang
berupaya mencapai tahap
pencapaian murid sekurang-kurangnya 80%.Dengan melihat tahap
pencapaian murid yang berbeza
guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi mencapai
objektif.Teknik perbincangan dan soal
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 17
jawab telah digunakan untuk mencapai objektif pengajaran.Guru
telah mengunakan pendekatan yang
berbeza bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam objektif
yang dirancang.Guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang
baik dalam mencapai objektif
pengajaran guru.Penggunaan bahan batu mengajar yang sesuai akan
meningkatkan kefahaman murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4.0 Halangan-halangan dan isu-isu yang dapat diatasi oleh
pendekatan
pembelajaran itu.
Halangan yang dihadapi dalam sesi pengajaran ini adalah wujudnya
kecerdasan
murid-murid yang berbeza.Potensi yang berbeza-beza di kalangan
murid murid ini telah
menghalang murid mencapai objektif pengajaran. Biasanya
kecerdasan kognitif seperti
kecerdasan linguistik,logikal-matematikal dan kecerdasan ruang
yang diukur. Oleh itu guru
perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar ianya mampu dicapai
oleh murid. Guru
menggunakan bahan yang berbeza untuk murid iaitu aktiviti
pengayaan dan pemulihan.
Penggunaan bahan bantu mengajar juga sesuai akan meningkatkan
tahap kecemerlangan
murid.
Selain itu,guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang
berkesan iaitu dengan
merancang objektif,isi dan cara penyampaian yang berkesan untuk
menghasilkan
pembelajaran yang berkesan .Begitu juga dengan aspek penilaian
,guru perlu menggunakan
Halangan/
isu-isu
Kecergasan murid yang berbeza
Kaedah pengajaran yang berkesan
Pengelolaan bilik darjah
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 18
kaedah yang sesuai untuk menilai murid. Menurut Ee Ah Meng (1997
), dalam pengajaran
yang berkesan, seseorang guru hendaklah merancang topik,
objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat
murid. Ini bermakna penggunaan
satu pendekatan sistematik dalam pengajaran hendaklah
ditekankan.Pengajaran yang berkesan
ini adalah melibatkan pemikiran,perasaan dan penilaian.Intraksi
antara guru dan murid adalah
penting dalam mencapai objektif pembelajaran.Guru hendaklah
mempuyai kemahiran
menyoal untuk meningkatkan perkembangan intelek murid-murid.Di
samping itu guru perlu
menilai tahap pencapaian muru dari semasa ke semasa.
Halangan yang seterusnya ialah pengolaan bilik darjah.Pengolaan
bilik darjah yang
tidak terurus akan menyebabkan murid tidak dapat menumpukan
perhatian yang berkesan
kepada pembelajaran.Oleh itu sebagai guru kita perlu
meningkatkan tahap kawalan kelas yang
baik. Hal ini kerana ianya dapat menyumbang kepada peningkatan
peratusan objektif
pembelajaran murid.Antaranya ialah kawalan kelas,kedudukan
kerusi meja yang terurus dan
suasana kondusif dalam kelas akan meningkatkan lagi pencapaian
murid dalam sesi
pembelajaran yang dirancang.
Sebagai kesimpulan, halangan-halangan dalam pengajaran dan
pembelajaran ini adalah
salah satu langkah kearah guru merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan
dan mencapai objektif pengajaran yang dirancang.
5.0 Penilaian.
5.1 Penilaian pembelajaran murid
Penilaian adalah amat penting dalam pengajaran sesorang
guru.Dengan penilaian ini guru
dapat menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam
pembelajaran.Penilaian
diagnosis adalah penilaian yang dijalankan di dalam kelas untuk
mendapat maklumbalas
terhadap murid tentang tahap penguasaan pelajar di dalam
kelas.Guru dapat mengenalpasti
tahap kemajuan seseorang murid sama ada pada tahap cemerlang
,sederhana dan
lemah.Dengan penilaian ini ,guru akan dapat mengenalpasti tahap
pencapaian murid dan
merangka aktiviti pengajaran yang sesuai untuk murid.Guru dapat
mengenal pasti pelajar yang
cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar
yang lemah yang memerlukan
aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada
untuk mengubah strategi
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 19
pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar
atau mengulang pelajaran
dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.
Penilaian yang dilakukan oleh guru semasa tempoh pengajaran dan
pembelajaran ini
akan dapat melihat tahap pencapaian murid.Guru perlu memastikan
penilaian yang dijalankan
adalah sesuai dengan tahap pencapaian murid.Hal ini kerana
daripada maklum balas ini guru
mampu menyelidik punca masalah pembelajaran murid.Maklumat
berkenaan akan digunakan
guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan
latihan yang khusus supaya
masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa penilaian
ini, murid-murid akan terus
menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan
dalam pembelajaran.Oleh
itu guru perlu membuat penilaian dalam setiap sesi pembelajaran
agar objektif pengajaran yang
dirancang pada hari tersebut mencapai objektif.
5.2 Penilaian Pengajaran Guru
Pada langkah pertama iaitu langkah menjana atau mencungkil idea
atau pun dikenali
sebagai set induksi, saya cuba menggunakan teknik nyanyian untuk
menarik minat dan
perhatian murid. Teknik nyanyian yang di pasang pada skrin
computer telah membolehkan
murid menyanyi bersama-sama .Selepas itu saya menggunakan teknik
penyoalan kepada
murid untuk mengaitkan pelajaran yang di ajar pada hari ini
dengan kemudahan internet yang
ada. Beberapa orang murid menjawab soalan yang dikemukakan dan
sebagai penutup guru
akan mengaitkan tentang penggunaan internet di dalam kelas atau
di mana sahaja kita berada.
Disamping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka
berjaya menjawab soalan yang
dikemukan.
Pada langkah kedua pengajaran yang dikenali sebagai menstruktur
semula , saya menyuruh
murid-murid membaca secara kelas , membaca secara berkumpulan
dan membaca secara
individu. Kemudian saya menjelaskan kembali petikan tersebut
agar murid-murid faham akan
isi kandungan yang disampaikan dalam petikan. Kemudian murid
akan menulis isi-isi penting
dengan menggunakan peta minda.Murid akan dapat mengaplikasikan
kefahaman murid
melalui perincian pada peta minda tersebut.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 20
Pada langkah yang ketiga iaitu aplikasi Idea , saya mengajar
kemahiran tatabahasa dengan
tajuk kata imbuhan kepada murid-murid dan meminta mereka
mengariskan perkataan imbuhan
yang terdapat di dalam petikan.Murid akan menulis kata imbuhan
berdasarkan jadual yang
diberi. Kemudian murid akan menyebut dan guru akan menulis kata
imbuhan yang terdapat di
dalam teks.Murid akan membaca dan berbincang bersama-sama murid
untuk membuat
pembetulan. Diakhir pengajaran , saya meminta murid-murid
membuat ayat dalam lembaran
kerja yang diberi bagi murid-murid yang kumpulan cerdas.
Manakala bagi murid-murid yang
lemah saya sediakan lembaran kerja.
Sepanjang 40 minit saya membuat makro pengajaran, saya masih
belum puas hati kerana
banyak kemahiran yang saya buat perlu dipenambahbaikan.Jika
diberi peluang untuk mengajar
pelajaran ini sekali saya akan mempersembahkam teknik dan
aktiviti yang berlainan. Saya
akan membuat penambahbaikan aktiviti tersebut agar lebih
menarik. Bagi memulakan
pelajaran saya akan mengunakan alat tayangan bagi menarik lagi
minat murid. Selepas itu saya
akan mencungkil idea murid dengan bersoal jawab atau mencerita
pengalaman murid. Semasa
perkembangan isi saya akan membuat tayangan bagi memantapkan
lagi isi pelajaran yang
hendak di sampai. Seterusnya saya akan melakukan aktiviti
seperti membuat peta minda dan
membuat persembahan murid serta bersoal jawab bersama murid dari
kumpulan yang lain.
Disamping itu , saya dapat menilai dimanakah kekuatan atau
kelemahan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang telah dibuat.Maka dengan ini , dapatlah saya
menambaikan apa kekurangan
atau kelemahan dalam pengajaran saya.
Kekuatan atau kelebihan dalam pengajaran makro
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan
nampaknya terdapat
beberapa kekuatan yang menjurus ke arah keberkesanan
pengajaran.Kekuatan atau
kelebihannya adalah seperti berikut:
1. Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan
penggunaan kaedah
nyanyian. Murid-murid begitu bersemangat dan aktif kerana
masing-masing seronok untuk
menyanyi.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 21
2. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran petikan
dapat menambahkan
kefahaman murid di samping dapat memudahkan murid untuk memahami
tajuk yang
dipelajari.
3. Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru
yang mesra memberi rasa
keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik.
4. Penggunaan lembaran kerja memudahkan kerja guru dan pelajar
di mana pelajar tidak
perlu bersusah payah menyalin di papan hitam.
5. Teknik penyoalan guru tidak membebankan murid di mana guru
meminta secara suka rela
murid untuk menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa.
Kelemahan kelemahan dalam pengajaran makro
1. Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka hanya
mendengar sahaja guru
memberi penerangan atau soalan tanpa menunjukkan reaksi atau
tindak balas.
2. Sewaktu sesi membuat ayat secara lisan , kebanyakan murid
boleh membuat ayat dengan
baik tetapi jika di nilai pada tahap penguasaan murid-murid,
ayat tersebut masih tergolong
dalam kategori ayat terlalu mudah atau perlu diperkembangkan
lagi.
Penambahbaikan
Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda
yang akan diubasuai mengikut
tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat
adalah:
2. Bahagian langkah aplikasi idea sepatutnya saya tukar teknik
yang lebih menyeronokkan
iaitu menubuhkan beberapa kumpulan kecil bagi menyusun atau
memadan imbuhan dan soalan
yang di beri supaya betul berdasarkan gambar yang diberi. Jadi
kumpulan yang dapat
menyiapkan dengan cepat dan betul akan di beri ganjaran.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 22
3. Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan ,
saya rasa pertandingan
kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid
terhadap apa yang telah
dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau
tidak . Jika mereka masih belum
dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif
pengajaran pada hari itu
tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.
6.0 RUMUSAN
Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi
pelajaran kepada anak
didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik
digunakan oleh guru dalam
memenuhi keperluan ini. Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai
dengan cadangan
pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian
pendidikan yang sentiasa
berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan,
kehendak masyarakat dan
berbagai fenomena di sekelilingnya.
Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk
pengajaran bahasa
khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan
guru mempelbagaikan
bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih baik
dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian
bahan-bahan pengajaran tersebut
dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan
perhatian sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga
perlu memastikan kesemua
bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat
pengajaran dan bersesuaian
dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 23
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi guru
dan pelajar terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip,
Kaedah dan Teknik.Cheras:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ). Pedagogi I, Siri Pendidikan
Longman, Selangor, Longman Malaysia
Snd. Bhd.
Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng. ( 1989 ). Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih,
Edisi Kedua : Petaling Jaya, Siri
Pendidikan Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan).
Subang Jaya: kumpulan. Budiman
Sdn. Bhd.
Sumber :
http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-1-malaysia.html#ixzz2lMNYUmCe
-
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 24
Lampiran
Lirik Lagu Satu 1 Malaysia - Koir Pelajar
Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa
Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Sumber :
http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-1-malaysia.html#ixzz2lMNYUmCe