1.0 PENGENALAN Perbincangan ini akan mengupas secara mendalam bagaimana yang dikatakan kerajaan elektronik sangat memberi pengaruh yang besar dalam pelaksanaan dasar dan polisi sesebuah Negara disamping penulis melihat kerajaan elektronik mampu mempercepatkan pelbagai urusan seharian. Kita melihat bahawa sejak akhir-akhir ini, telah ramai kecenderungan sarjana sudah mula menarik minat untuk mengkaji system petadbiran didalam mahupun diluar negara. Sekiranya kita melihat senario, yang berlaku dalam mana-mana pemerintahan kerajaan misalnya di Malaysia sehingga sekarang sebenarnya lahir daripada pengaruh system pentadbiran yang wujud di negara tersebut sejak daripada zaman penjajah lagi. Sememangnya perkara ini, tidak boleh dinafikan atas faktor sejarah. Seterusnya penulis akan membuat kesimpulan berkenaan skop soalan yang dikaji berkenaan kerajaan elektronik. Tulisan ini adalah hasil daripada pemerhatian, ulangkaji, rujukan, pengkuliahan dan hasil buah fikiran rakan-rakan maka, terhasillah sebuah penulisan yang bukan sahaja demi kebaikan penulis disamping untuk kemajuan pelajar-pelajar lain. Diharapkan dengan penulisan ini maka, secara langsung dan tidak langsung akan memberi seribu makna kepada semua pencinta ilmu dalam mewacanakan ilmu dalam sesebuah institusi pendidikan. Masyarakat kini mendambakan satu perkhidmatan yang bukan saja efisyen dan efektif tetapi juga mudah, cepat dan pintar. Misalnya, segala urusan harian seperti memperbaharui lesen,
25
Embed
Sejauh manakah kerajaan elektronik dikatakan sebagai satu kaedah ke arah mencapai pengurusan strategik yang berkesan?
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENGENALAN
Perbincangan ini akan mengupas secara mendalam bagaimana yang dikatakan kerajaan
elektronik sangat memberi pengaruh yang besar dalam pelaksanaan dasar dan polisi sesebuah
Negara disamping penulis melihat kerajaan elektronik mampu mempercepatkan pelbagai urusan
seharian. Kita melihat bahawa sejak akhir-akhir ini, telah ramai kecenderungan sarjana sudah
mula menarik minat untuk mengkaji system petadbiran didalam mahupun diluar negara.
Sekiranya kita melihat senario, yang berlaku dalam mana-mana pemerintahan kerajaan misalnya
di Malaysia sehingga sekarang sebenarnya lahir daripada pengaruh system pentadbiran yang
wujud di negara tersebut sejak daripada zaman penjajah lagi.
Sememangnya perkara ini, tidak boleh dinafikan atas faktor sejarah. Seterusnya penulis
akan membuat kesimpulan berkenaan skop soalan yang dikaji berkenaan kerajaan elektronik.
Tulisan ini adalah hasil daripada pemerhatian, ulangkaji, rujukan, pengkuliahan dan hasil buah
fikiran rakan-rakan maka, terhasillah sebuah penulisan yang bukan sahaja demi kebaikan penulis
disamping untuk kemajuan pelajar-pelajar lain. Diharapkan dengan penulisan ini maka, secara
langsung dan tidak langsung akan memberi seribu makna kepada semua pencinta ilmu dalam
mewacanakan ilmu dalam sesebuah institusi pendidikan.
Masyarakat kini mendambakan satu perkhidmatan yang bukan saja efisyen dan efektif
tetapi juga mudah, cepat dan pintar. Misalnya, segala urusan harian seperti memperbaharui lesen,
pendaftaran hak milik,pembayaran cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya dapat
diselesaikan melalui hujung jari dengan hanya melibatkan sebuah komputer tanpa melakukan
sebarang pembaziran masa dan tenaga. Dengan kata lain, masyarakat hari ini menghendaki agar
kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik melalui penggunaan sumber, masa, dan tenaga
yang minimum. Semua ini boleh direalisasikan melalui satu mekanisme yang semakin popular
sekarang iaitu, kerajaan elektronik. Justeru itu, kertas kerja ini akan melihat secara mendalam
mengenai peranan dan juga kepentingan kerajaan elektronik dalam memperbaiki mutu
perkhidmatan awam. Secara ringkasnya, penyampaian perkhidmatan awam melalui kerajaan
elektronik melibatkan proses permintaan (demand) dan penawaran (supply). Proses penawaran
dalam melaksanakan Kerajaan Elektronik menghendaki agar agensi kerajaan/ pelaksana
menyediakan beberapa aplikasi sebagai elemen penting dalam memberikan perkhidmatan yang
bersifat lebih mudah, cepat dan boleh dipercayai (reliable). Sehubungan itu, beberapa agensi
kerajaan di negara-negara maju telah memperkenalkan portal kerajaan yang bertujuan untuk
mendekatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pengenalan website, pembayaran
cukai melalui mesin kiosk, pertanyaan saman melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan
seterusnya menerima sebarang komen serta maklumbalas dari masyarakat melalui e-mel.
Penyediaan aplikasiaplikasi ini hendaklah bersifat mesra pengguna (user friendly), di mana
semua pihak boleh menggunakannya tanpa mengira status dan latarbelakang pendidikan. Namun
begitu, wujud halangan-halangan di pihak kerajaan sendiri dalam memanfaat sepenuhnya faedah
yang terdapat dalam kerajaan elektronik.
2.0 KERAJAAN ELEKTRONIK DI MALAYSIA
Masyarakat kini yang semakin terdedah kepada arus globalisasi menuntut agar kerajaan
mampu dan sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Oleh
itu, kerajaan perlu berusaha ke arah tersebut dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baru atau
sekurang-kurangnya menambahbaik mekanisme sedia ada dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik melalui pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan.Ini kerana segala tindakan
dan keputusan kerajaan sering mendapat perhatian pihak rakyat. Rakyat mahu masalah-masalah
yang menghalang kepada pencapaian matlamat negara sebagai sebuah negara maju dapat
ditangani oleh pihak kerajaan secara efektif.
Kepentingan sistem penyampaian dasar yang berkesan telah menarik perhatian kerajaan dan
merupakan salah satu strategi utama dalam merangsang pembangunan ekonomi negara. Kita
sedia maklum bahawa Wawasan 2020 yang dilancarkan dalam tahun 1991 akan menerajui
kegemilangan Malaysia sebagai negara maju. Pembinaan sebuah negara maju akan menjadikan
teknologi maklumat (ICT) sebagai salah satu nadi pembangunannya. Justeru, pelancaran projek
mega seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 telah dijadikan batu loncatan
bagi merealisasikan impian melahirkan sebuah negara dan masyarakat yang bermaklumat.
Antara intipati utama pelancaran MSC ini ialah pembangunan Kerajaan Elektronik. Ia dijangka
akan dapat memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan penawaran perkhidmatan kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu, artikel ini akan membincangkan konsep kerajaan elektronik dan
bagaimana kerajaan elektronik dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghasilkan penyampaian
perkhidmatan awam yang berkesan. Perbincangan mengenai aspek halangan penawaran di pihak
kerajaan juga akan dikupas selain daripada menyentuh sedikit aspek halangan permintaan di
pihak orang awam dan sektor swasta
3.0 CIRI-CIRI KERAJAAN ELEKTRONIK
Pada peringkat awalnya, segala penyimpanan maklumat dan rekod kerajaan adalah dalam
bentuk hardcopy dan disimpan di kabinet atau rak simpanan.Ini memastikan bahawa aspek
keselamatan ke atas rekod dan maklumat kerajaan terjamin. Pada masa ini, kerajaan berhadapan
dengan perubahan yang pesat ekoran daripada pengaruh globalisasi yang mengakibatkan
penyaluran maklumat yang bebas melalui internet. Amalan yang baik dari negara luar mendesak
kerajaan untuk melakukan sesuatu ke atas penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada
rakyat. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah yang pro-aktif dengan mengetengahkan
aplikasi kerajaan elektronik dalam sistem pentadbiran negara. Kewujudan Putrajaya sebagai
pusat pentadbiran yang baru dan canggih serta kewujudan Cyberjaya sebagai sebuah bandar
pintar dikatakan menjadi pelengkapkepada projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.
Apabila kerajaan melancarkan projek MSC, secara tersiratnya negara didedahkan dengan
penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam kebanyakan urusan khususnya melalui
kerajaan elektronik. Salah satu aplikasi penting dalam projek MSC ini adalah kerajaan
elektronik, di mana Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuainya. Konsep Kerajaan Elektronik
berobjektifkan ketelusan dan keselesaan di samping peningkatan hubungan antara kerajaan-
rakyat melalui bentuk interaksi yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Ini seterusnya akan
membaikpulih aliran maklumat demi meningkatkan kualiti pembangunan, penyelarasan dan
pelaksanaan polisi-polisi kerajaan. Semua ini diharap dapat direalisasikan melalui dua objektif
utama kerajaan elektronik iaitu pendefinisian semula hubungan antara kerajaan-rakyat serta entiti
perniagaan.
Perhubungan ini akan membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas, selesa
dan berkualiti pada harga yang lebih memuaskan terhadap perkhidmatan kerajaan. Begitu juga
kepada sektor swasta di mana perlaksanaan kerajaan elektronik dilihat dapat meningkatkan
perhubungan dan kepekaan terhadap sesuatu prosedur atau polisi di samping memudahkan lagi
sesuatu proses permohonan dan kelulusan. Objektif yang kedua ialah sebagai pemangkin kepada
pembangunan MSC melalui kerjasama yang lebih baik di antara sektor awam dan swasta. Ini
bermakna, kerajaan perlu mengkaji dan meneliti semua aspek sama ada dari segi penawaran
perkhidmatan secara elektronik mahupun dari segi permintaan terhadap bentuk penyampaian
perkhidmatan tersebut, iaitu kesediaan rakyat sendiri dalam memastikan kejayaan aspirasi ini.
Antara aplikasi-aplikasi utama kerajaan elektronik yang dibangunkan oleh kerajaan di Malaysia
ialah:-a. e-Services seperti pelesenan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan
dan kegunaan kenderaan, maklumat Talian Kementerian Kesihatan dan pembayaran bil utiliti. b.
e-Perolehan (e-Procurement) yang merupakan pembelian secara elektronik oleh kerajaan untuk
mempercepatkan masa dan menjimatkan kos pembelian.
Selain itu kita melihat, “PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW” c. Projek ini
adalah projek pelaksanaan sistem pengurusan dokumen di agensi kerajaan yang dinamakan
Generic Office Environment-Electronic Government Document Management System (GOE-
EGDMS). Sistem GOE-EGDMS membolehkan proses kerja dalaman agensi kerajaan menjadi
lebih cekap dan berkesan. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik,
beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas.d. Sistem Informasi Pengurusan
Sumber Manusia (HRMIS) yang dibangunkan untuk menguruskan aspek sumber manusia di
kalangan penjawat awam dengan lebih cekap dan mudah. e. Sistem Pemantauan Projek iaitu
mekanisme yang membantu perlaksanaan projek-projek kerajaan dengan menyediakan pelantar
penukaran idea dan mendemonstrasikan model amalan terbaik. Selain itu, terdapat juga beberapa
aplikasi lain seperti e-SPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Bajet), e-Khidmat (ujian teori
berkomputer untuk lesen memandu), e-Syariah (operasi mahkamah syariah secara online yang
melibatkan 31 mahkamah) dan penggunaan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah.
Kerajaan elektronik ini diharap dapat meningkatkan operasi kerajaan di samping
menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dari segi keselesaan, kualiti interaksi
dengan masyarakat serta membaiki arah alira dan proses maklumat. Ini dapat dilaksanakan
melalui takrifan semula hubungan antara rakyat dengan kerajaan dan sesama agensi kerajaan
kerana kebolehcapaian (accessibility) adalah lebih baik dan meluas di samping meningkatkan
ketelusan. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan kerajaan elektronik, kerajaan juga telah
melancarkan beberapa agensi dalam membantu dan menyeragamkan perlaksanaan kerajaan
elektronik di seluruh negara. Antara agensi-agensi terbabit adalah Multimedia Development
Corporation (MDC), Majlis Teknologi Kebangsaan (NITC) dan juga MIMOS Berhad yang
bertanggungjawab dalam melakukan program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D)
teknologi maklumat dan multimedia negara. Contohnya, sebagai pemulaan, kerajaan melalui
NITC telah melaksanakan projek Subang Jaya Malaysia 2005, yang mana menekankan tentang
projek menaiktaraf kemampuan pencapaian internet, perkhidmatan e-Bisnes tempatan danjuga
pembinaan portal kerajaan. Secara umumnya, boleh dikatakan tidak ada satu definisi yang
mutlak mengenai kerajaan elektronik. Ramai sarjana yang berpendapat bahawa kerajaan
elektronik adalah satu usaha kerajaan bagi menggantikan segala urusan seharian dalam kerajaan
dan pentabiran.
Bentuk operasi yang berbentuk tradisional kepada bentuk moden. Operasi bentuk moden ini
ditunjangi oleh teknologi maklumat dan multimedia yang sememangnyamenekankan pendekatan
yang lebih cekap dan efisyen(Muhammad Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid, 2003).
Kerajaan elektronik ini juga merupakan komitmen dan inisiatif pemerintah untuk meningkatkan
perhubungan dengan rakyat serta sektor swasta melalui penyampaian perkhidmatan, maklumat
dan pengetahuan yang lebih meluas, efisyen serta menjimatkan dengan menggunakan aplikasi
ICT. West (2000), Ke dan Wei (2004) serta Tan dan Subramaniam (2005) (dalam Edhy, R.,
Dinesh, M., dan Kailash, J., 2007) menyatakan bahawa kerajaan elektronik bukan sahaja
membantu proses penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat, ekonomik, dan boleh dipercayai
kepada rakyat dan sektor swasta tetapi boleh membantu kerajaan dalam pembuatan keputusan
dengan lebih cekap dan tepat.
Ini dapat ditunjukkan melalui proses e-Undi yang dijalankan di Nimi-City di Jepun
(Mohd. Shafiq dan Zulkapli, 2007), e-Filing yang diamalkan di Malaysia (www.e.hasil.org.my)
dan juga iHUBS yang dilaksanakan di Australia (www.melbourne.vic.gov.au). Pada masa yang
sama, kerajaan elektronik juga dilihat berpotensi membentuk semula sektor awam dan mengubah
perhubungan di antara rakyat, sektor perniagaan dan pemerintah melalui komunikasi terbuka,
penglibatan dan dialog terbuka dalam penggubalan polisi dan peraturan dalam negara. Selain
daripada itu, kerajaan elektronik juga dikatakan mampu mentransformasikan cara kerajaan
distrukturkan dengan menghapuskan hirarki-hirarki tertentu dalam agensi kerajaan.
4.0 PERANAN KERAJAAN ELEKTRONIK
Pelaksanaan kerajaan elektronik juga dilaksanakan dan dikemaskinikan di kalangan negara-
negara maju. Antaranya, laman web rasmi kerajaan Korea Selatan (www.egov.go.kr) yang antara
lain menekankan penubuhan projek Government for Citizen (G4C) sebagai salah satu projek
teras dalam pelaksanaan kerajaan elektronik. Dalam konteks ini, orang awam tidak perlu lagi
meminta maklumat yang diperlukan daripada pelbagai agensi terbabit malah maklumat tersebut
akan dikongsi bersama dan ini memudahkan lagi urusan orang awam dengan kerajaan. Bagi
meluaskan penyebaran maklumat di kalangan rakyat, kerajaan Norway telah memperkenalkan
web portal kerajaan (www.norway.com) yang mana rakyat boleh mendapatkan maklumat
walaupun tanpa talian internet.
Dengan hanya mendial nombor yang diberikan, segala informasi yang diperlukan akan
disalurkan terus kepada pengguna tanpa sebarang caj (www.norway.no/). Antara negara maju
lain yang memiliki portal kerajaan ialah DirectUK di UK (www.direct.gov.uk), Australia Portal
(www.australia.gov.au), Singapura eCitizen Portal (www.ecitizen.gov.sg) dan juga Canada
Portal (www.canada.gc.ca). JANUARY - JUNE 2008 VOL. 2 NO. 1 Kewujudan portal-portal
kerajaan ini telah dilihat sebagai satu medium dalam mendekatkan rakyat dengan jurang digital
di kalangan masyarakat (West, 2005). Malah, kebanyakan negara maju telah menekankan
kewujudan portal ini sebagai sumber rujukan utama bagi rakyat mendapatkan maklumat-
maklumat yang dikehendaki. Di Amerika Syarikat, kerajaan telah memperkenalkan FirstGov
(www.firstgov.gov) sebagai portal rasmi kerajaan pusat dan negeri. Melalui portal ini, rakyat
Amerika Syarikat boleh mendapatkan maklumat seperti permohonan pinjaman pendidikan
pelajar, insurans dan sebagainya. Justeru itu, tidak hairanlah jika FirstGov telah menjadi rujukan
utama penduduk Amerika Syarikat dengan rekod 6 juta pengunjung sebulan (Mehdi Sagheb,