Munsyi Muda Bahasa ialah penjawat awam yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu dan melepasi tahap penilaian kefahaman bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP dan dilantik oleh KPPA sebagai Munsyi Muda Bahasa. MUNSYI MUDA BAHASA DEFINISI Bertindak sebagai perujuk bahasa bagi warga Kementerian / agensi. FUNGSI • Menyemak dan mengesahkan surat/dokumen/laporan rasmi. • Menyemak dan mengesahkan aspek bahasa teks ucapan rasmi pengurusan tertinggi yang didokumentasikan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. • Merancang kursus kebahasaan untuk staf. • Menjadi penceramah asas bahasa untuk kursus induksi staf baharu/staf. • Menjadi pegawai perantara dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi hal berkaitan aspek bahasa dalam maksud penggunaan rasmi sektor awam (Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2006, “Langkah - langkah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan Rasmi”, dan Surat Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2011, “Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam”). • Menghadiri kursus kebahasaan sepenuhnya anjuran JPA, DBP dan INTAN. TUGAS
4
Embed
Senarai Nama Munsyi Muda Bahasa Jabatan Perkhidmatan Awam
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Munsyi Muda Bahasa ialah penjawat awam yang
telah mengikuti kursus bahasa Melayu dan
melepasi tahap penilaian kefahaman bahasa
Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
serta ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP dan
dilantik oleh KPPA sebagai Munsyi Muda Bahasa.
MUNSYI MUDA BAHASA
DEFINISI
Bertindak sebagai perujuk bahasa bagi warga
Kementerian / agensi.
FUNGSI
• Menyemak dan mengesahkan surat/dokumen/laporan
rasmi.
• Menyemak dan mengesahkan aspek bahasa teks
ucapan rasmi pengurusan tertinggi yang
didokumentasikan sama ada dalam bentuk bercetak
atau elektronik.
• Merancang kursus kebahasaan untuk staf.
• Menjadi penceramah asas bahasa untuk kursus
induksi staf baharu/staf.
• Menjadi pegawai perantara dengan Dewan Bahasa
dan Pustaka bagi hal berkaitan aspek bahasa dalam
maksud penggunaan rasmi sektor awam (Surat
Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2006, “Langkah -
langkah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan dalam
Urusan Rasmi”, dan Surat Pekeliling Bilangan 9
Tahun 2011, “Penggunaan Bahasa Kebangsaan
dalam Perkhidmatan Awam”).
• Menghadiri kursus kebahasaan sepenuhnya anjuran
JPA, DBP dan INTAN.
TUGAS
LATAR BELAKANG
PELAKSANAAN KURSUS
MUNSYI MUDA BAHASA
• Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa
(Perujuk Bahasa) ini merupakan program di
bawah “Strategi 5: Mewujudkan Unit Khas
Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan
penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan
santun dalam kalangan penjawat awam”, dalam
rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan
Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa
Kebangsaan 2015 - 2017. Pelan ini telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bil.1/2015 yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana
Menteri pada 6 Mac 2015.
• Inisiatif ketiga dalam Strategi 5 ini menjelaskan,
“Memberikan latihan kebahasaan formal dan
berperingkat kepada pegawai kementerian setiap
sektor yang dilantik khas. Pegawai ini akan
menjadi Perujuk Bahasa kepada kementerian.”
• Punca Kuasa: Minit Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi Bil. 15 Tahun 2015 bertarikh 10 Jun
2015, telah dinyatakan melalui Perkara (4) bawah
Perkara Berbangkit mengenai tanggungjawab
INTAN Bukit Kiara untuk memperluaskan
Kursus Munsyi Muda Bahasa hingga ke peringkat
INTAN Kampus Wilayah.
PEMATUHAN
• Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/67 “Bahasa Melayu adalah
Bahasa Kebangsaan”.
• Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011
• Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006.
SENARAI NAMA
MUNSYI MUDA BAHASAJABATAN PERKHIDMATAN AWAM
No Nama No. Telefon
1. Dato’ Mohd. Zafir Ibrahim (INTAN) 03-7966 1537
2. Dr. Zurina Abdul Hamid (JPA) 03-88855602
3. Dr. Alauddin Sidal (INTAN) 03-20847372
4. Dr. Ahmad Zairy Mohd. Soieb (JPA) 03-88853838
5. En. Mazlan Mohamad (INTIM) 09-862 9011
6. En. Hussin Mahmud (INTAN SARAWAK) 082-592100
7. En. Che Mohd Zulkifli Ismail (INTAN) 03-2084 7351