Top Banner

of 25

Senarai Tugas

Mar 02, 2016

Download

Documents

Iex Igniz

Senarai tugas guru
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Guru Besar1.1 Bidang Tugas Menjalankan pengajaran sekurang-kurangnya lima waktu dalam seminggu. Menguruskan perkhidmatan perjawatan dan emolumen guru dan bukan guru. Pengurusan kewangan sekolah. Melakukan pemantauan dan pencerapan secara berterusan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Menilai prestasi guru dan bukan guru sepanjang masa Mengurus penyusunan jadual waktu sekolah. Mengurus perjalanan ujian/peperiksaan di peringkat sekolah. Menguruskan kemasukan/pertukaran murid-murid dan guru-guru. Menguruskan pelaksanaan aktiviti panitia, persatuan, kelab, unit beruniform, sukan dan permainan. Bertanggungjawab terhadap disiplin guru, kakitangan bukan guru dan murid-murid. Bertanggungjawab melaksanakan arahan-arahan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran. Bertanggungjawab mengkoordinasikan gerakerja dan aktiviti sekolah dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat. Menjalankan tanggungjawab sebagai Penasihat PIBG

2. Guru Penolong Kanan Tadbiran Dan Kurikulum

GPK Tadbiran/ Kurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu GPK Tadbiran / Kurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat dasar pendidikan tercapai.

2.1 Bidang tugas Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru dan kakitangan bukan guru. Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk yang mempunyai sidang petang. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menyelaras semua aktiviti PIBG.

2.2 Senarai tugas

2.2.1 Kurikulum Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain Memastikan pengurusan panitia matapelajaran dijalankan dengan berkesan. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan Membantu serta membimbing guru-guru pelatih dan guru-guru yang baru mengajar. Memastikan program televisyen dan radio pendidikan digunakan dengan berkesan. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan ujian, peperiksaan dalaman, peperiksaan awam, penilaian dan mencadang tindakan susulan. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan bimbingan dan pemulihan. Menyelaras segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, JPWP dan Kementerian Pelajaran. Membantu di dalam penentuan bahan pusat sumber dan lain-lain bacaan serta kesesuaiannya. Menyusun jadual waktu kelas dan persendirian guru serta menyediakan jadual waktu gantian.

2.2.2 Pentadbiran Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat perangkaan. Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah. Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.3 Tugas-tugas lain Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke masa.

3. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal MuridGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. GPK HEM bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.

3.1 Bidang tugas: Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan GPK Tadbiran/ Kurikulum. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Membantu Guru Besar dalam mengadakan latihan kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya. Menyelaras semua aktiviti PIBG.

3.2 Senarai tugas:

3.2.1 Disiplin Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid. Sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengawas Sekolah.

3.2.2 Bimbingan dan kaunseling Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

3.2.3 Kesihatan dan kebajikan murid. Menguruskan kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan Kad Kesihatan dan Kad Pemeriksaan Gigi. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah dan kedai buku. Menyelaras segala akiviti kesihatan dan kebersihan murid. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan RMT / PSS dan KWAPM. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

3.2.4 Skim Pinjaman Buku Teks Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok, dan mengurus Bilik Operasi SPBT (BOSS). Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks.

3.2.5 Biasiswa / Baitulmal / KWAPM. Mengumpul data murid-murid yatim dan miskin. Menguruskan bantuan untuk murid-murid yatim dan miskin dengan Baitulmal/ pihak lain yang berkaitan. Mengawal buku bank dan pengeluaran wang sumbangan.

3.2.6 RMT / PSS Mengumpul data-data murid yang layak untuk RMT / PSS. Menguruskan urusan pemakanan dengan pihak kantin. Memantau dan menyelia makanan dan pemakanan yang sihat disediakan oleh pihak kantin. Menguruskan pengagihan susu kepada murid-murid. Memastikan susu tersebut adalah baik dan terjamin khasiatnya.

3.2.7 Rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) Menubuhkan jawatankuasa bersama dengan sekolah kelompok. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. Menyedia dan merancang Anggaran Belanjawan Tahunan. Menjalankan aktiviti yang diputuskan dalam mesyuarat bersama. Menyediakan dan menghantar laporan secara berkala ke JPWP atau KPM.

3.2.8 Pentadbiran Mengurus dan mengemaskini rekod Pendaftaran Murid. Mengurus dan mengemaskini Sistem Maklumat Murid (SMM) / Borang Maklumat Murid (BMM). Menyemak buku kedatangan harian murid sesi pagi dan sesi petang. Mengurus kemasukan, penempatan dan pertukaran murid. Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah. Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Menyemak dan menandatangani Buku Adab Belajar (Ruangan HEM). Membantu menyediakan Anggaran Belanjawan Sekolah.

3.2.9 Pertandingan 3K Sebagai Timbalan Pengerusi JK 3K. Mengurus program berkaitan kebersihan, kesihatan dan keselamatan serta sentiasa melakukan proses penambahbaikan. Bekerjasama dengan semua agensi yang berkaitan dengan 3K. Berusaha mencapai sasaran Johan 3K Zon Sentul / Negeri pada 2010.

3.3 Tugas-tugas lain Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

4. Guru Penolong Kanan KokurikulumGPK Ko- kurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. GPK Koku bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.

4.1 Bidang tugas Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, GPK T/K dan GPK HEM. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Menyelaras semua aktiviti PIBG.

4.2 Senarai tugas

4.2.1 Sukan dan Permainan Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan. Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan Menyelia kegiatan sukan dan permainan Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah

4.2.2 Pakaian Seragam Merancang kegiatan pakaian seragam. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam. Menyelia kegiatan pakaian seragam. Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam sekolah di dalam dan di luar sekolah.

4.2.3 Persatuan dan Kelab Merancang kegiatan persatuan dan kelab Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab Menyelia kegiatan pakaian seragam Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

4.2.4 Kelab Elit Memilih dan menentukan jurulatih pasukan sekolah Memilih pasukan sekolah dan pasukan pelapis. Mengadakan latihan sepanjang tahun.

4.2.5 Kebersihan dan Keindahan sekolah Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah. Menyelia pekerja syarikat swasta yang menguruskan kebersihan sekolah.

4.2.6 Penyelenggaraan Bangunan Sekolah Merancang pembangunan bangunan sekolah. Menyelenggara kerosakan yang berlaku pada bangunan dan kawasan sekolah. Memohon peruntukan daripada JPWP atau pihak-pihak lain untuk tujuan penyelenggaran atau naik taraf. Berhubung dengan pihak JKR untuk sebarang masalah berkaitan mekanikal atau teknikal sekolah.

4.2.7 Pentadbiran Menyusun/ menyelaras ko-kurikulum. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan peruntukan kokurikulum. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. Membantu di dalam segala jenis penerbitan majalah sekolah dalam hal kokurikulum. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. Mengurus alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka: Mengurus hal-hal keperluan kemudahan, fizikal sekolah dan murid-murid. Melaksanakan arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

5. Penyelaras Makmal ICT

5.1 Senarai Tugas Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Menyediakan kemahiran ICT guru dan murid. Merancang ICT sekolah. Membudayakan ICT sekolah. Mengurus dan menyelia jadual waktu kelas komputer, kutipan yuran bulanan dan keceriaan kelas komputer. Mengadakan pertandingan. Kecekapan kemahiran komputer bagi setiap bulan/penggal. Mengadakan pembaharuan software dengan kerjasama syarikat. Mewujudkan sistem kawalan terhadap keselamatan penggunaan, keselamatan diri pelajar dan keselamatan peralatan. Menyediakan pamplet sekolah bagi setiap unit Kurikulum, HEM, Ko-kurikulum dan Pra sekolah. Menyediakan sebuah CD multimedia persembahan tentang sekolah yang komprehensif.

6. Guru Media / PSS

6.1 Senarai Tugas Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Guru besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan porgram Pusat Sumber Sekolah. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa. Mengurus buku-buku bacaan / rujukan dan alat pandang dengar di Pusat Sumber. Mengurus buku stok dan alat bantuan mengajar. Merangka, merancang, melaksana aktiviti proaktif terhadap Pusat Sumber seperti TV. Pendidikan, waktu perpustakaan, sistem pulangan dan pinjaman buku, pertandingan membaca dll. Meningkatkan keceriaan dan kebersihan Pusat Sumber supaya kondusif untuk pelanggan. Mengurus pelantikan pustakawan dan sistem tugasan. Menganggotai JK Pemulihan Khas.

7. Guru Kelas

7.1 Senarai Tugas Mengutip dan menerima bayaran yuran sekolah, PIBG dan lain-lain. Semua kutipan hendaklah diserahkan SEGERA kepada kerani kewangan pada hari yang sama yuran diterima. Merekod bayaran yuran yang penuh di buku resit rasmi mengikut tarikh terima bayaran. Bayaran yuran yang tidak penuh tidak boleh dicatat di buku resit rasmi. Merekod senarai kutipan yuran sekolah (Yuran Sekolah SAHAJA ) dan mencatat nombor resit di Buku Jadual Kedatangan. Merekod kedatangan murid di Buku Kedatangan Murid setiap hari persekolahan dan mengambil tindakan berkaitan jika berlaku ponteng dan memastikan buku kedatangan dipulangkan semula ke pejabat selewat-lewatnya dalam waktu kedua persekolahan. Melantik ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berwibawa dan bertanggungjawab. Memastikan keceriaan dan kebersihan kelas bagi mewujudkan suasana kondusif untuk p & p. Memainkan peranan sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Mengadakan dan melengkapkan semua keperluan serta kelengkapan seperti di senarai semak. Mengurus SPBT : mengagih, memantau keselamatan buku dan memungut semula buku SPBT di akhir tahun. Bertanggungjawab masuk ke kelas pada waktu perhimpunan mingguan jika perhimpunan bagi minggu berkenaan dibatalkan. Melengkapkan butiran peribadi murid di buku kedatangan, buku rekod mengajar, kad kesihatan, kad 001, buku adab belajar dan lain-lain dokumen yang diperlukan. Memastikan peralatan kelas, peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti pen papan putih (marker pen), pemadam, penyapu, bakul sampah dan skrin LCD ada, dan boleh digunakan. Memastikan guru-guru subjek menyediakan bahan-bahan untuk ditampal dengan kemas di papan kenyataan dan sentiasa dikemaskini. Guru subjek berkenaan mengambil tindakan berkaitan jika carta / pembalutnya mengalami kerosakan. Menjaga keselamatan harta benda kelas seperti LCD, lampu, kipas, cermin, kerusi, meja, almari, skrin, troli dan lain-lain serta melaporkan dengan SEGERA kepada pentadbir jika berlaku kerosakan, kehilangan dan sebagainya. Mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan kebersihan kelas. Mewujudkan JK Papan Kenyataan, JK Sudut Bacaan, JK Sudut Pameran, JK Kebersihan, JK Alat Bantu Mengajar dan lain-lain di kalangan murid kelas serta memastikan mereka berfungsi. Menentukan keselamatan murid-murid di kelas dan harta benda di kelas. Menganggotai JK Pemulihan Khas. Bekerjasama dengan guru subjek bagi mewujudkan kelas yang ceria dan kondusif.

8. Jawatankuasa Panitia

8.1. Ketua Panitia Mengadakan mesyuarat dua bulan sekali atau 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan ad-hoc di mana perlu. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru matapelajaran. Membantu GPK 1 memperolehi sukatan pelajaran yang kemas kini untuk kegunaan guru-guru. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks atau buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan untuk murid dan kegunaan guru di Pusat Sumber Sekolah. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-soalan bagi semua aliran darjah. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian, khususnya PKSR dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Bekerjasama dengan lain-lain Panitia dalam usaha ke arah memajukan murid-murid lemah. Menyemak buku latihan murid bagi kelas-kelas ahli panitia apabila diarahkan oleh Guru Besar. Menyelenggarakan fail-fail Panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyuarat dan rekod-rekod yang berkaitan. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

9. Guru Subjek

9.1 Senarai Tugas Masuk dan mengajar ke kelas mengikut masa yang ditetapkan. Memastikan jadual memasuki makmal komputer dan pusat sumber dipatuhi. Guru-guru yang mengajar sabjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris mestilah bertutur dalam B. Inggeris semasa mengajar dan menggunakan alat bantu mengajar seperti CD, laptop dan skrin sekurang-kurangnya satu jam seminggu bagi setiap sabjek. Menulis sukatan pelajaran tahunan, mingguan dan harian dalam buku rekod mengajar. Mematuhi peraturan penulisan sukatan pelajaran. Menjalankan ujian topikal dan penggal. Menyediakan dan merekodkan analisa prestasi murid-murid secara bulanan dan penggal dalam buku rekod mengajar dan Buku Adab Belajar. Merancangkan, melaksana, memantau dan menilai strategi ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dan prestasi murid-murid serta melakukan proses penambahbaikan dari masa ke semasa. Menyemak latihan buku rampaian, buku kerja dan lampiran kerja setiap hari. Menghantar buku latihan untuk semakan oleh Guru Besar / GPK apabila diminta berbuat demikian. Guru hendaklah memastikan buku yang dihantar telah disemak. Buku tersebut tidak perlu dicop. Memastikan kerja kelas serta kerja rumah diberi dan diperiksa. Melapor prestasi / masalah murid-murid kepada ibubapa secara bulanan atau penggal menggunakan borang khas. Memastikan aktiviti pembetulan dilaksanakan. Memastikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perancangan seperti di dalam buku rekod. Memastikan ganjaran dan hukuman dijalankan. Hukuman bukan mendera atau menghina. Hukuman mesti bersifat ke arah pembaikan disiplin dan prestasi murid-murid. Mempamerkan tingkahlaku bersopan dan kata-kata yang sesuai terhadap murid-murid. Mewujudkan kerjasama erat dengan guru kelas dan guru-guru lain yang mengajar di kelas yang sama bagi mencari jalan mengatasi masalah seseorang pelajar. Menjalankan aktiviti pemulihan di kelas terhadap murid-murid yang lambat / bermasalah. Bekerjasama dengan guru kelas bagi mewujudkan kelas yang ceria dan kondusif. Menganggotai JK Pemulihan Khas

10. Guru Bimbingan

10.1 Senarai Tugas Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan sekolah. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Jabatan Pelajaran di peringkat sekolah. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan kelompok dan individu secara profesional dan beretika. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT. Menjadi ahli jawatankuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah. Merancang, melaksanakan, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibubapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos perkhidmatan bimbingan. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan . Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan di sekolah. Memberi khidmat bimbingan krisis kepada pelajar, guru, kakitangan, dan ibu bapa yang memerlukannya. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga Badan Pengawas. Menjadi penyelaras dalam program mento-mentee sekolah. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan. Menjadi urusetia kepada program 3K, Dasar Pendidikan Wajib, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, Dasar Bahasa Tambahan, Jawatankuasa Penempatan (Kemasukan) Pelajar di sekolah dan program kebajikan serta bantuan di sekolah. Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibubapa-Guru (PIBG). Menganggotai JK Pemulihan Khas. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

11. Guru Pemulihan Khas

11.1 Senarai Tugas Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Membantu guru-guru lain dalam hal-hal berikut : Mengenal pasti murid-murid yang bermasalah menguasai kemahiran asas 3M. Merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Berjumpa dan berbincang dengan sama ada guru subjek, ibu bapa murid, pegawai perubatan, pegawai kebajikan,atau pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan : a) Kemajuan muridb) Latar belakang muridc) Laporan kesihatand) Hasil-hasil temubual dan rujukanMenyediakan fail diri setiap murid pemulihan yang mengandungi a) Borang pencalonanb) Borang Latar Belakang Murid Pemulihanc) Borang Pengumpulan Maklumatd) Ujian Saringan dan Diagnostike) Hasil-hasil penilaian yang dijalankan f) Maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan Menjadi setiausaha JK Pemulihan Khas Sekolah Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut : a) Masa untuk mengajar 990 minit seminggub) Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu. Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah 1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk :a) Membuat rundingan dan persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran .b) Mengemas kini rekod-rekodc) Bimbingan kepada murid.d) Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa.e) Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid. f) Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran.g) Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid. Faktor penting dalam pengurusan jadual murid : a) Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas. b) Berpandukan jadual waktu induk sekolah. c) Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. d) Catatkan waktu Panduan dan Persediaan. e) Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah. f) Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kepada kelas yang terlibat g) Bekerjasama dengan JK Jadual Waktu.

12. Guru Disiplin

12.1 Senarai Tugas Bertanggungjawab mengawasi disiplin semua murid (sidang pagi dan petang) dengan dibantu oleh pengawas-pengawas sekolah. Bertanggungjawab sebagai Guru Pengawas sekolah dalam memastikan semua pengawas bertugas. Bertanggungjawab mencalon pengawas dan Ketua Pengawas. Membantu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan menjalankan sesi temuduga pemilihan pengawas. Setiausaha kepada Badan Pengawas Sekolah Menguruskan kursus kepimpinan dan pelantikan pengawas.

13. Guru Ganti

13.1 Senarai Tugas Menggantikan guru-guru subjek yang tidak hadir mengikut masa yang ditetapkan. Guru ganti yang mempunyai kemahiran untuk subjek dan kelas yang diganti hendaklah menyambung sukatan semasa bagi kelas yang berkenaan. Jika sebaliknya, guru hendaklah mengajar berdasarkan kemahiran sedia ada dan bersesuaian dengan kelas yang diganti. Mencatat aktiviti yang dijalankan di kelas ganti di dalam Buku Rekod Mengajar. Memeriksa buku latihan jika ada melibatkan aktiviti latihan semasa kelas ganti. Mengambil kedatangan murid-murid kelas yang diganti.

14. Guru Bertugas

14.1 Senarai Tugas Bertugas dari hari Isnin hingga Jumaat / Sabtu (sekolah ganti). Mengambil tahu tentang masa dan tempoh bertugas seperti yang ditetapkan mengikut giliran. Datang tidak lewat daripada 7.15 am (sesi pagi) dan pukul 12.30p.m (sesi petang) Dua orang guru bertugas sesi pagi dan petang hendaklah balik 30 minit selepas tamat waktu persekolahan setiap hari. Guru yang bertugas hendaklah bertugas mengikut senarai tugas, bukannya duduk di bilik guru. Menjalankan dan mengawasi aktiviti murid seperti membaca atau bercerita sesi pagi dan sesi petang seperti jadual yang ditetapkan. Bekerjasama dengan guru Panitia BM & BI, JK Kelab Nilam dan guru bimbingan untuk menjalankan aktiviti sebelum waktu rehat bermula sesi persekolahan, waktu rehat mengawasi murid-murid yang terlibat. Mengelolakan perhimpunan rasmi (Hari Isnin atau hari-hari upacara khas) dan perhimpunan harian serta menyampaikan pengumuman, termasuk juga pengawasan disiplin murid dan penyediaan alat pembesar suara. Guru bertugas hendaklah bertanggungjawab terhadap murid yang mengalami kemalangan / kecederaan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera. Jika keadaan murid itu merbahaya, guru hendaklah membawa murid mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jika sebaliknya murid boleh direhatkan di bilik sakit atau dihantar balik ke rumah. Guru bertugas hendaklah mendapatkan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan untuk tindakan di atas. Ibu bapa perlu dimaklumkan berkaitan dengan masalah kesihatan / kecederaan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan disiplin murid serta mencatatkan dalam buku laporan bertugas setiap kali berlaku kes-kes salah laku dan sebagainya. Membuat lawatan dan pemeriksaan tempat-tempat yang disyaki terdapat pembiakan nyamuk Aedes serta mengambil tindakan selanjutnya. Menulis laporan perjalanan sekolah pada tiap-tiap hari sepanjang masa bertugas di dalam buku laporan. Guru bertugas akan menyerahkan buku laporan kepada GPK T&K atau Penyelia Petang pada waktu terakhir setiap hari untuk disemak dan ditandatangan. Laporan hendaklah ditulis pada waktu akhir persekolahan. Laporan yang ditulis lebih awal atau sebelum sekolah berakhir adalah laporan yang tidak akur dan tidak dikemaskini. Menulis laporan khas tentang ucapan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan pada setiap perhimpunan mingguan di dalam buku khas yang disediakan. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan barang-barang hilang yang dijumpai. Membantu guru pengawas / disiplin bagi memastikan pengawas-pengawas sekolah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Memastikan keadaan lalu lintas dalam kawasan sekolah setiap sesi dalam keadaan teratur dan baik. Memantau pergerakan masuk dan keluar murid-murid sewaktu datang dan balik serta memastikan mereka sentiasa berdisiplin dan mematuhi arahan semasa melalui Laluan Selamat. Jika pengawal keselamatan tidak ada, guru bertugas adalah bertanggungjawab terhadap pintu utama masuk / keluar sekolah dan mana-mana pintu pagar. Pintu hendaklah ditutup ketika sesi persekolahan sedang berjalan. Guru bertugas adalah guru disiplin dan mengambil tindakan ke atas murid yang datang lewat.

15. Guru Data

15.1 Senarai Tugas Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/ Pengetua. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan. Bertanggungjawab mengurus data aplikasi EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan: Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar; Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain; Staf bukan guru; Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah; Pendaftaran PTK Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Membantu guru dan staf sokongan dalam pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, penganalisisan, pelaporan dan penyebaran data dan pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), peperiksaan, asrama, kokurikulum, dan Buku teks (SISTEKS/EMATEK). Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer, namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh penyelaras IT. Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah. Menjadi setiausaha JK Maklumat Sekolah. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa.

16. Pegawai Aset

16.1 Senarai Tugas Menyelaraskan semua urusan berkaitan dengan Pengurusan Aset Alih Kerajaan iaitu dari segi penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penggunaan, pemeriksaan, pelupusan, hapus kira dan kes kehilangan aset alih Kerajaan; Memastikan dua (2) Pegawai Pemeriksa yang telah dilantik menjalankan pemeriksaan ke atas aset setiap tahun; Memastikan dua (2) Lembaga Pemeriksa yang dilantik menguruskan pelupusan aset; Mengemukakan Laporan Tahunan iaitu Laporan Harta Modal dan Inventori, Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori, Laporan Perlupusan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Tindakan Surcaj / Tatatertib ke Jabatan pada setiap hujung/ awal tahun berikutnya untuk disemak sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai Aset Sekolah memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TOA) bil.5 Tahun 2007.

17. Penyelaras Prasekolah

17.1 Senarai Tugas Membuat pemilihan murid prasekolah bersama dengan wakil JPWP, guru besar, GPK 1, GPK(HEM) dan guru prasekolah. Merekod pendaftaran murid dan serahkan kepada JPWP untuk rujukan. Menyimpan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak dan rekod Pentaksiran dan Perkembangan Murid. Merancang dan menguruskan Geran Per Kapita Prasekolah Menyelaraskan penyediaan dan pengurusan pembelian bahan makanan (bahan mentah dan bahan kering). Menyediakan menu makanan seimbang prasekolah Menyedia dan membahagikan tugasan kepada pembantu pengurusan murid. Menyediakan aktiviti dan laporan kelas pendidikan prasekolah Menyediakan Fail Meja Memastikan P&P mengikut sukatan kurikulum prasekolah Menyediakan buku stok barangan, peralatan dan makanan prasekolah Menyediakan program dan aktiviti untuk murid prasekolah Memastikan pembantu pengurusan murid mendapat suntikan kesihatan Menjaga kebajikan guru, pembantu pengurusan murid dan murid prasekolah. Merancang dan menguruskan penyelenggaraan. Pengurusan kewangan prasekolah. Menyediakan sistem fail dengan sistematik.

18. Guru Prasekolah

18.1 Senarai Tugas Bersama Guru Besar, GPK 1, GPK(HEM) dan penyelaras dalam pemilihan murid prasekolah. Menyediakan rancangan P&P dalam rekod pengajaran mengikut Sukatan Kurikulum Prasekolah. Waktu bertugas seperti guru kelas normal mengikut waktu yang ditentukan oleh sekolah. Waktu P&P bermula 7.30 pagi 11.30 pagi. Bermula jam 11.30 pagi hingga waktu pulang perlulah digunakan sebaik-baiknya untuk menulis rancangan pengajaran hari esok, membuat ABM, mengadakan mesyuarat atau perbincangan mengenai keperluan pendidikan prasekolah. Melibatkan diri dalam semua aktiviti prasekolah di peringkat sekolah, JPWP atau Kementerian. Membuat penilaian terhadap murid. Melaksanakan tugasan dan arahan pihak sekolah, JPWP dan Kementerian Menyediakan dan melaksanakan rekod peribadi, rekod profil, senarai semak dan rekod Pentaksiran dan Perkembangan Murid. Menjadi AJK induk sekolah yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian. Merancang dan melaksana program prasekolaha) Program Keibubapaanb) Program Lawatanc) Program Karnivald) Program Sukane) Program Hari Keluarga Mengemaskini sistem fail dengan sistematik. Merancang dan membina bahan bantu mengajar. Mengemaskini stok. Merancang dan menyediakan menu. Memastikan keceriaan luar dan dalam kelas.

19. Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah

19.1 Senarai Tugas Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas Prasekolah. Merekod pembelian bahan dan peralatan prasekolah. Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan mengembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan. Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah. Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum kelas bermula seperti menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang yang lain. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Membantu guru menyediakan bahanbahan bercetak yang berkaitan dengan prasekolah. Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan Prasekolah.

19.2 Sebelum Kelas (Setiap Hari) Melayani kerenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih. Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid- murid berkenaan berada di bawah jagaannya. Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas prasekolah. Membuat persiapan bagi penyediaan makanan dan minuman murid-murid prasekolah

19.3 Semasa Kelas (Setiap Hari) Melayani kerenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih. Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan berada di bawah jagaannya. Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif. Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah. Membantu mewujudkan dan meransang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan murid-murid prasekolah. Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar. Menerima bimbingan dan arahan guru prasekolah. Membantu mengelolakan Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Sukan Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-murid prasekolah.

19.4 Selepas Kelas (Setiap Hari) Memastikan murid-murid keluar kelas di dalam keadaan selamat. Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais, dan sebagainya. Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas. Mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain selepas kelas seperti menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. Melaksanakan tugas dalam urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Membantu guru menyediakan bahan-bahan bercetak yang berkaitan dengan prasekolah. Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid yang bermasalah. Membantu mengelolakan Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Sukan Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-murid prasekolah. Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.

19.5 Semasa Cuti Persekolahan Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah. Melaksanakan tugas dalam urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan prasekolah. Membantu guru prasekolah di dalam penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Membantu guru menyediakan bahanbahan bercetak yang berkaitan dengan prasekolah. Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas. Membantu guru merancang persediaan bagi Hari Terbuka, Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, sukan Tahunan, Lawatan, Ceramah dan sebagainya untuk murid-murid prasekolah. Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah. Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Guru Besar dan Jabatan Pelajaran Negeri.

20. Juruteknik KomputerBertanggungjawab kepada Guru Besar dan Penolong Kanan 1 di dalam melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:

20.1 Senarai Tugas Menguruskan dan meyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:a) Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.b) Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dsb.c) Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb.d) Help-desk dan 1st Level Supporte) Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM dsb. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.