TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG DI TERENGGANU PENGENALAN Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silat mereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan kepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Pada umumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan. Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah, contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada seinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yang tersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnya dengan seni silat yang lain. PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG Selepas merdeka, terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Satu arahan telah dikeluarkan agar pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan dengan tujuan untuk membina dan meyusun pengurusan silat menjadi lebih baik. Oleh itu, wujud pelbagai nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing. Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia ketika itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh membangunkan silat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG DI
TERENGGANU
PENGENALAN
Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan
bangsa Melayu sebagai perisai diri. Perguruan seni silat adalah satu institusi pendidikan di
mana manusia dibentuk dan dididik untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang
maksimum. Dulu, hanya segelintir sahaja yang dapat menamatkan pengajian seni silat
mereka dengan sempurna kerana mereka ini memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang
tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mengutamakan
kepentingan diri sendiri. Pada zaman ini wujud beratus-ratus perguruan seni silat. Pada
umumnya, asas seni silat ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu 'bunga' dan 'buah'. Seni
bunga adalah gerak tari yang lembut dan gemalai sebagai gerak untuk mengelirukan lawan.
Manakala buah pula adalah gerak langkah yang keras, padu dan padat untuk menumpaskan
lawan. Tetapi ada perguruan yang tidak menghiraukan seni bunga dan hanya mengajar buah,
contohnya seperti Seni silat Cekak. Anak muridnya dikehendaki berdiri tegak menghadapi
lawan, pukul balas digunakan hanya ketika diserang dan itupun apabila pukulan sudah berada
seinci dua dari badan. Setiap perguruan mempunyai sejarah dan perkembangannya yang
tersendiri. Silat Seni Gayong mempunyai kronologi penubuhan yang tiada tolak bandingnya
dengan seni silat yang lain.
PERKEMBANGAN SILAT SENI GAYONG
Selepas merdeka, terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia. Satu arahan telah
dikeluarkan agar pengamal silat mewujudkan persatuan silat dan didaftarkan dengan tujuan
untuk membina dan meyusun pengurusan silat menjadi lebih baik. Oleh itu, wujud pelbagai
nama aliran penguruan silat kerana setiap pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan
masing-masing. Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia ketika
itu berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh
membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia
(1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan
Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka malaysia
telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni
Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak
Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri yang diwujudkan di
setiap negeri di Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di bawah PESAKA Malaysia.
Pada 11hb Mac, 1980, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah
rasmi ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa dan Jakarta, Indonesia
menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura telah diiktiraf
sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat dikenali sebagai
Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)
di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan Persekutuan Silat Singapura
(PERSISI) di Singapura. Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa
Indonesia. Manakala di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai
Seni Bela Diri Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa
Konvensyen Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006. Pada 23hb hingga
24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI telah memperkenalkan
Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun pada tahun 1973. Silat
sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian daripada Sukan Asia Tenggara.
Kini, Silat seni gayong adalah pertubuhan silat paling popular dan menjadi pemangkin
kepada silat lain, kerana memiliki cawangan PSSGM di seluruh negara, seperti di Amerika
Syarikat, England, Perancis, Sepanyol, Kuwait dan Australia. Maka cabaran yang dihadapi
pada hari ini, tidak lagi domestik sifatnya, bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dengan
perkembangan ini, pentadbiran pertubuhan perlu berwibawa untuk menangani isu-isu yang
timbul dengan bijak dan berkesan. Malah, selain memiliki cawangan di seluruh negara, Silat
Seni Gayong juga diambil sebagai kurikulum di hampir semua institusi pengajian tinggi
awam (IPTA). Sistem pengajaran dan pembelajaran dijalankan selaras dengan pendidikan
masa kini. Bahkan, seni silat kini bukan sahaja diaplikasikan untuk mempertahankan diri atau
dipelajari di gelanggang-gelanggang tertentu semata-mata, namun seni silat juga dijadikan
sebagai seni persembahan di majlis-majlis keraian tertentu seperti Hari Kemerdekaan, majlis
penyampaian anugerah, perkahwinan dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga pertandingan-
pertandingan seni silat yang dianjurkan tidak kiralah diperingkat dalam mahupun di luar