PQE3033E TARANUM AL-QURANPQE3033E TARANUM AL-QURAN2015
Kandungan mukasurat
PENGHARGAAN1
PENGENALAN 3
TAKRIF
TARANNUM--------------------------------------------------------------------------------------------4
SEJARAH TARANNUM
AL-QURAN----------------------------------------------------------------------6
PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN SEHINGGA
KINI-----------------------------------8
PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA 9
QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA 10
PENGENALAN GURU TARANUM DAN QIRAAT. 11
SEJARAH PENGLIBATANNYA SECARA LANGSUNG DALAM KELAS PENGAJIAN
AL-QURAN (PROGRAM PENGUKUHAN
AL-QURAN)----------------------------------------------------15
KAEDAH
PENGAJARAN-------------------------------------------------------------------------------------13
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN DAN (KKQ) DI
SMKA--------------------------------------------------------------------------------------------------------------14-
KESIMPULAN--------------------------------------------------------------------------------------------------17-
REFLEKSI
-------------------------------------------------------------------------------------------------------18
RUJUKAN--------------------------------------------------------------------------------------------------------20
KOLABORASI--------------------------------------------------------------------------------------------------21
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan pencipta semesta alam,
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w,
keluarga dan sahabat junjungan. Di kesempatan ini saya ingin
memanjat rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas hidayat dan
pertolonganNYA tugasan bagi Kursus Tarannum PQE 3103 dapat saya
siapkan sepenuhnya.
Tugasan ini menghendaki pelajar membuat satu kajian mengenai
satu kelas pengajian Taranum al-quran yang saya pilih dengan
menghuraikan secara terperinci sejarah penubuhan kelas
tersebut,latarbelakang guru yang mengendalikan kelas,kurikulum yang
diajar,kaedah yang digunakan dan sambutan yang diterima terhadap
pengajian tersebut dalam kalangan masyarakat setempat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada Uztaz Hj.Sood bin Chik
selaku pensyarah bimbingan tugasan ini di atas tunjuk ajar beliau
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada
rakan seperjuangan yang banyak meluangkan masa dan sudi di dalam
berkongsi mencurahkan ilmu menyiapkan Kerja Kursus ini.
Sesungguhnya tugasan ini telah memberi banyak ilmu bermanafaat
kepada diri saya dan diharapkan akan menjadi satu sumber rujukan
kepada pelajar-pelajar lain. Sekali lagi saya memanjat rasa
kesyukuran ke hadrat Illahi kerana tugasan ini memantapkan lagi
pengetahuan sedia ada tentang ilmu tarannum yang sememangnya
menjadi galakan terhadap umatnya supaya melagukan al-Quran secara
terang, jelas dan tepat sebagaimana yang diturunkan. Semoga Allah
memberkati segala usaha murni ini di dalam memartabatkan ilmu
al-Quran al-Karim yang menjadi pedoman hidup selamanya.
Insyaallah.
1.0 :PENGENALAN
Al-quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan
besar Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril a.s
secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang
mutawattir serta membacanya merupakan satu ibadat. Al-Quran
mempunyai satu keseniaan yang unit dari sudut bacaan yang yang
memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, Qiraat sabe
dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasan tartil mengikut
bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan
diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi
al-Quran yang cemerlang.
Tuntutan bertarannum dalam sabda rasulullah :
Maksudnya : Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara-suara,
sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menimbulkan keelokan
bacaan al-Quran.
(hadis riwayat Abu Daud)
Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan
keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat
bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998 ). Menurut Nurliana
Mohd sheriff (2003), alunan tarannum al-quran bukan sekadar tidak
sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti lagu penglipurlara,
syair, Qasidah, nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak
boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian. Perkara ini telah jelas
diterangkan oleh baginda s.a.w dalam sabdanya :
Bermaksud : bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban
dan dengan suara berlahjab arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan
al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab
(kristian dan Yahudi)
(Hadis riwayat Imam Thabrani dan baihaqi)
2.0 : TAKRIF TARANNUM
2.1 : Dari sudut bahasa
Tarannum dari sudut bahasa ialah, berasal dari perkataan
tarannama yang bererti
menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu
(Ibn Manzur, Muhammad bin Mukram al-afriqiy, al-Misri 1405 H ).
Perkataan ini juga digunakan samada untuk haiwan. Sebagai contoh,
seekor merpati yang menyanyi dan jamadat ( benda-benda bukan hidup
dan berjisim seperti seperti sebuah gambus atau gitar ). Dengan itu
setiap perkara yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik
untuk didengar dipanggil nyanyian lagu( Ibn manzur 1405)
Terdapat beberapa perkataan lain yang memberi makna yang sama
dengan tarannum ialah :
I ) Al- Tarji ()
Ii ) Al- Taghanni ()
iii) Al- Tatrib ()
iv ) Al- Talhin ()
v ) Al- Taghim ))
Perkataan Tarannum disandarkan kepada al-Quran adalah didasarkan
kepada sebuah hadis yang bermaksud : Allah tidak mendengar (dengan
penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara sepertimana Allah
menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang mengelokkan lagu
(tarannum) Al- Quran.
Di samping itu juga, Rasulullah s.a.w juga menggunakan tarannum
bi-al-Quran sebagai istilah khusus kepada bidang Pengajian Ilmu
Tarannum. Ini disebabkan perkataan tarannum adalah umum dan boleh
digunakan kepada perkara-perkara lain juga. Justeru itu, tarannum
bi-Quran sepatutnya dijadikan istilah khusus kepada bidang ilmu
tarannum.
2.2: Tarannum dari segi istilah
Menurut Mohd Nor Abdul Rahman (2000), istilah tarannum bil-Quran
lebih popular penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat
di Nusantara untuk menunjukkan wujud hubungan erat antara seni
memperelokkan suara dengan kaedah pembacaan ayat-ayat suci al-Quran
di Nusantara. Nik Jaafar Nik Ismail (1998), mentakrifkan tarannum
sebagai suatu ilmu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut
nada, rentak dan irama tertentu untuk menambah seni bunyi sesuatu
bacaan, khususnya bacaan al-Quran. Manakala Norakyairee dan Adnan
(2008), pula menyatakan bahawa definasi tarannum al-Quran sebagai
suatu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam proses membaca
ayat al-Quran.
Ilmu tarannum a-Quran juga boleh dimaksudkan sebagai suatu ilmu
yang menbincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukan al-quran
dari aspek hukum tajwid, tarannum, asal usulnya dan istilah-istilah
yang digunakan (Wan Hilmi 2010). Tarannum jika ditinjau dari
perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang
dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama terentu. Nada
bermaksud tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak pula ialah
pergerakan yang menghidupkan bunyi suara dan irama ialah alunan
atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai suatu ilmu
atau kaedah seni suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan
irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk
menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan
al-Quran. Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama tarannum bi
al-Quran kerana bersempena sepotong hadis Rasulullah SAW iaitu
:
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang
diizinkan kepada nabinya yangselalu mengelokkan lagu (tarannum)
bacaan al-Quran".
Hasil daripada bunyi-bunyi tersebut, maka diambil istifadah atau
manfaat oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan
dilunakkan mengikut selera masing-masing. Dengan itu lahirlah
kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya
sesebuah masyarakat.
3.0: SEJARAH TARANNUM AL-QURAN
Sejarah Tarannum al-Quran dapat menjelaskan dengan lebih
terperinci bermulanya asal-usulnya Tarannum al-Quran.
Berikut adalah penjelasan tentang asal-usul tarannum al-Quran
dengan diikuti dengan perkembangan tarannum al-Quran secara
terperinci :
Asal-usul tarannum al- Quran
Mengikut sejarah, tarannum atau muzik adalah sebahagian daripada
budaya sesebuah masyarakat setempat dan asal-usulnya daripada
beberapa seperti bunyian daripada geseran kayu, bunyi air yang
mengalir, bunyi daripada tiupan angin dan kicauan burung. Ahli-ahli
muzik dan penyair menjadikan unsur tersebut sebagai ilham mereka
dalam mencipta kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik
mengikut budaya sesebuah masyarakat.
Berdasarkan catatan sejarah, masyarakat Arab sejak awal zaman
Jahiliyyah lagi, sememangnya terkenal dengan kepakaran dalam bidang
syair sehingga dibina sebuah tempat yang dikenali sebagai Soulqal-
Ukkaz untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair seterusnya,
syair-syair yang indah dipamerkan dan digantung bagi menjadikan
kebangggan kepada pemiliknya.
Namun begitu, setelah kedatangan islam dan penurunan al-Quran,
umat islam ketika itu diajak supaya membudayakan bacaan al-Quran
dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan
lunak bagi menggantikan budaya mendeklamasikan syair tersebut.
Islam yang merupakan agama yang benar ini, telah mengajak
masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu agar mengisi keperluan
rohani mereka dengan memperdengarkan di telinga-telinga mereka
dengan isi kandungan al-Quran al-Karim. Hadith sahih yang
diriwayatkan oleh al-Imam Al-Bukhari menunjukkan isyarat keharusan
membaca al-Quran secara bertarannum berdasarkan hadis yang berbunyi
:
: :
Ertinya : Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w :
Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkan
kepada nabi s.a.w supaya berlagu di dalam membaca al-Quran.
Menurut Jumhur Ulama, hadis tersebut menunjukkan bahawa al-Quran
telah dibaca secara bertarannum selama mana tidak menyalahi
hukum-hukum tajwid. Namun hukum menjadi haram jika terkeluar dari
had dan hak ayat suci al-Quran seperti manambah dan mengurangkan
huruf.
Di sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sejarah tarannum
sebenarnya bermula semenjak turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu
pertama di Gua Hira, kira-kira seawal tahun 610 Masehi sebagaimana
yang telah dinyatakan dalam beberapa hadith sahih.
4.0 : PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN SEHINGGA KINI
Perkembangan tarannum a-Quran bermula zaman rasulullah s.a.w
diikuti dengan tarannum pada zaman tabiin r.a dan pascanya dan
sehinggalah ke hari ini.
4.1.1: Pada zaman rasulullah
Seni lagu tidak dapat dipisahkan dari orang-orang arab, bahkan
orang-orang Arablah yang paling berminat dengan seni lagu. Ibnu
Al-Arabi menerangkan bahawa biasanya orang-orang Arab ketika
menunggang unta sentiasa mengalunkan lagu, samada ketika berjalan,
duduk atau berehat di bawah pokok atau sedang bekerja.
Anas pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhmmad s.a.w pernah
dinyanyikan semasa di dalam pengembaraan dengan nyanyian di
belakang kafilah unta dan ia masih menjadi adat bangsa Arab pada
masa Rasulullah dan para sahabat. Lagu-lagu nyanyian ini merupakan
gurindam syair yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak
irama yang harmoni sehingga unta merasakan ringan bebanan yang
dipikulnya dan merasakan dekat perjalanan yang jauh kerana
terpesona dengan nyanyian qafilah itu.
Setelah kedatangan islam, Rasulullah menggalakkan para sahabat
menggantikan lagu-lagu itu dengan lagu-lagu al-Quran, dan selain
dari terhibur, ia juga menjadi ibadat dan mendapat pahala daripada
Allah s.w.t.
Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan kepada kita
betapa tebalnya naluri bernyanyi di kalangan bangsa Arab. Oleh itu
penggantian lagu-lagu al-Quran itu sedikit sebanyak telah mengisi
kekosongan tersebut kerana lagu al-Quran adalah sesuai dengan
naluri manusia selain dengan kehendak dan tuntutan ayat yang
dibaca, bahkan membaca al-Quran dengan berlagu itu boleh
menggerakkan seseorang itu mengamati apa yang dikehendaki oleh ayat
al-Quran, umpamanya ketika membaca ayat-ayat yang menunjukkan
khabar gembira atau sedih secara spontan dibawa lagu soba dan
sikah. Begitu juga dengan ayat-ayat yang mempunyai ancaman
dilagukan dengan lagu rast dan untuk lagu jiharkah dibaca pada ayat
seksa dan azab neraka serta ayat-ayat seruan dibaca dengan lagu
hijaz.
5.0 PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA
Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat
iaitu sebelum tahun 40an dan selepas tahun 40an. Sebelum tahun 40an
lagu-lagu yang popular di kalangan qari Malaysia ialah lagu-lagu
dari irama aliran Hijazi. Qari yang mengalunkan lagu irama hijazi
ini dikenali dengan angkatan lama yang diketuai olehYusuf Kedondong
dari kelantan.
5.1 QARI-QARI ISTANA
Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalambacaan al-quran
mendapat tempat yang istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di
kalangan masyarakat tetapi di kalangan raja-raja melayu yang
memerintah negeri masing-masing. Mereka mendapat kedudukan yang
istimewa dimana setengah merekadilantik sebagaiQari Istana yang
berperanan sebagai penyebar bacaan al-Quran baik di istana ataupun
di kalangan masyarakat. Mereka lah yang memperkenalkan lagu-lagu
al-Quran yang berlahjah arab kepada masyarakat setempat
memperdengarkan bacaan mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan,
majlis khatam quran, kenduri kawin , haflah-haflah tertentu yang
dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu kita dapati
negeri-negeri yang mempunyai ramai qari di raja mempunyai bilangan
qari dan qariah yang ramai dan handal dalam bacaan taranum
al-quran.Di antara qari-qari istana yang terkenal sekitar tahun
1922-1940an ialah:
1.Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)
2.Haji Muhamad Lintar (Terengganu)
3.Haji Muhamad Ribat (Kedah)
4.Haji Sulaiman (Johor)
5.Haji Khalid (Selangor)
6.Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)
7.Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)
Selepas tahun 40an qari-qari Malaysia mula popular dengan
lagu-lagu aliran misri yang dipopularkan oleh qari-qari yang
dikenali dengan angkatan baru diketuai oleh Hj Ahmad Maksum Pergau.
Angkatan baru ini terdiri dari mereka yang belajar taranum al-Quran
di negeri Mesir selepas tahun 40an. Berikutnya muncullah qari-qari
yang terkenal dan berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih
lagi dengan keperihatinan kerajaan yang memerintah pada masa itu
(Persekutuan Tanah Melayu ) menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran
yang memgumpulkan qari-qari dari seluruh pelusuk negara untuk
memperdengarkan bacaan masing-masing. Keberkesanan musabaqah bacaan
al-quran ini menyebabkan kerajaan telah menganjurkan musabaqah
bacaan al-Quran di peringkat antarabangsa yang berjaya dianjurkan
kali pertama pada tahun 1961. Sejak itu taranum al-quran tersebar
dengan meluas di segenap pelusuk dunia islam
5.2 QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA
1.Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)
2.Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)
3.Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)
4.Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)
5.Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)
6.Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)
7.Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)
8.Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)
9.Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)
10.Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)
11.Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)
12.Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)
13.Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)
14.Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)
15.Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)
16.Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu
17.Tn Hj Daud Che Man
18.Tn Hj. Muammar Z.A (Indonesia)
19.Tn Hj Mirwan Batubara (Indonesia)
5.3 TOKOH-TOKOH QARIAH
1.Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)
2.Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)
3.Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)
4.Hjh Rahmas Abdullah (Johor)
5.Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)
6.0 PENDAHULUAN
Kecenderungan umat Islam masa kini terhadap al-Quran semakin
ketara terutama dalam bidang bacaan dan hafalan. Ini terbukti
dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz di kebanyakan negeri di
Malaysia.Namun, di sana satu ilmu yang agak malap perkembangannya
kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang imu qiraat dan taranum
ini bahkan seolah-olah terasing dalam minda masyarakat sekarang,
padahal ia wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Cuma tiada nama
khusus bagi disiplin ilmu ini sehinggalah diperkenalkan dengan nama
(Ilmu Qiraat & Tarannum) oleh beberapa orang ulama yang
mengembalikan kegemilangannya.Kelas pengajian Taranum ini diyakini
boleh memperkembangkan ilmu qiraat & tarannum seterusnya
meneruskan kesinambungan usaha murni ulama terdahulu demi untuk
mengekalkan kegemilangannya.
Setelah meneliti dan menelusuri sejarah perkembangan ilmu qiraat
dan Taranum A-Quran di Malaysia,saya telah diminta membuat kajian
tentang satu kelas pengajian Al-Quran dan sejarah penubuhannya di
tempat saya iaitu di Kampung Sura Tengah Dungun.Hasil kajian yang
dilakukan oleh saya dan beberapa orang rakan dibawah ini
diceritakan secara terperinci tentang sejarah penubuhan kelas
tersebut.
6.1 Pengenalan Guru Taranum dan Qiraat.
Guru taranum yang menjadi model dan sering disebut-sebut
kehebatan dan cukup terkenal di kampong dan daerah Dungun iaitu
Puan Zukriah binti Che Muda yang kini menjadi Guru Agama di Sekolah
Rendah Kebangsaan Gong Pasir Dungun. Beliau berasal dari kampung
Delong,Dungun Terengganu.Kemudian berpindah dan menetap di Kampung
Sura Tengah Dungun.Beliau dilahirkan pada tahun 1970,Beliau
berkahwin bersama pasangannya juga seorang Guru Agama iaitu Ustaz
Azua bin Abdul Rahman, yang kini mengajar di Sek Men Kuala Abang
Dungun.Hasil perkongsian beliau telah dikurniakan seramai 5 orang
anak iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan.Pendidikan awalnya di sekolah
Rendah kebangsaan Delong,meneruskan pengajian menengah di SMASID
Dungun.Selepas tamat sekolah berpeluang menyambung pelajarannya di
Maktab Perguruan Pasir Panjang,Kuala Terengganu.Mula menunjukkan
minat dalam dalam bidang Taranum Al-Quran seawal sekolah rendah
lagi.Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni suara,setelah
dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah Al-quran sejak
sekolah rendah dan menengah,setiap kali pertandingan beliau
sentiasa menjuarai pertandingan tersebut.Keadaan berterusan
sehingga ke Maktab Perguruan, di mana beliau selalu dipilih
mewakili maktab untuk menyertai pertandingan dan berjaya sampai
keperingkat kebangsaan.
6.2 Diantara pencapaian yang telah dimenangi sepanjang
penglibatannya di dalam bidang Al-Quran
1)Penerima Anugerah Ibn Rusyd sesi 1993-1995 Hadiah Khas dari
Maktab Pasir Panjang Kuala Terengganu
2)Anugerah Nuzul Al Quran kebangsaan sempena sambutan Nuzul Al
Quran kebangsaan tahun 1415h bersamaan 1995 masihi
3)Johan ujian tilawah Al Quran antara maktab maktab perguruan
Malaysia tahun 1993.
4)Johan tilawah Al Quran peringkat negeri Terengganu tahun 2002
masihi bersamaan 1423 Hijrah.
5)Johan Ujian tilawah dan mentafsir Al Quran maktab perguruan
Malaysia tahun 1993 bersamaan 1414 masihi
6.3 Belajar Al-Quran
Selain itu beliau belajar Al-Quran di kampung khususnya al-Quran
al-Karim daripada bapanya sendiri Allahyarham Che Muda semenjak
berumur 7 tahun. Ketika usianya 12 tahun beliau telah dihantar oleh
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk berguru dengan Ustaz
Haji Yusof seorang guru taranum yang terkenal di Sek.Keb.Tok Jiring
selama 3 bulan.Di sana beliau telah mempelajari selok belok ilmu
Qiraat dan Tarannum dan berguru dengan beberapa orang guru yang
berpengalaman di sana.Guru-guru tersebut sangat berjasa membentuk
dirinya sehingga mampu menguasai ilmu tajwid dan tarannum dengan
baik sehingga kini. Selain itu Kesemuanya memberi pengaruh kepada
dirinya menjadi seorang Qariah Al-quran yang dikagumi.Minat
mempelajari ilmu Al-Quran ini sentiasa diterapkan dalam dirinya
walaupun kemudiannya beliau menjadi guru di sekolah.
6.4 Sejarah penglibatannya secara langsung dalam kelas Pengajian
Al-Quran (Program Pengukuhan Al-Quran)
Kelas Pengajian Al-Quran atau Program Pengukuhan Al-Quran telah
dijalankan semenjak awal penubuhan SMKA. Bermula tahun 2005 beliau
telah dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar tetap di kelas
pengajian tersebut.Beliau telah dilantik Khas oleh sekolah sebagai
tenaga pengajar tetap bertempat di Sek.Men.Kebangsaan Agama Kuala
Abang di bawah anjuran PIBG sekolah.Kelas ini diadakan pada setiap
malam sabtu bermula pukul 9.30-10.30 malam.Seramai 15 orang pelajar
telah dipilih untuk menyertai kelas tersebut sebagai pelapis untuk
mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.Pelajar-pelajar lain
juga yang berkemahiran dan berminat di dalam ilmu qiraat dan
Taranum juga dipelawa untuk menyertai kelas tersebut.Sambutan yang
diterima daripada pelajar-pelajar amat menggalakkan,malah apabila
dibuka pendaftaran untuk pelajar baru ramai yang mendaftar.Oleh
kerana terlalu ramai pemilihan dan tapisan pelajar terpaksa dibuat
bagi memilih calon pelajar yang betul-betul layak , berminat dan
berbakat.
Tujuan utama ditubuhkan kelas pengajian ini adalah untuk
mengembangkan ilmu al-Quran kepada pelajar dan masyarakat,
lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk mendalami dan
memperlengkapkan diri dengan ilmu al-Quran. Mengikut pendapat
beliau sebagai tenaga pengajar kelas pengajian ini, kebanyakan
kelas-kelas al-Quran yang ada hari ini hanya menumpukan pengajian
kepada tajwid sahaja. Oleh itu beliau dengan rasa tanggungjawab
menerima untuk menjadi tenaga pengajar dalam program ini bertujuan
untuk memberikan ilmu al-Quran yang lebih banyak lagi kepada
pelajar dan masyarakat seperti ilmu Tarannum, ilmu Qiraat, ilmu
Suara dan sebagainya begi memperlengkapkan dan memperelokkan bacaan
al-Quran.
6.5 KAEDAH PENGAJARAN
Cara pengajaran pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
pengajaran ilmu Tarannum, ilmu Tajwid, ilmu Qiraat dan Kefahaman
al-Quran (Tadabbur). Kaedah pengajaran yang digunakan dalam setiap
kelas pengajaran ialah kaedah Talaqqi dan Musyafahah sebagaimana
yang digunakan oleh Rasulullah semasa menyampaikan ayat-ayat
al-Quran kepada para sahabat.
7.0 Sejarah Ringkas penubuhan Kelas Kemahiran Al-Quran(KAA) dan
(KKQ) di SMKA
Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca
dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).
Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah
dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak
tahun 1986 hingga sekarang.
Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.
Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) merupakan
salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA
berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini
hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu.
Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di
dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada
Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP)
0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.
JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas
kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga
akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah
atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang berkaitan.
7.1 STATUS
Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum
yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di
sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu
bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.
7.2 OBJEKTIF
Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:-
1.Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran
secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian
2.Memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan
Al-Quran merangkumi aspek sejarah
penulisan,pengumpulan,pembukuan,surah dan asbabun-nuzul.
3.Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam
bacaan harian.
4.Mengetahui ,membezakan dan membaca wajah-wajah Qiraat
Sabie.
7.3 KANDUNGANKURIKULUM
Tingkatan Satu hingga Tiga
Tingkatan 4 dan 5:
1. Tajwid
2. Hafazan
3. Qiraat Sabie
4. Tarannum
7.4 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
1.Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti
Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga
tingkatan lima.
2.Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif
(anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum
quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa
Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar
mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian
akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan
dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah
peperiksaan objektif
4.Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.
5.Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan
sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas
Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.
7.5 JADUAL WAKTU
Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam
seminggu seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa
Perancangan Pelajaran (JPP)
7.6 STATUS MURID
1.Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas
tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan
kepada tiap-tiap murid secara undividu dan latih tubi.
2. Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan
lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam
mata pelajaran ini adalah tinggi.
7.7 STATUS DAN PERANAN GURU AL-QURAN
Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada
sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di
antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah :
1.Melaksanakan kelas KKQ.
2.Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata
pelajarn lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya
masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.
3.Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang
berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan
sebagainya
4.Membimbing murid-murid membaca AL-Quran
5.Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga
terbentuk masyarakat celik Al-Quran.
8.0 KESIMPULAN
Secara umumnya, Tarannum Al-Quran merupakan satu disiplin ilmu
yang menentukan kaedah bagi menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu
bacaan dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya
disiplin ini dapat dikuasai dengan baik, ia mampu mempersonakan
para pendengar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Menguasai disiplin
ilmu ini bagi mempraktikkan dalam membaca ayat-ayat suci Al-quran
merupakan satu tuntutan di dalam islam. Menurut islam membaca
ayat-ayat suci Al-Quran dengan tarannum yang betul merupakan satu
sunah dari Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian akan diberi
ganjaran yang besar di sisi Allah SAW. Ini selaras dengan sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud : Seseorang yang mahir membaca
Al-Quran akan di tempatkan di syurga bersama-sama malaikat. Oleh
itu, hiasilah Al-Quran dengan suaramu
Rasulullah SAW amat mementingkan agar ayat-ayat suci Al-Quran
dibaca dengan bertarannum. Ia amat jelas melalui sabda Rasulullah
yang diriwayatkan oleh Barra bin Azib berkata : Rasulullah bersabda
: Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu. Manakala Imam Ahmad bin Ali
bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya bahawa membaca
Al-Quran secara berlagu adalah sesuai dengan kehendak jiwa dan
selaras dengan bentuk ragam ayat Al-Quran itu sendiri. Qiraat
merupakan suatu ilmu yang tidak dapat kita nafikan keutamaan dan
kepentingannya. Menjadi tanggungjawab kita para daie untuk
menyebarkan ilmu ini dan memasyhurkan ilmu ini dengan harapan
masyarakat di Malaysia tidak melupai kesenian ilmu ini. Seterusnya
memartabatkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allah
S.W.T sudah berjanji bahawa Dia akan menjaga al-Quran dan ilmu yang
berkaitan dengannya sampai hari kiamat. Namun begitu, janganlah
kita mengambil mudah dan memandang remeh perkara ini. Semoga kita
tidak menjadi golongan yang rugi yang tidak memakmurkan ilmu Allah
S.W.T.
PENULISAN REFLEKTIF
REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah kurniaNYA akhir berjaya saya menyiapkan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu (KKBI) PIM 3108. Saya menerima tugasan ini pada 7
feb 2015 iaitu ketika toturial kedua. Pada awalnya, ketika menerima
tugasan ini pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya.
Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba mendapat pendapat daripada
rakan-rakan sekerja di sekolah. Sedikit demi sedikit saya mula
mengambil langkah positif dengan mencari maklumat dari internet dan
bahan-bahan bacaan dari perpustakaan untuk dijadikan bahan-bahan
yang boleh membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Di dalam Tugasan Projek yang diamanahkan, saya ditugaskan
bergerak secara berkumpulan untuk mendapatkan bahan dan maklumat
berkaitan dengan kajian mengenai satu kelas taranum yang kami
pilih.Berdasarkan kajian tersebut,kami dikehendaki membuat rakaman
video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran kelas
tersebut.Di samping itu analisa yang dibuat setiap kami dikehendaki
menyediakan laporan lengkap berkaitan kurikulum yang diajar,kaedah
yang digunakan dan sambutan yang diterima terhadap kelas
tersebut.Penyediaan laporan ini ditulis mengikut kreativiti setiap
individu di antara kami. Diharap apa yang kami hasilkan dapat
mencapai objektif yang ditetapkan..
Setelah melalui proses penghasilan Tugasan Projek ini, saya
telah memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari segenap aspek
serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan yang
diberi berkaitan dengan ilmu qiraat dan taranum ini membuatkan kami
teruja untuk menyediakan laporan ini kerana ianya memberi satu
pengalaman baru yang membangkitkan naluri ingin tahu dan sedikit
sebanyak ianya dapat memberi ilmu yang berguna terhadap bidang
Taranum Al-Quran. Mempelajari Seni Suara Al-Quran ini sesuatu yang
cukup menarik dan indah sebenarnya kerana Allah sendiri sangat suka
sesiapa yang membaca Al-Quran dan memperelokkan bacaannya. Di
samping itu ianya memberi satu ilmu yang cukup bermanfaat untuk
kita mengimplementasikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bersama pelajar.Sekurang-kurangnya kita sebagai guru
agama yang diamanahkan untuk mengajar ilmu Al-Quran tahu sedikit
sebanyak ilmu taranum ini seterusnya dapat mencurahkan ilmu ini
kepada anak didik kita.Dengan cara ini dapat menarik minat mereka
dan tidak merasa jemu dalam jiwa mereka untuk mempelajari
Al-Quran.. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan murid
semakin hari, semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.
Melalui kerja Kursus yang diamanahkan kepada saya ini, berbagai
ilmu yang dapat saya perolehi . Pertamanya, Tarannum Al-Quran
merupakan satu disiplin ilmu yang menentukan kaedah bagi
menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan dalam mengalunkan
ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya disiplin ini dapat dikuasai
dengan baik, ia mampu mempersonakan para pendengar terhadap
ayat-ayat suci Al-Quran. Menguasai disiplin ilmu ini bagi
mempraktikkan dalam membaca ayat-ayat suci Al-quran merupakan satu
tuntutan di dalam islam. Menurut islam membaca ayat-ayat suci
Al-Quran dengan tarannum yang betul merupakan satu sunah dari
Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian akan diberi ganjaran
yang besar di sisi Allah SAW. Ini selaras dengan sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud : Seseorang yang mahir membaca Al-Quran akan di
tempatkan di syurga bersama-sama malaikat. Oleh itu, hiasilah
Al-Quran dengan suaramu
Rasulullah SAW amat mementingkan agar ayat-ayat suci Al-Quran
dibaca dengan bertarannum. Ia amat jelas melalui sabda Rasulullah
yang diriwayatkan oleh Barra bin Azib berkata : Rasulullah bersabda
: Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu.
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan
dalam kitabnya bahawa membaca Al-Quran secara berlagu adalah sesuai
dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat Al-Quran
itu sendiri.
Pengisian tugasan ini juga sangat bermanafaat kepada pelbagai
golongan khususnya kepada tenaga pengajar tilawah Al-Quran di
sekolah, Maktab Perguruan atau Institusi Pendidikan yang lain.
Akhirnya setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah
bimbingan saya Ustaz Haji Sood bin Chik dan juga kepada teman-teman
seperjuangan di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam
menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT memberkati segala hasil
usaha ini.
RUJUKAN
Hj.Nik Jaafar bin Nik Ismail (1997). Qawaid tarannum, cara
berlagu . Kuala Lumpur. Darul Fikir.
Mohd Ali bin Abu Bakar. (1991). Seni lagu al-Quran di Malaysia.
Kuala Lumpur. DarulFikir.
Hj. Nik Jafar Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja
Kursus Tahsin Bacaan al-
Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007,
JAKIM, hlm. 7.
Dr.. H. St. Amanah. (1993), Pengertian ilmu al-Quran dan Tafsir,
Kuala Lumpur : Penerbit Asy Syifa Darul Fikir Sdn. Bhd.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum,
Kursus Sijil
Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin
Bacaan al-Quran
Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM,
hlm. 7.
SUMBER INTERNET
https://www.scribd.com/doc/143514939/PQE310
http://www.zainul.com/kkq/
https://www.academia.edu/8008873/Tarannum_Pengertian_Tarannum_Al-Quran
http://maritarannum.blogspot.com/2013/04/pengertian-tarannum.htm
http://myqurra.blogspot.com/2011/04/pengertian-dan-dalil-galakan-tarannum.html
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
Nama Pelajar : Rashidah binti Abdul Wahab
No. Matrik : g212ttpima5272a
Kumpulan : Pendidikan Islam (PIM 1)
Semester : Semester 7
Mata Pelajaran : PQE3033E Taranum Al-Quran
Pensyarah Pembimbing : Ustaz Haji Sood bin Chik
BIL
TARIKH
PERKARA
NAMA
T.TANGAN
1.
17.feb.2015
Interaksi kedua
Menerima tugasan
PQE3033E
Ustaz Haji Sood bin Chik
2.
21.feb.2015
Hingga
23.2.2015
Mencari dan mengakses bahan
di Internet dan Perpustakaan
Rashidah binti Abdul Wahab
3.
25 .feb.2015
Perbincangan bersama rakan rakan tentang tambahan
Tn.Rohaizam
Rashidah Abd Wahab
4.
8- feb.2015
Hingga
10 .mac 2015
Menaip Tugasan
Semakan
Cetak tugasan
Fotostat bahan
Tn.Rohaizam
Pn.Rashidah
5.
15 Mac 2015
Menyemak semula tugasan yang diberi serta menyiapkan untuk
dihantar kepada pensyarah
Pn.Rashidah
6.
28 mac 2015
Hantar tugasan
Ustaz Haji Sood bin Chik
21