Sabda Rasul saw :
إن هللا جميل يحب الجمال
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah Maha Indah
dan sukakan keindahan”. (H.R Muslim)
Seni ialah sesuatu yang indah.
Seseorang yang mempunyai jiwa yang halus akan
melahirkan nilai-nilai seni yang lembut.
Kekasaran sifat dan akhlak seseorang akan
membentuk seni yang kurang disukai orang lain.
Kesenian Islam terbukti sentiasa berkembang
seiring berkembangnya tamadun Islam.
Kesenian berasal daripada perkataan Latin
yang membawa maksud Kemahiran, Cara
atau Kaedah (skill, way or method).
Herbert Read dalam bukunya “The
Meaning of Art” :
seni merupakan usaha untuk mencipta
bentuk-bentuk yang menyenangkan.
Sidi Gazalba :
Seni adalah sebahagian daripada kebudayaan
yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok
manusia.
Setiap kelompok mempunyai fitrah semulajadi
dan cinta akan kesenian yang boleh memberi
ketenangan kepada hati dan fikiran.
Mohd Bakhir Hj Abdullah (2007):
Seni merupakan menifestasi daripada perasaan
dan fikiran dengan berbagai-bagai cara dan
bentuk seperti sastera, lagu, tulisan, ukiran,
seni bina, dll.
Seni Islam merupakan antara aspek terpenting yang
dapat memperlihatkan bukti ketamadunan Islam.
Dalam kebudayaan Islam, hubungan antara agama &
seni amat berkait rapat.
Seni dalam Islam ialah cetusan perasaan, pemikiran,
tutur kata, ungkapan & perbuatan yang menjurus
kepada keindahan, kebenaran & kesempurnaan.
Puncak keindahan, kebenaran & kesempurnaan yang
hakiki ialah Allah swt yang Maha Pencipta.
Kesenian Islam ialah suatu gagasan & usaha umat
Islam untuk menghasilkan sesuatu keindahan
berlandaskan syariat seiring perkembangan tamadun.
Sidi Gazalba :
– Kebudayaan islam perlu disuburkan dengan
cita rasa taqwa yang dibentuk melalui aqidah,
ibadah dan akhlak berpandukan al-Quran &
as-Sunah.
3 asas utama kesenian Islam :
1. Aqidah (Tauhid)
2. Syariat (Perundangan)
3. Akhlak (Etika)
1. Aqidah (Tauhid) :
Tauhid menjadi penentu konsep seni yang akan menjuruskan semua aktiviti kesenian diselarikan kepada tujuan mereka diciptakan (Mengesakan Allah swt).
Pengukuhan Tauhid akan mewujudkan keseimbangan antara bentuk & isi karya seni.
Melahirkan karya yang boleh membawa masyarakat ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap seterusnya mengukuhkan aqidah.
Melahirkan seni untuk mengabdikan diri kepada Allah swt.
Seniman mukmin yang berjaya menghasilkan karya seni berjiwa agama akan sentiasa tepu dengan rasa keagungan terhadap Allah swt.
2. Syariah (Perundangan)
Syariah merupakan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Syariah sebagai garis panduan dalam berseni dan berkarya.
Mengetahui setiap yang dilakukan ada hukum (halal/haram). Dan meyakini setiap yang dilakukan tidak terlepas dari hukum (pahala/dosa).
Hukum ini membentuk jiwa seniman mukmin supaya sentiasa patuh dan taat kepada syariat Allah swt.
Lahir seniman yang tidak mengabaikan ibadah.
Hasil karya selari dengan kehendak syariah.
Jiwa sentiasa mengilhamkan kebaikan dan kemakrufan berpandukan al-Quran dan as-Sunah.
Tidak membawa mudharat dan kerosakan ke atas jiwa dan masyarakat.
3. Akhlak (Etika)
Kesenian Islam yang indah mesti mengandungi nilai
estetika Islam iaitu akhlak (Sidi Gazalba)
Nilai-nilai akhlak yang mulia sentiasa diutamakan
dalam penghasilan seni.
Islam dengan tegas menolak hasil seni yang bersifat
lucah serta perbuatan yang tidak berakhlak.
Hasil seni Islam adalah alat bagi menyampaikan mesej
yang mampu mencuit hati, perasaan dan pemikiran
masyarakat.
Menghasilkan kesenian yang membawa kebenaran
dan kema’rufan serta peka dengan alam sekeliling.
Menjadikan kesenian sebagai alat untuk membentuk
masyarakat yang berperadaban.
ASPEK ISLAM BARAT
Konsep
Kesenian
Konsep kesenian Islam ialah
untuk membimbing manusia ke
arah konsep Tauhid, pengabdian
diri kepada Allah swt dan
dibentuk untuk melahirkan
manusia yang baik dan beradab
yang tidak lari dari batas syariat.
Konsep kesenian menurut
tamadun Barat hanya
menekankan nilai-nilai
estetika tinggi yang mampu
memberi kepuasan,
kegembiraan dan
keselesaan naluri sahaja.
Moral &
Akhlak
Kesenian Islam mempunyai nilai-
nilai mulia dan akhlak yang
boleh membentuk keperibadian
yang positif serta bebas daripada
nilai-nilai negatif.
Agama membentuk akhlak &
akhlak membentuk seni.
Kesenian Barat hanya
mementingkan aspek
keindahan dan kepuasan
tanpa menekankan aspek
moral dan akhlak.
Kepelbagaian
Dalam
Kesatuan
Kesenian Islam memberi
sumbangan kepada kesatuan
hidup umat Islam.
Setiap individu muslim adalah
satu unit dalam kesatuan ummah.
Walaupun bentuk karya seni
Islam berbeza disebabkan
perbezaan latar belakang sejarah
dan budaya, tetapi masih
memperlihatkan kesatuan yang
melambangkan unsur-unsur
akidah dan tauhid.
Tulisan Arab adalah pengikat
untuk menyatukan ummah dalam
tamadun Islam.
Tamadun Barat tidak
ambil kira kesatuan dalam
penghasilan kesenian.
Kesenian tamadun Barat
tidak mempunyai satu
identiti yang mengikat dan
menyatukan mereka.
Persamaan
Kedua-dua Tamadun melihat kesenian sebagai sesuatu yang
indah, cantik, elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang
tinggi.
Kedua-duanya mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai
melalui penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia
yang sukakan keindahan.
1. Seni Suara / Muzik : Tilawah al-Quran, Azan, Qasidah, Berzanji,
Marhaban, Nasyid & Alat Muzik.
2. Bahasa & Sastera : Puisi, Cerpen, Sajak, Novel, Lirik Lagu, Pantun,
Gurindam dll.
3. Seni Kaligrafi : Tulisan khat dll.
4. Seni Ukir : Ukiran Seramik, Ayat-ayat al-Quran pada kayu dan
batu, dan lain-lain material seni.
5. Seni Sulaman Sulaman dan Tenunan yang tertera di kain, Sejadah,
Permaidani, Sutera dll.
6. Seni Bina Pembinaan Masjid, Mihrab, Mimbar, Istana, Kota,
Kubu, Empangan, Bangunan dll.
7. Seni Lukis Lukisan alam (bukan arca).
8. Seni Hiasan Kerawang, bentuk-bentuk Geometri, Landskap dll.
9. Seni Pertahan Diri Seni Memanah, Lawan Pedang, Menunggang Kuda,
Gusti dll.
Seni Suara / Muzik
Seni Bahasa & Sastera
Seni Kaligrafi
Seni Ukir
Seni Sulam
Seni Bina
Seni Lukis
Seni Hiasan
Seni Pertahan Diri
Setiap manusia secara fitrah semula jadi cenderung
kepada hiburan, terutamanya terhadap seni suara.
Tetapi tidak semua seni suara dibenarkan oleh syariat
Islam.
Para ilmuan Islam telah mengutarakan seni suara &
muzik mengikut acuan Islam yang berlandaskan
syariat Islam.
Seni Suara dalam Islam telah menjadi saksi kepada
lambang (syiar) kegemilangan tamadun Islam.
Sebahagian besar kesenian suara pada hari ini adalah
hasil sumbangan awal kegemilangan ilmuan Islam
terutamanya dalam bidang tilawah al-Quran.
Lois Lamya’ (1993), muzik ialah paduan bunyi, nada
suara atau bunyi alat bagi membentuk berbagai-bagai
penyataan yang memuaskan emosi, estetika dan
struktur bagi sistem kepercayaan yang membentuk
asas kepercayaan.
Tiga ciri-ciri utama dasar kepada muzik :
1. Bunyi suara atau bunyi alat muzik.
2. Hasil muzik yang memuaskan emosi dan estetika.
3. Memenuhi tujuan tertentu seperti kepercayaan dan
sebagainya.
Contoh ibadah Islam yang ada kaitan dengan irama muzik
(tanpa alat muzik) ialah tilawah al-Quran, Haji, Tahmid
dan Takbir hari raya (Ishak Sulaiman, 2000).
Kesenian dalam pembacaan al-Quran mesti
dilaksanakan dengan suara yang baik, bertajwid
dan bertarannum untuk mencapai martabat
bacaan tartil.
Nik Jaafar (1998), Norakyairee & adnan (2008),
kurikulum tilawah al-Quran merangkumi tahsin
as-Shout, Tajwid, Tarannum & Tartil.
Melagukan bacaan al-Quran adalah suatu usaha
ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran
yang bernilai tinggi bagi menghubungkan rasa
hati pembaca dan pendebgar kepada keagungan
Allah swt (Nik Jaafar, 1998)
Nik Jaafar (1998), tarannum ialah suatu ilmu kaedah
suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut nada,
rentak dan irama tertentu untuk menambah seni
bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran.
Norakyairee & adnan (2008), tarannum merupakan
suatu kaedah yang menggunakan kelunakan suara
dalam proses membacakan ayat al-Quran.
Wan Hilmi (2010), ilmu tarannum bermaksud satu
ilmu yang membincangkan tentang cara-cara
bagaimana melagukanal-Quran daripada aspek
hukum tajwid, tarannum, asal-usulnya dan istilah-
istilah yang digunakan.
Sabda Rasulullah saw :
،غنوا بالقرأن، ليس منا من لم يتغن بالقرأن
.وابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا Maksudnya : “Hendaklah kamu melagukan bacaan al-
Quran, kerana bukanlah dalam kalangan kami orang yang
tidak melagukan dengan bacaan al-Quran. Dan
menangislah, jika tidak mampu, buat-buatlah menangis”.
تعلموا القرأن وغنوه وافشـوه. Maksudnya : “Belajarlah al-Quran, lagukanlah
bacaannya, dan sebarkanlah keunggulannya”.
Nik jaafar (1998), lima peranan tarannum dalam
pembacaan al-Quran :
1. Untuk mencapai tahap bacaan tartil yang sebenar.
2. Untuk memberi penghormatan kepada status al-
Quran sebagai Kalamullah. Norakyairee & adnan
(2008), dan sebagai sumber panduan utama.
3. Untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan.
4. Untuk mendapat rahmat Ilahi.
5. Untuk menyerlahkan kesenian al-Quran dari aspek
pembacaan.
Membudayakan pembelajaran Talaqqi
Musyafahah al-Quran.
Membudayakan amalan membaca al-
Quran.
Menerapkan nilai dan akhlak al-Quran
dalam kehidupan.
Menjadikan al-Quran sebagai teman hidup.
Merasa bangga menjulang martabat syiar
Islam dengan bertarannum al-Quran.
Zaman Rasulullah saw :
– Ibn al-’Arabi dalam Mohd Ali (1990), orang arab
sentiasa mengalunkan lagu ketika menunggang unta,
berjalan, duduk, di bawah pokok dan sedang bekerja.
– Nik Jaafar (1998), tarannum al-Quran bermula dari
awal nuzul al-Quran di gua Hira’ pada tahun 610M.
– Mohd Ali (1990), Nik Jaafar (1998), setelah
kedatangan Islam, Rasulullah saw menggalakkan para
sahabat menerapkan lagu dalam bacaan al-Quran. Ia
dikira berhibur sambil beribadah dan mendapat
ganjaran pahala.
Zaman Sahabat, Tabi’in & Tabi’ Tabi’in ra :
– Zaman tabi’in ra bermulanya perkembangan yang
rancak dari sudut kepelbagaian bentuk bidang
keilmuan, budaya dan ketamadunan (Norakyairee &
adnan, 2008).
– Budaya bertarannum, bertahsin dan bertazyin dalam
pembacaan al-Quran diteruskan oleh para sahabat
kepada para tabi’in.
– Pengembangan dan pengawalan bacaan secara
bertarannum dilaksanakan dengan lebih meluas oleh
para tabi’in kepada para tabi’ tabi’in.
– Kaedah yang digunakan dalam penyampaian ilmu
tarannum ini ialah kaedah Talaqqi & Musyafahah
supaya al-Quran terpelihara sepanjang masa hingga
hari kiamat (Mohd Ali, 1990).
Perkembangan di Nusantara : 1. Thomas Arnold dalam Nik Jaafar (1998), agama
Islam mula masuk ke Nusantara pada kurun pertama
hijriah dalam pemerintahan khalifah Bani Umayyah.
2. Pengajian tarannum al-Quran berkembang selaras
perkembangan Islam melalui pedagang dan mubaligh
dari negara Arab.
3. Sehingga kini, perkembangan tarannum tidak lagi
bergantung kepada orang arab kerana pakar qari
Nusantara kini telah mampu bersaing dengan
mereka.
Zaman Rasulullah saw & Sahabat as :
1. Rasulullah saw.
2. Abu Musa al-Asy’ari.
3. Husaid bin Hudair.
4. Salim Maula Abu Huzaifah.
5. Dll.
Zaman Tabi’in :
1. ‘Alqamah bin Qais -Kufah (62H).
2. Abdullah bin as-Saib -Mekah (70H).
3. Abu Abd Rahman as-Sulami -Kufah (73H)
4. Abdullah bin ‘Iyash -Madinah (78H)
5. Dll.
Zaman Tabi’ Tabi’in :
1. Umar bin Abd Aziz
2. Imam Muhammad Idris as-Syafi’e.
3. Imam-imam Qiraat.
4. Dll.
Nusantara (Malaysia) :
1. Hj Ahmad Maksum Pergau.
2. Hj Nik Jaafar Nik Ismail.
3. Hjh Faridah binti Mat Saman.
4. Hjh rogayah binti Sulung.
5. dll
Seni Tarannum al-Quran merupakan Syiar
Islam yang mesti dijulang sepanjang masa.
Syiar Islam melambangkan kegemilangan
peradaban Islam.
Syiar kesenian Tarannum al-Quran juga
mesti berseiringan dengan penerapan nilai
& ajaran-Nya dalam kehidupan setiap
muslim.