Top Banner
SEJARAH TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE Teori Pelaziman Operan adalah sedikit berbeza berbanding teori Pelaziman Klasik kerana dalam teori Pelaziman Klasik, organisma akan memberikan gerak balas terhadap setiap ransangan yang diberikan, manakala bagi teori Pelaziman Operan pula, sesuatu organisma membuat gerak balas diingini dan kemudian akan diberikan ganjaran. Pembelajaran Pelaziman Operan juga ialah suatu bentuk pembelajaran seseorang yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya. Secara asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike adalah kajian pelaziman operan tahap primer atau ‘primary instrumental conditioning’ , iaitu penghasilan gerak balas terlazim adalah berdasarkan peneguhan ransangan tak terlazim yang berkaitan. Pada awalnya teori ini dikenali sebagai Teori Ransangan –gerak Balas dan kajiannya pula dinamakan sebagai Pembelajaran Cuba-Ralat atau cuba jaya. Namun begitu, telah dikenalpasti bahawa gerak balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen ini menunjukkan tingkah laku operan (instrumental behavior) yang mengandungi ciri- ciri spontan. Hal yang demikian, kajian pembelajaran Thorndike dapat dijadikan sebagai pelopor kepada pembelajaran pelaziman operan. Oleh itu, kajian Thorndike telah dikenali sebagai kajian pelaziman operan tahap primer oleh ahli-ahli psikologi. PENGASAS TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE
21

Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Aug 12, 2015

Download

Documents

Azlan Azilani
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

SEJARAH TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

            Teori Pelaziman Operan adalah sedikit berbeza berbanding teori Pelaziman Klasik kerana dalam teori Pelaziman Klasik, organisma akan memberikan gerak balas terhadap setiap ransangan yang diberikan, manakala bagi teori Pelaziman Operan pula, sesuatu organisma membuat gerak balas diingini dan kemudian akan diberikan ganjaran. Pembelajaran Pelaziman Operan juga ialah suatu bentuk pembelajaran seseorang yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap dipilih daripada beberapa gerak balasnya.

            Secara asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike adalah kajian pelaziman operan tahap primer atau ‘primary instrumental conditioning’, iaitu penghasilan gerak balas terlazim adalah berdasarkan peneguhan ransangan tak terlazim yang berkaitan. Pada awalnya teori ini dikenali sebagai Teori Ransangan –gerak Balas dan kajiannya pula dinamakan sebagai Pembelajaran Cuba-Ralat atau cuba jaya.

            Namun begitu, telah dikenalpasti bahawa gerak balas individu yang dipelajari dalam situasi eksperimen ini menunjukkan tingkah laku operan (instrumental behavior) yang mengandungi ciri-ciri spontan. Hal yang demikian, kajian pembelajaran Thorndike dapat dijadikan sebagai pelopor kepada pembelajaran pelaziman operan. Oleh itu, kajian Thorndike telah dikenali sebagai kajian pelaziman operan tahap primer oleh ahli-ahli psikologi.  

PENGASAS TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

  

Page 2: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Edward Lee Thorndike

BIOGRAFI :

Nama sebenar beliau ialah Edward Lee Thorndike. Beliau lahir pada 31 Ogos 1874 di Williamsburg, Mass. Kemudian, beliau meninggal pada 9 Ogos 1949 iaitu ketika usianya mencecah 74 tahun. Beliau merupakan warganegara Amerika dan menganut agama Kristian. Beliau telah mendapat pendidikan di Roxbury Latin, Wesleyan, Harvard dan Columbia. Selain daripada seorang profesor, beliau juga telah bekerja sebagai ahli psikologi dan dikenali sebagai ‘Father of modern educational psychology’. Tambahan pula, beliau telah berkahwin pada 29 Ogos 1900 dengan seorang gadis yang bernama Elizabeth Moulton. 

  

         1895 – Mendapat ijazah daripada universiti Wesleyan1896 – mendapat master di universiti Harvard

         1898 – Mendapat Ph.D pada tahun  dari Columbia         1898 – Pembantu profesor pedagogi di Western Reserve University         1898 – Presiden Persatuan Psikologi Amerika         Penulisan beliau: Educational Psychology (1903), Mental and Social Mesurements

(1904), Animal Intelligence (1911)         Presiden ke-2 persatuan Psikometrik

Page 3: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

         1934 – President of American Association for the Advancement of Science

PRINSIP TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKEBeliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (trial and error)atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses juba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala perhubungan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh.  Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan dikukuhkan dan dikekalkan. Gerak balas ini tidak sama dengan gerak balas yang dihasilkan daripada ransangan berdasarkan Teori Pelaziman Klasik. Beliau menggunakan kotak ajaib dalam eksperimennya yang berfungsi berasaskan prinsip pelaziman instrumental. Maksudnya disini ialah apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi, jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. 

EKSPERIMEN CUBA-RALAT (1911)

1.    Kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar dan di luar sangkar diletakkan dengan semangkuk makanan.

2.    Kucing yang lapar cuba untuk keluar dari sangkar.3.    Kucing tersebut terpijak tuil dan keluar daripada sangkar tersebut dan makan makanan

yang terdapat di luar.4.    Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan makanan di luar

sangkar. 

5.   Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan.

Page 4: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Thorndike puzzle box

HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE

Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan berkesan.

Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses pembelajaran tersebut.

Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat.

Page 5: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas yang dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.

  

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN THORHDIKE TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.

Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap serta psikomotor sebelum pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid tersebut dipaksa belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.

Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid. Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.

ANALISIS TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE MENGIKUT TEKNIK SWOT

1.    KEKUATAN (STRENGTH)

Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Thorndike ialah teori ini  menggunakan kaedah cuba-ralat atau cuba jaya (trial and error) semasa proses pembelajaran berlaku. Proses memilih dan menghubungkait juga digunakan dalam teori ini. Berdasarkan eksperimen Thorndike, kucing tersebut telah menggunakan kaedah

Page 6: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

cuba-ralat untuk keluar daripada kotak ajaib tersebut pada situasi yang terdesak. Kaedah tersebut telah membolehkan kucing tersebut keluar daripada kotak tersebut dan makan makanan yang terdapat di luar kotak sebagai ganjaran.

Selain itu, kekuatan yang terdapat pada teori Pelaziman Operan Thorndike ialah gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan berdasarkan peneguhan dan latihan yang dilakukan secara berulang-ulang. Perkara ini telah membuktikan bahawa perhubungan antara ransangan dengan gerak balas bertambah kukuh kerana masa yang diperlukan oleh kucing untuk keluar daripada kotak ajaib semakin singkat dan cepat berikutan latihan dan peneguhan yang telah diberikan kepada kucing tersebut.

Tambahan pula, kekuatan lain pada teori Pelaziman Operan Thorndike ini ialah sesuatu pembelajaran akan berjalan lancar jika murid mematuhi hukum pembelajaran Thorndike iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Apabila seorang murid bersedia untuk belajar, pembelajaran yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan tetapi jika sebaliknya dan murid itu dipaksa belajar, ia akan menghasilkan perasaan kecewa atau kesakitan. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan murid juga akan mendorong mereka lebih bersedia untuk menjalani proses pembelajaran.

2.    KELEMAHAN (WEAKNESS)

Terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada teori ini. Pertama, teori ini hanya menekan pada satu kaedah sahaja iaitu mesti menggunakan kaedah cuba jaya iaitu cuba-ralat atau memilih dan menghubungkait untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekiranya seseorang murid itu tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk mencuba kaedah ini, maka, gerak balas positif tidak mungkin akan terhasil. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya murid tersebut berada dalam keadaan terdesak.

Selain itu, antara kelemahan lain yang terdapat pada teori ini ialah sesuatu pembelajaran tidak akan berjalan lancar jika murid tidak mengikut hukum pembelajaran Thorndike. Sebagai contoh, apabila seorang seseorang murid tidak bersedia untuk belajar dan dipaksa untuk belajar, ia akan menghasilkan parasaan kecewa atau kesakitan. Di samping itu, jika tidak banyak latihan dan peneguhan diberikan kepada murid maka gerak balas yang dihasilkan akan semakin menghilang.

Tambahan pula, pembelajaran tidak akan berkesan jika murid tidak bersedia dan dipaksa untuk belajar iaitu pada erti kata lain juga tiada ransangan yang diberikan kepada murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang diberikan oleh murid akan bertambah baik sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang bersesuaian. Namun

Page 7: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

begitu sekiranya ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak balas yang negatif mungkin akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak dan bangga diri sekiranya mereka mendapat pujian yang berlebihan.

3.    PELUANG (OPPORTUNITY)

Terdapat beberapa peluang yang ditonjolkan melalui teori Pelaziman operan Thorndike ini lebih-lebih lagi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Antara peluangnya ialah guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu ransangan yang baik untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar.

Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara ransangan dan gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

Tambahan pula, guru juga perlu memberikan ganjaran yang sesuai supaya gerak balas yang dihasilkan oleh murid tidak lenyap. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan kepada murid seperti puji-pujian, token, lawatan, hadiah dan sebagainya. Ganjaran ini juga dapat memujuk murid untuk membuat latihan yang banyak supaya gerak balas yang dihasilkan adalah positif.

Di samping itu, guru juga boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka. Guru tidak bolehlah memandang rendah dengan kejayaan yang telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokongan yang padu supaya mereka tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka ingini.

4.    ANCAMAN (THREAT)

Walaupun pada teori ini terdapat peluang-peluang yang boleh digunakan, namun begitu, teori ini juga mempunyai ancaman-ancaman yang boleh menjadi penghalang terhadap penghasilan gerak balas yang positif oleh murid-murid. Ancaman yang pertama ialah sikap dan keinginan pelajar itu sendiri iaitu untuk menerima atau

Page 8: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

menggunakan kaedah cuba jaya atau tidak. Jika murid itu mempunyai sikap mudah berputus asa, maka teori yang dikemukakan ini tidak akan menjadi.

Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman yang menyakitkan hasil daripada gerak balas yang mereka berikan, maka, gerak balas tersebut akan semakin menghilang dan lenyap. Sebagai contoh, jika murid dikenakan denda walaupun dia sudah berusaha bersungguh-sungguh, kesannya, murid tersebut tidak akan meneruskan usaha untuk memberikan tindak balas yang lebih baik. Hal yang demikian, guru perlulah memberikan sokongan dan motivasi supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang diingini

Pengenalan

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan bahawa Pengasas teori ini adalah J.B Watson yang popular dengan teori Little Albert. Namun selain daripada J.B Watson terdapat tokoh lain yang turut mengkaji tentang teori ini. Mereka adalah Skinner, Thondike dan Pavlov. Teori pemerolehan bahasa Behavioris pada zaman sebelum ini lebih menekankan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Bagi mereka perkara yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat dikenalpasti. Mereka membuat analogi otak manusia sama seperti sebuah kotak hitam yang gelap. Oleh itu mereka tidak mementingkan peranan otak dalam pemerolehan bahasa. Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:53 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Page 9: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Konsep Khas Teori Behaviorisme ( Ivan Pavlov )

Menurut laman web sesawang scribd yang ditulis olehEddliestaniselie teori ini mengatakan bahawa setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di namakan pelaziman klasik.

Sebagai contoh apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwaPosted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:45 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookPrinsip Teori Behaviorisme - Ivan Pavlov

Page 10: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2010), beliau menyatakan bahawa terdapat tiga prinsip asas di dalam eksperimen Ivan Pavlov. Prinsip tersebut ialah:i. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balasii. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balasiii. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan di antara dua rangsangan dinamakan pelazimanPosted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:43 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

IVAN PAVLOV TEORI PELAZIMAN KLASIK

Biodata dan foto berkenaan dengan pengasas Teori/Model

Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan Pavlov merupakan salah seorang daripada ahli teori Behavioris selain daripada Skinner, Thondike dan Watson. Beliau dilahirkan pada 14 September 1849 di Ryazan, Rusia Tengah. Beliau telah meninggal dunia pada Meninggal – 27 Februari 1936 di Leningrad Rusia ketika berusia 86 tahun.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz 2009, beliau menyatakan sama seperti yang dinyatakan oleh Choog Lean Keow. Beliau menambah bahawa Ivan Pavlov merupakan ahli fisiologi, psikologi dan ahli fizik berbangsa Rusia. Sebagai seorang yang sangat mencintai bidang fisiologi beliau telah meminta seorang pelajar duduk di sebelah katilnya dan merekodkan perihal kematiannya. Beliau terkenal dengan orang pertama yang mendeskripsikan fonomena pelaziman klasik atau pelaziman responden.

Page 11: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

Semasa kecil Ivan Pavlov bersekolah di sekolah Seminari Teologi dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang bernama Universiti St. Petersburg di dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi atas eksperimen beliau iaitu melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperimen ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas kepada konsep pelaziman klasik pada masa kini.Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:39 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov

Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an. Pavlov mengkaji fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpulkan, menyukat dan menganalisis air liur haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza. Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut. Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur pada anjing kajian Pavlov.

Berikut adalah tahap-tahap eksperimen dan penjelasan dari gambar di bawah:Gambar pertama. Apabila anjing diberikan makanan (Ransangan Tidak Terlazim – RTT ) maka secara refleks anjing akan mengeluarkan air liur( Gerakbalas Tidak Terlazim – GTT ).

Gambar kedua. Jika loceng dibunyikan ( Ransangan neutral – RN ) maka anjing tidak memberi respon atau mengeluarkan air liur.

Gambar ketiga. Dalam eksperimen ini anjing diberikan makanan (Ransangan TidakTerlazim – RTT ) setelah mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT )terlebih dahulu, anjing akan mengeluarkan air liur akibat pemberian

Page 12: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

makanan.

Gambar keempat. Setelah perlakuan ini dilakukan secara berulang-ulang, makaketika anjing mendengar bunyi loceng (Ransangan Terlazim – RT ) tanpa diberikanmakanan, secara automatik anjing akan memberikan respon berupa keluarnya airliur dari mulutnya ( GerakbalasTerlazim – GT ).

Dalam eksperimen ini menunjukkan bagaimana cara untuk membentuk perilaku anjing agar ketika mendengar bunyi loceng ia akan memberi respon dengan mengeluarkan air liur walapun tanpa diberikan makanan. Kerana pada awalnya (gambar 2) anjing tidak memberi respon apapun ketika mendengar bunyi loceng.

Jika anjing secara terus menerus diberikan ransangan berupa bunyi loceng dan kemudian mengeluarkan air liur tanpa diberikan sebuah hadiah berupa makanan.Maka kemampuan stimulus terkondisi (bunyi bel) untuk menimbulkan respons (air liur) akan hilang. Hal ini disebut dengan extinction atau penghapusan.

Pavlov mengemukakan empat peristiwa eksperimental dalam proses akuisisi danpenghapusan sebagai berikut:Konsep KeteranganRansangan tidak terlazim Sesuatu yang mampu menghasilkan sesuati gerak balas.Contoh: makananGerak balas tidak terlazim Sesuatu yang dihasilkan oleh sesuatu rangsangan.Contoh: lelehan air liurRansangan terlazim Ransangan yang baru yang diberi bersama ransangan lama.Contoh: locengGerak balas terlazim Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan baru setelahdipadankan dengan ransangan lama.Contoh: lelehan air liur

Menurut laman sesawang

Page 13: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent2a.html, Psikologi Behaviorisme menggunakan suatu pendekatan ekperimental, ransangan dan objektifdimana kajian Pavlov tetap merupakan model yang luar biasa dan tidak dapatditandingi.

Pavlov bersama anjing yang digunakan bagi menjalankan uji kaji.Gambaran susun atur kajian yang dijalankan Pavlov.

Contoh Dalam Kehidupan Nyata

Menurut Brennan, James F. 2006 dalam bukunya Sejarah dan Sistem Psikologi, sebagai contoh untuk menambah kelekatan dengan pasangan, jika anda mempunyai pasangan yang “sangat suka ” dengan coklat (RTT), setiap kali anda bertemu (GTT) dengan kekasih anda maka berikanlah sebuah coklat untuk kekasih anda, secara automatik dia akan sangat suka dengan coklat pemberian anda.

Berdasarkan teori, ketika hal itu dilakukan secara berulang-ulang, selanjutnya cukup dengan bertemu dengan anda tanpa memberikan coklat, maka secara automatik pasangan anda akan sangat suka dengan anda, hal

Page 14: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

ini dapat terjadi pembentukan perilaku antara (RTT), (GTT), (RT), dan (GT) seperti eksperimen yang telah dilakukan oleh Pavlov. Menarik bukan?

Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:26 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookAnalisis Teori Menggunakan Teknik SWOT

Selepas mencari pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku dan juga internet, kami telah membuat beberapa analisis mengenai teori ini dengan menggunakan teknik SWOT.

STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme)

Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas.

Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbandingkemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Page 15: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme)

Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.

Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran.

Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.

OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme )

Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru

Page 16: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul.

Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi.

Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan.

Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme)

Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya.

Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai

Page 17: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata.

Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata.Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at 8:00 AM No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Friday, September 17, 2010

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses

Pengajaran dan Pembelajaran 

Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut.

Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin murid-murid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran, dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras pembelajaran yang sukar.

Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh dipindahkan ke

Page 18: Sejarah Teori Pelaziman Operan Thorndike

situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar Acheh.

Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini. Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.

Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap dirinya.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran