Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660 HBQE3103 1.0 PENGENALAN Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 2:21: Maksudnya : “Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang – orang yang rugi.’ Ayat diatas menerangkan bahawa Allah s.w.t memuji hambanya yang membaca Al-Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf dan menepati qiraat sepertimana yang diturunkan. Apabila kita membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan ianya akan menjadi lebih sempurna dan dekat dihati pembaca terutamanya jika dibaca dengan kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum. 2.0 PENGERTIAN TARANNUM Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Nada : tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak : pergerakan yang menghidupkan bunyi suara. Irama : alunan atau bentuk bunyi 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
1.0 PENGENALAN
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 2:21:
Maksudnya : “Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang
mereka membacanya dengan sebenar-sebenar bacaan, mereka itulah orang-orang yang beriman
kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang – orang yang rugi.’
Ayat diatas menerangkan bahawa Allah s.w.t memuji hambanya yang membaca Al-
Quran dengan kesungguhan dalam menyempurnakan hak setiap sifat huruf dan menepati qiraat
sepertimana yang diturunkan. Apabila kita membaca Al-Quran dengan sebenar-benar bacaan
ianya akan menjadi lebih sempurna dan dekat dihati pembaca terutamanya jika dibaca dengan
kelunakan suara dan lagu yang dikenali sebagai tarannum.
2.0 PENGERTIAN TARANNUM
Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada,
rentak dan irama tertentu.
Nada : tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak : pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama : alunan atau bentuk bunyi
3.0 SEJARAH TARANNUM
Sebagaimana yang diketahui, Tarannum Al-Quran merupakan satu kaedah yang
menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat-ayat suci Al-Quran al-karim. Suara
adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara
kerongga-romgga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.
1
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
Mengikut sejarahnya , Tarannum atau muzik adalah merupakan sebahagian daripada
budaya sesebuah masyarakat setempat . Ia juga diilhamkan melalui beberapa unsur seperti
rajah di bawah.
BUNYIAN DARIPADA TIUPAN ANGIN.
BUNYIAN DARIPADA GESERAN KAYU
ASAL USUL
TARANNUM
BUNYIAN AIR YANG MENGALIR
BUNYIAN KICAUAN BURUNG
Rajah : Asal usul tarannum
Rasulullah s.a.w menerima Al-Quran pada tahun 610 Masihi. Baginda memerintahkan
umatnya membaca Al-Quran dengan suara elok serta diperindahkan lagi ( tazyin / tarannum ).
Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang mashur sebagai qari – qari yang baik
antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada
zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah ( 62 Hijrah ). Abdullah
bin Saib di Mekah ( 70 Hijrah ) dan lain – lain.
2
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
Oleh kerana tarannum adalah sesuatu yang bersifat seni pendengaran, maka Jumhur qurra
bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah
s.a.w itu.
Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat
berkembang serta mempunyai berbagai aliran . Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga
membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya :
1. Misri ( Mesir )
2. Hijazi ( Mekah dan Madinah )
3. Iraqi
4. Kurdi ( sempadan Iraq dan Turki )
5. ‘Ajami ( Iran ) dan lain-lain.
Kini aliran yang paling popular dan diterima diseluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari
Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum atau lebih mereka
sebutkan sebagai ilmu maqamal itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta
mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
4.0 PERBANDINGAN ANTARA ALIRAN HIJAZI DAN ALIRAN MISRI
ALIRAN HIJAZI ALIRAN MISRI
Padang pasir
Bukit bukau
Suhu tinggi
Lalu : irama dan rentaknya lincah dan nada
suaranya tinggi kehangatan.
Lembah Nil
Subur menghijau
Suhu sederhana
Lalu : irama dan rentaknya lembut dan
suaranya sederhana kemanisan
Jadual : Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri
3
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
5.0 HUKUM UMUM BERTARANNUM
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim – ulama , dapat kita fahami bahawa
hukum bertarannum adalah seperti berikut :
1. Fardhu ( kifayah ) – jika hanya dengan berlagu sahajalah masyarakat ingin
mendekati Al-Quran.
2. Sunat – jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus – untuk mengambil keseronokan mendengar alunan Al Quran yang indah.
4. Makruh – jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram – jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru lagu-lagu keagamaan lain,
meniru-niru penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.
Kata Ibnu Kathir :” Bahawasanya berlagu yang dikehendaki mengikut hukum syarak
hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan ( tadabbur ), kefahaman,
kekhusyukan, kerendahan hati serta membawa kearah ketaatan kepada Allah s.w.t.
6.0 FALSAFAH TARANNUM
Definisi falsafah menurut Ahmad Sunawari Long dalam bukunya Sejarah Falsafah
adalah merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu philein dan sophos yang bermaksud
“menyintai dan hikmah”. Menurut Plato, falsafah adalah kajian terhadap sesuatu yang benar,
baik dan cantik. Manakala Al-Kindi, seorang ahli falsafah Islam mendefinisikan falsafah
sebagai suatu ilmu mengenai hakikat sesuatu ( Tuhan ) yang berada dalam kemampuan
manusia untuk mencapainya.
Jelasnya, falsafah merupakan batu asas dalam mengerakkan hala tuju sesuatu bidang.
Dalam bidang tarannum Al-Quran, falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan
bacaan Al-Quran iaitu satu usaha kea rah memperkasakan amalan membaca Al-quran dengan
menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara’bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan
pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta. Oleh itu, bertarannum tanpa memahami
falsafahnya merupakan amalan yang sia-sia dan suatu penyelewengan terhadap nilai ilmu itu
sendiri.
4
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat
dipisahkan kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara yang
sebaliknya pula bakal mencacatkan tarannum.
Bertitik tolak dari kefahaman hadis inilah, Kerajaan Malaysia melalui agensinya Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran.
Seorang pakar Tarannum tanah air, Al-Fadhil Tuan Haji Nik Jaafar Nik Ismail
menjelaskan: untuk menguasai ilmu tarannum, menguasi ilmu-ilmu berikut secara bersepadu;
a). Ilmu al-aswat – sebagai induk.
b). Ilmu tajwid.
c). Ilmu tarannum.
d). Ilmu tartil (lahjah arabiah) – kurikulum bersepadu.
6.1 Ilmu Al-Aswat – ٍٍٍٍSebagai Induk
Tarannum dan ilmu al-aswat (ilmu suara) adalah pasangan kembar yang tidak dapat dipisahkan
kerana tarannum (lagu) itu berdiri diatas suara yang diperindahkan. Suara yang sebaliknya pula
bakal mencacatkan tarannum. (vokal) sebegini menyebabkan suara mereka kedengaran lebih
manis dan merdu.
Seorang pakar tarannum Mesir, Syeikh Fatihi Hassan Maliji menjelaskan para Qari
hendaklah “menjauhi daripada menggetarkan suara atau menggerakkan suara dan
mengombakkan suara dengan kuat (berlebihan sehingga boleh menjejaskan kualiti suara dan
menyebabkan lari dari kaedah maqam asal)”.
Johan Qari Peringkat Antabangsa 1999, Hj Che Yahya Daud mendedahkan rahsia
tambahan kearaban suara di dalam Tarannum seperti yang diamalkan oleh Qari-qari mesir yang
muktabar seperti berikut;
1. Suara turun menjunam.
2. Suara naik mencanak.
3. Suara turun dan buka.
4. Suara goncang.
5. Suara goyang.
6. Suara semacam seruling (flute).
5
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
7. Suara gantung (separuh ihtilal al-lahn).
8. Suara meletup-letup.
Sungguhpun dilarang meniru penyanyi untuk melagukan Al-Quran, tetapi terdapat satu
hadis RasuluLlah memuji seorang sahabat Baginda, Abu Musa Al-Asy’ari RA, yang membaca
Al-Quran dengan suara semacam seruling. sabda RasuluLlah SAW:
رواه) داوود آل مزامر من مزمارا اعطيت لقد
ومسلم( البخارى .
Sesungguhnya bertuah engkau dianugerahkan Allah dengan (suara semacam) seruling
dari jenis seruling keluarga Nabi Daud AS.
6.2 Ilmu Tajwid
Tajwid adalah suatu kewajiban kerana tajwid boleh menyebabkan sah-batal solat dan
tajwid jugalah yang jelas membezakan seseorang qari itu kearaban atau tidak. Justeru, setiap
Qari hendaklah sentiasa mengambil berat perkara-perkara yang berikut;
6.2.1 Ketepatan cara menyebut huruf-huruf yang terdapat di dalam Al-Quran; sifatnya
dan makhrajnya (tempat keluar bunyi sebutan huruf-huruf tersebut).
6.2.2. Ketepatan cara membunyikan bacaan Al-Quran semasa pertemuan huruf- huruf.
6.2.3. Ketepatan cara mensaktah, berqalqalah, bermad dan lain-lain.
6.3 Ilmu Tarannum
داوود(. )ابو بأصواتكم القرأن زينوا
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara
kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).
Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat
dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.
Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
6
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu
tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul
Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran
Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu
tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan
Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais
dan lain-lain.
6.4 Ilmu Tartil (Lahjah Arabiah) - Kurikulum Bersepadu
: ترتيال القرأن ورتل (4الزمل)
“Dan bacalah Al-Quran dengan tartil.”
Seorang sahabat RasuluLlah S.A.W yang ulung, yang juga merupakan pakar rujuk
pembacaan Al-Quran di zamannya, Abdullah Ibni Mas’ud RA telah menjelaskan tartil Al-
Quran seharusnya merangkumi dan mensepadukan bebarapa kaedah dengan katanya: “Bahawa
syarat-syarat mentartilkan Al-Quran hanya empat perkara;
1. Bertajwid (mengikut kaedah ilmu tajwid).
2. Bertazyin (kaedah bertarannum / memperlagukan)
3. Tahsin Al-Sout (pembaikan suara)
4. Lahjah Arabiah (menyebut kalimah-kalimah Al-Quran mengikut kaedah bahasa dan
budaya sebutan orang arab).
6.5 Pengenalan Suara
Suara adalah satu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peperu menerusi alat
salur kerongga-kerongga mulut atau hidung.Kemudian akan ditentukan bunyinya oleh alat-alat
pertuturan yang lain.
7
Samihah Binti Mohd Zain 760724-02-5660HBQE3103
6.6 Kepentingan Suara
Suara merupakan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah kepada manusia.Yang
mana tidak kurang pentingnya di dalam arena hidup seseorang ianya berfungsi sebagai alat
perhubungan, penyebaran dan penyampaian rasa hati.Samada suka duka, perintah tegah kasih
benci, memohon merayu, beribadat bermunajat dan sebagainya.
6.7 Suara Boleh Di proses Dan Di pelajari
Suara manusia adalah paling teristimewa kerana ianya boleh di proses.Boleh di pelajari,
dilatih dan di sesuaikan mengikut kehendak yang tertentu ,seperti memberi persesuaian dengan
berbagai jenis suara haiwan.Berbagai bunyi alat muzik , gaya pertuturan (bahasa) manusia dan
sebagainya. Untuk mendapat keistimewaan tersebut perlulah di proses dan di pelajari dengan
cara yang tertentu.
6.8 Seni Suara Untuk Al-Quran
Tiap-tiap suatu ciptaan Allah memang mempunyai seninya yang semulajadi. Demikian
juga suara manusia.Setelah di kaji maka ianya adalah bagaimana berikut :-
Pertama: Seni asli
Iaitu seni ciptaan Allah yang semulajadi. Ianya tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun.
Kedua: Seni sinaie
Iaitu seni kreatif manusia untuk membina seni ciptaan semulajadi tersebut. Perbuatan begini
adalah termasuk di bawah falsafah ‘Mensyukuri Nikmat Allah’.
Oleh yang demikian amat sesuai sekali jika ianya di pergunakan untuk bacaan ayat-ayat suci al-
Quran. Kerana itu adalah di galakkan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadis.
6.9 Penilaian Kesenian Sebenar
Sebenarnya kehidupan ini diciptakan oleh Allah dengan penuh kesenian. Hanya manusia
mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza mengikut pengalaman, pengajian dan
pengetahuan yang berbeza. Dari perspektif Islam kesenian yang paling agung adalah Al_quran
itu sendiri yang sudah pastinya penuh dengan pelbagai seni sesuai dengan taraf
Ianya sebagai mukjizat daripada Allah swt. Dari sudut suara pula tentunya suara yang berseni
dan berkualiti tinggi adalah selayaknya untuk membaca ayat-ayat suci AlQuran. Ini bergantung