-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
1
Khutbah Jumaat Oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM): Kajian Perspektif
Pembangunan Berteraskan
Islam
Ahmad Anuar Rosli 2009
Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila
Azni Ahmad
BP160.M232.AN636 2009
Disertasi ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis
kecenderungan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari perspektif pembangunan
berteraskan Islam. Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai dua
objektif. Pertama, menganalisis khutbah-khutbah Jumaat yang
dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2007. Kedua, menganalisis
khutbah-khutbah Jumaat tersebut dari perspektif pembangunan
berteraskan Islam. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut,
kajian berbentuk teoretikal telah dijalankan. la melibatkan kajian
kepustakaan ke atas sumber-sumber yang berkaitan dan analisis
tekstual ke atas teks khutbah yang diterbitkan oleh JAKIM bagi
tahun 2007. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya beberapa bentuk
kecenderungan dalam khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Menerusi analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa khutbah
Jumaat keluaran JAKIM lebih cenderung ke arah skop syariah dan
akhlak berbanding dengan skop akidah. Sementara iru, analisis juga
memperlihat kecenderungan khutbah ke arah elemen praktis berbanding
dengan elemen teoretis manakala pembangunan rohani lebih menjadi
tumpuan berbanding dengan pembangunan fizikal dan mental.
Implikasinya, khutbah Jumaat yang disampaikan kepada jemaah Jumaat
saban minggu dirumuskan masih belum cukup menyeluruh dan seimbang
dari perspektif pembangunan berteraskan Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
2
Faktor-Faktor Yang
Menentukan Sambutan Pengguna
Terhadap Skim Pajak Gadai Islam Dan
Konvensional Daalam
Kalangan Orang Islam Seberang
Perai
Emy Norliyana
Taha Husni 2009 Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
BP160.M233.EM55 2009
Kajian ini membincangkan tentang muamalah gadaian Islam yang
merupakan satu kontrak kebajikan. Ia bertujuan membantu golongan
miskin dan yang terdesak untuk mendapat wang segera. Kajian ini
memberi fokus kepada faktor-faktor yang menentukan sambutan
pengguna Islam terhadap skim Ar-Rahnu dan Konvensional di kawasan
Seberang Perai. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti faktor-faktor yang mendorong pelanggan berurusan dengan skim
Ar-Rahnu dan konvensional. Ia juga bertujuan untuk menganalisis
keberkesanan promosi oleh pihak Ar-Rahnu dalam mempromosikan
Ar-Rahnu. Secara umumnya pula, kajian ini bertujuan untuk
menganalisis persepsi pelanggan dalam membuat pemilihan sistem
gadaian dalam kalangan pengguna Islam di Seberang Perai, Pulau
Pinang. Di antara kedua-dua pusat Ar-Rahnu dan Konvensional
mempunyai perbezaan dari segi jumlah organisasi, sistem pengurusan
dan strategi promosi yang dapat mempengaruhi sambutan pengguna. Hal
ini dapat dibuktikan hasil dari pengutipan data yang dilakukan.
Kajian ini mendapati masih terdapat kelemahan dari sudut teknikal
yang perlu diberi perhatian.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
3
Pekerja Wanita Di Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) Cawangan Pulau
Pinang: Satu Perspektif
Berteraskan Islam
Hasliza Saad 2009
Disertasi Sarjana
Profesor Madya Dr.
Fatan Hamamah
Yahaya
HQ1101.M234.H352 2009
Disertasi ini merupakan satu kajian awal berbentuk penerokaan
yang meneliti aspek akhlak pekerja wanita di Lembaga Hasil Dalam
Negeri Cawangan Pulau Pinang. Kajian yang dilakukan ditinjau dari
perspektif yang berteraskan Islam. Objektif kajian ialah untuk
mengenal pasti ciri-ciri akhlak Islam yang dipraktikkan oleh
pekerja wanita di organisasi tersebut. Kerja lapangan yang
dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal
selidik untuk mengumpul data emperikal. Persampelan jenis purposive
convenience sample telah digunakan iaitu seramai 26 responden telah
dipilih untuk tujuan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa
akhlak Islam yang bercirikan amanah, jujur, dan hubungan baik di
antara ketua dan pekerja yang membawa kepada keadilan telah dikenal
pasti wujud di kalangan pekerja wanita di LHDN. Akhlak tersebut
merupakan asas penting dalam sesebuah organisasi untuk melahirkan
pekerja yang bertanggungjawab dan berdisiplin semasa bekerja.
Ekoran daripada itu kajian ini turut mendapati wujudnya satu model
pekerja Muslimah yang sememangnya dipraktikkan oleh pekerja wanita
di LHDN.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
4 Polemik Islam Hadhari: Satu
Analisis Ismail Shafiee 2009 Disertasi Sarjana
Dr. Mohamad Zaini Abu
Bakar
BP42.M235.IS83 2009
Islam Hadhari diperkenalkan Abdullah Ahmad Badawi Perdana
Menteri Malaysia kelima pada 2004 bertujuan membangun peradaban
ummah supaya dinamik, progresif dan berlandaskan Islam. Beberapa
agensi kerajaan membantu mempromosi Islam Hadhari tetapi usaha
mereka ditentang oleh pemimpin dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Kajian ini bertujuan melihat dan menilai istilah prinsip dan konsep
Islam Hadhari yang menjadi polemik kepada pemimpin politik
pembangkang PAS dan sesetengah ahli akademik. Penyelidikan kajian
ini melalui data sekunder buku, artikel, jurnal dan laman web Islam
Hadhari. Hasil kajian ini disasar supaya dapat mengupas polemik
Islam Hadhari melalui satu analisis
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
5
Pengurusan Dakwah Di
Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang
Maizatul Mazwa Mazlan
2009 Disertasi Sarjana
Dr. Mohd Nizam Sahad
BP160.M236.M232 2009
Disertasi ini bertujuan mengenal pasti pengurusan dakwah yang
dilakukan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Kajian ini
mempunyai dua objektif utama. Pertama ialah untuk mengenal pasti
latar belakang pengurusan dakwah di JAIPP. Keduanya adalah
menganalisis empat aspek pengurusan dalam menguruskan dakwah yang
meliputi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan
oleh JAIPP Bagi mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian
kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan. Kajian
kepustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung
aspek pengurusan dengan melakukan penelitian terhadap karya-karya
terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data
primer berhubung pengurusan dakwah yang dilakukan di JAIPP. Fasa
ini melibatkan temu bual mendalam dengan pegawai-pegawai yang
bertugas di Bahagian Dakwah, JAIPP. Data sekunder dan primer yang
diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif
dan deduktif berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini menghasilkan
garis panduan dalam pengurusan dakwah dengan mengaplikasikan aspek
pengurusan yang merangkumi aspek perancangan, aspek
pengorganisasian, aspek kepimpinan dan aspek pengawalan. Secara
keseluruhannya, hasil kajian mendapati pengurusan dakwah di JAIPP
merangkumi keempat-empat aspek pengurusan. Namun begitu, aspek
pengawalan didapati lemah. Oleh itu, penambahbaikan ke atas aspek
pengawalan harus dilakukan agar pengurusan dakwah yang lebih
sistematik dan berkesan dapat dilakukan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
6
Pelaksanaan Ibadah Haji
Melalui Pinjaman Tanpa Faedah (Qardul Hasan) Satu Analisis
Polemic
Mohamad Amin
Mohamed Sharifulizam
2009 Disertasi Sarjana Dr.
Atikullah BP176.M237.AM517
2009
Haji merupakan suatu ibadah fardhu dalam Islam bagi setiap
muslim yang berkemampuan. Namun, timbul satu isu terhadap aspek
berkemampuan tersebut iaitu berhutang secara Islam untuk menunaikan
haji. Justeru, bertitik-tolak daripada isu ini telah mewujudkan
polemik di kalangan ulama mengenai perlaksanaan ibadah haji dengan
kaedah pinjaman (hutang), yang dibayar kemudian secara ansuran
tanpa faedah (Pinjaman Qardhul-Hasan). Bagaimanapun, aspek
"kemampuan" itu boleh berubah berdasarkan keadaan dan masa yang
berbeza. Dalam konteks semasa, timbul persoalan mengenai individu
yang tidak mempunyai wang tunai untuk membiayai perbelanjaan haji,
tetapi mampu membayar secara ansuran kepada pihak yang memberikan
pinjaman secara Islam tersebut. Para ulama kontemporari telah
berselisih pendapat mengenai hal ini. Dengan itu, kajian dijalankan
untuk menganalisis polemik di kalangan para ulama kontemporari
tersebut. Bagi mencapai matlamat ini, kajian secara kritikal telah
dijalankan melalui sumber primer dan sekunder iaitu kaedah
wawancara serta kajian kepustakaan. Pandangan-pandangan tersebut
dianalisis secara kualitatif berdasarkan skema fiqh dan tasawwur
Islam Kajian ini telah meneliti tiga kerangka utama yang
dibincangkan iaitu melalui aspek pelaksanaan ibadah haji itu
sendiri, pinjaman yang ditawarkan tanpa faedah (Qardhul Hasan) dan
analisis polemik tersebut. Akhir sekali, hasil dapatan kajian
mendapati bahawa polemik ulama kontemporari mengenai isu ini
terbahagi kepada dua pandangan iaitu menjadi kewajipan melaksanakan
haji walaupun melalui pinjaman secara Islam dan skim pinjaman untuk
perbelanjaan haji bukan keutamaan bagi mencapai tahap
kemampuan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
7
Ketidakpatuhan Pembayaran Zakat Fitrah
Kepada Institusi Basmi Zakat Di
Daerah Kota Setar: Analisis
Pentadbir Jabatan Zakat Negeri Kedah
Mohd Zulhafiz
Said 2009 Disertasi Sarjana
Dr.Nailul Murad
Mohd Nor
BP176.M238. Z94 2009
Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor
kepatuhan dan ketidakpatuhan pembayaran zakat fitrah kepada Jabatan
Zakat Negeri Kedah (JZNK) di daerah Kota Setar. Berdasarkan
statistik dari pihak JZNK tahun 2008, hanya 45.8% penduduk di
daerah Kota Setar yang membayar zakat fitrah kepada pihak JZNK. Ini
bererti sebahagian besar lagi masyarakat di daerah tersebut
membayar zakat fitrah mereka kepada pihak lain selain JZNK. Seramai
lima orang responden dipilih untuk kajian ini. Ia merangkumi lima
orang dari pihak JZNK, dua orang responden dari pihak institusi
masjid dan dua orang responden lagi dari kalangan orang awam.
Kriteria pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pengalaman,
pihak berautoriti dan juga bidang tugas. Pemilihan sampel adalah
melalui teknik persampelan bertujuan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa faktor-faktor kepatuhan pembayaran zakat fitrah
di daerah Kota Setar kepada JZNK adalah kerana kepercayaan terhadap
pihak JZNK, kemudahan dan prasarana yang disediakan kepada
pembayar, kesedaran yang wujud dalam diri pembayar dan juga faktor
publisiti dari JZNK adalah merupakan faktor utama yang menyebabkan
kepatuhan membayar zakat fitrah kepada JZNK. Manakala,
faktor-faktor ketidakpatuhan pembayaran zakat fitrah di daerah Kota
Setar kepada pihak JZNK adalah kerana amalan tradisi membayar
persendirian, membayar menggunakan beras, secara kurangnya
kepercayaan kepada amil yang dilantik, wujudnya perasaan tidak puas
hati dengan amalan kronisme, tentangan dari pihak masjid, faktor
politik dan semangat kepartian yang menebal di kalangan pembayar
zakat fitrah di daerah Kota Setar.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
8
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pemilihan Insurans
Kesihatan Pelajar Iajazah
Tinggi: Perbandingan Antara Takaful Dan Insurans
Konvensional Di University Sains
Malaysia
Norafizah Mohd
Makhtar 2009 Disertasi Sarjana
Profesor Madya Dr. Zakaria bin
Bahari
HG1662.M239.N822 2009
Industri insurans dan takaful di Malaysia mencatatkan
pertumbuhan positif. Dalam tiga tahun kebelakangan ini industri
insurans mencatatkan pertumbuhan pendapatan 5% manakala takaful
42%. Namun jurang perbezaan pengendali insurans dan takaful masih
jauh iaitu 40 syarikat insurans yang tersenarai dalam web Bank
Negara Malaysia manakala takaful hanya 8 syarikat. Jurang perbezaan
ini menunjukkan masih kurangnya sambutan umat Islam terhadap
industri takaful. Tahap kesedaran terhadap kepentingan takaful
dalam kehidupan umat Islam masih rendah walaupun takaful menawarkan
perkhidmatan berlandaskan syarak. Begitu juga dengan tahap
penerimaan pelajar ijazah tinggi USM terhadap takaful. Apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan insurans dan takaful?
Adakah faktor kefahaman dan kewangan yang menjadi ukuran terhadap
faktor yang mempengaruhi pemilihan insurans dan takaful? Oleh itu,
objektif kajian yang pertama akan menganalisis konsep dan
operasional insurans dan takaful secara teoretikal bagi merumuskan
faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi pemilihan pelajar. Objektif
kedua kajian adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan pelajar terhadap insurans dan takaful kesihatan. Dalam
kajian ini, melibatkan edaran soal selidik kepada 100 sampel dalam
kalangan pelajar ijazah tinggi USM. Analisis kajian dibuat dalam
bentuk deskriptif secara analisis kajian perbandingan dalam bentuk
peratusan jadual dan carta bar bagi mencapai objektif kajian. Hasil
kajian mendapati faktor kewangan merupakan faktor pendorong utama
bagi pembelian premium insurans (SAXA). Manakala berbeza dengan
responden takaful (STBM) faktor kefahaman dari aspek Islam, produk
dan ciri-ciri produk merupakan faktor penting dalam mempengaruhi
penyertaannya. Faktor pengesyoran, reputasi dan pasaran
(pengiklanan) hanyalah sebagai faktor sampingan, kerana pelajar
hanya mempunyai dua pilihan dan salah satunya wajib dimiliki.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
9
Prinsip-Prnsip Pembangunan
Berteraskan Islam Dalam
Mukadimah Ibn Khaldun
Radieah Mohd Nor 2009
Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
HD72.M240.R129 2009
Ibn Khaldun merupakan cendekiawan ulung yang mendapat jolokan
sebagai Bapa Sosiologi. Kitab Mukadimah Ibn Khaldun karangannya
telah menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti ekonomi,
pemerintahan, pendidikan dan percukaian untuk mengembangkan
disiplin ilmu yang berkaitan. Namun begitu, dalam disiplin ilmu
Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) kitab tersebut masih belum
menjadi rujukan seperti yang telah dilakukan oleh disiplin ilmu
yang lain. Disiplin ilmu PBI merupakan disiplin ilmu yang masih
baharu. Ia perlu dikemaskan lagi supaya lebih bersifat
komprehensif. Oleh itu, disertasi ini bertujuan untuk
memperkemaskan terasnya iaitu teori atau prinsip disiplin ilmu PBI
yang terkandung di dalam karya Tujuh Prinsip Pembangunan
Berteraskan Islam, karangan Muhammad Syukri Salleh dengan
menggunakan kitab Mukadimah Ibn Khaldun. Perbincangan dan
penganalisisan disertasi ini menggunakan kaedah analisis tekstual.
Melalui kajian yang telah dijalankan ini, terdapat lima daripada
tujuh prinsip PBI yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh
telah dapat diperkemaskan dengan menggunakan kitab Mukadimah Ibn
Khaldun.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
10
Wasiat: Implikasi Pelaksanaannya
Terhadap Penyelesaian Harta Pusaka
Salmiah Mohamad 2009
Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
BP160.M241.SA171 2009
Kajian ini bertujuan mendedahkan kelalaian ramai masyarakat
Islam yang tidak menulis wasiat dengan sempurna hingga menyebabkan
implikasi terhadap hukum faraid. Cetek pengetahuan tentang wasiat
dan menulis wasiat tanpa berpandukan hukum faraid menyebabkan waris
si mati tidak berpuas hati agihan harta peninggalannya hingga
berlaku pergaduhan sesama ahli waris. Dalil-dalil daripada al-Quran
dan hadis dijadikan sumber rujukan utama diikuti penyelidikan
kajian lepas. Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini iaitu
siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak ditentukan oleh Allah
dapat memberi kesedaran kepada mereka yang belum menulis wasiat
supaya berhati-hati berbuat demikian berpandukan lunas-lunas yang
ditetapkan Islam untuk mengelak pewaris-pewaris tidak berpuas
hati.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
11
Konsep Harta Sepencarian Dan Kaedah
Pengurusannya Di As-Salihin
Trustee Berhad
Salwa Zakaria 2009
Disertasi Sarjana
Dr. Hasanah
Abd Khafidz
HD28.M242.SA186 2009
Isu berkaitan tuntutan harta sepencarian bukan lagi menjadi isu
yang baru di Malaysia. Harta sepencarian telah diperuntukkan dalam
Undang-Undang Keluarga Islam dan ia menjadi tuntutan yang begitu
menarik dalam kalangan masyarakat Malaysia berbanding
tuntutan-tuntutan lain yang terdapat di dalam Undang-Undang
Keluarga Islam kerana ia bersifat material dan aset yang bernilai.
Jadi, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai kes melibatkan harta
sepencarian dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep harta sepencarian serta
kaedah pengurusan harta sepencarian yang dilakukan di as- Salihin
Trustee Berhad. Kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan untuk
mengumpulkan data dan meneliti karya-karya berkaitan harta
sepencarian yang telah dikaji. Selain itu, kaedah temubual turut
digunakan untuk mendapat maklumat secara lebih mendalam berkaitan
kaedah pengurusan harta sepencarian yang dilakukan di institusi
yang dipilih. Bagi menganalisis data, penyelidik akan menggunakan
kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa
harta sepencarian adalah berlandaskan syarak.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
12
Management Of Quality
Development In The Islamic
Religious Council Of
Singapore(MUIS)
Shereeza Mohamed Saniff 2009 Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila Azni
Ahmad
HD28.M243. SH551 2009
This study intends to ascertain the current guidelines on
quality human development in MUIS. From the identification, an
evaluation on the management of quality human development from the
Islamic-based actor of development perspective can then be carried
out. This provides a basis for a theoretical analysis on the
management of quality human development in an Islamic-based
development institution. A combination of field research and
library research were used as a means to obtain the required
information for this dissertation. The semi-structured in- depth
interview is used to obtain information on the current guidelines
quality on human development in MUIS.. Meanwhile library research
is employed to obtain theoretical concepts on the management of
quality human development. The data used as a basis for evaluating
the management of attained from both methods quality human
development based on the current guidelines identified from the
Islamic-based actor of development perspective. Findings of this
dissertation showed that although one of the elements mentioned in
MUIS Vision specifically states of MUIS to be an organization that
is spiritually strong, the current guidelines on quality human
development are minimal and are broadly termed. As such the
management of quality human development is not explicitly done. On
the other hand it is mostly done on an informal basis or made on an
ad hoc basis of an employee's conscious need for a quality human
development individually. The findings suggest a need for MUIS to
take a conscious, deliberate and concerted effort in the management
of quality human development of MUIS' employees to ensure that MUIS
Vision to be an Islamic-based development institution that is
spiritually strong can be manifested.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
13
Persepsi Beberapa
Pemimpin Parti Islam
Semalaysia (PAS) Terpilih
Terhadap Islam Hadhari
Suraya Ab Jaafar 2009 Disertasi Sarjana
Dr. Zaini Abu
Bakar
JC11.M244. SU961 2009
Islam Hadhari merupakan satu pendekatan yang diperkenalkan dan
diusahakan oleh kerajaan Malaysia. Pendekatan ini juga dipanggil
sebagai pendekatan pembangunan dari atas ke bawah (top-down
approach). Strategi pendekatan Islam Hadhari dilaksanakan adalah
untuk memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan
pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu
kehidupan melalui penguasaan ilmu, sains dan teknologi, pembangunan
insan dan pembangunan fizikal. Namun begitu, dalam kerajaan ingin
melaksanakan pendekatan pembangunan berteraskan Islam ini, terdapat
halangan dan bantahan daripada pihak Parti pembangkang PAS yang
tidak pernah menyokong kerajaan dalam melaksanakan Islam Hadhari.
Hal ini menjadi persoalan kerana PAS merupakan sebuah parti yang
menegak dan memperjuangkan Islam. Situasi ini juga menunjukkan
bahawa terdapat kelemahan atau kekurangan dalam pendekatan Islam
Hadhari dari perspektif pihak PAS. Oleh demikian, disertasi ini
adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor penolakan PAS terhadap
Islam Hadhari dan meneliti persepsi pemimpin PAS yang terpilih
melalui temu ramah serta penulisan-penulisan formal daripada pihak
PAS. Kemudian, akan menganalisis faktor-faktor dan persepsi
tersebut melalui pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian
telah menunjukkan bahawa faktor penolakan PAS terhadap Islam
Hadhari ialah dari aspek penggunaan istilah, perlaksanaan,
pengasingan dalam Islam, retorik politik dan kesan kepada
masyarakat dan negara.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
14
Pengurusan Zakat Di Pulau
Pinang Dan Wilayah
Persekutuan Satu Kajian
Perbandingan
Wan Norhaniza
Wan Hasan 2009 Disertasi Sarjana
Dr. Zahri Hamat
BP176.M245.N839 2009
Kajian ini institusi pengurusan zakat di negeri Pulau Pinang dan
Wilayah Persekutu an. Perbandingan dibuat disebabkan pengurusan
zakat di institusi zakat negeri tersebut berbeza. Perbandingan
melibatkan dua aspek. Aspek pertama ialah struktur pengurus an
zakat. Aspek kedua pula ialah pengurusan operasi kutipan dan agihan
zakat. Kedua-dua aspek ini dibandingkan menerusi kaedah analisis
kandungan. Data untuk analisis kandungan ini diperoleh melalui
kajian perpustakaan yang terdiri daripada laporan di laman web
rasmi institusi, laporan tahunan, dan penulisan yang berkaitan.
Kajian lapangan turut dilakukan apabila data melalui kajian
perpustakaan tidak lengkap. Temu bual dilakukan ke atas tiga
responden yang terdiri daripada pihak pengurusan untuk setiap
institusi zakat. Dapatan kajian mempamerkan bahawa peratusan agihan
di PUZ lebih tinggi berbanding Baitulmal. Keadaan ini mungkin
berlaku kerana perbezaan dalam struktur pengurusan atau
perlaksanaan operasi. Namun begitu, didapati bahawa amaun zakat
yang diagihkan oleh setiap kakitangan di Baitulmal adalah lebih
tinggi berbanding PUZ. Dapatan ini memberi implikasi bahawa
pengurusan institusi zakat yang dikorporatkan tidak semestinya
lebih efisien dibandingkan institusi zakat yang tidak
dikorporatkan. Dengan itu, pengkhususan kerja dan profesionalisme
dalam bekerja turut menyumbang dalam memajukan dan memperbaiki mutu
pengurusan zakat di sesebuah institusi pengurusan zakat.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2009
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
15
Pemikiran Pembangunan Rohani Tuan
Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz
Nik Mat
Zaleha Embong 2009
Disertasi Sarjana
Profesor Madya
Dr. Noor Shakirah Mat Akhir
HD72.M168.Z22 2009
Disertasi ini bentujuan mengenal pasti idealisme pemikiran Tumn
Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek penbangunan
sohani yang berteraskan Islam Kajian ini mempunyai dua objektif
utama. Pertama, untuk mengemal pasti idealisme pemikiran Tuan Guru
Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan rohani.
Keduanya, antulk menganalisúis idealisme Tumn Guru Dato Haji Nik
Abdul Aziz Nik Mat dari perspelatif tasawur Islam Bagi mencapai
kedua-dua objektif tersebut, kajian kepustakaan dan kajian lapangan
telah dijalankan. Kajian kepustakaan dijalankan bagi memperoleh
data selcunder berhubung pembangunan nohani yang berteraskcan Islam
menerusi penelitian terhadap karya-karya terdabulu. Kajian lapangan
pula dijalankan bagi memperoleh data primer berbubung idealisme
Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan
rohani. Fasa ini melibatkan temu bual dengan Tuan Guru Dato' Haji
Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pejabat Menteri Besar negeri Kelantan.
Data sekunder dan primer yang diperoleh kemudiannya dianalisis
dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif, analisis kandungan
dan analisis tekstual berdasarkan keperluan kajian. Di samping
al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber rujukan utama. Kajian ini
menghasilkan garis panduan dalam pembangunan rohani yang
berteraskan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Seterusnya dapat dibuktikan bahawa pembangunan rohani yang
dilaksanakan oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
berdasarkan epistemologi Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan kajian memperlihatkan idealisme Tuan
Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam aspek pembangunan
rohani adalah selaras dan menepati tasawur Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
1
Kaedah Pembangunan
Rohani Berteraskan Islam; Satu
Kajian Kes Di Sekolah –Sekolah
Menengah Agama Rakyat
Bantuan Kerajaan Daerah Seberang Perai
Utara
Imaaduddin Abdul Halim 2010
Disertasi Sarjana
Profesor Madya
Dr. Noor Shakirah Mat Akhir
HD4801.M213.IM31 2010
Disertasi ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah pembangunan
rohani di sekolah- sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan
Daerah Seberang Perai Utara. Secara asasnya, kajian ini telah
menggariskan tiga objektif utama. Pertamanya ialah untuk
mengenalpastì aspek-aspek pembangunan rohani menurut Islam.
Seterusnya objektif yang kedua ialah untuk mengenalpasti kaedah
pembangunan rohani di sekolah-sekolah menengah agama rakyat bantuan
kerajaan Daerah Seberang Perai Utara. Objektif yang terakhir ialah
untuk menganalisis kaedah pembangunan rohani di sekolah-sekolah
menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah Seberang Perai Utara
berasaskan kepada aspek-aspek utama pembangunan rohani menurut
Islam. Kajian perpustakaan dan kajian lapangan telah diaplikasikan
dalam penyelidikan ini bagi mencapai objektif-objektif yang telah
digariskan. Kajian perpustakaan dijalankan untuk mendapatkan
data-data sekunder berkaitan kaedah pembangunan rohani yang
berteraskan Islam menerusi penelitian terhadap kajian-kajian dan
karya- karya terdahulu. Kajian lapangan pula dilakukan bagi
memperolehi data-data primer berkaitan kaedah pembangunan rohani di
sekolah-sekolah yang dikaji. Kajian lapangan ini melibatkan temu
bual tidak berstruktur dengan lima orang responden dari setiap
sekolah yang terdiri daripada pihak pentadbir dan pengajar sekolah-
sekolah terbabit. Data-data primer dan sekunder yang diperolehi
kemudiannya akan dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan
deduktif berdasarkan keperluan kajian yang dilakukan. Kajian ini
telah menggariskan lima komponen pembangunan rohani yang dirumuskan
berdasarkan kajian-kajian terdahulu dan sorotan-sorotan karya yang
dikenalpasti. Melalui penelitian ke atas dapatan temu bual, kaedah
pembangunan rohani di sekolah-sekolah ini dapat dikategorikan
kepada tiga bahagian utama iaitu pengajaran dan pembelajaran
(P&P), aktiviti harian dan majlis bertema. Secara
keseluruhannya kaedah pembangunan rohani yang dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah agama rakyat bantuan kerajaan Daerah
Seberang Perai Utara ini adalah selari dengan lima komponen
pembangunan rohani menurut Islam yang telah dijadikan asas dalam
menganalisis dapatan kajian. Dapatan kajian ini telah memberikan
implikasi penting kerana ia telah memperkembangkan lagi aspek
kaedah pembangunan rohani berteraskan Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
2 Pengurusan Air Secara Islam
Abdullah Fahimy Abu
Bakar 2010 Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
HD28.M214.AB136 2010
Disertasi ini bertujuan untuk meneliti bagaimana air diuruskan
menurut ajaran Islam dan setakat mana kaedah pengurusan air secara
Islam boleh diterapkan ke dalam pengurusan air masa kini. Dengan
menjurus kepada kajian dalam ruang lingkup sains sosial, kajian ini
mengenal pasti dan menganalisis kedudukan air dalam Islam dan
kaedah pengurusan air secara Islam. Data berkaitan air dan kaedah
pengurusannya, dikumpulkan melalui kajian perpustakaan dan kajian
arkib. Data sekunder ini merangkumi maklumat yang akhirnya
membentuk tema-tema penting untuk disertasi ini. Tema-tema yang
dimaksudkan ialah berkaitan masalah keterbatasan sumber alam, air
dan kewujudannya menurut perspektif Islam dan masalah atau isu
berkaitan pengurusan air yang memungkinkan terjadinya masalah
keterbatas an. Kaedah penganalisisan data pula melibatkan kaedah
analisis kandungan dan analisis teks Melalui analisis dapatan
kajian, diketahui bahawa terdapat perbezaan antara pengertian
masalah keterbatasan menurut perspektif lazim dengan pengertian
menurut perspektif Islam. Di samping itu, diketahui juga beberapa
ciri-ciri asas yang menjadikan kaedah pengurusan air dikatakan
secara Islam. Analisis dilakukan dengan merujuk kepada isu dan
masalah berkaitan pengurusan air yang wujud pada masa kini. Pada
masa yang sama, perbandingan ringkas turut dilakukan dengan kaedah
pengurusan yang wujud pada zaman kegemilangan Islam. Kajian ini
mempunyai dua implikasi. Pertama, implikasi pemahaman tentang
masalah keterbatasan air menurut perspektif Islam terhadap kaedah
pengurusan air. Kedua, implikasi pelaksanaan kaedah pengurusan air
secara Islam terhadap manusia sebagai peneroka, pengguna dan
pengurus sumber air. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan agar
hasil dapatan kajian dikembangkan kepada kajian bagi pengurusan
sumber alam yang lain. Selain itu, berasaskan kepada implikasi
terhadap manusia yang disebutkan sebelum ini, kajian ini turut
mencadangkan dilakukan satu kajian lanjutan berhubungan dengan
aspek pembangunan modal insan dalam kaedah pengurusan air secara
Islam. Diharapkan melalui kajian masa hadapan ini, kaedah
pengurusan air secara Islam dapat dimantapkan lagi.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
3
Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Asnaf Terpilih Di
Lembaga Zakat Selangor(LZS)
Aimi Nadirah
Mohd Nadir 2010 Disertasi Sarjana
Dr. Zahri Hamat
HB615.M215.AI294 2010
Disertasi ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis
faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf di LZS.
Usahawan asnaf di LZS telah dibimbing dan diberi bantuan modal
untuk memulakan perniagaan. Persoalannya, apakah dengan pemberian
modal perniagaan ini mampu membantu penerima zakat bertukar status
kepada pemberi zakat? Temu bual dilakukan ke atas responden yang
terdiri daripada pihak pengurusan LZS dan usahawan asnaf. Analisis
kandungan dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, analisis
kandungan melalui temu bual. Kedua, laporan bercetak yang berkaitan
serta laman sesawang institusi. Dapatan kajian mendapati bahawa
faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf meliputi
faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman. Faktor-faktor
luaran yang mempengaruhi kejayaan usahawan asnaf ialah bentuk
bantuan, kekerapan bantuan, latihan keusahawanan dan kaedah
pemantauan. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi kejayaan
usahawan asnaf ialah niat yang ikhlas, kesabaran, pendidikan dan
pengalaman serta perngiktirafan. Dapatan kajian ini membawa kepada
implikasi penting iaitu kaedah pemberian modal perniagaan dalam
bentuk mikro kredit wajar diberikan kepada asnaf produktif agar
dapat membantu mereka menjana pendapatan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
4
Persepsi Ibu Bapa Terhadap
Tabika Perpaduan Dan Tadika Tahfiz Fitrah Dalam Membentuk
Akhlak Kanak-Kanak
Aniza Elias 2010 Disertasi Sarjana BP173.25.M216.ANF99
2010
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
5
Sejarah Hisbat Dan Kajian
Kontemporari Tentangnya Di
Malaysia
Azrin Ibrahim 2010
Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila Azni
Ahmad
BP160.M217.AZ997 2010
Realiti kini memperlihatkan institusi fisbat hampir tidak wujud
lebih-lebih lagi di Malaysia. Meskipun begitu, kajian yang meneliti
isbat dan menilai keselariannya dengan institusi pembangunan masa
kini didapati masih dilakukan oleh pengkaji kontemporari khususnya
di Malaysia. Atas dasar itu, timbul persoalan, adakah Hisbat ini
benar-benar masih dilaksanakan pada masa kini, tetapi namanya
sahaja berbeza? Jika ya, adakah institusi-institusi yang
dibandingkan ini bertepatan dengan Hisbat? Justeru, kajian ini cuba
menganalisis Hisbat yang terkandung dalam sejarah Islam dan menilai
ketepatan institusi-institusi pembangunan masa kini yang dikaitkan
dalam kajian kontemporari tersebut dengan Hisbat. Untuk mencapai
objektif tersebut, kajian ini mengguna pakai kaedah mengumpul
maklumat menerusi kajian perpustakaan dan ia dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis teks. Kajian ini adalah berbentuk
teoretikal dan komparatif. Hasil kajian ini mendapati institusi-
institusi pembangunan yang dijadikan subjek kepada beberapa kajian
kontemporari hanya dilihat bertepatan dengan Hisbat dari sudut
fungsi dan peranan kerana masing-masing cuba untuk melaksanakan
al-amr bi al-ma'ruf al-nahy 'an al-munkar. Wa Akan tetapi masih
banyak perbezaan dari beberapa sudut yang lain jika dibandingkan
dengan Hisbat. Rumusan daripada kajian ini mencadangkan agar satu
kajian mendalam dilakukan terhadap pelaksanaan Hisbat khusus
terhadap satu aspek sahaja misalnya terhadap aspek keagamaan,
kehakiman, pentadbiran mahupun perniagaan. Selain itu, boleh juga
dilakukan kajian ke atas institusi pembangunan masa kini yang
membawa nama Islam dan memainkan peranan sebagai badan pengawasan.
Sebagai contoh, Badan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam
Negeri-negeri atau mungkin juga boleh dilakukan ke atas
Majlis-majlis Penasihat Syariah (MPS), Badan Kehakiman di Mahkamah
Syariah atau mungkin boleh dikaji di luar Malaysia seperti di
Wilayat Hisbat di Aceh.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
6
Pengurusan Skim Dana
Wakaf: Kajian Di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
(MAINPP)
Che Khadijah Hamid
2010 Disertasi Sarjana Dr. Jasni Sulong
HD28.M218.K45 2010
Berwakaf merupakan salah satu amalan yang mulia yang wajar
diamalkan oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Salah satu produk
wakaf yang boleh dilaksanakan oleh setiap golongan tidak kira
golongan kaya atau miskin adalah produk wakaf tunai, ini kerana ia
tidak memerlukan seseorang memiliki harta yang banyak untuk menjadi
penyumbang. Di Pulau Pinang sambutan masyarakat masih berada pada
tahap sederhana. Sambutan terhadap produk wakaf tunai hanya akan
meningkat apabila adanya promosi. Justeru, kajian ini bertujuan
menyelidik pengurusan wakaf tunai yang dilaksanakan khususnya di
Pulau Pinang bagi melihat potensi dan peluang, serta pengagihan
yang memberi kepentingan kepada masyarakat. Satu tinjauan dilakukan
ke atas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) untuk
melihat pengurusan "Skim Dana Wakaf Pulau Pinang" (SDWPP). Kaedah
pengumpulan data sekunder dan data primer dilaksanakan dalam kajian
ini. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas Pengurusan
Tertinggi (Bahagian Wakaf) di MAINPP dan dua pihak yang menerima
sumbangan dana wakaf. Hasil kajian memperlihatkan pengurusan wakaf
tunai di MAINPP mempunyai banyak perancangan seperti menambah baik
sistem pembangunan maklumat, menukarkan dana yang terkumpul kepada
aset kekal, mengadakan promosi seperti taklimat-taklimat di jabatan
kerajaan dan promosi dalam pelbagai bahasa, projek penjualan kupon
serta mengadakan kerjasama dengan pihak ANGKASA. Dana yang
terkumpul melalui sumbangan wakaf telah diagihkan kepada tiga
pihak. Manakala, dana yang terkumpul melalui sewaan premis
digunakan untuk penyelenggaraan pengurusan. Tumpuan pengagihan
menumpukan kepada pembelian premis. Terdapat dua implikasi dasar
dalam kajian ini. Pertama implikasi ke atas pengorganisasian yang
memperlihatkan implikasi aspek kapasiti kemampuan, keperluan unit
yang besar, kesediaan melaksanakan tugas dan keperluan fizikal.
Kedua adalah implikasi ke atas pengagihan menekankan kepentingan
aspek pemantauan terhadap sumber agihan yang dilaksanakan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
7
Persepsi Masyrakat
Muslim Bandung Terhadap
Pemilihan Kad Kredit Syariah
Inke Kesumawati
Adnan 2010 Disertasi Sarjana
Profesor Madya
Dr. Zakaria Bahari
BP173.25.M219.IN56 2010
Kad kredit syariah mula memasuki dunia perbankan syariah di
Indonesia pada tahun 2007. lanya bermula daripada kesedaran pihak
yang telibat dalam perbankan syariah yang ingin masyarakat Muslim
Indonesia memiliki instrumen kewangan selain kad kredit
konvensional sedia ada, yang dapat mempermudah transaksi tanpa riba
kepada pengguna. Namun, tidak ramai daripada kalangan masyarakat
Muslim yang berminat dengan kad kredit syariah. Mereka lebih
berminat untuk menggunakan kad kredit konvensional yang dikenakan
faedah dalam penggunaannya. Didapati bahawa dari seluruh pengguna
kad kredit hanya 0.27% yang menggunakan kad kredit syariah.
Peratusan ini menunjukkan masih kurangnya sambutan khususnya
masyarak at Muslim terhadap kad kredit syariah. Persoalannya
bagaimanakah persepsi masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan
kad kredit syariah? Apakah faktor intrinsik (kefahaman terhadap kad
kredit syariah, tuntutan penggunaan berkualiti. penggunaan
berasaskan keutamaan, maslahat atau kebaikan yang didapatkan dan
pertimbangan halal, haram dan syubhat) ataupun faktor ekstrinsik
(pemasaran, ciri- ciri produk dan keselesaan terhadap perkhidmatan
bank) yang mempengaruhi persepsi masyarakat Muslim Bandung dalam
pemilihan kad kredit syariah? Oleh itu, objektif kajian yang
pertama ialah untuk mengenal pasti kontrak mualamat yang diguna
pakai dalam pelaksanaan kad kredit syariah. Hasilnya ialah untuk
memberikan kefahaman mengenai prinsip syariah dan mekanisme kad
kredit syariah. Objektif kedua adalah menganalisis persepsi
masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah.
Objektif ketiga pula mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
masyarakat Muslim Bandung terhadap pemilihan kad kredit syariah.
Data sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan dan dianalisis
menggunakan kaedah analisis kandungan. Data primer pula diperolehi
melalui maklumat daripada soal selidik melibatkan 300 orang
masyarakat Muslim Bandung sebagai responden. Data primer yang
diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dan analisis
kuantitatif menggunakan korelasi pearson dan regresi. Hasil
analisis data sekunder mendapati bahawa prinsip syariah yang
digunakan dalam pelaksanaan kad kredit syariah di Indonesia adalah
qard, kafalah dan ijarah. Mekanisme yang digunakan pula adalah
gabungan ketiga-tiga prinsip syariah tersebut. Melalui data primer,
didapati bahawa pada umumnya persepsi masyarakat Muslim Bandung
terhadap pemilihan kad kredit syariah berada pada tahap tinggi.
Daripada data ini pula didapati bahawa faktor pemasaran, tuntutan
penggunaan berkualiti, pulangan maslahat (kebaikan), penggunaan
berasaskan keutamaan, ciri-ciri produk dan keselesaan terhadap
perkhidmatan bank mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah Namun,
kefahaman terhadap kad kredit syariah serta pertimbangan halal,
haram dan syubhat tidak mempengaruhi pemilihan kad kredit syariah.
Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Muslim Bandung tidak terlalu
mementingkan faktor agama apabila melakukan pemilihan kad kredit.
Secara kesimpulannya, pihak
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
penerbit kad kredit syariah disarankan untuk lebih memperhatikan
faktor ekstrinsik seperti ciri-ciri produk serta pemasaran. Dengan
peningkatan pemasaran erta keunggulan ciri-ciri produk yang
dimiliki kad kredit syariah, diharapkan mampu meningkatkan jumlah
pengguna kad kredit syariah sehingga ianya dapat bersaing dengan
kad kredit konvensional.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
8
Aplikasi Konsep Hybrid Dalam Perlaksanaan Perniagaan Di
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
(STMB)
Khairul Faizi Mohd
Rafie 2010 Disertasi Sarjana
Profesor Madya Dr.
Zakaria Bahari
BP160.M220.K45 2010
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) adalah pengendali
takaful yang pertama di Asia yang telah memulakan operasi
perniagaannya pada tahun 1985. Sebagai sebuah syarikat perintis
dalam industri takaful, STMB telah memilih model perniagaan
mengikut konsep mudharabah. Mengikut rekod dalam laporan kewangan
syarikat, setelah satu tahun beroperasi sehingga kini pengendali
takaful ini tidak mengalami sebarang kerugian dengan mengaplikas
ikan konsep mudharabah dalam operasi perniagaannya. Namun mulai
tahun 2008, STMB telah melakukan perubahan dengan mengaplikasikan
konsep hibrid. Oleh itu kajian ini telah dibahagikan kepada tiga
objektif utama. Pertama kajian ini ingin mengenal pasti
bagaimanakah bentuk aplikasi konsep hibrid dalam operasi perniagaan
STMB. Kedua, menganalisis faktor-faktor perubahan STMB menggunakan
konsep hibrid tersebut. Ketiga, mengenal pasti kesan daripada
penggunaan konsep hibrid terhadap semua produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh STMB kepada pelanggannya. Justeru itu, kajian
ini telah menggunakan dua kaedah penyelidikan bagi mendapatkan
maklumat iaitu kajian keperpustakaan dan kaedah temu bual mendalam.
Analisis kajian telah dilakukan secara deskriptif. Hasil daripada
kajian ini telah mendapati bahawa konsep-konsep Syariah yang
terlibat dalam aplikasi hibrid di STMB telah diluluskan oleh Majlis
Penasihat Syariah (MPS) STMB dan diharuskan dalam Islam. Selain
itu, beberapa faktor utama telah dikenal pasti perubahan kepada
konsep hibrid seperti pengurangan kos pengurusan, persaingan yang
kompetatif, keyakinan pihak pengurusan atasan, latar belakang Ketua
Pegawai Eksekutif STMB, arahan pihak pemegang saham, kemerosotan
keuntungan tahun 2007 dan penerimaan masyarakat. Hasil kajian ini
juga telah menyebabkan tiga implikasi dasar. Pertama konsep yang
digunakan oleh STMB adalah unik berbanding pengendali takaful yang
lain. Kedua semua pengendali takaful di Malaysia telah menggunakan
kaedah pemasaran wakalah. Ketiga produk perlindungan yang
ditawarkan oleh STMB mengandungi tiga elemen utama iaitu
perlindungan, simpanan dan pelaburan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
9
Pengurusan Masa Menurut Islam: Kajian
Kefahaman dan Pelaksanaan
oleh Kakitangan Terpilih di
Jabatan Zakat Negeri Kedah
(JZNK)
Ku Nor Ashikin Ku
Ahmad Zamri
2010 Disertasi Sarjana
Dr. Hasanah
Abd. Khafidz
BP160.M221.AS825 2010
Pengurusan masa menurut Islam perlu diberi perhatian terutama di
institusi pembangunan Islam. Walau bagaimanapun, permasalahan
berkaitan pengurusan masa sering menjadi persoalan. Oleh yang
demikian, disertasi ini cuba merungkai persoalan berkaitan
pengurusan masa di institusi pembangunan Islam dengan meneliti
aspek pengurusan masa di institusi zakat. Oleh itu, disertasi ini
bertujuan untuk meneliti pengurusan masa menurut Islam di Jabatan
Zakat Negeri Kedah (JZNK). Kajian ini mempunyai dua objektif utama.
Objektif pertama ialah untuk mengkaji pemahaman pengurusan masa
menurut Islam dalam kalangan kakitangan terpilih di JZNK. Objektif
kedua adalah untuk mengkaji pelaksanaan pengurusan masa menurut
Islam di JZNK. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kaedah
penyelidikan kepustakaan dan kajian lapangan telah dijalankan.
Tujuan kajian kepustakaan adalah untuk meneliti kajian- kajian
lepas dan karya-karya yang berkaitan pengurusan masa menurut Islam.
Kajian lapangan pula dijalankan di JZNK bagi memperoleh data primer
berhubung pemahaman dan pelaksanaan pengurusan masa menurut Islam.
Kaedah temubual berstruktur melibatkan tiga responden yang terdiri
daripada Pegawai Agihan & Pembangunan Asnaf, Pegawai Korporat
dan Ketua Pembantu Tadbir. Secara keseluruhannya, hasil kajian
menunjukkan pengurusan masa menurut Islam di JZNK oleh kakitangan
berada di tahap sederhana. Aspek pengurusan masa menurut Islam
kurang ditekankan di JZNK walaupun ia merupakan institusi
pembangunan Islam. Oleh itu, implikasi daripada dapatan kajian ini
ialah JZNK perlulah memainkan peranan utama dalam mengatasi keadaan
ini bagi meningkatkan pengurusan masa agar selari dengan tuntutan
Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
10
Kaedah Pengurusan
Insaniah Berteraskan
Islam
Lenny Luat 2010 Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila
Azni Ahmad
HD28.M222.L568 2010
Disertasi ini bertujuan untuk mengkají pengurusan insaniah dari
perspektif Islam. Secara lebih khusus, disertasi ini berhasrat
merumuskan pembentukan asas pengurusan insaniah yang bersifat
praktikal dengan menjadikan dua kaedah pengurusan berteraskan Islam
sebagai fokus kajian. Kedua-dua kaedah pengurusan yang dimaksudkan
ialah kaedah pengurusan Ilahiyah dan kaedah pengurusan Tauhidik.
Selain merupakan kaedah pengurusan yang berteraskan Islam,
kedua-dua kaedah pengurusan ini dipilih atas faktor ia telah pun
dilaksanakan oleh institusi-institusi pembangunan berteraskan
Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dan dianalisis menggunakan
analisis kandungan. Analisis dapatan kajian merumuskan bahawa
setiap sumber pembentukan kaedah pengurusan insaniah seharusnya
bersumberkan sumber rujukan yang Islamik. Manakala asas falsafah
seharusnya diterapkan adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan
mengambil kira matlamat di alam dunia dan akhirat. la juga harus
dapat memperlihatkan ciri-ciri material dan spiritual yang seimbang
dari segi dalaman dan luaran seorang manusia. Implikasinya, dengan
mengambil kira asas- asas ini dalam pembentukan kaedah pengurusan
insaniah, satu bentuk kaedah pengurusan insaniah yang selari dengan
sumber dan tasawur Islam serta boleh dilaksana dapat dihasilkan dan
diaplikasikan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
11
Perakaunan Zakat
Perniagaan Di Majlis Agama
Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan (MAIK) : Satu Analisis
Mohd Rizal Abu Bakar 2010
Disertasi Sarjana
Dr. Zahri Hamat
BP176.M223.R627 2010
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganal isis
item-item aset semasa yang dikenakan zakat serta pembentukan kaedah
perakaunan zakat perniagaan yang diamalkan di Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Di Kelantan, zakat
perniagaan merupakan zakat yang kedua terbesar jumlah kutipan
zakatnya selepas zakat pendapatan. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR) mencadangkan perakaunan zakat perniagaan berasaskan modal
kerja iaitu aset semasa tolak dengan liabiliti semasa. Namun,
amalan di MAIK berbeza iaitu perakaunan zakat perniagaan berasaskan
aset semasa. Persoalannya, mengapa pihak MAIK berbeza dengan apa
yang dicadangkan oleh JAWHAR dan berbeza juga dengan amalan di
negeri-negeri lain. Bagi mencapai tujuan tersebut, analisis dibuat
menerusi kaedah analisis kandungan. Data untuk analisis kandungan
itu diperoleh melalui pamplet dari pihak MAIK. Kajían lapangan
turut dijalankan yang melibatkan dua kategori responden. Kategori
pertama adalah responden dari pihak pengawai MAIK. Responden ini
terdiri daripada pegawai-pegawai yang terlibat dalam membuat
taksiran zakat perniagaan di MAIK. Kategori ini adalah berdas arkan
soal selidik yang telah diedarkan. Kategori kedua adalah melibatkan
responden di pihak pegawai MAIK dan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kelantan (JHEAIK). Responden ini terdiri daripada pegawai-
pegawai yang terlibat dalam pembentukan perakaunan zakat di MAIK.
Kategori ini adalah berdasarkan temu bual mendalam yang dijalankan.
Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah perakaunan zakat perniagaan
yang diamalkan oleh MAIK tidak lagi berasaskan kaedah aset semasa
tetapi berasaskan kaedah modal kerja terselaras. Namun kaedah
pembentukan perakaunan zakat perniagaan, dapatan kajian mendapati
bahawa fatwa dari pihak Mufti telah digunakan. Selain itu,
pembentukan kaedah perakaunan di MAIK juga adalah diperoleh dari
Enakmen Undang-Undang Negeri dan buku Panduan Zakat di Malaysia.
Dapatan kajian ini memberi dua implikasi. Implikasi pertama adalah
dengan membuat pindaan ke atas fatwa yang dipakai. Hal ini
disebabkan oleh fatwa yang dipakai terhadap kaedah perakaunan zakat
perniagaan di MAIK adalah bertentangan dengan Mazhab Syafie. Dan
implikasi kedua adalah mengemaskinikan pamplet yang digunakan dalam
membuat taksiran ke atas zakat perniagaan.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
12
Dr Burhanuddin Al Helmi Dan
Pembangunan Ekonomi Politik
Islam Di Malaysia
Mohd Syakir Mohd Rosdi 2010 Disertasi Sarjana
Dr. Mohammad Zaini Abu
Bakar
HD72.M224. SY981 2010
Disertasi ini bertujuan mengenal pasti sumbangan Burhanuddin
dalam pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia. Kajian ini
mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti perjuangan
pengislahan ummah Dr. Burhanuddin Al-Helmi dari aspek pembangunan
ekonomi politik Islam. Kedua, menganalisis sumbangan
keintelektualan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks pembangunan
ekonomi politik Islam di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut,
kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian berorientasikan
keperpustakaan yang dilakukan adalah berdasarkan kaedah
penyelidikan data-data sekunder dan bahan-bahan berkaitan konsep
ekonomi politik Islam yang terdapat di perpustakaan. Data sekunder
yang diperoleh kemudiannya dianalisis berdasarkan analisis
kandungan dan analisis tekstual. Kajian ini merumuskan gagasan
pemikiran Burhanuddin yang berasaskan kepada tiga aspek iaitu
perjuangan politik, kebajikan sosial dan kepentingan agama.
Seterusnya ditemui bahawa gagasan pemikiran Burhanuddin adalah
selari dengan sumbangannya dalam konteks ekonomi politik Islam.
Hasil dari dapatan kajian mendapati bahawa sumbangan Burhanuddin
dalam konteks ekonomi politik Islam adalah selaras dengan konsep
pengislahan ummah. Hal tersebut menunjukkan bahawa konsep ekonomi
politik Islam adalah saling berhubungan dengan konsep pengislahan
ummah
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
13
Konsep Dan Pelaksanaan Musyarakah Mutanaqisah
Dalam Pembiayaan Perumahan: Satu Kajian
Perbandingan Di Antara Maybank
Islamic (M) Berhad Dengan Kuwait Finance
House (M) Berhad
Nuruleifaa Noordin 2010 Disertasi Sarjana
Dr. Mastura Jaafar
HG1501.M225.N974 2010
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan konsep dan mekanisme
perlaksanaan Musyarakah Mutanaqisah (MM) dalam pembiayaan perumahan
di antara Maybank Islamic (M) Berhad (MIB) dengan Kuwait Finance
House (M) Berhad (KFH). Secara ringkasnya, MM merupakan konsep yang
digunakan oleh bank dalam pembiayaan perumahan selain Bai Bithamin
Ajil dan pembiayaan konvensional. Persoalannya, apakah maksud
konsep MM dalam pembiayaan perumahan? Apakah pula asas-asas yang
diguna pakai untuk konsep MM dalam pembiayaan perumahan khususnya
di MIB dan KFH? Apakah kaedah yang digunakan dalam mekanisme
perlaksanaan MM di kedua-dua bank benar-benar selari dengan prinsip
Islam? Kaedah penyelidikan pula, kaedah penyelidikan primer dan
sekunder digunakan untuk menganalisis konsep dan mekanisme MM dalam
pembiayaan perumahan. Kajian lapangan dijalankan di Ibu Pejabat MIB
dan KFH bagi sesi temu bual dengan responden-responden yang dipilih
persampelan bertujuan. Kajian ini ialah kajian perbandingan. Kajian
secara mempamerkan bahawa konsep MM merupakan konsep yang berasal
daripada perkataan Syirkah yang digunakan dalam perkongsian. Bagi
tujuan pembiayaan perumahan, pihak bank mengistilahkan perkongsian
sebagai pemilikan bersama dengan hak ekuiti ke atas rumah mengikut
nisbah minimum 10% : 90 %. Dapatan kajian membahagikan lima aspek
yang boleh diukur dalam mewujudkan konsep dan mekanisme
perlaksanaan MM dalam pembiayaan perumahan di perbankan Islam.
Aspek tersebut ialah penglibatan rakan kongsi, kontrak, kaedah
bayaran, kaedah pengiraan, dan caj perkhidmatan. Ringkasnya, MIB
dan KFH melaksanakan konsep MM selagi tidak bertentangan dengan
mana-mana ayat al-Quran atau hukum yang mengharamkannya. Kontrak
ljarah digunakan sebagai kaedah bayaran balik pembiayaan. Akad bagi
setiap kontrak akan dilaksanakan bagi memenuhi rukun-rukun
kontrak
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
14
The Islamic Religious Elite’s Perceptions On
Ethnic Intergration
Policy (EIP) In Singapore
Puti Nurhendrawaty
Hasman 2010 Disertasi Sarjana
Dr. Mohd Nizam Sahad
BP173.25.M226. P988 2010
This research is conducted at the attempts of identifying and
analysing the perceptions of Islamic religious elite of Singapore
on Ethnic Integration Policy (EIP) a policy implemented by the
Singapore government at public housing estates. The Islamic
religious elite become the unit of analysis for this research for
the reason that they are the products of madrasah education system
which is exclusively for Muslims. Most of the Islamic religious
elite do not attend the national schools which apply and practise
integration explicitly in contrast to madrasah. Therefore, this
research is to examine whether or not the Islamic religious elite
face problems and difficulties with ethnic integration when leading
their daily lives and especially at their housing estates. This
research is also to examine whether or not they perceive the
madrasah education that they received becomes a constraint for
their social integration. The methodology that is employed to
identify and analyse the perceptions is through in-depth interview
and the interview is then analysed by the method of content
analysis. The findings show that the Islamic religious elite do not
face any major problems and difficulties with integration. Despite
some of them being a bit critical, they have very positive
perceptions on the policy specifically and towards the government
generally. Overall, they are satisfied with what the government
provides for them as Singaporeans. The findings have thus resulted
in leaving implications to the issues that are being studied. The
implications are in two aspects; implications towards perceptions
on EIP and policies of ethnic relations and implications towards
madrasah education and Islamic religious elite.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
15
Stratefi Pemasaran dan
Hubungan dengan
Pemilihan Pelanggan
Terhadap Ar-Rahnu Yapeim
Salimah Yahaya 2010
Disertasi Sarjana
Dr.Nailul Murad
Mohd Nor
HB615.M227.SA165 2010
Skim Ar-Rahnu yang dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi
Islam Malaysia (YaPEIM) semakin berkembang dengan baik dan mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat sejak diperkenalkan
melalui Koperasi YaPEIM Berhad pada tahun 2000. Namun begitu,
kajian-kajian lepas sering menyatakan berkenaan permasal ahan yang
berlaku dalam pemasaran Ar-Rahnu sehingga menyebabkannya masih
tidak dapat menandingi perkembangan pajak gadai konvensional.
Antara yang sering diperkatakan ialah masalah promosi yang tidak
meluas, lokasi yang tidak banyak dan sukar didapati, perkhidmatan
pelanggan yang kurang memuaskan, keterhadan pengambilan barang
gadaian, serta upah simpan yang dikatakan tidak menepati hukum
syarak. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti dan menganalisis strategi pemasaran yang dilaksanakan
oleh Ar-Rahnu YaPEIM. Terdapat lima strategi pemasaran yang
diteliti iaitu promosi, lokasi, perkhidmatan pelanggan, barang
gadaian dan upah simpan. Kajian ini mengguna pakai kaedah temubual
mendalam untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang
terlibat dengan perancangan dasar dan operasi pemasaran,
kakitangan, serta pelanggan yang menggunakan Ar-Rahnu YaPEIM.
Kaedah pemerhatian turut dilakukan untuk mendapat gambaran sebenar
tentang situasi yang berlaku di cawangan Ar-Rahnu YaPEIM yang
dipilih. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis
kandungan. Hasil kajian mendapati kelima-lima strategi pemasaran
tersebut berpengaruh terhadap pemilihan pelanggan. Namun begitu,
strategi harga iaitu upah simpan yang rendah paling berpengaruh
dalam menentukan pemilihan pelanggan terhadap Ar-Rahnu YaPEIM.
Terdapat dua implikasi dalam kajian ini. Pertama, dari segi
promosi, wajar dilaksanakan secara lebih agresif oleh Ar-Rahnu
YaPEIM dengan penyediaan dana yang mencukupi. Kedua, dari segi
barang gadaian yang perlu dipelbagaikan dalam bentuk yang
kebiasaannya dimiliki oleh golongan miskin.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
16
Standard Pensijilan Halal
Malaysia Ms1900:2005: Analisis Dari Perspektif
Prinsip Pembangunan
Berteraskan Islam
Shafiza Shaari 2010
Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila
Azni Ahmad
BP160.M228.SH525 2010
Disertasi ini bertujuan untuk menganalisis kandungan standard
pensijilan halal Malaysia dari perspektif Islam iaitu standard
MS1900:2005. Standard berkaitan sistem pengurusan kualiti ini yang
dibangunkan sebagai pemangkin kepada industri Hub Halal Global,
didapati masih kurang mendapat tempat bagi tujuan pensijilan
walaupun telah dibangunkan semenjak tahun 2005. Apakah kandungan
standard ini masih lagi diragui atau belum benar-benar menepati
ciri-ciri pengurusan kualiti dari perspektif Islam? Untuk itu
disertasi ini berhasrat mencapai dua objektif. Objektif pertama
adalah untuk mengenal pasti elemen-elemen yang terkandung dalam
standard MS1900:2005. Manakala objektif kedua adalah untuk
menganalisis keselarian elemen-elemen tersebut dari perspektif
Islam berdasarkan kepada prinsip- pembangunan berteraskan Islam.
Dalam mencapai kedua-dua objektif prinsip asas tersebut, analisis
kandungan dan teks digunakan bagi menilai keselariannya. Hasil
penganalisisan mendapati elemen-elemen pengurusan kualiti yang
terkandung dalam standard MS1900:2005 ini tidak memperlihatkan
keselariannya dengan ciri-ciri pengurusan kualiti dalam pengurusan
pembangunan berteraskan Islam. Ini kerana asas pembangunan
elemen-elemennya adalah dari kerangka lazim walaupun terdapat
penambahan keperluan syariah sebagai memenuhi ciri-ciri pengurusan
kualiti dari perspektif Islam. Oleh itu, kajian ini turut
mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan ke atas
standard-standard halal Malaysia yang lain bagi menilai sejauh
manakah keselarian elemen-elemen dalam standard pensijilan halal
Malaysia dalam memenuhi ciri-ciri pengurusan kualiti Islam yang
komprehensif sebagaimana dalam pengurusan pembangunan berteraskan
Islam
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
17
Kaedah Pengumpulan Hadith: Satu
Kaedah Pengumpulan
Data
Shahir Akram Hassan
2010 Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
BP135.M229.SH525 2010
Disertasi ini bertujuan meneliti kaedah pengumpulan data Hadth
dari sudut kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan. Kajian ini
mempunyai tiga objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah
pengumpulan data dalam kaedah pengumpulan Hadth yang telah
dilakukan oleh ulama-ulama muktabar. Kedua, menganalisis kaedah
pengumpulan data penyelidikan Islam dalam kaedah pengumpulan Hadth
dalam konteks kaedah pengumpulan data penyelidikan Sains
Kemasyarakatan. Ketiga, merumuskan kaedah pengumpulan data
berdasarkan kaedah pengumpulan Hadth untuk diguna pakai dalam
kaedah pengumpulan data penyelidikan Sains Kemasyarakatan yang
berteraskan Islam. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif tersebut,
kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian perpustakaan
dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung kaedah
pengumpulan Hadih menerusi penelitian terhadap karya-karya
terdahulu. Setelah itu, kaedah pengumpulan Hadth ini dianalisis
dari sudut kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan Sains
Kemasyarakatan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini mendapati
kaedah pengumpulan Hadth boleh dibahagikan kepada pengumpulan ladth
secara langsung dan pengumpulan Hadih secara tidak langsung. Dari
dua pembahagian tadi, terdapat lapan komponen pengumpulan data
berdas arkan kaedah pengumpulan Hadth. Lapan komponen tadi terdiri
dari instrumen pengumpulan data, keutamaan data primer ke atas data
sekunder, akhlak penyelidik, fungsi dan kepentingan sanad,
penggunaan bahas a yang tepat, kualiti responden, pra-analisis ke
atas data yang dikumpul dan bentuk output data yang dikumpulkan.
Komponen-komponen ini kemudiannya dirumuskan menjadi satu kaedah
pengumpulan data Hadth. Kaedah pengumpulan data Hadth ini dapat
digunakan bagi penyelidik yang ingin mengumpulkan data dengan cara
yang mempunyai tahap ketulenan dan kenolehpercayaan yang tinggi.
Secara kesuluruhan kaedah pengumpulan data Hadith dapat
dimanfaatkan untuk kaedah penyelidikan berteraskan Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
18
Persepsi Kakitangan Pengurusan Tertinggi Unit
Halal Dan Usahawan
Terpilih Terhadap Tadbir
Urus Hala: Kajian Kes Di Kedah Dan
Pulau Pinang
Siti Syuhada Mohamad
2010 Disertasi Sarjana
Dr. Mohammad Zaini Abu
Bakar
BP160.M230.SY995 2010
Disertasi ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap tadbir
urus organisasi hab halal. Latar belakang kajian ini bermula dengan
melihat Malaysia secara amnya berpotensi untuk menerajui industri
halal dunia. Fokus disertasi ini lebih menjurus kepada kajian kes
berkaitan tadbir urus hab halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
(JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Tumpuan kepada aspek tadbir urus penting kerana ia merupakan salah
satu dimensi untuk pembangunan industri halal. Walau bagaimanapun,
kapasiti untuk pembangunan industri halal masih lagi menjadi
persoalan. Tinjauan kajian lepas mendapati tadbir urus dilihat
merupakan antara punca yang menjadi kekangan kepada perkembangan
industri halal. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti dan menganalisis persepsi kakitangan
pengurusan tertinggi dan pihak usahawan produk halal terhadap
tadbir urus hab halal. Bagi memenuhi objektif ini, kaedah
penyelidikan mengaplikasikan data primer iaitu kajian lapangan dan
data sekunder melalui kajian perpustakaan. Kaedah analisis
kandungan digunakan untuk menganalisis data. Kerangka teori tadbir
urus baik diaplikasi untuk menjadi instrumen analisis. Hasil kajian
menunjukkan kedua-dua objektif telah tercapai. Objektif pertama
tercapai dengan menemukan tiga bentuk persepsi terhadap pihak
tadbir urus unit halal JHEAIPP dan JHEAIK iaitu baik, sederhana dan
lemah. Dapatan untuk objektif kedua pula menunjukkan tadbir urus
unit halal JHEAIPP memenuhi hampir kesemua ciri tadbir urus baik
dan lebih menonjol berbanding pihak tadbir urus unit halal JHEAIK
yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. Kajian ini turut
menemukan persepsi mempengaruhi keyakinan terhadap pihak tadbir
urus hab halal di Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Dapatan ini
memberi implikasi kepada aspek tadbir urus hab halal dan seterusnya
dalam aspek bidang kuasa. Untuk memperkasa industri halal,
pemerkasaan terhadap pihak tadbir urus seperti meningkatkan
profesionalisme, pemerkasaan teknologi serta meningkatkan dimensi
kemudahan prasarana perlu diberi perhatian. Penyusunan semula dan
pemerkasaan terhadap aspek bidang kuasa turut memberi implikasi
terhadap industri halal.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2010
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
18
Kaedah Pembentukan
Sahsiah Pekerja HPA: Kajian Kes Di Pusat Operasi
Al Wahida Marketing Zon
Utara
Tuan Azura Raja Ismail 2010
Disertasi Sarjana
Dr. Suhaila Abdullah
HD4801.M231.AZ997 2010
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pembentukan
sahsiah pekerja HPA dan menganalisisnya berdasarkan kaedah
pembentukan sahsiah menurut perspektif Islam dari aspek pendidikan
akidah, penerapan ibadah dan pendidikan akhlak. Kajian ini
dilakukan di Pusat Operasi Al-Wahida Marketing Zon Utara iaitu
salah satu pusat operasi anak syarikat HPA yang dijadikan fokus
kajian. Dua kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini.
Untuk data primer, kaedah temubual separa berstruktur dijalankan
dengan menemubual pegawai operasi Zon Utara, manakala bagi data
sekunder kaedah kajian perpustakaan digunakan. Data primer dan data
sekunder dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan dan
analisis tekstual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kaedah
pembentukan sahsiah pekerja yang digunakan oleh HPA dalam membentuk
sahsiah pekerja. Pertama melalui program pagi, kedua melalui
peraturan, ketiga melalui kuliah fiqh wanita, keempat melalui
kursus pengukuhan. Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah
pembentukan sahsiah pekerja HPA memenuhi tuntutan kaedah
pembentukan sahsiah menurut perspektif Islam dari aspek pendidikan
akidah, penerapan ibadah dan pendidikan akhlak. Implikasi dan
cadangan dasar kajian ini serta cadangan kajian pada masa hadapan
dibuat dalam bab akhir kajian
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2011
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
1
Kajian Pemilihan Bank Islam Oleh
Pengguna Muslim Di
University Sains Malaysia (USM) :
Analisis Kerangka
Teoritikal Dan Metodologi
Nor Hidayah Naziha Adnan
2011 Disertasi Sarjana
Profesor Madya
Dr. Zakaria Bahari
HG1501.M212.H632 2011
Perbankan Islam sudah bertapak selama 27 tahun di Malaysia,
namun penguasaan pasaran perbankan Islam sebanyak 20 % daripada
keseluruhan pasaran perbankan imbal dengan peratusan penduduk
Muslim yang mencapai 60 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia
Kajian-kajian pemilihan bank Islam dilihat memberi sumbangan yang
penting dalam meneroka realiti pemilihan bank oleh pengguna.
Persoalannya, apakah kaedah penyelidikan yang sering digunakan
dalam kajian-kajian pemilihan bank Islam di Malaysia? Apakah jenis
penyelidikan yang bersesualan untuk merungkai realiti pemilihan
bank oleh pengguna Muslim? Apabila membincangkan mengenai kajian
pemilihan bank Islam, apakah yang menjadi fokus utama kajian?
Adakah mengenai produk atau perkhidmatan secara khusus atau
kajian-kajian tersebut hanya meneliti gelagat pemilihan bank Islam
oleh pengguna secara umum sahaja? Bagaimana pula dengan kerangka
teori yang digunakan dalam kajian-kajian tersebut? Adakah
kajian-kajian pemilihan bank Islam menggunakan kerangka teori yang
berteraskan Islam? Justeru, kajian ini cuba menganalisis aspek
kerangka teori dan metodologi kajian pemilihan bank Islam oleh
pengguna Muslim yang dilakukan di USM. Untuk mencapai objektif
tersebut, kajian ini menggunakan kajian perpustakaan sebagai kaedah
pengumpulan maklumat dan penganalisisan maklumat menggunakan kaedah
analisis teks. Hasil kajian mendapati kajian Ahmad Azrin Adnan
(2010a) mempunyai potensi yang tinggi untuk dirujuk olch pengkaji
akan datang berikutan ketajaman buah fikiran dan cuba mengambil
pendekatan yang berbeza daripada pengkaji lain terutamanya
pembinaan Penentu Pemilihan Bank Menurut Muslim ldeal (PPBMMI) yang
ditapis, diteliti dan diperoleh daripada sumber kumpulan pakar yang
bertauliah. Rumusan daripada kajian ini mencadangkan kajian
pemilikan bank islam oleh pengguna Muslim di Malaysia perlu
diperbagaikan supaya gelagat pemilihan pengguna Muslim dapat
dikeanalpasti sebagai strategi pemasaran yang berkesan oleh pihak
industri bank Islam
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
1
Pembangunan Rohani
Berasaskan Zikir: Kajian Berdasarkan
Kitab Al- Adhkar Oleh Imam Al
Nawawi
Fairuz Ridzuan Abd Jalil
2012 Disertasi Sarjana
Profesor Madya
Dr. Noor Shakirah Mat Akhir
HD72.M200.F172 2012
Pembangunan insan yang seimbang lahir daripada gabungan aspek
rohani dan fizikal. Bagi memenuhi tuntutan masa kini, kedua-dua
aspek tersebut wajib untuk dibangunkan. Walau bagaimanapun,
kepentingan pembangunan rohani kurang ditekankan. Walaupun aspek
ini sesuatu yang tidak zahir tetapi dalam tasawur dan epistemologi
Islam, pembangunan rohani cukup penting. Salah satu mekanisme
pembangunan rohani ialah zikir. Oleh itu, kajian ini merujuk kitab
al-Adhkār oleh Imam al-Nawawi untuk melihat aspek pembangunan
rohani berasaskan kaedah zikir. Bagi mencapai perkara tersebut,
kajian ini menggunakan kajian perpustakaan dan analisis suntingan
untuk menganalisis tema-tema utama kepada zikir-zikir dalam kitab
al-Adhkār serta melihat kaitannya dengan pembangunan rohani dan
aspek tingkah laku manusia. Hasil analisis dijadikan landasan untuk
membina satu kerangka model pembangunan rohani berasaskan zikir
yang menjadi alternatif tambahan kepada kaedah pembangunan rohani
sedia ada. Melalui kajian ini, pembinaan satu model yang boleh
dijadikan landasan untuk melahirkan pembangunan insan yang holistik
berasaskan kaedah zikir boleh dihasilkan sebagai kajian lanjutan.
Perkara ini boleh dijadikan panduan untuk memurnikan aspek
pembangunan manusia agar matlamat untuk mencapai keredaan Allah
S.W.T berjaya.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
2
Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains Malaysia(USM)
Terhadap Takaful Hayat
Juniza Mohamad
Jamari 2012 Disertasi Sarjana
BP173.25.M201.J95 2012
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
3
Memperkasa Pembangunan Harta Wakaf Khas Melalui
Istibdal: Kajian Kes Di Majlis Agama Islam Pulau Pinang
Meor Hezbullah Meor Abd
Malik
2012 Disertasi Sarjana BP187.M202.M551
2012
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
4
Kepimpinan Menurut Islam :
Kajian Kes Strategi
Kepimpinan Anwar Ibrahim Dalam ABIM (1974-1982)
Norazira Ali 2012 Disertasi Sarjana
Dr. Mohamad Zaini Abu
Bakar
BP160.M203.N822 2012
Disertasi ini bertujuan mengkaji kepimpinan Anwar Ibrahim dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM. Kajian ini mempunyai dua
objektif utama. Pertama adalah untuk mengenal pasti strategi
kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Kedua adalah untuk
menganalisis strategi kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Bagi
mencapai kedua-dua objektif tersebut, kajian perpustakaan dan
kajian lapangan telah dijalankan. Kajian pepustakaan dijalankan
bagi memperoleh data sekunder berhubung kepimpinan menurut Islam
dan kepimpinan ABIM menerusi penelitian terhadap karya-karya
terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data
primer berhubung strategi kepimpinan Anwar Ibrahim dalam ABIM. Fasa
ini melibatkan temu bual mendalam dengan empat orang ahli ABIM yang
terlibat di awal-awal penubuhan organisasi ini. Data sekunder dan
primer yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
kaedah analisis kandungan berdasarkan keperluan kajian. Kajian ini
menghasilkan garis panduan dalam disiplin ilmu kepimpinan menurut
Islam. Dapatan kajian mengenai strategi yang digunakan Anwar
Ibrahim adalah sumbangan keintelektualan beliau dalam menyebarkan
Islam sebagai ad-din kepada masyarakat meliputi segenap aspek
kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan
agama.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
5
Aplikasi Algebra Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan
Islam
Nur Ilani Mat Nawi 2012
Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
BP42.M204.IL27 2012
Disertasi ini bertujuan melihat pengaplikasian algebra dalam
kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Algebra dipilih kerana ia
dipakai dalam alat analisis statistik terutamanya dalam data
kuantitatif. Alat-alat analisis merupakan bahagian yang penting
dalam sesebuah kaedah penyelidikan. Alat-alat analisis inilah yang
menentukan sama ada objektif sesuatu kajian tercapai atau sebalik.
Pembentukan alat analisis yang berteraskan Islam boleh membentuk
kaedah penyelidikan yang berteraskan Islam. Kaedah penyelidikan
berteraskan Islam sangat penting dibina bagi menggantikan kaedah
penyelidikan lazim yang dilihat tidak sesuai dipakai dalam mengkaji
tentang Islam. Berteraskan Islam bermaksud bertepatan dengan
tasawur dan epistemologi Islam. Tasawur dan epistemologi boleh
mempengaruhi persepsi, pengumpulan, analisis dan rumusan
pengetahuan. Jika rumusan yang dibuat berteraskan Islam, hasilnya
turut mengikut kehendak Islam dan masalah-masalah yang berkaitan
dengan umat Islam akan dapat diselesaikan dengan cara Islam. Secara
umumnya, objektif disertasi ini ingin mengenal pasti pengaplikasian
algebra dalam objektif ini, kajian kaedah penyelidikan berteraskan
Islam. Bagi mencapai perpustakaan digunakan dan data dianalisis
menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah analisis kandungan, analisis
tekstual dan analisis secara induktif. Akhir sekali, dapatan bagi
disertasi ini ialah ilmu matematik algebra sesuai diaplikasikan
dalam kaedah penyelidikan dan seterusnya boleh dijadikan suatu
kaedah penyelidikan berteraskan Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
6
Kaedah Pengurusan
Tauhidik: Kajian Kes Di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
(YAPEIM)
Nurhidayah Marzuki@ Yahaya
2012 Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila Azni
Ahmad
HD28.M205.N974 2012
Disertasi ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Kaedah Pengurusan
Tauhidik. Kaedah Pengurusan Tauhidik ini merupakan satu kaedah
pengurusan Islam yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Kaedah pengurusan Islam sekalipun
dilihat sebagai sesuatu yang baru tetapi ia mempunyai potensi untuk
diperkembangkan. Sebahagian kecil daripada institusi pembangunan
berteraskan Islam telah mula mengamalkannya. Walau bagaimanapun,
bagi institusi yang sudah mula mengamalkannya, apakah kaedah
pengurusan ini selari dengan Islam? Adakah ahli institusi memahami
kaedah pengurusan yang hendak dilaksanakan? Apakah tahap
pelaksanaan kaedah pengurusan ini? Disertasi ini mengkaji
pelaksanaan salah satu kaedah pengurusan Islam iaitu Kaedah
Pengurusan Tauhidik di salah sebuah institusi pembangunan
berteraskan Islam, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM). Untuk tujuan tersebut analisis statistik deskriptif,
analisis tekstual dan analisis kandungan digunakan untuk mencapai
objektif disertasi ini. Hasil analisis mendapati bahawa pelaksanaan
Kaedah Pengurusan Tauhidik oleh YaPEIM berada di tahap yang baik.
Walau bagaimanapun, YaPEIM perlu memberi lebih penekanan dalam
aspek pengurusan kepada ahli-ahlinya supaya prestasi YaPEIM sebagai
institusi yang melaksanakan Kaedah Pengurusan Tauhidik berada di
tahap yang lebih baik. Akhir sekali, disertasi ini membentuk satu
rumusan bahawa Kaedah Pengurusan Tauhidik ini memberi banyak
kebaikan dan dapat dijadikan panduan kepada institusi-institusi
lain dalam usaha untuk memartabatkan institusi pembangunan
berteraskan Islam dari aspek pengurusan
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
7
Konsep Al Wasatiyyat
Dalam Gagasan 1Malaysia
Nurul Huda Yacob 2012
Disertasi Sarjana
Dr. Mohamad Zaini Abu
Bakar
HD72.M206.H883 2012
Gagasan IMalaysia (G1M) diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 2009. Kemudian, beliau
telah cuba mengaitkan G1M dengan konsep al-wasatiyyat.
Al-wasatiyyat di sini merujuk kepada kesederhanaan, pertengahan,
keseimbangan atau pendekatan jalan tengah. Ia bertujuan untuk
mengimbangi sesuatu perkara sama ada daripada aspek pemikiran atau
tingkah laku supaya tidak melampau atau ekstrem. Persoalannya,
adakah konsep al-wasațiyyaț ini terdapat dalam G1M? Berdasarkan
permasalahan ini, kajian ini cuba mencapai dua objektif. Pertama,
mengenal pasti konsep al-wasatiyyat dari perspektif Islam. Kedua,
menganalisis konsep al-wasațiyyat dalam prinsip-prinsip G1M. Untuk
mencapai kedua-dua objektif ini, kaedah kajian perpustakaan
(analisis kandungan) dan kajian lapangan (temu bual mendalam) telah
dijalankan. Hasil analisis kandungan yang dilakukan, kajian ini
dapat mengenal pasti bentuk-bentuk, ciri-ciri dan pengaplikasian
al-wasatiyyat Islam. Untuk menganalisis konsep al-wasațiyyat dalam
prinsip-prinsip G1M, konsep al-wasațiyyat Islam ini dijadikan
pengukur. Hasil analisis ini mendapati dua bentuk al-wasațiyyat
terdapat dalam prinsip-prinsip G1M iaitu perundangan (syariah) dan
sosial. Analisis ini juga menemukan enam ciri konsep al-wasațiyyat
iaitu keseimbangan, keharmonian, kebebasan, keadilan, pertengahan
dan kesederhanaan. Manakala, pengaplikasiannya mendapati konsep al-
wasatiyyat boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan
termasuk dalam kehidupan bernegara. Dengan beberapa bentuk, ciri
dan aplikasi konsep al- wasativyat Islam yang terdapat dalam GIM
ini, maka disertasi ini merumuskan al- wasatiyyat dalam prinsip GIM
itu adalah selari dengan konsep al-wasatiyyat Islam.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
8
Prinsip-Prinsip Pembanguan Berteraskan Islam Dalam
Ihya ' Ulumuddin
Shahirah Said 2012
Disertasi Sarjana
Profesor Dr. Mohd Sakri @ Shukri Salleh
HD72.M207.SH525 2012
Disertasi ini bertujuan bagi menganalisis prinsip-prinsip
pembangunan berteraskan Islam (PBI) dalam Ihya' Ulumuddin khususnya
terhadap Tujuh Prinsip Berteraskan Islam yang dibina oleh Muhammad
Syukri Salleh. PBI dilihat berbeza dengan pembangunan lazim dari
aspek dasarnya iaitu konsep tauhid yang menjadi tunjang dan kayu
ukur sesebuah pembangunan. Kesepaduan pembangunan yang terdiri
daripada pembangunan rohani, fizikal dan material menjadikan PBI
sebuah keperluan dalam masyarakat. Namun begitu pembangunan rohani
merupakan unsur yang paling berkait dengan tauhid Allah SWT. Maka
adalah perlu bagi menganalisis sejauh manakah terdapat hujah-hujah
prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam dalam kitab muktabar
tasawuf iaitu Ihya' Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Untuk itu
disertasi ini berhasrat bagi mencapai tiga objektif utama. Pertama,
mengenal pasti hujah-hujah penting tujuh prinsip PBI yang dibina
oleh Muhammad Syukri Salleh Kedua, menganalisis elemen
prinsip-prinsip PBI tersebut dalam Ihya' Ulumuddin dan ketiga,
mencadangkan beberapa perkara ke arah memantapkan prinsip-prinsip
PBI berdasarkan Ihya' Ulumuddin. Bagi memenuhi tuntutan ketiga-tiga
objektif tersebut kaedah analisis teks telah digunakan bagi
menganalisis data-data yang telah terkumpul. Hasil penganalisisan
mendapati keseluruhan pembinaan tujuh prinsip PBI yang dibina oleh
Muhammad Syukri Salleh adalah berdasarkan disiplin ilmu pembangunan
rohani. Tidak terdapat banyak hujah yang perlu dimantapkan secara
total. Pembinaan prinsip yang dilakukan oleh Muhammad Syukri Salleh
secara tidak langsung selari Ihya' Ulumuddin. Kajian ini turut
mencadangkan agar dilakukan kajian yang lebih terfokus kepada
satu-satu prinsip sahaja, seperti prinsip ibadah sebagai
perkaedahan PBI, prinsip ilmu fardu ain sebagai kerangka PBI dan
lain-lain lagi. Malah sebagai usaha memantapkan lagi disiplin ilmu
PBI adalah perlu juga mengkaji kitab-kitab muktabar ulama'
lain.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
9
Kaedah Pengurusan
Tauhidik Akademi
Pengurusan YAPEIM: Analisis
Epistemologi Dan Tasawur
Dari Perspektif Islam
Siti Rushada Md
Zainudin 2012 Disertasi Sarjana
Dr. Fadzila
Azni Ahmad
HD28.M208.R953. 2012
Disertasi ini bertujuan untuk menganalisis Kaedah Pengurusan
Tauhidik dari aspek falsafah Islam. Ia akan menumpukan kepada tiga
elemen teras utama dalam Kaedah Pengurusan Tauhidik iaitu Pandangan
Sarwa Islami, Syura dan Amal Jama'i. Kaedah Pengurusan Tauhidik di
sini merujuk kepada salah satu daripada kaedah pengurusan Islam
yang diguna pakai pada masa kini. Walau bagaimanapun adakah Kaedah
Pengurusan Tauhidik ini benar-benar menepati asas falsafah Islam
dalam erti kata sebenar? Untuk tujuan itu, disertasi ini akan
menganalisis Kaedah Pengurusan Tauhidik dari dua aspek utama
falsafah Islam iaitu epistemologi dan tasawur. Ia akan cuba
meneliti sejauh manakah epistemologi dan tasawur Kaedah Pengurusan
Tauhidik selari dengan epistemologi dan tasawur Islam. Penelitian
ini penting kerana epistemologi dan tasawur merupakan mekanisme
yang membentuk dasar dan falsafah bagi sesuatu elemen. Kedua-dua
aspek ini juga merupakan pengukur kepada Islam atau tidak Islamnya
sesuatu elemen itu. Kajian ini berbentuk teoretikal dan melibatkan
kaedah kajian perpustakaan serta menguna pakai analisis kandungan
dan analisis teks. Dapatan analisis dirumuskan bahawa majoriti
elemen teras Kaedah Pengurusan Tauhidik selari dengan epistemologi
dan tasawur Islam. Namun begitu, sebahagian kecil pada setiap
elemen teras Kaedah Pengurusan Tauhidik perlu dijitukan semula
melalui penambahbaikan dengan asas-asas dalam aspek falsafah Islam.
Ia secara langsung meningkatkan lagi keselarian dan kejituan
sebenar Kaedah Pengurusan Tauhidik agar lebih komprehensif dan
holistik. Implikasinya, Kaedah Pengurusan Tauhidik yang diakui
selari dengan aspek falsafah Islam boleh diperluaskan dan
diaplikasikan secara optimum di semua peringkat.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
10
Agihan Dana Zakat Kepada Non-Muslim :
Analisis Pandangan Ulama Di Himpunan
Ulama Dayah Aceh, Indonesia
Siti Nuraisyah
Hashim 2012 Disertasi Sarjana
Dr. Zahri Hamat
HD28.M209.N974 2012
Disertasi ini bertujuan menganalisis pandangan dalam kalangan
ulama dayah di Aceh terhadap pengagihan dana zakat kepada asnaf
mualaf non-Muslim. Sirah Rasulullah SAW mempamerkan bahawa
pengagihan zakat kepada mualaf non-Muslim adalah dibenarkan. Namun
bermula dengan Khalifah Umar al-Khattab, pengagihan zakat kepada
mualaf non-Muslim telah diberhentikan. Ulama-ulama kontemporari
pula khususnya Yusuf al-Qaradawi berpandangan bahawa pengagihan
zakat kepada non- Muslim adalah diharuskan. Persoalannya,
mengapakah pengagihan dana zakat kepada mualaf non-Muslim tidak
dibenarkan oleh Khalifah Umar al-Khatab sedangkan ia dibenarkan
oleh Rasulullah SAW? Untuk menjawab soalan tersebut, analisis
kandungan dibuat ke atas pandangan-pandangan dalam kalangan ulama
tafsir, ulama mazhab dan ulama di Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA)
terhadap pengagihan dana zakat kepada non-Muslim. Dapatan
mempamerkan bahawa ulama tafsir bersetuju dengan agihan dana zakat
kepada non-Muslim bagi tujuan menjinakkan mereka kepada Islam.
Dalam kalangan ulama mazhab mempunyai dua pandangan iaitu ada
golongan yang bersetuju dan ada tidak bersetuju pengagihan dana
zakat kepada non-Muslim. Sementara itu, dalam kalangan ulama di
Himpunan Ulama Dayah Aceh (HUDA) pula tidak bersetuju dengan agihan
zakat kepada non- Muslim kerana pengagihan zakat sepatutnya
diberikan kepada golongan mualaf Muslim sahaja. Jika begitu
dapatannya, maka perbincangan tentang pengagihan zakat kepada
golongan non-Muslim sepatutnya diteruskan bersesuaian dengan
keadaan dan keperluan semasa.
-
SENARAI DISERTASI MISDEV DISERAHKAN PADA TAHUN 2012
Bil Tajuk Nama Pengarang Tahun
Diserahkan Peringkat Nama
Penyelia Nombor Panggilan Abstrak
11
Islamic Management Of
Poverty : An Application Of Muhammad
Syukri Salleh's Thougt On The
Case Of People's Defend
Cooperative (KOBERA)
Penang
Taha Mo