Akauntabiliti dan Integriti seorang guru
PIK210W PENDIDIKAN ISLAM
ISIKANDUNGANMUKASURAT1.0 PENGENALAN22.0 Definisi Integriti33.0
Definasi akauntabiliti44.0 Isu guru melanggar integriti dan
akauntabiliti54.1 Punca gurumelanggar intergriti dan akauntabiliti
95.0 Implikasi guru melanggar integriti dan akauntabiliti 116.0
Cara mengatasi guru melanggar integriti dan akauntabliliti 137.0
RUMUSAN 168.0 RUJUKAN179.0LAMPIRAN18
1.0 Pengenalan Akauntabiliti mempunyai kaitan dengan integriti.
Ia adalah satu konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud.
Ia selalunya digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban,
tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma
lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas
tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait
rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam
pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu.
Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Ia bertujuan melahirkan
masyarakat berintegriti tinggi, amanah dan beretika. Komitmen Islam
kepada urus tadbir terbaik yang adil dan berakauntabiliti adalah
bukti kepada contoh-contoh itu. Kita perlu mengambil berat dan
komited kepada agenda memantapkan integriti dan memerangi rasuah
pada semua peringkat. Kuasa politik boleh digunakan untuk memerangi
peluang-peluang rasuah dan penerapan etika dan integriti dalam
masyarakat.
Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti.
Antaranya: Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
(1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia
Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi
Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008). Penubuhan
Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti
Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar
Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi.
Dalam Tekad 2008 kerajaan telah mensasarkan usaha-usaha berikut
dalam peningkatan integriti kakitangan awam iaitu mengurangkan
gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan,
meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat
dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga, meningkatkan
kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Rancangan Malaysia ke-9
yang diumumkan oleh kerajaan mempunyai berbagai matlamat dan
sasaran.
Di antara tumpuan yang diberikan juga ialah kepada pembangunan
dan kemantapan modal insan. Kerajaan dijangka akan terus menumpukan
perhatian kepada kemajuan modal insan dan keutamaan kepada rakyat
dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Modal insan merupakan satu
elemen penting dalam sesebuah tamadun dan pembangunan negara.
Kekuatan pengetahuan, ekonomi dan kemahiran merupakan salah satu
asas penting dalam kecemerlangan negara. Modal insan merupakan
penggerak kepada kemajuan masyarakat dan agama.
2.0 Definisi IntergritiSelain daripada akhlak, satu lagi konsep
penting dalam Islam ialah amanah atau lebih dikenali sekarang ini
sebagai integriti. Integriti berasal daripada kalimah integer yang
bermaksud kesempurnaan dan keseluruhan. Dari segi istilah,
integriti ialah nilai pegangan, maruah, etika baik dalam
melaksanakan sesuatu yang sahih dan benar. Ia juga berkait rapat
dengan kejujuran, kebolehpercayaan, keadilan, kawalan diri, nilai
moral positif, kekuatan aqidah dan spiritual
Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut
Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika.
Integriti berlandaskan etikan dan pencerminan etika dalam tindakan
sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam
membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti
amanah, jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan
kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang
mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap
mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan
kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini
mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika
keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara
isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media
massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan
seksual kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil
cuti sakit palsu.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada
etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan
etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru,
kita perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan
diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan
dengan penuh komited
3.0 Definisi akauntailiti
Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap
seseorang iaitu terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya
serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang
diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat
dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan
menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau
tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang
guru terhadap profesionalisme keguruan. Pengukuhan akauntabiliti
boleh dilakukan melalui usaha untuk mengawal hawa dan nafsu serakah
materialistik dan eksplisit. meminggirkan budaya hedonisme,
menyucikan hati agar menjadi bersih daripada sebarang noda dan
daki, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa yang sejati,
mempunyai sifat ihsan dan jatidiri, serta memantapkan aqidah Ilahi
dan akhlak terpuji, sayangkan negara, tinggi semangat patriotik dan
menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara agar lebih
cemerlang, gemilang lagi terbilang.
Akauntabiliti mempunyai kaitan dengan integriti. Ia adalah satu
konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud. Ia selalunya
digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban,
tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma
lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas
tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait
rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam
pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu
Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk
diterapkan di dalam diri setiap guru melalui dua kaedah iaitu usaha
yang berterusan oleh guru itu sendiri seperti penghayatan
nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada
kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP),
Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan
akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika
Kerja yang dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan
integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang
terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada
akhbar dan media massa yang lain.
Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika
keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan
masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru. Sebagai
seorang guru kita perlu mempunyai akauntabiliti dan integriti
terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang
diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan tanggungjawab
dan tugas-tugas dengan penuh kmoited. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap
diri sendiri, pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat
ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
4.0Isu guru yang melanggar Integriti dan akauntabilitiDalam era
globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang
haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah,
ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk
etika seseorang individu tersebut (Syed Ismailetc., 2010:24).
Menurut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dengan erti kata
lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau
tatakelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik
dan tidak baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut
profesion tersebut. Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan
yang menyenaraikan prinsip-prinsip tingkah laku untuk tujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar
profesional menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan
pekerja-pekerja terlatih tertakluk kepada kod etika tersebut untuk
menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika
profesion sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang
pendidikan juga tidak terlepas dari membina kod etikanya sendiri.
Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh Negara meningkat
dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini sebagai
profesion yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah
dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan
Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) bagi pembentukan
tatasusila guru. Semua guru yang menjawat di sekolah perlu
mematuhinya yang mana etika kerja guru diwujudkan adalah untuk
memastikan guru akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan
mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian
Pelajaran Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia.
Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan
adalah seperti yang disenaraikan dalam karya Syed
Ismail,etc.(2010:46-47):i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku
begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya yang
akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
perguruanii. guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya
begitu rupaya yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion
perguruaniii. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa
terhadapnya
Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan
yang mengingatkan guru kita agar tidak melibatkan diri dalam salah
laku semasa memberi perkhidmatan pendidikan di Negara kita. Tetapi
sehinggakan hari ini, berita-berita yang tidak menyenangkan baik
dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau
mahupun salah laku guru sendiri yang masih lagi kedengaran.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada zaman kini tidak
menyedari keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan
mencalar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita?
Profession perguruan sangat dipandang mulia oleh masyarakat
sekeliling. Guru bertanggungjawab dalam memimpin dan membantu
masyarakat terutamanya dalam membentuk sahsiah
pelajar.Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang
murni jika seseorang individu itu mengamalkan tanggungjawab mereka
dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih
pekerjaan.
Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu
mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal
ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan
guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka
seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia,
walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi
luhur ini."
Namun, dewasa ini acap kali kita dikejutkan dengan isu-isu
negatif mengenai sahsiah guru. Antaranya ialah guru memukul
pelajar, guru mencabul pelajar, guru ponteng sekolah dan
sebagainya.Antara contoh isu yang pernah timbul adalah di mana
empat orang pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di
Sitiawan, Perak didakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh guru
mereka hanya kerana mereka tidak membawa buku sekolah. Mangsa dua
lelaki dan dua perempuan masing-masing pelajar tingkatan satu dan
tingkatan dua itu cedera di bahagian badan, pinggang, perut dan
dagu akibat perbuatan guru tersebut.
Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan
dalam kod Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku
mencabul anak murid perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak
ibu bapa dan khalayak ramaitidak percaya kepada sifat profesional
profesion perguruan. Seperti mana yang dikemukakan sebelum ini,
salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan
adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah
lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan
ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru
lakukan adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya
pelajar dan ibu bapa.Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru
agar menjada perlakuan agar tidak mencalar kewibawaan profesion
perguruan sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat
terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya membawa
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya
bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal
untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru seluruh
Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan
mempercayai guru dalam peranan sebagai pengganti ibu bapa di
sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan guru
disiplin lelaki yang dianalisis dalam sumber artikel telah membuat
pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional guru dan ini
sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di Negara
kita.
4.1 Punca guru melanggar integriti dan akauntabiliti seorang
guru
Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan
berlaku kes salah laku di kalangan guru? Pada pendapat penulis,
senario ini berlaku dengan antara sebabnya ialah guru terbabit
kurang menghayati dan memahami kandungan yang tertera dalam kod
Etika Profesion Perguruan.Sesungguhnya, kod etika yang disediakan
dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru di Negara kita
tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri
individu itu telah menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika
guru yang terbabit dengan kes salah laku dapat menghayati dan
memahami peraturan-peraturan yang disenarai dalam kod Etika
Profesion Perguruan, maka, beliau akan mengetahui apa yang boleh
dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan sebagai seorang
guru. Beliau juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru
yang buruk mampu mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru
justeru berusaha untuk mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan
kes-kes salah laku. Natijahnya, penulis berasa bahawa salah satu
sebab yang menyebabkan guru terbabit melibatkan diri dalam kes
salah laku adalah berpunca daripada kekurangan pemahaman dan
penghayatan keperluan mengikuti peraturan mengikut kod Etika
Profesion Perguruan.
Selain itu, satu lagi punca yang mana mungkin secara tidak
langsung telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Apakah sebab
sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia mengambil sikap
tidak acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu
berhenti untuk menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan
latihan yang diberikan kepada guru mengenai kod etika serta
kepentingan mematuhi kod etika guru tersebut. Pada pendapat saya,
pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sama kritikal dalam
menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru mematuhi kod etika
kerja. Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel
berkenaan kod etika profesion guru masih lagi kurang dan tidak
memadai untuk memberi pendedahan yang tegas kepada guru-guru di
Negara kita mengenai kepentingan menjaga tingkah laku mereka
berdasarkan tatatertib etika. Rumusnya, penguatkuasaan dan
pemantauan yang kurang berkesan akan menyebabkan berlakunya kes
salah laku di kalangan guru.
Pada masa yang sama, saya berpendapat bahawa kes guru terlibat
dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih
dikenali sebagai stres. Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru
sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat
daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stres juga didefinisikan
sebagai tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara
atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Sebenarnya, setiap individu mengalami kelima-lima jenis stres yang
disenaraikan, apa yang membezakan adalah kekerapan dan tahap
keseriusan tekanan emosi tersebut kepada setiap individu, menurut
Noriati A. Rahid,etc.(2010:67).
Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di
sekolah bukan sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal
pengajaran dan pembelajaran di sekolah,malah golongan tersebut juga
menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu
bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi
meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses menjalankan tugas dan
tanggungjawab, guru kian menghadapi halangan, kesuntukan masa,
perselisihan faham antara guru justeru tekanan emosi sememangnya
berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani
cabaran yang dihadapi.
Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah
mengalami tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia
bertindak terpesong daripada etika kerjaya sebagai seorang guru.
Stres yang hasil daripada tekanan kerjaya berkaitan yang
menyebabkannya mengalami kekangan dalam menyelesaikan
ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa
kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang
berada pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan
personaliti asalnya, dimana guru terbabit mungkin mencabul murid
perempuan berkaitan walapun dirinya sendiri tidak sedar bahawa dia
sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.
4.0 Implikasi guru melanggar intergriti dan akauntabiliti
seorang guru
Isu yang terbaru ialah keocoran kertas soalan sains dan bahasa
inggeris upsr, ia bukan saja mengganggu emosi calon UPSR, ibu bapa
dan guru, malah menyebabkan satu pembaziran wang negara kerana
kerajaan terpaksa mengeluarkan kos kepada pegawai peperiksaan yang
bertugas.
Apabila berlaku soal kebocoran soalan peperiksaan, persoalan
akauntabiliti dan integriti ditimbulkan. Walaupun negara mempunyai
undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972,
nilai murni dalaman itu perlu ada. Bagi soal integriti pula,
sememangnya hendak kaitkan dengan nilai murni seperti jujur,
amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan
kebolehpercayaan. Sewajibnya orang yang dipertanggungjawabkan (yang
mana berkaitan dalam penyediaan, penyaringan, penjagaan,
pemeriksaan terhadap soalan peperiksaan nasional dan berkaitan)
hendaklah mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri,
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.
Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah
merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang
dinyatakan oleh Syed Ismailetc.(2010:190), Pada zaman ini guru
bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor,
pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan
beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa
mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar
persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya,
melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di
sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung,
menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu
jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk
terbabit dalam salah laku?
Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru
di sekolah telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita
memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin
dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-anak
mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di
Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak
mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di
Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di
Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini
sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang
lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru
juga memaksa pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di
sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan sumber
guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut
sumber pada tahun 2014, bilangan sekolah rendah yang didirikan di
Malaysia adalah sebanyak 7,756 buah. Cuba bayangkan sekiranya
seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang
membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak
berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang
memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan
permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran
murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita.
Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan
sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.
Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis bukuMedia is the
Messagemenjelaskan bahawa media lebih berkesan dalam menentukan isi
kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang berperanan dalam
menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan,
sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana
impaknya pada masyarakat itu, ditentukan oleh media itu
sendiri.
Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara
cepat dan meluas secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh
kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes jenayah dan
salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media
massa, sedikit sebanyak ianya mampu mengubah persepsi masyarakat
terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik, kepada
yang sebaliknya.
Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif
yang melibatkan etika keguruan berbanding menyiarkan
perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius oleh
pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian
dan organisasi di sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha
untuk mengangkat dan meningkatkan semula martabat profesion
perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari.
6.0 Cara mengatasi guru yang melanggar integriti dan
akauntabiliti
Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara
kita akan membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan
sistem pendidikan di Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta
berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya,
diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya.
Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu
salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak
pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu
yang tertuduh tersebut.
Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah
mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan
yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam pemantauan
terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru
dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem
pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam
perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika
Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih
tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir
sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat
dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya
sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada
profesionnya.Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar,
maka amaran dan tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas
agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan pihak pentadbir
dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak
berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir
juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru
permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati
kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan,
seminar dan bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus
diadakan dengan kerap agar guru-guru sentiasa peka dengan
tindak-tanduk sendiri.
Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal
dalam mengatasi masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah
seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya
sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam
komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru,
tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadirole modelkepada
murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang
sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai
seorang guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan
sejawat, individu tersebut juga bertanggungjawab memberi dorongan
dan nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati terbabit dengan
kesalahan.
Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini
menyebabkan kita jarang mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak
berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan sejawat, sikap ini
haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha
mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan
kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi
orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai
perasaan ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian,
setiap guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan
sejawat untuk mempedulikan masalah salah laku yang dihadapi orang
guru sejawat di sekolah.
Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling
memberi peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada
terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed Ismail,etc.(2010:56),
kita perlu sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan supaya
pelanggan danstakeholderkita berasa berpuas hati dan kehendak
mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa
Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita
hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya
mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini.
(Syed Ismail,etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu
bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai
tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat
kita yang berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar
kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.
Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya
mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku
berhenti dari terus berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa
bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan
olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat
dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga
menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu berkembang
ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati
dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya
terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah
dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum
kes salah laku berlaku. Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap
keperluan diri untuk menerima nasihat amat membantu dalam konteks
ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat
diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah
serius sehinggakan didakwa.
Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu
menjadi teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau.
Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa A
man is known by the company he keeps. Ini bermakna seorang individu
akan menerima pengaruh daripada teman-teman yang berdampingan
dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan dan
berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap
negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk
melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut.
Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan
sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh malah model tiruan
dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk
mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.7.0 Rumusan
Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika
Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk
membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah
individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah
laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang
diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke menara
berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya
guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di
Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk
menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti
terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan
Negara serta rakan sejawat.
Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi
memahami bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk
membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut.
Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah
untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan
untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam
menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang
kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di
Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi
peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion
guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem
pendidikan di Negara kita.
Menurut Baharin Abu,etc.telah mengunkapkan bahawa Guru adalah
pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi
warisan kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan
Negara pada masa hadapan. Semamangnya guru memainkan peranan
penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala
tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain
mereka dapat membina masyarakatyang mempunyai budaya yang
bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai
sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka,
sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus
merenungkan kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980)
dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi rosaklah pemimpin kerana
guru yang jahat.Perlu difahami dengan jelas bahawa, kerjaya guru
bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan. Ia merupakan ibadah yang
tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan sebahagian daripada modal
yang paling kukuh untuk menjadi syarat melangkahkan kaki ke dalam
syurga yang dijanjikan kepada hamba Allah yang benar-benar layak
atas amalan yang telah dilakukan.
Pendidik, kontribusinya kepada umat tidak dapat dikira dengan
angka, tidak dapat diukur dengan nilaian manusia, sekalipun adanya
anugerah-anugerah khusus yang diberikan. Dari hidup sehingga
matinya pun, pahala kepada amal kebaikannya terus dikira, apabila
ilmu yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan segala
kebaikannya kepada masyarakat dan umat terus dimanfaatkan.
7.0 Refleksi
Kini saya lebih memahami maksud integriti dan akauntabiliti bagi
saya rasa bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih menjadi
guru. Pekerjaan ini adalah pekerjaan yang paling mulia dimana
mengajar ilmu kepada pelajar bagaimanapun jika tersalah langkah
pekerjaan ini menyebabkan kita masuk neraka. Kita yang akan
mencorakan anak didik kita dan sikap guru juga menjadi penyebab
berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan.
Oleh itu seboleh-bolehnya saya akan menjaga solat yang utama
jika solat ditinggalkan tidak mustahil seorang guru itu tidak
mempunyai integriti dan akauntabiliti. Insaalah dengan adanya minat
yang mendalam sebagai guru saya tidak mungkin melangagar etika
perguruan yang menyebabkan salah laku guru.
Sebagai seoarang guru juga kita perlu mempunyai sifat sabar
terutama dalam menghadapi cabaran kerana allah tidak akan menguji
hambanya sekiranya kita tidak mampu. Saya merasa sangat bersyukur
kerana IPG Bahasa Melayu ini mengamalkan konsep integrity di mana
amalaaan 5S diwajibkan di IPG. Selain itu juga minggu integrity
diaadakan di IPG Bahasa Melayu untuk menerapkan kefahaman kami
pelajar supaya faham dan tidak melakukan kesalahan.
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari
tiga perkara, sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak
soleh yang berdoa kepadanya.''(HR Muslim). Dalam riwayat Ibnu
Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW
bersabda,"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi
seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak
yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran,
membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir,
membuat irigasi, dan bersedekah".(HR Ibn Majah). Oleh yang
demikian, seharusnya, seorang guru itu, memiliki sifat yang
sebenar-benarnya selayak seperti seorang pendidik, mempunyai nilai
dan sahsiah yang tinggi.
8.0Rujukan JURNALLula J. Henry., Kimberly G. Griffith., Fara M.
Goulas.(2005). Perspectives on Sexual Misconduct by Educators: A
Call to, Action and a Mandate for Reform and Solutions. National
Forum of Teacher Education Journal-Electronic. Volume 16. Number 3E
2005-2006.Leah P. McCoy, 2008. Studies In Teaching 2008 Research
Digest. Wake Forest University. Winston-Salem. NCRichard D. Shane.
(2009). Teacher as Sexual Harassment Victims: The Inequitable
Protctions of Title VII in Public Schools. University of
Florida.LAMAN WEBUtusan Online. 2014.
http//.www.utusanonline.com.myDilayar pada 20 Ogos 2014Berita
harian Online. 2014. http//:www.bharian.com.myDilayar pada 20 Ogos
2014
9.0 Lampiran
Usah cepat buat andaianOleh Ruhaiza
[email protected]
BARANGKALI, imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila
pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media
massa.Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula
seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak
masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan
disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan
maruah.Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat,
apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini
hingga golongan guru hilang pertimbangan?Adakah perlakuan itu
disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka
'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'gatal' dan
mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal
kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar?Kaunselor
pakar, perunding dan pakar motivasi, Jabatan Psikologi Pendidikan
dan Kaunseling, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Haslee Sharil
Abdullah, berkata jangan terburu-buru membuat andaian kepada guru
bermasalah tanpa menimbangkan kemungkinan dan faktor hingga
tercetusnya insiden.
Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan
melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain
menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan
guru terbabit."Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah
diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat
meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama
baik sekolah, pelajar serta peribadi individu."Tindakan
terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah
menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru
sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan
supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.Sejak akhir-akhir ini,
media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap
bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga
mencetuskan kebimbangan semua pihak.Antaranya perlakuan guru yang
suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan
'hukuman' sebagai alasan menghalalkan perbuatan. Ada juga menyentuh
dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu.Beliau berkata bagi
mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu
menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan
tertentu."Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak
peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk
mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu
tercetusnya masalah."Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas
boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya
atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya
atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah
seperti doktor."Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti
tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar
terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh
dielakkan," katanya.Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru
suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes
terpencil.Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi
bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik."Tidak
dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah.
Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak
mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan
dengan perlakuan."Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar
pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu
mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah
melarat."Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja
mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak.
Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan
hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah
menanganinya," katanya.Ditanya mengenai kaedah terbaik, beliau
berkata sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat
dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego
masing -masing.Menurutnya, pertikaian yang berlaku hari ini
disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang,
menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga
mencetuskan situasi 'hanya kau-aku'."Apabila elemen positif tidak
dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin renggang.
Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula
menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian
kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang."Ini menjadikan
setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja
sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang
boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang
perlu disemai mengikut batas ditetapkan," katanya."Pelajar juga
perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah
dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal
bukan emosi semata-mata. Semua pihak ada hak yang perlu
dipertahankan," katanya.
LANGGANI SEKARANGKOLUMNISSABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 5:35
AMAkauntabiliti, integriti penjawat awam jadi taruhanOleh Ahmad
Fauzi [email protected] dalang yang membocorkan
kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR)? Itu persoalan besar sehingga menyebabkan
472,853 calon terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September
depan di seluruh negara. Terkesan juga kepada Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan yang
memohon maaf kepada calon dan ibu bapa gara-gara kebocoran
itu.Akibat perbuatan pihak tertentu, ia bukan saja mengganggu emosi
calon UPSR, ibu bapa dan guru, malah menyebabkan satu pembaziran
wang negara kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos kepada
pegawai peperiksaan yang bertugas.Apabila berlaku soal kebocoran
soalan peperiksaan, persoalan akauntabiliti dan integriti
ditimbulkan. Walaupun negara mempunyai undang-undang yang tegas di
bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, nilai murni dalaman itu
perlu ada. Pembelajaran nilai murni selama ini pun diterapkan dalam
UPSR itu sendiri dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan - Bahagian
C.Abai nilai murniMengapa masih ada rakyat Malaysia yang tidak
mengamalkan nilai murni itu secara berterusan? Saban tahun rakyat
mendengar cerita soalan bocor di sana sini, apatah lagi pada zaman
teknologi maklumat, ia agak berleluasa penyebarannya dalam media
sosial baru. Sebagai contoh berlaku pada 5 Disember 2013, polis
mengesahkan tiada berlaku kebocoran soalan mata pelajaran Matematik
kertas dua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mujurlah.Namun,
antara paling diingati fenomena bocor soalan membabitkan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1989, iaitu 25 tahun
lalu yang memperlihatkan pelajar yang mengambil kertas wajib,
Bahasa Melayu terpaksa mengambil kertas itu dua kali peperiksaan
kerana soalan Kertas 1 Bahasa Melayu bocor. Riuh dan gamat ketika
itu, malah penulis sendiri melalui pengalaman itu pada tahun
berkenaan.Rasa perit dan hilang tumpuan agak terasa. Apatah lagi
subjek Bahasa Melayu wajib lulus dalam SPM. Mujur masing-masing
kuat semangat pada ketika usia 17 tahun dan diberikan kata-kata
perangsang oleh guru. Itu pelajar sekolah menengah, tetapi yang
berlaku sekarang ialah membabitkan pelajar berusia 12
tahun.Gara-gara soalan bocor, penulis membaca banyak komen yang
tidak berpuas hati dan luahan perasaan menjadi viral dalam
Facebook. Antaranya, ada dalam kalangan murid sudah
hilangmoodkerana mereka telah merancang aktiviti pada cuti sekolah
sebaik peperiksaan UPSR tamat. Ada pula yang geram dan marah kerana
tarikh 30 September pula, banyak aktiviti bakal dilaksanakan di
sekolah membabitkan pelajar Tahun Enam, malah ada yang
mempersoalkan mengapa tiada set soalanback-uppeperiksaan nasional
itu?Penulis tertarik dengan luahan seorang penganalisis pendidikan
yang menyatakan UPSR itu hanyalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Tujuannya bagi mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan setiap
murid dalam setiap subjek yang diuji itu selepas enam tahun melalui
pembelajaran di sekolah rendah.Tidak dinafikan keputusan UPSR
diambil kira dalam peluang kemasukan ke sekolah berasrama penuh,
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah tersohor pada
peringkat negeri dan daerah, namun, ia bukan penghalang atau
penyekat untuk murid melangkah masuk ke sekolah menengah.Kata
penganalisis pendidikan itu, apa pun keputusan yang diperoleh dalam
UPSR, hatta 5E atau 7E (bagi sekolah jenis kebangsaan) sekalipun,
mereka tetap layak masuk ke sekolah menengah. Jadi, untuk apa dan
mengapa ada orang begitu ghairah untuk membocorkan soalan
UPSR?Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas yang dilaksanakan
mencapai objektif yang ditetapkan dan tiada pembaziran yang
menjejaskan sumber awam.Bagi soal integriti pula, penulis
sememangnya hendak kaitkan dengan nilai murni seperti jujur,
amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan
kebolehpercayaan.Sewajibnya orang yang dipertanggungjawabkan (yang
mana berkaitan dalam penyediaan, penyaringan, penjagaan,
pemeriksaan terhadap soalan peperiksaan nasional dan berkaitan)
hendaklah mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri,
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.Mudah berlaku
salah lakuPrinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu
dihayati dan dijadikan amalan setiap orang. Sekiranya prinsip ini
tidak dititikberatkan dalam pengurusan, program dan kewangan, maka
penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan
kuasa akan mudah berlaku.Prinsip akauntabiliti dan integriti
memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah keyakinan orang
ramai, kebolehpercayaan tahap tinggi, kualiti dan imej sesuatu
agensi kerajaan atau swasta.Penulis percaya ia juga menjadi pra
syarat bagi mendapatkan keyakinan orang ramai ke atas apa jua
perkhidmatan yang dilaksanakan seperti peperiksaan nasional UPSR
ini.
LAMPIRAN
Guru didakwa tumbuk, tendang murid gara-gara tidak bawa buku
sekolahAstro Awani|Kemas kini:Februari 14, 2014(Diterbitkan pada:
Februari 14, 2014 15:10 MYT)
ACP Jaafar Baba - Foto Astro AWANIIPOH: Akibat tidak membawa
buku sekolah, empat orang pelajar di sebuah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di Sitiawan, Perak didakwa telah ditumbuk dan
ditendang oleh guru mereka.
Mangsa dua lelaki dan dua perempuan masing-masing pelajar
tingkatan satu dan tingkatan dua itu cedera di bahagian badan,
pinggang, perut dan dagu akibat perbuatan guru tersebut.Pihak polis
yang bertindak atas laporan mangsa telah merakam percakapan kesemua
mangsa serta guru berusia tiga puluh empat tahun itu pada
Khamis.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Jaafar Baba memberitahu guru
tersebut turut mempunyai kes yang sama pada Januari lalu namun
perkara tersebut diselesaikan secara baik antara pihak sekolah,
PIBG dan keluarga pelajar.
"Siasatan awal kita dapati kejadian ini ada kaitan dengan tidak
membawa buku latihan. Yang satu lagi itu berkemungkinan berkaitan
dengan perbuatan yang tidak sengaja dan sebagainya yang berkaitan
dengan botol air,"
"Guru terbabit telah dipanggil semalam dan rakaman percakapan
telah pun dibuat. Maknanya kita akan kumpul kesemua maklumat dan
juga termasuklah laporan perbuatan ini dan kita akan panjangkan
perkara ini kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan
sewajarnya." katanya lagi.
Kesemua mangsa telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital
Seri Manjung.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di
mana jika di bersabit kesalahan, guru tersebut bakal dikenakan
hukuman penjara selama setahun atau denda RM2000 atau kedua-duanya
sekali.
27