Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 16 Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi Johan @ Eddy Luaran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA Pengenalan Web versi 2.0 telah memberi impak yang signifikan dalam bidang pendidikan. Berbeza dengan Web versi 1.0 yang hanya membenarkan pengguna untuk melihat serta membaca paparan web, Web versi 2.0 yang mula diaplikasikan pada awal tahun 20-an, telah mengubah lanskap web secara total iaitu pengguna kini boleh memberi input, memuat naik fail serta membina rangkaian maklumat sendiri. Web versi 2.0 yang popular termasuklah Facebook, Youtube, Twitter, blogspot serta banyak lagi. Namum begitu, jika diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran web versi 2.0 ini akan dapat membantu guru serta pelajar dalam interaksi secara ‘blended learning’ dan ‘ubiquitous learning’ yang diaplikasikan di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kedua-dua mod pembelajaran ini berteraskan konsep iaitu guru serta pelajar dapat berinteraksi walaupun di luar waktu persekolahan. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa Web 2.0 yang boleh di aplikasikan oleh guru sejarah dan geografi dalam menyokong pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Laman web yang dibincangkan diharap akan dapat memberi perspektif baru kepada kalangan pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejaran dan geografi. Kata Kunci : Web 2.0, ICT 1. Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Malah, pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau perpustakaan malah ia melangkaui masa dan tempat. Era pembelajaran siber sebegini membolehkan pembelajaran formal berlaku walaupun di luar bilik darjah. Senario ini dimungkinkan oleh penggunaan laman web dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Laman web khusus adalah merujuk kepada web 2.0 yang membolehkan guru dan pelajar berinterasi di alam maya. Pembelajaran berasaskan laman web ini memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar walaupun berada dimana saja tidak kira masa (ubiquitous learning). Sebagai contoh, pelajar boleh melayari Internet serta mengaksess laman web untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Jika dipandang dari sudut semasa, sudah tiba masanya untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan titik tolak kepada aplikasi teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan
13
Embed
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 · PDF filePengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran ... beberapa perisian koswer untuk pengajaran juga ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
16
Pengintegrasian Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sejarah dan Geografi
Johan @ Eddy Luaran Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi MARA
Pengenalan Web versi 2.0 telah memberi impak yang signifikan dalam bidang pendidikan. Berbeza dengan Web versi 1.0 yang hanya membenarkan pengguna untuk melihat serta membaca paparan web, Web versi 2.0 yang mula diaplikasikan pada awal tahun 20-an, telah mengubah lanskap web secara total iaitu pengguna kini boleh memberi input, memuat naik fail serta membina rangkaian maklumat sendiri. Web versi 2.0 yang popular termasuklah Facebook, Youtube, Twitter, blogspot serta banyak lagi. Namum begitu, jika diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran web versi 2.0 ini akan dapat membantu guru serta pelajar dalam interaksi secara ‘blended learning’ dan ‘ubiquitous learning’ yang diaplikasikan di institut pengajian tinggi di Malaysia. Kedua-dua mod pembelajaran ini berteraskan konsep iaitu guru serta pelajar dapat berinteraksi walaupun di luar waktu persekolahan. Justeru itu, kertas kerja ini akan membincangkan beberapa Web 2.0 yang boleh di aplikasikan oleh guru sejarah dan geografi dalam menyokong pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Laman web yang dibincangkan diharap akan dapat memberi perspektif baru kepada kalangan pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejaran dan geografi.
Kata Kunci : Web 2.0, ICT
1. Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam
bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu
anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan
teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara
pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Malah, pembelajaran tidak lagi terhad dalam bilik darjah atau
perpustakaan malah ia melangkaui masa dan tempat. Era pembelajaran siber sebegini membolehkan pembelajaran
formal berlaku walaupun di luar bilik darjah. Senario ini dimungkinkan oleh penggunaan laman web dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Laman web khusus adalah merujuk kepada web 2.0 yang membolehkan guru dan
pelajar berinterasi di alam maya. Pembelajaran berasaskan laman web ini memberikan peluang kepada pelajar
untuk belajar walaupun berada dimana saja tidak kira masa (ubiquitous learning). Sebagai contoh, pelajar boleh
melayari Internet serta mengaksess laman web untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran
mereka.
Jika dipandang dari sudut semasa, sudah tiba masanya untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan
bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan titik tolak kepada aplikasi teknologi komputer
dalam sistem pendidikan. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan bahawa
Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan
budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama dalam Wawasan
2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk menjadi negara membangun pada tahun
2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia
mesti mewujudkan
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
17
...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa depan...
(Mahathir Mohamad, 1998)
2. Koridor Raya Multimedia
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan kesedaran tentang pentingnya peranan teknologi maklumat,
pemimpin negara telah mengambil inisiatif untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan
negara dengan mengumumkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada bulan Ogos 1996. Koridor Raya
Multimedia atau singkatannya MSC (Multimedia Super Corridor) dianggap sebagai pemacu untuk mencapai wawasan
2020 dan ia meliputi kawasan seluas 750 km persegi. Projek ini terdiri daripada tujuh kumpulan aplikasi utama iaitu
Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Tele-Perubatan, Kad Pintar Kebangsaan, Kelompok Penyelidikan dan
Pembangunan, Pemasaran Tanpa Batasan dan Jaringan Perkilangan Sedunia. Langkah mewujudkan sekolah bestari
dianggap sebagai respons spesifik Malaysia untuk perubahan kritikal daripada ekonomi industri kepada masyarakat
berasaskan maklumat (Mahathir Mohamad, 1998). Oleh itu, sekolah bestari diharap akan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berkemahiran menggunakan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi maklumat
khususnya untuk mencapai taraf masyarakat Malaysia yang “Pintar” pada tahun 2020 kelak.
3. Penggunaan Komputer di Sekolah
Pembelajaran berbantukan komputer di Malaysia, ia telah mula diperkenalkan pada tahun 1992 melalui Program
Komputer dalam Pendidikan. Dalam program ini 60 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia telah
disediakan makmal komputer yang mempunyai 21 buah komputer yang telah dirangkaikan. Susulan daripada
langkah ini, pada tahun 1994 program Computer Aided Instruction telah diperkenalkan di 15 buah sekolah rendah di
Selangor dengan setiap sekolah dibekalkan 21 buah komputer yang menggunakan perisian Microsoft Windows 3.1,
beberapa perisian koswer untuk pengajaran juga telah diedarkan untuk digunakan oleh guru-guru. Langkah ini
diteruskan lagi dengan Program Komputer dalam Pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa
iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Dalam fasa pertama, 50 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan
empat buah komputer yang mempunyai akses Internet. Dalam fasa kedua, 90 buah sekolah menengah dan 20 buah
sekolah rendah telah dibekalkan dengan komputer multimedia dengan local area network (LAN), manakala dalam
fasa ketiga, ia diperluaskan lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111 buah sekolah menengah dan seorang guru
daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14 minggu di maktab-maktab perguruan yang terpilih. Pelaksanaan
sekolah bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
18
4. Sejarah sebagai Subjek Wajib Lulus
Subjek sejarah telah dijadikan subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 (Berita Harian,
2011) telah mengundang banyak reaksi positif daripada golongan pendidik. Rata-rata bersetuju dengan langkah
kerajaan ini yang diharap akan dapat menyemai sikap patriotisme dikalangan pelajar. Pada masa yang sama bermula
tahun 2014 ia akan dijadikan sebagai subjek teras. Oleh itu, pendekatan pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran ini perlu dipelbagaikan seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Ini diharap akan dapat
mengubah persepsi masyarakat yang menganggap matapelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang
membosankan yang memerlukan guru memberi banyak maklumat tentang masa lalu dan perlu dingat oleh pelajar
sebelum menghadapi peperiksaan (Doreen, 2004). Dengan menggunakan pendekatan teknologi maklumat dalam
pengajaran sejarah maka sumber sumber yang ada perlu didigitalkan supaya dapat diaplikasikan.
5. Web 2.0
Istilah Web 2.0 mula diperkenalkan pada tahun 2003 bermula dengan pengenalan rangkaian ‘social network’ seperti
facebook yang telah mengubah cara interaksi dalam kalangan pelajar. Teknologi Web 2.0 ini terus berkembang dan
merevolusikan bidang pendidikan. Menurut Webopedia (2013), istilah web 2.0 adalah merujuk kepada generasi
kedua World Wide Web yang membolehkan individu dalam talian berkolaborasi dan berkongsi maklumat. Ia secara
umumnya merupakan perubahan daripada laman web yang statik kepada laman web yang lebih dinamik dimana
pengguna boleh memberi input serta memuatnaik bahan kedalam laman web.
ww.mendeley.comwww.spicynodes.olet.com) spiderscribe.net).com) emaze.com) m)
y.com) ww.livebinder.co
w.goclass.com) ww.edcanvas.comkubbu.com)
ww.plainboardap
w.curriki.org) .udacity.com) y (www.khanacaurseware (http://
Geografi (UMS,
eb 2.0 Tools for
xty
i yang boleh
belajaran
r
) )
m) org)
)
m)
m)
pp.com)
ademy.org) /ocw.mit.edu)
S, 29 – 30 Ogos
the Classroom :
diaplikasikan
s 2013)
Part 2)
dalam
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
27
8. Kesimpulan
Kesimpulannya, guru adalah agen transformasi pendidikan negara, adalah penting untuk guru-guru menggunakan
aplikasi Web 2.0 ini kerana ini merupakan tren terkini pembelajaran dalam kalangan pelajar. Kita perlu berubah
walaupun ia mungkin baru bagi sebilangan golongan pendidik tetapi penggunaan aplikasi ini membolehkan kita
engage dengan pelajar kita. Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-
kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan
teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun
begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia
tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk
kecemerlangan masa hadapan.
RUJUKAN
Berita Harian (2011). Subjek Sejarah wajib Lulus http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WajibsLulus/Article/index_html, Retrieved on 1 June 2011
Deacon, A., Jaftha, J. and Horwitz, D. 2004. Customizing Microsoft Office to Develop a Tutorial Learning Environment. British Jurnal
of Educational Technology, 32(2): 65-72
Doreen Tan (2004) 11th International Assembly of Social Educators Meeting, Nov. 19, 2004. Baltimore. Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala Lumpur: Longman. How Stuff Works. (2005). Expert Review: Microsoft PowerPoint 2003, http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint-
2003-review.htm. Retrieved 12 December 2008.
Inman-Anderson, L. and Ditson, L. (1999). Computer-Based Concept Mapping: A Tool for Negotiating Meaning. Learning and
Leading With Technology 26: 6-13.
Jeannette, S. (2001). Integrating Information and Communication Technology in Professional Practice: Based on Survey of Primary
and Secondary School in Scottish School. Journal for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.
Jewitt, C. (2006). Technology, Literacy and Learning : A Multimodal Approach. New York: Routledge.
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia.
Johan Eddy Luaran. (2013a). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.
Johan Eddy Luaran. (2013b). Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 2. Kuala Lumpur: Faculty of Education UiTM.
Joshua, E. S. (2004). PowerPoint's Power in the Classroom: Enhancing Students' Self Efficacy. Computer Education 45: 203-215.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.
Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International
Publishing Group Ltd.
Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2002). Teacher, Education, Students and Computers: Gender, Major, Prior Computer Experience,
Occurrence and Anxiety. Journal of Research and Computing Education, 24(4): 17-24
Mackey, M. (2002). Literacy Across Media: Playing the Text. New York: Routledge.
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)